Novel : Misi Mencari ‘Imam’! 2

12 June 2013  
Kategori: Novel

1,713 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Irris Harwani

BAB 2

Sudah seminggu aku lancarkan misi mecari’imam’. Abah yang mulanya tidak ambil pusing langsung, tadi sudah mula risik-risik dekat emak pasal misi yang aku lancarkan. Bukan apa, kawan sekerja abah, minta abah tolong carikan jodoh untuk anak terunanya.. Dan aku? Tentulah antara senarai pendek abah! Hai Uzma! Abah pun sudah mula masuk line? Ini tak boleh jadi!

” Mak! Abah serius ke nak suruh saya kenal dengan anak kenalan abah tu?” Muka emak macam pelik je bila tiba-tiba aku tanya soalan yang tidak ada dalam sillibus otak dia masa tu.

” Kenapa kamu tanya? Nak kenal ke? Abah baru je tanya-tanya. Tapi mak dah tunjuk senarai Tok imam kamu tu.”

“Hah!? Mak bagi abah baca ke? Adoi la mak… Oh.. Mak…!!” Aku dah tergeleng-geleng kepala. Rasa terkejut dengan tindakan pantas emak kesayangan aku ni memang boleh buat aku sakit jantung!

” Lah! Apa salahnya, abah tak marah. Dia mintak copy misi kamu je, dan mak dah bagi tadi.”

“ Aduh! Pening-pening! Dah tu, Uzma kenal tak siapa yang abah nak kenenkan dengan Uzma tu mak?”

“ Entah ye! Agak-agak kamulah!”

Pulak! Emak jawab pun dah macam nak tak nak saja. Semua ni buat aku rasa tertanta-tanya. Emak dengan abah ni, ada apa-apakah? Takut pula kalau tiba-tiba emak dan abah terima pinangan dari mana-mana pihak. Ngeri! Mahu aku kena paksa kawin! Ala, yang macam dalam cerpen atau novel yang aku baca selalu tulah. Tidak pun, macam drama melayu yang di tayang dekat television sekarang! Ah! Tidakkkk!!!!

Emak pandang aku sekilas sebelum dia menyambung bacaanya. Entah apa yang menarik sangat dalam majalah yang di baca pun aku tak tahu! Perangai emak aku ni memang satu saja yang tidak dapat di kikis sejak aku kecil sampai besar. Dia pengumpul majalah yang berjaya! Dari majalah masakan, kepada majalah wanita, sampailah maskulin pun dia beli! Sampaikan penuh dua almari buku dengan majalah sahaja. Boleh jadi arkib majalah mungkin.

Aku tidak tahu mana datang minat dia yang satu ni. Abah pula boleh layankan apa yang emak buat. Siap taja wang saku bulanan untuk beli majalah kegemaran emak. Bagi aku membazir sahaja! Cerita lebih kurang sama kalau majalah gossip dekat Malaysia ni. Artis tu kawin dengan Dato’ sana, artis sana cerai dengan artis sini. Sampaikan cerita hal rumahtangga pun masuk dalam majalah! Sungguh aku tidak minat!
Dan aku, memang tidak akan melayan kalau ada cerita bab-bab artis atau gossip! Sampaikan kawan-kawan lama aku bosan kawan dengan aku semata-mata aku tidak suka melayan gossip murahan. Murahankah? Murahanlah kot kalau setakat beli majalah hanya untuk baca kisah orang lain dan akhirnya jadi mesyuarat tingkap. Tak gemar betul aku bab-bab macam ni!

Ah! Uzma, masa macam ni pun masih nak kutuk emak lagi? Aku tergaru-garu kepala aku yang tidak gatal. Emak masih khusyuk membaca tanpa menghiraukan aku. Sedangkan sekarang aku rasa macam nak pitam. Emak pula buat biasa saja, tapi aku dah rasa tidak sedap hati! Habislah kalau abah sudah tahu misi aku. Jangan abah cakap aku buat perangai budak-budak sudah. Aku macam cacing kepanasan bila tengok muka emak yang biasa sahaja, sedangkan aku perasan matanya kedang-kadang melirik kearah aku yang tidak senang duduk dari tadi. Apa nak jadi ni? Berjaya ke misi aku kali ni? Aku betul-betul tidak tahu!

