Cerpen : Islam Agamaku

16 August 2013  
Kategori: Cerpen

12,451 bacaan 30 ulasan

Oleh : Ira Hadeera

Carlos Lee Ming Few. 21 tahun. Sebaris nama yang menunjukkan bahawa aku berbangsa Cina dan berketurunan Lee. Malah, boleh dikatakan aku dan keluargaku merupakan orang yang kuat dalam pegangan agama kami. Ayah yang sering mengadakan aktiviti di kawasan perumahan sama ada perjumpaan atau mesyuarat penting sesama masyarakat Cina manakala ibu dan kakakku akan membantu dan kadang-kala itu menarik minat serta perhatian orang dan penduduk di situ untuk memeluk agama yang sama seperti kami. Kerja-kerja sebegini tersangat mudah bagi kami.

Apa yang kupinta akan berada di dalam genggaman dalam sekelip mata. Tidak perlu bersusah-susah bekerja seperti orang lain. Lagipun, aku datangnya daripada keluarga yang berada dan boleh dikatakan kaya. Ayah mempunyai 12 hektar tanah di Selangor dan Perak. Perniagaan menjual arak bermutu memang menjadi kebiasaan baginya. Ibu pula merupakan seorang usahawan wanita yang berjaya dan dia telah membuka sebanyak sembilan cawangan butik pakaian di Kuala Lumpur, Ipoh dan Kota Bharu. Kakak? Kakakku masih mahu menyambung pelajaran untuk ke luar negara. Katanya dia lebih suka jika pergi ke Belanda kerana banyak bunga tulip terdapat di situ.

Islam?

Janggal. Kekok. Pelik. Hairan.

Itulah tanggapan pertamaku terhadap agama itu. Gegendang telingaku ini belum pernah terpukul untuk mendengar nama agama itu. Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan sekolah menengah Cina, tidak pernah mendapat kawan berbangsa Melayu dan India, masakan aku dapat mengetahui mengenai agama Islam? Ayah dan ibu juga tidak pernah pun menyebut dan menceritakan kepadaku mengenainya dengan lebih mendalam. Bila kutanya sepatah, sepatah yang dijawab.

Namun, segala-galanya berubah kerana Amir. Kerana keluarga Amir. Kerana budi dan jasa baiknya kepadaku. Inikah yang dinamakan takdir? Mungkin juga. Ataupun… ianya memang kehendak Tuhan? Hanya aku dan Dia yang mengetahui. Bukan ayah, bukan ibu dan bukan kakakku. Bukan Carlos Lee Ming Few lagi. Nama itu sudah lama terkubur bagiku dan yang tinggal hanyalah Muhammad Carlos Abdullah…

****************

“You’re not a great doctor but you’re a killer! Stupid! Stupid and useless doctors! You couldn’t save their lives and yet you’re still holding that title for yourselves? You’re nothing, man! If you couldn’t save them, then why are you here?!!!” bergema hospital itu dek kenyaringan suaraku. Api kemarahanku semakin menjulang tinggi apabila melihat wajah doktor muda itu yang masih tenang mendengar kata-kata makian daripadaku. Air mata di pipi tidak mampu untuk kuseka. Bencinya aku terhadap doktor memang sudah mencapai suatu tahap yang memang mengerikan.

“We are very sorry, Mr. Carlos. We are so sorry. But we couldn’t save your parents’ life. And so do your sister’s. We’ve done our best but we just…”

“You’ve done your best? Pardon me? I can’t hear you. Best? Best?!! What do you mean by you’ve done your best to save them for me, huh?! Seriously, you guys are nothing but stupid liars. And I was so stupid for trusting you in this case. And now, my entire family is gone! Are you guys happy? Satisfied with this type of result?! Well, thank you very much for your cooperation and I appreciate it!” sinis aku menjawab sebelum merempuh masuk ke dalam bilik pembedahan, melihat jasad ibu dan ayah terbaring kaku tidak bergerak. Tubuh mereka kupeluk erat. Wajah kakakku pula sudah hangus dijilat api. Muka mereka melecur teruk, terutama wajah ayah. Mereka pergi untuk selama-lamanya kerana sebuah kebakaran. Trajedi pahit yang menimpa kami sekeluarga.

Berita bahawa rumah banglo kesayangan ayah hangus terbakar sememangnya memeranjatkan aku lebih-lebih lagi tatkala itu aku sedang belajar di perpustakaan bersama-sama rakanku. Tergesa-gesa aku ke hospital, berharap agar mereka akan okey tetapi apa yang aku dapat sekarang? Kesedihan! Kekecewaan! Kematian ahli keluarga!! Itu sahaja yang doktor-doktor ini lemparkan untukku. Kebakaran berlaku kerana gas di dapur rumah kami meletup dan api terus marak dalam sekelip mata, kata pegawai polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian.

Terasa bahuku dipeluk oleh seseorang. Aku tertunduk, mengawal dan membendung kesedihan ini dari terus membelenggu jiwa. Sudah kutahu siapa yang kian berada di sampingku. Hanya dia. Dia yang sentiasa menemaniku. “Amir, I need them in my life. I need them really much and I love them. I hate this type of destiny. The world is not fair to me, Amir. Why? Why must me? I want them, I want to follow them to the other world. They must be waiting for me, right?” aku mendongak, memandang wajah lelaki yang berada di sampingku.

“Carl, be strong. Just be strong. The world is not punishing you and you can’t blame your own destiny. You don’t need to worry, Carl. I am here for you. I will be always by your side, anytime, anywhere. I am your friend, anyway,” pujuk Amir. Muhammad Amir. Berbangsa Melayu. Ya, benar. Hanya dialah satu-satunya rakan Muslimku selama ini. Rakan yang sentiasa ada di saat kusenang dan di saat aku memerlukan bantuan. Kawan-kawan sebangsa denganku yang lain sudah lesap entah ke mana. Tidak mengendahkan nasib malang yang menimpaku. Tidak menghiraukan emosiku yang sedang bercelaru. Tidak mengambil berat soal keadaan aku di sini.

Benarlah, rakan-rakan akan mengenali kita di saat kita senang dan kita akan mengenali rakan-rakan kita di saat kita susah.

Dan aku sudah peroleh jawapannya. Amir. Dialah sahabat sejatiku selama ini.

“Amir…”

“Yes, Carl?” Amir menjawab seraya tersenyum. Mungkin cuba untuk meniupkan nafas baharu ke dalam diriku di kala ini. Tenang hatiku melihat senyumannya yang ikhlas itu.

