Novel : Misi Mencari ‘Imam’! 1

3 June 2013  
Kategori: Novel

2,752 bacaan 5 ulasan

Oleh : Irris Harwani

BAB 1

Aku rasa, emak sudah naik muak dengan semua alasan aku. Apa yang emak cadangkan aku bangkang habis-habisan. Bukan aku tidak turutkan apa yang emak atur, tapi apa yang aku buat bukannya ikhlas datang dari hati! Bukan juga berniat mahu jadi anak derhaka. Tapi calon yang mak kenalkan tidak pernah menepati jiwa ini. Dan yang paling utama aku tidak cukup bersedia untuk membuka hati aku kepada mana-mana lelaki! Masih belum!

Semalam, elok sahaja aku keluar office, muncul sorang lelaki perkenalkan diri dan mengajak aku minum petang. Dia kata emak aku suruh jemput dan lepas minum petang dia akan hantar balik. Kebetulan aku memang tidak membawa kereta, emak kata mahu guna! Rupanya ada plan di sebalik peminjaman kereta aku. Apa jadi nak tahu? Sesuka rasa mamat tu sahaja, ajak aku lepak mamak sampai pukul 7.30malam. Aku minta hantar balik dia buat tak tahu je. Lastnya aku angkat kaki tinggalkan mamat tu kat mamak sorang-sorang! Dan yang paling best sekali, aku balik tanpa pengetahuan dia! Padan muka!

Bila aku dah sampai rumah, emak kalang-kabut bertanya soalan kenapa aku hilang tiba-tiba. Memanglah rasa bersalah pada emak, sebab mamat tu sibuk mencari aku bagai nak rak! Dan emaklah yang menjadi mangsa panggilan hangitnya sebentar tadi. Aku hanya tersengeh sumbing sebelum menerangkan keadaan sebenar. Abah yang dari tadi mengadap berita di tv3 hanya menjadi pendengar. Faham sangat dengan perangai aku yang suka meninggalkan ‘date’ kalau ada sesuatu yang tidak aku senangi!

Muka mamat tu memanglah market, sopan, cakap pun taklah poyo sangat, ada juga perangai dia yang aku berkenan. Tapi jadi reject bila aku cakap, nak balik atau cari surau untuk solat maghrib sekejap. Mamat tu jawab, ‘nanti awak jamak la’. Dia ingat aku terdesak nak berbual ke, sampai kena jamak solat aku tu? Sorry la! Sekali dia melambatkan urusan aku dengan ALLAH, seribu kali aku tolak permintaan dia.

Maksudnya apa? Hoh! Tak fahamkah? Aku lagi suka kalau lelaki yang ajak aku keluar seorang yang sempoi, tapi pandai jaga masanya. Tak faham juga? Cerita dia macam ini, aku suka kalau seorang lelaki yang menyukai aku, lebih sayang dan cintakan masanya dengan ALLAH! Sekarang dah fahamkan? Ya lah, solat lima waktu, zikir, membaca al-quran, dan yang paling penting, dapat mengimamkan solat.

Memilih? Apa masalahnya? Aku memilih sebab lelaki pun pandai memilih juga! Ini tidak adil, tidak adil untukku! Haaa! Masuk juga lirik lagu Yuna yang aku tak pernah hafal dekat sini. Alaaa! Aku tak kisah sebenarnya, siapa lelaki itu. Asalkan dia tahu agamanya.

Macam lelaki juga. Dia orang nak cari bini yang cantik jelita, pandai buat kerja, berdikari, beradab, sopan, tertib, amanah, beragama, dan macam-macam lagi. Aku pun tidak terkecuali! Nak juga aku dapat lelaki yang mampu jaga rumahtangga. Bukankah kedua belah pihak harus menjalankan peranan masing-masing supaya rumahtangga itu aman dan bahagia?

Bahagia? Apa yang aku tahu tentang bahagia? Selama beberapa tahun ini aku hidup dengan melupakan kenangan bahagia yang mungkin pernah aku kecapi satu masa dulu. Bahagiakah kenangan itu sehinggakan aku mahu melupakannya? Kalau bahagia kenapa harus aku perjudikan masa selama enam tahun ini untuk melupakannya? Bila di fikirkan kembali, apa yang aku nak ingat lagi pada kenangan lalu yang juga telah buat aku sakit, kecewa dan juga makan hati selama bertahun. Itu semua gara-garaku terlalu percayakan kata manis seorang insan yang penah bergelar kekasih! Haiiihhh!! Kenapa aku nak toleh ke belakang sedangkan sekarang aku dah mampu buktikan pada semua, yang aku ini masih ada guna lagi?