Aku melangkah ke dapur mencari air masak. Masa-masa macam nilah yang selalunya aku dapat melepak dengan emak. Tapi nampaknya hari ini ku kena ubah rancangan. Baik aku pergi window shopping dari memerap dekat rumah. Emak pun macam tidak mahu layan aku sahaja. Eleh! Mentanglah abah dekat rumah, aku ada dengan tidak ada, emak buat tidak kisah. Ini memang aku perlu segera cari pasangan hidup! Kalau sudah ada yang mahu melayan aku masa macam ni, pasti aku tidak akan kebosanan.

***

Usai makan malam aku terus menuju ke ruang tamu. Sah-sah lepas balik dari berjalan sorang-sorang tadi mood aku sudah baik. Tapi bila balik saja, abah bagi kejutan yang mampu menggugurkan usus-usus dalaman aku! Err! Usus boleh gugurkah?

Sekejap-kejap aku bangun, berjalan ke hulu ke hilir macam ayam betina kehilangan telur! Huh! Dah berkerut-kerut dahi fikir perjanjian baru dengan abah! Perjanjian apa? Haaa! Yang ini aku tak tahan, emak punya gelak suka dekat aku bila abah suruh tandatangan perjanjian tu. Officially, abah nak, nak juga aku ikut kata dia. Sebelum ini cakap mulut sahaja, selalu sangat aku buat muka tidak bersalah. Kali ini, tidak dapat aku nak bagi apa-apa alasan. Padan muka aku!

” Tak sudah lagi ke kamu ukur ruang tamu mak ni Uzma? Naik peninglah kepala mak ni!” Emak yang tiba-tiba muncul dekat ruang tamu sambil pegang majalah Saji, membuatkan aku sedikit terkejut. Adoi la emak aku ni. Bukan nak bagi salam ke, hello ke, nasib baik aku tak termelatah! Haih!

” Mak! Bagi la salam ke apa, buat orang terkejut je.”

” Amboi! Rumah mak, apa kena nak bagi salam ke tidak?”

” Ala mak ni, bukan ke elok kalau mak bagi salam? Doa yang baik-baik untuk Uzma.”

” Tak payah mak nak bagi salam pun, mak dah doa yang baik-baik buat kamu. Mak nak anak perempuan mak yang sorang ni kawin.”

Alamak! Emak aku dah mula nak bukak cerita dia la tu. Aku dah tergaru-garu kepala yang agak tidak gatal.

” Mak, pujuk la abah tu. Uzma bukan tak setuju dengan perjanjian yang abah buat tu, tapi, tiga bulan tu kejap sangat la mak. Bagi la Uzma setahun. Kan Uzma perempuan. Takkan mak nak Uzma jadi perigi cari timba?”

Emak menyengeh je dengar aku merungut. Suka betul orang tua aku ni bila menyaksikan aku di paksa abah menanda tangani perjanjian sebentar tadi.

PERJANJIAN MENCARI MENANTU HAJI ZAKRI DAN HAJJAH UMAIRAH.

1. Hanya TIGA bulan tempoh masa yang sah.

2. Wajib bawa jumpa abah dan emak bila tempoh tamat. Kalau dah jumpa sebelum tarikh tamat lagi bagus!

3. Lelaki itu haruslah mendapat kelulusan abah dan emak.

4. Uzma Zulaika tidak boleh bantah keputusan abah, jika tidak berjumpa calon dalam tempoh masa yang di berikan abah berhak mengahwinkan Uzma Zulaika dengan lelaki pilihan kami.

5. Kawin dalam masa 6 bulan ke 1 tahun selepas tarikh tamat tempoh.

P/S: Abah nak tengok calon menantu yang mengikut misi mencari “imam” yang Uzma Zulaika buat. Good luck!

Tandatangan abah dan aku termaktub dekat situ. Emak pula jadi saksi. Wajah emak dan abah nampak gembira bila aku terpaksa menurut sahaja. Bencinya! Sudahlah tarikh luput pencarian menantu ini tamat betul hujung bulan april. Maksudnya? Tak ada makna buat aku yang tengah serabut tahap gaban nak dapat anak!

” Apa yang susah perjanjian tu Uzma? Mak rasa abah bagi syarat tidaklah banyak. Lima itu pun kamu dah tak senang duduk. Bukan suruh kawin dalam masa tiga bulan!”

