Novel : Saya Merajuk 3 Minit Dengan Awak 4

15 May 2013  
Kategori: Novel

1,456 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Shikin Roslan

Bab 4

Elzrisa Aqira! bangun cepat ! tak nampak ke matahari dah naik bukan main tinggi lagi. Boleh pulak dia membuta lagi. Solat subuh pun entah ke mana kan? El!“ marah Puan Elia sambil menarik selimut yang membaluti tubuh anak gadisnya apabila melihat anaknya itu tidak memberi sebarang reaksi .

Suara lantang mamanya itu membuatkan El tersedar. Namun, disebabkan dia masih mengantuk, dia kembali baring di atas katil sambil mengalihkan posisi badannya ke sebelah kanan bagi mengelakkan daripada matanya bertentangan dengan Puan Elia. Bukan dia tidak kenal dengan sikap mamanya yang suka bagi ceramah free tu. Terpaksa dia dengan tidak relanya menadah telinga untuk mendengar bebelan mamanya. Namun , mamanya itu tidaklah sekeras mana . Cuma garang sikit aje. Tetapi , disebalik sikap garangnya itu , terselit sikap penyayang dan prihatin yang amat. Apatah lagi , hanya dia merupakan puteri tunggal kepada Puan Elia dan Encik Arfa. Dijaga bagai menatang minyak yang penuh. Fikirannya terganggu seketika apabila mendengar suara lantang mamanya itu. Dengan keadaan yang masih terbaring , lantas El menjawab .

“El tengah bulan mengambang penuhlah, ma. Lima minit ya, ma? nanti El bangunlah. Lima minit je eh?” kata gadis itu dengan suara yang masih serak tanpa memandang wajah ‘ayu’ milik mamanya itu.

Puan Elia menggelengkan kepalanya.

“El tak kerja ke hari ni?” Tanya Puan Elia lagi.

El mendiamkan diri. Sudah tertidur mungkin.

“El! El dengar tak apa yang mama cakap ni?” berang Puan Elia apabila melihat anak gadisnya tidak memberi sebarang jawapan . Rasa macam cakap dengan tiang aje . Kedengaran Puan Elia berdengus kecil , lantas El berpaling memandang wajah mamanya sambil mengeliat.

“Erm.. hari nikan hari Sabtu . El cutilah, ma. El, baru nak rehat, mama dah kacau El” dengan selambanya El berkata begitu sambil mencebik bibir comel miliknya.

“Cuti? berapa banyak cuti El eh ? tadi dah cuti sebab bulan mengambang penuhlah , sekarang ni cuti kerja pula.” peril Puan Elia sambil mengangkat keningnya.

Namun, El hanya mendiamkan diri sahaja. Kalau cakap lebih-lebih kang, tiga hari tiga malam pun tak habis lagi. Memang dia dan Puan Elia suka berdebat. Berdebat manja-manja aje.

“Ish budak bertuah ni. Untung anak aku ada seorang, kalau ada sepuluh, tak tahulah nak buat apa. Agak-agaknya, bunuh diri terus aku ni” Puan Elia mula membebel apabila melihat tiada reaksi daripada anaknya. “El tahu tak, kalau anak dara selalu bangun lambat, nanti tak ada orang nak masuk meminang. Lagipun , El tukan doktor . Seorang doktor ni sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang cemerlang. Bergaya, kemas, berkarisma, menghargai masa , me…..” sambungnya lagi, namun belum sempat Puan Elia menghabiskan ‘ceramah free’nya itu , El cepat-cepat memotong.

“Ehh.. eh, ma, El rasa nak mandi dululah. Tiba-tiba aje El rasa dah tak mengantuk dah. El mandi dulu eh?” ujar El sambil tersenyum sumbing.

Haa! kan aku dah cakap. Pagi-pagi lagi dah kena tadah telinga. Kalau dua puluh empat jam kena tadah telinga dengar ceramah mama tu , tak ke naya aku? sempat dia mengutuk mamanya dalam hati. Puan Elia menggeleng.

USAI mandi, El lantas turun ke bawah untuk bersarapan. Harap-haraplah gigi mama sakit. Taklah mama membebel banyak. Sempat dia berdoa dalam hati, namun dia pantas beristighfar. Tak baik El, kau doa macam tu. Kesian mama kau. Kalau dia sakit, kau juga susah, kau juga yang sunyi sebab tak boleh berdebat lagi dengan dia. Kaukan anak baik, anak yang baik harus mendoakan yang baik-baik aje untuk ibu bapa kau. Sempat dia bermonolog sendiri sambil tersenyum-senyum. Senyumannya tiba-tiba mati apabila dia disergah oleh papanya dari belakang.

