Novel : Jangan Ragui Cintaku 1

13 May 2013  
Kategori: Novel

501 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : qayla

Maya menyisir rambutnya yang panjang mengurai itu. Dia memandang wajahnya di hadapan cermin.Jelas terpamer kesan parut di hujung keningnya.Tetapi parut itu tidak langsung mencacatkan wajahnya yang semulajadi cantik itu.Tiba- tiba satu keluhan keluar dari mulutnya. Misinya perlu dilaksanakan secepat mungkin. Dia melihat keratan-keratan akhbar yang tertampal di cermin itu.

“Aku takkan biarkan korang satu keluarga hidup bahagia. Setelah apa yang korang buat kat keluarga aku, semudah itu aku nak lupakan? Ini Maya Syuhada lah!” Kata Maya di dalam hati. Dia tersenyum sendirian memandang gambar keluarga yang telah merosakkan masa depannya itu. Tiba-tiba, matanya lama memandang ke arah wajah lelaki muda di hujung sebelah kanan. Senyumannya makin lebar dan dia sudah pasti akan rancangan seterusnya itu.

“Maya,” kedengaran suara lemah dari bilik sebelah. Lamunan Maya terus terhenti dan terus menghampiri suara itu.

“Kenapa Kak Tina?” cemas kedengaran bunyi suara Maya. Dia melihat keadaan kakaknya semakin teruk.

“Maya, tolong ambilkan ubat,”

Maya mengambil ubat yang berada di atas almari solek. Lantas menuang air ke dalam gelas dan memberikan ubat kepada kakaknya.

“Kak Tina, kan Maya dah pesan jangan banyak sangat bergerak?”

“Akak bosan Maya.Tiba-tiba akak teringatkan arwah ayah dan ibu. Akak rasa macam masa akak akan tiba tidak lama lagi,” lemah sahaja kedengaran suara itu.

Maya menggelengkan kepalanya dengan laju. Matanya mula berair apabila mendengar kata-kata kakaknya yang seorang itu.

“Apa Kak Tina cakap ni? Maya tak sanggup kehilangan Kak Tina. Kak Tina jela tempat Maya bergantung hidup,”

“Janji dengan akak. Tolong beritahu keluarga Tengku Ibrahim yang akak maafkan mereka,”

“Buat apa Kak Tina maafkan mereka? Mereka buat hidup kita macam ni, terutama hidup Kak Tina! Sampai mati Maya takkan biarkan mereka hidup senang!Mentang-mentang keluarga kita miskin, sesuka hati mereka je buat kita macam tu,” Maya mengamburkan kemarahannya yang disimpan bertahun-tahun lamanya.

“Walaubagaimanapun, akak pernah jadi sebahagian daripada keluarga mereka.Semua yang berlaku mesti ada sebabnya Maya,”

“Tak! Keluarga kita jadi macam ni sebab mereka yang tidak berhati perut! Walaupun masa tu Maya kecil lagi, tapi Maya dapat rasakan penderitaan yang ditanggung oleh ayah,ibu dan Kak Tina. Sanggup mereka buat macam tu kat keluarga kita?”

Tina hanya mampu memandang sahaja wajah keruh adiknya itu. Merah padam muka Maya akibat menahan kemarahannya itu.

“ Kak Tina lupa ke anak akak mati disebabkan mereka! Kak Tina tak dapat tengok wajah anak akak sebaik sahaja bersalin. Maya ingat lagi betapa sedihnya akak masa tu. Akak dah lupa ker?” Maya masih lagi tidak mahu berhenti mengalah.

Tina hanya mampu mengeluh perlahan.Dia sedar akan semua itu. Dia masih ingat betapa sedihnya dia apabila kehilangan anak yang dikandung selama 9 bulan.Sebaik sahaja dia bersalin, terus bekas suaminya menceraikannya dengan talak satu. Dia hampir menjadi gila kerana kehilangan suami dan anak dalam satu masa. Hanya Allah sahaja yang tahu akan perasaannya ketika itu.Perasaan sakit, sedih, kecewa dan marah semuanya bercampur di dalam dirinya itu.

