Novel : Love You, Naughty Wife! 2

14 May 2013  
Kategori: Novel

7,627 bacaan 9 ulasan

Oleh : Farah Aini

BAB 2

“Arisha.. bangun! Tolong ibu dekat dapur,” Datin Fadhilah mengejutkan Arisha. Arisha menjeling jam. Dah pukul 6:30 pagi. ‘Ok.. nak solat Subuh dan tolong ibu di dapur. Lepas tu, bolehlah golek-golek’ Arisha tersengih. Dia sudah melupakan hal semalam. Dia terlupa ataupun sedang melupakannya.

Selesai mandi dan solat Subuh, Arisha turun ke bawah untuk menolong ibunya. Ibunya tidak pernah mengambil mana-mana bibik. Datin Fadhilah suri rumah sepenuh masa. Kadang-kadang sahaja beliau ke office jika ada hal yang penting.

“Wow! Banyaknya lauk. Kita berdua sahajakan?” “No.. Another family will join us this morning,” jawaban Datin Fadhilah membuatkan Arisya pelik. “Who?” “bakal husband Arisya,” Datin Fadhilah tersenyum sampai ke telinga. Terkejut dibuatnya Arisha.

“Ibu! Kenapa ibu tak bagi tahu awal-awal. Arisha nak bersiap sekejap,” Arisha berlari ke arah tangga. “Pakai baju kurung yang ibu letakkan di atas katil Arisha!” jerit Datin Fadhilah.

Sebaik sahaja Arisha masuk ke dalam bilik, dia terus menukar pakaian dan menyikat rambutnya. Matanya terpandang tudung biru muda di atas katil. “Tudung? Hurmm.. tak payahlah,” Arisha keluar dari bilik. Baru sahaja kakinya melangkah keluar, dia terdengar suara ibunya berbual dengan seseorang.

Kelihatan Datin Fadhilah sedang mendaki anak tangga. Mungkin ingin memanggil anaknya. “Arisha, kenapa tak pakai tudung? Mulai sekarang, kamu kenalah bertudung,” tegur ibunya. Arisha memandang lantai. Ibunya mengeluh kecil. Datin Fadhilah menarik tangan anaknya itu turun ke bawah.

“Ibu.. Arisha takutlah,” bisik Arisha ke telinga ibunya. “Bertenang,” Datin Fadhilah mengenggam tangan anaknya.

“Assalamualaikum..” “Waalaikumusalam,” jawab keluarga tersebut. Arisha mengambil tempat di sebelah ibunya. “Arisha.. duduk sebelah bakal suami,” bisik Datin Fadhilah. Terkejut beruk dibuatnya Arisha. ‘Apasal dengan ibu ni?!’ hatinya menyoal.

Datin Sharifah bangun dan duduk di sebelah Datin Fadhilah. “Sharifah, mana suami?” “Outstationlah. Macam suami Fadhilah juga,” Datin Sharifah tersenyum. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan kawan baiknya.

“Arisha Afima, ini Khazwan Iskandar Daniel,” Datin Sharifah memperkenalkan anaknya. Arisha dan Khazwan mengangkat muka dan memandang di antara satu sama lain. “Kau?!” “Awak?!”

“Kamu berdua sudah lama kenal ke?” soal Datin Fadhilah pelik. Khazwan mengangguk lemah. “ha’ah…” matanya menjeling sekilas Arisha. “Mana Nia? Tak nampak pun,” “Dia tak sihat. Demam,” jawab Datin Sharifah. “Owhh.. semoga dia cepat sembuh!” Arisha meraup muka.

“Sudahlah.. mari makan!” jemput Datin Fadhilah. Arisha mencedok nasi dan diletakkan di atas pinggan ibunya ,bakal ibu mertuanya dan juga dia. Selepas itu, dia meletekkan kembali mangkuk nasi itu di atas meja. “Arisha..” Datin Fadhilah tersenyum. Dia faham sangat dengan signal itu. Tangannya mengambil semula mangkuk tersebut. Nasi dicedokkan dan diletakkan di atas pinggan Khazwan.

