Novel : ARIANNA ANABELLA ~Bukan Bidadari Impianmu~ 2

26 June 2013  
Kategori: Novel

406 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : vivianurazura

BAB DUA

Aku mencuci satu persatu pinggan di hadapanku sambil mengalunkan irama lagu My Baby You nyanyian Marc Antony.Suka benar aku dengan lirik lagu tersebut.Mungkin juga di penghujung lagu itu ada diselitkan dengan namaku.Sebab itu aku begitu meminatinya.Terasa seperti bekas suami Jennifer Lopez itu memujiku.

“You the reason I feel so alive…
Arianna…i feel so alive…

Ahh…alangkah bahagianya aku jika lelaki yang menyayangiku menyanyikan aku lagu ini.hehe..”

“Orang tua-tua kata,anak dara kalau menyanyi cerok dapur,nanti dapat laki tua!”

Adoiyai…hampir terlepas pinggan di tanganku dengan suara garau yang tiba tiba dari belakangku.Aku berpaling seketika lantas kembali memusatkan pandangan pada pinggan-pinggan di dalam sinki di hadapanku.

Rupanya kawan suami Lin.Berdiri betul-betul di belakangku.

“Pasal apa pula dia datang ke dapur ni? Tadi dah macam ular sawa kekenyangan..”

“Amboi…orang nasihatkan dia,tarik muncung pulak.Apa ingat cantik sangat ke? Sepuluh kali lebih cantik muncung Donald Duck tu dari muncung awak le…”

Berdesing telingaku mendengar ayat seperti perlian itu.Tiba-tiba kurasa darahku mendidih.

“Hoi cik abang ! Pernah dengar pepatah orang tua dulu,cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar dengar?
Salah cakap karang ada yang makan nasi pakai straw !

Ada yang senduk masuk kerongkong !” Lantang aku bersuara tatkala berpaling.Pantang ‘siot’ aku kalau muncung seksiku disamakan dengan muncung itik kuning tu !

Namun kata kataku hanya disambut dengan ketawa sahaja.Aku mencerlung tajam memandang wajah lelaki di hadapanku.

“Perghhhhhh !!! Tadi muncung itik,sekarang mata burung hantu pula? Terbaeekkkkkkkk le..” ,makin galak dia mempermainkn aku.

Senget ke apa mamat ni? Tadi di meja makan,baik dan sopan menyuap makanan.Sesekali bersembang dengan Syafiq dan Linda.Lansung tidak menyapaku.Lepas berbuka dah tukar jadi ‘setan’ ke? Waaahhhh…dasyat ni.Cepat betul ‘setan’ kat depan aku dibuka rantai? Berkarung sumpahan dalam hatiku.

Aku mengetap bibir menahan rasa geram.Dia masih galak tertawa.Tawa yang begitu menyakitkan hatiku.Menyucuk-nyucuk gegendang telingaku.Merobek-robek segenap sarafku.

Dan disebabkan rasa geram yang memuncak dan tak mampu kubendung lagi,tanpa kusedari senduk kayu di tanganku pantas hinggap di kepalanya.

“Aduh !!!

Aku terkedu dengan perbuatanku sendiri.Sejak bila aku garang sebegini? Dan lelaki itu terus menggosok kepalanya…

“Alamak! Maafkan saya.Saya tak bermaksud nak sakitkan saudara…” rasa bersalah memenuhi hatiku.Aku sendiri merasa pelik dengan tindakan aku.

“Kenapa dengan aku ni? Apa yang aku dah buat ni? ”, aku mencari jawapan akan sikapku tadi.

“Tapi dia yang mulakan dulu tadi ”, aku membela diriku.

Aku menghampirinya lalu cuba menyentuh kepalanya.Tetapi pantas tanganku ditepisnya.

Lelaki yang tak kuingati namanya itu tajam memandangku.

Tajam sekali pandangan matanya.

Senduk kayu di tanganku di rentapnya tiba-tiba.Terkesima aku dengan tindakkan itu!

Perlahan lahan dia menghampiri aku.Makin dekat,makin rapat.Aku menelan air liur.Tersekat di kerongkong! Apa pasal le air liur ni suka sangat tersekat di kerongkong aku kalau ‘time’ macam ni?

Perasaan takut mula mengalir.Aku cuba mengundur ke belakang namun terhalang dek sinki.

“Adoiyai….mana aku nk lari ni?” Mataku liar memandang sekeliling.Mengharapkan Linda atau Syafiq muncul.

Saatku buka mulut untuk menjerit,pantas tangan kanannya menekup mulutku.

Dia mendekatkan wajahnya padaku.Terasa hembusan nafasnya hangat menampar pipiku.Tiba-tiba terasa seram sejuk
tubuhku.Terasa lemah lututku.Terasa lembik tubuhku.

Perlahan lahan dia melepaskan tangannya dari mulutku.

Aku cuba menjerit,tapi tak berupaya.Terkaku ! Laksana terkena kejutan eletrik !

Hidungnya cuma seinci dari hidungku kini.Bibirnya bagaikan ingin berkata sesuatu.

Aku membesarkan mata.Cuba memahami gerakan bibirnya.

“Saya bagitahu mak saya,awak buli saya.Awak ketuk kepala saya dengan senduk! Siap la awak lepas ni ”

Dia tertawa kuat lalu meninggalkan aku yang terkedu.Terkebil-kebil laksana cicak tertelan kapur.Cuba memahami apa yang terjadi.

“Ariana,kau dah kene main !” Lantas otakku mengembalikan aku ke alam nyata.

“Arghhhhhhh!!!”, Kujerit sepuas hati melaungkan rasa marah dipermainkan sebegitu rupa.

“Yna,you kenapa?” Seperti cemas nada suara yang tiba-tiba dari belakangku.Aku lantas berpaling.Syafiq dan Linda !

Mungkin jeritan aku yang agak kuat menyebabkan Linda dan Syafiq bergegas ke dapur agaknya.

“You kenapa Yna? Kenapa menjerit tadi?” Lantas bahuku dipegang.Kurenung wajah yang masih bertelekung itu.Ternampak riak kerisauan.

Aku cuba tersenyum lantas menggeleng perlahan.

“Ermm…tak ada apa apa,Lin.Aku terkejut tadi.Ingatkan ular,rupanya getah paip je”,

Pantas pula otakku memberikan alasan bernas kali ini.Mujurlah mataku tertancap pada getah paip berjalur di sudut mesin basuh.

“Ya Allah…you ni Yna,dah berapa ratus kali la you datang ke dapur ni.Terkejut aku tadi.Tak sempat Syafiq baca doa,aku terus lari keluar bila dengar you menjerit “, Linda masih tak berpuas hati dengan jawapanku.

“Maaf ye Lin,Syafiq.Aku pun tak tahu macam mana boleh ‘terperasan’ getah paip tu ular”, aku mengucapkan maaf andai itu boleh memuaskan hati Linda.

“Tak mengapalah,dah nak terkejut nak buat macam mana”, lembut jawapan Syafiq menyapa pendengaranku.Linda Cuma mengganguk perlahan.Lantas keduanya berpusing menuju ke ruang depan semula.

Walaupun telingaku mendengar kata kata Syafiq itu,namun mataku tetap dapat memandang segaris senyuman penuh makna dari lelaki di belakang syafiq itu.

“Siott betul!!! ”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"