Cerpen : Bahagiamu Deritaku

10 June 2013  
Kategori: Cerpen

12,150 bacaan 14 ulasan

Oleh : Ai Harin

Marissa, Hani, dan Nadia, sudah berkawan sejak mula masuk ke sekolah menengah lagi. Ke mana sahaja mereka pasti akan bertiga. Walaupun punya sikap yang berbeza-beza, mereka kekal serasi kerana adanya sikap yang mampu menerima teguran dan tidak mudah mengambil hati. Sudah lebih sepuluh tahun umur persahabatan mereka. Kini mereka sama-sama menyewa di sebuah rumah memandangkan mereka bekerja di tempat yang sama, cuma bahagian yang berlainan.

“Rissa kau kenal tak Zahin?” Hani bertanya kepada Marrisa yang sedang khusyuk bermain permainan di facebook.

“Itu bos Nadia. Aku selalu jumpa dia kat mesyuarat bulanan. Ketua bahagian marketing. Kenapa?” tanpa mengalihkan mata dari screen, Marrisa menjawab persoalan temannya.

“Kalau nak tanya apa-apa baik kau tanya je dengan Rissa tu. Zahin tu teman tapi mesra dia.” Nadia menyahut dari dapur.

“Betul ke Rissa?” soal Hani.

“Tak ada maknanya. Aku cuma keluar kadang-kadang je dengan dia. Itu pun kalau nak bincang apa-apa.” Terang Marrisa, dia malu mahu mengaku yang dia dan Zahin kini bukan lagi di tahap teman biasa. Mereka sudah masuk ke fasa baru. Fasa yang melibatkan perasaan yang lebih dalam.

“Jadi dia macam mana? Baik tak?” Hani menyoal Marrisa tentang targetnya yang baru itu.

“Baik la jugak. Tapi kalau kau bercita-cita nak menjerat dia, aku rasa baik kau lupakan saja. Dia tu dah banyak perempuan yang kejar.” Marrisa sedikit menghalang.

“Tak adalah aku berniat begitu, tapi entah kenapa tiba-tiba aku rasa macam something bila ternampak dia. Kau betul tak ada apa-apa denga Zahin tu Rissa?” Hani bertanya. Sungguh, demi kawannya itu dia sanggup korbankan perasaanya.

Apa yang Marrisa boleh jawab. Hanya dengan gelengan sahaja. Dia dan Zahin tak pernah mengikat janji. Cuma memahami dari gerak tubuh masing-masing. Dia tak pasti, adakah benar ada cinta Zahin untuknya atau dia sahaja yang perasan sendiri. Lelaki bekerjaya dan handsome macam Zahin, mahukah memandang dirinya. Walaupun dia setaraf dengan Zahin kalau mengikut jawatan yang di sandang, tapi dari segi supa paras Hani dan Nadia mengatasinya.

Hani kelihatan tersenyum bahagia melihat gelengan itu. Kejadian petang tadi, sewaktu Zahin membantunya di tempat parkir mula bermain di minda. Terserlah ciri-ciri kelelakian Zahin bila membantunya menukarkan tayar kereta yang pancit. Entah ada yang mendengki atau kebetulan dia tak tahu. Tapi yang dia tahu, Zahin begitu handsome dan sangat menggoda perasaan wanitanya.

Marrisa merenung wajah Zahin yang kelihatan seperti biasa sahaja. Tiada tanda-tanda seperti angau atau apa. Mungkin cuma Hani yang berperasaan sendiri. Lelaki itu kelihatan khusyuk menghadap makanannya. Cuma Marrisa sahaja yang kelihatan tak berselera menjamah makanan itu. Tangannya cuma menguis-nguis makanan dalam pinggan.

“Rissa, kau tak nak makan ke?” tanya Zahin. Selalunya wanita ini tak pernah menolak makanan. Keadaan kerjanya yang selalu sibuk menyebabkan Marrisa jarang dapat makan dengan tenang. Selalu terburu-buru menghabiskan makanan. Kalau tak mampu pasti dia akan membungkusnya sahaja. Kini Marrisa bagaikan kehilangan rentaknya.

Marrisa adalah seorang workaholic. Kerjanya adalah segala-galanya. Atas sebab itulah dia mampu menjawat jawatan pengurus sumber manusia di usianya yang baru mencecah 25 tahun. Ada juga terdengar ura-ura syarikat mahu menghantar Marrisa ke London untuk menyambung mastersnya. Memang dia seorang yang rajin dan perfectionist.

Zahin juga lebih suka berurusan dengan Marrisa yang sangat memudahkan kerjanya. Di luar pula Marrisa adalah seorang yang pendiam tapi bila datang nakalnya, huh! Boleh pecah jiwa menahan perasaan. Bab mengenakan orang nombor satu!

“Tak ada seleralah.” Jawab Marrisa.

“Baik makan, kejap lagi kita ada meeting. Tak tahu pukul berapa nak habis. Kau tahulah Datuk tu macam manakan?” Zahin kelihatan puas hati bila Marrisa mula menyuap makanan ke dalam mulutnya. Tak apalah walau perlahan pun. Mereka masih ada masa sebelum meeting itu. Kini giliran Zahin pula yang merenung Marrisa yang sedang makan dan mengelamun itu. Zahin memang menyimpan perasaan suka pada Marrisa. Tapi hanya suka, bukan cinta.

Semalam dia talah pun berjumpa wanita pujaan hatinya. Dia yang pulang agak lewat semalam terjumpa dengan seorang wanita yang kelihatan duduk mencangkung di hadapan tayar belakang keretanya. Rupa-rupanya wanita itu tak tahu menukar tayarnya sendiri. Dengan sedikit sindiran, Zahin mula menukar tayar itu. Wanita yang mengenalkan dirinya sebagai Hani itu kelihatan sedikit terpegun melihat Zahin. Zahin pun apa lagi mulalah membuat kerjanya dengan gaya yang lebih macho. Sebelum pulang mereka bertukar nombor telefon.

Malam itu sedang mereka berbalas pesanan ringkas Hani memberitahu yang dia tinggal serumah dan bersahabat baik dengan Nadia pekerja bawahannya dan Marrisa. Hani ada juga bertanya yang benarkah Marrisa itu teman tapi mesranya. Dia mengiakan sahaja. Memang sebelum ini Marrisalah satu-satunya teman perempuan yang dia ada. Jadi Marrisa adalah kawan yang special. Hanya kawan, tapi special. Fahamkan? Entahlah dia sendiri pun tak tahu.

Zahin mengeliat sedikit sambil keluar dari bilik mesyuarat itu. Duduk terlalu lama menyebabkan seluruh tubuhnya terasa sengal. Marrisa kelihatan melangkah laju ke biliknya tanpa sempat Zahin menahan. Zahin melihat jam tangan, sudah pukul sepuluh! Patutlah Marrisa kelihatan terburu-buru. Kalau dia berlama entah pukul berapa dia akan sampai ke rumah. Hati Zahin mula di landa rasa risau. Marrisa akan memandu sendirian untuk pulang ke rumahnya.

Marrisa keluar dari keretanya setelah memakirkannya di luar rumah. Dia mengetuk tingkap kereta yang berhenti di sebelahnya. Zahin menurunkan tingkap keretanya. “Terima kasih. Sekarang aku dah sampai. Pergilah balik.” Marrisa sedikit bengang bila Zahin beria-ia mahu menghantarnya pulang. Bukan dia sombong, tapi dia juga risaukan Zahin yang terpaksa berpatah balik untuk ke rumahnya. Zahin terpaksa melalui perjalanan yang dua kali ganda jauhnya dari biasa.

Zahin tersengih sahaja, dia tahu Marrisa marah tapi itu tak penting. Yang penting jiwanya tenang. “Tak akan selagi kau tak masuk.”

“Yelah.” Marrisa malas memanjangkan cerita. Belum sempat Zahin menggerakkan keretanya, ada pesanan masuk ke telefon bimbitnya.

Dah sampai beritahu aku.

Pesanan ringkas dari Marrisa rupanya. Rupa-rupanya Marrisa risaukan dirinya. Zahin tersenyum dan membalas pesanan itu. Selepas itu Marrisa memarahinya kerana memandu sambil memegang telefon. Terasa seronok pula bila ada orang yang risaukannya.

Mereka bertiga sedang enak menjamu selera. Sambil itu riuh meja itu dengan suara bertingkah dengan gelak ketawa dari mereka bertiga. Tanpa mereka sedari ada sorang lelaki yang dari tadi tak beralih memandang mereka.

“Rissa, sibuk betul kau kebelakangan ni. Bulan ni baru sekali kami dapat makan malam sekali dengan kau. Kalau tidak entah kau makan atau tidak di pejabat tu.” Nadia tiba-tiba bersuara bimbang.

“Awak mana tahu. Kerja pengurus macam kami memang selalu sibuk.” Ada sepinggan makanan dan cawan minuman diletakkan di meja itu. Mereka serentak mengangkat muka.

Zahin hanya tersenyum melihat wajah terkejut tiga sahabat itu. “Assalamualaikum,” Zahin menegur mereka. “Boleh saya duduk?” tanyanya. Melihat anggukan mereka, dia terus menarik kerusi. Nasib baik mereka benarkan, kalau tidak pasti dia malu.

