Novel : Oh My Ex-Husband! 2

3 September 2013  
Kategori: Novel

9,992 bacaan 12 ulasan

Oleh : iman ariana

Pertemuan kali kedua ini tidaklah mudah. Cukup seksa bila berhadapan dengan seseorang yang pernah aku cintai setelah sekian lama tidak bertemu. Sukar untuk aku percaya yang hari ini kami bertemu lagi.. Rasa awkward habis! Apa lagi bila berdua-duaan begini dengannya.. Gelisah tak terkata. Ini yang buat aku bengang sangat dengan Amir. Katanya cuma nak pergi ke tandas, tapi kenapa sampai dah 10 minit pun tak nampak-nampak lagi batang hidungnya yang mancung tu?

“So… Dah berapa lama Rene kenal dengan Amir tu?” soalan pertama dari Harith memecah keheningan di antara kami. Duduk saja satu meja. Tapi aku buat Harith macam tak wujud. Tak satu patah perkataan pun keluar dari bibir aku ni dari tadi.

Tangan aku bermain-main dengan tisu di atas meja. Tak langsung mahu pandang wajah lelaki itu saat ini. Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada di dalam hati aku. Setiap kali aku lihat dia, hati ini bagai dirobek-robek tanpa belas kasihan. Pasti aku akan terkenangkan kisah lalu. Sesuatu yang tak mahu aku kenang lagi sampai bila-bila!

“Dah lama jugak.. Almost one year..” jawab aku antara dengar dan tidak.

“Rene tak pernah cerita pasal kita dekat dia?”

Aku gelengkan kepala. Buat apa aku hebohkan hal peribadi aku pada orang lain? Memang aku sengaja pilih untuk terus merahsiakan status aku. Muda-muda lagi sudah jadi janda. Apa boleh buat.. Dah takdir aku begini….

“Kenapa?” tanya Harith lagi.

“Rene malaslah nak cerita hal personal dekat orang lain.. Cukup Rene je tahu. Buat apa nak canang satu dunia?” ujar aku penuh serius.

“Malas nak share hal personal atau Rene takut Amir berubah hati bila tahu hal sebenarnya?” kening Harith terjungkit sebelah. Gaya pertuturannya seolah-olah sengaja ingin menguji kesabaran aku.

Ini yang aku tak suka ni! Harith masih lagi Harith yang dulu. Suka cari pasal dengan aku! Suka sangat tengok aku naik darah, melenting tak tentu pasal!

“Rene dengan Amir takde apa-apa.. Kenapa pula Rene perlu takut dia berubah hati? Amir kawan Rene. Dia baik dengan Rene… Walaupun macam tu… Takkanlah Rene nak share semua benda dengan dia? Agak-agaklah!” aku merengus kuat. Berpeluk tubuh dengan wajah yang masam mencuka. Sungguh sakit hati dengan Harith Daniel!

Harith mengangkat tangan tanda mengaku kalah. Tak mahu bergaduh dengan aku mungkin…

“Sorry.. Abang tak bermaksud buat Rene marah.. Cuma dari apa yang abang perhatikan.. Abang tengok Amir tu macam sukakan Rene je….” Kata Harith lembut.

Aku halakan pandangan ke arah customer lain. Sengaja buat-buat tak dengar apa yang Harith cakapkan. Amir sukakan aku? Mustahillah!

“Boleh tak kalau cakap pasal benda lain?” pinta aku dengan nada tak puas hati.

Harith yang berkemeja Armani Exchange sekadar tersenyum nipis. Baru aku perasan kulitnya yang putih kemerah-merahan tu dah tak macam dulu. Nampak macam dah kena sunburn.. Architectlah katakan. Pasti banyak terdedah pada sinaran matahari. Namun masih kelihatan handsome dan menawan. Rambutnya juga agak pendek dan terpacak. Harith kalau keluar tak pakai gel rambut,.. Bukan Harithlah namanya!

“Okey.. Tukar topik. Hmm.. The truth is I’m so glad that we meet again.. Rene tak tahu.. Setahun Rene takde kat sini abang rindu sangat dekat Rene….” Luah Harith.

Aku terdiam. Agak terkejut dengan pengakuan jujur darinya. Harith rindu aku? Boleh percaya ke? Harith masih lagi memandang aku. Bagaikan tak jemu menatap wajah ini. Langsung tak berkelip, membuatkan aku jadi semakin tak tentu arah! Satu kelemahan aku… Ialah bila Harith menatap aku dengan pandangan yang bermakna. Macam sekarang inilah…!

