Cerpen : Definisi Bahagia Yasmin Adreena

19 July 2013  
Kategori: Cerpen

18,689 bacaan 28 ulasan

Oleh : Mierrara

“Ayah! Min dah habis SPM. Bolehlah kita teruskan plan kita dulu tu kan. Eii tak sabarnya nak jumpa Abang Ard!”

“Min. cuba bawak bersabar. Min serius ke hendakkan anak Encik Faruk tu? Min tak menyesal nanti? Min tak nak sambung belajar?”

“Ayah, Min tahu apa yang Min nak dalam hidup Min. Min yakin Abang Ard boleh bahagiakan Min dan jaga Min sampai ke tua. Lagipun Abang Ard kan dah kerja. Mesti boleh tampung Min nanti. Lepastu boleh Min ajak Abang Ard sambung belajar sama-sama. Boleh dia ambik masters, kan ayah.”

“Bukan soal harta yang ayah risaukan. Kalau bab duit, harta ayah pun cukup untuk tampung Min sampai ke anak cucu. Cuma ayah risaukan masa depan Min. macam mana kalau Ardi tu tak bagi Min sambung belajar? Siapa nak ambik alih syarikat ayah nanti?”

“Ayaaaaaaah, lepas Min kahwin dengan Abang Ard, maksudnya Abang Ard tu pun dah jadi anak ayah tau. Dia pun boleh ambik alih syarikat ayah, tolong ayah apa yang patut. Ayah jangan lah risau okay. Min yakin, Abang Ard tu seorang yang boleh diharap. Anak kawan baik ayah jugak kan.”

Aku cuba sedaya upaya mungkin untuk memujuk ayah agar perkahwinanku dengan Abang Ard dapat dipercepatkan. Ya. Aku baru 17 tahun. Baru habis SPM tapi aku sangat sangat sayangkan Abang Ard. Memanglah pada asalnya semua itu aturan keluarga. Aku mula mengenali Abang Ard waktu tingkatan satu. Abang Ard pada masa itu sedang membuat persediaan untuk ke luar Negara. Bila Abang Ard fly, kami makin rapat bertegur sapa di alam maya sampaikan perasaan sayang itu tiba-tiba muncul. Setiap kali cuti panjang, Abang Ard akan balik dan luangkan masa bersama aku. Ayah pada mulanya beria-ria nak aku rapat dengan Abang Ard tapi sekarang ni entahlah apa yang ayah fikir sampai ragu-ragu dengan keputusan aku untuk menikah dengan Abang Ard pada usia muda ini. Tapi memang tak dinafikan lah yang ayah amat pentingkan pelajaran. Mungkin itu sebabnya ayah suruh aku tangguhkan dulu pernikahan itu sampai tamat belajar.

“Min dah sedia ke nak jadi isteri orang ni? Mama takut Min tak ready nanti balik rumah nangis-nangis dekat mama pulak”

“Mama, Min dah lama dah sedia. Cuma tunggu masa yang sesuai je. Mama jangan risau okay. insyaAllah, rumah tangga yang bakal Min bina nanti bahagia hingga ke akhir hayat. Tapi mama janganlah lupa doakan kebahagiaan Min ya!”

“Mama tak pernah lupa sayang. Mama macam tak percaya anak mama dah nak kahwin. Dah nak ada suami. Mama rasa tak puas lagi nak manjakan Min” sayu Datin Helina meluahkan perasaan.

“Mama janganlah cakap macam tu sedih Min dengar tau. Nanti dah kahwin pun, Min akan selalu balik tengok mama okay Min janji!”

“Yelah sayang. Ni bila kita nak pergi ukur baju pengantin ni? Dah call dah butik tu buat appointment?”

“Err, pasal tu I need your help ma! Min mana reti nak buat appointment appointment ni. Hehe”

“Ish anak dara ni. Kalau mama tak tanya tadi, tak siap agaknya baju pengantin tu. Majlis dah tak lama tau. 2 bulan je lagi. Barang barang hantaran pun tak settle lagi. Dewan tu pun entah ayah dah booking ke belum. Ish, risau pulak mama.”

“Relax ma relax. Kita buat pelan-pelan okay. Lagipun Min bukannya nak majlis besar-besar pun. Mama jugak kan nak buat grand-grand”

“Dah awak sorang je anak mama. Sekali seumur hidup je tau mama nak tengok Min kahwin!”

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas menyiapkan majlis yang super grand dari ilham mama, akhirnya aku sah bergelar isteri kepada Ardi Yahya seawal usia 18 tahun. Mungkin aku masih gadis mentah pada pandangan orang lain, tapi yakinlah jiwa aku dah sama usianya dengan Abang Ard. Aku nekad. Aku mahu setia dengan Abang Ard hingga hujung nyawaku. Aku sayang dia dan akan sayang dia untuk selama-lamanya.

