Cerpen : Dari Macau Ke Mekah

26 August 2013  
Kategori: Cerpen

11,049 bacaan 13 ulasan

Oleh : Yasmin Rania

Alhamdulillah. Dapat pun aku jejakkan kaki di sekolah lama aku. Bangunan hijau zaitun ni masih tersergam indah. Agak-agak, dah 8 tahun aku tak jejakkan kaki di sini.

Mula-mula, pergi jumpa pengetua. Pengetua pun dah tukar dengan orang lain. Tak kenal pun.

“Tak perlulah saya tunjukkan awak kawasan sekolah. Lagipun, awak ex-student di sini.” Pengetua, Puan Zainab tersenyum manis. Aku mengangguk. Aku keluar dari pejabat dan pergi ke bilik guru. Aku berhenti di hadapan pintu bilik guru.

‘Kau boleh, Yasmin! Walaupun kau bakal doktor, kau juga boleh jadi guru!’ Yakinku. Aku memulas tombol pintu dan melangkah masuk ke bilik guru.

“Eh, ini Yasmin ke?” Cikgu Wani menyapaku. Aku tersenyum. Aku menyalami guru itu. Dia pernah mengajarku bahasa Matematik.

“Assalamualaikum, cikgu. Ya, saya Yasmin Rania.”

“Bukan awak ambil medic di Korea ke?” Tanya seorang guru lagi. Cikgu Dhia! Lantas aku memeluk guru itu. Rindu sangat!

“Ya, cikgu. Saya belajar medic di Korea. Tapi sekarang ni saya tengah cuti sementara tunggu jadi houseman di Hospital Ipoh ni nanti,” jelasku. Cikgu Wani dan Cikgu Dhia mengangguk.

“Yasmin ganti cikgu apa?”

“Saya ganti cikgu Liza.”

“Jadi, ajar Add Math la nanti.” Aku mengangguk.

“Saya minta izin dulu ya, cikgu.” Aku ingin membuat persediaan mengajar.

Sambil itu, aku bertegur sapa dengan cikgu-cikgu perempuan yang lain. Rindu sungguh aku dengan mereka. Memang benar, kenangan manis pada zaman persekolahan memang manis macam madu. Manis yang asli!

*****

“Cikgu, kat cikgu ke saya perlu hantar lakaran design banner untuk ekspo yang akan datang?” soal Helmi. Cikgu Izzat mengangkat mukanya dan memandang Helmi.

“Tetapi, Helmi.. Bukan cikgu dah yang tukang men’design’ banner. Ada yang tolong cikgu. Anak murid cikgu.” Bingung Helmi dibuatnya. Siapa pula…

“Siapa anak murid kepada sifu Photoshop ni?” seloroh Helmi. Cikgu Izzat ini memang terkenal dengan sifu Photoshop zaman-berzaman lagi.

“Cikgu yang baru datang hari ni. Dialah anak murid cikgu yang memang master dalam bab-bab macam ni. Pergilah bagi kat dia. Kalau dia kata dia tak nak, kata kat dia, sifu dia yang suruh,” kata Cikgu Izzat.

“Dia duduk kat cube yang tak ada cikgu tu,” Helmi angguk tanda faham.

“Awak jangan terpikat pula,” Helmi hanya tergelak besar apabila terdengar ayat terakhir dari mulut Cikgu Izzat.

‘Tak mungkinlah. Tapi ya kalau dia adalah orang yang kutunggu selama ini.’ Helmi terus mencari guru baharu itu. ‘Dia ada di tempatnya,’ lega hati Helmi.

“Cikgu, saya nak minta tolong cikgu. Saya dengar cikgu hebat dalam Photoshop. Jadi, saya nak minta tolong dari cikgu untuk design banner untuk ekspo yang akan diadakan minggu depan oleh sekolah kita,” kata Helmi dengan panjang lebar. Cikgu itu pun mengangkat kepalanya saat Helmi telah menamatkan ayatnya. Yasmin kaget. Helmi terkejut.

Terimbau kenangan dulu. 9 tahun dahulu.

