Novel : Jangan Ragui Cintaku 2

21 May 2013  
Kategori: Novel

546 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : qayla

Mata Maya tidak berkelip melihat bangunan yang tersergam indah di hadapannya itu. Perghh ni tempat belajar ke tempat melancong ni? Dia melihat bangunan yang serba baru dengan konsep ala-ala Inggeris. Memang sangat unik ditambah pulak dengan landskap taman yang begitu memukau pandangannya. Dia dapat melihat berpusu-pusu kenderaan mewah yang masuk ke perkarangan kolej memandangkan hari ini merupakan hari pendaftaran bagi pelajar baru.

Maya mengeluh perlahan. Dia hanya datang dengan menaiki teksi dari kampungnya. Dia sedar akan kekurangan yang dimilikinya berbanding dengan orang lain.Silap aku ke masuk ke kolej untuk orang kaya je ni? Tak aku tak silap. Aku datang sini sebab aku ada misi yang perlu dilaksanakan.Ya, kau perlu tabah Maya Syuhada.Aja aja fighting!

“Hoi!”

Maya menghentikan langkahnya. Siapa pulak yang begitu baidap panggil aku ni?. Maya berpaling ke arah suara itu. Bulat matanya memandang perempuan yang kelihatan sangat seksi pada pandangan matanya yang suci itu. Yelah mana tak seksi dengan skirt pendek paras paha dan baju sendat macam nak tersembul keluar semua aset yang dia ada.

“Panggil saya ker?” sopan je Maya bertanya.

“What do you think?” bersahaja perempuan seksi itu membalas sambil matanya tak lepas memandang Maya dari atas ke bawah. Euwww minah di datang dari ceruk mana ni?

“Amboi, siap speaking lagi dengan aku. Apa ingat aku tak pandai speaking ker?” Kata Maya di dalam hati. Jelik dirinya melihat perempuan kerek itu.

“Any problems miss?” Tanya Maya sambil tersenyum. Tu senyuman sinis namanya.

Berubah muka perempuan tu apabila di sindir oleh Maya.

“Kenapa kau pakai baju macam ni? Kau tak tahu dress code kat sini?” kasar sahaja nadanya pada pendengaran Maya. Maya mencebik mulutnya tanda meluat dengan kerenah perempuan yang dia tidak kenal itu. Entah muncul dari ceruk mana perempuan kerek ni.

“Cik, salah ke saya pakai baju kurung ni? Apa di dalam negara ni ada undang-undang ke yang menyatakan seseorang itu tidak boleh memakai baju kurung di mana-mana tempat? Baju kurung kan melambangkan tradisi pakaian kita sebagai orang melayu,” lantang sahaja Maya bersuara. Dia pantang kalau orang tidak menghormati adab sebagai orang melayu.

Tercengang perempuan seksi itu. Haa padan muka.

“Excuse me, do you know me?”

Maya menjungkitkan bahunya tanda tidak kenal siapa perempuan di hadapannya itu. Siapa dia ni yer? Nak kata artis bukan rasanya. Artis baru kot? Ishh baru jadi artis dah kerek semacam. Macam mana industri Malaysia nak maju kalau ada orang macam ni.

“For your information, I’m Irene a daughter of Tengku Faris. Do you know my father?” angkuh lagaknya.

Sekali lagi Maya menaikkan bahunya. Tanda tidak kenal siapa Tengku Faris. Siapa yer? Aku ni kenapalah tak kenal sangat orang ni. Mana tak kenal, dah kau tak nak ambil pusing hal orang lain. Yang aku kenal keluarga Tengku Ibrahim merangkap musuh ketat aku.

Irene memandang Maya dengan pandangan tajam ibarat singa hendak menerkam mangsanya. Maya hanya buat selamba sahaja. Baginya bukan satu kesalahan pun kalau tak kenal ayah dia.

“Hishh kau ni memang tak kenal ke buat- buat tak kenal? Kau budak baru daftar hari ni kan? Siapa nama kau?”

“Errr..Saya Maya Syuhada. Boleh panggil Maya je,”

“Kau anak siapa ek? Tan Sri mana?”

Maya terdiam. Apa aku nak jawab ni?

“Hmmm, saya anak orang biasa je Irene.Lagipun..,” belum sempat Maya hendak menghabiskan katanya, Irene sudah memotong laju percakapannya itu.

