Novel : Bermusim Badai Cinta 2

19 August 2013  
Kategori: Novel

1,642 bacaan 2 ulasan

Oleh : Zara Ryana

Bab 2

Habis waktu kerja, Arissa tidak terus pulang ke rumah. Rasa malas pula nak balik ke rumah dan bersemuka dengan kawan- kawannya terutama Kamila. Arissa singgah di Taman Tasik Titiwangsa dan menjamu mata di situ. Melihat air tasik yang tenang serta pancutannya itu dapatlah mendamaikan jiwanya sedikit. Gelagat orang ramai yang ber joging, bersiar -siar di situ, berkayak dan berbasikal membuatkan Arissa lupa pada kesedihannya. Ditambah pula dengan tekanan ker ja, lagi bertambah serabut.

Matahari hampir terbenam. Arissa mengerling jam tangan. Dia memutuskan untuk balik ke rumah dan berehat.

Sampai saja di rumah, kereta Kamila dan Amira sudah ber ada di garaj. Arissa pandu
masuk keretanya apabila ada sedikit ruang. Dia keluar dar i perut kereta dan masuk ke dalam
rumah. Semasa dia menoleh ke ruang tamu, dia lihat Amir a sedang menonton slot Akasia di
TV3. Arissa malas hendak menegur. Dia terus melangkah ke tangga dan menitinya dengan
lemah. Hampir di atas, Ar issa bertembung dengan Kamila. Dia pura-pura tidak nampak dan
mengelak dari Kamila.

“Rissa, aku nak cakap dengan kau,” Kamila bersuara seraya meraih pergelangan tangan Ar issa. Langkah Arissa terhenti dan terus disentap tangannya itu. Pegangan Kamila terlucut.

Kamila tergamam.

Ar issa berpaling dan merenung tepat ke anak mata Kamila.

“Aku minta maaf sebab aku jawab call tanpa kebenaran kau. Tapi tak sangka….,” kata Ar issa seraya mengetap bibir. Perlahan dia geleng kepala.

“Rissa, aku minta maaf,” pinta Kamila dengan rasa menyesal yang menggunung.

“Maaf? Senang kau minta maaf? Kau kawan aku, Mila. Aku percayakan kau. Tapi kau tikam aku dar i belakang. Diam-diam kau jalin hubungan dengan Farouk. Kawan jenis apa kau

ni? Dah ber apa lama korang bercinta? Sejak bila lagi?” Kali ini Ar issa tidak dapat memendam
perasaan lagi. Dia hamburkan semua yang tersimpan di hatinya sejak semalam.

Kamila kelu. Kata-kata Arissa menusuk ke kalbunya.

“Sejak bila Mila? Sejak bila kau dengan Farouk bercinta? Kenapa kau tergamak buat aku
macam ni Mila?” Arissa gagal kawal perasaan. Dia menangis di depan Kamila. Air matanya
mengalir deras.

“Rissa, aku…,” Kamila serba salah. Lebih-lebih lagi melihat Ar issa menangis. Tak
pernah dia lihat Ar issa mengalirkan air mata. Inilah kali pertama dia melihatnya. Selama ini pun
Ar issa lebih banyak memendam rasa.

Ar issa mengesat air matanya dengan rakus.

“Rissa, aku tahu aku yang salah. Aku minta maaf. Aku berdosa dengan kau, Rissa.

Farouk yang mulakan semua ni. Dia yang cakap dia jatuh cinta dengan aku. Tapi dah cuba elak
Rissa, tapi aku…,”

Arissa merenung wajah Kamila. “Tapi apa?”

“Aku…aku tak sedar bila aku mula sayangkan dia,” sambung Kamila.

Ar issa senyum dalam tangis. Dia mengangguk-ngangguk kepala tanda faham.

“Okey. Enough! ” Suara Ar issa tegas sambil mengangkat tangannya. Dia benar- benar sedih. Farouk dan Kamila sama saja. Patah hatinya dengan perbuatan mereka. Arissa sudah tidak betah untuk tinggal di rumah itu lagi. Dia tak mahu bersemuka dengan Kamila lagi. Dia akan pergi dari rumah itu malam ini juga.

“Rissa! Rissa!” panggil Kamila apabila Ar issa sudah mula ingin beredar.

Arissa berpaling sekilas. “Aku doakan korang bahagia. Jaga dia baik-baik,” pesan Ar issa lalu berlari ke biliknya dan kunci pintu.

“Ar issa!” Jerit Kamila. Arissa sudah hilang di da lam biliknya. Kamila mendengus kesal.

Ar issa membuka almarinya dan mengeluarkan beg trolinya. Dia akan keluar dar i rumah itu malam ini juga. Semua pakaiannya di dalam almari itu dikeluarkan dan disumbat ke dalam beg besar itu. Semua barang-barang kepunyaannya akan dibawa keluar kecuali almar i, katil dan meja solek yang sememangnya perabot yang disediakan di rumah itu.

Selesai, Arissa menghempas punggung ke birai katil dan menangis semahunya. Matanya
merah seperti biji saga.

Amira dan Kamila terpaku apabila melihat Arissa membimbit beg troli besar turun ke
bawah.