“Papa ni! terkejut beruk El tau. Untung El masih sihat walafiat. Tak ada heart attack, kencing manis, masalah buah pinggang dan yang sekaitan dengannya. Kalau ada , tak ke naya? saja aje papa ni.” ujar El sambil menarik muncung yang sedepa itu.

Encik Arfa tertawa melihat gelagat anak gadisnya itu. Suka sangat merajuk. Namun, dia tahu, anaknya itu cuma
berpura-pura sahaja.

“Kalau heart attack tu betullah tapi kalau kencing manis dan masalah buah pinggang tu macam tak ada kaitan je.” perli Encik Arfa sambil tersenyum. “okay.. okay. Papa minta maaf eh? anak papa ni merajuk aje. Tak comellah El tarik muncung macam tu. Macam mulut itik tau.” sambung Encik Lee Arian lagi apabila melihat anaknya tidak bersuara. Merajuklah tu! El mencebik.

“El comellah, cantik, ayu, baik, lemah-lembut, sop…” kata-kata El terhenti apabila dikejutkan dengan kehadiran mamanya di situ. Sejak bila mamanya berada di situ? tak perasan pun? hmm.. kacau aje. Tak habis lagi sesi memuji diri sendiri ni.

“Siapa yang cantik, ayu, lemah-lembut tu?” soal mama sambil mengecilkan matanya. Jelouslah tu…

Encik Arfa yang berada di situ dari tadi sekadar senyum sahaja.

“Eh eh.. mama. Erm, kita orang tengah cakap pasal mamalah ni. Mama cantik, baik, ayu macam El. kan pa? kan?” sempat El mengerling ke arah papanya sambil mengenyitkan matanya. Nakal!

Puan Elia hanya tersenyum melihat anak dan suaminya itu. Terasa bahagia seketika.

“Aik? sempat juga El promote diri El eh? yalah, mama dan anak sama aje. Comel, cantik, ayu….” kata Encik Arfa bersahaja bertemankan senyuman. Senyuman yang macam perli pun ada juga.

Kata-kata Encik Arfa itu membuatkan El dan Puan Elia tersenyum sampai ke telinga. Sukalah tu? Haha..

“Eh pa, papa tak kerja ke hari ni? aelalu papa sibuk memanjang aje. Hari cuti pun papa kerja.” El memulakan perbualan setelah mereka bertiga mengambil tempat di ruang tamu.

“Macam perli papa aje ni? Erm, papa saja cuti hari ni, papa ingat nak ajak El dengan mama pergi jalan-jalan
kat KLCC tu. Kan dah lama kita tak pergi jalan sama-sama.” jawab Encik Arfa.

“Haa! pergi jalan? betul ke ni bang? Apa pulak mimpi abang ni tiba-tiba aje nak bawa pergi jalan-jalan ni?”
lantas sahaja Puan Elia bersuara seakan-akan tidak percaya apa yang baru didengar daripada mulut suaminya itu.

El hanya mendiamkan diri. Niat cutinya untuk merehatkan diri tetapi tidak sangka pula papanya ada plan lain yang mahu dibuatnya. Puan Elia pula memang suka sangat bershopping. Selama ni, Puan Elia selalu pergi shopping dengan kawannya, Puan Athirah kerana Encik Arfa selalu sibuk dengan kerja di pejabat sehingga tidak mempunyai masa untuk menemani isterinya berbelanja. Maklumlah, Encik Arfa itu seorang businessman yang mempunyai syarikat sendiri hasil daripada usahanya dengan rakan kongsinya, Encik Taufiq. Mujur Puan Elia memahami posisi suaminya itu.

“El diam aje ni, kenapa? tak nak ikut ke? jomlah kita pergi sekali. Bukan selalu tau papa dapat bawa El dan mama jalan-jalan.” Suara Encik Arfa menyedarkan El yang dari tadi dok termenung aje.

Puan Elia memandang anak gadisnya itu seolah-olah dapat membaca apa yang sedang dia fikirkan. Mahu tidak mahu , dia terpaksa mengangguk kerana dia tidak mahu melihat ibu bapanya berasa hampa.

“Okay! jom bersiap.” dengan pantas Puan Elia bangun lalu manaiki tangga menuju ke biliknya untuk bersiap.

Aku dan papa hanya tersenyum sahaja melihat gelagat mama yang terlebih excited itu.

“EHH.. sorry sorry! saya tak sengaja. Minta maaf, ya?” balas El kalut apabila minuman yang dipesannya tertumpah pada jacket seseorang ketika dia hendak berpaling. Macam mana ni? Papa, mama.. kalau nak berdating pun, cepatlah sikit.. apa El nak buat ni? selamatkanlah El pa, ma.