“What? Habis macam mana kau boleh masuk kolej ni? Kolej ni untuk orang kaya je tau. Orang biasa macam kau mana layak nak masuk kolej ni. Melainkan kau ada sugar daddy nak tanggung semua perbelanjaan kau kat sini,”

“Watch your word!” api kemarahan Maya sudah memuncak. Ini dah kira lebih ni, apa dia ingat aku perempuan murahan ker? Kalau diingatkan rancangan aku, jangan harap aku nak jejakkan kaki ke kolej ni. Aku guna duit simpanan keluarga aku dan rumah serta tanah telah aku jualkan kepada ketua kampung.Nasib baik Pak Mat beli dengan harga yang mahal.Bolehlah menampung aku sepanjang aku belajar di kolej ini.

“Kenapa salah ke aku cakap?”

Belum sempat Maya hendak membalas, tiba-tiba satu suara mencelah perbualan mereka. Maya berpaling dan melihat seorang lagi perempuan yang berpakaian seksi menghampiri mereka. Hishh semua kaum perempuan kat sini pakai seksi macam ni ke? Mesti best lelaki kat sini boleh tengok tayangan percuma depan mata mereka.

“Ada apa babe?” Tanya Irene dengan pandangannya masih tidak lari daripada memandang Maya.

“Kita kena pergi dewan sekarang. Ada sesi briefing dengan student baru,” balas kawan Irene sambil matanya memandang Maya.

“Student baru ker?” Tanya Susan.

“A’aah,” jawab Maya sambil menganggukkan kepalanya.

“Awak kena pergi ke dewan utama sekarang. Briefing session dah nak dekat. By the way nama saya Susan, awak?” ramah Susan menyapa Maya.

Maya tersenyum. Haa inilah baru dikatakan manusia yang ada budi pekerti sikit walaupun pakaiannya tidak melambangkan ciri tersebut. Bak kata orang don’t judge a book by its cover.

“Saya Maya,”

“Ok nice to meet you Maya.Pergi dewan utama sekarang yer,” kata Susan sambil tersenyum manis lalu menarik tangan Irene yang mukanya masam mencuka. Masih marahkan Maya barangkali.

“Kau ni kenapa babe?” Tanya Susan yang seakan pelik dengan reaksi muka Irene yang masam mencuka itu.

“Yang kau beramah mesra dengan budak baru tu kenapa? Kau tahu tak dia berani melawan aku.Dia tak kenal lagi aku siapa nampaknya,”

Susan mengeluh perlahan. Sudah beberapa tahun dia berkawan dengan Irene, jadi dia sudah masak benar dengan perangai pelik kawannya yang seorang itu.Di kolej ini, dia hanya rapat dengan Irene seorang sahaja. Bukan dia tak nak berkawan dengan orang lain, tetapi kerana faktor Irene yang kuat cemburu membuatkan dirinya membatalkan hasrat untuk menambah kawan di kolej ini.Bagi Irene, hanya Susan sahaja wajib berkawan dengannya.

“Aku tengok dia baik je,” kata Susan perlahan sambil langkahnya dihayukan laju menuju ke dewan utama di mana hampir semua pelajar baru sudah berkumpul.

Irene tersentak lalu menarik kuat lengan kawannya itu. “Apa kau cakap?”

“Ishh sakitlah Irene. Orang lain tengok tu, malulah sikit,”

“Oppsss sorry babe,” Irene melepaskan lengan Susan. Susan menggosok perlahan lengannya itu. Perghh kuat jugak Si Irene ni.

“Dah jomlah masuk.Kita kan in charge budak baru ni. Nanti apa pulak kata prince charming kau tu,”

Apabila Susan menyebut Prince Charming, terus Irene tersenyum lebar. Terbayang lelaki idamannya yang sedang menunggunya di dalam dewan menanti ketibaannya. Perasan betul minah ni.

Maya masih berdiri kaku di hadapan pintu masuk dewan utama sambil memegang beg pakaiannya yang sudah hampir lusuh itu. Tergangga mulutnya melihat betapa besarnya dewan itu. Dewan itu hampir sama dengan dewan di dalam cerita Harry Potter dengan lampu yang besar di tengah-tengah dewan itu. Suasana di dalam dewan yang gamat itu tidak menganggu kosentrasi Maya yang sedang memerhatikan keadaan sekeliling dewan itu.

“You, girl!” panggil seorang lelaki yang sedang berjalan menghampiri dirinya.

