Novel : Comelnya Awak! 1

27 August 2013  
Kategori: Novel

2,053 bacaan 1 ulasan

Oleh : lyne farfalla

BAB 1

Angin dari luar tingkap menampar lembut pipiku. Aku melihat ke sebelah kiri tempat duduk dan kelihatan Layla Najwa nyenyak tidur sambil ternganga mulut. Aku tersenyum sambil menggeleng kepala. Rambutnya bertiup apabila angin dari luar tingkap teksi yang dinaiki oleh kami masuk ke dalam kereta. Perjalanan masih jauh untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju. Selang beberapa jam sampailah kami di Melaka Central dan tanpa membuang masa kami terus menaiki teksi menuju ke Alor Gajah.

Kampung Tulang Rimau itulah destinasi kami berdua. Itulah kampung tempat ibuku membesar dan kebanyakan sanak-saudara kami masih tinggal di sana termasuklah Najwa sendiri. Kalau ikutkan hati malas aku menjejakkan kaki ke sini lagi. Tidak mahu dikenang lagi apa yang pahit pada masa dulu. Najwa sudah turun dari teksi dan berlari ke arah ibunya iaitu ibu saudaraku. Aku menoleh kepala ke arah Mak Long. Mak Long…takkanku dapat lupakan apa yang kau pernah buat padaku dulu!

Aku hanya memandang dari jauh. Teksi sudah berlalu pergi namun kakiku terpacak tegak bersama beg galas disisi. Sanak-saudara semua saling berbisik antara satu sama lain. Aku sekadar memerhati dan secara tiba-tiba aku melihat Mak Long berlari ke arahku dengan mata berair kemudian memelukku dengan kuat serta menciumku beberapa kali di pipi. Aku kaget.

Aku hanya berdiri terkaku. Kemudian aku dapat mengecam wajah yang cukup kukenali. Mak Cu, abang As, Nurin Hani dan Auntie Anna. Pandangan yang penuh kedinginan. Seolah-olah berkata kepadaku, “kenapa kau berada di sini sekarang?”. Aku mengalihkan pandangan ke arah lain setelah Mak Long meleraikan pelukannya.

“Yuna duduk kat bilik ini. Kalau ada apa-apa beritahu saja Mak Long. Jangan rasa segan dengan Mak Long.”, kata Mak Long sambil tersenyum. Aku sekadar tersenyum. Rasa kekok dengan layan mesra dari Mak Long.

Aku masuk ke dalam bilik dan segera menutup daun pintu. Bilik yang berlantaikan papan segera mengimbas nostalgia aku dengan arwah keluargaku. Dulu kami selalu duduk di bilik ini apabila balik ke kampung. Setelah arwah nenek meninggal, Mak Long sekeluarga yang menetap di sini.

Aku melihat diriku di cermin meja solek yang bertentangan dengan kaki katil. Aku nampak diriku yang semakin membesar dengan matang. Tidak seperti budak hingusan yang sering menangis apabila dibuli oleh arwah Kak Ayu dulu. Aku tersenyum sendirian. Ibubapaku pasti berbangga melihat aku sekarang yang boleh hidup berdikari tanpa rasa risau. Namun di dalam fikiranku masih banyak persoalan yang belum terjawab. Aku mengeluh. Buat sakit kepala saja memikirkan semua ini. Banyak perkara yang berlaku di dalam kehidupan masa lalu membuat aku tidak boleh terima sekaligus.

Apa patut kubuat sekarang? Terus bertahan tinggal di sini buat sementara waktu atau…beri alasan ada kerja di Kuala Lumpur? Aduh..serba salah semuanya. Kalau ditanya apa doaku selama ini hanya satu yang selalu kuminta. Aku ingin minta semuanya jadi seperti dulu. Aku ingin semuanya jadi sekali lagi. Sekali lagi.

Pada usia sementah 10 tahun aku menerima tamparan paling besar di dalam kehidupan. Satu-satunya kakakku, Ayu Bashirah menghilang diri secara tiba-tiba. Kemudian kami pula mengalami kemalangan jalan raya di mana hanya aku seorang yang terselamat. Parut kekal di sebelah lengan kanan masih ada sehingga ke hari ini.