“Mana Rene pergi selama ni? Abang cuba contact Rene langsung tak dapat.. Rene dah tukar nombor ya?”

“Adalah.. Mana boleh cakap… Memang Rene tukar nombor sebab Rene tak mahu diganggu.” Jujur aku memberitahu. Cuma soalan Harith yang lagi satu tu aku agak berat hati nak jawab. Aku tak nak cakap pada Harith yang selama setahun ni aku menetap di Kelantan, bersama-sama ibu saudara dan sepupu-sepapat aku yang lain. Memang aku sengaja larikan diri dari Harith sejurus selepas perceraian kami. Merajuk punya pasal sampai langsung tak nak jumpa Harith lagi.

Lelaki itu melepaskan keluhan berat. Wajahnya hampa. Aku lihat jam di tangan. Dah lebih 5 kali aku tengok jam. Bosan. Nak cepat balik. Tapi Amir ni memang betul-betul menguji kesabaran. Dia pergi tandas ke baru nak buat tandas?! Sembelit apa mamat ni?!

“Dengan abang pun nak berahsia ke?”

Sekali lagi aku hanya mendiamkan diri. Tunjuk keras kepala sikit dengan bekas suami aku ni! Biar dia tahu Rene Hannani yang sekarang bukan lagi Rene Hannani yang pernah jadi isteri dia dulu. Aku nak dia tahu yang aku sekarang ni dah banyak berubah!

“Abang tahu Rene sengaja menyorok dari abang.. Sebab Rene merajuk dengan abang, kan?” Harith merenung tepat ke wajah aku. Dia berjeda.

“Abang bersyukur sebab Allah makbulkan doa abang akhirnya. Lama abang tunggu peluang untuk bertemu dengan Rene semula….” Semakin sayu pula nada Harith.

Tak berani hendak bertentang mata dengan Harith, aku terus menundukkan pandangan. Amir.. Cepatlah! I dah tak boleh terus lama-lama kat sini dengan Harith! I takut I akan menangis lagi!

“Rene taknak ingat apa-apa lagi pasal kita.. Jadi Rene mintak sangat abang jangan ungkit apa-apa lagi pasal ni. Apa yang dah berlalu tu biarkan berlalu…” ujar aku akhirnya.

“Tapi Rene..”

“Tak ada tapi-tapi lagi, abang. Tolonglah.. Rene baru nak sembuhkan luka di hati Rene.. Rene takkan biarkan sesiapa pun sakiti hati Rene lagi.. Lagi satu.. Abang jangan ungkit apa-apa tentang kita pada Amir. Rene taknak dia tahu!” bersungguh-sungguh aku merayu.

Sebenarnya itulah benda yang paling aku risaukan. Harith dan Amir berkawan baik. Aku bimbang kalau-kalau nanti Harith secara tak sengaja bongkarkan mengenai hubungan kami pula! Sebenarnya Amir lost contact dengan Harith sebelum ni. Sebab itulah Amir tak pernah tahu yang aku ni sebenarnya pernah ada suami!

Riak wajah Harith berubah keruh. Nyata dia kecewa dengan reaksi aku ini. Namun itu tak akan mengubah apa-apa. Kenyataannya sekarang aku dan Harith di dalam situasi yang berbeza. Kami sudah tidak ada apa-apa ikatan pun.

“Guys! Sorry lambat! Tadi terserempak dengan sepupu.. Ralit sangat bersembang sampai tak ingat dunia!” ujar Amir dengan sengihan panjang. Dia kembali duduk di sebelah aku.

Aku cuba untuk memaniskan muka. Harith juga seperti memaksa bibirnya untuk tersenyum. Kami berpura-pura bagaikan tiada apa yang berlaku sekejap tadi.

“Takpe.. Kami pun leka berbual tadi. Sempat jugaklah aku berkenalan dengan Rene tadi..” ujar Harith disusuli ketawa kecilnya. Ketawa yang dibuat-buat.

Amir tersenyum memandang kami bersilih ganti.

“Ya? Sembang kosong je kan? Kau tak menggatal dengan dia kan?” Amir tersenyum mengusik.

Aku mencebik. Spontan bahu Amir aku tampar sekuat hati. Ke situ pula perginya dia!

“Takdelah!! You ni merepek je Amir!” aku pura-pura memarahinya.

Mereka tergelak kecil. Tak tunggu lama aku terus ajak Amir balik. Alasan aku, mama dah mesej suruh balik cepat. Ternyata alasan tu boleh digunapakai. Amir percaya bulat-bulat. Lega sungguh dibuatnya! Aku terus capai beg tangan dan bangkit dari kerusi, diikuti oleh Amir.

