Cerpen : Kebetulan Yang Indah

9 May 2013  
Kategori: Cerpen

17,382 bacaan 15 ulasan

Oleh : Nuran Emilynne / Nuran Mirza

Aliah mengeluh, sesekali dia menoleh ke kiri. Esakan Umai belum surut sejak setengah jam yang lalu. Tangannya yang memegang nota digenggam kuat. Setelah renyuk notanya, barulah dia berpaling, menjeling tajam ke arah umai.

“Umai, boleh tak kau berhenti menangis. Esok kan kita ada kuiz. Kau tak mahu selak nota kah?”
“Aku tak rasa aku boleh belajar sekarang ni. Otak ni rasa letih sangat-sangat.” Umairah menjawab tanpa memandang lansung ke arah Aliah. Aliah semakin bingung. Kalau ikutkan geram memang sudah lama rakan sebiliknya itu ditumbuk. Bukan hari ini perasaan itu bercambah, malah sejak tiga tahun yang lalu iatu ketika kali pertama mereka mendaftarkan diri di kolej ini.

“Tolonglah Umairah, dah berhari-hari kau begini. Aku faham kau stress, kalau aku jadi kau pun aku akan stress. Tapi tolonglah terima hakikat. We have to move on. Dan aku nak belajar untuk kuiz esok. Boleh tak kau prihatin sedikit. Bukan kau seorang sahaja yang terbeban untuk nak habiskan course ni”

Sendu Umairah semakin kuat. Gadis lembut itu terlalu sensitif, lantas dia terus menghempaskan badannya ke atas katil dan menarik slimut sehingga menutup seluruh tubuhnya. Aliah semakin bengang, tangannya menumbuk meja belajar dan kakinya pantas keluar. Bersadai di balkoni asrama lebih aman rasanya daripada melayan perempuan meroyan ini.

Aliah tahu Umairah terguris, malah selama ini dia belum pernah meninggikan suara begitu. Umairah terlalu lemah lembut, sopan dan ayu, walaupun betapa bengangnya Aliah dia tak akan berani meninggikan suara apath lagi bermasam muka. Tak sanpai hati mengusik hati sensitif gadis itu. Cuma malam ini dia tidak dapat lagi menahan amarah, sudah tak tertanggung geram di hati.

Sejak hari pertama perkenalan lagi Umairah sudah menjelaskan kepada Aliah, hatinya lansung tidak berkenan kepada dunia kejuruteraan. Sekadar memenuhi permintaan ibu dan ayah yang mahu dirinya menerajui syarikat keluarga. Jiwa halus Umairah lebih meminati seni, dan yang paling diminati ialah fotografi dan seni jahitan. Malah sejak usia belasan tahun lagi Umairah sudah berjaya menjulang trofi melalui seni fotografinya.

“Kenapa kita mesti belajar fizik-fizik ni..kepala Umai letihlaa laa nak berfikir, dah laa bercampur dengan kalkulus.waaaaaaaaaa, Dahlaa, Umai dah malas, nak sambung jahit labuci dekat beg yang Zehra tempah minggu lepas”

Teringat Aliah kepada rungutan Umairah. Ketika Aliah bertungkus lumus mengulangkaji untuk peperiksaan keesokkan harinya Umairah pula berjaga untuk menjahit labuci untuk perniagaan onlinenya. Apabila keputusan keluar pastinya Umairah juga yang cemerlang dengan gred A manakala Aliah belum tentu lulus. Tangannya tak lekang dengan telefon bimbit, bermain game atau apa sahaja untuk mengisi kebosanan ketika di dewan kuliah tetapi kalau ditanya Umairah akan menerangkan dengan jelas, manakala Aliah sekadar terkebil-kebil walaupun notanya berwarna-warni. Aliah sentiasa cemburu dengan Aliah. Walaupun berkali-kali Umairah melepaskan tekanan, merungut betapa terseksanya jiwa menjadi pelajar kejuruteraan, prestasi akademik sentiasa cemerlang.

Ya, Aliah cemburu dan teramat cemburu. Kalau ada tugasan pasti Aliahlah yang sibuk-sibuk mengingatkan Umairah. Ketika Aliah sudah separuh jalan Umai masih merungut malas, membida masa dengan hobinya. Tetapi bila tarikh akhir menjelma, Umairah jugalah menyiapkan tugasan dahulu, dan pastinya hasil kerja Umairah lebih lengkap. Aliah sentiasa hairan, tak pernah memahami corak pemikiran Umairah dan terlalu sukar baginya untuk menerima geliganya otak gadis kecil molek itu.

“Aliah” Aliah berpaling. Terbantut fikirannya apabila terdengar suara Umairah.

“Maafkan Umai. Umai tahu Umai tak patut buat perangai macam ni. Tapi Umai sedih sangat sebab dah pertengahan sem Dr.Murni suruh Umai tukar penyelia. Penyelia baru ni yang buat hal. Entah kenapa dia suruh Umai tukar projek lain padahal kalau dengan Dr.Murni dulu tak ada masalah lansung. Mana sempat nak mulakan balik dari awal.” Aliah rasa bersalah. Ya, sesiapapun akan sedih kalau berada dalam situasi Umairah.

“Aku faham, tapi yang aku tak faham kenapa kau masih bersedih. Dah empat hari dah pun sejak kau dapat berita ini. Kau bijak Umai, dan aku yakin kau mampu. Kawan-kawan kita kan ada untuk membantu”

“Aku penat Aliah. Aku dah tak mampu”

“Umai, perjalanan kita dah tak panjang. Takkan nak mengalah sekarang. Jangan sia-siakan tiga tahun kau yang dulu” Umairah tersenyum, entah apa lagi yang ada dalam fikirannya. Aliah lansung tak dapat meneka.

“Tiga tahun lepas terlalu bermakna untuk aku sia-siakan. Aku kenal kau, aku kenal kampus ni dan aku belajar kejuruteraan. Memang aku tak minat tapi tak bermakna aku membenci. Semua ini ada hikmahnya dan aku bersyukur sangat-sangat tuhan tulis jalan hidup aku begini. Tapi aku dah tak larat Liah” Berkerut Dahi Aliah. Dia tak menyangka Umairah sebgini pasrah.

“Apa maksud kau Umai. Jangan cuba nak nak buat benda yang bukan-bukan. Fikirkan harapan mak dan ayah kau. Kalau terjatuh kita kena bangkit Mai.”

“Memang kita akan bangkit tapi disebabkan peritnya luka kita, kita boleh ambil jalan lain. Kenapa terus melangkah kalau cedera makin parah? Umai bukan dekat jalan mati sekarang ni Liah.”

“Tolong jangan berkias, Umai buat Liah risau”

“Tak ada apa yang perlu dirisaukan. Umai sedih sedikit ja. Sedikit masa lagi mesti baik. Bagi ruang dekat Umai ya”

Umairah kembali ke dalam bilik, meninggalkan Aliah yang semakin buntu di luar. Aliah kembali menghirup udara malam, cuba untuk tidak memikirkan terlalu banyak mengenai Umairah.

………………………………………………………………………………………………………………………….

Aliah bergegas pulang setelah menghantar jawapan kuiz. Hatinya tidak senang apabila tidak dapat melihat wajah Umairah. Berlari dia menuju ke blok cempaka. Apabila pintu dibuka matanya buntang melihat meja dan katil milik Umairah kosong. Tiada lansung barang milik gadis itu. Hatinya menjerit memanggil nama Umairah. Meminta penjelasan, tapi dia tahu Umairah tak akan berpeluang menjelaskan. Gadis itu telah pergi meninggalkannya. Nombor gadis itu didail berkali-kali tapi hampa, tidak lansung diangkat.