“Arisha.. ambilkan ayam tu. Air oren sekali. Jangan lupa kuah kari juga. Ehh.. satu lagi, sayur pun sama. Sambal ketuk jangan lupa,” Khazwan mengarah. Arisha menjeling sekilas. ‘banyak betul order!’ ngomel hatiya. Dia mengambil semua makanan yang dipesan oleh Khazwan dan diletakkan di atas pinggan. Khazwan tersenyum sinis.

Baru sahaja dia ingin menyuap nasi ke mulut, telefonnya bordering. Dia melihat nama yang tentera di skrin telefon bimbit tersebut. IKRAM ! hatinya melonjak kegirangan. Sudah 5 bulan dia tidak bertegur sapa. Mereka hanya berbual kosong jika diajak oleh Fisya, Linda serta kawan baik Ikaram, Danzly.

Arisha meminta kebenaran untuk menjawab telefon. Dia keluar dari rumah dan terus menekan butang hijau. “Assalamualaikum,” kedengaran suara lelaki yang dirindui selama 5 bulan. ‘aish? Kenapa dengan aku ni? Aku suka dekat dia ke? Aahhh~! Akukan bakal isteri orang!’ “Waalaikumusalam.. Ikram. I miss you,” air mata menitik dari kelopak matanya.

“What? Betul ke? Saya pun. Sorry sebab marah awak masa tu. Saya tahu, saya tak ada hak,” Ikram tersenyum. Suka kerana Arisha merinduinya. “Saya pun nak minat maaf. Oklah, saya nak off ni,” Arisha mengetap bibir.

“Wait! I love you Arisha! My girlfriend!” “Ehh? Love me? Haha.. ada-ada sahajalah. Girlfriend?” “Arisha.. translatekan perkataan girlfriend tu ok? Maksudnya kawan perempuan. Not special girlfriend,” Ikram ketawa. Arisha turut ketawa.

“Bye.. err…” dia mematikan telefon. Tanpa disedari, Khazwan memerhatikan Arisha. “Huh! Dah ada boyfriend, tapi masih nak kahwin dengan aku. Hish!” marah Khazwan dan masuk semula ke dalam rumah.

Arisha melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Dia tersenyum manis. “Kenapa senyum je ni?” soal Datin Fadhilah. “Nothing..” Arisha menjawab dengan suara perlahan. Khazwan menjeling.

“So, Fadhilah, bila nak tetapkan tarikh perkahwinan?” “Saya cadang, seminggu sebelum SPM. Masa itu je saya free,” jawab Datin Fadhilah. Datin Shahira mengangguk setuju. Khazwan dan Arisha terkejut besar.

“Saya on je. Khazwan pun sama. Arisha?” soal Datin Shahira. Arisha mengangguk lemah. Padahal dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu. Tak bersedia! Dia bakal bergelar isteri dan pelajar! ‘Buat apa nak risau? Akukan jadi pelajar seminggu je. Yang lain aku SPM’ hatinya berkata sendiri.

“Kamu berdua berbuallah dulu di sini, ibu dengan Shahira nak ke belakang sekejap,” Datin Fadhilah mempersilakan Datin Shahira untuk ke halaman belakang.

Apabila kelibat mereka sudah tiada, Khazwan membuka mulut “Tak sangka kita boleh berjumpakan?” soal Khazwan. Arisha mengangguk sahaja. Dia mengambil air oren yang masih berbaki dan dihirup. “Yang paling mengejutkan.. kau bakal isteri aku,” suara Khazwan mendatar. Arisha meletakkan kembali gelas tersebut di atas meja setelah habis minum.

“hmmm..” jawabnya pendek. “Aku tak sangka kau jadi suami aku. Tapikan, muka kau ni macam pelik je! Ha.. baru lepas putus cinta eh? Monyok semacam ehh..” Arisha tersengih. Khazwan pula sudah membulat matanya! “Arisha!” jerit Khazwan kuat.

