Cerpen : Pergilah Kenangan

1 July 2013  
Kategori: Cerpen

19,676 bacaan 16 ulasan

Oleh : Hana

Menyingkap kembali kenanganku bersamanya membuatkan hatiku makin sakit. Mengapa perasaan ini hadir kembali sedangkan aku sendiri yang melepaskannya kepada orang lain. Sungguh balasan Allah itu tidak tunggu di akhirat, di bumi juga sudah dapat balasannya. Maafkan aku bukan niat aku untuk membuatkan kau kecewa sehingga begitu.

Alhamdulillah hari ini aku terima kad undangan perkahwinan engkau dengan Laila Aniqah. Aku bersyukur kerana keputusan yang aku buat dahulu membuatkan kau bahagia. Emakmu mengucapkan terima kasih kepada aku yang memulihkan semula semangatmu. Aku terkenangkan sewaktu kita masih berkawan. Sungguh aku rindu kawan sepertimu yang memahami diriku.

“Woi!, aku dengar kau nak tarik diri, kenapa?; ”tanya Baha kepada aku.

“Aku nak bagi peluang kepada orang lain la. Sudah tiga tahun aku wakil sekolah dan target aku sudah lepas untuk wakil Selangor jadi tak payalah nak kecoh-kecoh.; “

“Kau ingat itu saja ke yang aku nak cakap dengan kau?; “

“Baha aku tengah tak ada mood nak bergaduh dengan kau; “

“Tapi kita harus bincang; “

“Cakaplah; “kata aku dengan malas.

“Cikgu benarkan ke kau tarik diri?; “

“Cikgu Iklimah benarkan. Dia kata bagus juga aku bagi peluang dekat muka baru. Aku memang dari tahun lepas lagi tarik diri.”

“Kau pentingkan diri sendiri.”Baha menjerit dekat dengan telinga aku. Aku tidak ambil peduli dengan apa yang dia cakap.

Aku tersedar kembali dari lamunanku setelah aku merasakan ada seseorang menepuk belakangku. Aku melihat siapakah geranan manusia yang agak kurang sopan itu dan ternyata aku terkejut kerana orang itu adalah kawan baik aku sewaktu sekolah rendah dahulu.

“Assalamualaikum!; “

“Waalaikumsalam. “jawap aku kepada dia.

“Mengapa termenung ini?; “tanya Iman kepada aku.

“Tidak ada apa-apa cumanya tadi saya dapat surat daripada teman lama. Dia akan berkahwin tidak lama lagi.”

“Kenapa sedih sahaja?.”aku menggelengkan kepala terhadap pertanyaan dia kepada aku.

“Kawan istemewa ke?”

“Baha.”

“Lupakanlah dia bukankah kau yang melepaskan dia dahulu mengapa harus diungkit kisah lalu?.”

“Memang sudah lupakan tetapi kedatangan undangan ini yang membuatkan saya ingat dekat dia.”

“Biarkan kenangan itu menjadi sejarah dalam hidupmu.”

******************************************************************************

Dua minggu kemudian

“Tahniah. Akhirnya kahwin juga kau.”kata aku kepada Baha.

“Terima kasih juga kepada kau yang telah melepaskan aku. Aku tidak sangka perempuan yang tegas macam kau akan buat aku begitu.”kata Baha yang membuatkan aku tersentap.

“Abang siapa ini?.”tanya Laila kepada Baha.

“Awak lupa ke. Dialah perkenalkan kita dahulu.”

“Iklimah. Terima kasih kerana sudi hadir di majlis perkahwinan kami.”kata Laila sambil bersalam dengan aku. Baha hanya memandang sepi terhadapku. Emaknya pula memandang sayu terhadap aku.

“Laila dialah sebenarnya wanita pertama yang mengajar saya tentang apa itu kasih saying dan dia juga yang menyebabkan saya hilang rasa itu sehinggalah dia pertemukan kita melalui emak. Saya berkata begini kerana saya tidak mahu awak terasa apabila melihat dia datang ke sini selalu. Dia memang rapat dengan mak. Kadang-kala mak akan tersebut nama dia.”Laila memandang pelik terdapa aku. Aku hanya tersenyum kepada dia.

“Abang kenapa cakap begitu. Saya tidak kisah pun kalau dia datang jumpa mak selalu. Saya pun ada kawan untuk berbual nanti.”kata Laila sambil memegang tangan Baha.

“Dia rapat dengan seluruh ahli keluarga saya termasuklah wan dan tok.”kata Baha yang membuatkan Laila agak terkejut.

“Bagaimana awak boleh rapat dengan Tok?.”tanya Laila kepada aku.

“Saya selalu lawat dia. Lepas ini awaklah pula akan rapat dengan dia sebab awak menantu anak dia. Saya ini hanya orang luar sahaja.”