“Rissa, kau nak ke mana ni?” Tanya Amira seraya bingkas dan mendapatkan Arissa.

“Aku nak keluar dari rumah ni,” jawab Arissa. Terkial-kial dia membawa beg troli yang
berat itu turun hingga ke bawah. Amira ingin membantu tetapi ditepis oleh Arissa. Kamila di
bawah yang diam tak terkutik. Dia terkejut juga apabila Arissa ingin keluar dari rumah itu.

“Kenapa? Kenapa kau nak keluar? Kau nak tinggal mana nanti?” Tanya Amira panik.

“Mana- mana pun boleh, Mira. Banyak lagi rumah sewa kat bandar ni. Aku boleh cari,”
kata Arissa sedikit mengah setelah berjaya membawa turun beg trolinya. Sempat dia menjeling
ke arah Kamila yang hanya diam memerhati. Tentu Amira tak tahu apa-apa yang terjadi
antaranya dengan Kamila.

“Eh Rissa, Mila, kenapa ni? Rissa, dari semalam kau nampak lain, apa dah jadi ni?”
Amira mula tak keruan apabila dengan tiba-tiba Arissa ingin keluar dari rumah. Kamila pula
langsung tidak membantah.

“Mir a, takda apa-apa yang berlaku. Aku cuma nak cari rumah yang lebih dekat dengan
tempat kerja,” kata Arissa walaupun itu bukanlah sebab kenapa dia ingin keluar dari rumah itu.

“Takkan dengan tiba-tiba? Kau tak pernah sebut pun pasal ni sebelum ni,” getus Amira.

Kamila yang diam bangun bersuara.

“Rissa, kau tak payahlah pindah. Biar aku je yang keluar dari rumah ni,”

Amira ter kejut. “Apa?” Dia pandang Kamila. Kemudian Arissa.

“Kor ang, apa dah jadi ni? Aku peninglah. Sorang nak pindah, yang sorang ni pula suka rela nak pindah keluar jugak,” A mira terduduk di sofa.

Ar issa memandang Kamila. Terkejut juga apabila Kamila beritahu yang dia akan keluar
dar i rumah itu. Apahal pulak?

“Takpa, Mila. Kau tinggal jelah kat rumah ni dengan Mir a. Biar aku je keluar ,” kata
Ar issa lalu menar ik beg trolinya terus ke pintu.

“Rissa,” jerit Kamila.

Amira sudah buntu.

“Maafkan aku,” ucap Kamila.

Ar issa tidak berpaling. Sukar untuk dia memberi kemaafan setelah dilukai. Tanpa
menoleh lagi, Arissa terus keluar dan tinggalkan rumah itu dengan seribu satu tanda pertanyaan
di kepala Amira.

Amira tidak dapat menghalang Arissa lagi. Gadis itu sudah nekad. Dia berpaling ke arah
Kamila yang kaku berdiri.

“Mila, apa dah jadi ni? Apa dah jadi antara korang?”

Kamila mendengus per lahan. Amira memang tidak tahu apa-apa. Per lukah dia bercerita atau tidak dia tidak pasti. Dia takut dia dikecam oleh Amira pula.

“Mila, aku tanya kau ni,” Amira menekan suar anya.

Kamila tidak menjawab. Dia ber lalu ke anak tangga dan terus ber lari ke naik. Amira mengeluh.

“Apa lah yang dah jadi kat dalam rumah ni,”

Arissa memandu keretanya dan membawa hati yang luka. Dia tidak tahu ke mana dia nak pergi malam ini tetapi yang pasti dia tidak akan kembali ke rumah itu lagi. Arissa ber fikir di mana tempat yang selamat untuk dia tidur pada malam ini. Esok dia akan cari rumah sewa lain. Apa yang ter lintas di fikirannya hanyalah Marina Palace. Mungkin selamat jika dia tidur di perkarangan hotel walaupun dalam kereta. Mustahil untuk dia menginap masuk ke hotel itu pula. Membazir duit saja.

Ar issa terus membelok ke jalan menuju ke Mar ina Palace. Esok senang, bolehlah dia
terus pergi ker ja dan mandi di hotel saja.

Jam di dashboard sudah menjangkau angka sebelas malam. Matanya mula rasa
mengantuk. Arissa sudahpun menapak di perkarangan Mar ina Palace. Dia mencari parkir kosong
untuk ber henti seketika. Arissa langsung tidak perasan yang kedudukan keretanya itu akan
mengganggu laluan. Dia cuma fikir waktu malam begini tiada kereta akan keluar masuk dari
hotel.

Setelah berhenti, Arissa menarik nafas lega. Dia merebahkan kerusinya dan baring.
Matanya dihala ke dada langit yang sepi tanpa dihiasi bintang-bintang. Bintang tidak berser i,
bulan menyepi, matahar i bersembunyi. Hilanglah keindahan langit.

Ar issa memper lahankan suhu air-cond . Matanya dipejam rapat. Masa untuk tidur. Tidak
lama pejamkan mata, Arissa sudahpun ter lena.

Masa berlalu pantas. Hari sudah pagi. Arissa masih lagi lena dibuai mimpi.