Zahin memandang mereka yang masih diam. Tadinya meja itu rancak dengan bunyi, tapi kini senyap sunyi. “Kenapa diam? Sambunglah cakap. Kata dah lama tak makan sama.” Zahin meluahkan pertanyaan.

“Macam mana Encik Zahin boleh ada kat sini?” tanya Nadia.

“Saya naik kereta saya lah.” Selamba sahaja jawapan itu keluar dari mulut Zahin. Nadia pula menyesal mengeluarkan pertanyaan itu. Mestilah dia ada di sini secara tak sengaja. Kalau tidak takkanlah kedua kawannya juga kelihatan terkejut melihat Zahin. “Kenapa? Tak suka saya kat sini?” Zahin bertanya.

“Eh tak… Kami cuma sedikit terkejut sahaja.” Hani menjawab bagi pihak mereka.

Mereka kemudian semakin selesa dengan kehadiran Zahin. Mereka sudah mula bergurau senda dengan Zahin dan macam-macam cerita yang keluar tentang kisah silam mereka bertiga. Yang paling banyak terbongkar rahsia tentulah Hani dan Marrisa yang sedikit kepoh itu. Nadia pula sesekali menambah, menyedapkan cerita.

Setelah itu mereka semakin kerap keluar bersama. Zahin semakin jatuh sayang kepada Hani tapi dia tetap belum dapat berterus terang dengan Hani dan Marrisa. Dia dan Marrisa juga semakin rapat. Marrisa bagaikan tempat untuknya meluahkan perasaan. Sikap Marrisa yang begitu mengambil berat benar-benar membuatkannya menjadi selesa dengan perhatian gadis itu. Tapi itu tak bermakna yang dia sudah jatuh cinta dengan Marrisa.

“Zahin, aku tanya sikit boleh?” Marrisa melontarkan soalan semasa mereka sedang menjamu selera berdua di restaurant berhampiran dengan pejabat mereka. Kebetulan meeting hari itu berakhir dengan cepatnya. Tapi tetap selepas office hour. Marrisa sudah biasa di hantar pulang oleh Zahin, sebab itu mereka tak lagi tergesa-gesa untuk pulang.

“Tanyalah.” Zahin dapat mengesan keseriusan nada Marrisa itu. Marrisa yang di kenali adalah seorang yang seimbang, office dan peribadi tak pernah di campur adukkan. Jadi dia tahu yang Marrisa di luar office ini sedang membangkitkan soal hati dan perasaan.

“Apa sebenarnya perasaan kau terhadap aku dan Hani?” benarlah seperti tekaan Zahin tadi. Marrisa bertanya tentang hatinya.

“Seorang cinta dan seorang lagi kawan.” Ringkas dan mengelat jawapan itu.

“Siapa cinta dan siapa kawan? Kami sendiri tak dapat bezakan. Terus-terang Zahin, kami cintakan kau. Tapi kami lebih sayangkan persahabatan kami. Tolonglah, sebelum cinta makin bercambah, tolonglah berterus-terang. Kami tak akan berbalah sekarang, kalau kau cepat memilih.” Sedikit merayu kata-kata yang di tuturkan Marrisa.

Zahin pula yang terkedu, begitu berani Marrisa menyuarakan rasa cintanya. Sedangkan dia, masih teragak-agak walau hatinya sudah lama memberi jawapan. Terasa semangatnya membara untuk berterus-terang dengan Marrisa sekarang. Belum sempat dia mahu membuka mulut, dia teringat. Adakah dia akan kehilangan perhatian Marrisa yang begitu mengambil berat tentangnya? Dapatkah Hani menggantikan Marrisa yang prihatin? Dia tahu, kalau dia memilih salah satunya, yang seorang lagi pasti akan memutuskan terus hubungan dengannya.

“Bagi aku masa Rissa. Aku sedang keliru.” Itu sahaja yang dapat dia katakan saat ini.

Permintaannya di tunaikan, mereka tidak lagi keluar bersama. Hani juga. Pesanan ringkas juga sudah jarang. Datuk bagaikan sepakat memberinya ruang untuk berfikir, dia tak lagi menamatkan mesyuarat di lewat malam. Kadang-kala belum pun habis office hour. Zahin sudah pun dapat keputusannya, dia rasakan yang dia mampu bertahan tanpa cinta Hani. Tapi dia tak mampu kalau terpaksa kehilangan Marrisa yang begitu mengambil berat. Orang pertama yang begitu kisahkan seorang anak yatim sepertinya.

Zahin memerhatikan Marrisa yang sedang leka menikmati keindahan waktu petang di taman bunga itu. Sengaja hujung-hujung minggu begini dia membawa Marrisa ke Cameron Highland. Tidaklah asyik ke tempat yang sama sahaja. Sesekali mahu juga berjalan jauh. Sungguh dia tak menyesal memilih Marrisa. Cuma kadangkala bila berjumpa Hani, hatinya mula rasa berbelah bahagi. Tetapi mengenangkan bahagia yang di dapatinya bersama Marrisa, cepat-cepat rasa itu di buang jauh.

“Rissa sayang, dah lewat ni. Jom balik hotel.” Zahin memanggil kekasih hatinya.

“Ala Zahin. Kita tunggu sampai matahari terbenam boleh?” manja sahaja suara wanita itu. Satu lagi sifat yang baru Zahin temui.

“Apa sahaja untuk Rissa sayang.” Zahin terus bersetuju. Tahu yang gadis itu amat menyukai keindahan alam semula jadi.

“Apa?” terjerit Zahin bila menerima perkhabaran itu. Marrisa di depannya sudah rasa serba salah.

“Sayang, kita baru jadi tiga bulan. Takkan dah kena berpisah?” Zahin melahirkan rasa tak puas hatinya.

“Rissa tak tahu dear, Rissa pun baru dapat surat ni tadi.” Marrisa serba salah. Dia juga tak sanggup mahu berpisah degan Zahin. Bukan sekejap, tapi dua tahun. Macam-macam boleh terjadi.

“Kalau tolak?” tanya Zahin.

“Buang kerja.” Jawab Marrisa. Dia sudah awal-awal lagi mencari apa kesannya jika dia menolak tawaran sambung belajar ke London yang di taja syarikat itu.

Zahin mengeluh. Marrisa semakin serba salah. “Macam mana kalau Rissa berhenti kerja saja. Rissa cari kerja di tempat lain.”

“No! sayang tak perlu berkorban sejauh itu. Tak sayang ke dengan segala hasil, titik peluh sayang untuk sampai ke tahap ini? Zahin yang perlu berkorban. Zahin percayakan sayang. Pergilah! Zahin janji, lepas sahaja sayang balik dari sana, Zahin akan hantar rombongan meminang ke rumah sayang. Kita akan terus memeterai janji kita sayang. Lepas ni, mana sahaja sayang pergi, harus bersama Zahin.” Zahin membuat keputusan. Yakin sekali dia, dia tahu Marrisa tak akan menduakannya. Tapi masalahnya, Zahin itu mampukah untuk setia?

Dua bulan setelah Marrisa pergi, rasa segalanya begitu hambar sekali. Sungguh dia rindukan kekasihnya itu. Bukan mereka tak pernah berhubung, tapi rasanya tak cukup kalau sekadar merenung muka masing-masing di depan laptop setiap hari. Dia mahu makan bersama, pulang bersama dan lakukan semua yang sering mereka lakukan bersama.

Tiga bulan Marrisa pergi, rasa kehilangannya sudah semakin berkurangan. Semakin biasa dengan ketiadaan Marrisa. Malah kadangkala dia terlupa rutinnya bersembang dengan Marrisa di laman skype. Mula rasa hambar pada hubungannya dengan Marrisa. Tapi dia tetap melayan wanita itu dengan baik bila mereka berbicara.

Empat bulan setelah Marrisa pergi. Dia langsung menutup akaun skypenya. Tanpa apa-apa amaran facebook Marrisa juga di block. Pastilah begitu kerana dia sudah punya pengganti. Rasa lebih bahagia dari semasa bersama Marrisa. Kalau dari dulu dia tahu, takkan dia memilih Marrisa berbanding Hani. Kini dengan Hani juga dia bahagia.

Marrisa yang berada di London hilang arah seketika. Tiada cara lain, dia menelefon Nadia di Malaysia. Khabar yang deritahu Nadia membuat Marrisa semakin kecewa. Begitukah? Begitukah akhirnya cinta mereka? Beginikah? Beginikah cara Zahin memutuskan hubungan mereka? Tak mampukah walau sepatah Zahin mengatakan yang dirinya tidak lagi di perlukan? Tak bolehkah Zahin yang selama ini berlagak gentleman itu memutuskan hubungan mereka dengan cara gentleman juga?

Seminggu Marrisa tak keluar ke kelas. Dia hanya duduk di bilik dan menangis. Rasa sedih kerana putus cinta. Rasa di khianati oleh teman baiknya sendiri. Rasa tertipu dengan cinta palsu seorang lelaki. Ada hikmahnya dia tercampak jauh di bumi London ini. Barulah dia tahu yang Zahin tak ikhlas mencintainya. Di sini dia mampu menanam semula semangat yang hilang. Sedikit demi sedikit dia melangkah bangun. Pelajaran pula tak di biarkan terabai.