*****

‘Frustnya aku! Dia dah bertunang. Sabar jelah hati ini’ Yasmin kecewa kerana cikgu yang diminatinya sudah bertunang dengan orang lain. ‘Itulah… Lelaki bukannya boleh dipercayai sangat,’ kata Yasmin.

‘Sabar…. Ada hikmahnya.. In shaa Allah.’ Yasmin memujuk hatinya. Tiba-tiba, Zana mendapatkan aku. Yasmin segera menceriakan wajahnya yang mencuka tadi.

“Kenapa Zana?”

“Yasmin, isi nombor pasport. Cikgu nak.” Yasmin kaget. Nombor pasport?

“Awak dapat pergi ke Macau untuk pertandingan. Bersama saya dan Syida,” jelas Zana. Kemudian, dia berlalu.

‘Alhamdulillah. Mungkin ini hikmahnya. Aku ke Macau! Jom lari dari cinta dulu! Yea!’ Yasmin menjerit dalam hati.

‘Aku dapat melupakan dia.’

*****

Dah tamat pun pertandingan. Award ceremony habis jam 12 tadi.

“Cikgu, sekarang ni kita nak ke mana?” soalku.

“Jom kita ajak sekolah-sekolah lain ke… Senado Square!” seloroh Cikgu Saiful. Cikgu ini memang lawak sikit.

“Jom!” Kami segera berkemas. Jom hilang duka tadi! Aku menangis sebab tak dapat pingat emas. Tetapi kira okeyla sebab dapat pingat perak.

Kami terus tinggalkan booth. Aku, Zana dan Syida terhenti di depan booth TVBS Macau. Tengok Helmi, Adil dan Rafiq bertangkap gambar di booth yang ada tempat ala-ala baca berita. Kami, apalagi, interframe lah sekali!

Setelah puas ditangkap gambar, kami pun pulang untuk bersiap ke Senado Square. Adil dan Rafiq tidak sertai kami.

*****

“Kita nak naik bas nombor berapa ni?” Cikgu dari Sekolah Jaya bertanya.

“Rasanya, nombor 3,” kata Cikgu Saiful. Bas nombor 3A berhenti di bus stop ini.

“Jom naik bas ni!” Aku sudah hairan bin pelik. 3A? Bukankah 3? Naik jelah. Macau bukannya besar pun. Jangan sampai ke Tanah Besar China sudah.

Kami pun naik bas lompat itu untuk ke Senado Square a.k.a. Almeida RIbeiro. Tetapi, aku berasa hairan. Kenapa bas ini lalu di jalan yang tak pernah kulalui.

Last-last, kami sampai terminal bas ala-ala Puduraya.

“Laa, kita sampai kat Puduraya lah pula.” Dan kami pun naik bas yang lain dan tiba di tempat yang dihajati. Di Macau ni, mana ada tempat shopping yang murah-murah macam di Bandung atau Guangzhou. Jadi, bershopping di Senado Square pun jadilah.

Bila nak balik malam itu, kami tahan teksi di depan Grand Lisboa. Gaya macam kami baru balik dari kasino sahaja.

Macau… Memang penuh dengan keduniaan sahaja. Nasib baik kurang sikit daripada Las Vegas. Mungkin sebab segala ‘aktiviti maksiat’ tu diadakan dalam bangunan sahaja kut. Tapi, yang bestnya, di dalam tempat berjudi, diharamkan merokok! Harapnya negaraku pun haramkan rokok. Bau rokok yang memeningkan!

*****

Esoknya, kami pergi ke tempat yang mungkin mustahil untukku pergi. Ke Hong Kong Disneyland!

Memang seronok. Kami ke tempat yang ada Buzz Lightyear, Toy Story dan sebagainya. Tetapi tak teringat langsung nak ke istana yang ada Sleeping Beauty! Terlupa sebab hujan turun dengan agak lebat.

Makan tengah hari adalah biskut. Dinasihatkan, makanan dalam Disneyland memang mahal!

*****

Kena tunggu feri untuk ke Macau semula la pula.. Delay sekejap sebab lautan Hong Kong bergelora akibat rebut sekejap di sini. Itu adalah perkara biasa di Hong Kong.