“Kenapa Kak Tina diam? Betulkan apa yang Maya cakap?” tajam mata Maya memandang wajah kakaknya yang pucat itu.

“Maya, masa akak dah tak lama. Akak nak mati dengan tenang tanpa secalit dendam di dalam diri akak. Penyakit akak dah tahap kronik dan memang dah tak boleh diselamatkan,”

Maya tercengang. Lama dia menatap wajah kakak kesayangannya itu.Lantas dia memeluk kejap badan kakaknya yang lemah itu. Dia mencium pipi kakaknya yang semakin hari semakin cengkung.

“Kak Tina janji jangan cakap macam tu lagi yer? Maya tak nak kehilangan orang yang tersayang buat kali kedua,”

“Maya, bila akak dah tak ada maya sambung belajar kat universiti yer? Ini amanah ayah dan ibu yang teringin sangat nak tengok Maya ke menara gading,”

Air mata tak putus-putus mengalir di pipi mulus Maya. Hatinya tiba-tiba menjadi hiba. Ya, dia masih ingat akan amanah kedua ibu bapanya itu.

“Maya janji. Kak Tina tidurlah yer, dah jauh malam ni. Esok Maya kejutkan subuh.Kak Tina tak payah fikir bukan-bukan yer,” Maya mengesat air matanya dan membaringkan kakaknya di atas katil. Maya menyelimut badan kakaknya yang kurus itu.

Maya mencium dahi kakaknya dan terus beredar dari bilik itu. Ya Allah berikanlah kekuatan kepada aku dan Kak Tina.Sebelum menutup pintu, dia menutup suis lampu dan hanya mampu melihat bayangan kakaknya yang sudah mula lena itu.

Longlai langkah Maya menuju ke dalam biliknya. Dia terus menghempaskan badannya di atas katil kayu. Fikirannya berserabut memikirkan rancangannya itu.

“Nak beritahu Kak Tina ke tak yer? Tapi mesti dia tak setuju punya apa yang aku nak buat ni. Mesti Kak Tina masih sayangkan bekas suaminya itu. Tengku Ilham! Aku takkan biarkan kau sekeluarga hidup senang. Hutang nyawa mesti dibalas dengan nyawa jugak!

**********

Mata Maya seakan berat untuk membuka matanya apabila terdengar bunyi jam loceng.

“Adoii, ngantuknya!” Maya menggagahkan dirinya jugak untuk bangun. Perlahan-lahan dia bangun dan menuju ke arah bilik kakaknya yang terletak hanya bersebelahan dengan biliknya.

Dia tersenyum melihat kakaknya yang masih lena tidur. Perlahan-lahan Maya menghampiri kakakknya.

“Kak Tina, bangun. Dah subuh,jom kita sembahyang berjemaah,” kejut Maya sambil menggocangkan perlahan badan kakaknya.

Malangnya tidak mendapat respond daripada Tina. Maya berasa pelik kerana selalunya kakaknya mudah tersedar apabila dia menggoncangkan badannya. Sekali lagi Maya menggerakkan kakaknya. Jantungnya tiba-tiba berdegup pantas.Pelbagai perkara tidak elok bermain di mindanya.

Ya Allah, janganlah berlaku apa-apa kat kakak.Terketar-ketar tangan Maya menghampiri hidung kakaknya.Jantungnya seakan berhenti berdenyut apabila mendapati kakaknya tidak lagi bernyawa. Dia berasa seluruh badan kakaknya sejuk. Air mata mulai laju mengalir.