Maya menoleh ke belakang kalau-kalau lelaki itu memanggil orang lain. Apabila tiada sesiapa yang berada di belakangnya, terus dia mengangkat tangannya separuh.

“Me?”

“Yes, you.Awak boleh masuk dan berkumpul di tengah dewan tu. Jangan nak buat-buat blur pulak,” sempat lagi lelaki itu memperli dia.

Maya mendegus kuat lalu mula berjalan ke arah tempat pelajar lain berkumpul.Langkah kakinya terhenti apabila dia dipanggil oleh lelaki itu lagi.

“Beg lusuh awak tu, better awak letak kat tepi pintu ni. Lagipun akan menjatuhkan reputasi kolej ni,” kata lelaki yang angkuh itu lalu berjalan meninggalkan Maya yang masih terkebil-kebil.

Haishh kenapa dengan manusia kat kolej ni yer? Semua berlagak nak mampus! Mentang-mentanglah anak orang kaya.Adoii susah aku nak hidup kat sini kalau begini perangai manusia kat sini. Sabar Maya, sabar. Kau kena tabah kat sini kalau kau nak rancangan kau berjaya.

Maya menarik perlahan nafasnya sebelum menghembus nafasnya dengan perlahan.Dia berjalan menuju ke tempat semua pelajar berkumpul.Terbuntang matanya melihat penampilan semua pelajar baru. Kaum lelaki mahupun kaum perempuan tidak lepas daripada berfesyen ranggi. Eh, aku silap masuk kolej ke ni? Aku tengok macam tempat pertunjukkan fesyen je ni.

Maya berdiri di belakang sekali.Tiba-tiba dia merasa kerdil berdiri sama tinggi dengan manusia di sini. Betul kata pepatah enggang sama pipit tidak boleh terbang sekali.

Sedang Maya asyik melayan perasaanya, tiba-tiba bahunya dicuit dari tepi.Lantas Maya berpaling dan melihat seorang gadis tersenyum kepadanya.Manisnya senyumannya!

“Hi, saya Atilia.Just call me Ati.Awak nama apa yer?”

Maya tersenyum. Ya Allah nasib baik ada hambaMu yang sudi menegurku. “Saya Maya Syuhada.Boleh panggil Maya,”

“Maya, hmmm nice name macam tuannya jugak. Awak ni cantik betullah.Jeolous saya tengok muka awak natural cantik tak payah pakai makeup tebal macam saya ni,”

“Semua anugerah Allah semua cantik Ati. Ati cantik apa? Setiap orang ada kecantikkan yang tersendiri tau,” kata Maya.

Atilia menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan kata-kata kawan barunya itu. Dia memerhatikan penampilan Maya dari atas ke bawah. Sejuk matanya memandang kawan barunya itu dengan berpakaian sopan berbaju kurung. Rambut Maya yang panjang diikat kemas itu menarik perhatiannya.Kalaulah dia jadi lelaki, confirm dia akan memikat Maya.

“Errr.. kenapa awak pandang saya macam tu?” timbul perasaan segan di dalam diri Maya. Jangan-jangan dia peril aku tak?

“Eh, awak jangan fikir bukan-bukan Maya.Saya sebenarnya suka tengok penampilan awak ni. Sopan je,”

Maya tersenyum lagi. Entah kenapa hatinya berasa senang mendengar pujian daripada Atilia. Belum sempat dia hendak berkata, tiba-tiba ada suara menjerit dari belakang.

“Semua di minta diam. Tengku Iskandar Tengku Ibrahim akan masuk ke dewan sekarang,” kata lelaki yang angkuh tadi dengan suara yang kuat.

Akhirnya Maya tersenyum puas kerana saat yang ditunggu-tunggu selama ini akhirnya tiba. Hari ini dia dapat bertemu dengan Tengku Iskandar merangkap mangsanya.

Semua mata memandang ke arah pintu dewan. Bunyi derupan tapak kasut yang kuat menarik perhatian semua orang.Akhirnya Tengku Iskandar muncul dengan lagaknya tanpa secalit senyuman di wajahnya. Wajahnya sangat serius.

Suasana di dalam dewan sunyi sepi.Mata Maya tidak berkelip melihat lelaki yang sedang berjalan itu.

“Tengku Iskandar Tengku Ibrahim, akhirnya aku dapat bertemu dengan kau.Now, the game is begin!”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"