Novel : Stop Bully! My Love 3

16 April 2013  
Kategori: Novel

1,623 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : HUNLOVE R

Bab 3

Pada pagi subuh yang indah lagi permai, Wawa bangkit dari tidurnya dengan malas yang amat di tambah pula dengan matanya yang masih meronta-ronta meminta untuk ditutupkan semula. Dari pukul lima empat puluh pagi lagi jam locengnya mula memekak, bunyi dah macam kawasan perang je. Mana tidaknya, jam yang disetkan malam semalamnya bukan sebiji tapi lima bijik! Kononnya untuk memudahkan dirinya bangun dari lena tidur tetapi malang sekali telinga Wawa tak makan saman langsung pada pagi itu!

Sedikit pun tidak terkutik tidurnya, jam loceng pun tidak mampu mengejutkan Wawa. Baru tiga jam dia berkubang di dalam selimutnya yang tebal itu, dan ini semua adalah jasa baik Aiman skema! Wawa langsung tidak dapat melelapkan mata sepanjang malam tadi. Puas otaknya berfikir tentang perasaan bersalah terhadap Aiman yang semakin bergunung di hatinya dan perasaan itu menghantui mindanya sepanjang malam.

Dalam pada dia tengah berfikir soal Aiman malam tadi, entah mengapa dia merasa sesuatu perasaan yang aneh mula lahir di dalam hatinya. Tetapi dengan sepantas kilat dia menepis perasaan yang mustahil itu. Mana mungkin dia membalas perasaan Aiman sedangkan dia sememangnya dia geli untuk berfikir, bercakap tentang hati dan perasaan.

Dia terlelap pada pukul 3 pagi, itu pun selepas puas dia memujuk sepasang biji matanya untuk tidur dan tanpa dia sedar dia terbangun dengan sendirinya pada pukul 6 pagi. Apabila dia mengalami mimpi ‘ngeri’ yang amat menakutkan dan menggelikan. Dia enggan mengingat kembali mimpi ngeri itu dan terus berlalu ke bilik air yang berada dalam biliknya. Setelah selesai mengambil wudu’, tanpa membuang masa dia terus menunaikan solat subuh sendirian.

Pada mulanya Wawa ingin sambung tidur sebentar selepas solat subuh, namun jangkaannya meleset sama sekali apabila jam loceng miliknya menunjukkan waktu 6.30 pagi. Terima kasih kepada Hashim, abang sulung kepada Wawa dengan baik hati mengetuk pintu bilik Wawa dengan sekuat yang mungkin seperti dia hendak merobohkan pintu itu dengan tangan sasanya. Nak ganti pintu baru ke Hashim? Nak tak nak,Wawa yang masih memakai telekung melangkah dengan mamai untuk membuka pintu biliknya,

“oii pendek, cepat siaplah!” jeritan Hashim yang betul-betul mengena tepat kearah wajah adiknya yang masih mamai. ‘Adoi, budak ni masih mamai ke?’.

Wawa yang mendengar jeritan itu hanya mampu menggangguk lemah, dia tidak mampu berdebat atau bergusti seperti biasa. Kalaulah dia mempunyai kekuatan, memang kepala abangnya akan mendapat habuan.

‘tengoklah tu! Boleh pulak dia buat muka sengal pagi-pagi macam ni. Solat tadi ntah macam mana rupanya? Malam tadi study kuat sangat ke?’ gumam hati Hashim.

Wawa terus menutup pintu bilik dan membiarkan abangnya terpinga-pinga dihadapan pintu biliknya. Badannya terlalu penat dan mengantuk dalam masa yang sama, matanya seolah-olah mahu menyelimuti biji matanya yang dirasakan pedih itu. Dia terus berlalu ke bilik air setelah mengambil tuala di bilik persalinannya dengan kantuk yang masih menggunung. Secara tidak langsung mimpi ngeri yang sudah dilupanya tadi kembali bermain-main di otaknya.

“Tak guna punya mamat skema, kau telah menganggu tidur aku yang sikit punya nyenyak tetapi disebabkan muka kau yang hodoh tu! Aku terbangun pukul 6 pagi! Bengong!!” jerit Wawa di dalam bilik air dengan mulutnya dipenuhi dengan buih ubat gigi jenama darlie.

“uhuk-uhuk!” air kumuhan tersekat di kerongkong. ‘argh, siaplah kau Aiman! Kau fikir aku nak rasa bersalah pasal hal semalam tu. Heh, haram!’ Wawa terus memaki hamun Aiman di dalam hati.