“Abang Ard, Min sayang abang tau. Min tak sangka kita dah jadi suami isteri kan bang”

“Abang pun macam tak percaya sayang. Dulu abang kenal isteri abang ni time comot-comot lagi. Sekarang bukan main cantik lagi dia.”

“Ala abang Ard ni ada-ada jelah.”

“Sayang, stop calling me abang Ard. Buang Ard tu panggil abang ke, hubby ke, honey ke, kita kan dah kahwin!”

“Errr. Baiklah. Abang….”

+++

Tengah hari yang panas itu benar-benar meguji Fendi. Tekak yang haus minta diisi itu membuatkan dia singgah di salah sebuah gerai berhampiran situ. Terus kerusi ditarik dan menanti pesanan diambil. Sementara itu matanya tertancap pada gadis yang mengelap meja di hadapannya itu. Rambut ikal yang diikat ekor kuda itu mengingatkan dia dengan seorang gadis yang pernah dikenalinya dahulu. Yasmin Adreena. Seorang gadis periang dan ceria yang sentiasa menjadi tempat luahan perasaannya ketika zaman sekolah dahulu. Tapi tak mungkinlah itu Yasmin. Dia tu anak Dato’. Ayah dia ada syarikat sendiri. Tiap-tiap hari ada driver jemput dia dari sekolah dulu sedangkan budak-budak lain sibuk berebut naik bas sekolah. Itulah beza dia dengan Yasmin. Dia bukan dari keluarga senang. Melihat Yasmin punyai segala-galanya kadang kala membuatkan dia cemburu. Namun sikap rendah diri Yasmin amat dia kagumi dan hormati. Kalau bukan kerana ayahnya pengerusi PIBG sekolah, mungkin dia tidak tahu yang Yasmin tu anak Dato’.

“Order encik?” tegur pelayan lelaki mengejutkan Fendi dari lamunan

“Emm, teh ais limau satu dengan nasi paprik”

“Ad! Order depan dah ambik ke belum? Lama dah encik tu tunggu” terdengar suara nyaring seorang perempuan yang mungkin tuan gerai menegur gadis yang mengelap meja tadi.

“Dah mak. Ashraff dah ambik dah tadi”

Fendi masih lagi memandang gadis itu. Betapa tekunnya dia dengan kerjanya. Terdetik di mindanya gadis itu tak ada pelajaran tinggi ke sampai kena kerja macam tu? Kalau dilihat dari rupa, mungkin gadis itu sebaya Yasmin. Sebaya dengan dirinya juga yang baru mula bekerja itu.

“Jemput makan encik” suara yang amat dikenalinya itu benar-benar mengejutkan dia

“Min!” jelas riak terkejut pada wajah gadis itu. Dan ya! Memang itulah Yasmin yang dia kenal dulu!

“Fendi!”

“Min! A..apa kau buat dekat sini? Part time job?”

Min hanya senyum. Senyum plastik.

“Tak. Full time” jujur.

“Kau buat lawak apa ni wei. Dah tak payah nak kelentong aku! So amacam hidup kau sekarang?”

“Macam yang kau tengok lah Fendi. Tak sangka kau ingat aku lagi kan”

“Mana boleh tak ingat weh! Kau kan bestfriend aku dulu. Tapi tu lah kan lepas SPM terus kau sunyi sepi takde khabar berita. Eh kejap, tak tak lepas kau kahwin kan yang kau terus tak contact aku lagi dah. Facebook pun kau tak online selalu kan. Aku tercari-cari jugak mana kau. Nak pergi rumah kau tu memang tak lah kan apa pulak kata orang nanti. Ish banyaknya benda aku nak sembang dengan kau ni Min serious banyak!”

Min masih dengan senyumnya. Tak sangka boleh terjumpa rakan sekolahnya di gerai yang tak seberapa itu. Tak sangka masih ada insan yang mengenali ‘Min’. Dia sangkakan ‘Min’ itu telah tidak wujud lagi. Telah mati.

“Min! apa kau mengelamun tu. Teringat encik suami ke? Eh anak kau dah berapa weh?”

“Ish kau ni. Dahlah makan tu cepat sikit. Kau kerja kat mana sekarang? Lunch hour nak habis dah ni.”

“Tu office aku. Memang tiap-tiap hari aku makan kat sini lah jawabnya. Kau kerja dekat sini dari pukul berapa sampai pukul berapa?”

“Wah seronoknya kau kerja dekat office besar macam tu. Gaji pun mesti banyak kan. Untungnya ada pelajaran tinggi. Aku.. aku ada je dari mula gerai ni bukak sampailah tutup. 7 hari seminggu. Memang ini lah ‘office’ aku”

“Aku kenal sangat perangai kau. Mesti sebab kau nak cari pengalaman ni kan. Nak rasai macam mana susahnya orang-orang macam ni cari makan. Aku salute kau Min!”