“Wowowoo… apa ni?” lelaki itu terjerit kecil tanpa memandangnya. Mata lelaki itu tertumpu pada jacketnya yang basah dek terkena air laici yang dibeli El itu. Lantas lelaki itu mengangkat wajahnya. Bagaikan terkena renjatan elektrik dia ketika itu. Mata mereka mula bertentangan.

“Awak!?” jawab Emir dengan nada yang terkejut.

El juga terkejut melihat tubuh sasa yang berada di hadapannya. Emir Arsyad! Ya Allah, kenapalah aku harus dipertemukan lagi dengan mamat poyo ni!? desis hati El.

“Ya.. ya, saya. kenapa? rindu?” jawab El dengan penuh selamba.

Mata Emir membulat sebulat-bulatnya. Gila betul minah ni! dah tumpahkan air kat jacket aku ni, boleh cakap yang aku rindu! sewel!

“Rindu? hey! jangan beranganlah pagi-pagi ni. Awak dah tumpahkan air laici ni dekat jacket saya, awak tanya lagi kenapa ya? apa masalah awak ni? Awak ni memang sengajakan? Hari tu awak buat kereta saya kemek. Sekarang awak tumpahkan air laici ni dekat jacket saya. Awak ni dah kenapa haa? Emir menjawab dengan nada agak kasar di situ.

El mengetap bibir menahan malu kerana orang-orang disekelilingnya sibuk memerhatikan mereka dari tadi. Ni bukan dramalah nak tengok-tengok!

“Ehh mamat poyo yang perasan bagus! saya tak sengaja okay? mana saya tahu awak ada dekat belakang saya.” balas El pula. “Kenapalah saya kena jumpa awak lagi? awak ni menyakitkan hati tahu tak? menyesal tujuh keturunan saya jumpa awak hari ni!” sambung El lagi. Sesungguhya dia tidak dapat menahan rasa geramnya terhadap mamat poyo yang sedang berdiri di depannya ini.

Emir pantas membuka jacketnya yang berwarna hitam itu, lalu diberinya dengan kasar kepada El. El terpinga-pinga.

“Ehh! Kenapa awak bagi jacket awak ni dekat saya pula?” soal El dengan wajah yang berkerut.

“Saya tak kira! awak kena basuh jacket saya tu sebab awak yang salah. So, tak usah nak banyak cakap lagi. Awak basuh aje ya?” Emir tersenyum mengejek seolah-olah dia sudah menang.

El sudah menahan geram.

“Tak nak! saya tak nak basuh! kena sikit aje pun. Lagipun, saya tak kenal awak. So, cara yang terbaik, saya rasa awak basuhlah sendiri.” balas El tidak mahu mengalah.

“Awak yang salah, kenapa nak suruh saya pulak yang basuh? fasal itu ke yang awak risau? tak apa. Saya ada jalan yang terbaik. Bak sini handphone awak!”

“Haa!? nak buat apa? saya tak….” belum sempat El berkata lebih, Emir segera mencapai handbag kepunyaan El dengan membuat muka tidak ‘bersalah’nya itu. El tidak mampu melawan kerana Emir agak tinggi berbandingnya. Susah untuk dia mancapai handbagnya itu. Eeeiiii… aku rasa nak bunuh dia ni sekarang juga. Ada sesiapa yang bawa parang? El sudah mengetap bibir.

“Haa.. saya dah dapat nombor awak. So, senang untuk saya contact awak. Jangan lupa basuh ya?” ujar Emir sambil tersenyum penuh makna. Lantas, dia beredar dari situ.

El menahan geram. Ish! mamat poyo!!! kau tunggulah. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas!

“El, dah beli minuman dah?” Encik Arfa dan Puan Elia sudah pun berada di hadapannya.

“Kenapa papa dengan mama lama sangat ni?” soalan Encik Arfa tidak dijawab.

“Haii.. tadi mama suruh ikut sekali, tak nak. El cakap tadi El hauslah, nak beli minumanlah. Ni masam-masam muka pula, kenapa?” Puan Elia pula berbicara.

“Kenapa muka El masam ni? aik.. ni jacket siapa pula ni? El punya ke?” sampuk Encik Arfa.

Setelah beberapa saat berdiam diri, El menceritakan apa yang berlaku antara dia dengan ‘Mamat Poyo’ itu.

“Ohh, jadi dia tu jugalah yang terlanggar kereta El hari itu ya?” tanya Puan Elia inginkan kepastian. El mengangguk.

Encik Arfa hanya tersenyum sahaja.

“El benci dia tu, ma. Kenapalah El kena jumpa dia dekat sini? kalau El tahu, baik El tidur dekat rumah aje tadi.” El sudah mula mencebik.

“Ermm… sudah sudah. Mari balik. Dah nak Maghrib dah ni” celah Encik Arfa. Puan Elia dan El hanya menurut.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"