Novel : Bermusim Badai Cinta 1

15 August 2013  
Kategori: Novel

2,824 bacaan 5 ulasan

Oleh : Zara Ryana

Bab 1

“Mira! Mila! Cepatlah!” laung Arissa dari hujung tangga. Arissa sudah lengkap bersiap dengan
track suitnya untuk pergi berjoging sementara Amira dan Kamila masih bersiap di dalam bilik.

Bukan main susah untuk ajak mereka berjoging. Padahal bersenam amat baik untuk kesihatan.
Tidak dinafikan, Arissa amat pentingkan stamina. Tambahan pula kerjanya sebagai Duty
Manager yang bertugas tak tentu masa memerlukan tenaga yang lebih. Ada kalanya malam pun
dia terpaksa bertugas. Itu pun bergantung kepada keadaan dan juga arahan dari Datuk Marina.
Sehinggakan dia tiada masa untuk luangkan bersama Farouk, teman lelakinya.

“Rissa, aku mengantuklah,” suara Kamila seraya menuruni anak tangga dan tersangap.

Arissa geleng kepala. Amira membontoti Kamila dari belakang sambil menyarungkan tudung ke
kepala.

“Mengantuk kejap je. Bila dah jogging nanti hilanglah mengantuk tu,” kata Arissa lalu
berjalan ke arah pintu.

Kamila duduk di sofa seketika seraya membaca SMS yang diterima di telefon bimbitnya.
Kamila mendengus kecil seraya memerhatikan Arissa memakai kasut di muka pintu. Lalu dia bingkas dan telefon bimbitnya diletak di atas sofa.

Tanpa membuang masa, mereka bertiga mula masuk ke dalam kereta dan bertolak ke
taman rekreasi berhampiran dengan rumah mereka untuk berjoging.

Pagi yang hening dan mendamaikan itu, Arissa bersama Kamila dan Amira berjoging di sepanjang jogging track. Suasana di sekitar agak sepi kerana tidak ramai yang berjoging pada waktu pagi. Kebanyakannya lebih suka berjoging pada waktu petang. Apabila tiba hujung minggu dan ada masa terluang, mereka akan ke sana walaupun selalunya Arissa yang mendesak dua rakannya itu. Kamila dan Amira berjoging di belakang Arissa. Pagi-pagi lagi Arissa sudah
kejutkan mereka untuk pergi berjoging. Kalau menolak, kecil pula hati Arissa. Nak taknak, mereka terpaksa ikut.

Arissa beberapa langkah sudah ke depan. Kamila dan Amira berjalan sambil berbualbual. Arissa berhenti dan memusingkan tubuh ke arah dua rakannya itu.

“Kenapa jalan? Bila nak berpeluh kalau berjalan?” jerit Arissa.

“Tak laratlah,” balas Amira pula. Dia bukan seperti Arissa, bersemangat.

“Baru jalan sikit dah tak larat? Apalah korang ni,” kata Arissa apabila Kamila dan Amira
semakin hampir dengannya lalu dia meneruskan lariannya itu. Amira dan Kamila saling
berpandangan sejenak.

“Kau tengok, dia ajak kita joging tapi dia tinggalkan kita,” rungut Kamila.

“Alaa, ikut jelah. Jom,” Amira malas ulas panjang. Kalau Kamila tidak puas hati dengan

Arissa, tak mungkin dia akan menyokong. Kedua-duanya kawan baiknya.

Semasa Arissa melihat jamnya, dia tidak sedar ada orang datang dari arah bertentangan
dengannya dalam keadaan tergesa-gesa. Terus bahu mereka terlaga antara satu sama lain dan

Arissa berhenti. Auchh, sakitnya. Aku langgar bahu orang ke langgar batu? Keras betul tulang
dia. Hati Arissa menggerutu. Nasib baiklah dia tak terjatuh.