Terusik hatinya melihat pouch duit yang cantik dihiasi manik dan elok terletak dia atas bantalnya.barangkali pemberian Umairah, dan mungkin adalah pemberian terakhir untuknya. Pantas Aliah mencapai dan membuka zip tersebut, sekeping gambar mereka yang ditangkap menggunakan polaroid Umairah. Tanpa disedari air matanya gugur. Terketar-ketar tangannya membelek gambar tersebut, dan di belakangnya tercoret pesanan buat kali terakhir.

Aliah yang tersayang,
Terimakasih atas segalanya.
Doakan yang baik-baik untuk diri Umairah.

Aliah tak menyangka Umairah mengambil langkah begini. Saat mereka begitu hampir untuk menggenggam ijazah Umairah mengundur diri.

Sukar untuk Aliah menerima. Zaman sekarang bukannya mudah untuk hidup tanpa ijazah. Kali ini dia pula yang menangis, kecewa dengan pilihan Umairah.

4 tahun kemudian

“Istimewa untuk gadis paling cantik pernah saya jumpa” Aliah tersentak dari lamunannya. Pouch hadiah dari Umairah terlepas dari tangannya. Dan entah bagaiman terlerai manik-manik ke lantai.

“Tengok apa yang awak dah buat. Ini pouch kesayangan saya tahu tak?” Azlan tergamam dengan wajah Aliah yang sudah mula mencebik. Lansung tak terniat untuk menyebabkan rajuk di hati Aliah. Lantas lelaki muda itu terus membongkok mengutip setiap butir manik tersebut.

“Tak payahlah kutip, dah rosak nak buat macam mana”

“Apa salahnya. Mungkin kita boleh bawa ke mana-mana kedai dan betulkan semula?” Tenang Azlan melayan. Tak sanggup melihat wajah gadis pujaannya masam.

“Tak payah, dah buruk dah pun” Aliah menunduk dan memintal-mintal hujung baju kurungnya, tak senang dengan kehadirian Azlan. Bukannya dia tak tahu perasaan Azlan, cuma dia tak pandai untuk menolak. Azlan terlalu baik untuk dikecewakan.

Baru sebulan mereka berkenalan. Azlan peramah dengannya dan rajin melayannya. Aliah faham isi hati anak muda itu tapi dia lansung tak mahu memberi peluang. Kadang-kadang sikap Azlan berjaya menyentuh hatinya, tetapi Aliah tidak pernah meluahkannya. Sekadar berkawan dan tidak lebih dari itu.

“Saya minta maaf. Sebagai ganti saya sediakan fish and chip special untuk awak, dengan air mango lychee kegemaran awak. My treat today.” Kendur marah Aliah, tak sampai hati untuk melempiaskan marahnya kepada orang yang telah bersusah payah menyediakan makanan kegemarannya.

Perlahan Azlan mengundur diri. Aliah merenung masakan Azlan. Seleranya sudah datang tapi entah kenapa hatinya berat untuk menjamah. Hidangan itu datang bersama hati Azlan yang ikhlas. Mana mungkin Aliah mampu untuk menelan sekiranya hatinya masih terkunci. Apabila menoleh ke bahagian kaunter kafe Azlan sedang khusyuk memandangnya dengan senyuman tampan terukir di wajahnya.

……………………………………………………….
“Lama cikgu Aliah keluar makan?”

“Kelas mula pukul tiga, sahaja ambil angin kejap.”

“Jangan selalu buat perangai macam ni. Kat luar sana ramai lagi orang nak kerja dekat kolej matrikulasi ni. Kalau tak bersungguh-sungguh nak mengajar baik cari sahaja kerja lain” Aliah hanya mampu mengangguk walaupun tekaknya terasa amat kelat untuk menelan sindiran cikgu senior itu. Entah kenapa cikgu-cikgu di sini sukar untuk menerima kehadiran lepasan ijazah. Kata mereka lepasan ijazah seperti Aliah tidak ikhlas mengajar, sekadar mahukan jaminan kerja malah jaminan pencen setelah bersara kelak.

Aliah tak mampu melawan kerana dalam fikirannya dia tak mampu menyangkal. Setelah tamat pengajian dia beruasah mencari kerja tapi terlalu perit rasanya. Hampir setengah tahun mencari namun hampa. Tak lama kemudian rezekinya mula datang, dan dia mula bekerja di sebuah kilang di Shah Alam. Sebulan berkerja dia terasa bosan bergelumang dengan mesin-mesin besar. Waktu kerja panjang dan membebankan. Tambahan pula dia bekerja secara kontrak, setelah tamat tempoh yang dijanjikan dia perlu mencari kerja di tempat lain.

Oleh kerana itulah dia memilih untuk menjadi cikgu, lebih mudah dan terjamin. Bukan sahaja jadualnya terurus tetapi sara hidupnya selepas bersara juga terjamin. Aliah tak mahu ambil risiko bertukar-tukar kerja.

Aliah mula membuka laptop untuk menyemak kembali slide yang bakal digunakan sebentar lagi. Terpampang wajahnya dan wajah Umairah. Sudah empat tahu latar laptopnya tidak bertukar. Setia terpampang wajahnya dan Umairah. Tiga tahun Umairah muncul dalam hidupnya, entah kenapa penangan gadis itu terlalu kuat dalam hidupnya. Mereka terlalu berbeza, itu yang pasti, dan cemburu Aliah tidak pernah padam walaupun sudah bertahun. Entah apalah yang diharapkan dari Umairah kini. Hatinya rindu untuk mendengar suara manja gadis itu merungut malah terlalu kuat hatinya tertanya-tanya tentang kehidupan Umairah. Bahagiakah dia? Teruruskah dia?

Jujur hatinya merasakan tidakan Umairah itu terlalu bodoh, mensia-siakan masa hadapannya. Sejak kecil Aliah dididik supaya belajar bersungguh-sungguh, dan berusaha untuk menggenggam segulung ijazah. Apabila berjaya mendaki menara gading maka insyaallah akan selamatlah hidup ini. Itulah yang diamakan insan yang berjaya.

Dia tak yakin Umairah mampu berjaya apatah lagi gadis itu terlalu sensitif. Dia terlalu risau, dan dia juga tidak mahu mengharapkan yang bukan-bukan untuk kehidupan Umairah. Kalaulah Umairah ada di depan matanya sekarang dan menjelaskan segalanya tentu hatinya tidak dipagut rindu begini.

Aliah menggagau beg tangannya dan cuba mencari kunci kereta. Setelah beberapa minit terkial-kial dia akhirnya tersenyum puas apabila jemarinya berjaya menggenggam segugus kunci.

“Kecil sangat handbag tu, padanlah susah nak jumpa kunci”Aliah memandang ke hadapan, Azlan sedang bersandar di viva milik Aliah. Tiada lagi baju t-shirt comot yang dipakai selalu, malah apronnya juga sudah tiada. Terlopong Aliah melihat anak muda itu yang sudah berubah penampilan. Badannya tersarung kemeja Levi’s berwarna putih dan dgindingkan dengan seluar slack berwarna khakhi. Sneakers jenama Adidas berwarna merah tersarung kemas membuatkan dada Aliah berdegup kencang. Azlan masih tersenyum, suka melihat Aliah yang terkebil-kebil. Beberapa orang pelajar yang mengekek ketawa menyebabkam muka Aliah merah padam.

“Awak nak apa?”

“Tak sesuai cakap kat sini, jom pergi somewhere. Azlan meragut kunci di tangan Aliah. Serta-merta dia masuk ke dalam Viva Alaih dan mula menghidupkan enjin. Walaupun hatinya marah Aliah tetap mengikut. Mana mungkin dia membuat drama di hadapan pelajar-pelajarnya.

……………………………………………………………….
“So awak nak cakap apa?”

Azlan menghirup air jusnya sehingga habis, dan tersenyum. Aliah cuba untuk bersabar tetapi senyuman Azlan semakin lebar dan terlalu kacak. Aliah terpegun tetapi cepat-cepat dia beristighfar. Cuba menahan godaan yang terlalu besar di depan matanya itu.