Pon…pon…pon…pon…

Hon dibunyikan ber talu-talu. Arissa tersentak. Dia tidak pasti sama ada bunyi hon itu
datang dari mimpi atau di alam realiti. Dia masih lagi pejamkan mata dan terasa ber at untuk
bangun. Kemudian hon bergema lagi. Makin kuat dan lantang.

Ar issa memaksa diri untuk membuka matanya. Dia terkedu lalu terus bangun. Alamak? Dah pagi? Arissa angkat kerusinya dan lihat ke luar tingkap. Dia terkejut apabila seorang lelaki berbadan tegap berdir i di luar keretanya. Arissa terpempan.

Perlahan dia menurunkan cermin kereta.

“Boleh tolong alihkan kereta tak?” Suara lelaki itu kasar.

Ar issa mengetap bibir. Dia toleh ke belakang dan dia lihat ada sebuah kereta di
belakangnya. Tentu kereta milik lelaki itu. Wajah lelaki di luar itu diteliti. Macam pernah tengok
je sebelum ni. Tapi kat mana ya? Familiar betul muka dia. Ar issa memerhati dar i muka hingga
ke badan. Melihat susuk badan yang sasa itu, barulah dia ingat di mana dia bertemu dengan
lelaki itu.

“Nanti saya alihkan ker eta saya ya,” kata Arissa sambil memegang stereng kereta.
Fikirannya masih tertumpu pada lelaki itu.

Lelaki itu membongkokkan sedikit badannya dan merapatkan wajahnya dengan gadis di dalam kereta Perodua Myvi itu.

lah,” getus lelaki itu seraya mengamati wajahnya. “Hei, you ni familiar Ar issa juga berpendapat sebegitu. Dia yang baru bangun tidur itu menjarakkan sedikit wajahnya dari lelaki itu. Buatnya ada bau yang kurang menyenangkan, buat malu muka je.

“Oh ya, you yang I jumpa kat tasik hari tu kan?” Jari telunjuk disua ke wajah Arissa.

Ar issa kerutkan kening seraya mengangguk-angguk kepala. Memanglah. Yang langgar
bahu aku tempoh hari, lelaki ni lah. Kata hati Arissa.

“ You kerja sini?”

Ar issa angguk lagi.

“ I baru mula hari ni. Nice meeting you ,” kata lelaki itu tersenyum manis kemudian ingin
beredar.

“Err..ya, ya,” Ar issa tersengih seraya angguk. Dia hidupkan enjin dan masuk ke depan
sedikit untuk member i laluan kepada lelaki itu untuk masuk.

Ar issa lihat lelaki itu menuju ke keretanya melalui cermin pandang belakang. Kereta
milik lelaki itu lalu di sebelah keretanya. Kemudian berhenti. Cermin tingkap dijatuhkan.

“Jumpa lagi,” lelaki itu lambai dan ter us per gi. Arissa kerutkan dahi.

“ Oh my god ! Aku kena masuk kerja ni,” Arissa menggelabah turun dar i kereta dan masuk ke tempat duduk belakang. Dia buka beg pakaiannya dan cari baju untuk dipakai hari ini. Habis baju- bajunya disepah-sepahkan di dalam kereta. Kalau pakai kemeja, nanti kena seterika pula.

Blaus jelah. Arissa pilih blaus berbunga-bunga berwarna ungu dan dipadankan dengan seluar
panjang putih. Dia ambil mana yang diperlukan dan bawa keluar. Dia akan tumpang mandi di
bilik spa di tingkat 8.

Tanpa membuang masa, Ar issa terus bergegas ke berlar i ke lobi dengan tergesa-gesa.

Ar issa ber lar i ke lif yang hampir tertutup. Sekali lagi dia berjumpa dengan lelaki
berbadan tegap itu. Dia senyum kelat.

“Hai, jumpa lagi. You nak ke mana dengan baju-baju ni?”

Ar issa ter pana seketika. Dia ber paling ke arah lelaki itu.

“ Laundry . Ya, laundry ,” jawabnya spontan.

“Hezriq,” lelaki itu memperkenalkan namanya.

“ Mine , Arissa,” kata Arissa pula.

Hezr iq merenung pakaian di dalam dakapan Arissa. Pelik. Takkan nak laundy baju yang
berlipat.

Lambatnya nak sampai tingkat 8. Aku dah tebal muka ni. Rungut Arissa dalam hati. Dia
menghitung nombor tingkat yang tertera di skr in kecil. Sampai di tingkat enam, lif berhenti dan
terbuka. Dua orang lelaki mat salleh masuk dan berdiri di depan. Ar issa terpaksa ke belakang.
Dia tidak sedar sesuatu telah terjatuh dari pelukannya.

“ You nak naik tingkat berapa?” Tanya Hezr iq.

“ Eighth floor ,”

Hezr iq angguk r ingan. Tiba-tiba matanya terpandang sesuatu di atas lantai berwarna
hitam. Apa tu? Bra? Hezriq tergamam. Tentu ia milik Arissa kerana benda itu berada di depan kaki Arissa. Hezriq serba salah untuk beritahu. Dia mencuit bahu Arissa. Arissa berpaling.

