Cerpen : Benci+Suka=Cinta

25 October 2013  
Kategori: Cerpen

32,473 bacaan 28 ulasan

Oleh : Afifah Zayn

Jun 2010.

“Ahhh..bro,tumpang tanya.B116 dekat mana ek?”‘Bedal aja lah tanya mamat ni.’gumam Jazz dalam hati.Letak cermin mata dibetulkan.Tu lah.Masa minggu orientasi tidur.Hambik kau tak tahu kelas kat mana.

“Okey.Thanks bro..”Selesai berterima kasih,Jazz mengatur langkahnya.

________________________________________________________________________

“Jazz,kau betul tak nak pergi ni?”Sofiah.Lebih mesra Piah aja si Jazz ni bedal.Lagipun Piah memang tak kisah orang panggil dia Piah.Dah memang mak bapak dia pun duk panggil Piah.

“Tak nak ah.Tak ada kerja apa aku.Tu,kain baju menggunung nak kena dobi.”Mulut Jazz menjuih ke arah bakul laundry nya yang dah nak memuntahkan isi tu.Dah hampir seminggu dah agaknya dia tak basuh.

“Oh.Okey.Aku chao dulu la..Bye…”Krekkk..Bunyi pintu bilik kena tutup.Jazz masih dengan silanya di atas katil.Matanya kembali fokus ke bakul laundry.

Mendobi.

________________________________________________________________________

Fuhhh!Selesai!Bau wangi softener Comfort berlegar-legar dalam bilik A312.Badan yang terasa lenguh sedikit direbahkan ke katil.

Lap top yang sudah terbuka di ambil.Layan FB sekejap.Notification dibuka.

PART 1 WAJIB HADIR.KEHADIRAN AKAN DIAMBIL.SEKIAN,HARAP MAKLUM.

“Part 1 wajib hadir,kehadiran akan diambil.Sekian,harap maklum.”Jazz mengajuk dalam nada suara mak nenek.Tak ada kerja aku nak buang masa pergi event entah apa-apa.Saja lah tu nak tunjuk senior.Bajet!

“Assalamualaikum…”

Piah dah balik.

“Waalaikumsalam…Hah!Amacam?”Ujar Jazz dengan muka yang tak tahu nak describe macam mana.

Piah tunjuk isyarat okey yang diterbalikkan.KO.

‘Ngehh!Dah agak!’Jazz tersenyum mengejek+sinis.

“Budak kelas semua tanya kau mana.Aku cakap kau sakit perut.Gastrik.”Piah duduk bersandar di kerusi.Air mineral diteguknya perlahan.

“Sayang kau Piah!”Belum sempat Jazz berkira-kira nak bagi kiss sedas dekat si Piah,Piah mencelah.

“Sabtu ni senior nak jumpa kita.”

Tak jadi terus Jazz nak kiss Piah.Dahi Jazz dah berkerut habis.Kening dah macam nak bersambung dah.

“Hah?Habis tadi kau pergi tu apa?”

“Mukadimah.”Tutur Piah selamba sebelum tangannya mencapai toilettries.

Jazz muka dah bengang.Bantal Doraemon Kak Nina bagi ditekup ke muka.

________________________________________________________________________

“Pergi tak sabtu ni Jazz?”Onie yang tengah buka ikatan air teh bunga Jazz pandang macam nak makan orang.

“Tah.Korang semua confirm pergi kan.”Ujar Jazz tanpa riak.Matanya dihala ke Onie,Piah,Mek,dengan Lina.

Lina,Mek,Piah,dengan Onie pandang Jazz.Serentak.

“Kau?”

Roti bom disambar,dibawa ke mulut.Jazz angkat bahu.

________________________________________________________________________

‘Sebab pakai baju kurung,aku kena jadi makcik jual nasi ayam.Jazz?Nasi Ayam?Penyet pulak tu?Hehhh?Pakai baju kurung pun sebab terpaksa.Dah ni aja yang tinggal.Yang lain tengah jemur.Boleh pulak senior poyo tu ada tadi.Heshhhh!Dia boleh senyum-senyum tengok aku.Nak gelakkan aku lah tu.’gumam Jazz sendiri dalam hati.

“Cayalah kau Jazz.Nasi Ayam Penyet!”Mek dah gelak sampai tertunduk-tunduk.

Kelakar sangat lah tu kan?

“Pasal event nak bajet senior tu,aku kena jadi makcik nasi ayam.Sick la!”Bentak Jazz.Lengan baju kurung disinsing sampai ke siku.Lagak macam makcik nak cari gaduh.

“Ni semua pasal senior poyo tu.”Ujar Jazz.Tangannya dah dikepal jadi penumbuk.

Onie,Mek,Lina dengan Piah dah pandang Jazz lain macam.

________________________________________________________________________

“Awak yang pakai baju kurung tu.Abang rasa awak boleh jadi makcik jual nasi ayam ni.”Ujar senior tu.Yang budak-budak kelas pulak mengiyakan aja.

Jazz dah tak terkata.Mulut dah terkunci.Dalam hati dah bentak-bentak.’Nasib kau senior.Kalau tak,free-free aja kau kena pedajal dengan aku.’

“Lagipun dah tak ada watak yang tinggal.Ok set.Awak yang baju kurung,siapa nama?”

Mata Jazz tajam pandang ”abang” depan dia.

“Jasmine.”

‘Abang’ tu senyum balik pandang Jazz.Senyuman yang ‘undefined.’

________________________________________________________________________

Jasmine.Dari tadi asyik nama tu aja yang duk terbang-terbang dalam kepala otak Ad.Entah apa yang special dia pun tak tahu.

Myo dekat sebelah dah pandang Ad macam pandang Azwan Ali aja.Pelik semacam dia tengok si Ad ni sejak balik dari meeting dengan budak-budak junior tadi.Kena sampuk kut?Almaklumlah,meeting tadi tepi tasik.Lee tengah study.Jet pulak dah terbongkang.