Tiba-tiba, aku terdengar ayat-ayat Al Quran yang sayup-sayup. Aku mencari arah suara yang mengalunkan kalam Allah itu. Helmi? Subhanallah! Dia sedang mengulang hafalannya.

Sepanjang masa ketika menunggu feri, aku hanya mendiamkan diri kerana ingin mendengar ayat-ayat Al Quran. Dah lama tak dengar!

*****

Alhamdulillah, sampai di bumi Malaysia! Yang bagusnya Malaysia ini, ada tandas yang ada air dan papan tanda yang boleh difahami. Tak adalah asyik nak baca bahasa Portugis dan Cina sahaja.

Van untuk angkut kami pulang pun tiba. Aku tidak nampak Helmi dan rakan-rakannya.

‘Mungkin mereka dah pulang,’ bisik hatiku.

Kemudian, kami berhenti di perhentian yang terdekat, Dengkil.

‘Haus. Jom cari air!’ Aku mengajak. Kami terus melangkah ke food court. Aku ternampak cikgu dari Sekolah Jaya. Ini bermakna, dia pun ada di sini.

Aku dan Syida pergi mencari air mineral.

“Yasmin..” Helmi menyapaku. Aku hanya melambainya kembali.

Sementara kami makan, cikgu Iza dari Sekolah Jaya kata ingin pulang. Zana dan Syida ingin menghantar Cikgu Iza ke vannya.

“Korang pergilah, saya jaga meja ini.” Dalam hati, aku tak sanggup untuk berjumpa dengan mereka buat kali terakhir.

“Cikgu, kata kat mereka bertiga, Good Luck di dunia dan akhirat.” Cikgu Iza mengangguk. Mereka pun pergi.

Kalau ada jodoh, bolehlah berjumpa lagi. Kenapa dengan aku ni? Sudah jatuh hati pada dia? Biarlah. Dapatlah aku melupakan Cikgu Nasir.

*****

“Yasmin, ada cerita,” kata Zana. Aku mula member perhatian kepadanya.

“I think, Helmi likes you!” Aku membuat muka selamba, padahal di hati sudah cemas. Aku?

“Apa buktinya?” soalku. Hehe. Saja.

“Dia asyik tanya, mana Yasmin kalau awak tiada di situ.”

“Really?” Zana mengangguk. ‘Macam mana ni? Biarlah. Bukannya aku akan berjumpa dengannya lagi.’

*****

Petang yang damai…

Alamak! Diganggu.

Helmi: Assalamualaikum. Anyeong!

Aku pun taip dengan lambat sekali. Aku tidak suka berchatting dengan lelaki di FB!

Yasmin: Waalaikumussalam. Nak jawab anyeong dalam Korea apa?

Helmi: Sama ja. Anyeong.

Yasmin: Ooo. Anyeong.

Aah! Malas nak layan meskipun dia yang kuminati.

Yasmin: Nak logout dulu. Selamat berbuka puasa. Anyeong!

Aku terus logout. Baik aku lari dulu.

*****

Pada tengah malam, aku buka FB. Ada mesej.

Helmi: Waalaikumussalam. Anyeong. Selamat berbuka puasa juga. Kalau ada artikel Islamik, share ya. Kamsahamnida.

Aku hanya tersenyum dan menggelengkan kepala apabila mesej daripada budak tahfiz itu. Awak itu budak tahfiz. Maaf ya kalau aku lari daripadamu!

Sejak dari hari itu, aku lari daripadanya. Aku lari dari segala kemungkinan yang dapat buat ku leka dari cinta Allah. Aku berasa malu. Dia hafiz. Aku tidak. Ada hati untuk berpasangan dengan dia? Dan aku juga telah buatnya leka?

Mianhaeyo, Helmi.

Aku terus berhenti dari berhubung dengannya. Aku lari dan belajar di KAIST di Korea. In shaa Allah, aku tak terpikat dengan mamat-mamat Korea di situ. Muka plastik!

“Sekejap! Macam mana nak balas kamsahamnida?” Aku menggaru kepala.

*****

“Assalamualaikum. Anyeong. Awak Yasmin?” soal Helmi.

