Novel : Cinta Si Tomboy 2

29 October 2013  
Kategori: Novel

1,081 bacaan 2 ulasan

Oleh : Princess Arrisyia

Bunyi lagu Just Give Me A Reason membingitkan telinga Diandra.’Ish,siapalah yang mesej pagi-pagi buta ni’katanya dalam hati.Diandra mengambil telefonnya di sebelahnya.

‘Awak free tak ari ni?Daniel’

“Bukan aku suruh mesej pukul 10 ke?Sekarang ni pukul berapa?Pagi lagi kan?Ish mamat ni tak reti bahasa betullah.Kalau ye pun tak sabar tunggulah dulu.Ganggu orang nak tidur je.Huaaahhh.”Diandra menguap.

Dia melihat jam di telefonnya.WHAT!!!!!Dah pukul 10.17 dah.Mesti aku tertidur lepas Subuh tadi.Ishhhhhh.
Diandra mengambil tuala dan terus meloloskan diri ke dalam bilik air.

————————————————–

Baju jersey Manchester United ditarik keluar bersama seluar track berwarna hitam.Rambut dimasukkan ke dalam topi seperti selalu.

Diandra melangkah satu per satu anak tangga dengan berhati-hati.Yelah kan,takut tersungkur nanti,tak jadi nak dating.Dating ke?Dengan pakai baju macam ni?

Jam dikerling sekilas.Pukul 11.15.

“Lambatnya anak umi ni bangun.Kenapa tak lambat lagi.”Puan Sri Intan menyindir.

“Dian ada datelah umi.”

“DATE????Dengan siapa?”tanya Puan Sri Intan dengan nada yang kuat.

“Dengan bakal menantu umilah.Siapa lagi.”

“Daniel?”soal Puan Sri Intan inginkan kepastian.

“Yelah.Siapa lagi pilihan umi selain dari Daniel.”

“Nak date tak boleh pakai macam ni.”kata Puan Sri Intan seraya menarik tangan Diandra yang sedang sibuk mencalit jem blueberry di atas roti.

“Umi nak bawa pergi mana ni?”tanya Diandra.Kakinya masih mengikut rentak Puan Sri Intan.

Puan Sri Intan diam.Tidak membalas pertanyaan anaknya.

————————————————–

“Pakai baju ni.”arah Puan Sri Intan.

Baju blouse peplum berwarna ungu berserta seluar jeans bewarna hitam diletakkan di sebelah Diandra yang sedang duduk di atas katil.

“What!!!!No way.Dian takkan pakai.”bantah Diandra.Digelengkan kepalanya.

Gila ke apa umi dia ni.Baju macam ni dia tak pernah terfikir pun nak pakai.Erhhhhhh.Menyesalnya bagi tau umi tadi.

“Ni first date kan?Pakailah cantik-cantik.”kata Puan Sri Intan.

“Tapiiiiii.”

“Takda tapi tapi.”Puan Sri Intan menolak anak daranya masuk ke dalam tandas.

—————————————————–

Daniel menuruni tangga untuk ke tingkat bawah.Dibadannya tersarung baju polo berwarna ungu bersama seluar jean biru.

“Nak ke mana anak mama ni?Wangi-wangi ni.Nak jumpa siapa?”tanya Datin Mariani.

“Nak pergi jumpa Natasha.”jawab Daniel.

“Oh.Nak pergi datinglah nie?”

“Eh takdelah.Nak berkenalan je ma.”

“Yelah tu.”

“Oklah ma.Daniel pergi dulu.Doakan tau.Hihihihi.”katanya sambil menayangkan senyuman yang menampakkan giginya yang cantik tersusun..

Tak sanggup rasanya dia duduk dalam tu.Macam-macam soalan yang mama tanya.Huh.Mampus aku kena jawab.

Enjin kereta Lambhorgini dihidupkan.Kereta mewah itu keluar dari perkarangan rumah dan meluncur laju membelah jalan raya.

—————————————————

Diandra menunggu di luar.Habis uminya ‘memake up’ dia tadi.Habis jadi lain muka dia.Lain sangat tahu tak.

Sedang Diandra melayan perasaan,sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya.’Ni ke Daniel’getus hatinya

Cermin kereta itu diturunkan.Wajah seorang lelaki yang dapat dilihat oleh Diandra.’Sah ni Daniel’getus hatinya sekali lagi.

Dia menarik pintu kereta dan meloloskan diri ke dalam kereta itu.

“Eh,eh,eh.Siapa suruh awak masuk ni?Saya tak kenal awak pun ok.”kata lelaki yang bercermin mata itu.Cermin mata diturunkan sedikit.

“Saya Diandra”kata Diandra dengan perasaan yang cuak.

“Aku just nak tanya jalan je ok.”

Merah muka Diandra tatkala ini.’Aku dah salah orangggggg!!!!!’

“Soorrryyy.Tak sengaja.Saya ingat awak Daniel.”

Tiba-tiba lelaki itu ketawa dengan kuat hingga menyebabkan Diandra pelik.

“Apa yang lawaknya?”Diandra bertanya setelah lama lelaki itu ketawa.Dia masih di dalam kereta Lambhorgini itu.

“Muka awaklah.Comellah.”kata Daniel,masih ketawa.

“Sebelum awak keluar dari kereta,saya nak bagi tahu yang sebenarnya betullah saya ni Daniel.Daniel Harriz.
Saya kenakan awak tadi.Pucat muka.Hahaha.”terang Daniel.Dia masih belum boleh berhenti ketawa.

“Whatttt!!!!Jahatnya awak ni.Isshhhh.”kata Diandra geram.

“Sorrylah.Jangan marah.Rileks ok.”kata Daniel selamba.

Daniel meneruskan perjalanannya.Sesekali matanya menjeling ke arah Diandra.

Diandra merengus.’Dahlah aku kena pakai baju entah apa-apa ni.Kena ‘prank’pulak tu.Ishhhh.AAAAAAA.
Stresssnya’kata-kata itu hanya mampu diungkap dalam hati.

——————————————————-

“Sorry tau pasal tadi.”kata Daniel

“Emmm.”

“Macam marah je.”tebak Daniel.

“Tak marah.Cuma geram.”terang Diandra.

“Hai sayang.”Tiba-tiba,seorang gadis yang memakai dress pendek paras peha yang berwarna merah menyapa mesra Daniel.

“You buat apa kat sini?Jom lunch.Tapi kita lunch dua je boleh tak?Budak ni biarlah dia lunch sorang-sorang.Lagi pun I mesti lagi penting kan?I kan girlfriend you.Siapa ni?”tanya gadis itu.Wajahnya seperti cina.
Dengan matanya yang sepet,kulitnya yang putih melepak.Tengok sekali macam gadis cina.

“You,kenapa diam je.Siapa ni?”tanyanya lagi.

“Kau pulak kenapa diam je?Kau perempuan simpanan dia ke?”tanyanya.Jari telunjuknya menunding ke arahku.

Diandra terus mengangkat kepalanya yang sejak tadi hanya menunduk.Matanya merenunug ke dalam anak mata gadis itu.’Berani dia panggil aku ni perempuan simpanan.Murah sangat ke aku ni’getus hatinya.

————————————————-

Biar soalan ni tak terjawab.Hehehehe




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Cinta Si Tomboy 2”
  1. krissy says:

    ada blog tk?

  2. nursuhadah says:

    nice story…
    keep it up

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"