Myo mendaratkan tangannya ke kepala Ad yang masih lagi tersenyum sengih macam kerang busuk basi dalam tong sampah.Almaklumlah,dia sekarang tengah mendalami ilmu perubatan islam ni.

“Keluar kau!Keluar!Aku cakap keluar kau dari jasad manusia ni!”Myo dah separuh jerit dengan tapak tangannya mencengkam kepala Ad.Ad yang macam orang baru sedar dari mimpi,terkejut dengan tindakan Myo yang tiba-tiba duk cengkam kepala dia sampai rasa macam nak tercabut kulit kepala.Lee dah pandang lain dekat Myo.Jet pulak memang dah terbang ke alam lain,tak sedar!Kalau bom meletup sebelah pun,dia sedar dekat kat alam lain lah jawabnya.

“Hoi Myo!Kau dah kenapa?!Sakit lah!”Ad dah gosok-gosok kepala dia.Kuat jugak si Myo ni!

Myo dah garu-garu kepala.

“Aku ingat kau kena sampuk dengan mambang tasik.Hehehe..sorry bro..!”Ujar Myo sambil tersengih konon comel dekat Ad.

“Heshhh!Aku lesing kang!”Ad dah buat gaya nak melesing Myo macam Haji Bakhil,sebelum tangannya mencapai peket kecil kacang goreng atas meja belajar.Ketawa Myo masih bersisa.

“Kau pehal bro?Lain macam aku tengok?”Ujar Lee.Nescafe yang masih berasap tipis dalam mug diteguk perlahan.

“Aah.Kau pehal?Dah macam orang biul aku tengok.”Myo kembali duduk di kerusinya.

Ad hanya pandang Lee dan Myo dengan kening terangkat sebelah.

“Undefined.”Senang dia jawab.

____________________________________________________________________

“Onie,sapa nama mamat senior tadi?”Tanya Jazz.Pau di tangan dicubit sedikit sebelum dikunyah.

“Ad.Adrian.”

Adrian.Ulang Jazz dalam hati,sambil kepalanya terangguk-angguk dengan pau yang masih berbaki separuh ditangan.

Adrian.

____________________________________________________________________

“Weh..kita ada task.”Piah tiba-tiba datang dengan beberapa keping kertas di tangan.

“Task?Pe dia?”Mek yang tengah buka bungkusan keropok mencelah.

“Senior’s signature.”Jawapan Piah buat Jazz yang tengah teguk Tropicana Twister tersembur.

____________________________________________________________________

“Awak..tunduk sikit,ada kayu!”

“Eh…jaga-jaga,ada longkang!”

Urghh!Geram!Mana tak geram!Jazz kena pedajal dengan senior perasan bagus+hensem tu!Tapi dia memang hensem pun.Ahh!Peduli apa kalau dia hensem sekalipun!Annoying punya senior!Habis muka aku ni merah-merah sebab kena daun yang dia buat penyapu dekat muka aku!Boleh dia suruh aku yang habiskan air asam jawa tahap masam tak ingat tu!Tu tak lagi kena bodoh-bodohkan masa main jalan-jalan tutup mata tadi!Tak kira lagi aku kena nyanyi lagu depan orang ramai sebab secalit signature pun aku tak ada!Nasib suara aku kategori sedap didengar.Geram geram geram!Ingatkan sampai situ aja.Boleh pulak dia ambik gambar aku time aku tengah diulit mimpi masa nak tunggu event “Bajet Senior” tu habis,siap letak dalam montaj penutup lagi.Nasib aku tidur macam sleeping beauty.Hishhhhh!

Siap kau Adrian.Kau tak kenal lagi aku siapa.Ini Jazz la!

Kau ingat kau senior aku takut lah?Hehhh!

Tin Nescafe ais di tangan diletak di lantai.Sekali pijak.Dusshhhh!Selamat kemek…

________________________________________________________________________

“Jazz..kau ni gila lah.Kalau orang nampak macam mana?”Mek dah macam mak hilang anak,jalan sana,jalan sini.Mundar-mandir jadi mak guard,sambil kepala terteleng-teleng takut orang nampak kerja gila si Jazz.Hud di kepala dikemaskan.

“Tak ada nya..Dah malam sangat dah ni.”Peluh yang terbit di dahi diseka dengan hujung lengan jaket berhud.

“Siap!”Fuhhhh!Jazz tarik nafas lega.

“Berapa kau kempis kan?”Tanya Mek.Mata masih melilau kawasan sekitar,takut lah kalau ada orang,mampus!

Jazz angkat dua jari.Dua tayar kau kempiskan?Gila kau Jazz!

________________________________________________________________________

@AdKhairi Gila sapa kempiskan tayar Myvi aku.Aku dapat,siap kau aku buat

bakso!

Terkekek-kekek Jazz ketawa baca Tweet si Ad kat handphone Lina.

“Padan muka kau.Ini Jazz okey.”Jari yang dibuat macam pistol di tiup hujungnya.Konon!

________________________________________________________________________

“Piah,kasut aku sebelah mana ek?”Jazz sudah tergaru-garu kepala di depan makmal komputer.’Mana pergi sebelah pulak ni?’

“Bawah kerusi tu tak ada ke?”Tanya Piah.Selalunya budak-budak ‘tak cukup 10 sen’ selalu aja mendengki letak kasut orang bawah kerusi depan makmal tu.

“Piah..serious tak ada..”Muka Jazz dah masam.Hujung ayatnya bergetar.Mata terasa nak menangis.Mana taknya,sneakers tu abang dia,Joe yang bagi.Sneakers favourite + kesayangan.

Piah tunduk mencari di bawah kerusi.Memang tak ada.Yang ada cuma sekeping kertas.

“Jazz..”Jazz berpaling menghadap Piah yang memegang kertas yang bertulis dengan marker.

