Novel : Aku Kau Bersama?! 13

14 June 2013  
Kategori: Novel

5,316 bacaan 3 ulasan

Oleh : Anisah Salsabila

Bab 13

Dengan sekali lafaz yang diucapkan oleh Syed Ariff,Azhani kini sah menjadi isterinya.Air matanya mula bergenang.Apabila Syed Ariff mengucup dahinya.Muka Azhani berwarna merah,seperti merasai sesuatu.Ibu Azhani,Mak Cik Yah memeluk anaknya dengan erat.mencium kedua belah pipi anaknya.”Azhani kena dengar cakap suami tau,jangan melawan.Kalau arwah ayah ada sekarang ni mesti dia bangga dengan Azhani.”Kata Mak Cik Yah sambil mengesat air matanya yang menitis.Azhani berasa hiba.Kalau diberi pilihan dia betul-betul tidak mahu meninggalkan ibunya.Kini giliran Syed Ariff pula menyalami tangan ibu mertuanya.”Ariff,jaga Azhani betul-betul.Mak percayakan Ariff menjadi suami yang baik.”Ariff tersenyum kepada Mak Cik Yah.”Mak jangan risau,saya takkan lepaskan Azhani.”Mak Cik Yah menganggukkan kepalanya.Darah pula mula menyirap di muka Azhani,Ish,apa mamat ni merepek dekat depan ibu!

Kini giliran Azhani pula menyalami tangan ibu mertuanya,Datin Fatimah.Datin Fatimah memeluk Azhani.”Azhani,sekarang Azhani boleh panggil mak cik ibu tau.Azhani dah jadi sebahagian daripada keluarga ni sekarang.”Datin Fatimah tersenyum riang.Dia mula merasa sayang terhadap menantunya sekarang.Azhani menyalam pula Datuk Mazlan.”Azhani..”Azhani mendongak.”Ya,datuk?”.

“Panggil saya ni ayah.Kamukan menantu saya sekarang.”Kata Datuk Mazlan.

“Ba..baik ayah.”Azhani terasa sedikit janggal memanggil orang tua dihadapannya dengan panggilan ayah.

“Ayah harap Azhani tak berasa kecewa bila tau sifat teruk Ariff tu.Ayah harap Azhani dapat membimbing Ariff sebagai isteri solehah.Ayah betul-betul percayakan Azhani.”Datuk Mazlan tersenyum .”Insyaallah ayah.Azhani akan cuba membimbing abang Ariff.”Azhani menyalam tangan Datuk Mazlan.Huh,apa la akan jadi kalau Datuk Mazlan tahu hal sebenar.Tapi,boleh ke aku bimbing mamat hampeh tu.Sepanjang majlis,Syed Ariff tidak lepas memegang tangan Azhani.Azhani pula yang berasa rimas terpaksa mengikut sahaja.Akhirnya majlis yang meriah itu berakhir dengan lancar sekali.Syed Ariff dan Azhani bermalam di rumah ibu Azhani pada waktu malam pula.

“Beb,aku sorry sangat tak dapat datang majlis perkahwinan kau.Aku rasa menyesal pulak.”Kata Lia di gagang talian.

“Takperla Lia.Aku tau kau ada masalah dekat kampung.Tapi nanti masa majlis perkahwinan dekat rumah mak mertua aku kau mesti datang,okay!.”Azhani tersenyum.

“Yup,gerenti aku datang.Siapa tak nak datang,dengan rumah banglo empat tingkat.Aku wajib datang.”Lia tergelak.

“Amboii,itu je yang kau fikir ye.”

“Aku gurau je la.Apa-apa pun tahniah tau jadi isteri kepada anak datuk.Best la kau.”

“Entahla,aku pun tak tahu aku patut gembira ke sedih.”

“Beb,kau janganla sedih..kau mesti happy pada hari perkahwinan.”Lia cuba memberi keyakinan.

“Thanks,betul cakap kau.Aku mesti happy sikit.”Azhani tersenyum tawar.Hatinya masih hiba.Tiba-tiba pintu bilik terbuka dan Syed Ariff terus memasuki bilik.”Beb,suami aku dah masuk,aku out dulu ye.”Kata Azhani.”Ermm,okla kalau camtu.Aku tak nak kacau.Cuma kau jangan nervous sangat malam pertama ye..hehe..Bye!.”Lia meletakkan gagang.Bertuah punya sahabat,sempat lagi dia ingatkan aku hal tu pada waktu macamni.Azhani meletakkan telefonnya di meja kemudian berpaling ke Syed Ariff.Dia melihat Syed Ariff melemparkan renungan tajam padanya.”Kenapa bos pandang saya macamtu?”.Azhani pelik.Syed Ariff mula menghampiri Azhani membuatkan Azhani mula gelabah.Ya allah,tolonglah jangan bagi lelaki ni hilang kawalan.”Awak telefon siapa tadi?”.Soal Syed Ariff.Azhani pelik.takkanla siapa yang aku telefon pun dia nak tahu.”Yang bos nak tahu kenapa?”.