“Maybe I will not attend our classes anymore. After all, I don’t have any place to live now. I don’t have any houses and I don’t have any money,” ujarku lemah. Memanglah, selama ini aku hanya menggunakan wang ayahku sahaja. Aku mengeluh berat. Bagaimanalah aku mahu meneruskan sesi pembelajaran di universiti setelah perkara seberat ini menimpaku? Sudahlah aku perlukan wang untuk belajar. Aku masih mahu mencapai cita-cita untuk menjadi seorang jurutera yang berjaya!

Amir mengerutkan dahi. “Carl, don’t do this. What about your ambition? What about your family’s hope and what about your future? I understand your feeling now but… this is not the right decision. You are a bright man, Carlos Lee Ming Few. You will have a bright future too. Trust me, I can see that with my eyes. You should take this in a positive way. You can do it and I know you can!”

“It can’t change anything in my life, Amir. I am alone now. All of my friends ditched me away like a trash. Selfish. They only greet me when I am there for them but look at me now. I really need them. I need their supports but where are they? Probably they are enjoying the party in the night club without me…”

“Carl…”

“And I think God doesn’t love me too!” aku terjerit kecil. Menyalahkan takdir buat kali yang kedua. Menyalahkan semua orang di sekelilingku. Suratan ini memang teramat kubenci kerana aku kehilangan insan-insan yang paling aku cintai.

Kudengar keluhan kecil terbit di mulut Amir. Dia meraupkan wajah sebelum memandang ke arahku lalu bersuara, “Carl, you are totally wrong. If God doesn’t love you, He will never give you the chance to love your family. If God doesn’t love you, He will never give you money and even your basic necessities. If He is not fair to you, He will never give you the chance to stay alive. As a human, we didn’t ask much for our life. For examples, do you ever ask your God to give you air to breath? Do you ask your God to give you money and do you appreciate for what you have right now? Your brain belongs to Him. Your body is His. Your life is His too. Everything that He gave to us is His, only His!”

Aku terkedu. Kelu lidah untuk berdebat dengan Amir. Kata-kata yang meluncur keluar dari mulutnya sedikit sebanyak menyuntik rasa kekesalan di dalam hati ini. Hati yang selama ini kurasakan kosong bagaikan disinari dengan cahaya.

“Are we talking about the same God? I mean… your God is my God or yours is yours and mine is mine?” aku mengujinya.

Dia tersenyum lebar. “I bet you know the answer, Carl.”

Ya, semestinya aku mengetahui akan fakta itu. Tuhanku ialah Tuhanku, dan Tuhan Amir ialah Tuhannya. Semasa aku berumur lima belas tahun, aku tidak percaya pada mana-mana agama. Atheist. Aku mempelajari agama-agama lain namun entah mengapa pintu hati ini masih degil untuk menerima. Aku sudah memilih satu agama namun hatiku ini seperti masih menanti. Menanti detik-detik indah yang kusendiri tidak pasti sama ada ianya hanya kehendak atau perasaan aku sendiri…

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,

ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,

ASY-HADU ALLA ILAHA ILLALLAH,

Gegendang telingaku terasa dipukul. Aku sekali lagi terkedu. Masa seakan-akan terhenti buat seketika. Waktu berhenti berdetik. Tubuhku kaku tidak mampu digerakkan. Alunan suara yang mendayu-dayu itu menggoyangkan tangai hati ini. Apa yang sedang berlaku? Suara siapakah itu? Seruan apakah itu? Aku melihat Amir di sisi yang sudah tersenyum lebar sehingga ke telinga. Hujung kain lengannya dilipat sehingga ke siku dan dia membentangkan sehelai kain bercorak ringkas di atas lantai. Nama kain pelik itu pun aku tidak tahu!

ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH,

ASY-HADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH,

HAIYA ‘ALAL-SALAH,

HAIYA ‘ALAL-SALAH,

HAIYA ‘ALAL-FALAH,

HAIYA ‘ALAL-FALAH,

ALLAHU AKBAR ALLAHU AKBAR,

LA-ILAHA ILLALLAH…

Kulihat Amir menadahkan tangan lalu mulutnya terkumat-kamit sedikit, mungkin sedang berdoa kepada Tuhannya. Aku? Entah di mana silapku, air mata ini gugur tanpa henti. Pelik, bukan? Tubir mataku basah kerana mendengar alunan suara yang mengetuk pintu hati ini walhal aku dikenali sebagai seorang lelaki yang sukar untuk mengalirkan air mata.

“What is that?” tergagap-gagap aku mahu bersuara, seperti orang pengecut yang baru sahaja ternampak hantu melintasi high way.

Amir masih tersenyum ke arahku. “It is time for me to pray. That is called azan. Beautiful, isn’t it?”

Azan???

****

Jasad ayah, ibu dan kakak telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan bagi orang-orang Cina semalam. Aku kini berada betul-betul di hadapan pintu rumah Amir. Dia yang mempelawaku untuk menetap bersama-sama dengannya walhal aku sudah banyak kali menolak. Sungguh! Bagaimanalah agaknya penerimaan ahli keluarga Amir terhadap insan sepertiku? Kami berlainan bangsa dan agama. Di samping itu, aku kuat dalam pegangan agamaku. Mampukah aku bertahan untuk terus tinggal di sini dengan mereka?

Aku tidak tahu dan aku tidak mahu untuk tahu.

“Carl, what are you doing? Come in, don’t be a daydreamer!” suara Amir menyentakkan aku. Hilang lamunan panjangku itu disapa angin. Terus tangan aku ditarik untuk masuk ke dalam rumahnya. Bagasi hitam di tangan juga dia rampas dengan sengihan di bibir. Aku menjelingnya tajam sebelum mataku tertancap pada dua susuk tubuh yang sedang memerhatikanku dari ruang tamu. Aduh, siapa pula mereka berdua ini? Tetamu undangan Amir? Tetamu VVIP? Atau saudara-mara Amir sendiri?

“So you’re Carlos, right?” soal seorang lelaki.

Aku mengangguk laju. Air liur yang pahit kuteguk lagi.

“Can you speak in Malay or do you prefer to speak in English with us?” soal si wanita di sisinya pula. Wanita itu tersenyum kecil memandangku, mungkin geli hati kerana aku sudah seperti cacing kepanasan sahaja.

Aku menggeleng perlahan. Manalah aku reti berbahasa Melayu!

“Carl, just relax okay? We will not eat you so don’t be afraid of us. I am Encik Amriz, Amir’s father and this is my wife, Puan Amira. Actually we have a daughter but she went to the park just now. Playing with her friends, I guess. Welcome to our home sweet home! Amir told me everything about you and your family, and I am so sorry to hear that…”

“Am I troubling you? I mean… will it not be a big problem for me to stay here, in your house, Encik Amriz?” sampukku laju.