“Nak minta alamat rumah, nak masuk meminang?”

“What? Jangan main-main Azlan?”

“Kenapa? Tak boleh?” Aliah terkedu. Hendak menolak memang payah. Azlan seorang pemuda yang baik, sangat berbudi pekerti. Sejuk mata memandang malah pilihan yang baik untuk dibuat menantu cuma Aliah yang mengunci pintu hatinya.

“Liah tak yakin kita mampu bersama?” Aliah menggeleng. Anak matanya dilarikan jauh dari pandangan Azlan.

“You hate me?” Aliah menggeleng.

“So, apa lagi yang kurang untuk Lan? Kali pertama kita berjumpa Lan dah jatuh hati and I’m very sure you are what I need in a wife”

“Semudah tu Lan jatuh cinta dengan Liah? Jangan main-main Lan. Perkahwinan bukan benda mudah. Lagipun baru sebulan kita kenal”

Azlan sedar Aliah marah tapi dirinya masih tenang. Belum pernah dia hilang sabar walaupun kadang-kadang layananan Aliah terhadapnya kurang enak. Dan kerana sifatnya yang inilah membuatkan Aliah semakin serba salah.

“So, apa kata Aliah terangkan dekat Lan. Apa lagi yang Lan terlepas pandang sebelum Lan buat keputusan untuk jatuh hati dekat Liah?

“Liah lagi tua dari Lan?”

“Cuma dua tahun lebih tua. Lagipun rasanya Lan dah cukup matang untuk jadi seorang suami dan Lan yakin yang Lan akan lagi cool kalau ada masalah.”

“Maksud Lan”

“Maksud Lan, walaupun Liah lebih tua Liah lagi cepat gelabah kalau ada masalah. Contohnya sekarang, belum apa-apa dan menolak. Lan yakin kalau kita ada masalah Lan boleh jaga Liah dan Liah boleh harapkan Lan untuk jaga keluarga kita nanti, We’ll complete each other insyaallah” Aliah terkedu, dapat merasai keikhlasan lelaki tersebut.

“Liah minta maaf sangat-sangat dekat Lan. Liah ada ciri-ciri lelaki idaman Liah sendiri dan Liah tak nampak ciri-ciri tersebut dalam diri Lan” Azlan ketawa kecil mendengar pengakuan Aliah.

“Lan rasa kalau tanya semua perempuan kat dunia ni pun takkan ada seorang yang akan tetapkan calon suami dia seorang tukang masak kan? Kalau tukang masak hotel tak apa lagi, tapi ini tukang masak kafe matrik, hampeh sangat kan?”

Aliah cuma terdiam dibiarkan bidikan Azlan mengena. Lama mereka begitu sebelum Azlan meneruskan perbualan.

“Aliah tak nak cuba berbohong untuk pujuk hati Lan? Anything, just cakap yang Liah dah bertunang ke..” Direnungnya wajah Azlan dengan pandangan kaku. Lansung tak terlintas di mindanya jawapannya yang sesuai.

“Liah tak pandai bohong kan? Sebab tu juga Lan jatuh hati”

“Lan, please stop it. Tolong hormat keputusan Liah. Liah tak mahu terima Lan semata-mata kerana tak nak kecewakan Lan. Lan lelaki yang baik tapi bukan untuk Liah”

“Jadi orang bagaimana yang sesuai untuk Liah? Yang lebih tua dan matang dari Liah. Atau yang berpendapatan tetap dan bekerja dengan kerajaan? Yang tak perlu risau kalau-kalau suatu hari nanti terpaksa ubah haluan dalam kerjaya? Lan faham Liah mahukan hidup yang stabil dan sebab tulah Liah jadi cikgu, kan? Tapi Lan yakin kita ada masa depan? Kenapa Liah tak nak terima. Rezeki kita sudahpun ditetapkan, kalau kita berusaha dengan cara yang baik, insyaallah hidup kita akan bahagia. Aliah tak terfikir begitu?”

“Aliah bukan mata duitan. Lagipun Liah tak pernah hina kerja Lan”

“Lan dapat rasa yang Liah pun jatuh hati dengan Lan tapi Liah susah nak mengaku. Kalau Lan ada ijazah, kerja pejabat mungkin jawapan Liah berbeza bukan?” Air matanya mula bergenang. Terasa sedih apabila ditegur begitu.Entah kenapa begitu rapuh hatinya berhadapan dengan lelaki itu.

“Liah cuma nak yang terbaik dalam hidup Liah. Liah tak kejar harta, jangan sesekali Lan sindir atau hina Liah”

“Tak pernah Lan berniat nak hina orang yang Lan sayang. Tapi Liah jangan nak tipu Lan. Lan dapat rasa yang Liah tengah serba-salah. Jujur Liah ta mampu nak tolak Lan kan?” Aliah masih terdiam. Memang dia keliru tetapi dia tak berani untuk menyuarakan apa-apa.

“So siapa lelaki idaman Liah”

“Liah tak terlalu meminta-minta tapi salahkah kalau Liah impikan lelaki yang bekerjaya. Yang akan tanggung makan minum Liah dan yang cukup matang untuk uruskan rumahtangga. Perkahwinan bukan mainan. Ramai orang kahwin sebab nafsu dan cinta semata tapi kemudian hidup susah. Liah cuma fikir logik”

“Ya, perkahwinan itu bukan mainan, tapi ibadah. Dah lama Lan fikir, dan kali pertama Lan yakin dengan perasaan ini Lan terus nekad untuk lamar Liah. Lan tak main-main dalam soal ni. Lan akan berusaha demi kita Liah, demi rumahtangga kita nanti.” Aliah semakin buntu. Terharu dengan keikhlasan Azlan dan tak dapat menolak hakikat hatinya yang sudah dicuri sedikit demi sedikit.

“Aliah tak faham kenapa Lan boleh jadi sebegini yakin sedangkan hati Liah ni tak ada sekelumit perasaan pun untuk Lan?”

“Perasaan tu ada tapi terkunci kemas dalam hati Liah. Liah tak akan pernah nampak tapi Lan tahu. Baru sekejap tadi Lan nampak. Masa Liah melopong tengok Lan sandar dekat kereta Liah”

Aliah terasa malu,malah wajah Azlan yang semakin lebar tersenyum membuatkan dirinya semakin tak keruan. Berkali-kali diteguknya air liur. Mencari kekuatan untuk menyusun ayat. Walau apapun yang bakal terjadi, dia tak mahu melihat Azlan sedih

“Kita ada peluang untuk buat pilihan. Dan Liah sudah buat keputusan. Walau macam mana yakinnya Lan, Liah tak berkongsi perasaan yang sama. Dan Liah yakin ini yang terbaik untuk Liah buat masa ini. Maafkan Liah.”

Azlan masih tersenyum, tiada lansung riak kecewa. Cuma Aliah yang berasa serba salah, entah kenapa hatinya terasa sayu.

……………………………………………………………..
Aliah keluar dari dewan kuliah dengan perasaan monyok. Terasa bosan yang amat. Mengajar benda yang sama untuk sekian kalinya. Baru 2 tahun dia di sini, sudah menggunung kebosanan. Perutnya berbunyi dari pagi. Lansung tidak mahu menjamah apa-apa.

Hari ini hidupnya terlalu suram.Bagaikan awan mendung berarak di atas kepalanya. Paginya dikejutkan dengan berita pemergian Azlan. Azlan sudah berhenti kerja tanpa sebarang sebab. Dia sedih dengan keputusan Azlan yang pergi dengan tiba-tiba. Sama seperti Umairah. Kenapalah orang di sekelilingnya selalu mengambil keputusan mendadak? Aliah tak faham dan sakit hatinya kala memikirkan apa yang mungkin terjadi kepada mereka.

Pon!Pon!Pon!