Hezr iq tundukan sedikit kepalanya dan membawa mulutnya ke telinga Arissa.

,” bisik Hezriq per lahan ke telinga Arissa. “ I think, that black thing on the floor is yours

Ar issa tunduk ke bawah dan tergamam. Dia telan liur. Alangkah terkejutnya dia apabila
branya terjatuh. Eeii, malunya aku. Kenapalah kau terjatuh depan mamat ni. Wajah Arissa
bersebu merah. Nak tunduk ambil malu pula. Arissa dengan selamba tunduk dan cepat-cepat
ambil branya itu dan terus diselit di celah pakaiannya. Dia langsung tidak memandang Hezriq.
Sampai di tingkat 8, Arissa terus keluar membawa perasaan malu yang tebal.

Hezr iq tergelak kecil. Dia geleng kepala. Sebenarnya dia ingin ke tingkat 1 tetapi terlupa
nak tekan pula apabila Arissa melulu masuk. Terpaksalah dia turun semula. Namun kejadian
dalam lif tadi tak dapat Hezriq lupakan. Memang lucu.

Ar issa memarahi dirinya sendiri di atas kejadian kecuaiannya mencicirkan branya.
Memalukan betul. Malangnya aku har i ni. Arissa mempercepatkan langkahnya ke arah spa. Di
situ bukan saja ada perkhidmatan spa, jakuzzi, gym dan gelanggan sukan seperti skua sh,
badminton dan futsal semua di tingkat yang sama. Dia kenal kakitangan spa lalu dia
menemuinya untuk meminta kebenaran.

“Melly,” panggil Arissa. Melly sedang menyusun pr oduk di atas rak. Mendengar
namanya dipanggil, Melly berpaling ke belakang.

“Eh, Cik Rissa?” Melly ter senyum.
lah,” “Melly, I tumpang mandi kat sini boleh? Emergency

Tanpa banyak tanya, Melly terus angguk. Takkanlah dia nak melarang Duty Manager
Marina Palace menggunakan servis di spa. Ni mesti kes kerja on call ni. Desis hati Melly.

“Silakanlah,”

“Melly,” ucap Arissa lalu berlari ke arah pintu berwarna coklat dan “ Thank you so much
terus masuk. Kalau dah darurat.

Farouk semakin gelisah di meja kerjanya. Fikir annya tidak tenang sejak kebelakangan ini.
Hubungan sulitnya dengan Kamila sudah bocor. Arissa sudah tahu semuanya. Lebih meresahkan
apabila Arissa putuskan hubungan dengannya. Dia masih menyayangi Arissa. Dalam waktu yang
sama, dia juga menyayangi Kamila kerana gadis itu begitu prihatin terhadapnya.

Ah, semua itu kesilapan bodoh yang dia lakukan. Tentu sekarang Arissa begitu
membenci dirinya. Farouk tak dapat fokus dengan kerja selagi tidak bersemuka dengan Arissa.

Dia mesti bagi penjelasan. Kamila pula, mungkin Kamila lebih tertekan memandangkan mer eka
tinggal serumah. Keadaan jadi rumit pula. Farouk ambil telefon bimbit dan ingin dail nombor
telefon Ar issa. Tetapi dia ter ingat semula kata-kata Arissa pagi tadi. Hasratnya itu untuk
menelefon Arissa dibiarkan. Sebaliknya nama Kamila dicari dalam senarai kenalan dan
dihubungi.

Beberapa ketika, Kamila menjawab panggilan Farouk.mengganggu ke?” Suara Farouk.

“Helo Mila.

“Tak. I tak busy sangat. Kenapa?”

“Kita jumpa? I nak cakap sikit dengan you ,” kata Farouk.

“Okey,” Tanpa soal banyak, Kamila terus setuju. Kebetulan dia ada ker ja luar yang per lu
diselesaikan. Sambil itu bolehlah dia jumpa Farouk sekejap.

Kamila berhenti di tempat yang dijanjikan oleh Farouk. Kelihatan Farouk sudah menunggu sambil menyedut jus di meja di sudut restor an. Kamila menarik nafas lalu menghampiri Farouk.

“Hai,” sapanya. Kamila tarik kerusi dan berlabuh di depan Far ouk.

Farouk senyum memandang Kamila. Cantik gadis itu hari ini. Lebih-lebih lagi apabila
rambutnya yang hingga paras bahu itu dibiar lepas.

“Order?”

“ I dah minum masa jumpa klien. You nak cakap apa dengan I ? Pasal Rissa?”

Farouk angguk perlahan. Raut wajah yang ceria bertukar keruh.

“ Since dia dah tahu pasal kita. How was her reaction ? You kan satu rumah dengan dia,”

Kamila mengeluh berat. Sejak semalam lagi Ar issa tak keluar bilik dan terperap. Pagi ini
pula Arissa diam dan langsung tak bertegur sapa seperti selalu.

“Dia dah bencikan I ,” getus Kamila. Kesal tak ter hingga.
?” Farouk mengerutkan kening. “ Are you sure

“Dia tak bercakap dengan I . Bila I tegur, dia ignore je. Memang dia dah bencikan I ,
Farouk. Dia bencikan I sebab I dah rampas boyfriend dia dan…,” Kamila sedikit panik. Dia tak
dapat menerima kebencian Arissa terhadapnya.