“No, of course not!” Puan Amira bersuara pula. “You are welcomed here and please don’t call me Puan Amira. It sounds too formal. You can call me mummy and Encik Amriz, daddy. There is an empty room for you upstairs. If you need anything, you can call me okay? It is my pleasure to help you,” bahuku diusap lembut oleh Puan Amira. Aku sedikit terkesima. Terasa orang yang mengusap bahuku sekarang ialah ibuku. Aku terlalu rindukan ibu, rindu sangat-sangat…

Beberapa keping wang seratus ringgit kukeluarkan dari kocek. Lantas, kuberikan wang tersebut kepada Puan Amira dan Encik Amriz yang sudah terpinga-pinga di hadapanku.

“Mummy, daddy, here…”

“What? Money? For what, Carl?”

“Consider it as a gift from me,” ujarku tenang. Aku memang tidak punyai wang yang cukup untuk diberikan kepada mereka tetapi aku tidak mahu dikatakan tidak reti bersyukur. Menumpang di rumah orang, makan di rumah orang, tidur di rumah orang dan menganggap rumah itu seperti rumahku sendiri; patutkah aku duduk goyang kaki tanpa menghulurkan apa-apa duit kepada mereka yang telah menabur jasa kepadaku? Makanan perlukan duit. Bil elektrik, bil air, bil telefon, lampu, kipas, penghawa dingin; semua itu perlukan wang. Bukankah wang itu adalah segala-galanya bagi manusia?

Encik Amriz tertawa kecil, begitu juga dengan Puan Amira. Berkerut-kerut dahiku memandang mereka. Salahkah perbuatanku ini? Bukannya aku sedang membuat pertunjukan percuma pun.

“You don’t need to. Just save it for your future,” tambah Encik Amriz.

“But daddy, I…”

Mereka berlalu pergi, meninggalkan aku terkebil-kebil berdiri di situ. Sekali lagi, pintu hatiku terasa diketuk dek satu perasaan halus yang sukar untuk kuungkapkan. Indah. Bahagia. Adakah ini cara umat Islam menjalani kehidupan mereka? Membantu orang-orang dan tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada mereka? Lagipun, kami bukan sebangsa dan kami bukan seagama. Jikalau agama-agama lain, mereka akan menggunakan cara ini untuk menghasut penganut agama lain dan mempergunakan mereka, mungkin dengan menarik mereka agar menganut agama mereka sendiri.

Inikah rupa Islam yang sebenar-benarnya?

****

“Aduh!!!”

Aku pantas menarik hujung lengan remaja yang hampir-hampir terjatuh itu. Pandangan mata kami bertembung sejenak sebelum remaja tersebut cepat-cepat meloloskan diri daripada pelukanku. Aku sedikit tersentak dengan perbuatanku yang tanpa sengaja memeluk tubuhnya. Entah bila aku membawanya ke dalam pelukanku pun, aku tidak sedar. Remaja bertudung bawal itu berkemungkinan marah akan sikap aku sebentar tadi. Dengusan halus terbit di bibirnya. Sepantas kilat, dia berundur setapak sebelum berlari masuk ke dalam rumah Amir, meninggalkan aku dengan perasaan serba salah yang menggunung terhadap dirinya.

“Mummy! Ada lelaki Cina jahat dekat depan rumah kita tu! Halau dia, mummy!!”

Keningku berkerut-kerut. Bahasa apa yang sedang dituturkan oleh remaja perempuan itu? Apa yang aku pasti, itu bukan bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain seperti Sepanyol, Portugis, dan Cina. Mungkin itu yang dimaksudkan dengan Bahasa Malaysia. Dengan perasaan ingin tahu yang mendalam, aku mengekorinya dari belakang.

“Apa yang kamu cakap ni, Lina? Lelaki Cina yang jahat mana satu yang kamu maksudkan ni sebenarnya? Cuba cakap betul-betul dengan mummy. Mummy tak fahamlah,” soal Puan Amira seraya menoleh sekilas.

“Betul, Lina tak tipu! Ada lelaki Cina tu dia langgar badan Lina dan lepas tu dia peluk Lina. Lina tak sukalah, mummy! Kenapa dia sentuh Lina? Lina tak suka!” bentak remaja itu. Matanya kemudian terus menjeling tajam ke arahku yang ketika itu perlahan-lahan menghampiri mereka di meja makan. Pasti dia tertanya-tanya apa yang sedang kulakukan dengan menceroboh masuk ke dalam rumah ini.

“Mummy, I am really sorry about that. It was an accident, I swear! I accidentally hugged her when she fell just now. I just wanted to help. I promise I will be more careful next time,” kataku kepada Puan Amira. Remaja di sisinya masih merenungku tidak berkelip. Tangannya disilangkan ke dada tanda marah.

“Lina, Lina dengar kan apa yang Abang Carl cakapkan tu? Dia tak sengaja tadi, sayang. Dia tak sengaja. Tak akanlah dia sengaja nak peluk Lina, kan? Lina tu pun kadang-kadang jalan tak pernah cuba nak tengok depan, asyik tengok bawah aje sampai tak perasan siapa yang Lina langgar. Jangan salahkan Abang Carl, dia tu tetamu kita dekat dalam rumah ni tau…”

“Abang Carl? Siapa Abang Carl ni, mummy? Tetamu kita yang mana satu, mummy?” remaja itu masih bertanya kepada Puan Amira.

“Yang Lina tuduh lelaki Cina jahat nilah Abang Carl.”

Dia ternyata terkejut mendengar kata-kata wanita itu. Sekali lagi sepasang mata hazel semula jadi miliknya itu terdorong untuk merenung wajahku. Pandangan kami bertaut lagi. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang dan denyutan nadi entah mengapa menjadi semakin rancak. Tangkai hatiku bergoyang melihat wajah putihnya yang sedikit kemerah-merahan itu. Hidungnya mancung, alis matanya lentik manakala wajahnya cantik tanpa dicalit oleh sebarang make-up. Dalam diam, aku memuji kecantikan yang ada pada remaja kecil ini.

Remaja itu terus berlari ke tingkat atas, meninggalkan aku dan Puan Amira di ruang makan. Aku meraupkan wajah yang semakin kusut. Harapanku, Puan Amira tidak bersangka buruk terhadapku. “Mummy, I am so sorry. I didn’t mean to do that but… it was an accident.”

“It’s okay, Carl. I know you didn’t.”

“Mummy, who is she, by the way?” tanyaku lagi. Sudah seperti wartawan tak bergaji pulalah kerjaku hari ini. Yelah… tiba-tiba sahaja remaja perempuan yang bertudung itu mengadu kepada wanita ini lalu berlari naik ke tingkat atas. Macam buat rumah ni rumah dia aje.

Puan Amira tertawa perlahan. “Carl, she’s my daughter! Her name is Asyfa Melina but you can call her Lina.”

