Novel : Encik CEO, I’m Yours! 5

17 June 2013  
Kategori: Novel

6,727 bacaan 13 ulasan

Oleh : Nurul Dalila

BAB 5

Rafique tersenyum pada Datin Nora apabila pintu rumah dibuka oleh Datin Nora.Datin Nora membalas senyuman Rafique.Rafique menyalami dan mencium tangan Datin Nora.Sejak dari kecil dia dan Asyikin diajar agar menghormati orang tua.

Rafique berjalan beriringan dengan Datin Nora ke sofa.Rafique duduk dan menyandarkan badannya.Matanya dipejam kejap sambil tangannya lincah melonggarkan tali leher.Dia amat keletihan hari ini.Dengan urusan di pejabat dan hal yang berlaku tengah hari tadi di restoran.

“Mummy mana Syikin?” tanya Rafique.Kelibat Asyikin dari tadi dia tidak nampak.Kalau tidak pasti tercongok di depan tv melihat drama-drama yang disiarkan di kaca televisyen.

Datin Nora mengeluh. “ Dalam bilik.Sejak balik dia dok berkurung aje dalam bilik.Dipanggil keluar pun masih tetap tak nak keluar.Macam tak tahu kalau adik kamu tu merajuk macam mana.Suka duduk dalam bilik buat hal sendiri.”

Rafique diam.Marah lagi ke Asyikin terhadap dirinya.Dia ingatkan kemarahan Asyikin sudah surut namun tidak-tidak juga.Rafique tersenyum nipis sebelum bangun.Baru dia ingin melangkah Datin Nora bersuara.

“Fiq tahu sebab apa Syikin marah? Fiq gaduh dengan Syikin ke?” teka Datin Nora.Datin Nora boleh menghidu ada sesuatu yang berlaku antara anak sulung dan anak bongusnya itu.

“Emm taklah mummy.Fiq naik atas dulu.Nak mandi.Badan ni terasa melekit-lekit.”

Dia terus menapak naik meninggalkan Datin Nora di bawah bersendirian.Rafique melintasi bilik Asyikin namun mengundurkan diri ke belakang semula.Dia berdiri lama di hadapan bilik Asyikin.Dia teragak-agak ingin mengetuk pintu bilik.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bersua muka dengan Asyikin untuk menyelesaikan masalah mereka.Pintu bilik Asyikin diketuk bertalu-talu tetapi tiada sahutan.

“Syikin.Bukalah pintu ni.Bagi aku peluang terangkan semuanya dekat kau.”

Rafique mengeluh.Asyikin tidak menjawab.Entah apa yang dibuat adiknya di dalam bilik.Jangan buat perkara
bodoh pula sudah.

“Adik cepatlah buka pintu ni.Kang abang pecahkan pintu ni baru tahu,” ugut Rafique.Dia sudah membahasakan
dirinya abang dan memanggil Asyikin adik.

“Adik! Adik dengar tak ni apa yang abang cakap.Okey.Abang pecahkan pintu ni.Satu,dua,tiga!”

Rafique ke belakang.Dia sudah berlari ke depan ingin memecahkan pintu bilik Asyikin.Namun tanpa semena-
mena pintu bilik Asyikin terbuka.Dia sudah tidak boleh berhenti lalu jatuh tertiarap di dalam bilik Asyikin.Rafique mengusap badannya yang terasa sengal-sengal.Dipandangnya Asyikin yang menjelingnya.Asyikin duduk di birai katil dan menyambung membaca novelnya semula.Asyikin mengengsot ke tepi apabila Rafique melabuhkan punggung di sebelahnya.

“Kau nak apa? Adik-adik! Siapa adik kau? Perasan,” kata Asyikin.Matanya masih memandang novel di tangan.

Bukan dia tidak dengar mulut bising abangnya di luar merayu-rayu.Sudah buat dia sakit hati barulah nak merayu-rayu minta dimaafkan.

“Syikin lah adik abang.Aku minta maaf pasal tengah hari tadi.Aku tak bermaksud nak halau kau.Aku cuma tak nak kau bergaduh dengan Nila itu aje.”

“Eleh tak nak aku gaduh Nila konon.Dia yang buat hal dulu.Aku diamkan aje.Aku ni geram macam mana pun tak terfikir bergaduh bertinju dengan Nila tu depan khalayak ramai.Aku bukannya macam awek kau tu.Muka tu lawa lah juga tapi perangai tak semenggah.”

