Novel : Love Story, Cinta Cyber Usahawan Jelita 3

12 June 2013  
Kategori: Novel

1,183 bacaan 1 ulasan

Oleh : Zai Malek

Bab 3

Keriuhan dan kesesakan penumpang di KLIA tidak dihiraukan kerana terpegun melihat ketampanan lelaki pujaan hati depan mata. Lama dinantikan saat-saat romantis seperti ini, akhirnya tercapai jua. aku tersenyum girang di ruangan ketibaan.

“Kim! What is this?”

Aku terkejut tak kala menerima jambangan bunga ros merah ditangan. Muka berseri-seri dengan lirikan senyum sampai ke telinga. Gaya bersahaja Kim Beom pelakon kacak Korea berdepan dengan aku.

“Yes. Bee, special for you…….I love you,” dengan redupan matanya yang mempersona.

“Oooh, I’m speechless… Kim, I love you too my sun…..” kataku terhenti

Aku terus buka mata, terjaga dari tidor. Aku lihat pakaian aku habis basah. Simbab memegang ceduk air dengan muka yang menyingga..

“Oiiii, wake up. Day dream lagi… please be mature Chinobe. Dari tadi kejut bangun subuh, mengelat” marah Simbab.

Aku senyum sumbing pada Simbab teman sekolej yang banyak mendedahkan aku akan kehidupan muslimah kini. Dalam hati mengutuk sendiri, itulah padahnya kalau tidur mengigaukan pelakon korea pujaan hati, Kim Beom.

“Simbab! I really love you my sweet heart… ?” ayat coverline aku balas.

Aku mengesat muka dengan selimut. Nasiblah aku kat bilik hotel ni, kalau kat rumah memang sah sah-lah kena jemur tilam. Brutal juga kawan aku sorang ini. Memang lepas ini aku tidak berani nak sebilik dengannya lagi. Taubat!!!

“Eeeeeee, geli-geleman aku. Ada hati nak dating dengan Kim Boem. Amoi ya, mata pun sepet .… hahahahahahah. Sudahlah, layan you ni sampai petang pun tak habis. Ehh, cepatlah siap boleh breakfast kat coffee house. I go first. Malique wait outside…” gelak Simbab.

“Ai, ai Boss, my darling Simbab” balas aku

Aku senyum meleret sambil merebahkan badan semula ke tilam. Tangan kanan dibetulkan kedudukan dan menarik selimut ke dada. Sedap juga berbaring atas katil yang sudah basah.

“Chinobe, I’m serious. Wake up…” bantal jatuh tepat ke muka aku

Wajah Simbab sudah berubah warna menjadi ala-ala Superhero bewarna hijau… tunggu masa baju nak koyak. Nasib baik tudung tu warna hitam, kalau hijau dah sah meletop. Aku tidak berani. Baik aku lari anak masuk ke bilik mandi.

“Hah tahupun takut. Baru sikit aje aku baling, kalau aku tahu macam ni dari subuh tadi dah kena baling bantal kat anak cina ni” bebel Simbab.

“Wei, sudahlah membebel tu. Aku siaplah ni, aku tahu kau lapar pergilah cepat nanti makanan kat Buffet line tu habis,” jerit aku dari bilik air.

“Siaplah kau, Chinobe. Lambat tinggal sorang-sorang kat sini,” Simbab meninggalkan aku sendirian.
Aku dengar bunyi pintu kunci berdentum. Makna Simbab sudah keluar.

“Kalaulah Simbab tukar warna hijau, ada lagi ketot aku dibuatnya. Uhhhh baik jangan, susah nak pujuk balik nanti. Silap-silap ada yang sampai KL nanti naik ambulan. Aku pun satu, ada ke boleh bermimpikan Kim Beom, tak masuk akal betul. Cuma, kalaulah ia menjadi kenyataan mesti aku jadi hiasan muka depan seluruh Malaya….Chinobe, gadis Idaman
Kim Boem wedding of the year. Hahahahahahah seronoknya,” senyum Chinobe sendirian.

Tersenyum sambil tangan memulas mencari paip air…..

“Aduhhhhhh, panasnya. Simbabbbbb I hate you” jerit aku sekuat hati.