“Ehh.. kenapa ni?” soal Datin Fadhilah apabila mendengar Khazwan menjerit. “Ehh.. nothing ibu! Kitorang lawan menjerit tadi,” bohong Arisha.

“Ingat apalah tadi. Fadhilah, kami nak balik dah ni. Lagipun, esokkan Arisha sekolah. Kesian dekat dia,” Datin Shahira tersengih. Mereka berdua ketawa. Datin Fadhilah menjeling Arisha. Dia bangun dan meluru ke arah Khazwan. “Thanks for coming,” Arisha berpura-pura ceria. Khazwan mengangguk.

Apabila kereta Datin Shahira sudah tidak kelihatan, laju sahaja Arisha berlari anak ke arah ibunya. “Ibu! Kenapa mesti sebelum SPM! Kan masa tu adik nak belajar,” “Ish kamu nikan! Satu hari sahaja kahwin. Bukannya seminggu. Lupakan pelajaran satu hari tak boleh ke? Lagipun, hari itu je ibu free,” jawab ibunya.

“Tak bertunang ke?” soal Arisha. “Tak. Bertunang hanya tradisi turun temurun. Kamu nak jemput tak Linda dengan Fisya?” soalan Datin Fadhilah membuatkan Arisha tersentak. “Nanti adik bagitahu. Adik nak ajak..” jawabnya lemah.

Arisha mendaki tangga dan meluru ke biliknya. Badannya dihempap ke atas katil. Baru beberapa saat melelapkan mata, dia bangun dan menukar baju. Topi bewarna unggu dicapai seraya dipakai. Jeans bewarna hitam serta baju gaun paras lutut dipakai.

“Ibu! Arisha nak turun sekejap. Nak jumpa dengan Linda dan Fisya!” jerit Arisha. “Anak dara, cakap jangan jerit-jerit. Ok,” sahut Datin Fadhilah bersama dengan sindiran tajam.

Seperti biasa, dia menunggu Linda menjemputnya. 30 minit menunggu, akhirnya Linda sampai juga. Baru sahaja masuk ke dalam perut kereta, Arisha sudah meminta Linda membawanya ke Mc Donalds. Fisya tersengih. Lama dia tak makan burger cheese! Nyumm..

Sampai sahaja di Mc Donalds, mereka berdua memesan makanan dan mencari meja. Fisya membuka pembalut burger dengan cepat dan terus menikmatinya. “Aku.. ada benda nak cakap ni,” nada suara Arisha perlahan. Dua rakan baiknya setia mendengar.

“Aku… akan kahwin tak lama lagi,” tesedak Fisya dengan Linda dibuatnya! “Ha? Bila?” suara Fisya cuba dikawal. “Se..se..seminggu sebelum SPM,” Arisha meraup muka. Topi yang dipakai diletakkan di atas meja. Linda yang berada di sebelah Arisha memeluk bahu rakannya.

“Arisha.. sabarlah. Aku tahu kau susah nak terima. But.. kami berdua akan berikan semangat,” Linda tersenyum. Arisha mengangguk kecil. Fisya meletakkan semula burger yang dimakan tadi. Tidak berselera. Kalau dia ditakdirkan kahwin muda, dia memang tidak mahu!

“Arisha, kalau kau tak tenang, kita balik dulu ye?” “ok. Aku jemput korang ke majlis aku nanti. Jangan ajak orang lain pula! Termasuklah Ikram. Ok?” Arisha tersenyum kecil. Mereka berdua mengangguk.

“Babe, jangan lupa hidangkan ayam lemon!” Fisya tersengih. Fisya memang kuat makan, tapi, badan dia tetap slim. “Jangan risau babe! Aku promise! Makanan tetap untuk kau” Arisha ketawa kecil. Sebab itu dia menghargai Linda dan Fisya. Mereka berdua banyak berjasa untuknya. “Kat aku? Tak nak bagi?” Linda memuncungkan mulutnya. “Yelah! Aku bagi dekat kau, ikan salmon masa stim! Amacam? Kening Arisha dijongket.