Min terdiam. Kalau itu yang difikirkan Fendi, biarlah. Dia masih belum mahu berkongsi kisah hidupnya dengan sesiapa. Biarlah kisah itu hanya dia yang tahu selagi dia mampu menahannya sorang-sorang.

“Fendi, aku banyak kerja ni. Kau tengok sendiri lah kan meja banyak dah kotor. Nanti ada masa kita sembang panjang-panjang ya”

“Okay Min. Eh kau off day hari apa? Boleh kita keluar minum-minum”

“Kan aku dah cakap aku ada kat sini 7 hari seminggu. Kau datang je hujung minggu petang-petang biasanya tak ramai orang dah”

“Okay then”

Min meyusun pinggan-pinggan yang baru dicucinya itu. Fikirannya mengelamun jauh. Mengelamun ke masa silam. Saat dia dan Fendi sama-sama berkongsi gelak tawa bersama. Saat-saat dia masih merasai apa itu bahagia.

“Ad, lama berbual dengan budak meja depan tadi. Kawan ke?”

“Haah mak. Kawan zaman sekolah dulu”

“Dia tahu apa dah jadi dengan Ad?”

Geleng.

“Ad dah tak nak ingat kisah lama mak. Kalau boleh, Ad tak nak ingat kisah Min lagi. Min dah tak ada. Yang ada sekarang Cuma Ad, anak mak”

“Mak faham Ad. Mak faham. Cuma mak nak pesan, kalau peluang kebahagiaan tu datang, jangan Ad menolak. Mungkin bahagia Ad bukan dengan Ardi. Tapi mungkin bahagia Ad ada dengan orang lain. Kalau Ad rasa tak kuat nak hadapi benda ni sorang-sorang, jangan pernah lupa Ad ada mak, ada Ashraff ada kawan kawan yang akan sentiasa sokong Ad tak kira sepahit mana pun dugaan yang menimpa Ad. Mak dah anggap Ad macam anak mak sendiri. Mak harap, Ad pun dapat terima mak macam mak Ad sendiri. Jangan malu-malu nak luahkan perasaan dekat mak. Mak sayang Ad tau”

Min terharu. “Terima kasih mak sebab sudi terima Ad jadi anak mak. Jaga Ad selama ni. Ad pun sayang mak jugak” terus Puan Leha dipeluknya erat. Dan dia rindui mamanya, Datin Helina yang kini entah di mana.

“Ad dari tadi lagi kerja tak berhenti. Pergilah rehat dulu. Biar mak dengan Ashraff habiskan semua ni”

“Takpe mak, Ad kuat lagi. Mak bagilah peluang dekat Ashraff tu belajar, buat ulang kaji. SPM dah tak lama dah tu. Cakap dekat dia jangan jadi macam Min yang tak ada pelajaran tu sampai kena merempat minta simpati orang” sebak.

“Ad… apa Ad cakap ni. Dah, dah biar mak sambung. Ad pergi tolong Ashraff dekat depan”

Puan Leha takut ada perkataannya yang mengguris hati Min. Dia tahu jiwa Min kuat. Dia tahu banyak perkara yang Min sembunyikan, yang dia pendam. Namun dia tak mahu memaksa. Biarlah Min ceritakan sendiri bila dia dah bersedia nanti.

“Fendi, nak tanya sikit boleh?”

“Apa?”

“Emm.. mak ayah kau kerja apa?”

“Kenapa kau tanya? Kau tak suka kawan degan orang miskin?”

“Apa kau merepek ni?! Aku tanya sebab aku curious.”

“Curious pasal apa pulak?”

“Entah. Aku macam teringin nak rasa jadi anak orang biasa-biasa je. Tak hidup dalam kemewahan sangat. Sebab kau tengoklah,orang berkawan dengan aku pun tak ikhlas. Berkawan sebab aku ni anak Dato’. Kadang-kadang orang nak tegur aku pun takut. Sebab apa? Sebab aku anak Dato’. Apa sangatlah yang ada pada pangkat tu”

“Woi, bersyukurlah kau tau! Kau bayangkan berapa juta orang dalam dunia yang termimpi-mimpi nak ada dekat tempat kau sekarang ni tau. Memanglah pangkat tu tak ada makna apa pun pada kau. Tapi pada kami golongan yang tak berpangkat ni, benda tu macam wow! Dia anak Dato’ aaa. Anak orang kaya! Mesti hidup dia best bla..bla..bla.. haaa macam tu lah”

“Satu hari nanti aku nak try jadi orang biasa-biasa je! Kalau aku dah kaya nanti, dah ada duit aku sendiri, aku nak tolong orang-orang susah. Orang-orang homeless. Orang-orang tua. Aku nak kongsi kebahagiaan tu dengan semua orang. Barulah bahagia namanya bila semua orang bahagia. Kan?”