“Sebab,selagi kau masih isteri aku.Aku tak nak kau berhubung dengan lelaki lain,faham!.”Mata Syed Ariff mencerlung.”Bos,bos jangan risau boleh tak.Saya sedar sekarang status saya apa.Mungkin bos aja yang takkan sedar.”Azhani memperli Syed Ariff.”Kau lupa ke aku ni lelaki.Aku dibenarkan kahwin untuk tiga perempuan lagi.Tak macam kau.”Syed Ariff berkata bangga.Sengaja mahu membarakan perasaan Azhani.Mamat ni memang sengaja nak bakar hati aku pada hari pertama perkahwinan.Sabar Azhani,sekarang ni kau isteri orang.”Tepila bos,saya nak tidur ni.”Azhani pergi ke almari dan mengeluarkan comforter dan menghamparkannya di atas lantai.Syed Ariff pelik.”Kau tak nak tidur dekat atas katil ke?”.Tanya Syed Ariff.”Tak apa la bos.Sebenarnya saya yang takut bos tak nak tidur sekatil dengan saya.Bos tidur la dekat atas ye.Saya pulak tidur kat atas.Ok.”Kata Azhani dan terus baring membelakangi Syed Ariff.Syed Ariff mencebik.Tsk,macamla aku nak tidur sekatil dengan minah macam kau.Tak apa,sekarang ni katil tu aku punya.Mereka berdua terus terlena.Azhani tidur di bawah manakala Syed Ariff pula tidur di atas.

Semasa Azhani tidur membelakangi Syed Ariff,lenanya terjaga apabila terdengar satu bunyi.Bukk!.Azhani terkejut.Bunyi apa tu?.Macam bunyi orang jatuh katil je?.Azhani pelik.Ah,biarla.Aku mengantuk gila ni.Tanpa menghiraukan bunyi itu Azhani menyambung lenanya.

Pada pagi subuh,mata Azhani mula terbuka apabila terdengar alarm daripada telefonnya.Namun dia merasakan badannya terlalu berat untuk bangun.Ish,apa belakang aku ni,berat sangat ni?.Tiba-tiba Azhani terasa tangan yang melingkari pinggangnya mula dieratkan.”ermmm…”.Suara dan nafas Syed Ariff kedengaran dekat ditelinganya.Azhani berpaling belakang.Betapa terkejutnya dia mendapati Syed Ariff sedang tidur dengan lena sambil memeluknya dari belakang.Ish,macamana mamat ni boleh ada kat belakang aku pulak ni?!.Siap peluk aku lagi!.Hati Azhani mula berdebar.Baik aku lepaskan diri masa dia tengah tidur.Azhani cuba melepaskan pelukan itu.Tapi makin menolak makin erat pula pegangan lelaki itu.Dia ingat aku ni bantal peluk ke,ni yang aku bengang ni!.Rungut Azhani di dalam hati.Tiba-tiba dia merasakan ada satu ciuman hinggap di lehernya.Jantung Azhani bagaikan mahu terhenti dengan perbuatan Syed Ariff.Kemudian dia terus menolak tubuh Syed Ariff dibelakang dengan sedaya upaya.”Hei,awak pura-pura tidur ke ha?!.”Azhani mula kaget dan menjauhkan diri dari Syed Ariff.Syed Ariff yang terus terbangun dengan mamai.”Apa yang kau menjerit ni,aku nak tidur pun tak aman.”Syed Ariff bengang tidurnya diganggui.”Yang awak peluk saya lepastu cium leher saya tak tentu pasal tu kenapa?!.”Azhani makin marah.

Peluk?.Leher?.Syed Ariff cuba mengingati kata Azhani tadi.Oh,maksudnya yang aku peluk semalam bukan bantal peluk tapi minah ni.”Peluk?.Cium?.apa kau merepek ni.Dahla aku nak sambung tidur.Pasal kau la aku bangun subuh-subuh macamni.”Syed Ariff pura-pura tidak mengerti.Syed Ariff terus menuju ke katil dan menyambung lenanya.Azhani masih tidak berpuas hati dengan sikap Syed Ariff.Dia memegang lehernya.Secara automatik mukanya merah apabila mengingatkan ciuman tadi.Azhani,kau jangan jadi gila teringatkan hal tu.Kemudian Azhani terus meluru ke tandas untuk mengambil wuduk.Syed Ariff yang mencuri pandang kearah Azhani memasuki tandas tersenyum.Best jugak aku peluk minah tu semalam.Kemudian dia terus tersambung lena dengan hati yang berbunga.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Aku Kau Bersama?! 13”
  1. amira says:

    keep on writing. it’s good but I hope it a little bit different from other “kahwin paksa” story hihihi

  2. Writer says:

    Hehehe..thanks for the comment mira.

  3. lin says:

    cliche gila smpai banglo 4 tingkat..realistik sikit kot

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"