Novel : Stop Bully! My Love 2

9 April 2013  
Kategori: Novel

2,049 bacaan 2 ulasan

Oleh : HUNLOVE R

Bab 2

Wawa tersenyum puas, saat dia melihat Aiman berlari ke arah kantin dalam keadaan dirinya habis lencun kerana meredah hujan yang membasahi bumi. Kantin sekolah merupakan tempat di mana mereka berdua berjanji untuk berjumpa dan berbincang mengenai projek esei yang akan dihantar tak lama lagi. Wawa sememangnya mengharapkan discussion pada petang yang indah lagi sejuk dan dingin ini, dibatalkan sama sekali.

Pada waktu sebegini, perkara yang sepatutnya dilakukan oleh Wawa adalah membuat temu janji bersama katil yang tegap, tilam yang empuk, bantal yang lembut dan comforter yang tebal ditambah pula dengan penghawa dingin yang telah disetkan 16 darjah celcius di dalam biliknya. Sememangnya heaven dan bukannya bertemu janji bersama Aiman yang skema, kertas, pen, pensil dan buku-buku yang mempunyai tulisan yang sangat kecil. Segala maklumat yang perlu dibacanya kelak hanya akan menyerabutkan kepala otak sahaja.

Wawa yang bersetuju untuk berjumpa dengan Aiman dalam cuaca hujan iaitu cuaca favourite nya, telah melanggar prinsip Wawa tetapi demi untuk membuktikan kepada sahabat dunia akhiratnya yang mamat skema itu sememangnya menyukai dirinya sejak azali lagi, dia sanggup mempermainkan Aiman yang kini sedang menunggunya di kantin sekolah dalam keadaan basah lencun dan sudah pastinya menahan kesejukan dek terkena air hujan.

Wawa dan sahabat-sahabatnya yang kini berada di sebalik pagar sekolah yang tidak jauh daripada kantin. Mengintai gerak geri Aiman yang sedang menunggu Wawa dengan setia. Walaupun sepuluh minit telah berlalu dan sudah beberapa kali mendapat panggilan telefon dari Aiman tetapi Wawa hanya membiarkan sahaja handphonenya menjerit, mata dan fikirannya disaat ini hanya difokuskan sepenuhnya kepada gerak geri Aiman.

Mereka memakai sweater yang berhoodie, memakai mask muka yang menutupi bahagian mulut berwarna hitam beserta cermin mata juga hitam dan berpayung warna juga hitam tetapi mereka masih sopan menutup aurat. Alahai lagak mereka dah sebiji yakuza kat Jepun je, ni mesti terlebih dos menonton movie crow zero. Alasan mereka menutup wajah mereka, adalah untuk mengelak daripada dikenali oleh sesiapa almaklumlah mereka antara student yang famous! Juga tidak mahu gossip baru muncul di sekolah, nanti mereka jugak yang terpaksa menjadi Fasha Sandha ciplak with tagline ‘no comment’. Yang paling penting, semua ni adalah idea dari Diana the fashsionista.

Wawa mengerling kedua sahabat dunia akhiratnya yang berada di sampingnya sambil tersenyum bangga, megah dan hidungnya kembang kempis dah ada rupa bluehippo pulak! Namun mimik wajah yang terpamer pada wajah mereka berdua menggambarkan dua perasaan yang berbeza. Diana dengan mimik muka terkejut beruknya, mulut terlopong yang boleh membuatkan lalat masuk dan bertelur, mata terbuntang macam nak terkeluar ala-ala rupa hantu pun ada jugak. Sungguh terkejut dengan fakta yang baru mereka terima ini, bahawa Aiman the skema sememangnya sanggup melakukan apa-apa demi Wawa the diva.

Alya pula dengan mimik wajah kasihan, matanya mula berkaca, simpati bertamu di hatinya, dan mulutnya diketap kuat, pipinya mula kemerahan dan dikembungkan seperti mahu menangis, ‘amboi! dia ni tengok cerita melodrama ke nak menangis bagai, nonsense!’ getus Wawa.