“Macam-macam lah kau ni Min. tapi benda baik jugak tu. Semoga niat kau yang baik tu Allah makbulkan satu hari nanti”

“Amin”

Lamunan Fendi terhenti bila Joy, teman serumahnya itu muncul dengan dua mug nescafe.

“Jauh termenung. Ingat awek ke?”

“Taklah. Ingat kisah lama”

“Amboi kisah lama apa bro? tak pernah cerita pun”

“Kau ingat Min?”

“Kawan kau yang kahwin muda tu?”

Angguk.

“Aku jumpa dia tadi”

“So?”

“Dia dah selangkah ke depan dengan apa yang dia hajatkan dulu. Dia nak rasa macam mana orang biasa-biasa je hidup sehari-harian. And she’s facing it right now. Aku bangga dengan dia”

“Kau masih suka dia?”

Diam.

+++

Hari kedua dan Fendi masih ke gerai tempat Min bekerja.

“Min! order!”

“Yes bos, nak makan apa?”

“Sirap limau dengan nasi goreng belacan please!”

“Coming!”

Tapi datang time lunch hour ni memang tak sempat lah nak sembang dengan Min. setakat nak bertegur hai bye tu boleh lah. Ramai jugak orang yang datang dekat gerai ni. Murah dan sedap katanya. Cuma itulah, servis lambat sikit sebab dua orang je yang ambik order dan dua orang yang masak. Sorang buat air. Itu berdasarkan pemerhatian dial ah. Mesti penat kan Min kerja hari-hari macam ni. Tapi sekurang-kurangnya dia tak give up. Senyum.

“Esok petang aku datang nak sembang tau. Cakap dekat bos kau awal awal” pesan Fendi bila pesanannya sampai.

“Okay!”

“Min, mana kau kenal Abang Ard tu?”

“Ayah aku. Dia anak kawan baik ayah aku”

“Ohh. Kira family planning lah ni? Kau terima macam tu je?”

“Apa punya soalan lah kau ni. Mestilah aku tak terus setuju macam tu je. Aku mula kenal time form one kot. Zaman budak hingusan lagi”

“Dah tu macam mana kau boleh terima pulak sekarang? Nak kata selalu jumpa, bukan ke dia tu study oversea?”

“Yup. Kitorang memang selalu jumpa pun. Dekat facebook! Zaman dah canggih kan”

“Ohh.”

“Kau nak dengar tak aku cerita macam mana aku boleh suka dia?”

“Kalau kau nak cerita, aku ada je telinga”

Min senyum. “Mula-mula tu dia lah yang add aku dulu. Aku tak kenal pun dia. Tapi profile picture dia handsome gila! Siapa tak suka kan. Lepastu dia tegur aku. Lepas dia cakap dia Ardi Yahya anak Encik Faruk baru aku ingat. Maklumlah depan-depan mestilah segan kan nak pandang muka dia. Dengan family tengah bincang nak jodohkan lah apa lah kan. Lepas pada tu dia selalu tegur aku dekat chat. Tanya khabar, tanya pasal pelajaran macam mana. Mula-mula tu rasa macam ada abang je. Tapi lama-lama aku jadi suka dia.”

“Lepastu?”

“Hmm. Takkanlah aku nak confess dekat dia aku suka dia pulak. Jatuh lah saham aku nanti. Aku just pendam je perasaan tu. Sampailah aku nak PMR, dia sanggup balik Malaysia time study week untuk final exam semata-mata nak wish good luck kat aku! Kau faham tak perasaan tu? Rasa macam bahagia sangat! Rasa macam tak percaya dia sanggup buat macam tu untuk aku. Yelah, PMR je pun kan. Belum SPM lagi. Lepastu…”

“Lepastu?”

Min menarik nafas. “And the rest is history”

“Minnnn! Tak best lah main cerita tersekat-sekat camni! Ceritalah cemana kau boleh confess dekat dia sampai nak kahwin lepas SPM ni!”

“Alah nanti lah aku sambung. Pak Mat dah sampai tu”

Fendi teringat lagi perbualannya dengan Min bertahun dahulu. Ardi Yahya. Nama itu tak pernah dia lupa. Nama yang selalu keluar dari mulut Min zaman sekolah dulu. Nama yang selalu dipuja Min. hari ni dia nak sembang panjang dengan Min. dia nak dengar cerita Min dari zaman lepas SPM sampailah zaman kahwin sampailah zaman merealisasikan definisi bahagia dia tu. Dan dia nak tahu jugak hidup min dengan Ardi Yahya tu. Bahagia atau sebaliknya.

Petang itu Fendi seakan tak percaya dengan apa yang didengarinya dari mulut Min. Tak mungkin Min jadi macam tu. Tak mungkin!

“Hey cik Min! Let’s have a very very very long talk today”

“Tak sabar sabar kan kau nak sembang dengan aku”

“Mestilah. Kau kan long lost friend aku. Banyak benda aku nak sembang dengan kau ni”

“Jap aku nak bukak apron ni dulu. Kau nak makan apa-apa tak?”