Rafique mengulum senyuman.Jika Asyikin sudah banyak cakap maknanya rajuknya tidak lama lagi akan hilang lah tu.

“Ye aku tahu.Nila tu yang buat hal dulu.Nila tu dari dulu memang macam tu.Aku minta maaf ye.”

Asyikin menatap wajah Rafique.Kemudian dia mengangguk.Bergaduh dan merajuk lama-lama pun buat apa.Rafique
memaut bahu Asyikin.

“Sejak bila kau couple dengan Nila?” Asyikin menyoal.Masa inilah rahsia Rafique hendak dikorek.

“Hampir setahun.”

Mata Asyikin terjojol.Hampir setahun?

“Lama juga tu.Tiada sesiapa tahu?”

“Emm tiada sesiapa tahu.Aku dengan Nila berpakat nak rahsiakan hubungan kitaorang.Nila tu anak
Dato’Qaisy.Aku tak mahulah kisah percintaan aku terpampang dekat depan surat khabar atau majalah.”

Asyikin mengangguk.Dia tahu Rafique dari dulu tidak suka kisahnya menjadi bualan orang ramai.Jika
berkenaan dengan kerja dia okey tetapi bukan kisah peribadi! Rafique menguis-guis kakinya pada lantai.

“Oh macam gitu.Nasib baik diorang tak kenal aku sangat.Cuma diorang tahu daddy ada anak perempuan.Novel-novel yang aku yang kau pinjam Nila tu lah sebenarnya yang pinjam?”

“Emm.Aku nak kau tahu satu hal lagi.Tengah hari tadi aku dah putus dengan Nila.”

“Kau biar betul? Aku tak suruh pun kau putus dengan dia.Kau kan sayangkan dia.”

“Betullah.Aku tak main-main.Memang aku sayangkan dia tapi aku lebih sayangkan kau.Kaulah satu-satunya adik aku,” ujar Rafique dan mencubit kedua-dua belah pipi Asyikin.Asyikin menolak tangan Rafique.

“Tapi…”

“Shhh! Senyaplah.Banyak bunyi pulak dia.Aku boleh dapat perempuan yang lebih baguslah daripada dia.Aku nak pergi bilik aku dulu.Nak mandi.Disebabkan nak pujuk kau sampai sekarang aku tak mandi lagi.”

“Danish Rafique.Terima kasih abangku sayang!”

Rafique mengenyitkan mata sebelum keluar.Asyikin menyengih panjang.Novel di tangan diletakkan di atas meja.Asyikin membaringkan tubuhnya di atas katil.Dia tidak menyangka sampai begitu sekali Rafique sayangkan dirinya.Selama ini apa yang dia buat pasti dibantah Rafique.Asyikin masih tersenyum.Mata Asyikin semakin lama semakin berat.Dia terlena dengan senyuman.

################################################

Asyikin menggeliat ke kiri dan ke kanan.Bunyi jam loceng yang membingitkan telinganya di tutup.Jam menunjukkan pukul 5.55 minit pagi.Hari ini adalah hari pertama dia bekerja di Mewah Holdings.Asyikin mencapai kain tuala yang tersidai sebelum masuk ke dalam bilik air.

Setelah selesai mandi dia mengerjakan solat subuh terlebih dahulu.Dia menyimpan telekung dan sejadah ke dalam almari.Asyikin menyanggul rambutnya.Puan Mon kata rambut haruslah disanggul tidak boleh dibiarkan lepas.Bak kata Puan Mon datang nak pergi kerja bukannya nak buat iklan rambut ala-ala syampu Rejoice.Dia terus keluar tanpa memakai mekap di wajah.

Asyikin gelisah di ruang tamu menanti orang tuanya.Mana daddy dengan mummy nya? Kenapa tak turun lagi? Kereta Kancil itu sudah ada ke belum? Dia mengintai di luar.Tiada.Asyikin menerpa ke arah Dato’Rahman sebaik sahaja Dato’Rahman turun ke bawah.Datin Nora tersenyum.

“Daddy kereta Kancil tu mana? Tak dapat ke? Cepatlah daddy.Syikin dah lambat ni.”