Di Coffee house, dipenuhi dengan serombongan 40 orang penunggang motor berkuasa besar dalam aktiviti kembara 4
hari 3 Malam ke Utara. Aku sangat sedih lagi terharu teman-teman rapat aku sepakat untuk menaiki Nissan Murano milik Uncle Jack sepanjang konvoi ini, memandangkan keadaan aku yang masih bersimen tangan.

“Chinobe?” tanya Kaisara tak kala melihat Simbab sendirian menuju kearah meja mereka.

“As usual, day dream. That Amoi celup aaah, always drive me crazy. Tahu tak dari subuh aku kejutkan dia baru
setengah jam tadi dia bangun, itupun lepas kena jirus air,” cerita Simbab sambil tersengeh.

“Hahahahahah… berani kau jirus Amoi Singa tu Simbab?” tanya Alex.

“Singa dia aje, kita nak takut. Singa aku dia belum tengok lagi,” rungut Simbab.

Alex dan Malique sudah mengekek ketawa. Kelakar juga kalau sekali sekala Simbab ini buat lawak. Selamba aje buatnya.

“Simbab jadi Singa, susahlah I nak tackel,” peluk Malique selamba.

5 sekawan ni memang rapat sejak mula-mula masuk kolej lagi. Ada saja aktiviti yang dirancang untuk dilakukan bersama. Simbab dan Kaisara memang sudah lama bersahabat dengan aku sejak sekolah menengah lagi.

Siapa tidak kenal aku, gadis kacukan Cina dan Melayu yang mempunyai perangai yang cukup unik. Lahir dalam keluarga ahli perniagaan yang sibuk, selalu mengajar aku dan adik beradik yang lain lebih berani dan berdikari dalam kehidupan seharian. Oleh kerana itu, teman rapat susah nak jangka apa kemungkinan dan tindakan yang akan kami dilakukan.

Tit tut tit tut tit tut…. Talipon bimbit Blackberry Simbab bernyanyi

Simbab, aku bawa beg sekali. Shoulds I bring your beg too? – Chinobe Hi

Balas Simbab.

No. X habis packing. Hurry up, we waiting @ Coffeehouse. – BFF Simbab
Balas Chinobe.

Wokey. OTW now – Chinobe Hi

Chinobe mencapai backpack yang berada di tepi pintu. Selamat Tinggal Penang, ada masa aku sampai lagi. Ada masa aku datang lagi, masa tu nanti boleh lepak lama sikit dari hari ni. Jadual aktiviti ketat sungguh penat rasa seluruh badan.

Sambil berjalan sempat mendail nombor talipon bimbit mama kesayangan. Rindu sungguh rasanya dah hampir 4 hari tidak ketemu. Persis anak manja bunyinya. Padahal aku nak tahu rancangan mama, dengar cerita kak Enna sudah nak pulang.

“Morning Mama,”

“Morning Sayang, Bee kat mana ni. Bila balik?”

“Masih di Penang. Petang sikit kot, this morning ada closing ceremony. Lepas tu baru free and easy. Ingat nak
ronda-ronda Penang kena pasembor dulu ke. Lepas tu baru gerak balik. Maaa…. Bee miss Mama so much,”

“Mama pun miss Bee so much….okey-lah Mama nak bersiap-siap keluar dengan Along dan Kak Aisyah. Gie Bangsar nak cari barang untuk Enna. Nanti malam kita dinner sama ya, nasi lemak kat warong Bee Lembah Pantai tu okey? Esok kak
Enna balik,”

“Wow… sedap tu. Dah lamakan kita tak gi sana. Kak Enna balik? Bukan dia kat Jerman ke sekarang ni,ma?,” serkap jarang aku. Padahal aku sudah dapat pesanan Kak Enna kelmarin.

“Emmm…entahlah. Enna call mama suruh ambil esok. Tak sabar nak balik katanya. Bee take care pesan kat Alex jangan pandu kereta laju-laju. Lepas ni rehat pulak kat rumah, Mama risaulah,” bebel Mama.

“Mama!,”

“Oookey okey okey. Tapi Bee, Mama serius ni, lepas ni kurang sikit aktiviti lasak ya. Mama teringin tengok Bee
lemah lembut pulak rasa sweet ajee, macam Kak Enna,”

“Eeeeeee Mama ni naik bulu roma Bee. Nak buat lawak pun pleaselah Mama, don’t ask me to do that…. What you call Perempuan Melayu Terakhir,”

“Hahahahaha…. I still believe one day you will became the Chinobe that I dream you to be,” harapan mama.
Aku tersengeh di sini. Macam-macamlah mama ni.

