Novel : Comelnya Awak! 3

2 October 2013  
Kategori: Novel

1,078 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : lyne farfalla

BAB 3

“Sya…tak sukalah akak tengok budak tu kat sini.”, bisik Auntie Anna ke telinga adiknya yang paling bongsu.

Ketika itu Yuna menolong Mak Long membuat hantaran di tengah ruang tamu. Nurin Hani pula asyik membuta dalam bilik. ‘Ishh masa inilah nak tunjukkan kau boleh diharapkan, Hani. Apalah budak ni!’, ngomel Auntie Anna tentang anak saudaranya itu.

“Dah nak buat macam mana? Wawa yang bawak dia kat sini. Tak perlulah Kak Chik ambil kisah dengan budak tu. Lepas majlis kahwin Wawa baliklah budak tu ke Kuala Lumpur.”, kata Mak Cu kepada kakaknya yang ketiga sambil membelek sambil lalu surat khabar Berita Harian.

“Habis tu Sya suka ke dengan budak tu kat sini? Nanti habislah plan kita. Emm…jom ikut akak keluar rumah jap.”

Auntie Anna berjalan keluar dan menapak menuruni tangga terlebih dahulu kemudian diikuti pula oleh Mak Cu. Mereka kemudiannya masuk ke tempat duduk belakang kereta Toyota Corolla Altis silver milik Auntie Anna di perkarangan halaman rumah.

“Akak nak cakap sesuatu. Wang dalam akaun bank arwah Kak Mawar dan suaminya akak dah pindah ke dalam akaun As dan juga Hani.”

“Betul ke Kak Chik? Terima kasih sesangat. Macam manalah Sya dapat membalas jasa akak.”

“Macam biasa. Akak nak kamu ‘jaga’ Ayunara sebaik mungkin.”

“Kak Chik jangan risau. Selama ini pun saya yang buat semua tu. Emmm…macam mana pula dengan saham dalam Kazuo Group?”, Mak Cu bertanya penuh beriya. Matanya bersinar bila membayangkan wang beribu ringgit dalam akaun bank kedua anaknya.

“Emm…susah nak cakap. Tetapi akak akan usahakan sedaya yang mungkin. Kazuo Group bukan calang-calang syarikat. Dorang syarikat besar. Hotel Amethyst yang tempat akak kerja tu adalah anak syarikat dorang.”

“Betul ke Kak Chik? Kalau betullah…untunglah kalau si As tu dapat.”, kata Mak Cu dengan penuh mengharap. Dia benar-benar berharap anak sulungnya akan dapat jawatan yang lebih baik dari jawatan yang di pegang sekarang.

“Sebab tu akak cuba yakinkan wakil Hotel Amethyst dulu. Tak salah akak arwah kak Mawar ada dapat pegangan asset di hotel tersebut. Tapi susah jugak. Orang atasan Hotel Amethyst tak percaya yang kak Mawar tiada pewaris sah. Surat kematian semua akak dah tunjuk. Geram pulak rasanya bila plan tak jadi!”, Auntie Anna tiba-tiba meninggikan suara. Geram apabila apa yang dia rancangkan tidak terjadi seperti yang diharapkan.

“Habis tu macam mana kak?”

“Macam mana apa lagi. Memang akak dah tak tahu dah nak buat apa. Buat senang nak tipu syarikat berpengaruh macam tu. Walau apa pun terjadi akak akan pastikan Ayunara Balqishah takkan dapat saham kat hotel dan di Kazuo Group”, Auntie Anna berkata sambil kemas menggenggamkan telapak tangannya.

“Culik?”, tiba-tiba perkataan itu muncul di bibir Mak Cu.

“Tak boleh! Kita tak boleh guna cara tu lagi.”

“Bukan ke rekod kes tu dah tutup oleh pihak polis?”

“Memanglah dah tutup tapi sesiapa pun dapat akses balik kes tu. Lagipun orang yang kerja untuk kita tu dah mati. Tak apa, kita bincang balik hal ni. Beritahu Hani dan As sekali.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"