“beb, dia betul-betul datang la. Jadi betullah kata kau yang mamat ni sukakan kau selama ni. Kesian dia beb, kenapa kau buat dia macam tu?” Diana menunujuk mimik muka simpati.

“Wawa, kau tak patut buat macam tau” Alya meninggikan sedikit suaranya kepada Wawa.

“benda-benda ni semua tak akan terjadi, kalau korang berdua percaya bulat-bulat dengan apa yang aku cakap” Wawa membela diri.

“lagipun yang dia nak ikut cakap aku itu apasal ah? Alah, aku bukannya merosakkan anak teruna orang pun. Janganlah gelabah, cuak aku tengok korang macam ni. Aiman ni pun satu! Dasar penakut, lelaki lembik, ntah-ntah dia belum sunat? Tu pasal penakut! Heh, kata budak pandai sekolah, tapi sebenarnya bengong, yang pergi redah hujan tu siapa suruh! Dia fikir, dia tengah shooting drama korea ke apa?” Wawa mengejek dengan riak selamba, tanpa ada rasa bersalah pada wajahnya.

Diana dan Alya hanya mampu terlopong dan menggeleng kepala mereka apabila mendengar Wawa berkata sedemikian. Walhal lelaki itulah yang banyak membantu mereka bertiga di dalam akademik, kerana lelaki itu tidak lokek ilmu.

“Kan aku dah cakap mamat skema tu sure datang punya. Dia suka kat aku! So, bak sini handphone yang kau taruhkan tadi!” Wawa berkata sambil tangannya dihulurkan ke arah muka cemberut, Diana. Wawa telah lama mengetahui perasaan Aiman terhadap dirinya. Wawa tahu dia telah berjaya mencuri hati mamat skema yang tak da rupa tu dan kerana itu jugalah, Wawa berani mengambil kesempatan ke atas perasaan Aiman terhadap dirinya. Dia telah berjaya mempergunakan lelaki itu di dalam akademiknya.

Wawa bukanlah seorang yang kurang bijak tetapi dia malas untuk mengulang kaji pelajaran. Kerja rumah pun pada kebiasaanya dia akan meminta bantuan Aiman. Selain daripada akademik, dia tidak pernah mengganggap Aiman tidak lebih daripada kuli, bila susah dicari, bila senang dicampak ke tepi namun sikapnya itu tidak pernah membuat Aiman benci kepadanya. Nak tau sebab apa? Sebab Aiman suka akan dirinya.

Diana yang melihat tangan kiri Wawa dihulur ke arahnya bersama dengan pandangan mata Wawa yang tajam, dia amat mengerti maksud gerakan itu, ‘amboi, cepat saja nak minta habuan. Kau pun satu D! yang setuju nak bertaruh dengan minah ni apasal! Dah tau dia ni jenis tak makan saman lagi mau cari pasal!’ Diana memarahi dirinya di dalam hati,

“Ala kau ni, aku main-main je la tadi, tak akan lah aku nak pertaruhkan handphone pemberian abah aku kat kau kot. Tak akan nak ambil serious kot. Me just joking ” Diana tersengih sumbing.

“ah! Kau jangan nak gedik! Tadi bukan main lagi semangat super saiyaa kau kata nak bertaruh! kau jangan nak tarik balik apa yang kau cakap. Aku ada hitam putih pertaruhan kita tadi. Alya! keluarkan kertas perjanjian yang kami berdua tanda tangan tadi” mata Wawa yang sudah terarah kepada perempuan paling lemah lembut dalam kumpulan mereka, Alya yang selalu mengenakan tudung labuh macam ustazah.

Wajah Alya yang dikenakan sedikit make-up oleh Diana tidak kelihatan dek kerana selendang yang menutupi mulutnya dan cermin mata hitam yang dipakai menampakkan dia seperti muslimah ranggi dan misteri. ‘Macam mana la Alya ustazah wannabe ni boleh tersesat join group brutal kami ni. Dahlah bertudung labuh macam budak sekolah agama tapi berkawan dengan hantu macam kami ni!’ sempat lagi dia mengelamun.