“Sayang, bertenang. Rissa tak mungkin bencikan you . I kenal dia,” pujuk Farouk.

“Bukan tu, Far ouk. Dia dah pindah dari rumah tu,”

“Pindah?” Farouk terkejut. Perlahan dia mengeluh. “Mila, maafkan I sebab buat you
dengan dia berbalah,” ucap Farouk lalu mengambil jar i jemari Kamila lalu digenggam.

“ I pun salah. I yang rampas you dari dia,”

“ It s not your fault , Mila. I yang jatuh cinta dengan you . I ingat nak confront dengan dia
dan slow talk . Tapi I rasa dia takkan sudi jumpa I lagi,” ujar Farouk. Genggaman tangan Kamila
dilepaskan.

“Entahlah Farouk. buntu sekarang,” I

Farouk lepas keluhan panjang.

“ Welcome to Marina Palace, Hez,” ucap Datuk Marina menyambut kedatangan anak tunggalnya
yang bakal menggantikan tempatnya sebagai pengarah mulai hari ini. Datuk Marina hanya akan
memberi tumpuan kepada Marina Properties sahaja. Jika sebelum ini, dia memikul dua
tangungjawab besar itu. Sekarang, pentadbiran Mar ina Palace akan diser ahkan sepenuhnya
kepada Hezriq.

Hezr iq hanya tersenyum. Dia sepatutnya datang bersama mamanya tadi tetapi kerana
jadual mamanya tidak menentu, dia memutuskan untuk memandu sendiri.

“ Thanks mama. Hez akan buat yang terbaik untuk Marina Palace,” kata Hezr iq untuk
meyakinkan Datuk Marina.

“Mama tahu kebolehan anak mama. Cuma satu yang mama nak dar i Hez,”

Hezriq angkat kening. “Apa dia mama?”

“Mama taknak Hez r apat dengan mana-ma na gadis dan mama nak Hez fokus dengan
kerja. Selagi belum sampai masanya, Hez tak boleh bercinta. Faham?”

Hezr iq angguk kecil. Sudah banyak kali mamanya berpesan supaya tidak menjalin
hubungan dengan mana-mana gadis namun dia faham dan akur dengan permintaan mamanya itu.

“Baguslah. Hez tahu kan, bila Hez bercinta, tumpuan Hez pada kerja akan terganggu.
Mama taknak jadi macam tu. Cuma mama yang boleh tentukan siapa yang akan kahwin dengan
Hez. Lagipun, siapa yang berani nak dekat dengan anak Datuk Marina? Kalau nakkan anak
mama, dia kena bersemuka dengan mama dulu. Mama yakin takda siapa yang berani,” Datuk
Marina mendabik dada. Ketegasannya tak boleh disangkal oleh sesiapa. Bukan saja tegas, malah
cerewet dalam memilih kawan. Baginya, setiap orang ada kepentingan masing- masing. Kadang-

kadang kawan boleh jadi musuh. Oleh itu Datuk Marina menegah dirinya dari berkawan rapat
dengan sesiapa untuk kepentingan syarikat kecuali dalam hubungan per niagaan.

“Mama, jangan r isau. Hez akan ikut cakap mama tu. Hez mas ih muda. Banyak lagi yang
Hez kena belajar dari mama,” ujar Hezriq. Dari kecil hingga sekarang, dia tak pernah
membantah kata mamanya.

“ Good son . Okeylah. Get ready . Nanti mama nak kenalkan Hez pada semua staf dalam
mesyuar at lembaga pengarah. Lagipun mulai hari ni Hez akan ambil alih Mar ina Palace,” kata
Datuk Marina seraya menyentuh tangan Hezriq dan terus bangun. Hezr iq angguk. Datuk Marina
menuju ke pintu dan keluar . Hezriq menunggu di dalam bilik yang besar itu dan memer hati
sekeliling. Mulai har i ini bilik pengarah akan menjadi miliknya. Gambar mamanya yang terletak
di dinding akan digantikan dengan gambarnya pula selepas ini. Hezriq membuka jari telunjuk
dan jar i hantu kedua belah tangannya dan dicantumkan seolah- olah ingin mengambil gambar.
Dia fokus di setiap sudut kemudian tersenyum sendiri. Per lahan dia bangun dan ber jalan-jalan di
sekitar ruang bilik yang luas itu. Semuanya ada. Dar i sofa, TV LCD, set meja solid empat kerusi
hingga ke almari hiasan yang berisi beber apa trofi.

Hezr iq tersenyum bangga dengan pencapaian Datuk Mar ina. Dia ber peluk tubuh sambil
berdir i di depan almari trofi.

Arissa selesai bersiap. Pakaiannya yang kotor itu dimasukkan ke dalam beg kertas yang diminta
dar i Melly. Ar issa ucap terima kasih dan bergegas turun ke pejabat untuk bekerja seperti biasa.
Semasa Arissa menuju ke biliknya, ada beberapa mata memandangnya dengan hairan. Mungkin
kerana dia terlewat. Arissa berlagak biasa dan buat kerjanya seperti biasa juga. Bukan mereka tak
tahu rutin ker janya yang tidak tentu masa.