‘Thanks sebab tayar tu.I really appreciate it.Sila tengok bumbung depan makmal.’

Sneakers Jazz elok tersadai atas bumbung dengan ada kesan koyakan.Tubir mata Jazz sudah panas.

________________________________________________________________________

Ruang dalam kafe Southern hingar bingar dengan suara riuh pelajar.Waktu lunch lah katakan.Jazz masih dengan muka masamnya.Moody habis.Nasib dalam Swift dia ada kasut spare.Kalau tak,kaki ayam lah jawabnya.

“Jazz..Kau nak makan apa?”Lina bertanya.Kesian dia tengok si Jazz.Macam orang baru hilang anak.

Jazz geleng kepala.Pipi masih ada kesan air mata.Hidung merah.Tak ada mood dia nak makan walaupun dari dalam makmal tadi,kecoh dia nak pergi kafe Southern,nak makan nasi ayam.Katanya teringin.

“Aku belikan kau nasi ayam eh.Kau tunggu dekat sini,kita orang pergi order.”Jazz hanya diam.Suara yang tiba-tiba kecoh membuatkan Jazz berpaling menghadap belakang.Matanya panas lagi,tapi cuba di tahan.Waktu yang sama,pelayan datang hantar order air.Lina,Mek,Piah dengan Onie masih mengoder makanan agaknya.

Selesai berterima kasih dengan pelayan,tangan terus mencapai gelas milo dinosaur.Langkahnya dituju ke sekumpulan budak lelaki.

“Point and shoot.Balas Jazz!”Jazz mengucap perlahan.

Satu dua tiga.Jazz buat-buat nak terjatuh.Air milo selamat tertumpah atas kepala seorang lelaki.Bukan tertumpah sebenarnya,ditumpahkan lebih tepat.

“Oooppppsss..sorry..tak sengaja!”Jazz menyungging senyum puas.’Padan muka kau Adrian.Ni makan dia.’Kepala Ad dah bermandi bersalut milo dengan beberapa ketulan ais. Baju dah colour lain bercampur dengan milo.Ramai juga budak-budak lain yang menonton drama kafe tu.Kawan-kawan semeja dengan Ad tak payah cakap lah.Macam terkesima.Cehhh!

Ad muka dah tak boleh nak describe.Jazz dipandang tajam.

“Eh,apa masalah awak ni sebenarnya?”Ad dah berdiri menghadap Jazz.Muka tak puas hati.Tangan membersihkan kepala yang masih ada kesan air milo.

“Masalah?Tak ada masalah rasanya.Saya baru aja nak belanja awak minum milo ais.Sebagai tanda ‘TERIMA KASIH’.Tak tahu pulak kan nak ”ter”…tumpah atas kepala awak.Okey la,enjoy your drink.Rasa nak lagi,just give me a call okey.Chao!”Gelas kosong di letak di atas meja depan Ad.Dengan jelingan dan senyuman sinis,Jazz berlalu dari situ,kembali ke tempat duduknya dengan senyuman puas.Lina,Mek,Piah dan Onie dah pandang Jazz lain macam.Tak percaya agaknya yang si Jazz balas sampai macam tu sekali.

“Nasi ayam aku mana?”Empat jari menunjuk ke arah satu pinggan nasi ayam di atas meja.

Jazz..Jazz…

____________________________________________________________________

Disember 2011

Barang-barang Jazz sudah siap dikemas.Peluh di dahi diseka belakang tangan.Onie dah membuta dekat katil sebelah dengan barang-barang yang belum siap kemas lagi.Mek dengan Piah datang esok.Bibir Jazz tersenyum sinis.Semester ni merupakan semester terakhir si senior bajet.Baguslah,sem depan tak adalah aku nak menghadap muka dia lagi.Tenang sikit hidup.Harap-harap lah tak jumpa dia lagi.Tak kuasa aku.Tapi..kenapa aku rasa sedih pulak dia dah nak habis ni.Jazz!Urggghhhh!

____________________________________________________________________

Tok..tok..tok..

“Jazz!Bukak pintu!Aku rasa mesti si Lina tu,sebab dia text aku tadi,kata dah nak sampai.”

“Oh,key..”Jazz mengatur langkah ke muka pintu.Tak perlu kut nak sauk tudung.Lina je pun…

Tangan memutar tombol pintu.Ketika pintu sudah terbuka,Jazz bungkam.

Ad dah tercongok depan pintu rumah.’Apa mamat ni buat dekat sini!?’

“Asal senyap Jazz?Mana Lina?”Laungan suara Onie bertanya di dalam bilik dibiar tak berjawab.

Ad hanya memandang Jazz tanpa berkelip.’Yang dia pandang aku macam nampak bidadari apasal?Astaghfirullahalazim!Tudung!’Free aja dia tengok rambut aku!Tangan Jazz automatik menutup pintu rumah.Sebelum tangannya memulas tombol pintu,membukanya sedikit tanpa menampakkan muka.

“Awak nak apa?”Datar Jazz bertanya.

“Errr….Nak pinjam penyapu boleh?”Tanya Ad.Kebetulan penyapu ada di belakang pintu.Jazz terus mencapai batang penyapu,dihukurkan kepada orang di luar rumah.

“Thanks.”Ujar Ad.Tubuhnya dipusingkan,sebelum Jazz menegur di balik pintu.

“Dah pinjam jangan lupa bagi balik.”Kreekkk.Pintu ditutup.

____________________________________________________________________

Masa Ad pulangkan penyapu tadi,Onie,kawan si Jazz yang ambil.Teringat riak muka Jazz masa buka pintu tadi.Dia sendiri tak sangka yang Jazz tu jiran depan rumah dia,dan dia sendiri tak sangka yang Jazz keluar tak pakai tudung.Astaghfirullahalzim Ad!Anak dara orang tu!Cepat-cepat di usir bayangan Jazz tanpa tudung tadi.Dosa!Tapi,cantik pulak si Jazz tu tak pakai tudung,dengan rambut panjang lurus hampir ke pinggang.Ad!Behave!