“Nah ambillah, tapi tak baik la kau buat Aiman macam tu. Tengoklah dia basah kot tapi masih menunggu kau, Wawa. Tak kesian ke? At least pergilah jumpa dia kata discussion hari ni batal. Kalau tak pun, jawab lah handphone kau yang berbunyi lebih dari 5 kali tu, mesti dia risau kau tak datang lagi” Alya berkata dengan wajah yang berkerut sambil tangan kirinya mengeluarkan kertas tisu yang terdapat dalam poket kiri jaket hitam yang tersarung pada tubuhnya, tisu yang tercatit perjanjian antara Diana dan Wawa yang sama-sama bersetuju untuk bertaruh, dan hadiah taruhan dipilih sendiri oleh pemenang. Disebabkan Diana yang kepingin dengan laptop Apple Wawa membuat dia bersetuju untuk bertaruh handphone yang dihadiahkan oleh abahnya.

Alya sememangnya telah mengenali Wawa dan Diana sejak dari minggu pertama minggu orentasi sekolah sewaktu mereka baru tingkatan satu, dan sifat Wawa yang keras kepala itu amat dikenalinya. Membuli orang adalah salah satu kerja part time yang dilakukan oleh Wawa secara tidak langsung,

“Korang tahu tak, kita tak boleh menganiaya orang. Dosa tau, nak tahu ….” Tak sempat menghabis syarahan dia, Wawa telah memotong kata-kata.

“Baiklah ustazah pilihan. Kami tahu apa silap kami. Jangan marah, sekarang aku nak kau bagitau apa hukum orang yang memungkiri janji dia sedangkan kita ada hitam putih dan saksi, mohon perjelasan yang amat berhormat”, ayat ala-ala forum perdana tv 1 gitu. Wawa mengakui dia lemah dalam bab-bab agama ni, dan orang paling sesuai untuk dirujuk adalah Alya. Alya yang lahir dari keluarga yang mempunyai pegangan agama islam yang kuat. Selama mereka berkawan, Alya telah memainkan peranan sebagai seorang ‘mak’ yang sering kali menasihati dia dan Diana jika ada kesilapan.

“ok-ok, sebenarnya kita tak boleh menipu apatah lagi memungkiri janji sebab …”Alya menarik muka 14 belas dia yang comel itu. ‘kena potong lagi’ getus Alya tak berpuas hati dengan sikap kawan-kawan dia yang macam keldai kepanasan bila dia membuka bicara untuk menasihati mereka.

“baiklah ustazah pilihan, tidak perlu anda mengeluar hujah yang panjang lagi lebar mengatakan yang saya ini salah yang amat berhormat. Kejap, aku nak tanya kau lah Alya, bertaruhkan salah dan tak boleh dalam islam, tapi kenapa kau tak larang kami, kenapa biarkan kami terjebak dalam membuat dosa ni? Mengapa Alya? Mengapa??” Diana memulakan sesi berlakon, sesi mengeluarkan air mata palsunya. Drama queen! Dia diakui oleh teman baiknya yang dia mempunyai pelbagai bakat; menyanyi, berlakon dan macam- macam lagi, tetapi dia tidak pernah bercita-cita untuk jadi seorang pelakon, dia bercita-cita menjadi seorang engineer.

“saje, kalau aku larang pun, bukan korang nak dengarkan? Aku nak cakap sikit korang potong, lebih baik aku tengok siapa yang menang siapa yang kalah, lagi best” Alya menjawab sambil mengenyit matanya disebalik cermin mata hitam. ‘korang ingat korang je boleh buat kerja gile-gile, aku pun boleh la’ getus hatinya.

“astaghfirullah ala’zim! Alya, kenapa Alya jadi macam ni, tak baik nak. Pulanglah ke pangkal jalan nak. Pulanglah! Jangan buat begini nak..” Diana meneruskan lakonannya. ‘ish, dia saja nak kenakan aku ni!’

Wawa yang malas menonton drama sebabak terus mengetuk kepala Diana dengan pukulan yang ‘lembut’. Takut nanti kalau dia menggunakan pukulan ‘besi’ yang biasanya digunakan ketika bertaekwando dengan abangnya, pengsan pulak Diana di situ.