“Kak Tina! Bangun, jangan tinggalkan Maya. Maya tak boleh hidup tanpa Kak Tina,” jerit Maya dengan kuat. Dia menggoncangkan badan kakaknya dengan kuat. Malangnya tiada tindak balas daripadanya. Maya memeluk erat kakaknya seakan tidak merelakan pemergian kakaknya yang tercinta.

~~~~~###~~~~~

Dua jam sudah berlalu. Maya hanya berdiri kaku memandang kubur kakaknya yang masih merah itu. Fikirannya terasa kosong seakan dunia berhenti seketika. Fikirannya tiba-tiba menerawang mengingkatkan memori manis bersama dengan arwah kakaknya.

“Cita-cita Kak Tina nak jadi apa yer?” Maya bertanya kepada kakaknya di beranda rumah using itu.

Tina tersenyum memandang muka adiknya yang comel itu. Dia bersyukur kerana Allah mengurniakan rupa paras yang cantik untuk mereka berdua. Tetapi ibunya selalu berpesan bahawa sebagai manusia bukan sahaja cantik di luar, malah perlu cantik di dalam dari segi keperibadian akhlak. Nilai ini sentiasa diserapkan di dalam dirinya. Walaupun perbezaan umurnya dengan adiknya jauh berbeza sebanyak 10 tahun, tetapi Tina begitu rapat dengan adiknya yang seorang ini.

“Hmmm, akak nak kahwin dengan orang kaya,”

Terbeliak biji mata Maya mendengar jawapan kakaknya itu. Dahinya berkerut memikirkan jawapan kakaknya itu. Walaupun umurnya baru 8 tahun, tetapi dia mengerti apa yang dimaksudkan oleh kakaknya itu.

“Kak Tina tipu yer,”

“Eh, betul! Akak nak ubah nasib keluarga kita ni dengan kahwin dengan orang kaya. Nak harapkan pelajaran hmmm jauh sekali. Akak tak pandai Maya. Akak gagal nak jejakkan kaki ke menara gading. Akak harap Maya dapat masuk universiti,”

“Kaya tak menjamin masa depan nak,” tiba-tiba ada satu suara mencelah perbualan dua beradik itu. Tina dan Maya masing-masing berpaling ke arah belakang. Kelihatan ayahnya menghampiri mereka.

Tina memberikan ruang untuk ayahnya duduk di sebelahnya. Pak Majid hanya tersenyum apabila teringatkan perbualan anak-anaknya itu.

“Kenapa ayah cakap macam tu?” Tanya Maya dengan penuh kehairanan. Setahunya, jadi orang kaya paling best. Selama ini dia teringin nak jadi macam kawan sekolahnya yang lain. Mereka dapat beli apa yang mereka mahu daripada ayah dan mak mereka, dapat pergi sekolah dengan naik kereta. Selama ni, dia pergi sekolah hanya dengan basikal buruk ayahnya.

Tina menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan pertanyaan adiknya itu.Pak Majid hanya mampu ketawa melihat reaksi dua anaknya itu. Maklumlah mereka masih mentah, tidak kenal lagi dunia yang sebenar.

“Bukan senang jadi orang kaya dan bukan senang jadi orang susah. Tak semua kehidupan orang kaya tu indah belaka. Walaupun kita miskin harta tetapi kita kaya dengan budi pekerti. Orang kaya dan orang miskin sama sahaja darjatnya di sisi Allah. Kadang-kadang hidup senang ni membuatkan kita alpa dan mulai sombong dengan apa yang kita miliki. Allah murka orang yang sombong,”

Tina dan Maya masing-masing menganggukkan kepala tanda setuju.

“Betul cakap ayah kamu tu,” Mak Timah tiba-tiba mencelah perbualan sambil mendulang talang yang berisi biskut kering dan air teh.

“Hidup kita sekeluarga ni dah kira baik. Walaupun kita tak kaya tapi kita bahagia kan,”

“Betul apa yang mak dan ayah cakap tu.Tapi kalau ditakdirkan Tina berkahwin dengan orang kaya nak buat macam mana kan?” kata Tina sambil ketawa.

