Novel : Kahwin Kontrak 2

21 May 2013  
Kategori: Novel

13,558 bacaan 8 ulasan

Oleh : mia_nuriha

Aku tertekan. Tempoh sebulan yang diberikan mama akan berakhir minggu depan. Hari ini aku awal-awal lagi sudah ke pejabat. Wajahku mencuka sahaja.

“Ana masuk bilik saya kejap.” arahku. Ana, setiausaha merangkap teman baikku hanya menuruti kemahuanku. Sebaik sahaja memasuki ruangan kerjaku, aku melempar tas tangan milikku ke sofa.

“Seminggu lagi. Seminggu lagi.” jeritku. Aku mundar-mandir di dalam bilik itu. Ana kelihatan kaget dengan sikapku.

“Seminggu..Seminggu.. Apa yang seminggunya?” soal Ana kaget. Aku teragak-agak untuk bercerita tentang ugutan istimewa mama terhadapku. Namun akhirnya aku menceritakan juga kepada Ana. Dia ketawa terkekeh-kekeh mendengar ceritaku.

“Lawaklah masalah kau ni Fia. Nak gelak pon ada.”

“Banyaklah kau punya lawak. Cepat la Ana, macam mana ni. Aku tak nak kahwin dengan Hakim.”

“Ala.. Apa susah? Kita buat interview untuk cari bakal laki kau.”

“Tapi aku nakkan perkahwinan yang bebas. Perkahwinan yang tak menyekat hak aku untuk berseronok.”

“Kau ni.. Kau kahwin la, lepas setahun kau cerai. Lelaki tu kau bayar la. Kau buat la perjanjian dengan dia. Amacam?”

“Macam kahwin kontrak je..”

“Yes baby..” balas Ana. Aku memikirkan rancangan Ana yang tak masuk akal. Namun apabila difikirkan semula bernas juga cadangan itu.

Aku memandang peserta yang ke-100 ini. Dari pagi lagi aku dan Ana menemu duga lelaki untuk menjadi suami kontrakku. Namun tak ada seorang pun yang boleh menambat hatiku. Hari ini pelbagai jenis lelaki aku tengok. Ada yang gemuk, kurus, sasa, lembut, anak mak pun ada!!

“Well.. Kenapa berminat untuk sertai interview ni?” soalku kepada jejaka melayu-inggeris ini. Aku memandang rambutnya yang perang serta mata hijau miliknya. Err.. mata hijau tu ori ke?

“Sebenarnya..” belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, telefon miliknya menjerit, meminta untuk diangkat.

“Off please..” marah Ana.

“Tak boleh. Mama call.” balasnya. Aku mengangguk tanda membenarkan dia berbicara dengan mamanya.

“Hello ma..” sapa jejaka tadi. Aku lihat dia mengangguk. Mungkin mamanya sedang menyampaikan sesuatu.

“Adik ada interview kerja ni. Nanti adik telefon semula.” Selepas itu dia mematikan telefonnya. Aku dan Ana tersenyum.

“Adik.. Tak baik tipu mama tau!” ejek Ana. Aku ketawa. Jejaka kacukan tadi terus keluar dengan wajah yang mencuka. Aku dan Ana menggeliat. Tiba-tiba masuk seorang jejaka. Peserta terakhir untuk hari ini.

“Ok, kenapa you nak ikut interview ni? Arwah parents you ada bisnes perkapalan kan?” soal Ana.

“I nak cuba nasib. Mana tahu rezeki, dapatlah I tampung operation jantung I ni. Lagipun arwah perents I yang ada bisnes bukan I. Orang tua I yang kaya bukannya I” aku mengangguk. Aku membaca biodata dirinya. Khusyairi, baru berusia 22 tahun dan merupakan graduan dari Universiti Malaya dalam bidang undang-undang. Ana kelihatan bersetuju untuk memilih Khusyairi.

“Ok, kitorang terima you. Sekarang ni baca agreement ni and then sign.” ujarku sambil meghulurkan folder biru itu kepada Khusyairi.

Syarat-syarat perjanjian:

1. Perkahwinan akan terhenti selepas setahun.
2. Hafia dan calon suami tidur berasingan.
3. Calon suami tak berhak menyentuh dan menghalang hak
Hafia.
4. Hafia bekerja manakala suaminya menjadi suri rumah
sepenuh masa.