“Pandai kau. Ok jelah.. jom gerak! Bungkus je McD,” Linda bangun dan terus menuju ke pintu diikuti oleh Fisya dan Arisha.

Sampai sahaja di rumah Arisha, Arisha terus masuk ke dalam rumah. “Pergi mana Arisha? Kesian tau dekat ibu sebab cuci pinggan sorang-sorang,” rungut Datin Fadhilah. “hehe.. adik jemput Linda dengan Fisya tadi,” jawab Arisha. Dia terus naik ke tingkat atas. Mahu mandi dan tidur. Esok sekolah.. hais.. malasnya!

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Arisha mengikat tali kasut dann menunggu ibunya bersiap. 1 minit menunggu, akhirnya ibunya keluar juga. Mereka berdua masuk ke dalam kereta.

Arisha sedang asyik berbalas mesej dengan Linda dan Fisya melalui whatsapp. Sesekali, dia tersenyum simpul apabila membaca gurauan Linda dan Fisya.

HATI – HATI NANTI. KANG KENA TEBAK DGN SUAMI BARU TAHU! (Fisyagemokkurus109)

FISYA TU JAHATLAH ARISHA, JANGAN BACA! HAHA XD (LindaMyungsoo)

YELAH.. KORANG BEDUA SUKA USIK AKU! (ArishaAfima)

REALITI! KAHWIN AWAL MEMANG SERAM.. ~__~ (LindaMyungsoo)

MEMANGLAH.. NAK KENA JADI STUDENT DAN.. ISTERI.. :< (ArishaAfima)

T,T Don’t cry baby don’t cry.. happy sikit! (Fisyagemokkurus109)

HAHA xD .. WEH, AKU OFF DULU. SEKOLAH MENUNGGU *SAD EMO* (LindaMyungsoo)

K, BYE! AKU PUN DAH NAK SAMPAI! BYE FISSSSSSYAAAAA (ArishaAfima)

Guddiiiibyeeeeeee~!~ (Fisyagemokkurus109)

Arisha mematikan telefon bimbitnya dan disimpan di bawah kerusi. Selang beberapa minit, kereta yang dipandu oleh ibunya sudah berada di hadapan pagar sekolah. Arisha bersalam dengan ibunya dan turun dari kereta.

Baru sahaja dia turun dari kereta, satu suara memanggilnya. “Ahh.. Ni..Ni..Nia!!” jerit Arisha. Beberapa mata memandang ke arahnya. Ahh.. dia tidak kisah, yang penting dia perlu berjumpa dengan Nia dan melepaskan rindu!

“Nia! Akak rindu Nia sangat-sangat!” Arisha memeluk Nia erat. Pelajar-pelajar yang lalu lalang di situ tersengih.

“Adik kelas mana?”

“Kelas 1 Amanah. Akak?”

“Witt.. bijaknya adik! Akak kelas 1 Amanah jugak,” Arisha ketawa kecil. “Pandailah akak ni menipu! Tak baik tau. Urmm.. okeylah, Nia masuk kelas dulu. Bye akak!” Nia melambaikan tangan. Dia membelok ke kiri. Arisha membalas lambaian.

“Arisha!” jerit Ikram. Arisha mendengus kecil apabila mendengar namanya dipanggil. Dia langsung tidak memberhentikan langkahnya dan terus masuk ke dalam kelas. “Hye.. marah lagi ke? Kata mintak maaf semalam. Siap miss you lagi. Hehe..” Ikram mengusik. “Eee.. siapa rindu dia? Saya bergurau jelah semalam. Nak ambik hati awak je!” Arisha memandang ke arah lain.

“Arisha.. sudi tak awak jadi girlfriend saya?” terkejut Arisha dibuatnya. “Ehh? Err.. saya tak tahu,” matanya memandang lantai. “Tak apa. saya tunggu awak. Nanti lepas SPM, saya nak kahwin dengan awak jelah,” Ikram tersengih.