Aku pasti! Emak dan abah berusaha untuk mencari jodoh yang terbaik buat aku! Tapi bagi aku biarlah aku bersedia dan juga tak ada rasa terpaksa dalam menjalinkan hubungan. Sebenarnya aku dah serik! Tapi, melihatkan kesungguhan emak nak kenen-kenenkan aku dengan lelaki yang tak pernah masuk dalam carta jiwa ni, baik aku buat tindakan yang boleh membuatkan emak slowdown sikit pasal jodoh aku.

Biasanya bila muncul sahaja hari ahad, aku akan membantu emak mengemas rumahnya dan juga halaman rumah kami. Tapi hari ini, aku hanya membatu emak mengemas ala-kadar sahaja. Selesai mengemas, cepat-cepat aku mencari pen dan kertas. Rangka rancangan yang hendak aku laksanakan, supaya emak tidaklah bising sangat tentang jodoh! Dan dengan ini, secara rasminya aku lancarkan misi mencari “imam”!
Emak geleng kepala tengok perangai satu-satu anak daranya menulis senarai “imam” yang di kehendaki. Aku hanya mengenyitkan mata pada emak sambil meneruskan rancangan aku.

Misi mencari “IMAM”:

KEUTAMAAN!

1. Cintakan ALLAH!
(Ini wajib! Kalau tak sayang ALLAH dan agama, sure bukan calon pilihan!)

2. Boleh jadi imam dalam erti kata sebenar.
(Walaupun bukan imam dekat masjid, dapat imamkan aku sekeluarga pun sudah cukuplah. Aku pun takut kalau aku dapat suami, imam masjid. Bukan memilih sangat, tapi… Errrr.. Ya lah, aku ni bukan la alim sangat! Setakat hukum agama, mak dan abah adalah hantar aku pergi belajar. Tapi nak jadi isteri kepada seorang imam yang di sanjung tinggi tu? Huh!! Tak pernah terbayang! Perangai pun agak-agak memeningkan kepala mak dan abah! Inikan lagi aku nak behave, kalau betul dapat pak imam? Gelak guling-guling la adik-beradik aku nanti bila tengok aku control ayu! Teeeeetttt!! )

3. Bertanggungjawab.
( Ini penting sangat! Lelaki yang bertanggungjawab dapat memastikan keselamatan pasangan. Yang paling aku suka kalau dengan adanya dia, aku rasa di lindungi, walaupun dia hanya berada dekat dengan aku! Nak sangat rasa di lindungi dan, pasangan aku itu tahu dengan tanggungjawabnya. Dan kalau boleh, aku nak dia pun dapat mengingatkan aku tentang tanggungjawab aku juga. Taklah leka sahaja, aku ni bukan boleh percaya! Pandai rancang, bila nak laksana boleh pula aku lupa! Perangai siapa yang aku ikut pun, aku tak tahulah!)

4. Beradab.
( Maksudnya, pandai bawa diri dan tak memalukan dirinya, keluarganya serta orang sekelilingnya! Aku paling tak suka dengan lelaki yang suka buat pandai sendiri. Menyampah rasanya! Kadang-kadang sempoi tu perlu, Cuma aku tak mahu lelaki yang terlalu skema atau terlalu over. Yang sedang-sedang saja pun dah cukuplah!)

5. Berharta.
(Bukan aku mahu yang jutawan! Tapi maksud berharta itu, dia kenalah ada Al-Quran dalam hidup! Tak paham? Nanti korang fahamlah apa maksud aku. Tapi, keewangan kena ada juga. Bukan duit tak penting, cuma, ia memastikan kami dapat meneruskan kelangsungan hidup! Nanya pula kalau aku dapat suami yang tidak ada sumber kewangan. Mahunya nanti kami bernasikan pasir, berlaukkan batu dan bersayurkan kayu! Eerrrrkkkk!!! Lalukah aku nak menelannya?)

6. Berfikiran rasional.
( Siapa pun suka kalau dapat pasangan yang dapat menyelesaikan apa juga keadaan dengan tenang! Yang ini susah nak dapat, payah nak cari. Sebab kena seimbangkan dengan perangai gila-gila aku inikan? Dia tak ada perangai macam aku pun tak apa, asalkan aku dan dia dapat bertenang jika kami dilanda masalah. Kalau salah sorang gelabah, salah sorang dapat menenangkannya. Kan ke indah macamtu? Hehehe!)