“aduh! Sakitlah” Diana mengadu kesakitan apabila pukulan yang ‘lembut’ daripada Wawa selamat landing di kepalanya. ‘dia ni ingat aku ni lelaki ke ape? Aku ni gadis melayu tau tak!’ marah hati Diana.

Alya hanya tergelak melihat aksi spontan lagi ganas Wawa terhadap Diana.

“dah, bak handphone kau cepat. Aku malas nak tunggu lagi! Hujan ni wei.” keras suara Wawa menutur. Dia sengaja melakukan sebegitu, malas mahu mendengar Diana memangkahnya.

Dengan penuh keberatan, Diana menghulurkan handphonenya kepada Wawa,

“Nah! Ambil la, aku tak kisah. Sekarang ni aku still ada modal nak beli handphone baru!!!”jerit Diana yang macam kucing mengilai. Dia sudah memikirkan seribu satu alasan untuk menghadapi sesi interrogation bersama ibunya yang sungguh menakutkan apabila menyentuh perkara yang menggunakan duit, tetapi abahnya lain pula, tidak perlu memberi alasan tahap lima bintang untuk mendapatkan sesuatu, cukup sekadar rengekkan manja dan air mata palsu sudah pasti apa yang dia hajatkan berada dalam genggamannya.

“Najwa Safira Binti Yusuf menang! Ten point for Gryffindor” Wawa menjerit sekuat hati walaupun ketika ini mereka masih berada di luar pagar sekolah. Lantas dia terus menekup mulutnya, ‘alamak aku lupa yang mamat tu masih tunggu aku, macam mana kalau dia dengar, masak aku nak cari alasan’.

Diana pula terlopong sekali lagi, ‘mak aih perempuan ni.. memang samseng kampung pisang betul lah!’ getus hatinya.

Alya hanya menggeleng kepala melihat gelagat kedua-dua sahabat baiknya, ‘Tak rasa bersalah ke minah sekor ni, siap dengan jerit bagai’ getus hati Alya.

Kelakuan mereka yang memakai pakaian serba gelap dan memegang payung dalam keadaan hujan renyai itu menarik perhatian pak cik pengawal yang sedang bertugas, ‘tadi jerit, pastu main pukul-pukul pula, samseng ke? Ish, tak boleh jadi aku kena halau mereka sebelum mereka menceroboh kawasan sekolah! Ni tak lain, tak bukan nak merosakkan fikiran budak-budak kat sekolah ni! Rosak, rosak!’. Dia terus berlalu ke dalam pondok pengawal dan mengambil kayu belatan yang berwarna hitam di atas meja di dalam pondok tersebut.

“Apa yang nak jadi lepas ni, jadilah. Aku rela, demi keselamatan budak-budak kat sekolah ni.” pak cik pengawal yang bernama Azlee itu merupakan pesara polis, semangat untuk terus menjaga keselamatan negara masih tersemat di dalam hatinya. Dengan nekad dia keluar dari pondok tanpa berpayung dan menuju ke pintu pagar sekolah dengan langkah yang laju sambil tangan kanannya memegang kejap kayu belatan.

Dalam mereka bertiga sibuk melepak di luar pagar dengan berpakaian yang serba hitam sambil berpayung, Alya ternampak Pak Azlee melangkah ke arah mereka sambil memegang kayu hitam di tangan kanannya, muka Pak Azlee begitu kencang macam nak belasah orang, ‘cop-cop, Pak Azlee nak belasah orang ke apa?’ Alya seperti merasakan sesuatu yang tak enak lalu dia menciut bahu Wawa dan Diana dan tangannya dihala ke arah Pak Azlee yang melangkah ke arah mereka.

“aku rasa dia mesti fikir kita ni samseng kot” Alya berkata dalam keadaan berbisik.

“ape samseng-samseng! aku punyalah berdress cantik macam ni, siap boleh buat catwalk kat sini lagi tahu tak. Mustahillah dia ingat kita ni samseng” Diana dengan yakinnya menyatakan hujahnya namun dia juga dapat merasakan sesuatu yang tidak kena pada wajah Pak Azlee.