________________________________________________________________________

“Onie…Dia nampak…”Jazz dah merengek atas katil dengan mukanya ditutup dengan bantal Doraemon.

“Sorry la Jazz..Aku ingat Lina tadi…”Pujuk Onie.Bahu Jazz digosok-gosok perlahan.Jazz mengangkat wajahnya dari bantal.Tubir matanya basah.

“Onie…Dia nampak…”Dah berapa kali Jazz mengulang ayat yang sama.Lina yang sedang mengemas barang dah menggeleng-geleng tengok si Jazz.

“Jazz..dah berlalu dah pun.Habis tu kau nak buat apa?Nak amnesiakan dia?”Pujuk Lina pula.

“Betul tu Jazz…Dah tak boleh buat apa dah.Just forget it okey?Anggap tak pernah berlaku.”Onie memujuk lagi.Tisu dihulur ke Jazz.Jazz mengesat matanya yang beranak sungai.Jazz tak tahu kenapa dia sedih sangat.Mungkin sebab dia rasa rambut dia tu untuk bakal suami dia aja,bukan untuk senior tak semenggah tu.Hu..hu..hu..Kenapa dia nampak?Lagi satu,kenapa dia tu jiran aku pulak?Lepas ni,memang kalau terserempak dengan senior tu,aku buat-buat tak tahu.Malu kut!Ma!

________________________________________________________________________

Disember 2013.

“Selamat datang ke London.Okey,kenalkan,ni senior-senior korang.”

Jazz membetulkan letak cermin mata sebelum pandangannya difokuskan ke arah barisan manusia dihadapannya.

Matanya terus fokus ke arah seseorang.Dia kenal orang tu.Adrian.Kenangan lama dah macam slide show dalam kepala.Segala ”benda” yang Ad pernah buat pada Jazz,dan segala ”benda” yang Jazz balas pada Ad menerobos satu-satu dalam kepala masing-masing.

________________________________________________________________________

“Nanti sampai sana,Min contact number ni tau.Ni anak sedara Auntie dekat sana.Study sama course dengan Min.Nanti dia tunggu dekat airport.”Ujar Auntie Ila.Kad putih bertulis nama dan nombor seseorang.

Izzue

420998765

‘Ceh!Bajet Izzue Islam!’Desis Jazz.Ada senyuman tersungging di bibir.’Entah hensem macam Izzue ke tidak.’

“Min baik-baik dekat sana.”pesan Puan Ziana.

“I’ll be alright ma.Don’t worry.”

________________________________________________________________________

“Hai,saya Izzue.Min?”Tiba-tiba Jazz disapa seorang lelaki.Letak cermin mata dibetulkan.Terkejut Jazz.Mana taknya.Bukan sebab muka si Izzue tu macam Izzue Islam,tak macam langsung.Tapi sebab mamat yang berdiri sebelah Izzue sekarang.Adrian.Saat dua mata bertentang,macam-macam benda datang satu-satu masuk dalam kepala.

Jazz tak tahu nak cakap apa.Yang ada dalam otak,kenapa mamat tu ada lagi depan dia?Kenapa dia tak further dekat Somalia ke,India ke.Kenapa London?Hishhh!

“Apa-apa hal roger…”Ujar Izzue.Ad disebelah Izzue hanya pandang Jazz tanpa riak.

Jazz di sebelah hanya mengangguk.Muka tak ada perasaan.

Nasib kau lah Jasmine!Dekat Malaysia tak puas hadap muka si Adrian tu,kau sambung balik dekat London ni.Urgggghhhh!

________________________________________________________________________

“Mana pulak phone ni?Heshhh!”Tangan kiri Jazz dah menggali beg.Sebelah tangan lagi pegang groceries yang dia baru beli tadi.Phone dari tadi melalak minta diangkat.

Dushhh!Selamat!Habis groceries jatuh.Paper bag koyak.Jazz muka dah tak tahu nak describe macam mana lagi.Tak tahu nak buat mana satu.Nak angkat phone ke,nak kutip groceries yang dah jatuh.

Phone dah tak bunyi.Tindakan refleks,tangan Jazz mengutip groceries yang jatuh bertempiaran bertebaran atas jalan,dikumpulnya di atas kerusi taman disebelahnya.Punggung dilabuhkan di atas kerusi.Tengok Jazz sekilas memang dah macam orang jual barang dekat taman.

Keluhan terlepas dari mulut Jazz.’Macam mana nak bawak balik ni?’Mata menerobos ke arah paper bag yang dah terkoyak,sebelum dia tiba-tiba ditegur satu suara yang amat-amat-amat dia kenal.

“Jual barang ke?”Tawa terlepas dari mulut Ad sebelum dia melabuhkan duduknya di sebelah Jazz.Jazz hanya pandang Ad tak beriak.

“Paper bag koyak?”

Jazz hanya angguk.Ad dan Jazz sama-sama diam tidak berkutik dari tempat duduk.

“Sorry.”

Jazz bingung.’Sorry untuk apa?Tiba-tiba aja minta maaf.Pelik.’

“Huhhh?”

“Sorry for the old Ad?”

“I’m really sorry about the past.Semua yang entah apa-apa yang saya pernah buat dekat awak dulu.Again,I’m really sorry.Forgive me?”Pandangan mata Ad dah penuh mengharap dekat Jazz.

Jazz pandang Ad 5 saat,senyum segaris 3 saat sebelum kepalanya diangguk perlahan.Pandangannya kembali ditala kehadapan.

“Saya dah lama lupakan…Cuma kadang-kadang teringat balik sakit hati lah…”

“Errr…Ad?Same goes to me?I’m sorry for all the stupidos thing.Sorry for the old Jazz?”

Jazz dan Ad menghadap muka masing-masing sebelum tawa terlepas dari mulut mereka.