“Hahahahaha what ever-lah Mama, okey I got to go.Love you so much,”

“Love you too, bye my sweet Hana Irdina,”

“Bye”

Aku terdiam sekejap, mendengar Mama memanggil aku dengan nama tu mesti aku dah buat silap apa-apa. Aku sudah buat apa ya? Sebelum keluar hari tu, bilik dah kemas dan barang dapur yang Bibik tuliskan pun dah siap beli. Apa ya… mmmmmm tak palah. Nanti malam, sediakan telinga ajelah.

“Hah, itu pun dia, serius. Abang Kim tak nak turun makan sekali ke?” usik Simbab yang lain berpandangan sesama sendiri penuh tanda tanya.

Aku tersengeh. Tahu mesti kena jadi bahan usikan geng aku yang gempak ini. Wajah Simbab yang selamba aku toleh.

“Hahahahah… korang pun tahu ke pasal Abang Kim?” aku membetulkan cap di kepala.

“Ya, Abang Kim mana pulak ni. Abang Alex ada la depan mata you ni,” ucap Alex dengan senyuman mengoda. Suka sangat
mengusik adik sepupu rapatnya ini.

“Kim Boem the famous,” dengan kening terangkat bangga. Aku berdiri sambil tersenyum.

“Hahahahaha…. Kalau iya pun berangan janganlah over sangat kot… Kim Boem pelakon korea yang handsome tu tak nengok ko sebelah mata pun, sebab mata ko pun dah sepet,” deraian ketawa mereka memang sudah aku jangka.

Riuh rendah meja kami. Perangai gila-gila kami yang selamba itu selalu membuatkan orang lain terpanggil untuk turut sama mengikuti perbualan kami. Dari mulai kembara 4H3M di Penang hinggalah ke hari ini kami sentiasa ceria dan ada sahaja jenaka yang meriuhkan suasana.

Acara penutup kembara ini adalah upacara penyampaian sijil kepada empat puluh orang peserta kembara yang terdiri daripada golongan korporat dan pelajar Universiti Stamford yang merupakan urusetia Kembara Titian Harapan anjuran Yayasan TQ.

“Puan Siti, mana keluarga yang lain?” tanya aku ramah.

“Masih penat dalam bilik lagi. Chinobe. Kenalkan ini Izzah anak saudara I baru sampai semalam?”

“Oooo hi, Saya Chinobe,”

“Oooo ini ke dia Chinobe. Selalu dengar nama now dah kenal orangnya,” senyum Izzah
Puan Siti Khatijah merupakan Pensyarah di Universiti Stamford dan juga Penasihat Kelab Kebajikan Universiti

Stamford. Banyak program amal dianjurkan bersama dengan Yayasan TQ bagi mengumpulkan dana membantu mereka yang susah dan memerlukan.

Aku dilantik menjadi Naib Pengerusi Kelab Kebajikan Universiti bagi memudahkan kelab mendapatkan peruntukan kewangan dan penyertaan dari golongan berada dalam kelab yang kurang popular di Universiti ini. Selama dua tahun di Universiti, kelab ini makin popular dan banyak aktiviti-aktivi amal telah dijalankan.

Upacara penutup, Simbab selaku pengacara majlis mengenakan aku dengan penuh bersopan. Aku diminta membuat persembahan solo di atas pentas. Aduiii, macamana nak buat persembahan latihan pun aku tidak buat. Aku pun tidak bersedia. Wajah Simbab aku pandang dengan ganas. Rasa nak terkam macam singga pun ada.

“Untuk menutup tirai majlis kita pagi ini, kami bagi pihak urusetia ingin menjemput Naib Pengerusi Kelab Kebajikan Universiti Stamford, Cik Chinobe Hi untuk menghiburkan kita dengan satu lagu”

Tersedak aku, ingat dia saja main-main. Rupanya betul. Teman-teman di meja yang ketawa sambil bertepuk tangan.

“Eeeeehhhhh apa ni korang, tak da pun dalam atucara majlis yang aku kena buat persembahan. Ini dah kes nanya ni, kalau iya pun nak suruh buat persembahan. Beritahulah aku, boleh dress-up cantik sikit” aku bangun membetulkan cap di kepala.