Marrisa baru pulang dari kelasnya, telefon di atas meja diambil. Nombor Nadia di Malaysia di dail. Dia mendapat email dari Nadia. Katanya ada perkara mustahak yang mahu di beritahu kepadanya. Lama menanti Nadia mengangkat telefon. Mungkin Nadia sudah tidur memandangkan sekarang ini Malaysia sudah mencecah jam 2 pagi. Akhirnya Nadia menjawab juga telefonnya. Rupa-rupanya Nadia juga menanti telefonnya. Tadi dia cuma ke toilet.

Marrisa mengesat air matanya yang dari tadi tak berhenti mengalir. Sejak perkhabaran dari Malaysia tadi menyentuh gegendang telinganya sehinggalah sekarang. Air mata itulah menjadi temannya. Dia sudah berazam untuk tidak lagi menangis demi lelaki itu, tapi kini dia tak lagi mampu mengawal air matanya sendiri.

“Zahin dan Hani nak kahwin bulan depan.” Kata-kata Nadia tadi saling bertingkah dengan janji Zahin sebelum dia berangkat ke sini. “Sayang balik, kita kahwin.” Itulah kata-kata Zahin. Mudah! Begitu mudah membuat janji, dan begitu mudah memungkirinya.

Ku dengar kau cinta sangat padanya

Ku dengar hatimu kini miliknya

Dia kan menjadi teman sehidup dan semati

Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa

Terpaksa ku terima itu hakikatnya

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta

Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu

Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima

Semakin ku sakit, semakin kau bahagia

Mengapakah aku jadi lemah

Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta

Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu

Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima

Semakin ku sakit, semakin kau bahagia

Mengapakah aku jadi lemah

Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah

Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Lagu dari Hafiz itu betul-betul mengena dirinya sekarang. Semakin laju air matanya mengalir. Ah! Mendengar lagu sedih semasa sedang bersedih memang bukan therapy yang baik. Lantas laman youtube itu di padam. Marrisa mengemas barang dan buku-bukunya lalu di bawa keluar. Petang-petang begini biarlah dia membawa diri ke padang. Sekurang-kurangnya dia akan malu untuk menangis di depan orang ramai.

Akhirnya habis juga pelajarannya selama dua tahun di bumi London ini. Esok dia akan berangkat pulang ke Malaysia. Nadia dan tunangnya sudah berjanji untuk menjemputnya di lapangan terbang esok. Nadia begitu gembira bila mendengar yang dia bakal pulang. Nadia sanggup mencarikan rumah buatnya. Apatah lagi Nadia bakal melangsungkan perkahwinannya bulan depan. Sudah di pujuk dan di rayunya Marrisa agar menjadi pengapitnya. Demi melihatkan Nadia sebagai satu-satunya kawan yang dia ada kini, Marrisa bersetuju sahaja.

Kedua mereka berpelukan sebaik sahaja bertemu. Erman, tunang Nadia cuma memerhati. Takkan dia nak peluk sekali kot. Sabar, sebulan je lagi. “Ya Allah. Cantiknya kau sekarang ni Rissa.” Tegur Nadia. Kulit Marrisa yang dulunya putih kini sudah melepak. Tubuh yang dulu hanya pandai menyarung t-shirt dan jeans, selain pakaian pejabat, kini sudah pandai menggayakan skirt labuh dan blause. Tudung yang dulu hanya pandai sarung, kini sudah berbelit. Kasut yang dulu silent, kini sudah berketuk-ketak. Fahamkan? Maknanya dia pakai highheels 4 inch la tu.

“Kau pergi sana belajar mengandam eh?” tanya Nadia.

“Haah, kau tak payahlah bayar andam. Biar aku je yang make upkan kau,” balas Marrisa dan mereka terus berbual-bual. Mereka terlalu leka sehingga tak sedar sudah meninggalkan Erman dan luggage milik Marrisa. Erman menggaru kepalanya, nampaknya akulah yang kena bawak ni? Kata hatinya.

Nadia melambai Erman yang sedang memandu keretanya meninggalkan rumah Marrisa dengan wajah masam. Masih merajuk dengan sikap Nadia yang langsung melupakan dirinya setelah berjumpa Marrisa. Sabar bang, sebulan je lagi. Kata hati Nadia pula. Sesekali suka juga melihat wajah memuncung Erman. Comel!

“Kenapa yang kau tersengih lagi tu Nadia?” tanya Marrisa.

“Tak ada apa. Jom masuk. Aku dah penuhkan peti ais rumah kau ni dengan makanan. Aku tahu kau tak rajin nak masak. Tapi mana tahu aura orang balik London.” Nadia membebel entah apa benda lagi. Dia hanya mendengar. Sekurang-kurangnya hilang sedikit rindunya pada Malaysia. Dia yang memang sudah tak punya keluarga sejak ibubapa dan adik-beradiknya meninggal dunia akibat kebakaran di rumahnya. Di kala dia tanpa arah tujuan, dua orang sahabatnya itu lah yang menghulur tangan. Lalu tinggallah mereka bertiga bersama.

Tapi kini seorang demi seorang meninggalkannya. Lumrah manusia yang di jadikan berpasangan, Marrisa tidak menolak hakikat itu. Sebagai menyambut kepulangannya ke Malaysia, Nadia sudah berjanji mahu menemaninya di rumah ini dan seterusnya terus membawa Marrisa pulang ke rumah ibu bapanya di kampung. Marrisa telah pun menangguhkan kemasukkannya untuk mula bekerja sehingga selepas majlis Nadia.

Marrisa memegang tangan Nadia yang sudah sejuk itu, tahu rakannya itu sedang cemas. Nadia yang sudah cantik dalam persalinan pengantinnya cuba mengukir senyum, tapi tak jadi. Macam baru belajar senyum pulak Nadia ni. Marrisa menahan tawa di hati. Marrisa juga tak tahu mahu berbuat apa, dia sendiri sedang cemas. Hani dan Zahin ada di luar. Hatinya masih terasa sakit akibat perbuatan mereka. Hani juga tidak masuk ke bilik pengantin itu walau dia sudah lama sampai. Tidak mahu melibatkan Nadia dalam permasalahan mereka, Marrisa membawa diri keluar dari bilik itu.

Marrisa duduk di bilik Naimah, adik Nadia. Dia dapat tahu dari Naimah yang Hani sudah pun masuk ke bilik Nadia. Dari Naimah juga dia mendapat tahu yang Hani sedang hamil. Semakin ku sakit, semakin kau bahagia…

Bezanya antara dia dan video klip Hafiz itu adalah, dia sudah bersedia dengan kejutan dari mereka ini. Dia memang sudah tak berharap pada Zahin, tapi sedikit sebanyak rasa sakit itu tetap ada. Paluan kompang yang di palu dari luar rumah menyebabkan Marrisa kalut seketika. Naimah pula baru sampai di hadapan pintu bilik itu untuk memanggilnya. Hampir berlari dia dan Naimah mendapatkan Nadia yang sudah menanti di depan pintu bilik, tak sabar nampak nak sambut suami.

Marrisa menjalankan tugasnya menemankan Nadia di atas pelamin itu sebaik mungkin. Pandangannya hanya di tumpukan pada Nadia. Mahu memandang ke arah tetamu, takut bertembung dengan Zahin. Mahu memandang ke arah Erman, jejaka yang menjadi pengapit Erman itu pula yang memandang tajam ke arahnya.

Selepas selesai acara makan beradap, si pengantin membuat tour dalam kawasan khemah tetamu itu. Erman dan Nadia memperkenalkan saudara-mara masing-masing. Marrisa pula duduk bersendirian. Tiba-tiba ada orang yang menarik kerusi di hadapannya, lalu duduk di situ. Marrisa tidak pula mahu mengambil tahu. Sangkanya tetamu yang mahu menjamu selera.

“Assalamualaikum, saya Aril. Boleh saya duduk sini?” tanya lelaki yang sudah pun duduk di hadapannya itu.

“Awak dah duduk pun kan?” sedikit sinis bicara Marrisa. Salam lelaki itu di jawab dalam hati.

“Mestilah saya dah duduk. Awak nampak saya berdiri ke?” saja mahu melawak bodoh nampaknya. Marrisa memalingkan mukanya ke arah lain. Malas mahu melayan lelaki yang menjadi pengapit Erman tadi.

Satu perkara yang baru dia tahu tentang Erman adalah, lelaki itu adalah anak orang kaya. Lihat sahaja keadaan kaum keluarganya yang hadir. Dengan pakaian mahal, kereta mewah. Beruntung betul Nadia. Kisah cintanya juga tak mendapat tentangan dari keluarga mertua. Malah dengan desakan keluarga Erman jugalah mereka kini bersatu.

Sedang matanya melilau mencari Nadia yang di larikan oleh Erman itu, matanya bertembung pandang dengan Zahin. Lelaki itu kelihatan merenung tajam ke arahnya, bagaikan marah dengannya. Kenapa pula lelaki itu yang marah? Orang yang sepatutnya marah adalah Marrisa. Malas mahu mengambil tahu dia memandang semula ke hadapan, namun malang bila matanya tertangkap pula dalam renungan Aril. Rupanya lelaki itu masih di sini.