Matanya yang bengkak dek kerana semalaman dia tak dapat melelapkan mata dan apabila matanya dapat dilelapkan, dia termimpikan Aiman? Memang sesuatu kejadian yang amat pelik dan menakutkan. Tak pasal-pasal budak skema tu masuk mimpi aku, cubalah Leonardo dicaprio ke, The Rock is cooking ke, Ronaldo ke, ini tidak Aiman the skema tu jugak yang masuk mimpi aku! Aduhai.

Wawa mimpi budak skema tu jadi Vampire dan mengejarnya dia dari belakang. Lucu jugak tapi seram pun ada! Mana taknya, Aiman kot jadi vampire. Vampire muka skema siap berspek mata dengan rambut kemas dia, muka dia je yang pucat. Kalau ye pun, suruh la orang yang lain jadi vampire.

Dalam mimpi itu Wawa hanya memakai baju tidur dan Aiman memakai custom Vampire. Siap ada adegan kejar mengejar di padang kawat sekolah mereka. Habis satu padang bola Wawa tawaf, rasa-rasanya cukup kot tujuh pusingan. Hahah. Ni sah-sah tidur tak basah kaki dan tak baca doa. Tu pasal arhh, mimpi yang bukan-bukan.

‘Aku tak nak kena gigit dengan vampire skema tu tak best langsung, tak thrilllah. Dahlah tu siap kata ~Wawa jagalah kau~ Heh, Aku nak vampire yang ala-ala cik Maya Karin kita, kalau cik Maya la jadi vampire tu, perggh confirm aku minta autograph dia siap bergambar lagi buat kenang-kenangan. Demand lah pulak ye. Apa-apa pun siap la kau nanti aku kerjakan!’

Wawa bersiap ala kadar, biasalah bukan nak kemana pun ke sekolah je kot. Setelah dia memakai minyak wangi jenama Aqua Lily bodyshop, Wawa terpandang papan reminder di bilik. ‘Alamak, projek esei tu kena hantar minggu depan la. Sepatah haram pun bahagian aku tak draft lagi nih. Erm.. ah lantaklah, mesti mamat skema tu dah draft kan untuk aku.

Memang nilah salah satu sebab kenapa aku nak join group dia. Yelah, budak top student kot, untuk pengetahuan semua, Aiman the skema tu adalah satu-satunya budak yang sentiasa dapat nombor satu dalam kelas dan markah dia tak pernah dapat bawah 80%, mesti tinggi punya. Bayangkan subjek biologi bapak kepada segala bapak-bapak susah, tapi Aiman boleh skor dengan mudah je. Itu pasallah budak-budak kat kelas tu berbaris nak berkumpulan dengan dia yelah mudah untuk dorang siapkan kerja projek.

‘Tapi untung badan aku yang ramping ni bak kerengga ni, budak skema tu nak berkumpulan dengan aku dengan sekali pujukan sahaja.’ Wawa telah merencana satu misi untuk mengenakan budak skema tu hari ni, hahahaha. Ketawa mengilai memenuhi ruang biliknya yang berwarna merah menyala.

“woi Wawa, kau dah tak nak pergi sekolah ke apa?!” jerkah Hashim di luar bilik. ‘Apa lagi budak Wawa ni nak buat? Bukan aku tak tahu kalau dia ketawa macam tu mesti ada tanduk dan taring baru dia keluar, siapa lagi la yang jadi mangsa dia kali ni. perangai siapa la yang dia ikut ni? Buruk bebenor le’ getus hati Hashim

“Ye la, orang tengah sedap berangan, abang ni kacau je la! Kejap lagi orang turunlah!” suara Wawa meninggi sikit. ‘Orang tua ni, kalau suka sangat jerit, kenapa dia tak masuk rancangan Akademi Fantasia, suara dah ala-ala Cik Ning tak payah audition confirm pass terus.’

Wawa menuruni tangga rumah sambil menghentak kaki, ala-ala kawat kaki turun tangga. Ye la, diakan ketua koman perempuan sekolah. Sememangnya keluarga Encik Yusuf menwarisi suara yang kuat dan lantang tanpa mengira jantina.

“tengok tu, raksasa Ultraman turun tangga daa. Oi cik adik ku Wawa Yusof, cubalah turun tangga macam perempuan sikit. Awak tu perempuan buat lah cara perempuan. Malulah kat muthu kat depan rumah ni. Ke adik ni bukan perempuan?” tegur Hashim sebaik Wawa sampai di meja makan untuk bersarapan bersama keluarga tercinta.

