Novel : Kahwin Tanpa Cinta? 6

18 September 2013  
Kategori: Novel

8,508 bacaan 9 ulasan

Oleh : Farhanah Rosli

Bab 6

Firdaus berhenti melangkah daripada meneruskan langkah ke biliknya setelah terdengar terdapat dua orang perempuan sedang berbual di dalam bilik yang terdapat nama ‘Zafrina Emilia’.

“Lin,kerja tu eloklah sikit.Nanti kang bos besar marah pula.Tak sanggup akak tengok Lin kena marah.Kesian juga Lin.Lagipun,bos kita ni pemarah juga.Baran semacam je.Kekadang baik.Tapi,Lin tetap kena berhati-hati juga tahu,bos kita tu gatal sikit.Orang yang cute macam kita ni,jangan pernah cuba menyentuh dia.Nanti dia lebih-lebih pula.”beritahu Zafrina panjang lebar.Hailina ketawa besar tanpa segan.Firdaus yang mendengar umpatan di dalam bilik itu terus menolak pintu.

“Assalamualaikum saudari yang sedang berbual.Tadi,saya terasa hendak bersin sahaja.Kenapa ye?Ada orang ngumpat saya ke?”sinis Firdaus.Firdaus merenung mereka berdua tajam.

“Lin,kerja awak semuanya okeykan?Baguslah tu.Nanti kita jumpa.Hah,kita lunch sama-sama ye?”cadang Zafrina.Zafrina mahu sahaja Hailina keluar dari situ.Dia tidak mahu Hailina tahu akan status mereka sebenar.Walaupun ramai yang tahu,itu cuma pekerja-pekerja yang pendiam dan pemalu sahaja.

“Okey,Kak Zaf.Nanti Lin tunggu akak dekat luar.See again!”Hailina menapak keluar dari bilik Zafrina.Firdaus hanya membawa pandangan sahaja.Zafrina memandang Firdaus selamba walaupun dadanya berombak kencang.

“Kau nak makan tengah hari dengan dia,ea?Aku ikut sekali,boleh?”tanya Firdaus.Firdaus duduk di atas meja.Zafrina
mengangkat wajah memandang Firdaus dengan wajahnya yang penuh mengharap.Ingat comelkah kau buat macam tu?Zafrina menggeleng.

“Rizalkan ada?”tangannya menyambung menaip.Matanya tepat memandang skrin komputer.

“Hurm,boleh juga.Aku pun tak berapa ingat pula.”kata Firdaus.Tangannya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.Nyanyok.desis hati Zafrina menyampah.

“Kerja siapkan cepat.Hari ni,balik awal.Semalam mama telefon tahu tak?Mama marah Zaf sebab Fir balik lambat.Mama telefon Fir,Fir tak angkat.Mama suruh balik awal.Bahaya kalau tinggalkan Zaf sorang-sorang. ”beritahu Zafrina.

“Mama risaukan Zaf tahu tak?”sambungnya.Firdaus menjeling.Nak sindir pun berpada-padalah sikit.Percaya juga si Firdaus ini,sedangkan Zafrina hanya mereka-reka cerita.Tidak pernah Datin Sharihah menelefonnya untuk menanya khabar.

“Alah,hari ni kerja aku tak banyaklah.Sikit je.”balas Firdaus.Firdaus bermain-main bersama pen milik Zafrina ditangan yang sedang terpusing-pusing.Elok sahaja.Tidaklah terjatuh ke atas meja.

Zafrina hanya berdiam diri.Dia mengfokus pandangannya pada skrin komputernya.Firdaus yang bosan menyelak-nyelak diari Zafrina yang diletakkan di atas mejanya tanpa pengetahuan Zafrina.Firdaus duduk di atas sofa di dalam bilik itu.

Macam budak kecik.kata hati kecil Firdaus.Terdapat satu gambar Zafrina dan seorang lelaki semasa mereka masih bersekolah.Hatinya sedikit tersentuh. Apsal comel sangat dia tu?Sebuah lagi gambar ketika Zafrina bersekolah menengah seorang diri.Gambar itu dipandang lama.

“Hah,selesai pun kerja.Firdaus,eh Firdaus?”mata Zafrina mencari-cari kelibat Firdaus.Firdaus yang asyik melihat gambar Zafrina bersekolah menengah itu terkejut.Gambar Zafrina yang memakai pakaian sekolah dengan tudung putih diambil.Gambar itu disorokkan di belakang badannya.Buku itu cepat-cepat ditutup.

“Fir,apa yang awak sorokkan tu?”soal Zafrina.Firdaus membuat selamba sambil kepalanya digelengkan.Zafrina cuba mengintai di belakang tubuhnya,tetapi Firdaus cepat-cepat menghalang.

“Sekarang dah pukul 12.00 dah ni.Aku nak balik bilik aku.Aku nak siapkan kerja.”Firdaus berlalu dari situ.Di dalam
biliknya,gambar itu dikeluarkan.Gambar itu diselitkan pada dompetnya.