Aril pula mengalih pandangan, melihat ke arah pandangan Marrisa tadi. Marrisa ikut memandang ke sana. Zahin sudah pun tiada, Marrisa menarik nafas lega. Dia bangun dari duduknya, mahu masuk ke dalam rumah. Rasa rimas dengan pakaian dan make up yang terover dari biasa. Aril cuma melihat, sekarang memang bukan masa yang sesuai. Badannya juga rasa melekit. Erman yang kelihatan masih belum puas mengepit isterinya itu cuma di beri isyarat sahaja. Mahu segera pulang ke rumah.

Marrisa melangkah masuk ke dalam bangunan yang sudah dua tahun dia tak jejak. Nadia sudah berhenti kerja sebaik sahaja berkahwin. Zahin dan Hani pula di tukarkan ke tampat lain. Dia di tawarkan jawatan yang lebih tinggi di sini. Menjadi seorang ketua pegawai operasi di syarikat itu, menyebabkan dia terasa sedikit berdebar. Mampukah dia melakukannya?

Dia menuju ke kaunter penyambut tetamu, takut kalau-kalau berlaku perubahan tempat sepanjang dua tahun ini. Setelah mendapatkan serba sedikit arah untuk ke bilik CEO yang kini di pegang oleh anak Datuk Zamani, Marrisa terus menekan butang lif.

Setelah mendapat kebenaran untuk masuk ke bilik yang tertulis Zaril Haris itu, Marrisa terus membuka pintu bilik dengan perasaan sedikit gementar. Sebelum ini dia belum pernah berjumpa dengan anak Datuk Zamani itu.

Saat dia bertemu pandang dengan bos barunya itu, Marrisa benar-benar terkaku kini. Dialah Aril! Lelaki yang semakin kerap menganggunya kebelakangan ini. Entah dari mana nombor telefon Marrisa di dapatinya, dan kini mereka akan bekerja sebumbung pula.

“Selamat kembali, Cik Marrisa.” Formal sekali kata-kata Aril itu.

“Terima kasih, Encik Haris.” Marrisa juga membalas formal.

“Silakan duduk Rissa.” Kali ini sudah tiada formal yang di tunjukkan tadi. Marrisa hanya menurut. “Saya mahu awak panggil saya Aril seperti biasa. Kerja kita lebih kurang sahaja, dan awak pun boleh gantikan saya kalau saya tak ada. Sebab tu saya tak nak kita terlalu formal. Takut nanti kita tak biasa berkerjasama.”

“Baiklah kalau itu yang awak nak,” kata Marrisa tersenyum. Lebih senang berbicara dengan Aril yang berada di pejabat. Kalau di telefon, kerja nak merepek sahaja.

Sudah beberapa bulan Marrisa kembali bekerja di situ. Dia semakin biasa dengan kerjanya dan semakin biasa dengan kehadiran Aril dalam hidupnya. Aril seorang yang sibuk dengan kerjanya, namun tak pernah dia mengabaikan Marrisa. Selalu kalau meeting habis lambat, lelaki itu akan terus menghantarnya pulang. Bukan memandu kereta masing-masing, tetapi dia menghantar Marrisa dengan keretanya. Esok dia pula rajin pergi mengambil Marrisa di rumahnya.

Gossip liar sudah mula tersebar. Ada yang mengatakan, sebenarnya Marrisa adalah kekasih gelap Aril. Kerana keluarga Aril tak menyetujui perhubungan mereka, mereka terpaksa merahsiakannya. Kadang-kadang rasa mahu ketawa mendengar gossip yang ada masanya tak masuk akal.

“Cik Marrisa, Encik Haris panggil ke biliknya.” Intercom di atas meja tiba-tiba berbunyi. Marrisa segera mengambil fail yang mahu di tandatangan oleh Aril.

Dia masuk bila mendengar arahan dari dalam. Semua fail yang di bawanya tadi di letakkan di atas meja Aril dan dia pula duduk di kerusi di hadapan bila di suruh oleh Aril. Mereka berbual-bual sambil menanti Aril menandatangani dokumen-dokumen itu.

“Awak dah ada boyfriend?” tanya Aril tiba-tiba.

Marrisa terdiam seketika. Apahal mamat ni? Tiba-tiba je mambangkitkan isu sensitive ni. Perlahan-lahan Marrisa menggelengkan kepalanya.

“Saya nak jadi boyfriend awak boleh tak?”

Kali ini mulut Marrisa sudah ternganga. Biar betul! Dia tengah bergurau ke apa ni? Tapi muka tak nampak macam bergurau.

“Oh ini kerja kamu ya!” sergah satu suara dari belakang Marrisa. Aril dan Marrisa sama-sama menoleh ke arah pintu. Datuk Zamani sedang bercekak pinggang di situ. Mukanya serius sekali.

“Papa,” seru Aril perlahan. Mukanya kelihatan terkejut. “Apa yang papa buat di sini?” tanya Aril.

“Ini syarikat papa, suka hati papalah nak datang bila-bila masa. Patutlah setiap kali mama nak jodohkan kamu dengan anak kawannya kamu menolak. Dah ada pilihan hati rupanya. Kenapa tak bawa jumpa mama dengan papa. Kalau Marrisalah calonnya, kami pasti setuju.” Kata Datuk Zamani sambil tersenyum. Aril juga turut tersenyum lega.

Kini Marrisa pula yang terkaku dan terkejut. Apa semua ini? Jerit hatinya yang mula nak berdrama. Dia dan Aril belum pun apa-apa, Datuk Zamani sudah pun menyuruh mereka datang berjumpa Datin Hasinah. Bukan dia tak pernah berjumpa Datin Hasinah, tapi kali ini datang sebagai bakal menantu. Terus-terang dia katakan, hatinya langsung tak tercuit dengan Aril. Perasaannya terhadap Aril adalah kosong!

“Marrisa, saya tahu yang awak tak punya apa-apa perasaan terhadap saya, tapi saya hanya menemukan nama awak dalam Istikharah saya. Terimalah saya dalam hidup awak. Kalau benar kita berjodoh, saya akan bahagiakan awak. Tapi kalau kita hanya sebagai cubaan dan dugaan dariNya, saya doakan awak bertemu dengan cinta awak dan bahagia dengannya.” Lembut dan sayu kata-kata yang di tuturkan oleh Aril itu.

“Marrisa, terimalah Aril. Papa yakin yang dia akan bahagiakan Rissa. Papa tahu yang Rissa dah tak punya sesiapa lagi. Papa dah lama anggap Rissa macam anak sendiri, sebab itu papa hantar Rissa belajar Harvard. Papa tak kisah kalau Rissa menolak, tapi papa berharap Rissa boleh terima.” Nampaknya sudah bertukar panggilan Datuk Zamani. Semakin keliru Marrisa di buat mereka.

Memang benar dia dah tak punya sesiapa. Kalau untuk berkongsi cerita pun hanya pada Nadia. Kalau ini di beritahu kepada Nadia, sudah tentu kawannya itu melompat gembira. Kalau dulu cintanya telah di serahkan pada Zahin, tetapi lelaki itu tak tahu menghargainya. Kini dia pula yang di cintai seorang lelaki yang nampak begitu ikhlas. Akankah dia jadi seperti Zahin? Atau dia akan mampu membalas cinta lelaki itu?

Perlahan-lahan Marrisa mengangguk. Dia mahu mengahwini lelaki yang mencintainya itu. Lebih mudah begitu. Lama-lama pasti dia mampu mencintai lelaki itu. Dia cuma perlu belajar dan mencuba. Hidup ini kan ibarat latihan practical. We live to make mistake and to correct it back. Datuk Zamani dan Aril kelihatan gembira dengan keputusannya itu. Dia juga semakin yakin bila di bantu dengan solat Istikharah dan jeritan Nadia yang kegembiraan.

Selepas mereka berjumpa dengan Datin Hasinah yang begitu mesra itu, maka persiapan perkahwinan mereka pun mulalah di buat. Dalam masa dua bulan, semuanya siap. Terima kasih kepada bakal ibu mertua yang sanggup memberikan seluruh perhatian kepada persiapan perkahwinan mereka. Kalau nak di harap pada dia dan Aril memang entah bila akan siap. Masing-masing sibuk dengan kerja.

Akhirnya masa yang di tunggu telah tiba. Bertemankan Nadia di kiri dan mama mertuanya di kanan, Marrisa sedia menanti lafaz akad oleh Aril. Dengan sekali lafaz sahaja, dirinya sah menjadi isteri Zaril Haris Datuk Zamani. Menitik juga air matanya, tapi segera di kesat Nadia yang setia di sisinya. Kata Nadia, dulu semasa dia menikah, Marrisalah yang menemaninya. Kini gilirannya pula. Cuma untuk menjadi pengapit dia tak boleh. Takkan nak bagi pengapit yang tengah mengandung kot. Kalau baru dua tiga bulan tak apalah juga. Ini sudah enam bulan. Sudah nampak jelas perutnya ke depan.

Mujur Naimah mahu menjadi pengapitnya. Aril pula tak punya saudara perempuan untuk di buat pinjam. Untuk Aril pula, katanya mahu mengambil seorang sepupunya yang tak pernah Marrisa tahu. Tapi kata Aril dia kenal dengan sepupunya itu. Katanya lagi, sepupunya itu adalah salah seorang dari pekerja syarikat mereka. Marrisa malas mahu memikirkannya, tunggu sahaja lah esok.