“Abang ni, kenapa hah? Pagi-pagi lagi dah buat hal! Pada yang pagi indah lagi permai ni, kita patut menceriakan keadaan, tapi yang abang ni dari tadi nak kenakan Wawa apasal? Wawa ada hutang ke abang? Wawa takde duit tau! Papa tak bank in lagi duit elaun Wawa” Wawa akhirnya berjaya meluahkan semua lava perasaan dari tadi.

“satu lagi, takde nama orang lain ke abang nak kenenkan kat Wawa, nama Muthu jugak yang timbul dalam kepala abang.” Wawa menambah.

“ye la, tengok perangai macam orang perempuan meroyan pagi-pagi da mengilai, hentak hentak kaki bagai, orang mana yang tak panas. Malu dengan jiran-jiran adik oii, dengar ketawa kau yang nyaring tu pagi-pagi. Kurang saham abang ni sebagai abang terbaik untuk anak Auntie Salma” Hashim mencebik

Wawa ingin membalas kata-kata abang yang didengari seperti racun di sebelahnya ni. Belum sempat membuka mulut, papa telah masuk line,

“korang berdua ni, depan rezeki tak baik gaduh, sorang umur 17 tahun, sorang lagi umur 20 tahun tapi perangai macam budak 7 tahun je. Da jangan bising, kalau tak papa tak bagi elaun kat sapa-sapa bulan ni!” amaran keras dari papa. Tuan Yusuf tersenyum melihat kedua-dua anaknya tunduk menikus.

“Wawa, macam mana dengan persiapan SPM? Tinggal berapa bulan je lagi ni” mama mula bertanya sambil tangannya lincah menyapu jem strawberi pada roti untuk suami tercinta.

“70% dalam tangan, 30% lagi Wawa cuba capai ye? Mama, nanti kita pergi beli stationary sebab Wawa punya alat-alat tulis dah nak habis, boleh ye ma?” Wawa memujuk mama atau nama sebenar Puan Kirana.

Hashim yang mendengar suara adiknya bermanja dengan mama, ‘gedik betul, dengan aku macam raksasa tak cukup makan, dengan mama papa macam anak kucing je, hish memang budak ni ada split personality betul la’ getus hati Hashim.

“berbulu telinga aku” perlahan kata Hashim.

Tetapi masih sempat ditangkap oleh telinga satelit Wawa, sempat dia menjeling tajam kepada abangnya yang ‘tersayang’ tu, wait-wait ‘tersayang’? ‘Tersengal’ ada la. ‘jealous la tu’ getus hati Wawa. Namun, dia memaniskan muka apabila memalingkan mukanya memandang wajah mama tersayang, yang masih belum member apa-apa jawapan.

“boleh la ma..” pujuk Wawa.

“Ye la, mama pun nak bawa Mak Esah pergi pasar raya beli barang dapur petang nanti. Hashim, kamu pun ikut mama sekali, tak yah duk memerap dalam rumah macam pekasam. Petang ni kita keluar, lagipun Wawa takde kelas petang ni kan?” mama yang telah mengeluar warta wajibnya.

“takde!” jawab Wawa yang girang, dapat lah aku beli handphone baru petang ni hehe.

“ala ma, Hashim masih jetlag lagi la, malas nak keluar. Lagipun bukannya ada apa pun kat pasar raya tu, boleh ye ma, Hashim tak ikut la ye?” Hashim memujuk mamanya supaya tidak membawa dia keluar.

“Jetlag? Biar betul kamu ni Hashim, jetlag apanya da seminggu da kamu sampai sini. Kamu jangan nak malas, mama bukan saje-saje nak bawa kamu jalan-jalan kat pasar raya, mama nak kamu tolong tolak troli, sebab banyak barang dapur nak kena beli ni” tegas mama.

‘jetlag? Biar betul abang aku ni. Da seminggu sampai Malaysia masih jetleg? Entah-entah nak berchatting dengan awek kat US ni. Hei, orang tua sebelah ni boleh tahan gatalnya’getus hati Wawa.

Hashim berada dalam tahun pertama ijazah jurusan pembinaan di University of Princeton, USA. Sebaik sahaja Hashim memperolehi result SPM, dia terus membuat keputusan nak sambung belajar di USA. Dia mengambil dua tahun program asasi di University of Princeton. Bukan dia tak sambung belajar di dalam negara, Cuma dia nak merasa belajar di tempat orang, belajar jauh-jauh ni dapatlah dia belajar hidup sendiri.