“Okeylah bro. Aku gerak dulu.. Nanti senang-senang kita jumpa lagi..” Amir segera berjabat tangan dengan Harith.

Harith mengangguk sambil tersenyum senang. “Insya-Allah. Apa-apa roger aku.”

Amir turut mengangguk. Senyuman Harith mati sewaktu dia melontarkan pandangan tepat ke muka aku pula. Ada kesayuan di sebalik sepasang anak mata itu. Dapat aku rasakan sesuatu melalui renungannya.. Seolah-olah dia begitu berat ingin melepaskan aku pergi….

———————————————-

Ketam masak lemak cili api, ayam goreng berempah dan sayur goreng campur aku pandang sepi. Pertemuan dengan Harith Daniel petang tadi mematikan seleraku. Sedangkan inilah lauk favourite aku! Pantang nampak, mesti makan tak ingat dunia! Ini semua si HD tu punya pasallah! HD? Siapa HD? Opss..! Bukan high definition ya? Tapi short form untuk Harith Daniel, my ex-husband!

“Mama masak lauk ni bukan untuk buat pameran, Rene. Tapi untuk makan.” Sindir mama.

Aku mengangkat pandangan. Papa yang duduk di hujung meja hanya tersenyum mendengar sindiran mama. Perlahan-lahan dia menyuap nasi ke mulut.

“Sejak dari tadi papa tengok Rene macam sedih je… Ada yang tak kena ke?” giliran papa pula bersuara.

Soalan papa hanya dijawab dengan senyuman pahit dariku. Entah apalah agaknya reaksi papa dan mama kalau tahu yang aku dah jumpa Harith semula.

“Takdelah, papa… Rene okey.. Cuma………….” Teragak-agak juga aku mahu memulakan cerita.

“Cuma apa?” papa menjungkit kening.

“Tadi Rene jumpa Harith Daniel…”

“Hah?! Harith Daniel?!” serentak papa dan mama menyebut nama Harith. Terkejutnya mereka bukan kepalang!

Aku hanya mengangguk lemah. Kan betul aku cakap? Gerenti mereka terkejut!

“Bekas suami Rene tu ke?” soal papa dengan wajah yang masih terkejut.

“Ish abang ni! Habis tu anak kita ni pernah kahwin dengan orang lain ke selain Harith tu sorang? Dah tentulah Harith bekas suami Rene, a.k.a bekas menantu kita jugak!” ujar mama. Satu jelingan tajam diberikan ke arah papa.

Hampir ketawa aku dengar omelan mama. Papa pula tetap dengan wajah selambanya, walaupun berbakul-bakul leteran yang mama beri. Pot pet pot pet tak henti-henti. Papa kata mama ibarat radio bergerak. Kalau mama diam, sunyilah hidup papa. Comelkan mereka?

“Patutlah Rene macam badmood je dari tadi… Habis tu korang ada sembang apa-apa tak?” tanya mama.

“Ada..”

“Sembang pasal apa?” soalan seterusnya dari mama. Macam wartawan Melodi pula aku rasa.

Dah aku agak. Pasti aku akan diasak dengan beribu soalan oleh mama. Papa pula lebih senang mendiamkan diri saja.

“Harith tanya mana Rene pergi selama ni. Dia cuba cari Rene tapi tak dapat. Tapi Rene tak cakap Rene duduk Kelantan selama ni. Rene malas nak cakap banyak dengan dia, mama… Hati masih sakit..” kata aku jujur. Aku tolak pinggan ke tepi. Memang dah tak ada mood nak makan apa-apa.

Mama mengeluh kecil. “Rene masih tak boleh maafkan dia?”

“Entahlah, mama… Susah Rene nak lupa apa yang jadi…”

“Rene… Tak baik macam tu.. Apa yang dah lepas tu lepaslah… Sudah-sudahlah tu Rene.. Sampai bila Rene nak bencikan Harith macam ni? Papa yakin Harith betul-betul menyesal dengan apa yang terjadi…. Berilah dia peluang Rene…” panjang lebar ayat papa. Seakan cuba memujuk aku untuk melupakan saja apa yang telah terjadi.

Aku bungkam. Tak siapa akan faham apa yang aku rasa. Mereka hanya tahu berkata-kata. Soalnya mereka tak berada di tempat aku sekarang. Derita yang aku tanggung tak siapa yang tahu. Sebab itulah mudah benar mereka menasihati aku itu dan ini. Maafkan Harith. Lupakan apa yang berlaku. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kalaulah semudah itu untuk aku melupakan dan memaafkan… Pasti hati ini akan lebih tenang dan bahagia.