Marrisa mengirai rambutnya yang lembab. Mahu mengeringkannya dengan tuala. Dia cari juga pengering rambut di dalam bilik ini, tapi tak berjumpa. Sambil menyikat dan mengeringkan rambutnya, Marrisa membuka laptopnya. Mahu menyambung kerja yang masih belum siap. Selepas ini dia dan Aril mahu bercuti tanpa memikirkan kerja. Aril masih belum masuk ke bilik itu. Tak penatkah dia? Tapi lebih baik begitu, dadanya rasa sedikit berdebar mengenangkan yang kini Aril sudahpun menjadi suaminya. Lelaki yang punya segala hak ke atas hidupnya kini.

Aril yang berada di depan pintu sudah berkali-kali mahu membuka pintu dan masuk ke dalam. Tapi takut dia akan menganggu Marrisa. Baru sahaja dia berkira-kira mahu membuka pintu itu setelah sesi memotivasikan diri sendiri untuk kali ke berapa malam ini, pintu sudah pun terbuka. Marrisa sudah menjengulkan kepalanya keluar.

“Nak ke mana?” tanya Aril.

“Nak cari abanglah. Dah lewat ni, tak nak tidur ke? Esok banyak benda nak kena buat.” Marrisa berterus terang. Panggilan itu pula sudah lama di gunakan sejak pertama kali dia di bawa berjumpa dengan Datin Hasinah. Kerana Datin Hasinah yang menegur sebab itu dia ikutkan sahaja.

“Hai tak sabar ke?” tanya Aril nakal.

Berubah merah wajah Marrisa, malu! Dia masuk semula ke dalam bilik. Terus mukanya di sembamkan ke bantal. Aril masuk dan terus baring di sebelah isterinya. Bahu Marrisa di sentuh dan serentak itu Marrisa bagaikan tersentak. Aril tersengih sahaja melihat itu. Masih belum mahu berhenti.

“Baik sayang bangun, kalau tak siap lah sayang.” Kata-kata itu sengaja di bisikkan pada Marrisa.

Mendengarkan kata-kata itu Marrisa segera bergolek ke tepi katil. Belum sempat tubuhnya jatuh, kakinya segera menahan. Dia sudah pun jauh dari gapaian tangan Aril. Dia bangun dan menghampiri dinding. Takut sangat dengan Aril. Namun Aril masih belum mahu berhenti. Dia menghampiri tubuh yang sedang mencari ruang untuk melepaskan diri. Tapi dia lebih cekap, Marrisa sudah pun terperangkap dalam dakapannya.

Marrisa tidak pula menolak, takut dosalah. Aril merenggangkan sedikit pelukannya, mahu menatap wajah isterinya itu. Marrisa hanya membiarkan, wajahnya di tundukkan sedikit. Malu rasanya untuk membalas pandangan suaminya yang memang pakar dalam bab renung-merenung ni. Terasa pipinya di usap perlahan dan dagunya di angkat sedikit. Pasti Aril mahu Marrisa membalas renungan matanya. Terus sahaja Marrisa memandang ke arah mata lelaki itu.

“Sayang…” suara itu kedengaran menggoda.

“Hmm?” itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Marrisa.

“Sayang… Abang nak mandi.” Masih lagi dengan nada menggoda dan mengada.

Marrisa baru teringat yang dia belum menyediakan pakaian dan tuala untuk suaminya itu. Tugasnya yang pertama sebagai isteri. Dia cuba melepaskan pegangan tangan Aril, tapi tak berhasil. “Bang lepaslah, macam mana Rissa nak siapkan baju abang?”

Aril dengan berat hati melepaskan pelukannya di pinggang isterinya itu. Kalau di ikutkan hati mahu sahaja dia membawa isterinya itu terus ke katil. Mahu di biarkan tubuh itu terus melekat ke tubuhnya hingga ke pagi. Tapi mengenangkan tubuhnya yang tidak selesa dalam pakaian yang telah di pakai sejak petang tadi.

Marrisa segera menyiapkan pakaian suaminya. Tuala di hulurkan kepada Aril dan Aril segera masuk ke bilik air. Sambil menunggu suaminya mandi dan mengenakan pakaian Marrisa membaca novel. Cerita pasal kahwin paksa lagi, dan endingnya sudah pun di ketahui. Apa yang menyebabkan dia masih mahu membaca cerita seperti itu adalah kerana situasi yang berlainan. Cabaran dan dugaan yang di tempuh kadang-kadang melangkau imaginasinya. Kesabaran dan kebaikkan yang di tunjukkan oleh watak utamanya pula terlebih dari yang mampu dia jangka. Bila membaca novel dia akan menantikan bilalah watak-watak ini dapat bertemu bahagia. Terasa sakitnya mereka itu dapat di rasai oleh hatinya. Sampai adakalanya dia berhenti membaca kerana terlalu sakit.

Novel di tangannya di rampas seseorang. Pastilah itu kerja si suami yang sudah berbaring di sebelahnya. Novel itu di letakkan di meja kecil di sebelah suaminya. “No reading when we are on bed honey.” Aril merenung mata isterinya itu. Sukanya dia menatap mata indah itu. Tapi sikap isterinya yang pemalu membataskan waktunya. Azril memeluk isterinya, erat sekali. Tiada ruang antara mereka.

Jantung Marrisa berdegup laju. Takutnya dia, sehingga tubuhnya menggigil. Aril pula terus mengucup pipi dan dahi isterinya. ”Kalau sayang belum bersedia, abang tak akan paksa. Abang mahu semuanya berlangsung dengan kerelaan sayang. Kalau abang terpaksa menunggu sehingga bertahun pun abang sanggup,” kata Aril.

Marrisa terdiam seketika mendengar kata-kata suaminya itu. “Kalau Rissa kata, Rissa rela?”

Aril kelihatan terkejut. “Walaupun tanpa cinta?”

“Walaupun tanpa cinta.” Balas Marrisa yakin.

“Tapi kenapa?” masih lagi Aril mempersoalkannya.

“Sebab Rissa percayakan abang. Abang tak akan sia-siakan Rissa kan?” begitu berharap wajah Marrisa ketika itu.

Semakin erat pula pelukan Aril. “Tak sayang. Abang tak akan sia-siakan sayang.”

Suasana riuh dengan suara saudara-mara Aril di ruang tamu. Marrisa bersiap di bilik, Aril pula terpaksa menumpang rumah jiran. Nak kasi surprise kata mama mertuanya. Mereka ikutkan sahaja, malas mahu membantah. Aril adalah anak sulungnya, ini pula perkahwinan pertama dalam rumah ini. Biarlah mama mahu lakukan apa pun. Yang penting semua orang gembira, walaupun itu sesuatu yang mustahil.

Tepat pukul 12 tengah hari, paluan kompang kedengaran. Naimah segera mencapai tangannya, Nadia dengan perut besar juga mahu membantu. Tapi yang terjadi adalah, Marrisa dan Naimah yang membantu Nadia bangun. Marrisa melangkah sopan menuju ke hadapan rumah yang sudah di bentang karpet merah. Di hujung karpet itu suaminya sedang tersenyum manis, melegakan sedikit gentar dihatinya.

Bila Marrisa sampai di hadapan suaminya, tangan mereka bertaut. Mereka sama-sama melangkah ke arah pelaminan yang tersedia di luar rumah. Mereka di hujani dengan kelopak mawar yang di tabur oleh tetamu. Marrisa langsung terlupa segala-galanya. Yang dia tahu ialah untuk mengawal langkah agar tak tersadung dengan kain yang meleret dan untuk melemparkan senyuman.

“Bang, siapa pengapit abang?” tanya Marrisa selepas acara makan beradap, sewaktu Aril mengenalkan dia kepada saudara-maranya.

“Tadi sayang tak tengok ke?” tanya Aril pula. Takkan tak tengok langsung.

“Tak la, Rissa cemas sangat tadi.”

Aril kelihatan memanggil seseorang yang sedang duduk di khemah. Sambil menunggu, Marrisa berbual dengan mak saudara Aril yang di panggil Mak Teh itu. “Aril, aku nak balik dululah. Tahniah Rissa.” Suara itu ialah suara Zahin! Marrisa menoleh, benar iu Zahin! Hai kenapalah mereka semuanya berkait. Aku pulak yang pening.

“Terima kasih, Hani mana?” tanya Marrisa. Cuba berlagak biasa. Eh! Tapi Marrisa memang biasa pun. Mungkin kerana cintanya tak lagi bersisa.

Kelihatan wajah Zahin berubah sedikit, Aril pula menepuk bahu sepupunya itu. Mereka berjalan menjauhi Marrisa dan bercakap seketika sebelum Zahin berangkat pulang. Marrisa tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang berlaku. Aril hanya tersenyum bila melihat wajah penuh tanda tanya isterinya itu. Dia tak menghiraukannya, terus tangan Marrisa di tarik dan di bawa ke arah saudaranya yang masih belum di kenalkan pada isterinya.

“Kenapa dengan sepupu abang tadi tu? Salah kalau Rissa tanya pasal isteri dia?” tanya Marrisa akhirnya semasa mereka sudah berada dalam perut kapal terbang untuk berbulan madu ke Paris.