“ye la abang ni, apa guna badan ketak-ketak tapi tak nak diaplikasikan. Buat malu je!” Wawa mula menyokong mamanya. Biasalah anak manja. Hatinya puas melihat muka Hashim yang menarik 14 belas.

“ntah-ntah abang nak telefon awek abang ye? Habislah mama dengan papa lepas ni, dapat menantu orang putih!” Wawa serkap jarang.

“eh, budak ni! Sesuka hati je nak tuduh-tuduh orang. Berdosa tau tak! Abang tak keluar sebab abang malas, tak de kaitan dengan mana-mana minah pun.” Balas Hashim dengan nada tak puas hati.

“Mamaku sayang, kalau setakat nak tolak troli tu, suruh je, raksasa sebelah Hashim ni. Tenaga zahir dan batinnya telah dibuktikan di semua jabatan-jabatan negara, dia sememang KUAT! Jangan risau, servis dia confirm yang terbaik dari ladang!” sambung Hashim sambil mengerling kepada adiknya yang mula bertukar wajah.

‘yahoo! One point for Hashim! adik ingat adik je boleh kenakan abang, ni abanglah, sifu dalam bab sakat menyakat. Kalau nak jadi protégé kepada Tuan Muda Hashim, sila-silalah isi borang ye jangan malu-malu.’ Hashim tersenyum sumbing.

“Hashim! When I said Hashim kena ikut, then you must go!” suara mama mula meninggi.

“baik Puan Kirana!” jawab Hashim seperti anggota polis menerima arahan. Kalau mama da mula berspeaking, alamat bumi nak meletup so sebelum benda bukan-bukan jadi sebaiknya Hashim patuh je. Kalau tak, confirm lebur tahi telinga satu hari kena bom dengan bebelan mama yang mampu berterusan selama 24 jam tanpa henti lebih-lebih lagi sekarang ni dia sedang dalam mood ‘memerap’ dalam rumah tanpa keluar ke mana-mana.

“padan muka” Wawa menjelir lidah kepada abangnya. Tanda kemenangan.

“ok la, ma, pa, Wawa pergi dulu, selaku seorang pengawas yang berdedikasi mana boleh lewat ke sekolah. Takut mencemar duli title pengawas terbaik macam Wawa” sempat lagi Wawa buat lawak yang tak lawak langsung sambil tangan mama dan papa tercinta dicium dengan penuh syahdu gitu. Jangan terkejut dengan jawatan pengawas yang disandangnya. Walaupun pembuli tapi displin dia tip-top okey.

“dengan abang tak nak ke?” Hashim menghulur tangannya.

“nak apa? Duit? Papa, abang nak duit” wawa menjerit memanggil papanya. Dia sememangnya masih blur dengan perbuatan abang.

‘Wawa ni pun satu, duit jelah yang ada dalam kepala otak dia ni. Kenapa budak ni blur sangat pagi ni, ke dia saja nak sakitkan hati aku?’ getus hati Hashim lalu dilihat papanya hanya menggeleng kepala.

“tak nak salam abang ke?” sindir Hashim kepada adiknya.

“ler, gedik jugak minta di salam, malaslah” Wawa mula melangkah keluar rumah seusai mengikat tali kasut.

“dosa, tak hormat orang yang tua tau. Tak berkat kang!” ugut Hashim dengan tangan yang masih dihulur untuk disalam oleh adiknya yang ‘solehah’.

“ye la, ye la!” Wawa berpatah balik. Dengan bibir yang diketap menahan geram, ditanduk tangan abangnya yang poyo.

“buat sesuatu perkara itu dengan ikhlas, bukan dengan terpaksa baru ada berkat, bukan tanduk macam ni” Hashim saje menambah minyak diesel kepada hati Wawa yang tengah marak menyala. Lalu, Wawa mencium tangan abangnya dengan syahdu, chewah.

“Wawa gerak dulu” sambil memandang muka mama, papa dan abang tersengal dia.

“waalaikumussalam waarahmatullahhirbarokatul!” sindir Hashim. Mama dan papa hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah dua beradik tu.

Wawa memandang da menghadiahkan jelingan maut gitu kepada suara yang melaung sebentar tadi dan melangkah sambil menghentak kaki macam kawad kaki kadat remaja sekolah.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"