“Same goes to me.Dah lupa dah.Kosong-kosong?”Jelas Ad.Segaris senyuman terukir di bibirnya.

“Kosong-kosong.”Jazz senyum manis segaris.

“Hye.Saya Adrian.Nice to meet you,Jasmine.”

“Hello.I’m Jasmine.Gembira jumpa awak juga Adrian.”

Sama-sama menghambur ketawa.Kelakar mungkin bila dua orang yang dulunya macam kutub utara kutub utara yang menolak bila bertemu,dah jadi macam kutub utara kutub selatan.Dah kamching!

“Come.Let me help you with all this stuff.”

Jazz angguk.Memang dia perlukan seseorang untuk tolong dia pun.Tangan tak cukup nak bawak balik barang.

Perjalanan balik sepanjang menuju ke rumah sewa Jazz dipenuhi dengan tawa dia dan Ad.New start for them eh?

________________________________________________________________________

Sejak kejadian paper bag koyak tengah jalan hari tu,Jazz dan Ad makin rapat.Dah tak ada dendam dah.Kira new chapter untuk dia orang lah kiranya.Jazz pun dah lama lupa pasal sejarah lama dia orang.Sama dengan Ad.Biasalah,zaman tak berapa nak matang lagi.Kalau mereka ingat balik,memang sama-sama gelak besar ingat perangai tak semenggah dia orang dulu.Ngeh!Ad masih kekalkan saya-awak dia tu,tapi Jazz?

“Ad..bila nak bagi tahu pasal apa dulu Ad suka pedajal kan Jazz?”Bungkusan pretzel disua ke Ad.Bungkusan pretzel disambut dengan senyuman segaris.

“Nak tahu sangat ke?”Pretzel digigit sedikit.

“Saja aja nak kacau budak berani ni…Sebab awak lain dari yang lain kut..lain macam sikit…”Terlepas tawa dari mulut Ad.Matanya kemudian dihala ke wajah Jazz.Ad memerhati raut Jazz yang berbeza dari dulu.Jazz sekarang jauh lebih cool dan matang.Jauh lebih lembut,jauh lebih feminin.Perasaan halus yang pernah datang 3 tahun dulu kembali menjalar lagi dalam hati Ad.Jazz yang perasan Ad pandang dia dengan pandangan yang undefined buat-buat tak tahu.Botol jus oren disebelah dicapai.

Ad sengih melihat Jazz yang dah blushing.Ad menarik nafas dalam,sebelum menghembusnya perlahan.

“Jazz…”

“Hmmm?”

“Saya..sebenarnya…errrr…”

Sebenarnya apa Ad?Hati Jazz tertanya-tanya.’Rasa macam dalam drama pun ada sebab hero tergagap-gagap nak mengaku yang dia sukakan heroin.Jazz!Perasaan kau aja dia suka kau!Tak mungkin la Jazz!’Jazz cuba menyedapkan hati sendiri.

“Saya..saya sukakan awak!”Satu nafas selaju 120 km/jam ucap Ad.Jazz di sebelah dah kaku tak beriak.’Hah?Memang macam drama!’

“Saya pun sukakan awak Ad.”Spontan terucap keluar perlahan dari mulut Jazz.Chop!Aku ke yang cakap tadi?Jazz menekup mulutnya dengan tapak tangan.Walaupun perlahan,tetap jelas di pendengaran Ad.Ad mengukir senyum.

Melihat Jazz yang agak lama sepi tanpa kata,Ad mengulang kembali ayatnya yang tadi,tapi perlahan sedikit kelajuannya,sehinggakan Jazz rasa macam nak rakam,lepas tu ulang-ulang dengar.Ton suara Ad memang memikat tahap gear 5 lori 16 tayar!

“Errr….Ad…Ad betul tak ni?Demam eh?”Tanya Jazz.Ah!Mampuslah kalau soalan aku lari silabus pun.Manalah tahu kalau-kalau betul si Ad ni tak betul hari ni,duk meracau tiba-tiba sukakan dia lah.Jazz!Siapa yang demam sebenarnya ni?Kau tu yang demam angau cinta tahap petala lapan dengan Ad!Sebab tu kau cakap kau suka dia tadi,kau tak sedar Jasmine oii!

Riak muka Ad yang serius sudah cukup memberitahu Jazz yang dia memang betul-betul serius dan tak demam.Mata Jazz yang tadinya bertentang dengan mata Ad dilarikan ke tempat lain.Tak sanggup pandang mata Ad!

“Jazz?”

“Hah?Errr….”

“Saya dengar apa awak cakap tadi.”

“Hah?”

“Are you really mean it?”

Jazz pandang Ad.

“Are you really mean it?”

“I do.”Serentak terkeluar dari mulut Jazz dan Ad.Lepas tu,masing-masing nak pandang tempat lain sambil dalam hati cakap yes memanjang.

Bunyi telephone Jazz yang tiba-tiba melalak mengejutkan Ad dan Jazz yang masing-masing tengah layan perasaan.

“Hello,assalamualaikum..”

“I’m fine.”

“Apa dia?”

“Hah?Are you serious?”

“Hello…..?!”

Muka Jazz dah macam orang tak keruan.Risau semacam!Ad dekat sebelah lagilah bila tengok Jazz macam tu.Dia pun macam kalut semacam.

“Ad..Sorry,but I’ve got to go.Ada hal sikit.Kita borak lain kali..Bye..”Tutur Jazz cepat sebelum langkahnya laju meninggalkan Ad yang masih terpinga-pinga.

____________________________________________________________________

Tok tok tok…Laju Jazz ketuk pintu.Dia dah mundar mandir macam orang tak betul.