Aliah beristighfar panjang. Lampu isyarat yang sudah lama bertukar hijau lansung tak disedarinya. Ketika kakinya mula menekan pedal minyak sekali lagi dirinya dikejutkan dengan hon panjang. Rupanya kereta dibelakangnya sedang cuba memontong. Sudahnya Aliah hanya menunggu sehinggalah lampu isyarat bertukar menjadi warna merah dan hijau semula. Tak sudah-sudah dirinya memikirkan tentang Azlan, Perit rasanya untuk menerima hakikat lelaki baik itu sudah tekad meninggalkannya.

Entah kenapa perasaan sedih bertandang. Bukankah sepatutnya dia gembira kerana sudah tidak perlu memikirkan hal lelaki itu. Aliah menepuk dahi, dengan harapan sakit kepalanya akan hilang. Keretanya melunjur laju dan sebelum sampai ke rumah Aliah singgah dahulu ke 7-e. Mahu membeli mi segera sebagai makan malam. Tekaknya lansung tak berselera untuk menjamah makanan gerai, takut teringat-ingat senyuman
Azlan yang selalu bertandang.

“Opssss, sorry sorry, I’m so sorry” Aliah meminta maaf apabila tanpa sengaja dia melanggar seorang wanita yang kebetulan baru keluar dari kedai 7-e tersebut.

“Its okay, don worry. Wait, hang on, I know you”

Aliah mengamati wajah wanita tersebut. Sangat cantik dan juga sangat kenali

“Aliah tak ingat Umai? Ni Umai Liah, roomate Liah dulu?” Umairah segera memeluk Aliah sedang Aliah masih tergamam. Terlalu terkejut dengan pertembungan yang mendadak itu.

“Kecil sangat dunia ni, tak sangka kita berjumpa lagi. Sekejap ya” Aliah hanya memerhatikan tindak-tanduk Umairah yang sibuk menulis sesuatu di atas kertas. Terlalu kelu lidahnya untuk berkata-kata. Terlalu banyak yang ingin ditanya sehinggakan dia sendiri tidak tahu di mana untuk bermula.

“Ni alamat rumah Umai, esok ada makan-makan sikit sebab baru pindah masuk. Aliah datang ye. Umai nak cepat ni, kena balik sekarang. Assalamualaikum.”

Aliah kaku berdiri di depan pintu kedai. Masih merenung jauh walaupun kelibat Umairah sudah hilang. Terlalu sukar dipercayai.Bagaikan sinetron, terlalu banyak drama yang dimainkan hari ini.

………………………………………………………………

Tak susah untuk mencari, dengan mudah Aliah berjumpa banglo milik Umairah. Banglo tiga tingkat yang lengkap dengan laman di hadapan rumah dan 2 buah kereta mewah elok tersergam di garaj.

Lambat-lambat dia melangkah. Risau kalau-kalau tidak pandai bergaul dengan jemputan lain. Maklumlah, rumah mewah pastilah milik orag kaya, dan kenalannya juga mestilah hartawan juga.

“Dan sampai pun Liah, marilah masuk” Dengan ramah Umairah menarik tangan Aliah. Melopong wajah Aliah apabila melihat kehadiran beberapa orang kulit putih di halaman rumah tersebut.

“Liah, ni suami aku Emmet” Salah seorang jejaka kulit putih tersebut tersenyum mesra. Umairah kemudiannya menjengkitkan kakinya untuk berbisik sesuatu ke telinga suaminya. Hanya anggukan dan senyuman tampan yang dibalas oleh Emmet kepada isterinya. Cair hati Aliah melihat babak suami isteri tersebut. Serta-merta ingatannya terarah kepada senyuman Azlan, entah ke mana jejaka itu pergi.

Umairah menarik Aliah untuk berehat di laman. Tanpa segan silu mereka berpelukan dan meluahkan rasa rindu yang tak terhingga. Mereka terus berceloteh panjang dan tak sudah-sudah saling bertanya.

“Kau jadi cikgu. Makin meninggi tahap kesabaran Aliah”

“Bolehlah sekadar tak sampai makan hati. Umai macam mana?

“Macam nilah masih setia dalam bidang fotografi dan cuma akan bersara apabila mula menjadi ibu. Lagi dua minggu nak terbang ke Thailand, tangkap gambar gajah. Liah nak ikut? Umai belanja, Abang Emmet kan pilot, bila-bila sahaja boleh bagi tiket free.”

“Nak, nak, nak!” Dengan gembira Aliah menjawab dan kemudiannya mereka sama-sama ketawa besar.

Seketika kemudian mereka terdiam, cuma jari jemari yang masih erat bercantum. Masing dapat merasakan rindu dan perasaan ingin tahu yang menggunung. Aliah pula masih punya banyak tanda tanya. Dari dulu dia mahu tahu, bahagiakah Umairah setelah membuat keputusan yang baginya lansung tak masuk akal.

“Liah sentiasa ingatkan Umai. Selalu risau kalau-kalau hidup Umai bahagia.” Umairah menepuk-nepuk manja tangan Aliah yang digenggam erat.

“Umai tahu Liah kawan yang baik dan sebab tulah Umai tak pernah lupakan Liah”

“Tak percayalah, kalau orang tu dah hidup kat luar negara…”

“Janganlah buruk sangka sampai macam tu dengan Umai. Umai sayang sangat dan rindu dekat Liah. Tiap-tiap hari Umai doa supaya Liah pun bahagia macam Umai. Doa Umai termakbul kan?” Umai melentok kepala ke bahu Aliah. Lagak manjanya masih ada walaupun sudah bergelar isteri.

“Okey, ya. Liah tak ada apa-apa masalah.macam ni sajalah” Sukar untuk Aliah meniyakan kata-kata Umairah. Entah kenapa dia berasa kekurangan. Seperti ada yang tidak kena dalam hidupnya.

“So, apa yang terjadi kat Umai lepas drop Uni?”

“Umai dah agak Aliah nak tahu”

“Umai tak sudi cerita?”Umairah menggeleng dan terus membuka mulut.

“Masa tu Umai rasa macam orang bodoh. Macam Umai dah bunuh diri sendiri. Mak dengan abah marah-marah dan Umai sedih sangat. Lama Umai berkurung dalam bilik, menangis dan tak tahu nak buat apa dan tak berani nak pujuk mak dan abah”

“Lepas beberapa minggu Umai kumpul keberanian dan bertentang mata dengan mak dan abah. Kami berbincang. Bincang macam berkungfu. Abah tak habis-habis naik angin dan Umai tak dapat berhenti menangis.”

“Umai minta peluang kat mak abah, tapi tak dapat. Cuma mereka bagi masa. Masa untuk Umai tenangkan fikiran dan bila semuanya dan tenang Umai kena sambung semula.”

“Umai sambung belajar?” Aliah menyampuk, tak sabar menanti keseluruhan cerita.

“Tak, Umai buat kerja sambilan dan kumpul duit. Akhirnya Umai minta dekat mak untuk bercuti. Mak cadangkan Umai pergi rumah adik dia dekat England. Masa tulah bermulanya kisah Umai dan Fotografi. Umai jalan-jalan dan jumpa pertubuhan sukarelawan. Sekali sekala pertubuhan tu akan pergi Afrika. Umai teruja sangat nak pergi Africa, nak tangkap gamba harimau. So Umai pun volunteer dan buat kerja amal di Amerika dulu. Masa tulah Umai jumpa Emmet, tapi belum jatuh hati. Emmet cuma menderma sekali sekali, tapi kadang-kadang dia turun padang juga.”

“So, hows the love story?”Semakin lebar senyuman Umairah. Riak bahagia jelas kelihatan di wajahnya dan tanpa segan silu dia berkongsi kisah percintaannya.

“Bila Emmet tahu niat Umai, dia ajak Umai kahwin. Katanya dia boleh bagi tiket pergi Africa percuma bila-bila masa pun. So, Umaipun setuju”

Aliah terkedu dan terasa dipermainkan. Sedangkan Umairah sudah ketawa terbahak-bahak.

