Novel : Benarkah Dia Jodohku? 6

27 June 2013  
Kategori: Novel

2,743 bacaan 1 ulasan

Oleh : Qaseh Damia

Bab 6 : Bersabarlah!

Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi, aku masih menunggu ketibaan sahabatku Jamilah di Lapangan terbang KLIA. Kali ini aku datang bersama dengan adikku Ainul,

“Akak, kawan akak tu boleh berbahasa melayu ke? Tadi Ainul dengar akak berborak dengan dia dalam bahasa melayu”,tanya Ainul sambil berkerut-kerut keningnya.

“Kawan akak tu dalam masa 5 bulan dia belajar bahasa melayu,agak fasih juga lah”,jawab aku sambil tersenyum mesra.

Selepas beberapa minit, dari jauh kelihatan Jamilah berpakaian jubah serba hitam dan tudung turkey warna putih sedang menarik bagasi menuju kea rah aku. Lantas kami bersalaman dan berpelukan,aku juga memperkenalkan adikku Ainul kepada Jamilah.

“You look so cute Rabiatul,its been a long time we never meet”,kata Jamilah setelah bersalaman dengan aku dan Ainul.

“Alhamdullillah,thank you..i know that”,jawab aku sambil ketawa kecil. Aku faham maksud Jamilah,berat badan aku memang semakin bertambah sejak akhir-akhir ini.

“Ainul sedang belajar di mana sekarang?”,tanya Jamilah dengan pelat Inggeris nya.

“Ainul belajar di University of Kent,Miss Jamilah dah nak kahwin ke?”,jawab Ainul dengan lembut.

“Nope, I’m just joking my dear,forgive me Rabiatul”,jawab Jamilah sambil menoleh kea rah aku dengan senyuman nakal.

“Sebenarnya, saya ditugaskan berada di Malaysia selama 12 bulan, membimbing pelajar-pelajar perubatan di Universiti Malaya dalam bidang pembedahan am”,sambung Jamilah sambil tersenyum.

“Ohh, sebab kerja rupanya..ingatkan betul-betul dia nak kahwin masa dalam e-mail hari tu”,jawab aku sambil ketawa kecil.

“Itu pun betul juga, I nak cari calon suami juga”, jawab Jamilah sambil tersenyum nakal.

*******************************************************************************

Sudah seminggu Jamilah tinggal di rumahku, kelihatan Jamilah seperti malu-malu lagi. Aku pun tidak faham, apa yang dia malu sangat tu!

Setiap kali nak lunch,dinner, atau breakfast pasti aku, Ainul dan Jamilah makan kemudian. Kami biarkan ayah, ibu dan Naufal makan dahulu kerana maklumlah Jamilah mahu tinggal sementara di rumah ini sebelum dia jumpa sebuah rumah untuk disewa. Tapi katanya nak beli rumah, entahlah!

Ketika aku sedang sibuk mengemas meja di dapur, aku terpandang gelagat adikku, Naufal dan sahabatku, Jamilah..Biar betul!!

‘Hmmm…tak mungkin-tak mungkin!’, desis hatiku..

*************************************************************************************

“Akak, yg mana satu ye cantik? Yang ni ke yang ni”, tanya adikku Ainul sambil menunjukkan baju pengantin pada aku.

“Hmm..akak rasa yg………”,tiba-tiba aku terkedu apabila ternampak pasangan yang berlalu di hadapanku.

“Akak ? yg mana…saa…tu”, Ainul pun turut terkedu apabila ternampak pasangan yg lalu itu.

“Akak..akak”,bisik Ainul padaku sambil menarik lengan bajuku.

“Ye akak tahu..”, kata aku dengan sebak.

“Akak jangan menangis kak..”,pujuk Ainul.

“Jomlah kita balik..”,jawab aku sebelum bergegas meninggalkan butik pengantin tersebut.

Minggu lepas terdapat satu rombongan meminang datang ke rumahku. Pada mulanya ibu bapaku ingatkan rombongan tersebut datang untuk meminangku tetapi rupa-rupanya meminang adikku,Ainul. Ibu ayahku kelihatan tenang dan memberikan keputusan yg tepat.Hal ini kerana adikku sememangnya cantik orangnya jika nak dibandingkan dengan aku. Adikku putih kemerahan tetapi aku berkulit hitam manis. Jadi untuk mengelakkan fitnah, ibu dan ayahku galakkan dia untuk bernikah awal walaupun masih belajar. Bakal suami adikku juga merupakan pelajar di universitinya, mereka suka sama suka tetapi tidak diluahkan perasaan tersebut. Masakan tidak ! Adikku aktif dengan program-program di universiti dan bercampur dengan semua orang. Tetapi ada batasnya!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Benarkah Dia Jodohku? 6”
  1. baby mio81 says:

    best ada blog x.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"