Tok tok tok…’Hishhh!Mana pulak pergi si Izzue ni?’Jazz mundar-mandir di hadapan pintu.Mata melirik jam di pergelangan tangan.Dah 15 minit dia tunggu.Jazz mengatur langkahnya,menuju ke taman berdekatan.Dia perlu tenangkan fikiran.Punggungnya di labuhkan di sebuah kerusi.Agak lama dia berdiam memikirkan masalah Izzue yang tiba-tiba meminang dia.Kenal pun tak sangat,main aci redah aja pinang aku.Hishhhh!Tak faham lah!

Telefon bimbit nya ditarik keluar dari poket jeans.

“Hello,assalamualaikum ma…”

“Waalaikumsalam.Min..pasal pinangan tu…”

“Pasal pinangan tu,Min tak boleh nak terima.”

“Min,mama dengan papa dah terima…”

“I know,ma and pa dah terima.Tapi,tak terlambat lagi nak tolak kan ma?”

“Min…Mama dengan papa rasa Izzue lelaki yang baik untuk Min.Dia selalu call mama,cerita pasal Min.And you know what sayang?Dia sendiri call papa,mintak izin nak pinang Min.Min pun tahu Izzue macam mana kan?Min dah setahun kenal dia…”Dahi Jazz berkerut dengan kenyataan mamanya.Izzue selalu call?Sejak setahun lalu,boleh dikira dengan jari dia jumpa dengan si Izzue tu.Kenal pun macam tu aja lah.Statement mama memang pelik.

“Min,mama rasa Min fikir-fikir dulu ye sayang…Any update,nanti Min call mama okey..”

“Key..ma.Assalamualaikum..”

Tiiittt.Talian dimatikan.Pandangan matanya kemudian ditala ke hadapan,memandang bunga-bunga dihadapannya dengan pandangan kosong.

____________________________________________________________________

Dah dekat tiga hari Jazz tak jumpa dengan Ad.Asal ajak jumpa aja,Jazz bagi alasan,sibuk katanya.Mana taknya,otak si Jazz hari-hari duk fikir pasal pinangan yang tiba-tiba tu,sampai naik pening kepala otak.Dia memang kenal si Izzue tu macam tu ajalah.Kenal dia sebagai senior.Tu aja,tak lebih pun.Jumpa dia pun kalau terserempak aja,takpun masa sambutan raya.Bila mama kata yang dia selalu call mama,cerita pasal dia dekat sini,macam tak logik.Hishhhh!Pening!

Tapi,tiga hari aja tahan tak jumpa si Ad.Bila dah selalu jumpa Ad balik,Jazz terlupa pasal pinangan si Izzue.Sedar tak sedar,berminggu jugak dia terlupa benda alah tu.

Jazz bingkas bangun dari tempat duduknya.Tujuan dia sekarang satu aja,rumah sewa si Izzue.Dah tak mahu tangguh-tangguh lagi,kena jugak jumpa dia!

Tok..tok..tok…

Tangan dah naik nak ketuk pintu lagi sebelum pintu tiba-tiba dibuka.Izzue tercegat depan muka pintu dengan muka blur.’Nasib tak kena ketuk muka mamat ni.’

“Izzue,saya ada hal nak cakap.”Ujar Jazz.Suaranya cuba dikawal supaya tak terlepas.

“Apa dia?”Pintu rumah ditutup.Langkah di atur ke luar rumah.Hud jaket ditarik menutup kepala.

Jazz tarik nafas panjang.

“Apa maksud awak pinang saya?”Suara Jazz kawal sehabis mungkin.Hanya dadanya yang berombak sedikir laju.

“Pinang?Awak?Hah?”Izzue sudah menggaru-garu kepalanya yang terselubung hud.

Jazz pun tak faham dengan Izzue yang dah tergaru-garu kepala tu.Apa yang mama bagi tahu dia tadi,Izzue hantar rombongan meminang.Mama dengan papa pun main aci redah aja terima.Belum sempat Jazz nak tanya kenapa,talian pulak terputus.Masalah!

“Jawab lah Izzue!Apa semua ni?”Suara Jazz dah naik sikit.Serentak itu,ada sorang mamat nak buka pintu rumah.Jazz tak peduli mamat tu yang dah pandang dia lain macam.

“Izzue!Jawablah!”Suara Jazz naik lagi satu oktaf.Mamat yang buka pintu tiba-tiba mencelah.

“Izzue?Yeop!Asal adik ni panggil kau Izzue weh?”Mamat tu tak jadi buka pintu.Izzue dah macam orang baru makan julap.

“Eh,awak ni salah orang agaknya.Ni Yeop,bukan Izzue.”Sampuk ‘mamat yang nak bukak pintu’ tu.Yang si Izzue pulak dah kejap bukak hud,kejap pakai hud.Memang tak keruan lah!Jazz dah pelik.’Yeop?Habis tu Izzue siapa?’

“Hah,tu baru Izzue!”‘mamat yang nak buka pintu’ dah buka pintu sambil jari dia menunjuk ke arah seseorang yang berdiri di belakang Jazz.Jazz memusingkan badannya.

Banyak tanda soal dalam kepala.

‘Apa semua ni?’

____________________________________________________________________

“Kenapa?”Pendek soalan Jazz.Ad di hadapannya di renung dengan pandangan yang tak boleh nak ditafsirkan.

Ad diam.Nafas ditarik,kemudian dihembus keluar perlahan.

“Kenapa Ad?”Bergetar hujung ayat Jazz.Dalam hidup ni,Jazz memang pantang kalau dia ditipu.Mata dah terasa hangat.Bila-bila masa aja boleh jatuh titik-titik jernih yang dia tak mahu jatuhkan sebab lelaki depan dia sekarang ni.Jiwa dia sekarang makin sensitif.Entah kenapa,dia pun tak tahu.

“Answer me Adrian Izzudin.Or maybe Izzue?Kenapa perlu tipu?”Sinis ayat Jazz.Bibir masih mampu mengukir senyuman sinis walaupun mata dah beranak sungai.