“Takkan macam tu je. Macam cerita dongeng ja.”

“Umai tak tipu. Emmet lamar Umai dengan tiket ke Africa”

“Semudah itu Umai kahwin dengan Emmet?” Umai menjungkit bahu dan kembali tertawa, membiarkan Aliah terus masam dan dihujani tanda tanya.

“Betul-betullah ni Umai”

“Umai tak pasti sukar atau mudah tapi Umai pilih untuk ceritakan bahagian yang mudah sahaja untuk Aliah. Tak perlu ambil tahu bahagian yang serabut sebab walau apapun yang dah jadi Umai masih hidup dan bahagia” Umai ketawa dan mencuit pipi Aliah. Aliah tersenyum, senang melihat Umairah yang manja.

“Tak pernah rasa rugi tinggalkan pengajian?”

“Adalah sedikit, tapi lansung tak menyesal. Walaupun tak sempat genggam ijazah tapi banyak yang Umai belajar. Yang paling best, Umai dapat the best roomate ever!” Dengan semangatnya Umai menunjukkan ibu jari tanda bagus dan mereka sama-sama tertawa.

“Umai siapkan hidangan dulu.” Aliah cuba membantu, tapi Umairah melarang. Katanya dia sudah ada pembantu yang diupah istimewa hari ini.

Aliah memerhati sekeliling. Taman kecil yang dihias dengan jenis pokok bunga. Tentu saja cetusan idea Umairah. Dia dapat merasai sentuhan Umairah dan Gadis itu nampak gembira. Tiada rungutan atau tekanan. Jelas seri di wajah. Umairah telah berjaya kecapi yang diimpikan, dan Aliah berbangga.

Seketika kemudian spagheti di hidangkan. Aliah mendongak dan bukan Umairah yang menghidang. Seorang lelaki yang terlopong melihat wajahnya.

“Aliah, hai”

“Lan, awak buat apa kat sini?”

“Errrr, masak”

“Oh, katerer yang Umai tempah?” Aliah melemparkan isi fikirannya, sekadar menutup rasa terkejut yang masih belum surut. Azlan memandang dengan wajah pelik tetapi akhirnya dia mengiyakan pertanyaan Aliah.

“Lan sambung kerja dulu. Nak masuk dapur”

Aliah mengangguk dan membiarkan Azlan kembali ke dalam rumah. Hatinya bergetar dan dia cuba bertenang. Walaupun berasa gementar dia masih berharap untuk kembali menatap wajah Azlan. Malangnya lelaki itu tak muncul-muncul. Umairah yang bersusah-payah menghidangkan juadah seterusnya. Malah Aliah berpura-pura untuk ke tandas dan mencari Azlan di dapur, tetapi hampa.

Hatinya terasa pilu. Rasa sakit yang amat. Entah kenapa dia sebak.Sudahnya dia pulang dengan hati yang berderai dan air mata yang tak henti menitis.

…………………………………………………………..
Umairah mendesak Aliah supaya keluar bersamanya. Katanya ada hal mustahak yang perlukan bantuannya.

“Hal mustahak kau cakap tapi alih-alih kita pergi Tesco?” Umairah tersenyum sambil tangannya masih ligat memilih kiwi.

“Aku nak pavlova, tapi tak berapa kenal bahan-bahan untuk buat kek. Senanglah kalau ada teman, lagipun aku baru balek Malaysia, belum ada klik lagi kat sini”

“Pentingkah pavlova ni?”

“Sorrylah Liah, aku sebenarnya nak ajak kau teman aku cari hadiah untuk Emmet, tapi last-last aku rasa nak buat kek je. Sebenarnya aku ada berita gembira” Aliah hairan melihat senyuman lebar Umairah dan kemudian dia mula mengagak.

“Kau mengandung?” Umai mengangguk dan segera memeluk Aliah. Tak putus-putus ucapan tahniah keluar dari mulutnya.

“Maknanya Umai dah kena berhenti fotografilaa lepas ni?”

“Mestilah, untuk kebahagian anak Umai kena berkorban. Lagipun tak semestinya berhenti terus, insyaAllah kalau ada rezeki mesti boleh sambung lagi”

Aliah tumpang gembira dan terasa bangga mengenali Umairah. Hilang sudah segala keraguannya semenjak empat tahun yang lalu.

“Kenapa tak tempah sahaja pavlova? Bukannya mahal pun”

“Tak tahulah nak tempah kat mana. Aliah tak pandai cari”

“Katerer semalam?”

“Umai tak guna katerelaa semalam. Semuanya Umai yang masak tahu”

“Tapi Umai cakap Umai dah upah orang. Habis, siapa yang hidangkan spagheti semalam?”

“Itu sepupu Umailah, Azlan. Dia cuma tolong Umai siang bahan dan buat adunan kuih.”

“Sepupu?”

“Haah. Azlan tu tengah tunggu konvo master dia minggu depan. Saja buang masa sebelum ambil alih syarikat ayah Umai. Merata buat kerja part-time, tapi dah berhenti dah semua tu, dan sekarang banyak tolong Umai kemaskan rumah baru. Yelah kena bersedia nak ambil alih syarikat besar”

“Liah nak jumpa Azlan boleh?” Umai memandang Aliah. Hairan dengan permintaan Aliah. Dan akhirnya Aliah menerangkan segalanya.

………………………………………………………..

Aliah mengajak suaminya ke dapur dan membiarkan Aliah dan Azlan berbincang di ruang tamu. Azlan tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Badannya disandarkan di sofa dan matanya terkunci ke arah Aliah.

“Kenapa Lan tak terus terang?”

“Sebab Lan tak nak”

“Lan sanggup bohong Liah?”

“Lan tak mahu perempuan bodoh yang terima Lan kerana harta. Lan nak kahwin dengan orang yang ikhlas terima Lan seadanya”

“Tapi Lan tetap jatuh hati juga dekat Aliah, orang yang memandang harta”Aliah cube menduga. Azlan menghela nafas. Berat hatinya untuk melayan soalan Aliah

“Mungkin sebab Lan pun bodoh”

“Aliah minta maaf sebab dah kecilkan hati Lan tapi Liah rasa bersalah sangat.”

“Lan dah lama maafkan. Jadi apa tujuan Liah datang hari ini?” Tujuan? Aliah terasa gelabah. Dia sendiri merasa tidak pasti. Untuk merayu satu peluang tapi kenapa? Untuk meluahkan rasa rindu, tapi mungkin juga perasaan ini hanya sementara. Aliah menggeleng perlahan dan bibirnya terkunci rapat. Azlan tersenyum sinis dan kemudiannya bangun dari sofa.

“Aliah sendiri tak pasti sekarang dan Lan hormat keputusan Liah. Baliklah Liah. Tenangkan fikiran Liah. Lan janji Lan takkan ganggu hidup Liah lagi dan Lan doakan Liah bahagia”

Azlan terus mendaki anak tangga dan meninggalkan Aliah di sofa. Terpanpan wajah Aliah. Tak tahu apa yang perlu dilakukan. Umai datang dan memujuk tapi Aliah menolak. Segera dia pulang dan merawat hatinya sendiri.

………………………………………………………..
-Serendipity-

Aliah membelek kad yang dikirim oleh Azlan melalui Umairah. Azlan menolak untuk berjumpa lagi dan mahu memberi Aliah masa untuk berfikir sedalam-dalamnya. Sudah lama Aliah mencari maksud perkataan yang terlalu janggal baginya. Entah apa maksudnya Aliah tak pasti. Satu ayat terlalu ringkas untuk menerangkan isi hati Azlan. Aliah cuma mampu mebayangkan yang bukan-bukan. Akhirnya, laci dibuka dan dibiarkan kad tersebut tersadai di situ.

“Cikgu…….”

“Awak nak apa?” Aliah memandang anak muridnya. Pelajar cemerlang 4 flat pada semester pertama. Anak Datuk terkenal, dan pernah ditolak JPA semata-mata kerana title bapanya.