Untuk menghormati majlis, aku terpaksa akur dan berlalu ke pentas dengan wajah yang merah padam. Microphone yang dihulurkan Simbab dicapainya bersahaja.

“I hate you, Simbab,” bisik aku tajam.

Simbab senyum sampai ke telinga. Suka sangat dia dapat kenakan aku. Tahu aku tidak akan membantah di khalayak
ramai. Sejurus kemudian, Alex pun naik ke pentas dengan gitar kapuk dan meletakkan sebuah kerusi di tengah pentas. Terkesima aku sebentar.

“Uuuhhh, parah. Sebenarnya saya tak tahu akan tugas ini takda dalam atucara majlis, minta maaf saya pada Ybhg Dato Taqiuddin dan Datin Qaisara selaku penaung Yayasan TQ, Puan Siti Khatijah Penasihat Kelab Kebajikan, tuan-tuan dan puan-puan uhhh malunya…. walau bagaimana pun as per request I have to perform well-lah kan,” hadirin yang sporting hanya ketawa dan bersorak mengusik.

Ucapan bersahaja aku begitu memeriahkan suasana. Alhamdulillah, ini berkat kemahiran komunikasi yang aku belajar dari mama. Hasilnya Kembara Titian Harapan ini berjaya mencapai kutipan amal RM50 ribu ringgit dalam tempoh masa
itu.

Hadirin menikmati persembahan aku sambil menjamu selera hidangan sarapan pagi. Farish Irsyah baru sampai ke meja VIP bersama dengan Izzah. Mata tertumpu pada gadis cina yang santai berbaju T putih polos jean chocolate paras lutut dan bercap Adidas merah juga tangan kanan berbalut simen di pentas.

“What did I miss ma, itu kan Chinobe Hi. Buat apa dia kat sini? soal Farish.

Penat dan pening Farish nak melayan kerenah Datin Qaisara yang tidak sudah-sudah mencarikan jodoh isteri buatnya.
Sampai terganggu kerja-kerjanya di pejabat. Ini disuruhnya datang menghadiri penutup Kembara Titian Kasih di Penang pulak. Kata ada seseorang yang ingin diperkenalkan pada Farish.

“Ooo itulah Urusetia Hebat MakSu Siti kau ni, Chinobe Hi. Kelakar dan petah budak ni, walaupun kena frame dengan kawan-kawan dia masih selamba…. Kesian dia,” ketawa Datin Qaisara.

“Chinobe Hi!”

“Chad kenal ke?” tanya Datin Qaisara terkejut

“Dia adik kawan Chad, Dr. Hisyam,” jelas Farish Irsyad.

“Oooo kenallllll..,” jawab Datin Qaisara perlahan.

Ishhh tidakkanlah Chinobe Hi ini yang disebut-sebut oleh papa dan mama tiga empat hari lepas. Memanglah cantik tapi untuk jadi isteri memang tidak sesuai.. Uhhh gadis lincah yang outgoing, lasak, maintenance tinggi ni… oooo she is not my type to be my wife. Jadi girlfriend memang kelas, ngomel Farish dalam hati.

Chinobe di pentas membetulkan cap sambil mengenyikkan mata pada Simbab di penjuru pentas. Berkira-kira apa yang
sepatutnya dilakukan. Microphone diperbetulkan kedudukannya ajar selari dengan bibirnya.

“I have no idea what to sing, perhaps Mr Alex ni boleh iring saya,”
Itu memang sudah kepastian di Kolej dimana ada Chinobe membuat apa-apa persembahan, Alex pasti menyelit. Sampai lekat gelaran ‘Pasangan Duet Chinobe’

“Mmmmm…. Pada saya kembara ini merupakan kenangan yang terindah sejarah dalam Kelab Kebajikan Universiti Stamford kerana memperolehi kutipan amal sebanyak lima puluh ribu ringgit. Sokongan tuan-puan dan bantuan teman-teman – terima kasih banyak-banyak. And last but not least, Pn Siti we love you so much. Untuk itu saya ingin sampaikan lagu dendangan Faizah Tahir, Kenangan Terindah.”