Dalam keadaan terkontang-kanting menjadi anak yatim piatu dan masih trauma dengan kehilangan ahli keluarga, aku ditinggalkan di Pusat Asuhan Ar-Raudah pada satu malam yang gelap oleh perempuan berambut panjang, tinggi dan memakai baju yang tertulis perkataan I will remember you dalam warna merah. Itu saja yang aku ingat. Aku tidak ingat siapa yang menghantarku pada malam itu. Malam itu hujan lebat dari biasanya. Perempuan berambut panjang itu menarik lenganku dengan kuat. Walaupun aku menangis perempuan berambut panjang itu tetap menarikku masuk ke dalam pejabat Pusat Asuhan Ar-Raudah.

Ketika aku meneruskan kehidupan di sana tanpa sesiapa yang kukenali dunia terasa kelam tanpa cahaya. Tiada lagi si gadis periang yang sentiasa tersenyum tanpa sebarang masalah. Tiada lagi Ayunara Balqishah yang dikenali di sekolah rendah dulu sebagai gadis yang sentiasa bersemangat, gembira dan seorang sangat perfect di mata rakan-rakannya. Hanya yang tinggal personaliti negatif iaitu pemalu, pendiam dan cepat putus asa.

Kerjayaku sekarang banyak membantuku menjadi lebih positif dan berdaya saing dengan orang lain. Dalam erti kata lain aku merasa yakin terhadap diriku sekarang. Tiba-tiba air mata mengalir. Mungkin sebab teringat kembali wajah arwah ibubapaku dan Kak Ayu menjadikan aku sedikit beremosi.

“Kamu nangis Yuna?”, tanya Wawa yang entah bila masuk ke bilik tanpa kusedari.

“Tak ada apa-apalah. Kau nak apa Wa?”, pantas aku menyeka air mata.

“Aku faham Yuna. Aku faham.”, Wawa memelukku dari belakang. Mungkin dia tahu sebab aku menitiskan air mata.

Sepasang mataku dipejam rapat. Aku dapat merasai kehangatan kasih sayang yang sudah lama tidak kurasakan terutama dari saudara yang kuanggap seperti kembarku sendiri.

“Aku minta maaf Yuna kalau kau rasa tak selesa kembali ke kampung.”

“Jangan cakap macam tu. Lagipun kau akan berkahwin. Aku sebagai sepupu kesayangan kau mesti tolong kau dalam persiapan perkahwinan.”, aku memaksa diri mengukir senyuman.

“Aku ada permintaan Yuna. Aku nak kau jadi pengapit aku. Lagipun mak aku nak sangat kau jadi pengapit aku. Nuh pun setuju.”

“Tak naklah aku. Lagipun aku ni tak adalah tinggi sangat macam kau tu.”, kataku.

“Sampai hati kau…huhu”, Wawa berpura-pura merajuk.

“Alaa..kau suruhlah si Hani ke jadi pengapit kau.”, kataku merujuk kepada nama panggilan Nurin.

“Eh, sejak bila aku best friend dengan si Hani tu? Kita kan anti dengan dia sejak kecik lagi.”, Wawa mencebik.

Aku mendiamkan diri. Macam mana aku yang setinggi 158 cm menjadi pengapit kepada pengantin setinggi 165 cm? Masalah…masalah.

“Tengoklah dulu. Aku decide esok ok?”

“Ok. Baju pengapit kau pun dah siap di jahit. Nanti kita sama-sama pergi fitting baju.”

“Macam mana pula kau boleh tempah sedangkan kau tak tahu siapa lagi jadi pengapit kau?”, aku bertanya pula. Tak pernah di buat orang baju tempah tanpa tahu siapa pengapitnya.

“Hehehe…aku anggap kau dah setuju masa tu. Jadi aku minta tolong Kak Jihe ambilkan baju kurung kau dalam almari dan tempah senyap-senyap tanpa pengetahuan kau. Oleh kerana itu jangan kecewakan aku tau.”

“Rupanya kau yang ambil baju kurung aku. Patutlah tak cukup sepasang. Bila aku tanya Kak Jihe dia boleh pulak kata tak tahu.”

“Sorry comel. Jangan marah Kak Jihe tau. Anyways Kak Jihe akan datang ke sini membawa shawl untuk dipakai oleh aku masa majlis perkahwinan nanti. Kau tahu kan?”