“No thanks. Air ni pun dah cukup”

“So apa yang kau nak sangat sembang dengan aku ni hah?”

“Pesan aku, get ready dengan soalan-soalan pedas aku okay”

“Elleh, kalau pedas sangat aku tak nak jawab!”

“So setakat mana dah kau dengan misi kau untuk merealisasikan definisi bahagia ni?”

“Huh? Apa kau merepek ni?”

“Ni. Jadi waiter dekat gerai tak seberapa ni?”

“Kenapa dengan jadi waiter kat sini? Tak boleh ke?”

“Minnnn, please be serious. Kau jadi waiter kat sini sebab kau nak try rasa susah kan? Lepastu kau nak kumpul duit banyak-banyak nak tolong orang susah. Nak kongsi kebahagiaan dengan orang lain barulah bahagia namanya kan? Aku ingat lagi Min setiap apa yang kau cerita dekat aku”

Min tersentak. Tak sangka Fendi masih ingat impiannya satu masa dulu. Namun itu semua tak mungkin jadi kenyataan dalam masa terdekat ni. Mungkin ini masanya untuk bercerita dengan Fendi sebab dia memang akan ‘ada telinga’ untuk setiap cerita aku. Tak kisahlah betapa boringnya cerita aku, dia tetap di situ. Mendengar dengan penuh minat dan curiousity.

“Fendi…. Kau percaya tak kalau aku cakap, Tuhan dah makbulkan impian aku? Tapi bukan impian yang tu. Impian yang lain”

“Huh? Impian mana pulak ni? Cecite cecite”

“Kau ingat tak aku pernah cakap yang kalau boleh aku nak jadi anak orang biasa-biasa je bukan anak Dato’?”

Angguk.

“And now, yes I am. Anak mak cik Leha empunya gerai tak seberapa ni”. Senyum.

“Hah? Apa kau merepek ni Min? I cant get it!”

“Panjang ceritanya Fendi. Kalau buat novel pun boleh laris tau cerita aku ni”

“Tak kisah berapa panjang pun, jangan pendekkan! Aku nak dengar dari mula sampai akhir cerita kau. Aku ada je telinga. Remember? And memang hari ni aku datang nak sembang panjang-panjang pun dengan kau. Kalau tak habis hari ni kita sambung esok pun takpe. And please, jangan cakap ‘the rest is history’.”

*Flashback*

Hari ni genap seminggu aku berkahwin dengan abang Ard. Rasa bahagia tu memang ada. Aku harap rasa sayang ini akan terus berkekalan hingga hujung nyawa kami.

“Morning abang! Min dah siapkan sarapan. Jom breakfast?”

“I want to honey tapi abang ada meeting pagi ni.”

“Alah, sentuh lah sikit bang. Min buat nasi goreng special tau. Baru belajar dengan mama” teruja.

“Okaylah”. Satu sudu nasi goreng disua ke mulut.

“Sedap isteri abang masak. Tapi abang dah kena pergi ni. Sayang baik-baik dekat rumah okay. Kalau sempat lunch nanti abang balik”

“Okay bang. Kerja elok-elok”

Nampak bahagia kan? Tapi rupanya bahagia tu tak lama. Genap saja sebulan abang Ard uruskan syarikat ayah, ayah diserang sakit jantung. Sebab apa? Sebab syarikat ayah bankrap! Tak tahulah mana silapnya kepercayaan ayah terhadap abang Ard sampaikan syarikat yang diusahakan berpuluh tahun dengan titik peluh sendiri bankrap dalam masa sebulan. Mungkin ada kes sabotaj. Aku tak tahu. Aku tak reti dengan dunia perniagaan. Pelajaran aku setakat SPM saja. Aku tak dapat nak tolong ayah selamatkan syarikat dia.

Ayah akhirnya meninggal akibat serangan jantung tu. Aku jadi yatim selepas sebulan lebih mendirikan rumah tangga. Hendak salahkan abang Ard, suami aku juga. Masih setahun jagung dalam selok belok perniagaan. Aku kesal kerana terlalu yakin dengan kebolehan abang Ard sehingga menyebabkan kematian ayah. Namun, itu semua kan qada dan qadar Allah? Siapa aku untuk mempersoalkan kenapa harus jadi begitu kalau memang sudah tertulis ianya begitu. Pesanan ayah masih terngiang-ngiang di telingaku dan aku pasti akan realisasikannya satu hari nanti.

“Minn.. pelajaran tu penting. Tak kira betapa kayanya kita, kalau tak ada pelajaran senang kena tipu. Kalau tak ada pelajaran, orang tak pandang. Janji dengan ayah, Min akan sambung belajar nanti? Ambik lah course apa pun ayah tak kisah asalkan Min ada ijazah dalam tangan. Boleh? Janji dengan ayah?”