“Saja nak tanya pendapat. Kenapa cikgu jadi cikgu?”

“Errrrr…” Aliah kelu, terlalu sukar soalan itu untuk dijawab. Apatah lagi yang bertaya ialah anak muda yang memerlukan pendapat untuk mencorakkan masa depannya.

“Sebab cikgu rasa ini yang terbaik untuk cikgu”

“Kenapa Fizik?”

“Sebab ijazah cikgu lebih sesuai untuk Fizik”

“Maknya bukan sebab cikgu memang nak jadi cikgu Fizik?”

“Cikgu tak pernah kisah untuk ajar apa-apa pun. Bila ditawarkan Fizik, cikgu terima sahaja. Razi ada masalahkah?”

Razi mula membuat muka. Terasa berat untuk meluahkan segalanya. Aliah memujuk, menghulurkan bantuan kepada anak muda itu.

“Ayah cakap orang lelaki kena jadi engineer, orang perempuan macam kakak kena jadi doktor. Tapi Razi ada cita-cita Razi sendiri”

“Razi nak jadi apa?”

“Chef. Dan kalau boleh Razi nak berhenti belajar dan menimba ilmu dekat restauran” Buntang mata Aliah. Tak sangka anak muridnya yang tekun menuntut ilmu mempunyai pemikiran begini.

“Razi kan dah separuh jalan dekat matriks ni. Tak nak masuk uni?

“Macam rugi tapi kalau masuk uni pun buat benda yang kita tak minat, tak akan ada faedahnya juga kan cikgu?” Aliah terkenangkan Umai. Umai yang tiga tahun menimba ilmu dan kemudiannaya beralih arah begitu sahaja. Dan anak muridnya itu juga mungkin akan menjejak langkah yang sama.

“Ramai orang nak masuk uni tapi tak berkesempatan. Razi tak fikir begitu?”

“Konsep belajar tu kan luas. Tak masuk universiti tak semestinya tak pandai. Mark Zuckernberg belum grad lagi kot mase dia reka Facebook”

“Tapi kalau dia tak pernah masuk harvard idea tu tak akan pernah datang kan?” Sudah mula ada tanda-tanda berdebat. Aliah takut jawapannya akan mempengaruhi pemikiran Razi dan pada masa yang sama dia sendiri tidak bersetuju dengan pemikiran Razi.

“Itu cerita hidup dia cikgu. Siapa tahu kalau dia merantau tempat lain dia akan dapat idea untuk reka benda lain pula.”

“Tapi Razi bukan Mark. Mungkin kita boleh berjaya dengan sendirinya tapi kalau dengan ijazah lebih mudahkan. Sekarang ni orang pandang ijazah”

“Susah bukan bermaksud mustahil. Jadi maksudnya, cikgu nak saya ikut cakap ayah, masuk Uni belajar kejuruteraan yang bukan minat Razi?” Aliah tergamam. Tak mampu untuk menjawab apa-apa. Ada riak kecewa di wajah Razi dan Aliah juga kecewa. Kecewa dengan dirinya yang tak mampu untuk menyokong pilihan Razi. Tapi bukankah tugasnya sebagai guru untuk menggalakkan anak muridnya untuk terus belajar?

……………………………………………………………
“Liah masih kecewa dengan Azlan?”Umai memulakan perbualan sambil memandu kereta. Bertanya khabar tentang Aliah yang semakin monyok.

“Taklah, Liah yang kecewa dengan diri sendiri. Entah apa yang diri ini mahukan, Liahpun tak pasti”

“Liah tak yakin dengan Azlan tapi Liah masih terfikirkan dia. Sekarang ni Umaipun kecewa dengan Liah tahu?”Aliah terasa dengan Umairah. Tak sangka sahabatnya itu tak mahu menyebelahi dirinya.

“Takkan Liah nak terima dia macam tu sahaja. Liah tak yakin lansung”

“Tak bolehkah?” Aliah menghela nafas panjang. Entah apa lagi yang ditahan-tahankan. Umai seakin ligat menyerang dengan soalan yang bertalu.

“Jadi Liah harap Liah akan berkenalan dengan seorang lelaki, bercinta dan berkenalan hati budi, jumpa keluarga lelaki tu dan masuk meminang? Macam tu kan?” Umairah bersuara tegas. Tak tahan dengan sikap tidak pasti Aliah.

“Itu cara yang paling selamat yang Liah rasa.”

“Kalau macam tu apa susahnya. Berkenalanlah dengan Azlan. Liah ada nombor dia kan?” Aliah mengangguk perlahan.

“Dan KL pun tak jauh dari Melaka kan?”

“Memanglah tapi susah sebab Azlan memang harapkan perkahwinan. Semua ni terlalu pantas buat Liah. Liah tak boleh tenang dengan Lan selagi Liah teringat yang dia pernah lamar Liah. Liah perlukan masa untuk berkenalan sedikit demi sedikit tanpa meletakkan perkahwonan sebagai sasaran.” Umairah terdiam.Kalau dulu Aliah yang banyak melayan karenahnya tetapi kali ini gilirannya pula.

“Liah, apa lagi yang Liah perlu untuk yakinkan hati Liah? Mungkin Liah tak lama berkenalan dengan Azlan, tapi Liah ada Umai dan Umai dekat dengan Azlan. Umai ada segala maklumat untuk bantu Liah buat keputusan tapi Liah yang pilih untuk merasa was-was. Dan sebab tulah Liah susah nak tenang untuk buat istikharah. Setuju bukan?”

“Ini hidup Liah dan Liah pilih untuk berhati-hati. Salahkah? Lagipun Liah betul-betul perlukan masa lagi untuk kenal betul-betul siapa Azlan. Bukan membuta tuli terima sahaja.”

“Tak salah berhati-hati tapi kalau Liah dah tak senang duduk begini? Hidup dah tak tenteram, situasi ni bukan yang terbaik untuk Liah. You have to do something to move on. Either you forget him or you give him a chance. Tapi Umai tak yakin Liah boleh lupakan Lan kan?”

“Umai berani ambil risiko tapi Liah tak”

“Kenapa Liah cakap macam tu? Kenapa tiba-tiba samakan Liah dengan Umai?”

“Umai buat keputusan untuk berhenti belajar macam tu sahaja. Dan Umai ambil keputusan untuk kahwin semudah itu, Liah tak berani nak jadi macam Umai”

“Umai tak pernah rasa Umai ambil risiko, cuma Umai buat pilihan yang Umai rasa terbaik untuk diri Umai. Dulu Umai pernah keliru tapi akhirnya Umai kumpul keyakinan. Bagi Umai, biarlah apapun keputusan yang kita ambil, asalkan tak bertentangan dengan agama dan memudaratkan diri semuanya baik. Dan selagi kita berusaha demi Allah, insya Allah tuhan bantu. Tak mudah semua tu Liah, Tapi Umai terpaksa buat keputusan bukan melengah-lengah.”

“Masa berkahwin pun Umai fikir begitu?” Umai mengangguk

“Umai doa supaya Allah tunjukkan jodoh yang baik. Bila Emmet melamar Umai tak putus berdoa dan Umai ambil peluang untuk betul-betul kenal hati budi dia. Dan kemudian Umai buat keputusan untuk tengok akhlak dia dan tengok hubungan dia dengan tuhan. Dia orang yang baik dan walaupun dia belum masuk Islam dia tak pernah putus asa untuk mencari jalan yang betul. Selebihnya Umai istikharah dan redha.”

“Tapi Liah tak tahu macam mana nak nilai Azlan” Perlahan-lahan Aliah menuturkan isi hatinya. Umairah tersenyum kecil. Berjaya membuka sedikit pintu hati gadis itu.

“Liah nampak yang buruk pasal Azlan?” Umairah menduga. Mengorek isi hati Aliah.