Arissa memegang bahunya yang sakit lantas berpaling. Lelaki rupanya. Patutlah. Mak aih, toughnya badan dia. Arissa terpegun melihat otot-otot yang terbentuk di badan lelaki itu walaupun memakai baju T. Tapi kalau dah bajunya fit dengan badan, memang nampaklah. Mesti selalu pergi fitness centre ni. Arissa cepat-cepat sedarkan dirinya dari fikiran nakalnya. Sekarang bahunya yang sakit. Kalau salah bukannya nak minta maaf.

“Sakit ke? Sorry, I tak sengaja. I ingat I sempat elak tadi,” ujar lelaki itu. Takda langsung
riak bersalah di wajahnya.

Apa punya soalan lah. Dah gaharu cendana pula. Ingat tak sakit ke? Marah Arissa dalam
hati.

“You tanya I sakit ke tak? You tengoklah badan you. I rasa macam dilanggar batu tau
tak,” Arissa meramas-ramas bahu kanannya yang dilanggar tadi. Mujurlah dia tidak tercampak
ke dalam tasik.

Lelaki itu terkedu. Kemudian gelak. Dia merenung wajah gadis di depannya itu.

“Since you takda apa-apa, I pergi dulu. Sorry,” kata lelaki itu ringkas lalu terus pergi
dengan larian perlahan. Arissa berpaling dengan rasa bengang. Macam tu je cakap? Senang betul
minta maaf macam tu. Arissa mendengus kecil. Kelihatan Kamila dan Amira meluru ke arahnya.

“Kau okey Rissa?” tanya Amira penuh mengambil berat.

Arissa mengurut-ngurut bahunya. “Aku okey,”

Amira berpaling ke arah lelaki yang berlalu pergi tadi. Dia sudah semakin jauh dari pandangan. Kamila hanya memandang Arissa tanpa menyoal.

“Lain kali hati-hati,” pesan Amira.

Arissa angguk kecil. Memang dia mengaku kejadian tadi berlaku kerana kelalaiannya.
Tetapi wajah lelaki tadi mirip seseorang. Siapa ya? Arissa berfikir seketika.

“Rissa,” panggil Amira tatkala melihat kawannya itu seperti mengelamun.

“Rissa,” giliran Kamila pula memanggil seraya mencuit lengan Arissa. Terus gadis itu

tersentak.

“Kau kenapa?” tanya Kamila.

“Jomlah balik,”

Kamila dan Amira tercengang. Tak sampai setengah jam, Arissa sudah mengajak mereka pulang. Pelik.
Sampai di rumah, Arissa menyiram pokok-pokok bunga di laman rumah sementara Kamila dan Amira sudah masuk ke dalam rumah. Selesai menyiram pokok-pokok tersebut, Arissa masuk ke dalam untuk berehat di ruang tamu.

Sebaik saja dia melangkah ke dalam rumah, telinganya tertangkap bunyi deringan telefon bimbit. Dia mencari-cari dari mana datangnya deringan itu lantas terpandang sebuah telefon bimbit di atas sofa. Itu telefon bimbit Kamila. Arissa dongak ke tingkat atas dan terdengar hilai tawa Kamila dan Amira. Entah apa yang menggelikan hati mereka hingga ketawa sebegitu rupa.

Arissa bangun dan bergerak ke dapur untuk minum air tanpa menghiraukan deringan itu. Sebaik
saja dia ingin mencapai botol mineral di dalam peti, deringan telefon bimbit di ruang tamu
bergema lagi. Arissa tutup pintu peti sejuk dan kembali ke ruang tamu semula. Dia berdiri di
hujung tangga dan menjerit nama Kamila.

“Mila, telefon ni!” jerit Arissa lantang. Suasana di tingkat atas bertukar sepi. Arissa
mendengus kecil sambil mencapai telefon bimbit Kamila di atas sofa lalu dibawa ke tingkat atas
untuk diserahkan kepada Kamila. Kalau panggil pun bukannya dengar.

Arissa mencari kelibat Kamila. Ketika itu Amira keluar dari biliknya.

“Mana Mila?”

“Mandi. Kenapa?” soal Amira. Arissa menunjukkan telefon bimbit Kamila di tangannya ke arah Amira.