“Kenapa dengan dia tu?Herm,biarlah.Malas nak fikir.Sekarang,Lin pun dah tunggu aku dekat luar agaknya.”Zafrina
mencapai begnya.Langkah diatur pergi ke luar bilik.Hailina tiada di situ.Zafrina tersenyum.Lambat siap kerjalah tu.

Zafrina menuju ke meja Hailina.Hailina yang bertocang dua itu masih kalut menyiapkan kerjanya sehinggakan kehadiran wanita itu tidak disedarinya.

“Hai,Cik Lin.Banyak lagi ke kerja?Nak saya tolong?”tanya Zafrina apabila melihat gadis itu terkulat-kulat mengemas barang-barangnya yang bertaburan di atas meja apabila ditegur.Dia tersengih.

“Tak apa Kak Zaf.Lin okey je ni.Sikit je lagi.Nanti bila sambung,dua jam siaplah kerja tu.Tu pun,kena
fokuslah.Kalau sekejap minum air tu,makan ni,mungkin tiga jam.”jawab Hailina.Hailina bermain rambutnya.Kakinya disilangkan.Tubuhnya disandarkan di kerusi.Zafrina hanya menggeleng.

“Kalau macam tu,pukul 2 atau 3,kita pergi lunch.Kak Zaf pergi dulu tahu.”pinta Zafrina.Tiba-tiba namanya dipanggil.Dia memandang Hailina yang sedikit segan.

“Err,,,makan sekaranglah.Lin laparlah.Jomlah.Kerja ni sikit je.Balik lambat sikit tak apalah.Bukan tengah malam pun.”pujuk Hailina.Zafrina senyum nyorok-nyorok.Kebenarannya,perutnya sudah lama berkeroncong minta untuk diisikan.

“Tahu pun lapar.Jom pergi.Kak Zaf nak ajak kawan akak boleh tak?”tanya Zafrina.Kasihan dia melihat Shila yang berseorangang itu.Mukanya sedih sahaja.Rizal pun jarang menegurnya,sedangkan dia adalah orang yang paling dekat dengan meja Shila.Sejak dia dinaikkan pangkat,dia sudah tidak duduk bersama Shila.

“Boleh je.Bolehlah kenal-kenal dengan kawan Kak Zaf.Kak Wina nak diajak sekali ke?”soal Hailina kembali.

“Eh,Lin ni dah kenapa?Kak Wina mana datang hari ni.Kan dia cuti.Dia balik kampung sebab bapak dia sakit.Tempat Kak Wina yang kosong pun tak perasan ke?Kan duduk sebelah-sebelah?”pelik juga Zafrina.Ke ada makhluk lain yang menggantikan Kak Wina.Risau juga aku.ujar Zafrina di dalam hati.

“Lupa pula yang Kak Wina tak datang.Sorry,sorry.”pinta Hailina sambil tertunduk-tunduk.Zafrina menepuk bahu rakan
sekerja.Shila memandang Zafrina dengan pandangan kecewa.

“Kau kenapa Shila?”tanya Zafrina.

“Tak ada apa-apalah.”tipu Shila namun menampakkan penipuannya yang tidak menjadi.

“Tipulah tu.Alah,kau cerita jelah dengan aku nanti.Sekarang ni,aku nak ajak kau pergi makan tengah hari dengan aku
dan Lin.Pekerja baru kita tu.”ajak Zafrina.Hailina melambai-lambai.

“Tak naklah.Aku tak seleralah.”tolak Shila lembut.Zafrina sedikit terasa dengan penolakan Shila.

“Betul ni?Kau tak lapar ke?Semalam pun sama je.Rizalkan ajak kau pergi lunch.Apsal kau tolak?Bukan kau suka dia ke?”soal Zafrina.Hailina menggeleng.

“Kak Shila,kenapa sedih-sedih ni?Waktu rehatlah waktu kita bergembira.Waktu berkerjalah masa kita sibuk.”sampuk Hailina.Hailina meletakkan tangannya di atas bahu Zafrina.Di atas meja Shila,kerjanya semua sudah selesai,namun Shila tidak mahu mengikutnya.

“Tak nak.Kak Shila tak berseleralah.Korang pergilah dulu.Nanti pandai-pandailah aku makan bila aku lapar.”Shila menolak sedikit keras.Zafrina dan Hailina berpandangan antara satu sama lain.

“Tak apalah.Lin,jomlah.”ajak Zafrina sedikit sedih.Tak sangka pula ajakannya juga ditolak.

Hujan yang turun dengan lebat menganggu tidur Zafrina.Zafrina menarik selimutnya melitupi seluruh tubuhnya kecuali kepalanya.Badannya terlalu sejuk.Dengan air-cond yang masih terpasang.Dilihatnya,terdapat sekujur tubuh seorang lelaki.

“Firdaus?”soal Zafrina.Lelaki yang membelakanginya mengereng memandangnya pula.Lelaki itu membuka sedikit matanya.Zafrina terus menolak lelaki itu sehingga terjatuh.