“Tak apa nanti kalau ada masa kita pergi sama-sama.”

“Sudahlah borak itu, ramai lagi tetamu yang nak jumpa kamu berdua. Mak nak bawa Imah jumpa dengan Tok dia nak jumpa sangat dengan Imah.”

Aku mengikut emak Baha ke tingkat atas rumah. Tok adalah nenek kepada Baha. Aku memang rapat dengan ahli keluarganya jadi aku tidak kekok untuk berjumpa dengan mereka walaupun aku tiada hubungan dengan Baha. Mereka semua sangat memahami keputusan aku untuk melepaskan Baha saat itu. Cumanya Baha sendiri yang tidak mahu memahami mengapa aku tinggalkan dia. Biarlah perkara ini menjadi rahsia antara Baha dan aku.

“Assalamualaikum,mak ini Ana bawa Imah datang.”kata emak Baha kepada nenek Baha.

“Waalaikumslam. Ana, Imah masuklah.”kata nenek Baha sambil tersenyum terhadap kami.

“Imah, tokkan dah cakap jangan datang. Kenapa kamu datang juga?.”kata nenek Baha kepada aku.

“Imahkan kawan Baha, mestilah datang tanda sokongan. Tok pun kenapa datang kalau dah tak sihat?.”

“Tok bukannya sakit teruk macam kamu. Kalau kamu tak sakit mesti kamu yang kahwin dengan Baha.”kata nenek Baha. Aku hanya memandang sayu kepada nenek Baha. Memang betul kata nenek Baha itu tetapi bukannya kehendak aku untuk sakit takdir Allah aku terima dnegan redha.

“Mak, sudah jodoh Baha tertulis untuk Laila jangan diungkit lagi. Lagipun Imah yang lepaskan Baha. Dia nak Baha bahagia jadi sebagai keluarga kita sokonglah dia.”kata emak Baha kepada nenek Baha.

“Kenapa kamu tidak beritahu Baha dengan jelas bahwa kamu sakit dan terpaksa melepaskan kamu. Terlalu teruk ke Baha kalau dia tahu daripada awal?.”tanya nenk Baha kepada aku.

“Tok pun tahukan bagaimana rapatnya kami. Saya tidak mahu Baha melihat penderitaan saya sepanjang saya berubat biarlah dia bahagia walau tidak bersama saya. Saya lihat tadi dia bahagia sangat dengan Laila jadi saya mohon dengan Tok supaya jangan beritahu dia yang saya sakit.”

“Satu saja yang mak cik nak tahu. Kamu masih menyayangi Baha?.”

“Saat saya melepaskan Baha kepada orang lain, saya bertekad untuk melupakannya tetapi kini saya rasa tidak berdaya untuk melihatnya dengan orang lain. Saya tahu Allah sentiasa ada dengan saya selagi saya berdoa dan berserah kepadaNya. Jadi mak cik dengan Tok tak payah risaukan saya.”

“Imah, mak cik doakan kamu cepat sembuh dan bahagia dengan pilihan yang kamu buat. Kamu memang anak yang baik. Mak cik berdoa yang kamu akan mendapat jodoh yang lebih baik. Mak cik dan Tok akan mendoakan yang terbaik buat kamu.”kata emak Baha sambil memeluk aku. Aku menangis saat itu. Sungguh berat untuk aku melepaskan kenangan aku bersama Baha tetapi aku redha dengan takdir yang Allah tetapkan untuk aku.

Tanpa mereka sedari Laila mendengar segala-galanya tentang perbualan mereka. Dia menjadi serba salah dengan Iklimah. Sungguh dia tidak menyangka yang Iklimah melepaskan Baha hanyalah kerana dia mempunyai penyakit. Laila merasakan perkahwinan ini satu kesalah baginya.

Laila merasakan yang dirinya adalah perampas kebahagiaan orang lain. Dia tidak menyangka yang Iklimah masi menyayangi Baha sehingga kini, sungguh Iklimah seorang wanita yang tabah. Dia melihat sendiri bagaimana cerianya muka Iklimah tadi mengucapkan tahniah kepada dia dan Baha. Kini segala-galanya sudah terungkap. Laila harus mengembalikan Baha kepada Iklimah. Laila pergi turun ke bawah. Sementara itu Iklimah dan emak Baha juga turun ke bawah.

“Sekali lagi saya ucapkan tahniah kepada kamu berdua semoga berbahagia sehingga ke syurga. Baha jaga Laila baik-baik. Saya doakan yang terbaik untuk kamu berdua. Saya balik dulu.”kata aku sambil memegang tangan Laila. Laila memandang aku pelik. Aku hanya tersenyum kepada dia.