7. Ada tindakan kimia!
( Yang ini aku suka! Sebab kalau bolehlah, aku nak pasangan yang sama-sama dapat merasai nikmatnya alam rumahtangga! Kata nak sehidup semati. Harus ada! Yang penting perkongsian yang kami dapat rasakan walaupun aku atau dia hanya saling berpandangan. Dan kalau aku teringatkan dia, dia pun teringatkan aku pada masa yang sama. Macam yang penah aku tengok dalam television tu, bila pasangan dia rindu, salah seoang akan terasa getarannya, dan akan membuat panggilan atau pergi mencari pasangannya itu. Indahnyaaaaa!! Waahhh!!! Berangan sungguh aku ni!!)

8. Sabar.
( Mestilahkan? Kalau tidak, apa nak jadi? Aku tak sanggup dapat pasangan yang panas baran! Mahunya terbalik rumah kalau pasangan aku tu panas baran! Aku ni Nampak sahaja sabar, tapi kalau asyik kumpul saja kemarahan aku, lama-lama meletup juga! Diam-diam ubi berisi!)

9. Keluarganya dapat terima aku seadanya seperti mana dia terima aku!
(Heh! Nak kawin tau. Kena terima pakej. Aku sanggup menerima si dia dan keluarganya, dan dia juga sama! Tak mahulah ada masalah di kemudian hari. Perkahwinan bagi aku adalah sekali dalam seumur hidup. Jadi keluarganya juga harus sama-sama menerima aku seadanya. Kalau tak sanggup, baik undur diri awal-awal. Jangan bina harapan palsu okey?)

10. Bersedia dalam apa juga keadaan.
(Ngeri pun ada juga bila aku senaraikan ‘bersedia dengan apa juga keadaan’ ni. Tapi, aku takut juga kalau satu hari nanti kami ada masalah, dan tak bersedia, mahu dua-dua menangis tak berlagu! Masa hadapan bukan dalam ramalan aku atau dia. Sekurang-kurangnya aku dan dia sudah bersedia dengan apa juga kemungkinan yang datang! Tak mahu nanti kami sama-sama menyesal dan juga menyalahkan di antara satu sama lain.)

Siap je aku punya senarai untuk kretiria imam yang aku kehendaki, mak minta satu copy. Aku tanya kenapa? Dia jawap, biar dia simpan bukti permintaan tok imam aku tu. Cis! ‘Tok’ imam, mak aku kata? Tak apalah, ‘tok’ pun, ‘tok’lah. Asalkan bakal “imam” aku tak la jadi ‘TOK’ lagi. Tak sanggup aku nak bercucu express ni!

Mak tersengeh-sengeh sahaja bila baca senarai aku tu. Aku pandang mak dengan pandangan yang penuh tanda tanya. Mak bukan saja tak cakap apa-apa, malah dia terus sahaja masuk bilik dengan membawa salinan permintaan aku tu. Aku dah tergaru-garu kepala memikirkan muslihat mak. Senyuman mak tu macam ada something aja. Takut pula bila aku fikir!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Misi Mencari ‘Imam’! 1”
  1. fatin says:

    suka-suka,
    permulaan yang bagus…
    nak tahu bab yang seterusnya..ada blog x???

  2. alhamdulillah! masuk juga cerita ni… terima kasih p2u!

    fatin… terima kasih… sudi luangkan masa baca karya sy yg tak seberapa… =) ini blog sy http://irris-harwani.blogspot.com/ episode akan datang dah lama ada dalam blog tu… cuma mungkin lepas keluarkan cerita MMI dekat sini, yang dekat blog tu sy nak kena hide beberapa bab dululah… hehe… apa pun sudi-sudikan lah menjengah blog sy yg tak seberapa… =)

  3. az's says:

    kenapa dlm 585 bacaan hanya sorang yg komen? apa-apa pun. good job writer! thump up.

  4. az’s… Thanks luangkan masa untuk membaca dan juga tinggalkan komen…. =)

    Alhamdulillah ada juga yang mahu baca karya saya… syukur… =)

  5. Ms AA says:

    mabruk! suka gaya penulisan writer.relax dan santai tpi x over mcm kbanyakan novel yg kadang2 merimaskan!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"