“Aduh!”keluh Firdaus.Diusapnya pinggang yang kesakitan.Dia membetulkan duduknya.Dia memandang Zafrina.Zafrina duduk memeluk lutut jauh darinya.Firdaus duduk di atas katil.

“Apa awak buat dekat saya,hah?Awak ambil kesempatan ke dekat saya?!”tanya Zafrina risau.

“Tengoklah badan kau tu.Kalau baju ada,baju yang sama,taklah kot.”jawab Firdaus selamba.Rambutnya digaru.Ada kutu ke?

Zafrina cepat-cepat melihat tubuhnya.Tubuhnya dibaluti dengan baju yang basah.Baju kemejanya masih tidak bertukar cuma sedikit lecun,menampakkan bentuk badannya.

“Macam mana boleh basah ni?”soal Zafrina.Firdaus memandang Zafrina.Walaupun naluri kelelakiannya mula bergetar hebat,Firdaus cuba berlagak selamba.Terpegun dia melihat bentuk tubuh badan Zafrina yang agak slim.

“Tadi kau tidur masa dalam kereta.Aku kejut,kau tak bangun.Aku nak angkat kau masuk,kenalah hujan.Kau tak sedar-sedar pun walaupun kena air hujan.Nasib baik tak terminum air tu.Aku ingat kau tidur sampai mati dah.”jawab
Firdaus.Pandangannya dialih.

“Awak angkat jekan?Awak tak buat apa-apakan dekat saya?”tanya Zafrina.

“Ada,tapi sikit je.Aku letak kau atas katil.Aku main-main rambut kau,aku tengok kau,aku cuba cium pipi kau,aku…”jawab Firdaus sambil tersenyum nakal.Lucu pula dia melihat wajah Zafrina yang terkejut sakan itu.

“A,,,a,,,apa?Cium?”soal Zafrina tidak percaya.Gagap.

“Mana ada.Aku gurau jelah.Kau ni,serius sangatlah.Ingat aku ni dah ‘ter’jatuh hati dekat kau ke?Perasan.Lelaki sekacak aku,bukan senang nak jatuh cinta.”sindir Firdaus.Firdaus memandang wanita di belakangnya.Wanita yang
berambut panjang sehingga paras dada itu teerkebil-kebil.

“Kalau macam tu,kenapa awak tidur sekatil dengan saya,hah?”Zafrina masih tidak berpuas hati dengan lelaki itu.

“Nak ambil kesempatan apa?”tuduh Zafrina geram.

“Aku penat sangat.Malas nak pergi bilik aku.Dah alang-alang masuk bilik kau,tidur jelah sekatil dengan kau.Salah ke?”Firdaus mengangkat sebelah keningnya sambil tersenyum nakal.

“Tapi,,,”Zafrina hilang kata-kata.Hanya satu difikirannya,adakah Firdaus mengambil kesempatan keatasnya?

“Kitakan dah jadi halal,buat apa nak takut.Lagipun,tidur sekatil je.Aku tak buat apa-apa punlah.Baju kau yang basah tupun aku tak sanggup nak tolong tukarkan.Aku lebih rela kalau kau tidur dengan pakaian yang basah tu daripada aku dibuli kau.”Firdaus sudah baring membelakangi Zafrina.Zafrina masih terkaku sambil duduk bersila di atas katil.

“Tak penat ke?Sambung jelah tidur tu.Tak payah fikirkan sangat.Meh tidur sebelah.”tegur Firdaus.Zafrina membuat pekak.Tidak sanggup dia ditiduri dengan lelaki ini.Takut terpeluk. Aku ni dahlah lasak.

“Okey,aku tahu kau tak nak tidur dengan aku.Kau boleh tidur.Aku pergi bilik aku!”akhirnya Firdaus mengalah.Dia malas mahu bangun.Mahu sahaja dia nyenyak di situ.Zafrina tersenyum puas. Pergi pun kau.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Kahwin Tanpa Cinta? 6”
  1. AmyZaty says:

    cite dah best..
    cpt2 la wat blog n cepat skit update cite kat blog..

  2. babymio81 says:

    best ada blog .

  3. zamaliah hussin says:

    ha’ah lh…cpt2 lh buat blog…. crita nie mcm bst jer nie . ….

  4. dawiesya says:

    macam best
    cepat2 lah buat sambungan cerita ni
    apa2 pun selamat maju jaya dalam dunia penulisan
    -wiesyalovenovel-

  5. Farhanah Rosli says:

    time kasih atas sokokngan sume.insya-allah,tak lama lagi saya siarkan blog saya berserta sambungan cerita ini

  6. hana suhaila says:

    best lha cite nie.!..klu boleh buatlah sambungannya..

  7. dalila says:

    ade x blog????

  8. juana mau says:

    Bagusnya novel kahwin tanpa cinta .novel ni dah keluar ke belum bagus sangat lah

  9. juana mau says:

    Ada blog ke tak novel nie

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"