“Sabarlah Asyikin oooi.Ada dekat luar tu.Sebelah kereta kamu.Tak nampak ke? Tu lah malam tadi daddy nak beritahu Syikin tapi Syikin dah tidur.Malas nak ganggu,” ujar Dato’Rahman.

Pintu rumah dibuka.Asyikin laju berlari ke luar.Dia meninjau kereta Kancil bersebelahan dengan kereta BMW nya.Nampak jelas perbezaannya.Asyikin tersenyum melihat kereta Kancil barunya.Berwarna pink dan bertompok-tompok putih.

“Daddy mana kunci? Cepatlah,” gesa Asyikin dan menghulurkan telapak tangannya.Dato’Rahman ketawa sebelum meletakkan kunci kereta pada telapak tangan Asyikin.Asyikin mengoyang-goyangkan kunci kereta tersebut.

“Reti tak bawa? Luar je nampak buruk tapi dalam tu cantik.Enjin pun tip top.Daddy dah servis.”

“Mestilah reti.Kereta Toyota Alphard daddy yang besar tu pun Syikin boleh bawa apatah lagi kereta kecik
ni.Okeylah mummy,daddy Syikin pergi dulu.Doakan Syikin tau.”

Asyikin menyalami tangan orang tuanya sebelum masuk ke dalam kereta.Asyikin mengundurkan kereta itu perlahan-lahan.Asyikin melambai sebelum pergi.

##########################################

Asyikin melihat Puan Mon sedang berdiri di sebalik dinding.Asyikin berjalan terjengket-jengket.Puan Mon dilihat
sedang bermain sms dengan seseorang.

“Hah!” Sergah Asyikin.

“Oh mak kau meletup! Abangku sayang! Eh apa ni Asyikin!” Latah Puan Mon sebelum memarahi Asyikin.Asyikin
tersengih panjang.Terlompat-lompat Puan Mon semasa disergah.Nasib baik tidak jatuh berkecai telefon Puan Mon.

“Puan Mon tak nak perkenalkan Syikin dengan rakan sekerja yang lain ke?” tanya Asyikin.

Puan Mon melihat jam di tangan terlebih dahulu sebelum menjawab. “Bagus datang tepat pada waktunya.Emm jomlah.Diorang ada dekat bilik rehat tu.Disitu jugalah tempat untuk menyimpan barang-barang Asyikin.”

“Maksud Puan Mon lokar?”

“Ha’ah.Mari.”

Tangan Asyikin ditarik supaya mengikutnya.Asyikin hanya mengikut ke mana sahaja Puan Mon menariknya.Tiba
di satu bilik Asyikin ditolak masuk oleh Puan Mon.Mata-mata yang berada di dalam bilik tersebut memandang Asyikin dengan riak wajah pelik.Terdapat tiga orang lelaki dan tiga orang perempuan.Dicampur dirinya dengan Puan Mon semuanya lima orang perempuan.

“Semua perkenalkan ni Asyikin pekerja baru kita.Syikin,yang pakai tudung ni Liya,yang comel-comel ni Kasih dan muka garang ni Kak Pah.Tiga orang ni lelaki ialah Pak Bahar,Rizal dan Tuah.Tuah aje nama dia bukan Hang Tuah,” Puan Mon memperkenalkan Asyikin.

Asyikin mengangguk dan tersenyum.Mereka semua membalas senyuman Asyikin dengan mesra.

“Okey Syikin kamu simpanlah barang-barang dulu.Kita mulakan kerja tepat pukul 7.20 pagi.Ingat ronda di
sekitar syarikat ni aje.Jangan nak pergi ganggu diorang buat kerja di atas.Jangan naik ke tingkat atas sekali.Di situ tempat bos.Bos tak suka.CEO kita Tengku Akmal dan Pengarah Projek kita Tengku Azwan,” terang Puan Mon.

Asyikin mengangguk sekali lagi.Dia mencebik tatkala Puan Mon menyebut nama Tengku Akmal.Siapa nak naik tingkat atas? Sajalah tu nak tunjuk dia berkuasa.Asyikin menyimpan barangnya di dalam lokarnya.

“Emm nak panggil apa ek? Asyikin ke Syikin?” Tuah ingin menggatal.

“Terserah.Tak kisah apa-apa pun,” jawab Asyikin perlahan.Dia duduk di sebelah Kak Pah.