“What?!” hampir gugur rahang dan kerongkongku mendengar kenyataan yang keluar dari mulut mummy. Anak perempuan?! Di dalam otakku, sudah bermacam-macam persoalan yang sedang kufikirkan yang mungkin akan berlaku selepas ini. Mungkin juga perang dunia akan meletus. Perang Dunia IV. Aku, Carlos Lee Ming Few, sudah mencari pasal dengan anak kepada tuan rumah ini pada hari pertama aku menetap di sini? Oh, great. Bijak betul kau ni, Carl. Bijak sangat! Kerana ‘perbuatan’ bernas kau tadi, tercalar sudah imej kau di mata Melina. Bagaimanalah aku hendak menghadapi hari-hari yang mendatang sekiranya aku tidak disenangi dan dibenci oleh remaja perempuan itu?

****

Dengan hanya berseluar melebihi paras lutut dan bersinglet putih, aku perlahan-lahan menuruni anak tangga pada pukul tiga pagi. Kalau aku memakai baju warna putih, mungkin aku boleh dianggap sebagai Hantu Cina. Tekakku ini gatal pula mahu menjamah jus oren yang dihidangkan oleh Puan Amira ketika makan malam tadi. Bagaimana aku hendak meneguk jus itu dengan sepuas-puasnya sedangkan renungan ‘benci’ milik Melina sentiasa melekat di wajahku? Hidangan lazat yang terhidang pun aku jamah ala kadar sahaja, untuk mengalas perut.

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapa pun yang serupa denganNya,” (Surah Al-Ikhlas ayat 1-4)

Langkahku terhenti seketika. Degupan jantungku bertambah kencang dan sekali lagi, perasaan aneh itu hadir tanpa kupinta. Ia bukan satu perasaan yang mengerikan, namun ia satu perasaan yang membawa ketenangan di dalam hati. Mataku terarah ke bilik solat yang sering menjadi tempat Amir dan ahli keluarganya yang lain menunaikan ibadah kepada Tuhan mereka. Spontan, kakiku dihayun menghampiri daun pintu yang sedikit terkuak, menampakkan susuk tubuh seseorang yang sedang membaca sebuah buku dengan suara yang sungguh merdu. Lunak sungguh suaranya. Indah sekali bacaannya. Elok sungguh lafaznya. Hatiku terus terpaut kepada bait-bait ayat yang dibacanya.

“Taa’ Haa; Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan; Hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang yang takut melanggar perintah Allah; (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi; Iaitu (Allah) Ar-Rahman, yang bersemayam di atas Arasy.” (Surah Ta-Ha ayat 1-5)

Cair hatiku mendengar bait-bait ayat yang kedengaran terlalu istimewa di cuping telinga ini. Terasa ketenangan yang sebenar mulai meresap masuk ke segelenap ruang di dalam hati yang sudah lama kosong tanpa apa-apa. Aku tidak pernah merasa indah seperti sekarang ini. Aku tidak pernah merasa bahagia dan tenang seperti sekarang ini. Seakan-akan ia memberi aku peluang untuk bernafas. Memberi peluang untuk aku merasai erti ketenangan yang sebenar-benarnya. Air mataku gugur. Gugur buat kali yang kedua. Bukan kerana harta. Bukan kerana nasib malangku ini namun kerana dua perkara yang menyentuh kalbuku. Azan dan ayat-ayat indah itu. Ya, hanya mereka.

“Abang Carl?”

Aku terkedu. Wajah Melina yang berbalut dengan sehelai kain putih yang sedikit bercorak membuatkan aku terus berundur beberapa tapak. Perasaan bersalah mulai melingkar di tangkai hati ini. Mungkinkah kehadiranku mengganggunya? Mungkin kedatanganku ke sini mengacau bacaannya? “I… I’m sorry. I’m sorry, I didn’t mean to disturb you. I just… wanted to drink some juice but… I… I…”

“Kenapa Abang Carl menangis?” soalnya.

Keningku bertaut sejenak. Aku tidak faham dengan apa yang disoalnya itu.

Melina membuat isyarat, menyuruh aku agar mengesat permata berharga yang masih tumpah di pipi. Aku yang ketika itu sudah terlalu malu terus menyeka air mataku. Aduh, tidak perasan pula yang aku ini memang mudah menangis! Tak gentleman betul kau ni, Carl. Buat malu aje depan budak sekolah menengah! Mukaku merah padam menahan malu. Aku malu dengannya. Aku berasa malu dengan perempuan untuk kali yang pertama di dalam hidup. Perasaan halus yang hadir kuusir sejauh yang boleh. Bibir kuketap sekuat hati, cuba untuk mengawal debaran di dalam dada yang ibarat dipukul seperti tong dram.

“Lina… I’m sorry about that. I mean… I accidentally hugged you but I swear, I didn’t mean to do it!” aku meluahkan perasaan bersalahku terhadapnya, walaupun masa memang tidak sesuai. Namun, aku tidak peduli! Selagi aku tidak meminta maaf, selagi itu aku terpaksa menyimpan perasaan serba salah ini yang mungkin akan menghantui diriku.

Dia tersenyum nipis.

Aku? Mahu pengsan juga aku melihat senyumannya itu. Koma satu tahun, lepas itu tak mahu sedar-sedar…

“Lina dah maafkan abanglah,” ujarnya lembut. Seketika kemudian, dia menepuk dahi. “Oops, sorry. I mean… apology is accepted!”

“Really?!” aku turut terjerit kecil. Tidak percaya.

“Yup! But don’t repeat the same mistake, okay? If you do that again, I will make sure that you and your body and your leg and everything will be cut cut by my daddy and then you will have no leg! So, you have to use the walking stick to walk walk everywhere. Deal? Hehe,” Melina tergelak kecil. Aku sudah menahan tawa daripada terburai. Berterabur Bahasa Inggerisnya. Tunggang-langgang betul. Tanpa aku sendiri sedari, aku mulai faham maksud kelegaan hati yang diberi kemaafan. Indah. Mulia. Bahagia. Aku terasa malam ini hanya milikku seorang tanpa ada penghalangnya…

*****

Sudah seminggu aku menetap di rumah Amir. Layanan keluarga itu terhadapku juga masih sama seperti dahulu, baik, baik dan baik. Tip-top! Kini, aku sedang berada di ruang tamu, menyaksikan perlawanan bola keranjang peringkat negeri yang disiarkan di televisyen. Entah mengapa, terasa bosan pula menonton siaran itu lama-lama walhal dahulu aku ini hantu bola keranjang. Ini bukan setakat hantu, ini dah tahap atuk kepada hantu ni! Nampak sahaja sebiji bola di mana-mana sahaja, terus melantun-lantun bola itu aku kerjakan. Daripada jaring bola keranjang, aku masih boleh masukkan bola itu ke dalam jaring bola sepak tanpa rasa bersalah pun. Obses? Mungkin juga.