“InsyaAllah ayah. Nanti Min cakap dengan abang Ard ya”

“Abang, Min nak sambung belajar boleh?”

“Buat apa Min nak belajar? Min kan dah jadi isteri abang, tanggungjawab abang. Abang pun dah ada kerja. Min duduk rumah jelah. Uruskan hal rumah tangga kita”

“Tapi abang..”

“Min, dengar cakap abang okay. Buang masa je Min pegi belajar. Baik Min duduk rumah”

“Abang..”

“Abang dah lambat dah ni sayang, take care dekat rumah okay”

“Abang…..!”

Kee..ke..kenapa abang Ard jadi macam tu? Kenapa abang Ard tak nak bagi aku belajar? Aku duduk rumah pun bukannya buat apa. Aku nak tunaikan impian arwah ayah. Aku nak ada ijazah dalam tangan! Aku kena pujuk jugak abang Ard supaya bagi aku belajar. Aku tak kira!

“Min, tolong sign kertas-kertas ni sayang”

“Kertas apa ni bang? Kenapa Min yang kena sign?”

“Kertas pejabat. Dia perlukan waris ayah untuk sahkan. Boleh kan Min sign kat sini?”

“Okay”. Laju sahaja tangannya menurunkan tanda tangan.

“Err.. abang, pasal Min nak sambung belajar……”

Abang Ard senyum.

“Boleh. Tapi lepas semua urusan syarikat arwah ayah ni selesai okay. Abang tengah cuba nak hidupkan balik syarikat ayah ni. Abang nak bertanggungjawab sayang. “ senyum.

**

“Lepastu apa yang jadi?” soal Fendi. Min sudah mula merah matanya.

“Secara ringkasnya, itulah perkara paling bodoh yang aku buat dalam hidup ni”

“Ke..kenapa”

“Mula-mula ayah bankrap. Lepastu ayah meninggal. Lepastu mama lari dengan skandal dia sebab tak sanggup hidup susah. Aku kena cerai. Aku hilang semua aset aku. Aku keluar dari rumah ayah sehelai sepinggan. Aku dah miskin. Aku dah tak ada keluarga masa tu. Aku sorang-sorang Fendi” teresak-esak Min di hadapannya. Tangan gadis itu digenggam erat.

“Semua tu dah dirancang Ardi sejak pertama kali dia jumpa aku. Semua kelakuan dia, sikap dia, Cuma nak menjerat aku. Dia Cuma hendakkan harta keluarga aku Fendi. Aku menyesal sebab terlalu percayakan dia. Mentang-mentang dia baik dengan aku, tak bermakna dia sayang aku. Dia dengan ayah dia dah rancang semua ni dari mula. Kenalkan dengan aku masa aku masih mentah dengan Ardi supaya lepas SPM aku tak sambung belajar. Supaya aku jadi bodoh tak reti sikit pun pasal perniagaan. Supaya senang nak tipu aku dari A sampai Z. Kau takkan faham perasaan aku masa ayah aku meninggal Fendi. Lihat ayah kau mati sebab orang yang kau sayang. Lihat syarikat ayah kau mati sebab orang yang kau sayang tapi kau tak boleh nak buat apa-apa pun masa tu! Sikit pun kau tak boleh nak tolong. Rasa dia, pedih Fendi. Pedih!” semakin laju air mata membasahi pipi Min.

“Ya Allah Min, sumpah aku tak tahu hidup kau seperit tu! Kenapa kau tak cari aku masa tu Min? aku kan kawan kau!”

“sebab aku dah susah nak percayakan orang. Lagi-lagi, lelaki” jujur.

“Aku.. aku.. tak tahu nak cakap apa Min. I’m speechless! This is beyond my expectation. Aku ingatkan kau nak cerita yang rumah tangga kau bahagia dan kau dah selangkah kedepan menuju impian kau. I’m so sorry Min. kalau kau rasa berat untuk share dengan aku, takpe aku faham. Aku tak nak paksa kau cerita dah. Dengar cerita sedih kau, aku pun jadi sedih tau!”

Min terus menyambung cerita tanpa mengambil endah cakap Fendi.

“Masa malam aku kena halau tu, baru aku sedar ini semua rancangan Adri. Mula dengan sabotaj syarikat ayah. Dia curi semua duit syarikat sampai tinggal kosong sen! Ayah mati dan semua asset yang sepatutnya milik aku dipindah milik tanpa pengetahuan aku. Atau lebih tepat lagi, tanpa kesedaran aku. Surat-surat yang dia suruh aku sign tu semua surat pindah milik ke atas nama dia. Bila dapat tahu je syarikat ayah bankrap, mama terus hilang tanpa khabar berita! Sampailah dia text aku cakap jaga diri baik-baik.”

“Min sayang, mama sayang Min. tapi mama harus pergi. Min jaga diri baik-baik ya sayang. Mama janji, satu hari nanti mama akan cari Min balik. Maafkan mama sayang. I love you. Jangan risaukan mama.”