“Kalau macam tu nak panggil sayang boleh tak?” Rizal pula yang cuba menggatal dengan Asyikin.

“Boleh,boleh blah! Panggil Syikin je,” kata Asyikin.Mereka semua ketawa.

“Selamat datang ke dalam Mewah Holdings Syikin.Kak Pah harap kamu kerja lamalah di sini ye.”

Asyikin tersenyum lalu mengangguk.Pagi ini sahaja sudah beberapa kali dia main angguk-angguk
kepala.Asyikin dan yang lain-lain bersiap sedia ingin menjalankan tugas.Asyikin menjalankan tugasnya dengan meronda di dalam syarikat bersama Kasih.Sambil berkerja sambil berbual.

Jam sudah menunjukkan pukul 5.30 petang.Sekejap sahaja lagi dia sudah boleh balik.Rupa-rupanya tidak susah mana kerja ini.Berjalan dan meronda-ronda di sekitarnya.Puas juga dia menunggu ingin melihat wajah Tengku Azwan dan Tengku Akmal namun tidak muncul jua.Duduk terperap di dalam bilik membuat kerja sahaja.Takkan lah dia nak naik ke tingkat atas.

Asyikin keluar dari bilik rehat dan berjalan beriringan dengan Liya.Memang mudah berkawan dengan mereka semua ini.Asyikin menolak pintu kaca tetapi tidak disangka seorang pemuda telah merempuh masuk menyebabkan Asyikin hilang imbangan dan hampir jatuh.Tetapi pemuda tersebut sempat menyambut Asyikin daripada jatuh.Lama mereka bertatapan sebelum Liya berdehem menyedarkan mereka berdua.Pemuda itu melepaskan pelukannya di pinggang Asyikin.Asyikin menundukkan wajah kerana malu.

“Be careful next time.” Ucap pemuda itu sebelum bergerak laju menuju ke lif.

Asyikin masih memandang pemuda tersebut.Handsomenya! Rambut panjang paras bahu dan dikat tocang satu.Nampak gentlemen! Muka dia mak aihh korea lah pulak.Siapa lelaki korea tu?

“Syikin kau okey tak?” soal Liya risau melihat Asyikin diam tidak bergerak-gerak masih memandang ke arah lif.

“Okey,okey.Liya kau kenal tak siapa lelaki tadi? Muka macam orang korea.”

“Apasal pulak tak kenal.Yang itulah Tengku Azwan! Memang muka dia macam orang korea pun.Kalau tak silap aku Puan Aiza iaitu mama kepada Tengku Azwan orang korea.Sebab itulah.Handsome kan?”

Asyikin pantas mengangguk.Memang handsome! Oh ibu orang korea patutlah muka macam tu.Dia ingatkan lelaki korea mana sesat dalam Mewah Holdings.Memang betul cakap Zur’ain.Tengku Azwan orang baik.Buktinya masa dia selamatkan aku time jatuh dia tidak mengambil kesempatan,desis hatinya.

“Tengku Azwan abang ke adik?”

“Adik.Tengku Akmal abang.Tengku Akmal tu lebih..”

“Okey thanks for the info.Pasal Tengku Akmal aku tak nak dengar.Liya aku balik dulu,” ujar Asyikin.

Liya terpinga-pinga.Dia masih melihat Asyikin yang sudah jauh berjalan.

“Tengku Akmal tu lebih handsome,” sambung Liya perlahan.

Asyikin yang sedang duduk di dalam kereta masih tidak menghidupkan enjin keretanya.Dia menekan-nekan keypad telefonnya berkali-kali.Pesanan ringkas di hantar kepada Zur’ain.Asyikin tersenyum dan menghidupkan enjin keretanya.

Selamat membaca…sorry kalau en3 kali ni pendek sedikit.. :D




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Novel : Encik CEO, I’m Yours! 5”
  1. sakura_chan says:

    akak,sambunglah lagi citer nie..best lahh,kawan saya pon tercari-cari novel ni..kami harap akak dapat terbitkan novel ni..
    ganbatte~

  2. Nurul Dalila says:

    terima ksih sakura_chan..insyaAllah jika ada rezeki psti novel ini akan diterbitkan..doakan ye agar ECIY berjaya diterbitkan.. :D

  3. liana129 says:

    ada blog tak?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"