“Azlan baik.Tak banyak cacat cela dia yang Liah nampak”

“Lapangkanlah dada Liah dan pilihlah yang terbaik. Istikharahlah dan selebihnya Liah berusahalah demi Allah. Kalau ada ujian yang datang sampai Liah rasa yang Liah dah salah buat keputusan, jangan putus asa. Cari penyelesaian paling mudah. Daripada tak tentu hala begini baik Liah berusaha untuk buat keputusan”

“Tapi Azlan macam dah tak nakkan Liah je” Gugur air mata Aliah. Umai melonjak dalam hati. Berjaya membuatkan gadis itu mengakui isi hatinya

“Kad yang dia bagi macam mana?”

“Entahla, dia cuma tulis ni.” Aliah menyuakan kad tersebut. Dan Umairah membaca sambil senyuman yang tidak lekang.

“Oh, tunggu jelah kalau macam tu

“Maksud Umai?”

“Liah tak faham?” Aliah menggaru-garu kepalanya, lansung tak mengerti pertanyaan Umairah.

“Pernah tengok movie ‘serendipity’? Aliah menggeleng sedang Umairah sudah ketawa kecil. Terasa lucu dengan sikap naif Aliah

“Apa maksud dia?”

“Tanyalah pak cik Google yang bijaksana” Aliah melopong sekali lagi. Tak lama kemudian dia tersengih sambil menggeleng-gelengkan kepala. Kenapa dia belum pernah terfikir untuk melakukan sebegitu. Daripada berhempas pulas mengagak isi hati Azlan, terasa bodoh seketika. Dan Umai masih lagi tertawa.

………………………………………………….

Aliah masih khusyuk menatap laptop. Walaupun berada di dalam bilik guru, dia tidak lansung tidak peduli. Masih khusyuk menonton filem ‘Serendipity walaupun setelah berkali-kali dihadapnya. Ternyata Aliah sudah jatuh cinta denga filem romantik itu. Tentang sepasang lelaki dan perempuan yang sudah jatuh cinta tetapi tidak pasti sekiranya cinta mereka benar. Akhirnya mereka membiarkan masa dan takdir menentukan jodoh mereka.

Hari ini jadualnya kosong. Minggu peperiksaan untuk semester kedua matrikulasi baru bermula. Dan waktu kerja yang hanya berbaki 20 minit membuatkan dirirnya terasa malas untuk melakukan apa-apa. Lantas filem kegemarannya yang menjadi pilihan.

“Cikgu” Aliah mendongak, dan kemudiannya tersenyum.

“Macam mana exam?”

“Tak senang, tapi masih belum meroyan. Banyak lagi paper nak kejar esok lusa.”

“Baguslah” Razi menjenguk laptop Aliah, dan berdehem sedikit. Sengaja mahu mengusik. Cepat-cepat Aliah menutup laptopnya sebelum menjegil ke arah Razi.

“Kenapa nak jumpa cikgu. Ingatkan nak mengadu paper tadi susah”

“Rileks lah cikgu, dah lepas dah pun. Razi dah buat keputusan nak masuk universiti, ambil engineering”

“Betul? Dah lupakan bidang masakan? Buat keputusan baik-baik Razi. Tak semestinya apa yang ayah Razi harapkan adalah yang terbaik untuk Razi. Razi sendiri boleh buat keputusan untuk diri sendiri bukan?”Razi masih tersengih, membuatkan Aliah bingung. Besar harapannya untuk membantu.

“Razi belum habis cakaplah cikgu. Razi nak ambi food processing. Boleh lah tu asalkan dekat dengan makanan. Razi dah fikir sehabis-habisnya. Cikgu janganlah gelabah sangat.”

“Mestilah cikgu gelabah. Risau tahu kalau anak murid cikgu ni salah buat keputusan. Esok-esok kalau ada masalah bukan senang nak patah balik, tak semua orang mampu tahu.”

Razi cuma ketawa. Lebih mudah untuk berbual dengan guru muda. Malah senang kalau diusik olehnya. Aliah juga pernah menceritakan kisah Umairah kepada Razi dan sejak itu anak muridnya itu semakin rapat dengannya.

“Kenapa? Cikgu nak patah balik jadi engineer?”

“Isy tak mahulah. Cikgu nak terus berbakti jadi cikgu. Menyelamatkan anak muda yang kebuntuan macam Razi” Razi ketawa mengekek dan Aliah seronok melayan. Bangga dengan keputusan Razi dan juga bangga dengan dirinya sendiri.

……………………………………………………………
Setahun sudah berlalu. Aliah masih mengajar cuma niat dan harapannya sudah berubah. Mengajar bukan kerana itulah pekerjaan yang paling selamat tetapi mengajar untuk membantu anak-anak muridnya.
Dia suka apabila dapat membantu anak muridnya daripada kebuntuan. Walaupun kadang-kadang yang datang dan pergi mengecewakan dirinya. Cikgu mana yang tak pilu bila melihat anak murid sendiri tersungsur, atau gagal kerana dihanyut keseronokan remaja. Tetapi Aliah tak mengalah, dia cuba menyumbang yang terbaik, membantu sedaya upaya. Selebihnya dia redha dan dia berharap Allah tunjukkan hikmah ke atas segala yang berlaku.

Selesai jadualnya pada hari ini Aliah terus keluar. Cadanganya mahu berjalan-jalan dengan Umairah dan anak kecilnya. Aliah yang beria-ria mengajak. Terasa rindu kepada baby Balqis yang sangat cantik berambut perang dan bermata hazel. Baru berusia 4 bulan sudah cantik jelita, kalau sudah remaja mesti sangat menawan.

“Hey, senyum sendiri. Huduh tahu, macam kerang busuk” Umairah duduk di sisi Aliah. Dan kemudiannya mengeluarkan Balqis daripada stroller.

“Aku senyum sebab teringatkan Balqis yang anggun jelita nilah. Meh kat Mama Liah meh, alolololo, rindu sangat.” Muka riang Aliah kemudiannya bertukar masam. Balqis menolak untuk ditimangnya. Dan tak lama kemudian Balqis meraung. Tenang sahaja Umai melayan anaknya sehingga Balqis kembali senyap.

“Sayang anak Umi. Balqis tak nak dekat Liahlaa sebab dia dah ada boyfriend baru dekat rumah”

“Iye, siapakah?” Aliah sudah mencebik. Kecewa apabila Balqis lansung tidak mahu melayan dirinya.

“Papa Alan”Aliah hanya ketawa mendengar. Lansung tiada riak terkejut.Setahun menanti dia sudah menjadi positif. Bohonglah kalau dia tidak terkejut, cumanya kali ini dia lebih bersedia. Walau apa pun jawapan Azlan kali ini dia sudah bersedia.

“Mama nak jumpa tak boyfriend baru Balqis. Jangan jeles tau, boyfirend Balqis hennnnnnnsem!” Umairah mengajuk kata-kata Balqis. Aliah pantas menggeleng

“Nantilah, kalau ada jodoh”

“Nak dapatkan jodoh pun kena berusaha tahu. Lagipun hati dia tak pernah berubah, cuma bertambah Balqis je ” Aliah tersenyum. Tangannya mencubit pipi Balqis yang tembam.

“Tahu, tapi…” Umairah menjungkit kening. Tak sabar mahu mendengar penjelasan Aliah.

“Tunggulah ye”

“Lambat-lambat nanti Azlan balik KL tahu.” Aliah meneguk air yang baru tiba.

Aliah masih bermain-main dengan pipi Balqis. Lansung tidak peduli dengan usikan Umairah. Mereka kemudiannya terus berbual tanpa mengungkit soal Azlan.

………………………………………………………………
“Emmet ambil kau dekat sini?”

“Yup, tapi katanya lambat sedikit sebab dia tengah betulkan paip dekat rumah bocor. Temankan aku Aliah.” Aliah bersetuju dan sama-sama menanti di stesen teksi. Tak sampai beberapa minit kereta Emmet kelihatan membelok di simpang mebuatkan Umairah tertanya-tanya.