Aku kembali ke alam realiti. Dia masih tercacak di depanku.

“Waalaikumussalam. Anyeong. Na’am. Ana Yasmin. Enta Helmi?” Dia mengangguk.

“Alhamdulillah. Chajatda (aku menemuimu dalam bahasa Korea),” syukur Helmi.

Aku terus mengambil kertas lakaran yang dihulurnya.

“In shaa Allah, saya cuba tolong. Terima kasih, Cikgu Helmi,” ujarku seolah-olah aku ingin dia pergi dari situ dengan segera. Sudah lama aku tak bercakap dengan lelaki Melayu.

“Kamsahamnida, cikgu,” dia berlalu dari situ. Dia masih dengan sikapnya yang dulu. Suka cakap bahasa asing dengan aku! Aku memandang sepi kertas lakaran itu. Ya Allah! Kuatkan hatiku. Jangan biarkan aku lupakanMu.

*****

Sudah tamat masa aku menjadi GSTT di sekolah ini. Tiba masanya untuk aku beraksi sebagai Pegawai Perubatan Oftalmologi!

Sepanjang aku berada di sekolah, aku sering melarikan diri daripada Helmi. Cikgu Izzat dan guru-guru yang tak habis-habis mengusik aku dan Helmi.

‘Bukannya aku tak suka…

Bukan jua aku tak cinta

Kerna aku ingin menjaga diri dari maksiat….’

Sempat lagi aku menyanyi. Aku teringat dulu di Macau…

Aku buat pengakuan di depan Choi Dong Jin, peserta pertandingan, bahawa aku peminat drama Korea. Mesti mereka, rakyat Korea terkejut apabila dapat tahu orang yang pakai tudung pun minat tengok cerita Korea. Mula-mula, Dong Jin amazed. Selepas Helmi sebut Running Man, terus dia teruja.

“Did you have smartphone?” soal Dong Jin (bukannya Dong Jun dalam ZE:A ya!). Aku menggeleng.

“If you have, I can copy Korean dramas into your phone.” Melepas untuk dapat drama percuma. Sabar ya!

Bab Helmi suka cakap bahasa asing,

“Tahniah dalam bahasa Korea apa?” soalnya.

“Tak tahu,” jawab aku.

“Kata minat drama Korea..” Eh, aku tak fanatik sangat pun drama Korea tu. Manalah aku kuasai bahasa itu kalau bahasa Arab pun tak habis belajar lagi.

Aku terasa tercabar. Aku bertanya kepada kawan Dong Jin, Hyun Euk. Dah dapat jawapan. Tak perlu cari dalam Google Translate sebab ada orang Korea di situ.

“Helmi, tahniah dalam bahasa Korea, chugha haeyo.” Helmi mengangguk. Puas hati dapat jawapan.

*****

Aku dah berhenti dari menjadi GSTT. Sebelum aku bertugas di klinik pakar sebagai pegawai perubatan, aku pergi menunaikan umrah di Mekah terlebih dahulu bersama keluarga yang tercinta.

Teringat kata-kata Cikgu Saiful, “Mekah pun belum pergi. Inikan pergi ke Macau yang penuh dengan judi. Memang kontra habis. Mekah, Macau.”

“Kalau kita nak berjalan ke mana-mana, lebih baik simpan duit untuk ke Mekah dulu,” kata Cikgu Saiful. Dan.. Impianku untuk ke Mekah tercapai jua setelah sekian lama menanti. Thanks, Allah!

*****

“Ya Allah.. Berikanlah aku kesabaran untuk menempuh ujian hidup. Berikan aku hidayah-Mu. Jangan Kau biarkan aku tergelincir ke dalam lohong maksiat. “

“Ya Allah, kurniakan aku pendamping hidup yang beriman dan beramal soleh. Dan dia juga dapat membimbingku sekeluarga kea rah jalan yang lurus.”

“Wasallallahu ala Muhammad. Wa ala aalihi wa sahbihi ajmain. Walhamdulillahi rabbil aalamin..” Aku menyapu mukaku. Air mataku sudah membasahi telekungku. Ku harap Kau kabul permintaanku ini, ya Allah.