“Abang Amir! Turun cepat, daddy suruh solat berjemaah dekat bilik bawah!”

Kus, semangat! Tak pasal-pasal gugur juga jantung aku hari ini mendengar jeritan Melina. Kuat tau! Nyaring sungguh. Aku menoleh sekilas, memandang Amir yang tergesa-gesa menuruni anak tangga lalu segera berlalu ke dapur tanpa perasan akan kelibatku di ruang tamu. Haih, aku sudah jadi Invisible Man ke? Kebiasaannya Amir akan menegur atau tersenyum ke arahku namun hari ini dia langsung tak te…

“Carl! Would you like to join me?” soalnya yang masih sempat reverse dari dapur. Hah, baru sahaja aku bercakap soal tegurannya terhadapku. Aku tersenyum. Namun senyumanku serta-merta mati dan apa yang tinggal hanya sepasang mata yang sudah membulat memandang wajahnya. “What? Join you? I mean… to where? Mall? Kuala Lumpur City Centre or… what?”

Amir tersenyum lagi.

“Pray.”

Aku terkesima. “Are you asking me to join you even though I am not a Muslim? I will disturb you guys if I join you!” tergeleng-geleng kepalaku tidak mahu. Tak akanlah aku perlu duduk di situ sementara menunggu mereka selesai menunaikan sembahyang mereka? Ah, itu kerja gila namanya! Pasti terasa kekok dan janggal melihat mereka sembahyang nanti. Tak mahulah!

“Carl, do you think I’m asking you to perform our solat with us? You look bored. So, I just want you to join me.”

Aku mengetap bibir.

******

“Allahu akbar!”

Irama jantungku mulai berentak laju. Terasa telinga ini mendambakan lagi sebaris ayat yang kurasakan seakan memberi kekuatan di dalam hati ini. Sesekali mataku ‘ter’jeling ke arah empat susuk tubuh yang sedang berdiri tegak, tangan diletakkan di atas pusat dengan beberapa helai kain yang dipanggil ‘sejadah’ terbaring di hadapan mereka. Encik Amriz berdiri di hadapan manakala Amir berdiri di belakang daddy. Puan Amira dan Melina yang memakai kain dipanggil ‘telekung’ itu pula berada di barisan belakang sekali. Indah sekali susunannya. Teratur sekali pergerakan mereka, seorang menjadi ketua dan yang lain mengikut rentak dan pergerakan ketua mereka. Masing-masing memainkan melodi yang seiring dengan harmoni, tanpa melakukan sebarang kesilapan.

“Allahu akbar. Sami’allahu liman hamidah.”

“Allahu akbar.”

Kedua-dua belah tangan mereka diletakkan di atas ‘sejadah’ itu. Kedua-dua jari kaki dilentikkan. Lutut didaratkan. Bagi Encik Amriz dan Amir, tangan mereka didepakan sedikit manakala bagi Puan Amira dan Melina, mereka merapatkan tangan mereka.

Ianya dipanggil…

Sujud.

Lama dan lama. Masa seakan-akan tidak lagi menunjukkan tanda-tanda mahu berdetik seiring dengan pergerakan Bumi yang berpusing mengikut paksinya. Aku terpukau dengan posisi sebegitu. Sujud. Sujud kepada Tuhan. Semakin lama aku semakin tertarik untuk mengkaji mengenai solat. Mengikut kata Amir, umat Islam wajib menunaikan solat lima waktu sehari semalam. Dari berdiri ke bongkok sedikit dan dari situ ke sujud serta duduk lalu sujud untuk kali yang kedua. Sungguh! Tidakkah ia sepatutnya dipanggil sebuah ibadah yang sempurna? Ia terlalu cantik di mataku! Ia terlalu ajaib dan seperti memukauku!

Sedar atau tidak, mereka berempat sudah selesai menunaikan ibadah ketika aku sedang leka hanyut di dalam lamunanku itu. Tangan mereka ditadah dan diangkat separas dengan dada.

“Ya ALLAH ya Tuhanku, sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Esa, yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu perkara yang berlaku. Ya ALLAH, kurniakanlah kami kekuatan, ketabahan, kecekalan dalam menghadapi dugaan, menghadapi cabaran hidup yang kian berliku-liku. Tabahkan hati kami yang lemah ini ya ALLAH kerana ia tidak membawa apa-apa makna tanpa kekuatan dariMu, tanpa keizinanMu, dan tanpa petunjuk serta hidayahMu. Hiasilah diri ini dengan akhlak terpuji dan hindarilah kami dari maksiat dan dosa-dosa di dunia ini ya ALLAH. Kami merayu kepadaMu. Kami bermohon kepadaMu. Kami mengadu kepadaMu ya ALLAH ya Tuhan kami…”

Menitis air mataku mendengar rintihan Encik Amriz. Sebak di dalam dada semakin menggunung dibuatnya. Aku bingkas bangun, menuju ke arah taman mini di halaman rumah mereka lalu kulabuhkan duduk di atas buaian. Sudah seperti filem Hindustan pula berlari-lari sebegini.

Aku kaku di situ. Memikirkan soal semua perkara yang sering menyentuh tangkai hatiku kini.

Azan.

Bacaan ayat-ayat yang pernah dibacakan Melina dan…

Solat.

Apakah maksud semua ini sebenarnya?

*****

“Mummy, can I ask you something about… you and Lina?” aku membuka mulut setelah lama membisu di meja makan. Terasa roti bakar yang sedang kujamah ini tawar sedangkan sudah tebal jem bluberi kucalitkan ke atasnya. Tak akan lidah aku terlalu tebal kut? Tak logiklah! Aku memandang wajah Puan Amira dan Melina yang sudah merenungku tidak berkelip, begitu juga dengan Encik Amriz. Hanya Amir yang masih tenang menikmati sarapan pagi sambil tangannya membelek-belek helaian surat khabar di hadapannya.

“Well, sure. What is it, honey? Is there something that you want to share with us?”

Lembut sungguh nada suara mummy menyoalku. Penuh sifat keibuan. Aku tertunduk segan. Bukanlah niatku untuk menyentuh bab-bab agama, namun selagi mulut ini tidak menyoal dan mendapat jawapan yang akan memuaskan hatiku, selagi itu mulutku ini gatal untuk bertanya. “Mummy, I didn’t mean to hurt your feelings. But based on my observation, most of the Muslim girls in Malaysia didn’t wear their hijab, just like both of you. I think they didn’t wear their hijab in their home too, right? My question is, why did you guys wear your hijab in your own house? Nobody will see your hair here,” tanyaku lemah. Takut pula soalan cepu emas bin perak bin gangsaku ini menaikkan suhu kemarahan mummy dan Melina.

