Novel : Aku Kau Bersama?! 10

16 May 2013  
Kategori: Novel

5,543 bacaan 1 ulasan

Oleh : Anisah Salsabila

Bab 10

“Abang,mana anak kita ni.Mah risaula!.”Datin Fatimah mulai bimbang.Jam sudah menunjukkan pukul 1.36 minit malam.Kelibat kereta anaknya masih tidak kelihatan di perkarangan rumah.”Sabar,Mah.Nanti mesti dia balik.”Datuk Jamal berkata dengan tenang namun pada waktu yang sama berasa marah terhadap sikap anaknya.Tiba-tiba kelihatan kereta ‘mini cooper’berhenti di perkarangan rumah.Syed Ariff keluar daripada kereta dengan terhuyung-hayang.Dia berasa mamai sekali sehingga sukar untuk berjalan.”Ya allah,Ariff.Kenapa dengan kamu ni.Balik pada waktu malam dengan bau araknya.Kamu tau tak itu dosa!.”Marah Datin Fatimah kecewa dengan anaknya.”Kamu pergi mana Ariff.”Tanya Datuk Mazlan serta bangun dari sofa.”Ayah dan mak relax la.Ariff cuma nak enjoy.Ariff bukan buat benda salah pun.Fikiran Ariff kusut,Ariff just nak ketenangan jerr.”Kata Syed Ariff .

“ Ariff!,mak tak pernah ajar kamu buat semua benda ni.Kalau kamu nak ketenangan bukan macam ni caranya.Minum kencing syaitan di tempat yang entah apa-apa.”Datin Fatimah cuba menyedarkan anaknya.Tidak mahu anaknya terpesong di lembah maksiat.”Kamu ni dah lupa pada agama ke Ariff?.”Giliran Datuk Mazlan pula memarahi anaknya.”Mak,ayah.Tolongla senyap.Ariff pening ni.”Syed Ariff terbaring di sofa tanpa menghiraukan amarah ibubapanya.”Kalau macamni la sifat Ariff,ayah takkan bagi satu sen pun pada kamu.Lebih baik semua harta ayah dermakan dekat anak yatim!”Datuk Mazlan menjerit dan berpaling daripada Ariff.Syed Ariff terkejut lalu bangun dari sofa.”Ayah,ayah tak boleh buat Ariff macamni.It’s unfair!.”Syed Ariff membangkang.Datuk Mazlan senyap.”Yes,you right,its’unfair.Sebab itula ayah bagi kamu pilihan.”

“Pilihan?,pilihan apa pulak ni ayah?.”Syed Ariff mula bingung.

“Ayah tak jadi untuk serahkan harta ayah pada kamu tahun ni.Ayah akan menyerahkan kepada kamu bila kamu dah jumpa dengan wanita yang boleh membimbing kamu.”Datuk Mazlan meninggikan suaranya.Datin Fatimah cuma akur dengan permintaan suaminya kerana itu yang terbaik.”Wh..what?!.Ayah nak Ariff kahwin.It’s impossible.Ariff tak nak kahwin.Ayah juga yang janji nak serahkan syarikat pada Ariff tahun ni!.”Syed Ariff mula tak berkeruan.Tidak pernah dalam kamus hidupnya untuk berkahwin,apatah lagi menjaga isteri.

“Well,it’s up to me right.Ayah takkan kisah apa yang kamu nak buat.Tapi ayah takkan serahkan harta kepada kamu sehingga kamu kahwin.” Kemudian Datuk Mazlan dan Datin Fatimah berlalu pergi daripada ruang tamu meninggalkan Syed Ariff yang terpinga-pinga.Syed Ariff memasuki biliknya dengan perasaan bercampur baur.Mana aku nak cari perempuan yang boleh membimbing aku?!.Aku takkan bagi ayah buat semua hartanya dengan sia-sia.Aku akan cepat berpura-pura menikah dengan seorang wanita.Persoalannya siapa?.Wajah Azhani mula terlayar di fikiran Syed Ariff.Ya,Azhani.Kalau bukan sebab dia fikiran aku takkan kusut dan aku takkan pergi kelab malam.Disebabkan dialah ayah buat keputusan bodoh tu.Dia perlu tanggung masalah aku.