Wawa yang dari tadi memerhati wajah Pak Azlee di sebalik cermin mata hitam yang dipakainya, dia pun dapat mengagak perkara yang sama seperti Alya,

“korang tahu nak buat apa sekarangkan?” Wawa berkata dalam keadaan begitu saspen, sambil matanya masih terlekap pada tubuh Pak Azlee.

Diana dan Alya hanya menggangguk, mereka hanya mampu memikirkan satu jalan yang boleh membantu situasi dan kini mereka menunggu isyarat dari Wawa,

“sekarang!!!” Wawa menjerit.

Mereka bertiga membuka langkah seribu, melarikan diri daripada terkena belatan Pak Azlee, mereka tidak mahu melihat pertumpahan darah berlaku di depan sekolah. Mereka tidak mahu movie ‘crow zero’ menjadi kenyataan disebabkan mereka bertiga.

“Kan aku dah cakap tadi! Mintak ayah kau jemput kita. Kau tak nak! Tengok sekarang tak pasal-pasal kita jadi pelari pecut tak berdaftar!” Diana menjerit kepada Wawa sambil berlari.

Alya juga membuka langkah larian pecutnya biarpun perutnya sudah kecut. Matanya pula sudah berair, dia ketakutan dan hidungnya kembang kuncup, ‘Alya pecut, pecut Alya!’.

Wawa hanya tersenyum, “ni lagi best, adventure sikit!”

Pak Azlee yang melihat tiga orang samseng berlari dan menjerit seperti perempuan itu, terkejut! ‘lah mak nyah rupa-rupanya! Nasib baik, aku tak pergi tadi, kalau tak aku kena pegang dengan dorang. Ish, tak sanggup aku! Apa nak jadilah dengan budak-budak zaman sekarang!’ guman Pak Azlee perlahan dan berpatah balik ke pondok pengawal.

Sampai sahaja mereka di perkarangan masjid kawasan perumahan yang terletak dekat dengan sekolah, mereka terus terduduk dan melepaskan penat, masing-msing tercungap-cungap.

“Wei, dah la. Kita tak solat asar lagi ni” Alya baru teringat yang mereka belum menunaikan solat asar akibat terlalu asyik dengan permainan yang Wawa cipta, nama game tu ‘bukti cinta Aiman’.

‘kesian Aiman masih tunggu Wawa, baliklah Aiman. Wawa takkan datang punya’. Dia teringat akan Aiman yang masih setia menunggu Wawa sebelum mereka membuka langkah seribu tadi. Kalau tidak difikirkan kawan, sudah lama dia pergi berjumpa Aiman dan mengatakan Wawa tidak akan datang. Kasihan dia melihat lelaki itu yang terjatuh sayang kepada Wawa yang hati batu itu.

“aye-aye Captain!” jerit Diana dan Wawa bersatu. Nyaring gitu! Alya sering mengingatkan sahabatnya tentang perintah Allah ni.

“Senyaplah, masjid ni! hormat sikit, jangan nak main-mian sangat. Tadi tak puas lagi main kejar-kejar? Ke masih nak main lagi? Jangan nak melambatkan solat, nanti Allah marah” Alya meletakkan jari ke bibirnya menandakan suruh senyap. ‘mereka ni, terlebih over ceria. Kecik-kecik dulu tak puas-puas lagi ke main kejar-kejar?’.

Pada malamnya, Wawa baring malas di atas tilam empuk miliknya sambil memegang handphone berwarna pink yang baru dimenanginya hasil pertaruhan petang tadi. Terima kasih kepada Aiman kerana mamat skema tulah yang menjadi barang permainannya untuk dia mendapatkan handphone tersebut. Sejujurnya dia langsung tidak berkenan dengan warna handphone tersebut, terlalu girly sangat! Tidak sesuai dengan jiwa brutalnya.