Puan Amira pun mengoyak senyuman di bibirnya.

“Carl, I think you forgot something really important here.”

“Really? What is it?”

“You,” balas wanita itu lagi. Aku pula masih terkebil-kebil memandangnya. “Mmm… me? Me?” Sungguh, kepalaku terasa mahu meletup pula memikirkan persoalan ini. Pening, pening!

“You’ll know it someday. It’s complicated for me to explain it for you right now. It’s not the right time for you to understand it. I am sorry Carl but I promise, one day I will tell you everything about hijab and the beauty of Islam,” Puan Amira berlalu ke dapur, membawa pinggan yang sudah kotor. Melina pula kulihat masih tersengih-sengih memandangku. Remaja berumur 17 tahun ini memang suka benar senyum seorang diri. Takut pula aku dibuatnya. Namun aku gemar melihat senyumannya itu. Sungguh cantik dan ayu.

“Ehem, ehem! Eheemmm!!” Amir berdeham kuat. Lehernya dipegang beberapa kali, berpura-pura seperti dia sedang sakit tekak. tangannya sudah menggaru-garu dagu manakala keningnya diangkat sedikit tanda tidak puas hati. Sesekali dia menjeling ke arahku dengan muka masam bin cuka basinya itu. Ini dah tahap cuka expired tahun lepas punya ni…

Aku tergelak kecil, cuba untuk cover line. Pasti dia marah kerana mataku ini nakal untuk merenung wajah adiknya itu lama-lama. Bukan aku tidak tahu akan perangainya yang bersifat melindungi terhadap Asyfa Melina, satu-satunya adik perempuan dia. “Sorry, Amir.”

“If you do that again, I’ll skin you alive, Carl.”

Mak aii…! Dia ni nak bunuh aku ke apa ni?! Aku meneguk air liur yang kurasakan tersekat di kerongkong. Dengan perasaan malu yang menebal, aku cepat-cepat masuk ke dalam bilikku. Jantung yang sudah dup dap dup dap dengan laju tidak kuendahkan lagi. Aku Ma, Ma, Ma, Ma, Malu!

******

Encik Google ialah peneman setiaku selama dua jam aku berguling-guling di atas katil. Buku rujukan telah kubaca dan latihan serta ulangkaji sudah kubuat sebentar tadi. Baru ku ingat yang Amir tidak menyentuh apa-apa jenis makanan atau minuman sejak pagi tadi, begitu juga dengan Encik Amriz. Mengikut kata mummy, mereka berdua sedang ‘berpuasa’. Aku yang sememangnya tatkala itu tidak memahami apa-apa hanya mampu berpura-pura faham walhal hatiku tertanya-tanya. Puasa? Apa benda tu agaknya? Tak akan nama anak jiran sebelah rumah kut? Apakah maksud puasa yang sebenarnya dan mengapakah mereka yang berpuasa tidak boleh makan dan minum? Kalau tak makan, nanti mati siapa susah?

Jemariku lincah menaip perkataan puasa untuk kucari definisi dan ertinya. Satu demi satu blog kutatap dan kubaca apakah maksud ‘puasa’ itu.

“Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula dari terbitnya fajar sadik sehingga terbenamnya matahari itu dengan syarat-syarat tertentu. Hendaklah berniat di malam hari untuk berpuasa pada keesokan harinya.” Dahiku sudah mampu diibaratkan seperti kek lapis Sarawak sahaja. Berlapis-lapis kerutan di dahi kerana aku tidak mampu memahami satu patah perkataan pun yang tertulis di blog tersebut. Cepat-cepat aku menekan butang translate yang ada di sisi kiri blog itu. Bolehlah aku menimba serba sedikit ilmu pengetahuan tentang agama sahabatku itu.

Tok! Tok! Tok! Pintuku diketuk.

“Carl!” Amir melaung namaku.

Aku menutup laptop Apple ku itu lalu kupulas tombol pintu. Tidak mengapa, malam nanti bolehlah aku membaca mengenai definisi puasa tersebut. “Yes, Amir?”

“Here, a gift from my sister.” Sebuah topi hitam (mungkin) kini telah bertukar tangan. Aku terpinga-pinga memandangnya dan ‘topi’ itu. “Is this a hat?” soalku dengan muka yang blur sangat-sangat. Bila kulihat Amir turut memakai ‘topi’ yang sama, hatiku terus terpaut untuk meletakkannya di atas kepalaku. Bagaimanakah rupaku nanti agaknya? Adakah rupaku akan sama seperti Amir?

Amir tertawa kecil. “It’s not a hat, Carl. This is called songkok. I always wear it when I go to the mosque with daddy and mummy.”

Ah, mulalah hatiku ini buat perangai nakalnya semula! Berdebar-debar dadaku dibuatnya, lebih-lebih lagi songkok yang sedang kupegang ini merupakan sebuah hadiah daripada Melina untukku. Jantungku yang berdegup laju ini juga berpotensi untuk gugur dan keluar dari tubuh. Pipiku terasa membahang. Malu. Atau sebenarnya aku sedang bahagia? Entahlah, sukar untuk kutafsirkan perasaan aku kali ini.

Aku terus berdiri di hadapan cermin. Tanganku tanpa kupinta bergerak mengikut kata hati. Songok itu kuletakkan ke atas kepalaku dan aku cuba mengamati wajahku. Lain. Aku tampak benar-benar lain! Seakan-akan pantulan ini tidak memantulkan Carlos Lee Ming Few sebaliknya dia memantulkan wajah orang lain.

“I love it.”

Tanpa sedar bibirku bergerak perlahan namun tenang sekali, menuturkan sebaris ayat yang tak pernah terlintas dek akal fikiran. Adakah aku ini dikira sebagai pengkhianat di dalam agamaku tatkala aku cuba meniru imej sebagai seorang lelaki Muslim? Adakah aku dikira sebagai seorang pengkhianat di dalam keluargaku kerana perbuatanku ini? Bagaimanakah aku, lelaki berhati batu dan tidak berperasaan ini mampu melakukan semua ini dengan senang dan adakah ini kehendakku atau kata hati sendiri?

“Abang Carl!! Wow, you look different. Totally different! Are you the real Abang Carl or you’re his clone?” soal Melina ceria. Kulihat dia masih bertudung, sama seperti pertemuan pertamaku dengannya ketika kami tanpa sengaja terjebak dalam ‘kemalangan kecil’ tempoh hari. Jujur, dia dan Puan Amira, masing-masing tidak pernah menanggalkan tudung dari kepala mereka. Kadang-kala aku tertanya-tanya dengan diriku sendiri mengenai mereka berdua. Tidakkah mereka rimas dengan semua itu? Tidakkah mereka berpeluh-peluh kerana terpaksa mengenakan hijab 24 jam? Mengapa perlu bertudung di dalam rumah sendiri, bukan?