125. Wang RM 500 000 akan diberikan selepas perkahwinan
tamat.

“Fuh..Banyaknya syarat.. 125..” keluh Khusyairi perlahan.

“Kenapa? Dah surrender ke?” dugaku.

“Nope and never.”

“So..deal”

“Deal!” balasnya. Selepas itu kami berjabat tangan tanda setuju dengan perjanjian yang diadakan.

**********************************

Hari ini aku dan Khusyairi berjumpa di Mc Donalds. Aku menyerahkan fail-fail berkaitan hubungan ‘cinta’ kami. Aku menyuruhnya menghafal maklumat mengenai diriku. Aku pula menghafal maklumat dirinya. Malam ini aku akan membawa dia bertemu keluargaku di rumah.

“Kak Fia.. Banyak sangat la. Eri takut tak sempat ingat je. Kalau tak ingat, rosak plan.” Aku tersentak. Dia memanggil aku kakak?! Tapi ada benarnya penggilan itu untuk diriku. Yelah, aku tua 8 tahun darinya.

“Eri hafal je yang penting macam umur, kerja apa, kita jumpa dekat mana, hafal yang Eri rasa parents I akan tanya.”

“Sedihnya.. Time study dulu kena menghafal sekarang pun kena hafal lagi. Duit..duit.. Sebab kau je aku mampu buat kerja ni.” keluhnya. Aku tersenyum. Ada riak manja pada suaranya yang menjadikan suaranya kedengaran keanak-anakan.

***************************

Aku lihat wajah Khusyairi pucat. Mama dan abah menyerangnya dengan pelbagai soalan.

“Oh.. Eri sebenarnya dah lama kenal kak Fi.. Dah lama kenal Fia!” lega.. Hampir sahaja dia memanggilku ‘Kak Fia’ di hadapan mama dan abah.

“Kenal dekat mana?” soal mama. Mama kelihatan senang dan gembira dengan pilihan hatiku. Dia sering tersenyum berbicara dengan khusyairi. Aku lega.

“Kitorang kenal dekat.. err..” dia seperti hilang punca. Aku menendang kakinya dari bawah meja. Wajahnya masih bingung. Bengong sungguh mamat ni.

“Dekat pejabat la ma. Dia lawyer syarikat kita. Lawyer baru. Eri baru balik dari London. Dia buat Phd.” kelentongku. Aku lihat Eri tersenyum.

“Biasa la mama. Tua-tua ni memang nyanyuk sikit.” aku tersentak. Mungkin Khusyairi tak sedar dia sudah memanggil ibuku dengan panggilan mama.

“Oppss! Auntie.. Tak sabar pulak rasa nak kahwin dengan Fia. Boleh panggil auntie dengan panggilan mama.” balasnya lagi. Aku sekadar senyum dan menghadiahi cubitan manja di lengannya.

“Kalau Eri nak panggil mama pun apa salahnya kan.. Berapa umur Eri?” soal mama.

” Tua dah ma.. Tahun ni dah dua puluh..” aku tergamam. Aku segera menendang kakinya lagi. Dia tersentak. “Tiga puluh dua ma..”

“Don’t kidding Eri. Abah tak percayalah. Muka Eri muda lagi, kulit pun tegang jer..” ujar abah yang sedari tadi hanya diam.

“Biasa la abah. Pandai jaga kulit,awet muda.” balasnya. Kami sekeluarga ketawa. Selepas itu, bibik datang membawa makanan berupa steak dan beberapa jenis makanan barat yang bergoreng. Aku lihat wajahnya kelat. Aku tahu dia tak boleh makan makanan berminyak. Aku lihat dia hanya menjamah sayur-sayuran.

“Aik! Kenapa makan sayur je? Macam kambing je abah tengok.” tegur abah. Aku hampir gelak melihat mulut Khusyairi yang penuh salad.

“Biasa la abah. Kita orang lelaki ni kena pandai jaga muka dan badan baru isteri tak lari.” Abah ketawa. Kami sekeluarga ketawa. Abah menolak pinggan steaknya ke tepi. Khusyairi menolak pinggan berisi salad itu ke arah abah. Mereka sama-sama makan sayur.