“Sayang, ini bulan madu kita. Abang tak nak fikir pasal benda lain. Boleh?” Aril masih mahu mengelak persoalan isterinya. Mendengarkan itu Marrisa mengangguk sahaja. Tak mahu memanjangkan cerita. Takut akan timbulnya konflik dalam perhubungan mereka yang baru sahaja bermula ini.

Bulan madu mereka berlangsung selama dua minggu. Marrisa sudah mampu mengaku yang bunga-bunga cinta sudah mula memenuhi ruang hatinya. Aril juga kelihatan bahagia sepenjang masa mereka di sana. Selama dua minggu itu mereka langsung tak memikirkan soal lain. Hanya soal hati dan perasaan yang menjadi perbualan mereka. Aril dengan cara menggodanya dan Marrisa dengan pelajaran cintanya. Dia mahu cepat-cepat merasakannya, kerana dia rasakan bahagia kini. Pasti dengan cinta rasa itu akan lebih bahagia. Ah! Marrisa sudah pandai jadi tamak.

Aril memeluk tubuh isterinya yang sedang asyik mengemas pakaian mereka yang mahu di bawa pulang. Marrisa membiarkan sahaja, bukan dia tak tahu yang suaminya itu suka membuat dia seperti bantal peluk. Sikit lagi je nak up grade jadi bantal busuk. Namun bila tangan suaminya itu mula merayap ke dalam bajunya, Marrisa menangkap tangan itu.

“Abang, Rissa nak kemas ni. Malam ni kan kita nak balik dah.” Marrisa berpusing menghadap suaminya itu.

“Abang tahulah, tapi abang rindulah sayang. Tak boleh tahan. Lambat lagi nak malam sayang. Sempat kalau sayang nak kemas lepas ni. Please sayang…” rengek Aril sedikit. Dia tahu yang Marrisa tak mungkin akan menolaknya lagi. Lantas tubuh itu di angkat ke katil.

Marrisa mengurut tengkuk melihat timbunan fail di atas mejanya. Sampai bertaburan di lantai. Ceh over je. Sebenarnya itu meja si CEO. Meja dia cuma separuh dari fail yang menimbun itu. Macam manalah suaminya mahu membuat kerjanya. Fail-fail itu di ambil dan di susun mengikut betapa penting dan urgentnya document itu.

“Sayang…” suara itu muncul bersama pelukan di tubuhnya. Mujur pintu sudah di tutup, kalau tidak malu sahaja di lihat orang yang di luar.

“Sayang tengoklah kerja abang banyak sangat.” Marrisa tersenyum mendengar rengekkan itu. Tubuhnya di pusing menghadap suaminya itu.

“Rissa tahu abang, biar Rissa selesaikan kerja Rissa dulu ya. Nanti Rissa tolong abang.” Pujuk Marrisa. Pipi suaminya itu di usap lembut, satu kucupan dia berikan. Tersenyum juga akhirnya suaminya itu.

Marrisa menuju ke bilik suaminya itu. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam. Dia sempat solat maghrib dahulu bersama Aril tadi. Aril masih dengan kerjanya yang masih bertimbun. Semuanya harus di selesaikan malam ini. Marrisa mula membantu suaminya. Hampir pukul dua pagi baru mereka dapat menarik nafas lega. Inilah akibatnya pergi bercuti di saat rezeki melimpah ruah.

Dalam perjalanan pulang mereka berbual-bual sedikit. Sekadar mahu memastikan Aril tidak terlelap semasa memandu. Tangan Aril pula sudah merayap-rayap mencari tangan isterinya. Sudah penat Marrisa melarang, namun tetap juga Aril berdegil. Sudahnya di biarkan sahaja. Bukan tak yakin dengan kemampuan Aril, cuma kadang-kadang kita perlu berusaha untuk mengelakkan kecelakaan.

Sampai sahaja di rumah, mereka terus bersiap-siap untuk tidur. Makin lewat mereka tidur takut tak terbangun pula esok pagi. Sudahlah mereka ada meeting penting esok pagi. Meeting bersama pengurus cawangan di seluruh Malaysia. Aril juga tak banyak kisah dan begitu mudah untuk masuk tidur. Kalau tidak dia pasti akan menyuruh Marrisa mengurut tubuhnya dahulu, barulah dia dapat melelapkan matanya.

Sekali lagi dia bertemu dengan Zahin di mesyuarat itu. Zahin kelihatan mahu bercakap dengannya dan Marrisa pula melarikan diri. Sungguh dia rasa takut dengan tingkah Zahin itu, dia kelihatan menakutkan dengan mata tajam memburu Marrisa. Marrisa juga merasakan tiada perlunya bicara antara mereka selain dari hubungan kekeluargaan yang mengikat mereka. Aril pula langsung tidak kisah dengan aksi mereka yang kadang-kadang nampak sangat sedang kejar-mengejar. Adakah suaminya itu tahu tentang kisah silam mereka? Kalau tahu tak takutkah dia membiarkan isterinya ini di kejar? Atau tak cukup kuatkah cintanya terhadap Marrisa? Persoalan-persoalan itu bermain-main di mindanya. Sedikit sebanyak timbul juga sangsinya terhadap suaminya itu.

Sehingga meeting itu berakhir pun Zahin tak dapat mendekatinya. Kerana ikutkan hati yang marah Marrisa tak langsung kembali ke pejabatnya. Dia hanya menghantar mesej kepada suaminya mengatakan yang dia mahu keluar ke rumah Nadia. Padahal Nadia tidak pun berada di rumah. dia dan suaminya mahu berbulan madu untuk kali ke lapan. Memang tiap-tiap bulan mereka akan keluar bercuti empat atau lima hari.

Marrisa melangkahkan kakinya masuk ke panggung wayang. Di waktu bekerja begini banyak tempat yang kosong. Dia memilih tempat di tengah-tengah panggung wayang, tempat yang tak pernah dia cuba. Selalunya pasti di memilih tempat di tepi dinding. Tiba-tiba terasa ada orang yang meduduki tempat di sebelahnya. Mulanya Marrisa tak mahu mengambil tahu tentang orang tu, tapi bila jarak mereka terlalu rapat sehingga bahu bersentuhan, Marrisa menoleh ke arah orang itu. Aril! Mahu tak terkejut melihat suaminya sedang tersenyum manis menatap wajahnya. Marrisa yang masih marah langsung memalingkan mukanya. Tak mahu memandang lelaki itu.

Tiba-tiba terasa tangannya di sulam, Marrisa segera menarik tangannya. Namun tak berdaya. Genggamannya terlalu kuat sehingga sedikit menyakitkan. Lalu Marrisa membiarkan sahaja sehinggalah cerita itu habis di tayangkan. Mereka berjalan berpimpinan keluar dari panggung wayang itu. Selepas itu mereka berjalan-jalan di sekitar shopping kompleks yang semakin ramai pengunjungnya. Maklumlah waktu pejabat sudah habis.

Sejak keluar dari panggung wayang tadi, tiada sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut Marrisa. Aril pula sudah mencuba bertanya Marrisa, tapi cuma gelengan dan anggukkan sahaja yang dia terima. Kebal betul isterinya itu, malah taktik biasanya pun tidak menjadi. Sudahnya dia membawa isterinya pulang, tak sanggup lagi menerima cold treatment dari isterinya itu.

Sampai sahaja di rumah mereka menunaikan solat asar berjemaah. Aril sengaja mengajak isterinya berbincang selepas solat. Biar sejuk sedikit hati isterinya itu. Dia mendudukkan isterinya itu ke katil. Dia menatap wajah isterinya yang mencuka.

“Sayang marah abang?” tanya Aril.

“Tak nak cakap pasal tu. Sekarang biar Rissa yang tanya abang.” Tegas kata-kata itu. Aril menganggukkan sahaja kepalanya. Takut pula isterinya makin melenting. Sekarang biar dia ikutkan sahaja kata-kata isterinya ini.

“Abang masih sayangkan Rissa?” soalan pertama isterinya.

“Mestilah sayang. Abang cintakan sayang, makin lama makin kuat. Semakin hari semakin dalam cinta abang pada sayang.

“Kalau benar, kenapa abang biarkan sahaja Zahin kejar Rissa tadi? Rissa rasa mustahil kalau abang tak nampak.” Sayu pula kata-kata Rissa kali ini. Bukankah tugas suami menjaga isterinya?

Kali ini serba salah pula riak yang di tunjukkan oleh Aril. “Abang kesian dengan Zahin. Dia merayu untuk bercakap dengan sayang. Abang dah banyak buat salah dengan dia Rissa. Abang tak mampu menolak permintaannya.” Aril kelihatan menyesal juga.

“Abang tahu pasal kisah silam kami?” Marrisa mula bertanyakan soalan sensitive.

“Tahu, Zahin dah cerita.”

“Apa sebenarnya terjadi pada Hani?”

“Mereka sudah bercerai sebaik Hani melahirkan anaknya. Hani tak sanggup bersama Zahin yang masih cintakan sayang.” Tenang sahaja jawapan Aril menyebabkan Marrisa semakin berang.

“Kalau abang tahu, mengapa abang biarkan dia? Bukankah itu tandanya yang abang memang dah tak mahukan Rissa?” air mata Marrisa mula mengalir. Semakin lama semakin laju.