Kudengar azan dilaungkan untuk keberapa kalinya dan aku kaku seperti dulu. Kaku, mengamati bait-bait yang dituturkan dalam diam. Air mataku juga mengalir setitis demi setitis. “Amir, do you have an extra Baju Melayu and kain pelekat? Can I wear them?” soalan itu kuajukan untuknya. Amir ternyata sedikit terkejut dengan permintaanku namun dia terus masuk ke dalam kamarnya lantas memberikan aku kedua-dua helai baju itu. Kukunci bilik air lalu kusarungkan ke tubuhku. Imej baharu ini begitu mencengkam kalbu dan jiwaku. Rohani terasa tenang bak setenang aliran sungai.

“You’re going to the mosque, right? Ermm, can I join you guys?”

Melina tersentak, begitu juga dengan Amir yang memandangku dari atas sehingga ke bawah. Senyuman masih kekal di bibirnya. “Sure, why not?”

Pakaian yang sedang kupakai ini ternyata mengejutkan Encik Amriz dan Puan Amira yang berada di ruang tamu, mungkin menanti kedua-dua orang anaknya untuk bersama-sama menunaikan sembahyang mereka di masjid berhampiran. Walaupun begitu, mereka tidak mengajukan sebarang soalan cepu emas dan memaksaku untuk menjawab kesemuanya sekali gus. Kami berjalan kaki menuju ke masjid dan sepanjang perjalanan, masih terngiang-ngiang keindahan laungan azan sebentar tadi. Ia terlalu indah untuk digambarkan dengan kata-kata kerana kata-kata tidak cukup untuk menerangkan perasaanku ketika ini.

Langkahku terhenti. Bangunan yang berada di hadapanku benar-benar membuatkan aku terpaku dan tidak henti-henti menatapnya. Ketenangan mula melingkar di dalam hati. Ketenangan yang sama ketika aku mendengar bait-bait bacaan Melina dahulu.

“Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus. (Iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.” (Surah al-Fatihah 1-7)

“Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.” (Surah Al-Ikhlas ayat 1)

Aku tergamam tanpa suara. Dan, satu-satunya kalimah yang tak pernah kuduga terbit di bibirku…

“Allah…”

*******************

Kicauan burung ciptaanNya menyentakkan aku dari terus mengelamun dan terleka dalam kisah silamku sebagai Carlos Lee Ming Few. Kisah silam di mana aku memeluk agama Islam, agama mulia ini tatkala aku masuk ke dalam masjid itu juga. Masih kuingat lagi, aku menyatakan hasratku itu kepada imam di situ setelah aku mendengarnya mengaji di dalam masjid. Subhanallah. Terus perkataan Allah dan Muhammad SAW itu terlilit dan terikat kemas di hati. Aku mengucapkan dua kalimah syahadah bukan kerana terpaksa dan bukan kerana Amir, tetapi kerana Allah SWT. Kerana Dia dan Muhammad SAW.

“Tiada paksaan di dalam Islam….” (Surah Al-Baqarah 2:256)

Empat tahun aku belajar mengenai agama ini. Aku turut belajar untuk fasih berbahasa Melayu dan Bahasa Arab. Alhamdulillah, Allah memudahkan segala-galanya kepada hambaNya yang berusaha. Kini aku bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat di Shah Alam manakala Amir pula membuka perniagaannya dalam menjual buku-buku berkaitan dengan al-Quran di samping menjadi penulis yang menulis cerpen berkaitan dengan agama Islam. Di kala umurku mencecah 25 tahun, aku menyatakan hasratku untuk menikahi Melina. Asyfa Melina bin Muhd Amriz. Ketika itu dia berusia 21 tahun, masih belajar dan bertungkus-lumus di universiti untuk belajar. Tidak kutahu mengapa aku ingin beristerikan dia, mungkin kerana wajahnya itu sering mengganggu lenaku. Aku tidak mahu menambahkan dosa dek hanyut dalam perasaan buat orang yang bukannya darah dagingku sendiri. Jadi, menghalalkan hubungan ini ternyata adalah keputusan yang terbaik pernah kubuat.

Encik Amriz dan Puan Amira merestui hubungan kami. Malah mereka sempat menasihati aku jika telah bergelar seorang suami kelak.

Alhamdulillah.

Masih terngiang-ngiang lagi aku menyebut nama penuhnya ketika akad nikah ketika itu. Berpeluh-peluh tanganku menyalam tangan tok kadi kerana terlalu gementar. Menggigil pula tu, sudah ibarat orang yang bakal beku di dalam freezer. Nasib baik tak kencing dalam seluar, kalau tidak buat malu aku sahaja! Melina tidak pula menolak lamaranku walaupun dia terpaksa mendirikan rumah tangga di usia semuda itu. Katanya, bukankah kahwin muda itu lebih bagus? Kita akan lebih senang mengumpul pahala dan kita dapat menjaga perasaan kita daripada menyukai orang yang bukan darah daging kita. Kita akan terhindar daripada melakukan zina mata dan zina hati. Melina turut menghubungkan semua ini dengan kisah Saidatina Aisyah r.a. yang berkahwin dengan Rasulullah SAW di usia yang muda.

Perasaan dia terhadapku tidak pula kutahu. Mungkin dia menerimaku kerana jodoh itu di tanganNya.

“Abang, termenungkan siapa tu?”

Sepasang tangan yang melingkar di pinggangku membuatkan aku tersenyum. Melina membalas senyumanku. Kepalanya dilentokkan ke dada bidang milikku. Ya Allah, terima kasih di atas ketentuan dan ketetapanMu yang indah ini. Hadirnya isteriku memberi sinar kebahagiaan di dalam hidupku. Posisi mereka bukan di kaki untuk dipijak dan bukan di kepala untuk dituruti namun dekat di hati untuk dicintai sepenuh hati. Bercinta selepas nikah. Siapa tahu bahawa tiga patah perkataan ini membawa makna yang besar di dalam hidup kami berdua?

“Umi hari ni sihat? Bayi perempuan kita pun sihat tak?” aku mencuit hidung mancung milik Melina, isteriku. Perutnya yang sudah memboyot kuusap lembut, penuh kasih. Cahaya mata inilah yang akan menyerikan rumah tangga kami selepas ini.