Dan juga mesej dari Uncle Ezman.

“Kalau boleh, memang uncle nak suruh bawak Min bersama dengan mama, tapi ada urusan yang kami perlu selesaikan dulu. Uncle janji, uncle akan jaga mama Min baik-baik”

“Aku tak tahu ke mana aku nak pergi malam tu. Aku tak ada duit. Aku tak ada tempat nak berteduh. Aku.. aku.. rasa macam nak mati. Tapi Allah masih bagi aku peluang untuk hidup. Aku kenal mak cik Leha ni sebab dulu dia jual kuih dekat kawasan rumah aku. Aku pernah cakap kan, jadi orang biasa-biasa je lagi senang nak approach, so aku ketuk rumah usang dia tengah-tengah malam buta. Nasib baik mak cik Leha baik. Bagi aku tempat tinggal, bagi aku makan pakai walaupun dia sendiri serba kekurangan. Masa tu, first time aku pakai baju pasar malam. Not bad la. Aku seronok. Jadi anak mak cik Leha. Mak panggil aku Ad sebab aku yang suruh. Supaya aku tak lupa ‘Ard’ yang dah bunuh jiwa aku.” senyum.

“Bila dah lama-lama, mak cik Leha dah kumpul duit sikit, kami bukak gerai makan kat sini. Modal taklah seberapa tapi Alhamdulillah, untungya lebih sangat dari jual kuih dulu. Aku pun tengah nak menabung ni sikit-sikit. Aku nak jugak masuk kolej ke university mana-mana ke, aku nak ada degree dalam tangan macam yang arwah ayah nak. Tak kisahlah kalau masa tu aku dah tua kerepot pun. Oh dan satu lagi, aku mintak maaf sangat-sangat dah berkali-kali kau makan kat sini tak pernah sekali pun aku offer nak belanja. Bukan apa, seringgit pun sangat-sangat berharga untuk aku sekarang ni. Mungkin dengan jadi macam ni, Allah nak tunjukkan dekat aku macam mana peritnya hidup orang susah sedangkan aku dulu seringgit tu pandang nak tak nak je”

Fendi terdiam. Tabahnya kau Min lalui semua ni.

“Kisah aku ni macam Cindarella terbalik pun ada kan. Orang lain dari miskin jadi kaya raya. Aku ni dari anak Dato’ jadi anak warung gerai tak seberapa ni je. Tapi aku bersyukur. Sekurang-kurangnya aku tak merempat kan. Kalaulah aku dengar nasihat ayah dulu, kahwin lepas habis belajar mesti semua ni takkan terjadi. Mesti aku yang ambik alih syarikat ayah. Mesti aku jaga harta kesayangan ayah tu baik-baik. Tapi nak buat macam mana kan, dah ditakdirkan dia jadi macam tu. Aku kena redha. Kau yang dah ada kerja elok ni, kerja elok-elok tau. Kau jangan buat khianat kat orang. Biarlah kita hidup susah daripada kita hidup makan dari sumber yang haram.”

“Min, kau memang tabah. Aku bangga ada kawan macam kau. Tak mudah menyerah. Tak mudah mengaku kalah. Aku janji Min, aku akan tolong kau capai cita-cita kau”

“Thanks Fendi. Cerita ni dah lama aku pendam. Tak tahu nak cerita dekat siapa. Dekat mak cik Leha tu ada lah sikit-sikit yang aku cerita. Thanks untuk telinga kau”

“Kau kalau ada apa-apa masalah lepas ni, jangan takut nak cari aku tau! Aku janji kalau boleh tolong, aku tolong kau.”

Angguk.

+++

“Min, kalau mama kau cari kau balik, kau nak terima dia semula?”

Angguk. “Dia tetap mama aku kan. Dia dah jaga aku 18 tahun. Aku pasti mama ada sebab sendiri kenapa dia pergi macam tu je”

Keratan akhbar dihulur kepada Min

Mencari anak gadis saya, Yasmin Adreena. Berumur 22 tahun. Sila hubungi 012-4365877 (Helina)

Air mata Min menitis. Mama cari Min!

“Aku dah call number tu. Aku dah bagitau dah pun kau kerja dekat sini. So sekarang, kau tunggu ajelah mama kau datang”

“Fendi, thank you!”

“No biggie”

Aku kini dalam pelukan mama. Rupanya mama menghidap cancer saat syarikat ayah bankrap. Mama dengan ayah sendiri yang rancang dengan uncle Ezman untuk bawa mama berubat jauh dari aku. Mama cakap, kalau syarikat ayah tak bankrap sekalipun, mama tetap akan ikut uncle Ezman berubat sebab mama nak tengok aku sampai aku tua. Sekarang mama dah sihat. Mama datang nak ambik aku balik. Balik ke mana? London. Mama buka butik dekat sana dengan bantuan modal uncle Ezman. Sekarang untung dah banyak, mama dah boleh tampung kos pembelajaran aku di sana. Aku nak belajar. Tapi macam mana dengan ‘family’ aku kat sini. Aku nak ada degree tapi kalau study dekat sini pun tak apa kan?