Aril yang melihat mula terpana, berkali-kali dia menepis air mata itu. Tak mahu pipi isterinya di basahi. Dia tak pernah meelihat dan tak pernah ingin melihat. “Tak sayang, abang cuma mahu Zahin cakap apa yang dia mahu. Abang mahu dia selesaikan apa yang masih belum selesai antara kalian. Bukan sebab abang tak cintakan sayang. Nadia dah katakan pada abang yang sayang dah tak ada perasaan pada Zahin. Sebab tu lah abang benarkan. Zahin nak tahu kenapa sayang tiba-tiba putuskan hubungan dengannya.”

“Apa? Itu yang Zahin katakan? Rissa yang putuskan hubungan antara kami? Abang percaya?” nada suaranya kelihatan tak puas hati benar dengan pernyataan Aril itu. Aril pula cuma mengangguk lurus dengan semua pertanyaan itu.

“Zahin yang putuskan hubungan kami. Dia yang tutup akaun email dan facebooknya. Dia yang kahwin senyap-senyap. Nasib baik Rissa ada Nadia yang mahu berterus-terang. Seba itu Rissa mampu move on. Dia berani fitnah Rissa macam tu dan senang-senang abang percaya? Betulkah abang kahwini Rissa kerana cinta?” marahnya Marrisa bersama air mata. Setelah mendengar kata-kata Aril, dia jadi sangsi dengan kasih suaminya itu. Di tambah pula dengan kejadian pagi tadi.

Zahin tertunduk bagai ada sesuatau yang di sembunyikannya. “Memang mulanya abang dekati Rissa cuma atas dasar membalas dendam. Abang mahu sayang terseksa sama macam Zahin. Dia tak pernah bahagia dengan perkahwinannya. Dia masih cintakan sayang. Tapi makin lama abang dekati sayang, makin dekat hati abang dengan sayang. Abang nikahi sayang dengan cinta yang tulus dan penuh di hati abang buat sayang. Tiada lagi dendam yang abang simpan untuk sayang. Abang berani bersumpah!” Aril mengangkat tangan kanannya bagai bersumpah.

Marrisa rasa tertipu dengan pengakuan suaminya itu. Mengapa semuanya terbongkar saat dia sudah mula punya rasa sayang pada suaminya itu. Kalau tidak pastu mudah memutuskan segalanya. Dia menarik nafas berat. Air matanya di sapu dengan belakang tangan.

“Sayang, percayalah! Abang memang cintakan sayang, sepenuh hati abang. Abang cuma rasa bersalah pada Zahin. Selama ini kami tak pernah ambil tahu pasal dia. Selepas ibubapanya meninggal dunia, kami hanya biarkan dia membesar sendiri tanpa keluarga yang mengambil tahu. Yang dia ada cuma orang gaji yang papa upah untuk menjaganya. Kami cuma sedar hakikat itu bila Zahin meminta tolong kami membuat persiapan perkahwinannya. Tapi saat itu, semuanya sudah terlambat. Rasa bersalah kami semakin besar bila dia tak bahagia dengan perkahwinannya. Abang cuma mahu menebus rasa bersalah itu dengan membantunya membalas dendam. Tapi abang benar-benar cintakan sayang, sungguh selepas beberapa bulan berkerja dengan sayang, dendam itu telah terbasuh pergi. Yang ada cuma cinta abang yang terlalu kuat untuk sayang.” Aril beria-ia menerangkan kepada isterinya yang diam tak berkutik. Marrisa bagaikan sudah hilang ke dalam dunianya sendiri.

“Rissa ada satu permintaan pada abang,” kata Marrisa setelah lama mereka berdiam diri.

“Apa sayang? Jangan cakap yang sayang mahukan perpisahan. Abang tak sanggup sayang.” Tangan isterinya di genggam sebelum Marrisa menarik semula tangannya.

“Kalau bukan sebab Rissa juga cintakan abang, perpisahanlah yang pertama sekali Rissa minta. Sekarang, Rissa mahu jumpa Zahin. Abang panggil dia ke sini. Rissa nak selesaikan semuannya hari ini juga,” kata Marrisa dengan tegasnya. Aril mahu membantah tapi isterinya tetap dengan keputusannya.

“Baiklah abang call Zahin sekarang juga.” Aril segera mengambil telefon bimbitnya. Baik di kutkan sahaja kata-kata isterinya itu. Dia tak mahu terus-terusan bertegang urat.

Sejam kemudian Zahin tiba. Dia kelihatan gembira bila akhirnya Marrisa mahu juga bertemu dan berbicara dengannya. Dia sudah pun merancang apa yang sepatutnya dia katakan pada Marrisa. Harap-harap Marrisa mahu menerimanya kembali. Dia tak biasa memujuk Marrisa, mungkin sebab Marrisa jarang merajuk atau pun dia sendiri tak sedar bila Marrisa merajuk. Cuaca cerah berarak mendung bila Marrisa menahan Aril meninggalkan mereka berbincang berdua di taman milik rumah besar hasil titik peluh Aril ini. Marrisa mahu membongkarkan penipuan Zahin.

“Apa lagi yang awak mahukan dari saya Zahin? Bukankah kisah kita sudah pun tamat lama dahulu. Awak sendiri yang putuskan hubungan kita. Nasib baik Nadia tak sanggup mengkhianati saya macam awak dan Hani. Kalau tidak, jadilah saya macam orang bodoh berpegang pada janji yang telah pun awak mungkiri.” Marrisa memulakan bicara antara mereka.

“Kisah kita tak pernah berakhir Rissa. Kita tak pernah putuskan hubungan kita dan awak pun tak pernah minta putus kan?” Zahin cuba mencari peluang yang dia tahu amat tipis.

“Bagi saya, macam mana awak puuskan connection antara kita, macam tulah terputusnya hubungan perasaan kita. Hubungan kita jadi mustahil sebaik sahaja awak nikahi Hani dan semakin mustahil sebaik sahaja Aril lafazkan akad. Biar bercerai sekali pun, saya tak akan kembali pada awak Zahin. Cinta awak tak pernah ikhlas, cuma atas dasar kepentingan. Awak cuma mahu perhatian saya, dan awak buang saya bila saya tak mampu hadir di hadapan awak setiap kali awak perlukan saya. Awak ambil Hani bila awak rasa dia mampu membari perhatian yang sama pada awak. Tapi sejak dia mengandung awak rasa perhatian Hani semakin berkurang dan kembalinya saya ke Malaysia memberi harapan baru pada awak.

Apa yang ada dalam diri dan hati awak tu cuma sikap awak yang dahagakan kasih sayang dan perhatian orang sekeliling awak je Zahin. Bukan cinta. Kalau benar cinta, awak akan mampu bahagia walaupun dia cuma melemparkan senyuman pada awak. Rasa di sayangi walau dia cuma bertanya khabar seperti hari lainnya, sama seperti layanannya pada orang lain. Sudahlah Zahin, cuba jadi lelaki yang bertanggung jawab sedikit. Awak sedar tak yang awak telah membuang satu-satunya milik awak yang berharga. Anak awak sendiri Zahin. Keluarga awak sendiri. Apa yang pernah ada antara kita, baik awak lupakan sahaja.

Kita mampu gembira kalau kita tahu dan belajar menerima kekurangan Zahin. Kita mampu rasakan kasih sayang kalau kita mampu memberinya. Saling memberi dan menerima. Baliklah Zahin, balik dan pergi tatap wajah anak awak. Saya tahu Hani masih cintakan awak Zahin. Pergilah.” Zahin tertunduk mendengar kata-kata Marrisa. Dia baru tersedar sesuatu, selama ini dia mengharap ada yang mampu membayar hutang kasih sayang yang dia hilang sebaik sahaja ibubapanya meninggal dunia. Tapi dia lebih teruk lagi, menjadikan anaknya yatim sedangkan dia masih sihat. Dia tak mahu anaknya merasakan perasaan yang sama. Dia harus kembali.

“Aril aku minta maaf. Sebenarnya apa yang aku cerita pada kau semuanya bohong. Yang sebenarnya aku yang putuskan hubungan kami, bukan Rissa. Aku dan Hani bukanlah tak pernah bahagia. Cuma sejak Hani mengandung dia tak ambil peduli sangat pasal aku. Sebab tu aku mula cari Rissa balik. Maafkan aku Aril. Rissa tak bersalah dalam hal ni, malah dialah mangsa yang sebenarnya. Aku balik dulu.” Laju sahaja langkah kaki Zahin meninggalkan mereka selepas itu.

Selepas kereta Zahin hilang dari pandangan giliran Marrisa pula meninggalkan suaminya di luar. Dia terus menuju ke dapur dan menyiapkan makan malam mereka. Aril datang menyertai isterinya tapi tak di layan. Sepatah kata pun tak keluar dari bibir isterinya itu. Aril terus bersabar menghadapi karenah isterinya itu. Hinggalah selepas solat isyak. Aril menahan isterinya yang sudah mula membuka laptopnya.

“Sayang, sekarang cuba beritahu abang. Apa salah abang?” tanya Aril.

“Abang baru nak tanya?” Marrisa membalas soalan suaminya dengan soalan juga. Berbaur sindiran yang pastinya.