Masih segar di ingatan. Persoalan bahawa Melina dan Puan Amira memakai tudung itu sudah dapat kurungkaikan. Jawapannya, mereka memakai hijab dan pakaian yang menutup aurat kerana aku bukan mahram mereka. Berdosa sekiranya aku melihat aurat mereka. Untuk sahabatku Amir, syukran. Terima kasih kerana menjadi sahabat yang sentiasa ada di sisiku selama ini. Abang iparku itu kini sedang menunaikan ibadah Haji bersama-sama dengan Puan Amira dan Encik Amriz di Mekah. Subhanallah! Pasti gembira sekiranya dapat menjejakkan kaki ke sana. Doaku agar aku dan Melina turut dapat menjejakkan kaki kami di situ dan beribadah semata-mata kerana Allah Taala. Pasti seronok pabila beribadah di sana di samping dapat melawat makam Rasulullah SAW dan gua Hira’.

“Hari ni baby sihat, Alhamdulillah,” balas Melina lembut. “Abang nak makan tak? Hari ni Lina ada buat lauk daging untuk abang. Makanan kegemaran abang, kan?”

“Bukan setakat tu, Lina. Rasulullah SAW pun makan daging tau,” sambungku pula. Tangan kanannya kugenggam erat dengan perasaan kasih yang melimpah ruah. Dia yang telah mengukir nama di hati ini setelah Allah, Rasulullah dan ahli keluargaku yang lain. “Lina, jangan banyak sangat bergerak sebab takut nanti anak kita tu lasak hari ni. Kesian umi dia nanti. Anak kita tu sudahlah suka main bola sepak dalam perut umi dia. Everyday mesti our baby kicks your tummy, right? Hari ni Lina duduk diam-diam, biar abang yang layan Lina macam tuan puteri okey? Lina cakap aje nak apa, biar abang buatkan untuk sayang.”

Melina menggeleng laju.

“Eh, bukan Lina ke yang patut layan abang? Ini dah terbalik, tertunggang-langgang, terpesong ni!” ujarnya.

Aku tergelak kecil.

“Sedangkan Rasulullah pun melayan isterinya dengan baik, mengapa tidak abang?”

“Tapi kerja seorang isteri itu ialah untuk melayan suaminya,” Melina masih dengan prinsipnya itu. Prinsip hidup ya, bukan prinsip perakaunan! Sejak akhir-akhir ini dia memang acap kali menyentuh soal emosi denganku. Kadang-kala itu merengek-rengek jugalah dia mahu meminta sesuatu daripadaku. Mengidam katanya. Maklumlah, orang yang mengandung. Sebagai seorang suami, aku hanya mampu melayannya kerana aku tidak mampu membantu untuk meringankan rasa sakit ketika dia melahirkan anak kami kelak. Dia terpaksa menanggung kesakitan itu seorang diri. Pasti perit untuk melahirkan seorang anak Adam ke muka bumi ini dan kerana itulah Allah menggugurkan dosa-dosa seorang ibu yang melahirkan seorang anak.

“Kerja seorang suami ialah untuk menggembirakan hati isterinya.”

Aku terus mencempung tubuh kecil molek milik isteriku itu. Bibir merahnya kukucup lama lantas kucium pula dahi miliknya. “Muhammad Carlos Abdullah sayangkan Asyfa Melina binti Muhd Amriz,” bisikku di telinganya.

Dia mengoyak senyuman di bibir. Pelukan di leherku dieratkan lagi dan matanya membalas renunganku. Apa yang dapat kulihat di dalamnya ialah kasih sayang dan ketulusannya dalam menjadi seorang isteri kepada mualaf sepertiku. “Lina sayangkan abang juga. Sayang abang kerana Allah. Bimbing Lina ke syurga Allah ya bang? Lina nak kita dan anak-anak kita sama-sama masuk Syurga Allah yang kekal abadi.”

“In Shaa Allah, sayang. In Shaa Allah…”

‘Ya Allah, Kau tempatkanlah ahli-ahli keluargaku yang lain di kalangan orang yang beriman. Terima kasih kerana menyuluhkan sinar Islam di dalam hidupku biarpun aku pada mulanya agak ragu-ragu untuk menerima agamaMu ini. Islam ialah agama yang sempurna dan memberi kebahagiaan untukku. Aku belajar erti kehidupan dalam erti kata yang sebenar. Aku dapat mengenaliMu, mengenali dan mencintai Rasulullah SAW dan mengenali keindahan agamaMu. Jangan Kau tarik ketenangan ini ya Rahim. Izinkan aku merasai kemuliaan Islam, biarpun untuk sesaat atau sedetik cuma…’

TAMAT

~~~~~~~~~

Islam tak pernah memaksa. Sebagai seorang umat Islam, tunjukkanlah akhlak yg baik dan mulia. Kita mungkin tak sedar, budi bicara kita itu yg akan membuatkan org bukan Islam tertarik kepada Islam. Assalamualaikum… J -Ira Hadeera-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Cerpen : Islam Agamaku”
  1. Writer says:

    Zalila Zaharin: Terima kasih :) In Shaa Allah… :D

  2. Lya Hana says:

    Assalamualaikum.

    Saya editor sebuah syarikat penerbitan. Penulisan anda sangat bagus, jika penulis berminat untuk menghasilkan karya untuk diterbitkan.
    Sila hubungi saya di email … malyanah.shuhaimi@blue-t.com.my.

    Saya akan menerangkan dengan lebih terperinci.

    Terima kasih.

  3. Nadia Mohd Zaini says:

    Subhanallah . Seronoknye kalo smua orang yg bkn islam diberikan hidayah mcm citer ni . Seronok sangat . =)

  4. Writer says:

    Nadia Mohd Zaini :: Saya setuju sangat-sangat dengan awak :) Mungkin ada cuma kita aje yang tak tahu, kan? ^^ Hidayah Allah itu datang dalam pelbagai cara dan versi :D

  5. Myraaz says:

    Subhanallah, serius terharu baca cerpen ni. Jalan penceritaan bagus sangat. Teringin nak jadi macam Melina.. Perbanyakkan penulisan karya lagi yaa ! I’m support your writing :) Keep it up !!

  6. Writer says:

    Myraaz :: Terima kasih sebab sudi memberi komen yang membangun, Myraaz :) Means a lot, though .<

  7. Fafau says:

    A very interesting and inspiring story. I fall in love with the characterization and how you shape it up to create such a beautiful story. Semoga dapat hasilkan karya seindah ini lagi :)

  8. Writer says:

    Fafau:: Alhamdulillah, terima kasih kerana sudi membaca cerita yg tak seberapa ni :) In Shaa Allah saya akan teruskan usaha dlm bidang yg memang meng’addict’kan ini, hehe. Syukran. <333

  9. Hamba Allah says:

    Subhanallah jalan cerita yg sangat menarik.. Teruskan usaha anda .. Semoga usaha saudari dirahmati Allah

  10. Writer says:

    Hamba Allah ::: Alhamdulillah, terima kasih :) In Shaa Allah <33

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"