“Tengok tu bang,” Mak Timah dan Pak Majid ketawa mendengar gurauan anaknya itu. Ya Allah, kau kekalkanlah kebahagiaan di dalam keluarga ini.

Ingatan Maya terbang bersama dengan dentuman kilat yang membasahi bumi Allah ini. Cepat-cepat Maya melangkah meninggalkan kawasan perkuburan.

“Semoga roh Kak Tina ditempatkan di tempat orang yang beriman.Maya janji Maya akan balas perbuatan durjana mereka kat keluarga kita,”

Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari pagar perkuburan, tiba-tiba ada satu suara memannggil kuat namanya. Maya berpaling ke arah suara itu. Bulat matanya memandang lelaki tua yang bersongkok itu tersengih kepadanya sambil menghampiri dirinya.

“Abang harap Maya bersabar yer. Ini semua dugaan daripada Allah,”

Nak termuntah Maya mendengar perkataan abang yang terpacul keluar daripada mulut lelaki tua yang tidak sedar diri itu. Dari dulu lagi Maya tidak suka akan lelaki itu merangkap ketua kampung. Isteri dah ada empat masih nak bergatal lagi dengan anak dara orang. Semua penduduk kampung tahu akan perangai ketua kampung mereka yang miang keladi itu. Dah tua masih lagi tak sedar diri.

“Saya balik dulu yer Pak Mat. Hari macam nak hujan ni,” Maya meminta diri. Malas hendak melayan lelaki tua itu. Malangnya langkahnya disekat oleh lelaki itu.

Maya mengeluh kuat. Orang tua ni memang nak kena dengan aku ni.

“Pak Mat nak apa sebenarnya nih? Saya nak balik hari dah nak hujan,” suara Maya sudah berubah lantang. Lantaklah orang lain nak cakap dia biadap dengan orang tua. Kalau dengan orang tua miang yang tak sedar diri ini, buat apa dia nak hormat? Lagi naik kepala orang tua ni lagi la.

“Aikk, marah nampak? Bukan apa, abang risau tengok keadaan Maya ni. Jadi lepas ni Maya nak tinggal sorang ker? Kalau Maya sudi, Maya boleh tinggal kat rumah abang,”

Bulat mata Maya memandang lelaki di hadapannya itu. Apa dia ingat aku ni tak boleh hidup sendiri ker? Jangan-jangan dia berniat nak memperisterikan aku tak? Hishh minta dijauhkan.

Pak Mat merenung Maya dari atas ke bawah. Makin cantik pulak aku tengok budak ni. Macam mana aku tak perasan dia? Yelah selama ni aku asyik terkejarkan kakak dia je.Hmm tak dapat kakak, dapat adik pun boleh.

“Hmmm, terima kasih banyaklah Pak Mat. Saya boleh hidup sendiri. Lagipun minggu depan saya daftar kolej,”

Pak Mat terdiam. Daftar kolej? Adoii maknanya dia dah tak tinggal kat kampung ni lagi la.Melepass!

“Tapi, abang dengar Maya tak terima tawaran kolej tu,”

“Ni permintaan arwah kakak saya. Jadi saya kena tunaikan permintaan terakhir dia. Saya balik dulu yer,” Maya terus berjalan laju meninggalkan Pak Mat terkulat-kulat sendirian. Mesti dia tengah bengang tu.Padan muka!

***********

Maya membuka lampu bilik tidurnya yang gelap itu. Matanya tajam memandang gambar-gambar yang ditampal di cermin meja soleknya. Dia memandang gambar itu satu persatu. Fail yang mengandungi keratan akhbar berkaitan dengan keluarga itu jugak dibukanya. Selama ini dia mengumpul segala cerita yang berkaitan dengan keluarga kerabat diraja itu.

“Tengku Iskandar Tengku Ibrahim salah seorang penuntut di Kolej Mutiara.”

Maya tersenyum puas. Dia yakin rancangannya akan berjaya. TengkuIskandar, kau akan menjadi mangsa pertama aku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"