“Terima kasih sekali lagi di atas jasa dan pengorbanan kamu.”bisik Laila di telinga aku sewaktu kami berpelukkan. Aku hairan namun balas dengan anggukan.

*************************************************************************************

Enam bulam kemudian.

Assalamualaikum, Iklimah.

Apa khabar awak?. Saya berharap awak semakin sihat walaupun di mana sahaja kamu berada. Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk meminta awak kembali ke sini. Saya mungkin tidak lama lagi di dunia ini. Saya juga mempunyai penyakit seperti kamu. Mungkin saat surat ini berada di tangan kamu saya sudah tiada lagi di dunia ini. Saya mohon kepada kamu agar kembali kepada Abang Baha. Saya tahu segala-galanya kenapa kamu tinggalkan dia. Saya pernah terdengar perbualan kamu dengan emak dan tok sewaktu hari nikah kami. Saya dengar segala-galanya. Terima kasih benarkan saya bahagia walaupun untuk sesaat. Terus terang saya katakan yang Abang Baha masih menyayangi kamu. Walaupun dia tidak cakap saya tahu dia rindu kamu. Saya selalu ternampak dia menangis saat menatap gambar kamu. Saya berharap sangat yang kamu boleh bahagiakan dia setelah saya pergi. Dia terlalu setia dengan kamu. Saya memang tidak boleh menggantikan kamu di hatinya. Akhir kata, saya doakan kamu bahagia bersama Abang Baha. Dia mencintai kamu lebih daripada dirinya sendiri. Saya sendiri tidak mampu untuk mencintai dia sebagaimana kamu mencintainya. Sekian wassalam

Salam ikhlas, Laila Aniqah.

Aku terpena seketika saat membaca surat daripada Laila. Aku tidak menyangka yang dia terdengar perbualan aku, emak dan nenek Baha. Haruskah aku kembali kepadanya. Alhamdulillah penyakit aku semakin sembuh tetapi mana mungkin aku boleh menggantikan tempat Laila dalam hati Baha. Sedang aku termenungaku terdengar ketukan di pintu rumah aku.

“Assalamualaikum. Imah, aku tahu kau ada di dalam rumah keluar sekarang. Imah kenapa kau selalu buat kejutan kepada aku. Kenapa kau tidak beritahu tentang penyakit kau. Aku ini kawan kau atau bukan. Aku rindu nak dengar suara kau. Aku sedar aku yang menganggap kau istimewa dihatiku tetapi kau hanya menganggap aku kawan. Aku menyayangi dan mencintai kau sepenuh hati aku. Aku tidak mampu melupakan kau walaupun saat itu aku sudah berkahwin dengan arwah Laila. Laila sudah ceritakan segala-galanya kepada aku. Aku perlukan kau untuk bahagia. Laila sangat memahami perassan aku terhadap kau.”kata Baha daripada luar rumah. Aku membuka pintu rumah sahaja.

“Waalaikumsalam. Baha mencintai tidak bermaksud kita harus memiliki. Aku tidak mampu untuk menjadi teman kau. Aku…”kata-kata aku terhenti apabila aku tersedar selain Baha nenek dan emak dia ada bersama dia.

“Imah cukup hanya sekali untuk mengorbankan diri kamu semata-mata kerana ingin bahagiakan orang lain. Berilah Baha peluang untuk melindungi kamu sekali lagi. Dia benar-benar menyayangi kamu walaupun kamu cuba lari jauh daripada dia. Kali ini dengarlah kata hati kamu. Mak cik bukan nak memaksa tetapi mak cik pohon kamu solat isthikarah dans elepas itu kalau kamu tidak dapat menerima Baha mak cik terima keputusan kamu.”kata emak Baha kepada aku. Setelah aku bersalam dengan emak dan nenek Baha mereka terus balik.

*************************************************************************************

Setelah berminggu aku melakukan solat sunat isthikarah aku sudah ada keputusannya. Aku berharap ini adalah terbaik untuk semua. Aku tidak mahu membebankan kedua ibubapa aku. Aku tahu mereka selalu risaukan aku yang suka bersendirian. Dengan keputusan ini aku berharap dapatlah mereka menerima dengan redha.

“Assalamualaikum. Mak Cik ini saya Imah. Saya sudah ada jawapannya. Hujung minggu ini mak cik bawalah Baha ke rumah saya dan saya akan beritahu keputusannya. Saya berharap mak cik dapat terima dan sokong segala apa yang akan saya katakan nanti. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf kepada mak cik. Itu saja saya mahu katakan. Terima Kasih dan Assalamualaikum.”Aku berkata kepada emak Baha melalui telefon.

Biarlah mereka menganggap aku pentingkan diri sendiri. Aku tahu keputusan yang aku buat ini adalah untuk kebaikan semua. Ibu bapa aku pasti akan menganggap aku tidak mahu berkahwin setelah aku membuat keputusan ini. Aku redha.