“Dia tinggal handphone kat sofa. Ada call untuk dia,” ujar Arissa. Tiba-tiba deringan itu
kedengaran lagi. Arissa merenung skrin telefon bimbit Kamila untuk melihat siapa si pemanggil
tetapi hanya tertera nombor sahaja. Mungkin dia patut jawab panggilan itu terlebih dahulu.
Manalah tahu kalau-kalau ianya penting.

“Kau jawablah. Cakap Mila mandi,” kata Amira lalu masuk semula ke biliknya. Tanpa
membuang masa, Arissa menjawab panggilan itu sebelum deringannya berhenti.

“Helo,”

“Helo sayang. You tengah buat apa tu?”

Arissa terpaku. Suara ni, macam pernah dengar. Suara yang tak asing di pendengarannya.

Arissa buka telinga. Dia diam mengamati suara itu untuk mendapat kepastian.

“Sayang, kenapa diam ni? Opps, Rissa kat sebelah you ke?” Suara itu manja di hujung

talian. Apabila mendengar lelaki itu menyebut namanya, berderau darah Arissa ke muka. Dia

tenung skrin untuk teliti nombor telefon. Sah. Itu nombor Farouk. Arissa tergamam tak terkata.

Kaget.

“Fa..Farouk? Sayang? Apa ni?” Arissa bingung seketika. Dia tidak dapat berfikir apa

sebenarnya yang terjadi sekarang. Relaks Rissa. Bertenang. Farouk panggil Kamila sayang? Dan

kenapa Farouk tanya sama ada kau ada di sebelah atau tak? Atau dalam diam Kamila bercinta

dengan Farouk? Sejak bila? Arissa tarik nafas dan cuba menenangkan dirinya. Dia mencari

jawapan kepada tanda tanya itu.

Tidak salah lagi memang Farouk bercinta dengan Kamila di belakangnya. Hancur luluh

hati Arissa apabila kawan sendiri tergamak mengkhianatinya. Arissa tak dapat menahan perasaan

lagi. Air mata sudah merembes keluar mengiringi hati yang luka berdarah. Dia mematikan talian

ketika Farouk masih bersuara di hujung talian dan letak telefon bimbit kepunyaan Kamila itu ke
atas meja soleknya. Arissa berlari turun ke bawah dan terus capai kunci kereta.

Arissa masuk ke dalam kereta dan menghempas kuat pintu. Dia hidupkan enjin dan terus

memecutnya. Sukar untuk dia terima kenyataan bahawa kawan baik dan teman lelaki sendiri

mengkhianatinya. Sebelum ini dia hanya dengar pengalaman orang saja, tapi sekarang terkena

pada batang hidung sendiri. Pahit dan pedih untuk di terima. Dia percayakan Kamila. Sebab itu

dia berikan nombor telefon Farouk untuk dihubungi apabila kecemasan. Tetapi Kamila telah

menyalahgunakan kepercayaannya.

Sampai hati kau, Mila. Kau khianati aku. Sampai hati kau.

Akhirnya air mata Arissa gugur di pipi. Sedih dengan apa yang terjadi padanya. Rasa benci pada Farouk terus meluap-luap. Jantan tak guna!

Arissa memandu tanpa arah tuju. Dalam keadaan sedih begini, dia mula teringatkan
keluarganya di kampung. Mak, ayah….

Selesai mandi, Kamila ingin turun ke ruang tamu untuk mengambil telefon bimbitnya di
atas sofa tetapi dia terkejut apabila melihat telefon bimbitnya berada di atas meja soleknya.
Berkerut dahinya apabila telefon bimbitnya itu beralih tempat. Dia lihat ada dua missed calls.

Terus Kamila melihat panggilan itu dari siapa. Dia terkesima apabila missed call itu adalah dari
Farouk. Sengaja tak disimpan nombor Farouk. Tiba-tiba telefonnya itu berbunyi. Nombor telefon
Farouk muncul. Cepat Kamila menjawabnya.