Suara merdu aku mampu buatkan orang terpegun, termasuklah Farish. Boleh tahan juga suara Amoi ni ingatkan hanya boleh main gitar aje.. sudu di tangan diletakkan di pinggan menikmati persembahan.

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku
Ooh…

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah
Ooh…

Aku berlagu dengan nada santai dan bersahaja. Simbab dan Kaisara menuju ke Pentas memberi sokongan pada aku. Keakraban kami boleh dilihat oleh hadirin semua. Situasi itu memang dapat peserta kembara lihat sepanjang kembara berlangsung, mulai dari hari pertama hinggalah hari penutup ini.

Siti Khatijah bangun dengan membawa pasu bunga meja ke pentas. Deraian gelak ketawa hadirin jelas kedengaran. Ciuman melekat di dahi aku tanda ucapan terima kasih Siti Khatijah.

Farish dapat merasai aura Chinobe Hi ni memang kuat. Sejak tiga empat hari, lepas di desak oleh Datin Qaisara untuk memperkenalkan gadis itu sebagai calon isteri membuatkan Farish tiba-tiba jadi meluat. Mana ada zaman modern ini calon isteri yang dipilih oleh keluarga sendiri. Tidak rocklah. Hatinya tiba-tiba berbulu sangat dengan Chinobe yang pada mulanya ingin dikenali dengan lebih dekat. Namun akibat terlalu didesak Datin Qaisara untuk diperkenalkan sebagai calon isteri niat untuk mengenali Chinobe dengan lebih dekat terpadam… apalah anak-anak muda sekarang ni sudah tiada nilai ketimuran, bentak Farish lagi. Calon isteri pilihan Farish perlu menutup aurat,
berpendidikan tinggi, bertatasusila mulia dan pandai mengambil hati orang tua.

Raut wajah Farish yang berbulu itu dapat dibaca Datin Qaisara. Mamat Perfectionist ni, memang tak boleh nampak perempuan yang menonjol bakat mereka, bebas bergaul dan sentiasa menerima pujian. Padanya perempuan perlu duduk di rumah menjaga anak dan suami nak kerja tu boleh sekadar membuka butik ke, jadi cikgu ke. Kerja yang kasar-kasar tidak boleh, itu bukan Gadis timur yang bersopan santun dan tinggi akhlaknya.

Datin Qaisara jatuh hati pada perwatakan Chinobe Hi pada hari pertama dia mengikuti Kembara Titian Harapan ini bersama adik iparnya Siti Khatijah. Suatu yang istimewa ada dalam diri gadis bernama Chinobe Hi ini dan cukup sesuai dipadankan dengan anak terunanya si Farish Irsyah.

Datin Qaisara sudah menjadi perisik ala-ala CSI mengetahui perihal Chinobe Hi daripada Siti Khatijah.

“Oooooooo melayu rupanya Chinobe Hi, ni anak bongsu jutawan perkapalan yang low profile tu. Patutlah raut wajah Chinobe macam Cina, ibunya Nor Azizah seorang mualaf yang berjaya dalam arena korporat. Nape Nor Azizah tidak pernah perkenalkan anak perempuannya padaku,” bisik Nor Azizah

“Nape Chad?”

“Bosan,” bisik Farish

“Eh, mama suka Chinobe Hi tu rasanya sesuai buat calon menantu. Betul tak pa?,” ucap Datin Qaisara. Farish sudah berkerut muka. Nampak sangat meluatnya.

“Papa setuju. Kalau Chad tak berkenan, papa berkenan gak?” ucap Dato Taqiuddin tersenyum.

“Opsss sorrylah mama. Pa. She’s not my type, nanti ada yang anak-anak Chad mama yang kena jaga. Uuuuuuuhhhh Chad tak nak,” balas Farish.

“Dee…” amaran Datin Qaisara.

“Ala, Sara you know that I always love you-kan,” pujuk Dato Taquiddin sambil memeluk isterinya.

“Ehhhh… adegan tu tak sesuai kat sini, see your daughter Izzah is here,” ucap Izzah yang dari tadi asyik dengan MP4 di telinga.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Love Story, Cinta Cyber Usahawan Jelita 3”
  1. AliahMohdSalleh says:

    Bab 3 masih consistence ,menarik , mengujakan , santai dan kelakar. Terdapat mesej membuat kerja2x amal yang selalu dibuat oleh masyarakat berada dibandar.Best.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"