“Ad,awak saja aja kan rancang semua ni?Saja nak mainkan saya?Puas dah sekarang?Saja nak tengok saya jatuh…jatuh cinta dengan awak?”Naik satu oktaf suara Jazz,tapi masih dikawal riak mukanya,walaupun pipi memang dah basah dengan air mata.

Ad meraup rambutnya kebelakang.Wajah Jazz disebelah yang sudah basah dengan air mata dipandang.Pandangannya di tala kehadapan.Tak sanggup nak tengok Jazz.Perit hati tengok Jazz nangis.Rasa macam nak peluk Jazz,lap air mata dia.

“Ad,please.It’s been a years you’re making this drama.I want an explanation.”Gesa Jazz.Memang dia perlukan penjelasan.Apa yang dia rasa sekarang,semua yang Ad buat,semua yang Ad cakap,semuanya lakonan,penipuan,sandiwara semata-mata.Satu rancangan Ad yang Jazz rasakan hanyalah untuk mempermainkan perasaan dia.Semuanya tipu!

“Just three word Jasmine Athirah.”Ad menarik nafas dalam.Tubuhnya dialihkan menghadap Jazz yang masih merenung pandang ke hadapan.

“Saya sayangkan awak.Terlalu sayangkan awak sejak dekat Malaysia lagi…Sampaikan saya tak nak awak jadi milik sesiapa kecuali saya..Saya terlalu ingin memiliki awak..Saya takut awak tak boleh terima saya mula-mula kita jumpa dulu..That’s why saya plan semua ni… tipu..awak…”Perkataan tipu agak sukar untuk Ad keluarkan.

Wajah Jazz automatik berpaling menghadap Ad.Agak lama Jazz merenung mata Ad,bagai mencari kepastian kata-kata dia sebentar tadi.Jawapan Ad bagai menghentikan perjalanan darah Jazz ke otak.Rasa macam bernafas dalam tabung karbon dioksida.Terkesima.Jazz bangun dari tempat duduk.Kaki hanya melangkah tanpa arah tuju,meninggalkan Ad dibelakang dengan tanda tanya di kepala.

________________________________________________________________________

Belakang tangan mengesat lagi pipi yang dah beranak sungai.

Handphone ditarik keluar dari poket jeansnya.Butang memanggil di skrin ditekan.Menunggu panggilan diangkat rasa macam nak tercabut nyawa.Tak cukup nafas.

“Hello..assalamualaikum ma…”

________________________________________________________________________

Bibir menyanyi kecil mengikut lagu yang dimainkan di earphone.Entah dah berapa kali mata asyik melirik cincin yang baru tersarung.Bibir mengukir senyum.Jazz dah macam orang tak betul.Kejap pegang cincin,kejap sentuh dahi,kejap senyum-senyum sambil geleng kepala.Haiyaa Jazz!Parah!

“Ehem..”

Jazz terkejut dengan suara yang tiba-tiba datang menyapa.Tapi Jazz buat-buat tak tahu,konon khusyuk la dengar lagu dengan earphone,dalam hati macam nak pecah sebab nervous.Ma!Tolong!

“Hai sayang..”Sayang?Ad sudah pun duduk disebelah Jazz yang kononnya tengah merenung langit dengan earphone di telinga.Jazz pandang Ad 3 saat,bagi senyuman sikit,sebelum kembali menala pandangannya ke langit.Ad sengih melihat Jazz yang kononnya rileks.Dia tahu,Jazz sebenarnya nervous berhadapan dengan dia sekarang.Masa batalkan air sembahyang tadi lagi lah,dengan tangan yang sejuk macam ais,lepas tu blushing betul muka dia.

Masing-masing diam sebelum Jazz tiba-tiba bersuara.

“Ad…betul ke apa yang kita buat ni?”Tutur Jazz lambat.Ad hanya senyum sebelum tangan kanan Jazz diraih dalam genggamannya.

“Betul lah sayang…kenapa tanya?”Tanya Ad.Jari-jemarinya mengelus lembut tangan kanan Jazz yang sejuk macam air batu.Jazz dah tak keruan.Jantung macam nak gugur,muka pulak dah rasa bahang.Nasib cahaya samar-samar,kalau tak,ketara blushingnya.Ad senyum aja tengok Jazz yang malu-malu.’Comel lahai wife aku ni pun…’

Jazz diam.Tak tahu apa nak cakap.Yang dia tahu,dia rasa happy sekarang.Happy untuk hubungan dia dengan Ad.Cuma mulut malu nak cakap.’Nak cakap ke dak eh?’

“Anything to say sayang?”Jazz tersentak kejap.Ad macam tahu-tahu aja isi hati dia.Soulmate memang macam ni kut.Uikk?Soulmate?Tangan kanannya ditarik perlahan dari genggaman Ad

“Kita..tak pernah..bercinta…Do you think that this will work on us?Jazz tak kenal sangat dengan Ad and vice versa…And actually Ad…”Ayat Jazz terhenti sekejap.

“Jazz sebenarnya…”Aduh!Malu lah nak cakap!

“Yes…sebenarnya apa?”Ad memusing badannya duduk menghadap Jazz.

Jazz menarik nafas,kemudian menghela nafas perlahan.Macam cari kekuatan untuk teruskan kata-kata.

“I’m happy with…this.”Lambat Jazz menghabiskan kata-katanya.Wajah Ad disebelah dipandang kejap sebelum Ad menggenggam kedua-dua tangannya.Jazz membalas genggaman tangan Ad yang kali ni lebih erat macam tak mahu lepas.

“Jazz dah..lama…adore..Ad sebenarnya…Since kita diploma lagi..”Ujar Jazz.Wajahnya ditundukkan sedikit.Bibir diketap.Malu!Pipi dah panas!Ma!Tolong Min!