“Sayang, please. Abang betul-betul tak tahu apa yang menyebabkan sayang jadi dingin macam ni. Kalau sebab Zahin tadi, kan abang dah cakap yang abang tak berdendam pun dengan sayang. Abang tak akan sia-siakan sayang.” Nadanya di tekankan sedikit. Sudah semakin hilang sabar nampaknya Aril.

“Baiklah kalau abang betul-betul nak tahu. Rissa kecewa dengan abang. Sebabnya abang tak percayakan Rissa. Cuba abang ingat selama kita bertunang dan selepas kita kahwin kecuali tadi, pernah tak Rissa tipu abang? Pernahkah Rissa tak jawab telefon? Lainlah kalau Rissa tak dengar. Tapi pernahkah Rissa saja-saja nak tutup telefon? Pernah Rissa tukar nombor tiba-tiba? Pernah?” soal Marrisa bertalu-talu. Aril menggelengkan kepalanya sebanyak soalan Marrisa itu. Memang Marrisa tak pernah tiba-tiba ignore panggilan darinya. Tengah tidur pun di gagahkan juga dirinya menjawab telefon. Soal tipu pula memang tak pernah dia menipu, kecuali tadi lah. Sebelum ini mana dia pergi, dia pasti akan cakap. Kalau tak percaya sangat boleh pergi ikut dia senyap-senyap.

“Kemudian abang begitu mudah percayakan orang lain. Agaknya nanti, kalau ada orang fitnah Rissa, tanpa banyak soal abang ceraikan Rissa. Kalaupun abang tak percayakan Rissa, boleh tak abang siasat dahulu satu-satu perkara. Kenapa kalau dalam syarikat, setiap keputusan syarikat abang fikir dalam-dalam, abang siasat sampai ke akar umbi? Tapi bila melibatkan rumah tangga sendiri abang tak nak buat perkara yang sama. Rissa ni terlalu mudah abang dapat sampai langsung tak penting dan bermakna dalam hidup abang?” Marrisa meluahkan perasaannya. Mungkin orang akan kata dia terlebih fikir atau apa. Tapi inilah perkara-perkara yang membebankan benaknya dari tadi.

“Tak sayang, abang minta maaf. Lain kali abang akan lebih berhati-hati. Abang tahu isteri abang isteri yang baik. Tak pernah melawan, tak pernah menipu. Sentiasa mendahulukan abang dalam setiap perkara. Abang tahu semua tu, tapi abang tak boleh kawal perasaan abang. Entah kenapa abang mudah percaya cakap orang bila dengan sayang. Mungkin sebab abang tak tahu apa-apa tentang sayang. Cuba lain kali, sayang berterus-terang apa yang sayang mahu dengan abang. Jadi lepas ni abang tak perlu peraya orang lain lagi. Sayang tu suka sangat sembunyikan perasaan sendiri. Abang nak tahu apa-apa pasal sayang kena tanya Nadia. Erman pun dah naik marah sebab abang asyik kacau bini dia je. Please sayang, kita mulakan semula?” Aril menyatakan sebabnya. Dia baru lagi mengenali isterinya itu, jadi bila orang cakap dia mudah percaya. Lagi-lagi bila isterinya itu jenis yang pendiam dan perahsia.

“Belum lagi, Rissa masih kecewa dengan abang.” Rajuk Marrisa lagi.

“Apa lagi sayang, katakanlah. Abang sanggup dengar. Biar kita betulkan semuanya malam ini juga. Moga esok kita tak akan bertelagah lagi. Cukup seharian, abang dah rindu dengan sayang. Cakaplah sayang.” Kalau dah Marrisa mahu luahkan segala tak kepuasan hatinya pun malam ini dia sanggup dengar. Marrisa cakap nak tidur bilik lain sebab tak tahan dia berdengkur pun tak pe. Tapi dia tak bagilah. Mana boleh tidur asing-asing.

“Tadi, masa Zahin kejar Rissa. Kenapa abang palingkan muka abang. Besar harapan Rissa agar abang bantu Rissa. Rissa takut sangat masa tu sampai Rissa menggeletar. Rissa harap abang pandang Rissa dan sedar yang Rissa ketakutan. Tapi abang langsung berpaling. Abang tahu tak Rissa rasa kecewa sangat masa tu. Rasa macam abang dah buang Rissa, abang tak kisah kalau Zahin buat apa pun pada Rissa. Harapan Rissa sudah hancur berderai. Kenapa bang?” sayu pula pertanyaan Marrisa kali ini.

“Abang minta maaf sayang. Abang tak tahu abang patut buat macam mana. Abang mahu dapatkan Rissa, abang perasan Rissa takut. Tapi abang tak boleh. Zahin cuma nak bercakap dengan sayang, abang tak sangka sayang boleh jadi takut macam tu. Masa tu abang tak mampu dekati sayang bila Zahin halang abang. Abang asyik teringat pasal kesalahan kami padanya. Maaf sebab kami sayang yang jadi mangsa. Maaf sebab abang tak mampu lindungi sayang. Maafkan abang sayang. Kali ini sahaja. Lepas ni abang akan ikut ke mana sayang pergi dan sayang akan ikut ke mana abang pergi. Tak akan abang benarkan perkara sebegitu terjadi lagi pada sayang. Abang janji!” tegas dan penuh kesungguhan kata-kata itu di lemparkan Aril sambil tangan kanannya di angkat seperti bersumpah.

Marrisa pula memegang tangan kanan suaminya itu lalu di cium. Tanda dia sudah pun melupakan krisis dalam perhubungan mereka. Terus tubuh Marrisa jatuh ke dalam pelukan Aril. Sungguh dia rindu untuk memeluk tubuh itu. Sungguh dia amat rindukan kemesraan mereka. Tiba-tiba Aril teringatkan sesuatu. Dia merenggangkan pelukan mereka.

“Tadi sayang kata sayang cintakan abang. Betul?” tanya Aril. Marrisa sudah tertunduk malu.

“Hmm… Abang dah berjaya.” Kata Marrisa perlahan. Cukup sekadar sampai di telinga suaminya itu.

“Sayang, say it lauder please. Abang tak dengar.” Aril dengan segihan mengusiknya cukup membuat Marrisa geram.

“Cepatlah sayang.” Gesa Aril lagi bila isterinya itu hanya diam. Masih malu nampaknya.

Marrisa masih belum mampu mengucapkan cintanya pada Aril. Aril tidak memaksa, terus ke dua belah pipi isterinya di pegang. Mahu menatap mata isterinya itu. Biarlah dia mencari jawapan di dalam mata yang tak tahu menipu itu. Seminit, dua minit. Aril tersenyum manis. Dah jumpa, sinar kasih Marrisa sudah pun menjadi miliknya. Isterinya tak menipu atau apa. Dia cuma malu. “I love you, sayang.” Spontan kata-kata itu keluar dari bibir Aril. Terus pipi isterinya di cium. Mereka bertatapan lagi.

“I love you too, abang.” Lancar dan ikhlas bunyi balasan dari Marrisa. Aril tersenyum bahagia, dan sekali lagi tubuh Marrisa hilang dalam dakapannya.

Marrisa memegang perutnya yang sudah kelihatan. Aril di sebelah masih lena di buai mimpi. Sudah setahun usia perkahwinan mereka. Nadia dan Erman nampaknya sudah mahu menambah bilangan ahli keluarga. Zahin dan Hani bersatu semula. Marrisa dan Hani pun sudah berbaik semula. Marrisa kini sudah pun hamil lima bulan. Masih teringat bagaimana gembiranya Aril mendengar berita itu. Seharian senyum, sengihnya tak padam. Mertuanya pun sama, begitu gembira bercerita tentang pantang larang semasa mengandung. Aril pun kena sekali, ceramah tanggungjawab semasa isteri mengandung. Walaupun di ceramah panjang, kelihatan Aril tekun mendengar. Nampak wajah Aril yang teruja. Marrisa juga ikut teruja. Tanda, mereka sama-sama bahagia.

Kini tiada lagi bahagiamu deritaku. Bahagianya Zahin kini tiada kaitannya lagi dengan Marrisa. Tapi bahagianya Aril adalah bahagianya Marrisa. Derita Aril adalah derita Marrisa juga. Setiap cerita pasti akan ada akhirnya. Penentu kebahagian itu terletak pada kekuatan diri sendiri dan juga doa setiap hari. Kuatlah seorang insan itu bila mampu tersenyum saat derita menjengah diri. Tapi itu tak bermakna menangis tanda lemah.

Idea yang hadir di tengah kemelut menyiapkan report, assignment dan persediaan menyambut kedatangan final exam. Maaf jika tak menepati cita rasa, dan rasa masa terbuang. Hope you like it. Dalam-bas-on-the-way-balik-u.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Cerpen : Bahagiamu Deritaku”
  1. emelra says:

    Congrate, cerpen ni menarik, dan ada unsur cinta selepas kahwin, seperti yg dituntut agama dan redha,sabar dengan dugaan Allah, jaga pergaulan… Writer memang terbaekkk xD

  2. hanim says:

    saya suka !saya suka ! hehee

  3. tengku al says:

    Definitely great job! I love it! Congrates!!!

  4. Anis Fariha says:

    BEST….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"