“Helo,”

“Helo sayang, kenapa susah sangat nak jawab ni? Kenapa you matikan panggilan I tadi?”

“I kat bilik air tadi. Handphone I kat bawah. Wait! Maksud you, ada orang lain yang
jawab?”

“Yes. Bukan you ke jawab? Kenapa diam je?” Soal Farouk.

Kamila terpaku. Dia dan Amira berada di atas tadi. Farouk beritahu yang ada orang jawab
panggilannya tadi. Siapa? Oh no! Arissa? Kamila tergamam. Dia yakin pasti Arissa yang
menjawab panggilan tadi. Arissa sudah balik dari berjoging. Tapi ke mana gadis itu pergi.

“Mila? Sayang? Helo? Are you there?” Suara Farouk di hujung talian menyentapkan
Kamila.

“I think she already knew,”

“Siapa?” Pantas Farouk menyoal.

“Rissa,” jawab Kamila. Dia mengeluh kesal hingga terduduk bangku meja soleknya.

Arissa terjaga dari lena. Dia bangun dan pandang sekeliling dan agak jauh dia membawa diri.

Sedar-sedar hari sudah lewat. Rupanya dia tertidur di dalam kereta. Jam di dashboard diperhati.
Dah petang? Arissa cepat-cepat hidupkan enjin kereta dan memandu pulang. Mungkin sebab
banyak menangis tadi sampai tertidur dibuatnya.

Sampai di rumah, Arissa memasukkan keretanya di garaj. Dia melangkah lemah keluar
dari kereta. Matanya bengkak. Sebelum masuk ke dalam rumah, Arissa berhenti seketika. Dia tidak pasti sama ada dia dapat bersemuka dengan Kamila atau tidak. Yang pasti, dia tidak dapat maafkan perbuatan mereka berdua. Arissa teruskan jua langkah dan tutup pintu. Amira dan Kamila sedang menonton TV di ruang tam uterus memandang ke arahnya ketika dia masuk.

Arissa tidak endahkan mereka berdua. Dia meluru ke arah tangga.

“Rissa, kau dari mana baru balik?” Soal Kamila. Cuba meraih perbualan supaya dia dan
Arissa dapat berbincang.

Arissa senyum sinis. Tak payah berpura-pura baik dan nak ambil berat pasal akulah,
Mila. Kau talam dua muka. Kau gunting dalam lipatan. Musuh dalam selimut dan duri dalam
daging. Itulah kau! Pertanyaan Kamila tidak dilayan. Arissa terus berlari naik ke biliknya dan
menghempas pintu biliknya dengan kuat. Dia tidak dapat mengawal emosinya lalu menangis.
Wajahnya disembam ke atas bantal. Sakitnya hati apabila dikhianati hanya tuhan saja yang tahu.
Luka ini terlalu dalam. Arissa biarkan air matanya membasahi bantal.

Kamila dan Amira saling berpandangan. Kuat juga gema pintu yang ditutup oleh Arissa
itu.

“Kenapa dengan kawan kita tu?” Tanya Amira hairan.

Kamila mendengus perlahan. Dia tahu kenapa Arissa jadi begitu kerana Arissa sudah tahu tentang hubungannya dan Farouk. Kamila senyum kelat. Nanti dia akan jelaskan keadaan sebenar pada Arissa setelah kemarahan Arissa reda nanti.

Arissa menghenyak birai katil dengan wajah yang sugul. Dia dikejutkan dengan deringan telefon bimbit yang bergetar dan irama rancak di atas katil. Nama Puan Hanim tertera pada skrin telefon bimbitnya itu. GM? Ada apa pula ni? Cepat Arissa menjawabnya.

“Helo Puan Hanim,”

“Helo Rissa, boleh tak you masuk kerja pukul lapan malam ni?”

“Pukul lapan?” Arissa terkejut. Terus matanya dihala ke arah jam loceng berbentuk hati di sudut meja soleknya. Sekarang dah hampir ke jam tujuh malam.