“Tahu. Dia ada beritahu aku sebelum aku ikut kau balik ke sini.”

Wawa kemudiannya mula bercerita bagaimana dia dan Nuh berkenalan. Pada mulanya aku tak sangka aku bertemu juga dengan Wawa selepas sekian lama. Mungkin sudah takdir akhirnya Wawa berjodoh dengan Nuh, photographer De Rosella Model Agency yang merangkap kawan baik aku.

“Hahahaha…ini yang kelakar ni. Masa aku jumpa kau tu aku mati-mati ingat Nuh couple dengan kau tau. Frust jugaklah masa tu. Then, kau cakap yang korang teman tapi mesra. Fuh, lega gila bila tahu hal sebenar.”

“Oh, kiranya masa tu korang tak couple lagi?”, aku pula terkejut sebab masa itu aku ingat mereka sudah ada hubungan sebagai kekasih.

“Tak la. Aku baru kenal dengan dia masa tu. Dalam dua bulan jugak lah.”

“Eh, kiranya cepat juga la kan korang kahwin. Biasanya orang lain ambil masa bertahun lama korang hanya ambil masa setahun je kenal hati budi masing-masing. Impressive.”, kataku dengan nada kagum. Sedangkan aku sendiri tak sampai tahap berani untuk kata aku bersedia berkahwin dengan lelaki pilihan jika sekarang ini aku ada teman lelaki.

“Eh, kau bila lagi? Tipulah kau tak ada teman lelaki.”, tiba-tiba Wawa mengutarakan soalan cepumas.

“Aku tak ada si dia lah.”

“Eleh. Kau tu yang jual mahal. Kau tu dah la cantik. Model muslimah pulak tu. Takkan tak ada mamat senget or Dato’ berjanggut putih minat kat kau?’

“Betul tak ada.”

“Aku dengar dari Nuh ada photographer minat kau. Betul ke? Tak salah aku nama dia Zariff.”

“Bawal? Ishh…dia tu playboy tu. Kau tak tahu Wawa ramai photographer yang aku kenal kebanyakkan gatal. Especially Bawal. Sebab tu kalau ada photoshoot aku lebih suka Nuh yang jadi photographer aku.”

“Bawal?”, Wawa mengerutkan dahi.

“Bawal adalah nickname abang Zariff. Kalau kau nak tahu Nuh pun ada gelaran jugak iaitu Sayur. Aku pun tak tahulah nape gelaran dorang macam tu. Hik2.”, kataku hampir tergelak.

“Owh. Boleh aku panggil dia Sayur nanti. Tak2!…aku nak panggil dia Vegies la. Hehe.wei..tapi seriousla! Untung betul kau dapat jadi model. Dapat masuk magazine. Kalau aku yang jadi model mahu lingkup company aku.”

“Hahahaha…boleh pulak engkau ni. Eh, korang dah ambil gambar pre-wedding?”

“Dah. Oh, kau tak tengok lagi ke?”

“Mana ada. Nuh pun busy sejak akhir-akhir ni. Aku pun sama. Ada dalam seminggu jugak aku tak jumpa dia. Banyak contact dalam fon je. Kalau ada pape SMS je.”

Wawa kemudiannya mengeluarkan smartphone miliknya. Aku melihat gambar pre-wedding tersebut satu-persatu. Kelakar betul melihat Nuh berposing. Hahaha. Selama ini dia selalu tengok aku berposing saja di hadapan kamera sekarang giliran dia pula. Lebih-lebih lagi aku tahu Nuh tu bukan suka sangat orang ambil gambarnya berbanding dia sendiri mengambil gambar orang lain.

“Kau rehatlah dulu. Aku pun penat jugak ni. Insyallah bila ada masa aku bawak kau pusing satu kampung. Beres?”

“Beres dear.”, kataku sambil tersenyum.

Setelah Wawa keluar dari bilik perlahan-lahan aku naik ke atas katil dan merebahkan tubuh genitku. Aku memandang kipas putih yang bertukar sedikit kelabu di atas siling. Semakin lama semakin berat kelopak mata dan akhirnya membawa aku ke alam mimpi yang penuh fantasi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Comelnya Awak! 1”
  1. aymie ayuni says:

    best.. jom baca sini. release tension :D
    http://www.penulisan2u.my/tag/indahnya-cinta-manisnya-rindu/

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"