Bila dibuka cerita tentang jiwanya, Wawa bukanlah tomboy cuma jiwanya sedikit keras, mungkin kerana dia sudah biasa bertumbuk dengan abangnya sewaktu kecil. Tetapi ini tidak bermakna yang dia tidak mahu mempunyai teman lelaki, cuma bila dibuka topik tentang percintaan, dia mudah melatah. Sebabnya? Dia juga masih belum mengetahuinya lagi. Matanya kembali jatuh kepada handphone di tangannya.

‘Apa la sangat dengan handphone ni. Aku boleh je minta handphone baru dengan papa.’ Keluhan berat dilepaskan. Dia tersedar akan kesilapan yang dia buat. Nama pun Najwa Safira binti Datuk Yusuf aka Wawa, pantang dicabar, membuli dan mengejek sudah sebati dengan dirinya sejak tadika lagi. Jikalau satu hari tidak menyakat dan mengejek orang, mulutnya seakan ‘gatal’, so dia mengambil keputusan untuk mengejek orang setiap hari walaupun sekali.

Sewaktu sekolah rendah dulu, dia sering kali bertumbuk dengan sesiapa tak kira jantina asal dia bertumbuk. Jiwanya meronta-ronta untuk melakukan aktivit pembulian. ‘Brutal tak!?’ Wawa angkat bakul sendiri dengan memuji dirinya yang suka bertumbuk dan membuli walhal benda itu patut dikeji bukan dipuji.

Namun setiap manusia itu mesti mempunyai perasaan bersalah, kerana itu adalah perasaan wajib ‘ada’ yang Allah campakkan di hati setiap makhluknya termasuklah insane lemah seperti Wawa. Rasa bersalah mula merebak bagai H1N1 dalam hati sanubari dia. Semakin mencengkam jiwanya, apabila mendengar kata Alya sewaktu dalam perjalanan dari masjid menuju ke stesen bas…

“Wawa, aku bukan nak marah ke apa tapi apa yang kau lakukan terhadap Aiman tadi aku langsung tak suka. Tak pe kalau kau nak permainkan dia dalam keadaan kau tak tahu yang dia suka kau, tapi masalahnya kau tahu perasaan dia dan kau sedang permainkan dia, dalam masa yang sama kau memberi harapan palsu pada dia. Kenapa kau nak beri dia harapan palsu walhal kau sendiri jijik dan malu nak mengaku dia kawan kau. Wawa dunia sekarang, orang boleh buat apa sahaja demi cinta mereka kepada makhluk, termasuklah membunuh diri. Aku takut jika kau terus memberi dia harapan, perkara yang buruk akan berlaku kelak. Wawa, aku tahu sekarang ni kau rasa bersalah kan? Hmm, itu bermakna kau masih seorang manusia yang normal!” Alya berkata panjang sebelum berlalu mengejar Diana yang berjalan laju untuk membeli pisang goreng di tepi jalan yang mereka lalui.

Wawa cuba untuk menyorok perasaannya dan beriak selamba namun Alya masih boleh melihatnya, Diana mungkin juga perasan. Perasaan bersalah tidak pernah muncul pada dirinya setiap kali dia mendajal seseorang namun, sejak mengenal lelaki yang bernama Aiman, perasaan bersalah apabila melakukan pembulian terhadap Aiman bertamu di hatinya. ‘arghhh! Tension aku!’

Wawa mengambil keputusan untuk menghubungi mangsa pertaruhan. Dengan hati yang dipagut rasa bersalah itu, Wawa dapat rasa yang jantungnya berdegup pantas.

“Assalamualaikum”, bunyi suara lemah dihujung talian. Wawa kaget.

Dengan kepala yang pening lagi panas dek demam, tetapi Aiman tetap gah menjawab panggilan telefon kekasih gelapnya. Hatinya ingin mengetahui apa yang berlaku kepada Wawa petang tadi sehingga dia tak datang ‘dating’ tadi. Sempat lagi kata ‘dating’, padahal discussion je kot.

“Waalaikumsalam, sorry wei. Aku..aku…”. ‘apasal aku gagap pulak ni, dia takkan marah punya’ pujuk hati Wawa. Sambil tu, Mr Brain milik Wawa sedang memproses seperti Encik google untuk mencari seribu satu alasan bagi mengaburi mata mamat skema yang sudah sedia kabur ni.