Aku hendak keluar dari Masjidil Haram dan ingin berehat sebentar di hotel. Tiba-tiba, aku terdengar seseorang memanggilku. Aku berpaling ke arahnya. Helmi?

Aku segera melangkah laju. Dia mengejarku.

“Yasmin, dengar apa yang saya hendak katakan,” ujar Helmi.

“Jangan ganggu saya lagi,” tegasku. Kalau nak kahwin dengan aku, pergi masuk meminanglah. Aku segera meninggalkannya yang sedang terpinga-pinga itu.

*****

Kring! Aku lihat pada skrin telefon. Ibu?

“Assalamualaikum, ibu.”

“Waalaikumussalam, Rania. Rania boleh pulang ke rumah tak?”

“Kenapa, ibu?” Tak mungkin aku akan ambil cuti tanpa sebab.

“Ada orang masuk meminang kamu.” Meminang? Siapa pula ni…

“Rania setuju sahajalah,” kataku tanpa berfikir panjang. Ada pesakit luar yang akan menemuiku.

“Betul ni? Alhamdulillah. Tak payah susah-susah nak pujuk kami macam sebelum ini. Okey. Assalamualaikum.” Ibu menghentikan panggilan.

Aku berfikir balik. Aku setuju?! Betulkan pilihan aku ini?

*****

Aku tidak mengadakan majlis pertunangan. Aku bersetuju untuk menyegerakan majlis akad nikah lantaran aku terlalu sibuk bekerja. Bakal suamiku, aku pun tak kenal sebab mak tidak pernah menyebut namanya. Ibu kata dia kenal aku. Dan aku ni pun, malas nak bersoal banyak. Aku tahu bahawa pilihan ibu dan bapa adalah yang terbaik. In shaa Allah.

Dengan sekali lafaz, aku menjadi isteri orang. Apa? Helmi?

Helmi mendatangiku untuk menyalamiku. Aku kaget.

“Rania, apa lagi? Salam suami awak tu,” arah ibu. Aku terus mencapai tangannya dan menyalaminya. Lama aku menyalaminya. Aku menangis. Helmi mengangkat kepalaku mengesat air mataku.

“Jangan menangis di sini. Malu kalau orang nampak.” Aku mengangguk. Rupa-rupanya, janji Allah itu pasti. Perempuan yang baik buat lelaki yang baik!

*****

“Cheonmaneyo, Sarang.”

“Apa tu?”

“You’re welcome dalam Korean,” jelasku. Malas aku nak bagi tahu maksud ‘sarang’ dalam bahasa Korea. Nanti, dia bising lah pula.

“Selama ini, abang asyik sebut kamsahamnida, Rania tak balas balik. Jadi, Rania balas dengan, cheonmaneyo!”

“Fahimtu. Thanks for being my wife!”

“Afwan.”

“Abang faham kenapa Rania larikan diri daripada abang selama ini. Jadi, abang dapatkan Rania pun dengan cara yang halal jugalah.” Aku terus memukul bahunya dengan bantal kecil.

“Amboi…” Aku geram.

“You deserved it. Rania dah berusaha untuk menjadi hamba Allah yang terbaik. Jadi, Allah berilah Rania apa yang Rania nak,” ujar Helmi.

Mukaku mula memerah. Betul. Aku telah memohon kepada Allah untuk menjadi isterinya di hadapan Kaabah. I deserved it. Alhamdulillah. Dari Macau ke Mekah, kutemui cinta yang Kau beri, Ya Allah!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Dari Macau Ke Mekah”
  1. Shaz says:

    best tetapi terlampau ringkas sampai saya x paham apa yg terjadi

  2. syura humaira says:

    Kalau d kembangkan lgii cerita nie , lgii best . Tp apapun gud job cik writer .

  3. Lya Hana says:

    Assalamualaikum.

    Saya editor sebuah syarikat penerbitan. Penulisan anda sangat bagus, jika penulis berminat untuk menghasilkan karya untuk diterbitkan.
    Sila hubungi saya di email … malyanah.shuhaimi@blue-t.com.my.

    Saya akan menerangkan dengan lebih terperinci.

    Terima kasih.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"