Semasa dia baru saja ingin memulakan kerja, tiba-tiba Atikah ketuk pintu biliknya dan
menyerahkannya sekeping surat.

“Ni, ada mesyuarat. Kita ada pengarah baru dan Datuk Mar ina no longer here ,” kata
Atikah dengan hati yang senang. Datuk Marina sudahlah garang, selalu saja kena marah.
Ar issa mengerutkan kening seraya membaca memo mesyuarat itu

“Pengarah baru?”

“Laa, awak tak tahu ke Rissa?”

Ar issa tidak tahu tetapi dia ada dengar dar i Suraya tempoh har i. Jadi memang benarlah
Datuk Mar ina akan letak jawatan dan menggantikan anaknya. Dia langsung tidak tahu apa-apa.

“Takpalah. Dalam meeting nanti tahulah siapa. Saya harap pengarah baru ni lagi baik dar i
Datuk,” kata Atikah separuh berbisik.

“Bos baru ke tak, sama je. Buatnya bos baru lagi tegas, macam mana?”

Atikah memuncungkan bibir. Tak pula dia fikirkan begitu.

“ Thanks anyway I ka,” ucap Arissa. Terlupa pula untuk berterima kasih di atas
pemberitahuan itu. Atikah senyum dan beredar . Arissa kembali menyambung kerjanya. Sejak
akhir -akhir ini banyak juga kerjanya. Tambahan pula ada beberapa orang staf baru perlu diber i
tunjuk ajar dan latihan. Semua itu terpikul di bahunya.

Waktu mesyuarat hampir bermula, Arissa membawa buku nota kecil untuk membuat
catatan jika per lu. Kalau dipenger usikan oleh Datuk Marina, seor ang pun tak boleh lewat walau
seminit. Sebelum kena, lebih baik beringat- ingat. Arissa tinggalkan biliknya dan bergerak ke
bilik mesyuarat. Beberapa orang eksekutif dan pegawai yang ter libat sudah mula menuju ke bilik
mesyuar at termasuk ahli lembaga pengarah. Mereka yang ber jawatan lebih tinggipun gentar
dengan penangan Datuk Marina. Apatah lagi dia yang masih baru.

Semua yang datang mula mengambil tempat duduk. Arissa duduk di sebelah Khair il, iaitu
Pengurus di bahagian Sumber Manusia. Arissa jarang dapat berbual dengan Khairil kerana
berlainan bahagian. Apabila bertemu, baru mereka berbual-bual dan bertegur sapa.

“En. K, saya dengar ada pengarah baru yang ganti Datuk. Betul ke?” Arissa menyoal
kepada orang yang tepat. Khairil adalah orang yang bertanggungjawab dalam urusan pelantikan
dan rekrutmen baru.

“Betul. Hari ni dia nak kenalkan dekat semua,”

“Siapa?” Soal Arissa. Perasaan ingin tahunya itu membuak-buak.

Khairil baru ingin membuka mulut dan tiba-tiba pintu bilik mesyuarat terkuak. Seorang
lelaki berbadan tegap muncul dengan senyuman yang mekar di bibir.

Khairil memberi isyarat ekor mata kepada Ar issa. Berkerut dahi Ar issa lalu dia
memandang ke arah yang dimaksudkan. Puan Hanim, General Manager melangkah masuk dan
selepas sahaja Puan Hanim masuk, mata Ar issa terpaku melihat Hezriq di muka pintu. Lelaki itu
menutup pintu dan ber gerak ke hujung meja bersebelahan dengan kerusi Datuk Marina. Ar issa
telan air liur. Gulp . Dia ni ke yang ganti Datuk Mar ina? Tak sangka Hezr iq adalah anak kepada

Datuk Marina. Patutlah wajah mereka hampir seiras. Arissa menyoal dalam hati seraya
memalingkan muka dar i Hezriq. Takut pula kalau Hezriq cam nanti. Kalau tak ber laku insiden di
dalam lif tadi, mungkin dia berani bersemuka. Tetapi disebabkan Hezr iq tegur branya terjatuh,
maka maruahnya turut terjatuh dan malu teramat sangat. Dahlah nasi lemak 50 sen je. Entah
apalah yang terfikir di kepala otak Hezriq waktu itu.

“ Let s start our meeting ,” suara Datuk Marina sebaik saja masuk. Dengan tiba-tiba pulak
tu. Semua yang ada duduk dengan tegak dan memberi per hatian kepada Datuk Mar ina yang
sudahpun menapak di kerusi pengerusi. Arissa dengan teragak-agak mengalih pandangannya.
Sebaik saja berpaling, terus pandangannya dengan Hezr iq bertembung. Hezriq nampak terkejut.
Lelaki itu senyum. Arissa membalasnya hambar.