Azhani memasuki pejabat seperti biasa.Hari ini dia sudah bertekad untuk menahan gelora hatinya terhadap Syed Ariff.Dia takkan bertentang mata pada lelaki itu lagi.Dia melihat bilik bosnya yang masih kosong.Hm,tak datang lagi mamat tu.Kemudian dia pergi ke ruang fail untuk mengambil data yang diperlui dan kembali ke pejabatnya.Dia terkejut apabila menyedari bosnya sudah ada di dalam pejabat.Dia melihat jam tangannya.Eh,awalnya mamat tu masuk ofis.Selalunya datang lewat.Azhani pelik.Apabila Syed Ariff ternampak Azhani,terus dipanggilnya.”Azhani,masuk bilik saya sekarang!.”Azhani terkejut.Mamat ni marah-marah kenapa?.Aku buat salah assignment ke?.Azhani mula gerun,namun dicepatkan langkah ke dalam ofis bosnya.”Y..ye bos.”Azhani kalut.

“Mana awak pergi,bukan saya suruh awak datang 30 minit awal sebelum saya ke.”Syed Ariff memandang Azhani dengan pandangan tajam.

“Sa..saya pergi ambil data dekat ruang fail tadi,mungkin sebab tu…”

“Ah,jangan bagi alasan.!”Syed Ariff menjerit.

Azhani terkejut dengan tengkingan bosnya.Hatinya mula kecut.Aduuh,sah-sah mamat ni ada bad day.Seramnya aku bila dia marah.Syed Ariff duduk di sofa.

“Duduk.”Perintah Syed Ariff.

“Ba..baik bos.”Azhani akur.Kemudian Syed Ariff memandangnya lama.Eh,apasal dia pandang aku macam tu lagi.Seram
sejuk aku.”Bos nak cakap pasal apa ni?.”Azhani bertanya.

“Awak tau tak apa yang awak dah buat pada saya.”Soal Syed Ariff.”Apa yang saya buat pada bos?.”Azhani bingung.”Awak tau tak disebabkan awak Datuk tak nak serahkan hartanya pada saya,semuanya salah awak!.”Syed Ariff menengking.Azhani terkejut.Apasal dengan lelaki ni tuduh aku yang bukan-bukan.Aku bercakap dengan Datuk pun tak pernah.”Apa yang bos merepek ni?.Saya tak pernah cakap dengan Datuk.”Azhani mula berang.

“Bukan pasal awak cakap dengan datuk.”

“Habis pasal apa?.”Azhani terus menanya.

“Ah,sudahhla!.Malas saya nak bercerita.Yang penting sekarang kau kena tanggung masalah ni dengan aku.Kahwin dengan aku.”Syed Ariff berkata tanpa selindung.

“Kahwin?!.Apa yang bos merepek sampai macamni!”.Azhani terkejut.Perasaanya bercampur.Gembira?Takut?Sedih.Dia sendiri tidak pasti,namun dia ada firasat buruk tentangnya.

“Ya,kahwin.Itu je satu cara aku boleh dapat balik harta ayah aku.Kau tak ada pilihan,sebab kaula yang terjebakkan aku dengan hal ni.”Syed Ariff mengugut.Azhani bangun dari sofa.Dia mula tidak berpuas hati.

“Maaf bos.Saya tak pasti apa masalah yang saya beri pada bos.Tapi soal kahwin bukan soal main-main.Bos tolonglah cari perempuan lain.”Azhani tekad dengan jawapannya.Sesungguhnya hal ini melibatkan dirinya dan masa depannya.Azhani mula melangkah untuk pergi namun Syed Ariff sempat merentap tangan Azhani dengan kasar.”Apa ni bos,sakitla!”.Azhani cuba melepaskan genggamannya.Dia betul-betul tidak suka orang yang bukan muhrim memegangnya.

“Aku tak nak perempuan lain,aku nak kau!.Sebab kaula yang buat masalah ni!.”Syed Ariff berkata kasar.

“Saya kata tak nak,tak nakla!.Bos mana boleh paksa saya.Lepasla!”.Azhani cuba menarik tangannya tetapi genggaman Syed Ariff masih kuat.

“ Kau perlu terima jugak!”.Syed Ariff terus memaksa.

“Saya tak nak!.”

Adegan tarik menarik tangan terus berterusan sehinggalah pintu ofis terbuka dan terpacullah wajah Datuk Mazlan di pintu.Mereka berdua tergamam.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Aku Kau Bersama?! 10”
  1. flora fauna says:

    confirm best cite ni

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"