“Me too sayang.Dah lama tau Ad tunggu saat-saat macam ni,since zaman dip kita lagi.Sayang la garang sangat.Nasib tuhan temukan kita dekat London.Sakit sangat tunggu,nak dapatkan sayang..Susah sangat nak dapat ‘junior’ nakal sorang ni.”Jarinya mencubit pipi Jazz ,sebelum ditepis lembut oleh tangan Jazz.

“Sakit la Ad…”Tangan Jazz sudah mengusap-ngusap pipinya yang sedikit merah,sebelum tangan Ad turut sama mengusap pipinya.

“Sorry…”Bahu Jazz kemudian diraih,merapatkan lagi jarak antara mereka.Kepala Jazz disandarkan ke dadanya.Bibir Jazz dari tadi tak berhenti mengukir senyum walaupun jantung dia rasa macam nak terjatuh.Sungguh dia bahagia sekarang.Spontan,tangan Jazz melingkari pinggang lelaki yang dah ambil hatinya tu.’Bahagianya!’.

“Sayang…”

“Hmmm?”Jazz cuba membiasakan diri dengan panggilan sayang oleh Ad.Hati rasa nak tergolek jatuh!

“Tau tak bila kita jumpa first time?”Jazz mengangkat kepala memandang Ad.

“Rasanya masa dekat tepi tasik tu rasanya.Ha’ah,betullah,tepi tasik.Yang masa Jazz datang lambat tu kan?”Tanya Jazz.

Ad menggeleng mendengar jawapan Jazz.Jazz dah berkerut kening.Betul apa masa dekat tasik.Bukan eh?

“Ingat tak ada satu hari tu,ada sorang budak tak tahu B116 tu dekat mana?Lepas tu,dia selamba badak aja pergi tanya dekat sorang abang senior.Ingat tak?”Jelas Ad.Jazz cuba mengingat.

“Hah?!Don’t tell me that you are the senior?”Jazz separuh menjerit.

“You got the answer sayang.”Ad tersengih.Ditarik kembali Jazz dalam pelukannya.

“Jazz tak cam langsung yang senior tu Ad tau.”

“Tapi Ad ingat muka budak junior tu.First sight love maybe.That’s why Ad suka kacau Jazz.Tapi,part kempiskan tayar dengan tumpahkan milo dinosaur tu,Ad geram sangat.”Jelas Ad lagi.

“Ad la mulakan dulu.Kalau Ad tak mula,tak adanya Jazz nak balas dendam.”

Tangan Jazz mengelus lembut rambut Jazz yang hampir separas pinggang.

“Rambut sayang sama macam dulu…”

Zupppp!Jazz terkejut!Jazz melonggarkan pelukan.Dia ingat lagi?Muka dah panas.

“Of course Ad ingat.”Haiyaa..Inche Soulmate…Memang tahu-tahu aja apa dalam hati aku.Tapak tangan Jazz menutup mukanya sekejap.Malu!

Terasa tangannya diraih Ad.Ibu jari dan telunjuk Ad mengangkat wajah Jazz yang menunduk.

“Y’know what?Masa Ad terpandang sayang masa tu,Ad cakap dalam hati yang one fine day,insyaallah,sayang ni jodoh Ad.Sebab,Ad pernah mimpi benda yang sama sebelum tu.And masa Ad tahu sayang ni Min,junior yang Auntie Ila suruh tengok-tengokkan tu,hati Ad tambah yakin yang sayang ni memang untuk Ad.Macam tak sangka kan?Macam tak percaya.And after that,Ad selalu buat solat istikharah.Tahu apa Ad nampak?”

Jazz menggeleng.

“Ad nampak kita dua duduk macam ni la.You and me,all those stars and the moon.”Ad tersenyum manis.Dilihatnya,Jazz pun tersenyum sama dengan mata yang berkaca-kaca.

“Sayang..kenapa nangis ni?”Jari Ad mengesat pipi Jazz yang basah.Jazz tersenyum manis.

“Ad tahu tak,Jazz pun pernah mimpikan yang sama,lepas Jazz buat solat istikharah dulu.Kita,bintang,bulan ni semua.”Ad membulatkan mata.Jazz mengangguk mengiyakan.Jari-jarinya yang bertaut dengan jemari Ad dieratkan.Ad turut sama mengeratkan tautan jemari mereka.Kuasa Allah,memang mereka berjodoh rupanya.

“Jasmine Athirah,sudi tak susah senang,sampai ke akhirnya dengan saya?”

Jazz senyum.Mata Ad dipandang kejap.Tak berani lama-lama sebab rasa macam renungan dia tembus sampai belakang kepala.

“Adrian Izzudin,Jasmine Athirah sudi.”Aduh!Malu!

Ad senyum bahagia.Dikucup kepala Jazz berulang kali.Jazz dah senyum tersipu-sipu.

“Ad..”

“Hmmm?”

“I love you…my-annoying-abang-senior…”

“I love you too my-only-naughty-junior…eternally…”Ucap Ad sebelum bibirnya mengucup dahi Jazz lama.Pandangan mereka kemudian dihala ke dada langit yang penuh dengan bintang dengan bulan penuh memancar indah.Perasaan yang pada mulanya benci,kemudian bertukar jadi suka,lepas tu jadi cinta.Benci+Suka=Cinta!Hati masing-masing sudah berlagu melodi cinta jantung berdegup lagu rindu.Semoga bahagia milik Jasmine Athirah dan Adrian Izzudin selamanya,Insyaallah…

-THE END-




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

28 ulasan untuk “Cerpen : Benci+Suka=Cinta”
  1. ariany says:

    So SWEET…menarik..tak membosankn..teruskan USAHA lagi Afifah Zayn

  2. DalilahYMz says:

    shosweet~ :D

  3. Eilaa Delailaa says:

    Sweet sangat :)

  4. Adz_Miey says:

    sweet….daebak…

  5. nieja imans says:

    jln cter yg x bosan..
    sweet sgt
    teruskan berkarya

  6. qalisha says:

    sweetla citer nie..

  7. 1234 says:

    comel jek.. ekekeke

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"