“Selamat datang dan terima kasih atas kerjasama semua sebab datang untuk mesyuarat
pagi ni. Sebelum kita mulakan mesyuarat, perkara penting yang saya nak maklumkan di sini
adalah untuk memperkenalkan pengarah baru hotel ni. Dengan terlantiknya pengarah bar u ni,
bermakna saya bukan lagi berkuasa di dalam hotel ini. Saya kenalkan, Hezr iq Haykal, beliau
merupakan anak tunggal saya. Mulai hari ini, dialah yang akan mengambil alih dan mengur uskan
hotel ini bersama anda semua. Diharap anda dapat memberi ker jasama terhadap beliau. Saya
yakin, beliau dapat melaksanakan tanggungjawab ke atas hotel ini dengan baik. Saya serahkan
kepada pengarah baru kita, untuk memberikan ucapan. Silakan,” kata Datuk Mar ina lalu
menyerahkan mikrofon kepada Hezr iq untuk bercakap pula.

“Ter ima kasih, Datuk Marina. Ter ima kasih semua yang ada di sini dan saya taknak
cakap panjang lebar. Cuma saya harap anda semua dapat beri ker jasama dan tunjuk ajar kepada
saya memandangkan saya masih baru. Tugas sebagai pengarah amat berat. Saya terpaksa
menguruskan lebih kurang lima ratus kakitangan Mar ina Palace. Jadi, ia bukan jumlah yang
terlalu besar dan terlalu kecil. Dengan adanya anda semua, tugas- tugas dibahagikan dan dapat
dilaksanakan dengan cekap. Saya harap, jika ada kesilapan dari saya, silalah ber i teguran. Terima
kasih,” usai ucapan, Hezriq menyerahkan kembali mikrofon kepada Datuk Marina.

Selesai sesi memperkenalkan Hezriq, Datuk Marina memulakan mesyuarat dan
perbincangan mengenai majlis sempena meraikan pengarah baru dan persaraannya. Semua setuju
untuk mengadakan majlis di Mar ina Palace sendiri. Majlis itu akan diuruskan oleh Bahagian
Food & Beverage untuk mengatur jamuan. Untuk jemputan pula, Datuk Marina menyerahkan
tugas itu kepada Sofea.

“Rasanya, itu sajalah yang saya nak sampaikan. Terima kasih semua dan boleh bersurai,”

kata Datuk Marina lalu bingkas. Setelah Datuk Marina keluar, barulah ahli mesyuarat yang lain
keluar dan mereka bersalam-salaman di luar bilik mesyuarat. Arissa bangun dan keluar untuk
berjumpa dengan Datuk Mar ina. Ini bermakna selepas ini dia tidak dapat berjumpa dengan
wanita itu lagi. Semasa dia ingin beredar ke tempat duduknya, dia terdengar suara memanggil
namanya. Terus dia berpaling. Hezriq? Pantas Arissa memalingkan wajahnya semula.

“ I harap you dapat bagi kerjasama,” ujar Hezriq dengan bibir tersenyum. Dia memintas
Ar issa di hadapan dan gadis itu terus menundukkan wajah.

“ Of course ,” jawab Arissa dengan perasaan tak menentu.

Hezr iq senyum nakal. Tentu sebab kejadian di dalam lif tadi, Ar issa berasa malu untuk
bertentang mata dengannya.

“ I takkan bagitahu sesiapa pasal tadi,”

Ar issa dongak. Dia sudah agak. Hezriq tentu akan mempersendakannya dengan insiden
tadi. Wajah Arissa terasa berbahang malu. Dia mengetap bibir.

“ I harap you dapat bagi kerjasama. Maklumlah, I masih baru kat sini,” ujar Hezr iq.

Ar issa angguk kecil sambil tersenyum. Senyuman Arissa benar-benar membuatkan

Hezr iq tertawan. Begitu manis. Ditambah pula bar isan gigi yang ter susun. Arissa tidak seperti
gadis lain. Wajahnya semulajadi cantik tanpa sebarang solekan tebal. Hezriq suka melihat wajah
Ar issa. Tak jemu rasanya.

“ Anyway, selamat datang ke Marina Palace,” kata Ar issa.

Kata-kata Arissa membuatkan lamunan Hezriq terganggu.

,” Jawab Hezriq gugup. “ Thank you

“En Hez, I minta diri dulu,”

“ Sure ,” balas Hezriq pendek lalu tersenyum. Ar issa membalasnya lalu terus mengatur
langkah untuk pergi tanpa menatap wajah Hezr iq lagi. Malu tahap gaban. Dia menuju ke biliknya
dan memandang Hezriq melalui bidai. Hezriq masih tidak berganjak dari tempat tadi.

Farouk terus dibebani rasa bersalah dan menyesal apabila Kamila ber itahu yang Arissa sudah
pindah keluar dari rumah itu semalam. Menyesal tak terhingga. Begitu sekali Arissa marah
terhadap Kamila. Dia tahu Kamila juga kesal tetapi benda sudah terjadi.

Farouk tak boleh duduk diam lagi. Dia mesti bersemuka dengan Arissa. Kamila juga
sudah mula dingin dengannya. Dia sudah kehilangan Arissa. Dia tidak mahu kehilangan Kamila
pula. Farouk mencapai kunci keretanya dan memutuskan untuk berjumpa dengan Arissa di
Marina Palace di mana tempat Ar issa bekerja.