“Abah makan sayur macam ni gerenti mama tak lari.” usikku.

“Mama takut abah je yang lari nanti.” ujar mama.

“Tak kan lah.. Abah kan setia.” usik Khusyairi

“Tapi kalau dah takdir kita tak boleh tolak ma..” kata abah berbaur ugutan kepada mama.

“Abah buat la. Haru biru KL ni nanti.” ugut mama pula. Aku dan Khusyairi ketawa. Matanya dikenyitkan kepadaku. Sungguh tampan. Dia menggetarkan naluriku.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Kahwin Kontrak 2”
  1. jamie lha says:

    interesting..comel je khusyairi..haha..

  2. za says:

    saya payah sgt nak puji tapi ceta ni mampu buat sy tersenyum,..tahniah!!

  3. Raja Mansor says:

    Kalau nak buat novel tu buat betul betul. Agama kena ada. mana ada kawin macam ni. Hukumnya apa? Mana akhlak? tak kesahlah rekaan tapi biar ikut landasan.

  4. Nur Firman Irish says:

    Salam

    Kalau nak buat novel kena research dulu. kalau yeb pun main belasah aje umur jgn terlalu jauh , pompuan cpt matang berbanding lelaki, mun gkin boleh kaitkan den isu kahwin kontrak dgn isu syiah, tolong berhati-hati kerna penmbaca mungkin dari golongan remaja, wlpn its just for fun but must consider any factors may involve .

    Best of luck

  5. mai says:

    Jangan terlalu cepat nak judge. Mungkin writer akan memuatkan hal-hal keagamaan seiring dengan perkembangan novel ni. Nama lagi novel, pasti ada sambungan dan semoga sambungan itu tetap mengekalkan ciri-ciri kelakar dan menambahkan unsur2 ilmiah serta kemantangan.

    Good luck..

  6. slave says:

    kahwin kontrak=nikah mut’ah tak silap aku. orang syiah jer kut yg membolehkan kahwin kontrak. dalam Islam hukum kahwin kontrak ni haram. tapi ramai masyarakat pandang enteng dan buat byk cerita pasal kahwin kontrak.
    pada zaman Rasulullah dulu pernikahan mut’ah dibolehkan tapi kemudiannya diharamkan sampai hari kiamat.

    “Diriwayatkan bahwa sahabat Ali r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. melarang nikah mut’ah ketika perang Khaibar” (Shahih Bukhari dan Muslim).

    “Diriwayatkan bahwa sahabat Salamah bin al-Akwa’ r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. memperbolehkan nikah mut’ah selama tiga hari pada tahun Authas (ketika ditundukkannya Makkah, fathu Makkah) kemudian (setelah itu) melarangnya” (HR. Muslim).

    “Diriwayatkan dari Rabi’ bin Sabrah r.a. sesungguhnya rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku pernah mengizinkan nikah mut’ah, dan sesungguhnya Allah telah mengharamkannya sampai hari kiamat, oleh karenanya barangsiapa yang masih mempunyai ikatan mut’ah maka segera lepaskanlah, dan jangan kalian ambil apa yang telah kalian berikan kepada wanita yang kalian mut’ah” (HR. Muslim, Abu Dawud, an-Nasai, Ibnu Majah, Ahmad, dan Ibnu Hibban).

    memandangkan pendapat yang mengharamkan hukum nikah mut’ah ni sangat kuat sebab berdasarkan contoh2 hadith yg ada, maka, hukum nyer jatuh haram. just cadangan sajer. writer mungkin boleh selitkan pengetahuan tentang isu ni. biar bukak mata readers sumer yg novel yg writer tulis tidak ler kosong semata-mata dan ada pengisian dan pengetahuan sikit. yang tu boleh menjadi bonus sikit. all the best writer.

    p/s : sekadar perkongsian buat semua. tak de niat pon nak kecik kan haty sesiapa pun..

  7. lyka says:

    ermmm..jalan cerita yang menarik …

  8. Lina says:

    Alhamdulillah,habis baca sudah :D ..bestlah cerita ini..saya suka!saya suka! hahaha

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"