“Huh! Ishh.. perangai macam budak-budak jelah awak ni. Tak naklah,” Arisha mendekati Linda dan Fisya yang sedang asyik berbual.

Linda tersenyum memandang Arisha. “Arisha, aku tak jumpa lagi bakal husband kau! Nak jumpa dengan dia boleh?” “jumpalah. Awak tackle sekali kalau boleh,” Arisha menjeling Linda.

“Serius? Suruh Fisya jelah tackle. Dia pakar!” jari telunjuk Linda ditujukan ke arah Fisya. “Yeah? Just green light babe,” Fisya menjongket kening. “Dua-dua gatal! Karate karang,” Arisha mengherotkan bibirnya.

Ikram dan Danzly menghampiri mereka bertiga. “Tak nak pergi tapak perhimpunan ke? Atau nak saya dokongkan?” usik Danzly. Serentak mereka bertiga menjeling Danzly. Mata Danzly dialihkan ke rajah lain. Perghh.. seramnya tengok muka diorang ni. Gugur jantung Danzly dibuatnya.

????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

“Yang ni?” soal Khazwan kepada Arisha. Baju kahwin bewarna merah dibelek. Arisha mendengus. Sudahlah kena bangun awal pagi, lepas tu kena ikut pulak mamat ni pergi pilih baju pengantin. “Kau pilihlah sorang-sorang,” Arisha mencebik. “Aku tak kisah nak pilih sorang-sorang. Tapi, nanti kau yang tak berkenan,” Khazwan menarik lengan Arisha.

“Kalau yang ini boleh?” baju melayu bewarna hitam diambil. “Ish.. gelap,” komen Arisha pendek. Khazwan mendengus.

“Hijau?”

“Pecinta akan sekitarkah?”

“Biru?”

“Tak nak!”

“Pink?”

“So girly Khazwan. Awak tu lelaki,”

“Purple?”

“Ok! Saya nak yang itu,”

Khazwan tersenyum. Akhirnya selesai juga. Susah juga nak pilih warna kesukaan budak ni.

“Ok, kita pergi tempat lain dulu!” ajak Khazwan. Arisha hanya mengikut.

P/S: Terima kasih kerana sudi membaca. Kalau ada yg kurang ataupun kurang menarik, minta maaf! ^^




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Love You, Naughty Wife! 2”
  1. baby mio81 says:

    best x ada blog ke tq.

  2. eifa says:

    menarik. ada blog tak?

  3. Arma says:

    n0t s0 bad ..keep it up …

  4. anis says:

    cerite dy mcm cerita novel ‘suami aku ustaz’ jeg ??cube buat kreativity ckit k .. ;)

  5. za says:

    oit,..ceta ni agak menarik tapi kenapa di campur adukkan dialog,.boleh buat orang keliru,.maaf ya!!,.kalau boleh sila semak karya penulis yang dah ternama,.tengok pula bagaimana mereka mengolah jalan ceta dan asingkan dialog,.jalan ceta akan hidup dan pembaca akan berminat untuk membaca dan tak sabar menunggu next entry,.;)

  6. Alia Hyun says:

    keep it up :)

  7. AliahMohdSalleh says:

    Cerita okay tapi kurang menyakin kan. So perlu diperbetulkan .

  8. ain9010 says:

    cite ok tapi dialog cmpur aduk wat org confuse dan x pham…

  9. Farhani says:

    Cerita ni best tapi jalan cerita dia , mantapkan lagi . Ada certain2 part yg kureng sikit macam penerimaan Fisya dan Linda waktu Arisha beritahu yang dia kena kahwin . Fisya dan Linda macam tak terkejut sangat and just satu soalan je dia tanya , iaitu bila nak kahwin . Sepatutnya , Fisya dan Linda serang Arisha habis-habisan . If , mereka tak nak pressure Arisha pun , soalan2 lain harus timbul waktu tu . Mereka pun seperti mudah menerima bahawa kawan baik mereka kena kahwin waktu sekolah . Sekian , pandangan ikhlas :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"