Kereta Toyota Wish dipandu ke arah yang dituju. Sampai di depan Marina Palace,
Farouk menghantar SMS kepada Ar issa. Dia tahu, jika dia hubungi sekalipun, Arissa tidak akan
menjawabnya. Dalam mesej Far ouk merayu agar dapat berjumpa Arissa dan selesaikan dengan
cara baik.

Dengan sabar Farouk menunggu di dalam kereta. Meskipun peluangnya untuk bertemu
dengan Ar issa amat tipis tetapi dia tetap ber harap agar dapat bertemu dengan gadis itu walaupun
sekejap.

Tit..tit…deringan menunjukkan SMS masuk mengejutkan Farouk. Cepat -cepat dia buka
mesej itu dan membacanya.

„I m not gonna meet you

Farouk mendengus perlahan. Arissa tidak mahu berjumpa dengannya walaupun dia sudah
berada di Marina Palace. SMS dibalas.

„Please. I m begging you. Just in a moment

Hantar. Farouk menanti Arissa membalasnya semula. Lima minit kemudian, baru dia
menerima balasan.

„I hold your word. Wait there

Farouk mengukir senyuman gembira. Akhirnya Arissa setuju juga untuk ber jumpa
dengannya. Lama juga Farouk menunggu sehingga Ar issa datang. Sebaik nampak wajah gadis
itu, Far ouk turun dar i kereta.

“Kita cakap kat dalam,” kata Arissa lalu mengatur langkah ke lobi. Farouk ikut dari
belakang. Mereka berdua masuk ke restoran hotel. Arissa memesan kopi. Farouk pula memesan
Hot Chocolate .

“Saya tak boleh lama,” Ar issa berpeluk tubuh. Wajahnya ser ius dan kelat.

I m sorry ,” Farouk menghela nafas. “

“Itu saja awak nak cakap?” Kata Arissa berbaur sindiran.

“ I hope you will forgive me and Kamila,”

Ar issa gelak sinis. Maafkan korang berdua? Mustahil. Setelah korang sakiti hati aku,
tikam aku dari belakang, ingat senang-senang aku nak maafkan?

Melihat Ar issa ketawa, Farouk terasa tersindir. Mungkin Ar issa anggap ucapan maafnya
itu satu gurauan.

“Kalau awak di tempat saya, apa awak rasa?” Soal Arissa. Ini soalan yang wajib di tanya.
Baru Farouk berfikir jika dia berada di situasinya.

Farouk cuma diam. Ar issa senyum perli. “Kenapa diam? Senang je. Kalau awak jadi
saya, macam mana?”

“Rissa, saya tahu saya salah. Saya yang buatkan keadaan jadi macam ni,” ujar Farouk.

“ You don t answer my question , Farouk,” kata Arissa tegas.

Farouk mendengus perlahan. Ambil masa untuk ber fikir. Jika dia jadi Arissa, mungkin dia juga akan berbuat seperti Arissa. Sukar untuk memaafkan setelah dikhianati.

“Saya tahu. Saya tak layak diberi kemaafan, Rissa,”

“ Glad that you know . Jadi, saya rasa awak dah cukup jelas sekarang. Jangan risau, bila
luka di hati saya ni sembuh, saya akan maafkan kor ang berdua. Tapi saya tak pasti bila dan
berapa lama,”

“Awak taknak bagi saya peluang?”

“Jaga Kamila baik-baik. Cuma tu peluang yang awak ada sekarang, Farouk,” kata Arissa.
Minuman yang dipesan sampai dimeja. Tekaknya tak terasa langsung ingin menghirup Mocha.

Farouk terdiam dan kelu. Kata-kata Ar issa benar-benar menikam hingga ke dalam hati.
Fahamlah dia sekarang yang Ar issa memang tidak akan menerimanya kembali.

Menyesal pun tak guna lagi. Farouk ambil cawan Hot Chocolate dan menghirupnya
rakus.

“Saya nak naik. I have so many works to do . Jangan cari saya lagi,” kata Arissa seraya
bingkas lalu ber edar dari restoran. Semasa keluar, dia bertembung dengan Hezr iq. Dia berhenti.

“Awal you lunch hari ni,” sapa Hezriq. Bersamanya ada Sofea, setiausaha Hezr iq.

“Taklah. I saja tengok-tengok,” jawab Ar issa.

Farouk dari dalam r estoran lihat Arissa berbual rancak dengan seorang lelaki. Senyum
melebar saja. Terbit rasa cembur u di hati Farouk melihatnya. Yang lelaki pula boleh tahan kacak
orangnya. Tinggi dan ber gaya. Cara lelaki itu memandang Arissa pun semacam. Farouk bingkas
dan terus beredar setelah tinggalkan not RM50 ke atas meja.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Bermusim Badai Cinta 2”
  1. baby mio81 says:

    best ada blog x.

  2. Excuse Me! says:

    Salam… jemput singgah baca novel ‘EXCUSE ME!’ dan ‘SCANDAL’ di sini juga ye. =) http://violetsofia.blogspot.com/2013/06/excuse-me-bab-1_1197.html

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"