“Ya. Datuk akan datang malam ni,” ujar Puan Hanim.

“Baiklah, puan,” Arissa akur dengan arahan yang diberikan oleh Puan Hanim, General
Manager.

Talian dimatikan. Arissa mendengus kecil. Malam ini dia harus bekerja pula. Susah kalau
jadi Duty Manager. Tambahan pula emosinya agak kurang stabil saat ini. Tentu sukar untuk dia
memberi tumpuan kepada kerja-kerjanya

Tanpa ingin memikirkan lebih lanjut tentang itu, Arissa memutuskan untuk mandi dan tenangkan fikirannya. Selepas maghrib dia akan bertolak ke Marina Palace untuk bertugas.

Arissa hanya berteleku di bilik pejabatnya. Buat seketika, dia mahu lupakan apa yang bersarang
di hatinya. Dari luar dia lihat Puan Hanim sedang berbincang dengan Datuk Marina. Serius saja
wajah Datuk Marina. Arissa jarang berbual dengan Datuk Marina kerana Puan Hanim adalah
perantaranya. Tetapi apabila terserempak, mereka akan melemparkan senyum masing-masing.

Jam di pergelangan tangan baru saja melepasi angka sembilan. Bekerja pada waktu malam memang membosankan. Apabila hampir ke jam dua belas tengah malam, suasana di hotel akan menjadi sunyi sepi. Sebenarnya Arissa sedang menunggu Datuk Marina beredar kerana dia ingin memantau sementara malam masih muda. Dari dalam biliknya dia perhatikan dua wanita itu. kelihatan seperti mereka sudah selesai berbincang dan Datuk Marina sudah mula mencapai beg tangannya. Arissa senyum seraya mengetap bibir. Yes! Tanpa membuang masa, Arissa mengambil telefon bimbitnya dan dimasukkan ke dalam poket seluar.

Ketika dia menuju ke pintu untuk keluar, Datuk Marina sedang melangkah ke biliknya
dan terus masuk. Arissa menghela nafas lega dan cepat-cepat menuju ke lif untuk turun ke
bahagian reception.

Sampai di lobi, Arissa lihat Suraya sedang sibuk menguruskan seorang pelanggan. Tanpa
membuang masa, Arissa berjalan ke arah kaunter dan memerhatikan Suraya. Ketika itu urusan
untuk check-in hampir selesai. Sempat Arissa hadiahi senyuman buat pelanggan Marina Palace
itu. Dia selalu tekankan kepada semua staf supaya mesra dengan pelanggan dan jangan kedekut
senyuman.

“Macam mana untuk hari ni Su?” tanya Arissa. Sebagai Duty Manager, dia bertugas
untuk menyelia semua bahagian. Kerjanya itu memang tak kira masa. Hari minggu pun dia
terpaksa bekerja juga. mungkin sebab itu juga, Farouk mula berpaling darinya. Ah, kenapa masa
ni juga aku teringatkan Farouk. Desis hatinya. Arissa segera alihkan perhatian kepada Suraya.

“Hari ni semua beres, Cik Rissa. Ramai yang datang check-in. Mungkin sebab sekarang
ni musim cuti sekolah. Haa, memang dah confirm ke rombongan persidangan dari Indonesia tu
hujung bulan ni?” soal Suraya untuk kepastian. Dia ada dengar yang sebuah syarikat besar dari
Indonesia akan mengadakan persidangan di Marina Palace selama beberapa hari.

Arissa mengerutkan wajah seketika. Dia tidak berani mengesahkan perkara itu kerana ia
masih samar-samar.

“Saya tak pasti, Su. Wakil dari persidangan tu dah buat tempahan tapi nanti dia akan
hubungi semula untuk buat confirmation,” ujar Arissa seraya meneliti data pada skrin komputer.
Suraya angguk ringan.

“Cik Rissa, Datuk Marina ada kat atas ke? Tak nampak pun dia,”

“Dia kat bilik dia. Kenapa Su?”