Makin serabut pula aku, bila emak sudah mula menyokong lebih-lebih perjanjian aku dengan abah. Mana emak tidak suka, itulah doa dia siang malam bila dengan aku. Suruh kawin! Belum pun berjaya misi mencari “imam” aku, abah sudah bagi backup plan yang agak mengganggu gugat hati dan perasaan aku. Mana aku nak dapat cari calon yang sesuai ini? Di mana, di mana? Argh! Serabutnya!

” Dah la tu Uzma. Cubalah kamu duduk diam-diam sikit. Mak ingat dah tak ada budak kecil dalam rumah ini, tak adalah mak rimas tengok budak main kesana, kemari. Sudah-sudahlah ukur ruang tamu mak ni. Kamu buat macam ni, ruang tamu mak takkan jadi makin besarlah! Makin rimas mata mak adalah!”

” Mak ni… Uzma tengah risau ni mak. Tiga bulan je abah bagi, tak sampai seratus hari pun. Mana Uzma nak cari “imam” yang macam Uzma senaraikan tu.”

” Ada la tu mana-mana nanti. Dahlah. Tak kuasa mak duduk sini. Penat membebelkan anak dara tua sorang ni.”

Hoh! Dah kena sebijik dengan emak aku. Bila emak kata jodoh aku ada dekat mana-mana tu aku rasa macam tak percaya pula. Kalau sesenang itu, mungkin dah lama aku kawin dan beranak pinak! Lagi pun, aku tidak la tua mana. Cuma ramai rakan sebaya aku yang sudah berumahtangga. Aku baru je masuk dua puluh tujuh tahun bulan januari hari tu. Emak bukan tidak tahu, orang sekarang ni umur bukan jadi masalah. It’s just a number, tu la kata kawan aku kat facebook. Haih! Cakap pasal facebook, dah lama aku tak update status aku. Mesti para pengelike tegar dan stalker tidak bergaji aku tengah bosan sebab tak ada kerja! Okey! On line time!

Uzma Zulaika
Minggu lepas aku dah lancarkan misi mencari “imam”. Dan yang menyebabkan aku rasa nak gelak guling-guling sambil menangis bila pagi tadi, abah paksa aku tandatangan perjanjian mencari menantu! Sangat terbaik! Tapi, tiga bulan weiihh! Mana nak cari calon? Anda mahu? Argh! Tekanan! =,=”

Kan panjang lebar status aku ni. Kejap je naik status, sudah berderet yang like. Yang pantas bagi komen pon ada! Diorang ni memang get ready dekat news feed saja ke ha? Pelik betul. Tengok tu, tidak sampai seminit naik status dah berderet pengomennya. Memang terbaik dari ladanglah dia orang ni! Berdebar pula rasanya nak baca komen-komen dekat status aku tadi. Haiiihh!! Kenapalah aku buat status macam ni? Malu pula aku nak membalasnya nanti! Menyesal pulak!

Hamtaro Cute: perjanjian pulak ke awak? Kesian. Mak abah awak tak sabar nak bermenantu tu. Hehehe.

Hasyim Ahmad: kan ada saya, tak payah susah-susah cari. Esok pun dah settle masalah awak. ;-)

Uzma Zulaika: terima kasih daun keladi en. Hisyam. Isteri kat rumah yang tengah sarat tu mana kamu nak sorok? Madu u? TAK RELA! Hamtaro: menantulah sangat! :/

Azrul Zakhir: akak! Abah dah bagi tau Khir. Tahniah dan good luck tau. Tak sabar nak berabang ipar. :-P

Hamtaro Cute: Uzma, saya pasti awak akan jumpa. Selamat mencari! :-)

Nur Jannah: Good luck Uzma! :-)

Lily Andark: Ada orang nak kena kawin! I lolike! ;-)

Uzma Zulaika: Arrggghh! TIDAK! Tekanan cenggini. OUT dulu! Assalamualaikum! @,@”

Aku ingat lepak dekat facebook dapat cari jalan dan mengurangkan tekanan. Rupanya, lagi bertambah serabut! Someone! Tolong la selamatkan aku! Aku yakin sekarang, ada seseorang kat luar tu buat aku! Cepatlah muncul!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"