Novel : Comelnya Awak! 2

3 September 2013  
Kategori: Novel

1,096 bacaan 1 ulasan

Oleh : lyne farfalla

BAB 2

Tiga hari kemudian Wawa mengotakan janjinya yang ingin membawaku dengan motor Honda fame/c70 miliknya pusing satu Kampung Tulang Rimau. Selesai saja solat Asar Wawa sudah siap berpakaian ringkas macam pakaian duduk kat dalam rumah di mana berbeza dengan aku yang memakai baju peplum turqouis dan seluar jeans bercorak bunga mawar yang dijahit dibawah poket kiri serta digayakan dengan tudung awning hitam.

“Fuh, macam nak keluar dating pun ada jugak aku tengok. Wei, kita nak keliling kampung je la.”, kata Wawa yang menekan minyak beberapa kali sehingga keluar asap berkepul-kepul.

“Manalah tahu ada lelaki sangkut dengan aku nanti. Boleh kahwin sama hari dengan kau.”

“Amboi2 anak dara ni. Gatal bebenor nak kahwin ye.”, Mak Long terpacul tiba-tiba di muka pintu.

“Err…Mak Long.”, aku pantas bersalam dengan Mak Long. Sedikit terkejut kerana Mak Long menerpa entah dari mana.

“Nak pergi mana ni?”, tanya Mak Long dengan lembut.

“Nak keluar jalan-jalan dengan Wawa.”

“Yela. Hati-hatila ye. Wa, kamu tu hati-hati la skit bawak motor tu. Kamu tu dah nak kahwin. Kang tak pasal-pasal cancel majlis kahwin baru tau.”

“Apalah mak ni. Tak eloklah mak cakap macam tu.”

“Aku ni nak ingatkan kau je. Eh, dari kamu bawak motor tu baik kamu bawak kereta Kancil kamu tu.”

“Mana syok mak jejalan bawak kereta kat kampung. Lainlah pergi bandar.”

“Eh, kenapa kamu tak ajak Hani sekali?”

“Bukan tak nak bawak tapi seat ini hanya untuk dua orang. Lainlah kalau dia nak duduk kat bakul motor ni. Kalau dia nak ikut jugak suruh dia naik basikal Giant yang dah berkarat tu.” Wawa berkata sambil menunjukkan ke arah garaj kereta.

Hampir tergelak aku mendengar kata-kata Wawa. Ada saja jawapannya. Biasalah bekas pembahas terbaik sekolah.

“Err…tak apalah Mak Long. Hani duduk rumah je. Lagipun panas-panas macam ni habis terbakar kulit Hani.”, kata Hani sambil menjeling ke arah kami berdua. Meluat pun ada bila tengok Hani yang asyik tergedik-gedik. Sabar je la.

“Eh, tolong belikan aiskrim Cornetto Tiramisu. Satu.”, tiba-tiba Nia berkata.

“Mak…orang pergi dulu ni. Assalamualaikum.”, Wawa pura-pura tidak dengar lalu segera membawa motornya.

Aku hanya sempat melambai ke arah Mak Long manakala Hani tak henti-henti menjerit memanggil nama Wawa supaya berhenti. Hahaha…Wawa pun malas nak layan budak perasan puteri raja.

Pemandangan kampung yang indah membuat aku teruja. Dah lama aku tidak menghirup udara sesegar ini. Walaupun setiap kali aku bangun pada waktu pagi di apartment dan pergi Fikiranku tenang dari kesibukan berkerja siang malam. Setiap kali kami terserempak dengan orang kampung Wawa akan memberi salam dan ada juga yang menyapa Wawa dengan mesra. Aku tersenyum sendirian. Rasa seronok jika aku menjalani kehidupan seperti Wawa.

“Ingat lagi tempat ni?”, tanya Wawa kepadaku.

Dia memberhentikan motornya di tepi jalan. Seingat aku kalau kami berjalan sedikit lagi ke hadapan kami boleh nampak sungai.

“Mestilah ingat.”

“Jom.”, kata Wawa sambil menarik tanganku dan berjalan pantas ke sungai.

Aku melabuhkan punggung di pinggiran sungai. Wawa juga begitu sambil meletakkan sepasang kakinya ke dalam sungai. Aku kaget melihat kejernihan air sungai sehingga boleh nampak batu berwarna.

“Cantiknya!”

“Kan2? Aku kalau datang sini selalu ingat nak bawak kau. Aku rindu sangat dekat kau tau.”

“Wa…thanks sebab cari aku balik.”

“Welcome. Aku pun nak mintak maaf bagi pihak keluarga aku sebab tak jaga kau masa dulu.”

“Aku sebenarnya dah lupakan tentang hal dulu. Walaupun hati ini masih pedih.”

“Aku sebenarnya pernah tanya dengan parent aku dulu kenapa dorang tak jaga kau.”

“Abis tu mak kau cakap apa?”

“Mak aku cuma mendiamkan diri. Ayah aku pulak tukar topik. Senang cerita setiap kali aku bukak cerita pasal kau mesti dorang mengelak. Sampailah aku dah besar aku pun dah berhenti tanya pasal kau.”

“Jadi sebab apa kau tiba-tiba terfikir nak cari aku balik lepas 12 tahun?”

“Sebab…aku mimpi kau. Aku nampak kau dalam mimpi. Masa tu aku terus tersedar yang aku masih ada sepupu bernama Ayunara Balqishah. Mana mungkin aku dapat lupakan kau macam itu saja.”

Aku memandang ke arah Wawa. Kata-katanya membuatkan aku tersedar yang masih ada orang yang teringat padaku. Aku tidak bersendirian di dunia ini. Aku masih ada Wawa.

“You’re not just my cousin…but more than that.”

Wawa memandangku sambil tersenyum dan aku turut membalasnya. Entah kenapa aku terasa lega sekarang. Dunia yang kurasakan gelap seperti beransur cerah perlahan-lahan. Aku tahu keadaan akan bertambah baik selepas ini. Aku tahu pelangi akan muncul kembali.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Comelnya Awak! 2”
  1. raina says:

    Bestnye:-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"