Suraya pandang sekeliling. Perlahan dia dekatkan mulutnya ke telinga Arissa dan
bercakap separuh berbisik.

“Saya dengar, Datuk Marina dah nak letak jawatan,”

Arissa terkedu. dia memandang Suraya tanpa kelip. Biar betul. Dia langsung tak tahu
menahu tentang itu, bagaimana perkara itu boleh sampai ke telinga Suraya?

“Awak dengar dari mana ni?”

“Saya ada terdengarlah. Datuk Marina nak anak dia ambil alih hotel ni. Betul ke?”

“Saya tak berani cakap sebab saya tak lagi tahu pasal ni. Saya takut nanti ni cuma khabar
angin. Biar benda ni keluar dari mulut datuk sendiri. Okey?” kata Arissa sambil tersenyum.

Suraya membalasnya tipis. Dia setuju dengan kata-kata Arissa. Mungkin Datuk Marina tidak
mahu hebahkan perkara itu kepada sesiapa lagi sehingga sampai masanya.

“Saya cuma tanya. Tapi kalau betul lah, seronok sangat-sangat,” kata Suraya sambil
tergelak kecil.

Arissa memandang Suraya sambil berkerut.

“Amboi, suka sangat!”

“Macamlah Cik Rissa tak tahu datuk tu macam mana orangnya. Tegas gila. Tak boleh
silap sikit, melenting aje dia tu,” rungut Suraya. Tidak dinafikan, bekerja dengan Datuk Marina
memang mencabar. Kalau benar Datuk Marina akan bersara dan digantikan dengan anaknya, dia
harap pengarah baru nanti jauh lebih baik.

“Tak baik cakap macam tu, Su. Dia kan bos kita, kita kena akur. Kalau kita tak buat silap,
dia takkan marah. Saya ni pun selalu jugak kena marah tapi lepas tu kita kenalah buat kerja kita
dengan hati-hati. Jangan ulang kesilapan kita tu,”

Tak pasal-pasal dapat ceramah percuma. Ngomel Suraya dalam hati. Lantas dia mengukir
senyum sumbing.

Panggilan dari Farouk tidak dihiraukan oleh Arissa. Pagi-pagi lagi dah mengacau. Dia mula
menbenci lelaki bernama Farouk. Sampai bila-bila pun dia tidak akan memaafkannya. Dia tidak
akan sia-siakan air matanya lagi untuk menangisi kekecewaannya.

Arissa cepat-cepat bersiap untuk ke pejabat. Arissa memakai pakaian kemas dan bersolek
serba ringkas dan menyarungkan rantai ke lehernya kemudian diselit dibawah kolar kemeja.
Sempat dia menilik matanya yang bengkak kerana menangis. Takpalah. Nanti hilanglah tu.
Fikirnya.

Arissa capai tas tangan dan terus keluar dari bilik. Semasa hendak turun, dia bertembung
dengan Kamila yang juga bergegas ke tempat kerja. Arissa buat tak endah dan teruskan langkah.
Kamila perasan perubahan Arissa. Dia tidak boleh biarkan keadaan itu berlarutan. Arissa sudah
mula bermasam muka dengannya.

“Rissa,” panggil Kamila dan mempercepatkan langkahnya menuruni tangga. Arissa
pekakkan telinga dan genggam kunci keretanya. Dia sedang menahan perasaannya dari meledak.

“Rissa, kenapa dengan kau ni?” Tanya Kamila. Walaupun dia sudah tahu punca kenapa

Arissa berubah begitu, namun dia tidak tahu bagaimana ingin bermula.

Arissa benar-benar terluka dengan Kamila. Nak pandang muka temannya itu pun dia
benci. Teman? Tak. Kamila bukan lagi temannya. Kawan tak mungkin khianati kawan sendiri.