“Min ikut mama balik London ya sayang. Min study dekat sana lepastu kita sama-sama uruskan butik yang mama dah buka atas nama Min kat sana”

“Maa.. Min nak belajar. Min nak ada degree macam yang arwah ayah nak. Tapi.. kalau.. kalau Min nak study kat sini je boleh?”

“Kenapa? Min tak nak hidup dengan mama ke?”

“Bukan.. bukan macam tu ma..”

“Please sayang, dah bertahun mama tak jumpa Min. Mama tak puas lagi manjakan Min. please sayang, ikut mama balik London”

“Macam mana dengan mak? Siapa nak tolong mak nanti?”

“Ad jangan risau! Mak boleh cari pengganti nanti. Ad ikut mama balik ya. Mak bukan nak menghalau. Tapi kan syurga seorang anak di tapak kaki ibunya. Nanti cuti panjang Min baliklah sini jenguk mak ya nak ya”

Fendi? Hati kecilnya bertanya.

“Minggu depan kita book tiket balik ya. Seminggu yang ada ni kita uruskan semua keperluan Min”

“Ma.. Min.. Min.. Min suka… Fendi”

+++

“Min, jaga diri kau elok-elok dekat tempat orang tu. Jangan menggatal. Jangan jatuh cinta dengan mat salleh.” Pesan Fendi sebelum dia boarding.

“Baik bos. Kau pun jangan menggatal. Tunggu aku ada degree lepastu kita kahwin okay?”

“Kau tengah propose aku ke Min?” sengih.

“If I say yes?”

“Then I’ll say yes, I do”

“Haha. Mengarut! Okay aku nak pergi dah.”

“Hmm. Bye. Take care tau.”

“Okay. Kau pun. Take care. Tunggu aku! Kumpul duit banyak-banyak nanti aku balik kita terus kahwin tau”

“Okay. Bye”

“Bye”

+++

Alhamdulillah untuk kebahagiaan ini Ya Allah. Setelah tiga tahun study dekat London, akhirnya aku pulang ke Malaysia menuntut janji untuk dipinang. Eh. Aku bersyukur adanya Fendi di saat aku suka dan duka. Aku dah selamat jadi isteri Fendi dan Fendi dah selamat jadi suami aku. Ternyata kepulangan mama menamatkan zaman susah aku dulu. Pasal Ardi pula, aku dengar syarikat dia dah guling. Hutang keliling pinggang. Dan entahlah hidup di mana sekarang.

Aku sekarang sedang mengumpul dana. Mengajak syarikat-syarikat gergasi yang ada di Malaysia ni untuk mebantu golongan yang tidak bernasib baik. Aku pernah rasa hidup senang, aku pernah rasa hidup susah. Kalau part senang tu, memang duit takkan habis. Dan kalau part susah tu, memang duit tak pernah cukup. Jadi, apa salahnya kita berkongsi kebahagiaan dengan semua orang. Barulah bahagia namanya !

“Min tau tak abang suka Min dari zaman kita sekolah lagi?”

“Oyeahh? Min tak pernah tahu pun?”

“Tapi masa tu kan ‘lelaki tu’ yang selalu menjadi pujaan hati Min. so, abang tak boleh nak buat apa-apa lah. Tapi sekarang, abang takkan lepaskan Min lagi tau!”

“Min sayang abang lebih lagi dari Min sayang ‘lelaki itu’”

“Abang pun sayang Min lebih lagi dari Min sayang abang tau”

*TAMAT*




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

28 ulasan untuk “Cerpen : Definisi Bahagia Yasmin Adreena”
  1. yuyu says:

    ilmu adalah segala2 nya…cerita nie memang memberi impak yang besar dan pengajaran yang sangat berguna….by the way,,this story is very best(^_^)

  2. ratu komen says:

    Jalan cerita bagus

  3. tulip says:

    cmni la name nye cerita..ada isi..ad pengajaran..d sebalik kebahagian ad kedukaan..bukan cerita yg penuh ngn angan2..good job

  4. anis says:

    haaa ni baru best awak, tak bosan lagu, keep writting writer, hehe :)

  5. Pengkritik tegarrr dalam DIAM says:

    assalam cik writer…. alhamdulillah lepas jugak baca. best jalan citer dia dan ada sedikit info dlm citer nieh. so, apa yang boleh sy simpulkan, study is important, right miss writer? keep it up and i wanna see more improving !

  6. *zalila zaharin* says:

    best sangat cerpen nie apapun good job….

  7. eykaseemoontel** says:

    congrats..

  8. AleyaNoor says:

    gud job writer… :) sarat dengan mesej and best… :)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"