“kenapa kau tak datang petang tadi? Ada apa apa yang berlaku kat kau ke? Kau ok tak ni?”, Aiman cemas dengan kegagapan Wawa ditalian. Hati dipagut rasa risau jika ada apa apa yang berlaku kepada buah hatinya itu.

“Mak Esah, mak angkat aku masuk hospital tadi!” Wawa mengetuk dahinya sendiri. ‘apa punya alasan daa, dalam banyak-banyak alasan yang terukir dalam kepala otak kau yang bergeliga lagi genius, nama Mak Esah jugak yang kau jual. Kesian Mak Esah aku.’ Soalan Aiman dibiar tanpa jawapan.

“owh, jadi macam mana dengan keadaan dia sekarang? Mesti kau cemaskan?” lemah suara mamat skema itu pada pendengarannya. ‘sakit ke mamat ni? Baru kena hujan sikit da demam. Dia tak makan ubat ikan tu arh pasal cepat sakit. Lembik betul la’ getus hati Wawa.

“hmm.. dah ok da. Cuak juga aku petang tadi. Sorry lah beb, aku tak dapat datang, kau pun mesti tak pergi sekolah jugakkan? Ialah hujan lebat sangatkan?” duga Wawa. Apa la kau ni Wawa, sah sah kau tengok dia tunggu kau kat sekolah tadi.

“takde la, aku tak pergi sekolah pun tadi. Yang tadi aku call kau tu pun sebab aku nak bagitau yang aku tak dapat datang, hehe” lemah tawa Aiman. Tipu sunat tak pa kot? Dia tidak mahu kekasih hatinya rasa bersalah.

“owh, ye ke? Baguslah. Wei, kau tak sihat ke?” Wawa pelik dengan penipuan yang Aiman nyatakan. ‘kenapa dia nak tipu ni? Sah sah dia redah hujan tadi. Haish, mamat ni saje je nak bagi aku rasa bersalah’ getus hati Wawa.

“aku? Tak sihat? Mana ada. Aku biasa je la. Wei, aku ngantuk ni. Besok la kita bincang projek kita ek. Night. Assalamualaikum” talian dimatikan. Kepalanya yang pening tak tertanggung. Matanya mula meronta untuk ditutup, kesan ubat yang diambillah tu. ‘cepat betullah kau ni kena sakit’ getus hati Aiman namun dia masih tersenyum mengenangkan Wawa yang mengambil berat tentang dia. Huhu. Cepatlah aku sembuh lepas ni.

“wailaikumussalam” Wawa kematian kata. Hatinya dibalut kemas dengan rasa bersalah. Dia perlu mencari medium untuk melepaskan rasa bersalah yang boleh bertukar menjadi tension pada bila-bila masa sahaja. Lantas dia melangkah ke arah Mr Lappy dan membuka playlist lagu kegemaran dia. Dia tersenyum mendengar bait-bait lirik lagu. Tetapi senyuman mati apabila lirik Britney Spears yang berbunyi;

You drive me crazy, I just can’t sleep.

I’m so excited, I’m in too deep.

Ohhh… crazy but it feels alright

Baby, thinkin’ of you keeps me up all night

Tell me,

You’re so into me

That I’m the only one you will see…

Hati yang sudah mula tenang tadi bergocak kembali. Sepanjang hidup Wawa, dia menjadi pembuli wanita yang ‘berjaya’ walaupun tak berdaftar dimana-mana kelab pembuli sedunia sehinggakan dia mendapat jolokan ‘DIVA P’, dia tidak pernah rasa bersalah yang teramat sangat. Mr lappy ditidurkan dan lampu bilik dimatikan, Wawa ingin tidur agar dia dapat menguburkan rasa bersalah tengah menjerit di hati. Haru betul la!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Stop Bully! My Love 2”
  1. Nur Faiza says:

    best. teruskn usaha

  2. Nuristab says:

    @NUR FAIZA ; terima kasih.. jasa awak dikenang ^_^

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"