*************************************************************************************

“Assalamualaikum. Imah ingin berjumpa dengan semua di sini hari ini kerana Imah sudah membuat keputusan. Dengan lafaz bismillah Imah tidak boleh menerima lamaran Baha terhadap Imah. Maafkan Imah tok,mak cik,mak,ayah. Imah sudah sedaya upaya Imah untuk menerima Baha dalam hidup Imah tetapi setelah solat sunat isthikarah Imah sudah mendapatkan keputusannya.”

“Imah saat kau mengucapkan kata perpisahan setelah bertahun kita bersama kau membuatkan aku kecewan sehingga aku merasakan takdir itu terlalu berat untuk aku menerimanya. Setelah kau hadir semula dalam hidupku kau bawa pengganti dirimu yang tanpa kau sedari sebenarnya hidupnya tidak lama. Aku benar-benar berharap yang kau akan menerima diriku tetapi takdir Allah kita tidak bersama. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku. Hadirnya dirimu membawa ceria dalam keluargaku. Satu harapanku agar kau tetap bertandang ke rumahku walaupun kita tiada jodoh.”kata Baha mengakhiri perjumpaan kami.

Segalanya kini sudah berakhir. Aku hanya boleh menganggap Baha sebagai teman yang rapat sahaja. Walaupun kami pernah berkasih sayang tetapi kini aku hanya mampu berkawan sahaja dengannya. Tidak mampu rasanya melihat emak dan nenek Baha yang berharap sangat aku dapat menerima Baha dalam hidupku tetapi mencintai seseorang itu tidak semestinya kita memilikinya. Cukuplah kita melihat dia bahagia, dengan izin Allah kita juga akan turut merasai kebahagian itu.

Segala kenangan aku dan Baha hanya tinggal kenangan. Kami masih berkawan seperti dahulu. Baha menerima keputusan aku walaupun sebenarnya berat untuk dia menganggap aku sebagai kawannya setelah dahulu kami pernah bercinta.

Aku kini bahagia dengan kehidupan baru aku sebagai isteri kepada Ikmal Hakim yang merupakan kawan kepada Baha. Baha yang memperkenalkan kami. Dia ingin membalas jasa aku yang mempertemukan dia dengan Laila Aniqah sewaktu dahulu. Aku sungguh bersyukur dengan setiap apa yang Allah telah berikan kepada aku. Betul juga kata daripada ibu aku sewaktu aku mengambil keputusan untuk berpisah dengan Baha

“Imah, kadang-kala Allah itu pertemukan kita dengan orang yang salah dahulu sebelum dia pertemukan kita dengan seorang yang lebih baik daripada yang sebelumnya kerana Allah itu Maha Penyayang kepada hambanya jadi kamu jangan pernah sesekali menganggap yang Allah itu tidak adil kepada kamu.”

Allah jualah yang mengizinkan segalanya berlaku. Aku benar-benar bahagia dengan apa yang aku ada sekarang. Terima kasih Ya Allah kau telah kurniakan aku kehidupan yang lebih baik daripada sebelumnya.

Tamat.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

16 ulasan untuk “Cerpen : Pergilah Kenangan”
  1. akulaFF says:

    Hmmm~ Not bad actually.. Walaupun agak ringkas & nampak seperti tergesa2 mahu habiskan cerita.. Cerita tak berterabur pon.. Cuma terlalu ringkas.. Ada konflik yg cuba diterapkan tapi terlalu ringkas.. Penggunaan kata ganti nama pertama & kedua boleh diperbaiki lagi.. Aku = ku: dia = nya; Keep it up writer.. Best of luck.. :)

  2. zalila zaharin says:

    ok…best…

  3. fatimah zahra says:

    not bad

  4. put3isabella says:

    XBrape paham!! plot cite ade..tp xteratur.. xd motif yg jelas.. imah sakit ape smpai xnk kawin gn baha..tup tup laila plak yg sakit n meningal..ape pn sy baca abis jgk cite nie..maknenye cite awk msih lg ok cume perlu banyak dperbaiki lg.. okey gud luck!!

  5. Takis coklat says:

    Cerita yang penuh makna jika kita pernah merasanya.. Memandangkan ini adalah cerpen, logik bila jalan cerita dipercepat daripada kadar biasa seperti tulisan novel. Saya suka tulisan cerita ini, sebab setiap tulisan mempunyai cerita tersendiri yang ingin disampaikan mengikut kata hati sendiri. Mesej yang disampaikan memang dapat saya fahami. Good job penulis :)

  6. komenter says:

    Xbc smpai abis pon..crite mmbosankn dn suram..xsuke..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"