—————————————-

“Best jugak kan makanan kat sini. Tak sia-sia I ikut cadangan officemate I tu..” kata Amir sambil tersenyum senang. Beria-ia dia mengajak aku makan tengahari di restoran yang baru beroperasi seminggu yang lalu. Seperti apa yang diberitahu oleh Amir dan juga kawannya itu, makanan di sini sedap-sedap belaka. Padanlah dalam masa seminggu saja dah jadi tarikan pelanggan!

Aku mengangguk bersetuju. Restoran yang menghidangkan masakan kampung. Aku rasa restoran macam ni berpotensilah nak masuk program TV Jalan-jalan Cari Makan nanti! Masakannya memang meletop! Aku paling suka menu yang menjadi pilihan aku ini. Lala masak sambal dan kari udang beserta sedikit ulam-ulaman. Terbaik!

“Lepas ni bolehlah kita makan kat sini lagi… Tak jauh dari office…” tutur aku sambil tersenyum lebar. Alhamdulillah… Kenyang sungguh perut aku! Sudahlah pagi tadi cuma sempat makan cornflakes aje. Masuk saja tengahari, terus perut ni buat concert! Lapar tak ingat dunai! Jus epal hijau aku sedut sedikit demi sedikit.

“Nak datang sini tu jangan lupa ajak I jugak!”

“Kalau I tak nak?”

“Mana boleh! You mana boleh keluar sorang! Harus berdua dengan I jugak!”

Aku tergelak kecil. “Kalau I keluar sorang pun apa salahnya…?”

Amir tersenyum panjang. “You tu cantik.. Kalau you keluar sorang nanti ramai pula orang mengorat you! Tak boleh! I jealous! Biar I je dengan you.. Biar tak ada yang berani nak dekat dengan you dah!”

Aku sudah kehilangan kata-kata. Amir ini bergurau atau serius? Ah! Malaslah nak ambil pusing! Lelaki semua sama! Heartbreaker! Lagipun perpisahan aku dengan Harith Daniel mengajar aku apa itu cinta. Jangan mudah percaya pada cinta lagi… Sudahnya, memang aku dah serik nak serahkan hati aku pada sesiapa pun!

“Dahlah you ni.. Suka cakap merepek. I nak pergi cuci tangan kejap.” Nasib baik aku dapat idea mahu mengelak dari terus melayan si Amir ni.

Baru saja kaki hendak menuju ke sinki, ada seseorang yang menghampiri meja kami, menegur aku dengan mesra. Sungguh aku terkejut melihat gadis ayu berbaju kebaya itu sedang tersenyum meleret sambil memandang aku dan Amir bersilih ganti.

“Hanim! Tak sangka jumpa kat sini!” tegur aku ramah. Ya Allah.. Rindu sungguh aku pada Hanim. Semenjak aku berpisah dengan Harith, rasanya aku langsung tak berhubung dengan ahli keluarga Harith lagi. Hanim bekas adik ipar aku sendiri pun aku tak tahu cerita. Sedangkan aku paling rapat dengan Hanim sewaktu aku masih bergelar isteri Harith dulu.

“Tulah! Rindunya dekat Kak Rene! Dah lama sangat tak jumpa akak! Eh kejap!! Kak Rene dengan Abang Amir ni memang kenal each other ke?”
Amir juga sudah tersenyum lebar. Dia hanya mengangguk.

“Yup! Kami dah lama kenal, Hanim.. You kenal rupanya adik Harith ni, Rene?”

Aku pandang Amir. Opppsieee..! Lupa pulak aku yang Amir kawan Harith. Dan sudah tentu Amir kenal ahli keluarga Harith jugak! I’m dead meat!!!

“Apa pulak tak kenalnya, Abang Amir.. Kak Rene ni kakak ipar Hanimlah..!” ujar Hanim dengan nada ceria. Dia memegang lengan aku mesra.

Mulut Amir sudah terlopong. Terperanjat dengan statement Hanim yang baru didengarinya tadi. Terpinga-pinga Amir memandang aku. Seakan meminta penjelasan. Aduh!! Kenapalah perlu kantoi sekarang?! Matilah aku!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

12 ulasan untuk “Novel : Oh My Ex-Husband! 2”
  1. anor says:

    best cite ni cptlah sambung… ada blog tak?

  2. col says:

    blog please…. :) .

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"