Inilah kata pepatah orang dulu, harapkan pagar, pagar makan padi. Arissa malas berada lama di
situ dan terus keluar. Dia sarung kasut tumit tingginya dan menuju ke garaj. Kamila mendengus
kesal. Lalu dia mengikut jejak Arissa ke garaj. Dia perhatikan Arissa yang sudah masuk ke
dalam kereta. Arissa langsung tidak memandangnya. Marah sangat ke dia pada aku? Ya Allah,
kau berikanlah aku kekuatan untuk berterus terang padanya. Kamila rasa bersalah sangat pada
Arissa.

Kereta yang Arissa pandu dipecut laju ke atas jalan raya. Dalam perjalanan, telefon
bimbitnya berbunyi lagi. Dia keluarkan dari tas tangan dan lihat gerangan si pemanggil. Nama

Farouk muncul di skrin. Arissa ketap geram lalu menekan butang „silent? setiap kali menerima
panggilan dari Farouk. Seketika, ia berbunyi lagi. Arissa sudah hilang sabar. Dia jawab
panggilan itu untuk kali terakhir.

“Helo sayang, kenapa susah nak pick up call? Dari tadi saya telefon. Dah kematu jari ni
tau,” Farouk membebel di hujung talian.

Arissa cemik bibir. Suara Farouk seperti selalu seolah-olah tiada apa yang berlaku. Dia ingat aku bodoh? Dia boleh persendakan aku? Tak, Farouk.

“I think you got the wrong number and wrong person, mister,” kata Arissa geram. Kalau
ikutkan hati, dia tak mahu jawab panggilan itu. Tapi kerana bosan dan rimas, dia jawab juga dan
ini adalah kali terakhir dia akan jawab panggilan dari Farouk.

“Sayang, kenapa dengan awak ni? Pagi-pagi dah moody. Suka bergurau macam ni ya?”
kata Farouk. Macamlah dia tidak cam suara Arissa sekalipun tersalah nombor. Mana mungkin
dia tersalah dail kerana nombor telefon Arissa memang sudah ada dalam senarai kenalannya.
Sayang? Meluat betul! Arissa mendengus.

“Farouk, from now on, don?t you ever, ever call me again. We?re over now,”

“Kenapa? Apa salah saya, Rissa?”

“Awak tanya diri awak. Okey, saya rasa cukuplah setakat ni Farouk. Saya dan awak dah

takda apa-apa lagi. Finished! Bye,” kata Arissa lalu mematikan talian. Terus dia campak telefon
bimbitnya ke dalam tas tangan yang terbuka itu. Sakitnya hati ni. Perasaan sedih Arissa tak dapat
dikawal lagi. Kenapalah air matanya begitu mudah mengalir? Apabila terbayangkan wajah

Farouk, wajah Kamila, hati Arissa bertambah sakit seperti dihiris belati.

Sampai di Marina Palace, Arissa terus naik ke tingkat satu iaitu bahagian dan tingkat 2
hingga ke atas adalah bahagian penginapan. Arissa melangkah ke dalam lif dan beberapa orang
berkejar masuk ke dalam lif yang sama. Walaupun Arissa boleh menggunakan tangga daripada
menunggu, tetapi dia mahu jimatkan tenaga. Arissa berundur ke belakang untuk memberi ruang
kepada orang lain masuk.

Lif berhenti di tingkat 1. Pintu lif terbuka. Arissa menyelit untuk keluar. Dia berlari ke
bahagian pentadbiran dan masuk. Ada beberapa orang staf sudah mula bekerja. Deringan telefon
kedengaran di sana sini. Arissa menuju ke biliknya dan melabuhkan punggung. Di pejabat,
Arissa tidak mahu kerjanya terganggu dengan masalah peribadi. Dia buka fail di atas meja dan
mula membuat kerja. Dua hari dia terpaksa bekerja sampai tengah malam. Kerjanya memang
memenatkan.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

5 ulasan untuk “Novel : Bermusim Badai Cinta 1”
  1. baby mio81 says:

    best ada blog x.

  2. ina says:

    Best….

  3. Seri Ayu says:

    Sangat menarik jalan cerita ni dan penuh suspen.

  4. shah eone says:

    novel P2U ogos

  5. lucy wong says:

    cik writer ada blog tak ?

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"