“Cepatnya, katanya bocor teruk”Umairah bermonolog sendirian. Aliah hanya membiarkan dan mereka hanya menanti kereta tersebut menghampiri. Setelah enjin dimatikan pemandunya turun dan kali ini bukan Emmet yang memandu.

“Yeay, boyfirend Balqis datanglaaaa.”Balqis tersenyum. Suka benar anak kecil itu dengan Azlan. Aliah cuma kauku. Dan ternyata dia belum bersedia untuk berhadapan dengan Azlan.

Azlan mengusap kepala Balqis dan kemudian Umairah terus masuk ke dalam kereta. Pandangan Azlan kemudiannya beralih ke arah Aliah dan senyuman dilemparkan. Longlai lutut Aliah. Lelaki itu semakin kacak dan menawan.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”

Saya Azlan, CEO syarikat NBN, berpendapatan 100ribu setahun, bekerja tetap dan masih single. Saya minat memasak, awak?”

“Saya Aliah, cikgu matrik, Gaji sebulan 3 ribu. Ada hutang kereta yang kena bayar dan sewa rumah bulan-bulan.

“Aliah single?” Aliah angguk sambil mulutnya tersenyum menahan ketawa.

“Single and available?”Aliah masih mengaguk.

“Baguslah kalau macam tu. Saya pun tengah single, tapi tengah tunggu jawapan daripada buah hati saya yang dah lama berfikir” Azlan mengenyitkan matanya.

“Baguslah saya pun tengah menantikan seseorang datang”

“Menantikan seseorang?”

“Yup, menantikan seseorang yang masuk meminang. Biarlah apapun kerja dia asalkan elok budinya, baik akhlaknya dan beragama Aliah redha.”

“Walaupun tak berkerjaya tetap?”Azlan mengusik dan Aliah tidak mengambil masa yang panjang untuk menjawab

“Asalkan ada kerja yang halal dan takkan biarkan kami anak beranak hidup melarat.”

“Kalau yang bekerja besar tapi tiba-tiba mahu berhenti kerja dan buka warung Aliah sanggup ambil risiko?”

“Semua kerja pun ada risikonya. Kalau berusaha dengan cara yang halal insyaallah tuhan akan bantu.”Aliah memetik kembali kata-kata Azlan. Azlan semakin menghampiri membuatkan Aliah semakin cemas.

“Tapi kalau risiko yang dia ambil tinggi sangat sampai merosakkan keluarga Liah tak sudi.” Terhenti langkah Azlan dan lelaki itu ketawa terbahak-bahak.

“Kalau hari ini ada orang masuk meminang dan ada ciri yang macam Liah cakap tadi, Aliah akan terima?” Aliah mengangguk, pasti dengan jawapannya.

“Walaupun orang itu bukan Lan?” Aliah mengangguk

“Jujur Aliah harap orang itu ialah Lan, dan Aliah doakan yang kita ada jodoh. Tapi kalau yang terbaik untuk Liah ialah orang lain Liah terima.”

“Kalau macam tu bagilah alamat. Malam ni juga Lan masuk minang” Aliah ketawa dan kemudiannya mencoretkan sesuatu ke atas kertas. Azlan hanya memandang, terpukau dengan gadis itu.

“Kalau setahun yang lepas Aliah bagi alamat kat Lan mesti anak kita dah sebaya dengan Balqis.”

“Nope, Aliah yang dulu is insecure and too negative. Aliah yang dulu akan ada banyak keraguan walaupun dah berjumpa prince charmingnya. Aliah yang dulu terlalu banyak fikir yang bukan-bukan dan takkan yakin dapat bahagiakan prince charmingnya. I reject you last time and I glad i made it.”

“Aliah dah banyak berubah, Lan perasan. Dan Aliah sekarang makin cantik dari Aliah yang dulu, mungkin sebab all those negative and insecurity has gone.”

Suara Azlan semakin perlahan kemudiannya seperti berbisik. Terlalu romantis. Aliah mula membahang. Semakin bawah mukanya ditundukkan.

“Bila Aliah tolak Lan dulu, peritnya susah sangat nak explain. But meeting you again make it worth it. You rejected me and I’m glad you made that decision.

“Oitt, janganlah bercinta sekarang. Balqis dah merengek ni” Umairah melaung dari dalam kereta.

Mereka sama-sama tertawa dan Azlan mula mengundur. “Thanks Aliah and I love you.”

………………………………………………………………..

Aliah merenung dari balkoni. Menanti isyarat dari jurugambar di bawah. Beberapa tetamu masih berlegar di laman rumah mentuanya dan Azlan pula perlahan-lahan menapak dan menghampiri dari belakang.

“I love you sayang” Aliah mendongak dan kemudian spontan membalas.

“I love you more” Jurugambar di bawah memberi isyarat bagus menyebabkan kedua mempelai tersentak. Tak sangka aksi mereka ditangkap secara candid.

“So whats with that word-serendipity?”

“Aitt, baru nak tanya. So what do you think?”

“happy coincidence?”

“yeke, mana dapat maksud tu?”

“Pak cik google” Azlan ketawa dan memeluk bahu isterinya. Jurugambar di bawah sudah tidak dipedulikan. Pandai-pandailah mereka menangkap secara candid.

“Abang ni tak baik tau. Pening kepala Liah tahu fikir. Itupun Liah tak terfikir lansung nak google cari jawapan.”

“Ye, sayang. Betullah tu. Sweet coincidence. Masa tu abang redha je apa pun keputusan Liah. Mungkin Liah bukan milik abang masa tu tapi abang bersyukur sangat jumpa Liah.Dipertemukan tiba-tiba dan bawa seribu makna untuk abang”

“Kenapa”

“Because you are my sweet memories. You meant a lot eventhough we are not meant to be together. And because you taught me what love is and you also taught me that nobody is perfect. Abang selalu impikan gadis biasa, yang tak pandang harta, yang tak hidup mewah. Tapi abang silap, rupanya gadis biasa pun pandang harta juga. Kononnya hidup tak securelah kalau cari laki kerja tak menentu. Okay okay, I get it.” Azlan mengajuk kata-kata Aliah membuatkan Aliah muncung. Dan sekali lagi jurugambar memuji aksi mereka membuatkan mereka ketawa bersama-sama

“Itu dulu okey.duluuuuu. Zaman dulu complicated sangat pemikiran Liah. Sekarang Liah dah tak pandang semua tu.Theres no rules in life. Kalau dah ditakdirkan ini yang terbaik, Liah redha sahaja. Dan bukan sahaja berkaitan perkahwinan, ada banyak lagi benda yang Aliah belajar daripada abang dengan Umai”

“Can you see it?”

“What?”

“You are not perfect until you meet me, your prince charming”

“Eleh, perasan” Aliah mula muncung dan Azlan tak sudah tersenyum. Kemudiannya mereka kembali berpaling kepada jurugambar. Sama-sama menikmati hari perkahwinan mereka dan menyudahkan album perkahwinan.

Cerpen lama, ditulis semasa musim exam
Sorry untuk segala kekurangan dalam cerita ini.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Cerpen : Kebetulan Yang Indah”
  1. nur92 says:

    suka..nice…:)

  2. whoop says:

    so sweet and nice..

  3. Umairah says:

    Subhanallah. Memang kebetulan! Umairah tu sy dan Aliah tu mmg teman rapat sy. Apepun, cite dy best.

  4. edwina says:

    Baguslah citer ni.. dia tak merendah-rendahkan taraf-yang-sepatutnya-tak-wujud dalam diri orang.. i mean, dia membela masyarakat minda kedua

  5. umikhairudin says:

    saya agak memakan masa mmbca cerpen ni, haha menyambil buat homework yang menimbun
    sweet story and autor please ! i’m begging you !
    keep it up :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"