Novel : Comelnya Awak! 4

11 October 2013  
Kategori: Novel

3,576 bacaan 7 ulasan

Oleh : lyne farfalla

BAB 4

Gembira…teruja dan seronok. Tiga perkataan yang sesuai menggambarkan perasaan aku sekarang. Bersyukur padaNya semuanya berjalan dengan lancar. Aku bangun awal dan sesudah melaksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya, segera aku menolong sanak-saudara membuat persiapan terakhir. Sebelum keluar dari bilik sempat aku mengerling sepasang baju kurung berwarna krim bercorak floral dan dihiasi pula manik yang siap bergosok semalam. Itulah warna baju pengapit yang di tempah oleh Wawa. Aku tersenyum dengan rasa puas di dalam hati.

“Fuyoo! Kau seperti ditakdirkan memakai baju saiz budak kecil ni.”, kata Wawa dua hari yang lepas semasa kami berdua pergi fitting pakaian di Faezah Weds.

“Perli nampak? Yelaa…aku pasrah diri ini sangat kerdil seperti blogger Yuyu Zulaikha manakala kau setinggi macam Hanis Zalikha, pengacara Mad Market tv9 tu.”

“Hehehehe. Kecil2 kau pun dapat juga jadi model.”, Wawa mengekeh ketawa.

“Gelaklah lagi kuat2”, dengan pantas aku mencubit telinga Wawa dan menjelir lidah kepadanya. Padan muka!

“Sakitlah!”

Lamunanku segera terhenti apabila Hani tak henti-henti memanggil namaku supaya pergi ke dapur untuk menolong menyiapkan juadah kenduri kahwin. Baru saja aku melangkah ke dapur serentak arahan datang dari Auntie Anna dan Mak Cu. Adeh…pengapit pun kena buat kerja ke?

Sepantas kilat aku mengupas kulit bawang sehingga hasil kerjaku yang pantas di puji oleh mak cik yang datang menolong. Auntie Anna pula menidakkan kata-kata mereka. Dia mengatakan yang banyak lagi perkara yang perlu aku belajar selain mengupas bawang. Aku pulak? Tak kisah pun.

Alunan lagu 80-an kedengaran dari radio menarik perhatian aku untuk menyanyi bersama. Aku juga turut menyanyi. Rasa seronok bila bersama walaupun tak begitu mengenali mereka. Dalam suasana sebegini kurasakan lebih baik aku meluangkan masa dengan seseorang yang tak begitu kukenali dari balik ke kampung yang jauh dari tempat aku bekerja. A stranger nearby is better than a far-away relative.

Sedar tak sedar jarum jam menunjukkan pukul 11 pagi. 11 PAGI?! Cepat betul masa berlalu. Tinggal 3 jam lagi sebelum Wawa dan Nuh akan bersanding. Mengikut aturcara majlis, persandingan akan bermula pada pukul 2 petang. Masalahnya pukul berapa Kak Jihe nak datang bawak shawl untuk pengantin? Oh My God!

Aku segera menuju ke dalam bilik. Daun pintu ditutup rapat. Tiba-tiba Wawa terus masuk ke dalam bilikku tanpa di pinta dan duduk bersebelah denganku di atas katil. Kerisauan pula terpancar di muka Wawa. Puas aku memujuknya bersabar kerana aku kenal sangat dengan perangainya yang cepat panik.

“Yuna…aku tak rasalah Kak Jihe sampai cepat.”

“Sabar dulu. Still have time.”

“Ok.”, jawab Wawa ringkas namun aku dapat menangkap riak risau diwajahnya.

Selesai saja solat Zohor aku terus mengenakan make up sendiri yang lebih ringkas. Setelah aku keluar dari bilik pengantin, aku terserempak dengan abang As yang masih aku cam walaupun dia sudah segak bergaya berbanding masa kecil dulu. Mungkin dia baru sampai ke kampung pagi tadi.

“Apa khabar Yuna? Lama tak jumpa.”, tegur abang As sehingga menunjukkan lesung pipitnya.

“Khabar baik. Abang As sihat?”, aku turut memberikan senyuman.

“Alhamdullillah. Yuna masih cantik seperti dulu.”

“Ala..biasa je abang As. Yuna nak pergi tengok Wawa ni. Nanti borak lagi.”, kataku dan menuju ke arah bilik pengantin.

Kelihatan Wawa asyik memandang telefon Samsung Ace Plus putih. Hasil kerja Kak Ezah menjadi Wawa tampak semakin ayu dan jelita. Pasti Nuh berdebar apabila melihat Wawa nanti.

“Kau ada mandi air bunga tak semalam?”, aku terus membuahkan pertanyaan apabila teringat tatkala terpandang hiasan kamar pengantin yang penuh dengan bunga mawar merah plastik.

“Alamak lupalah!”

“Ishh…penat aku kutip bunga semalam. Tak apalah…kau still nampak cantik walaupun tak mandi air bunga.”

“Aku kan natural beauty katakan. Hik2.”

“Macam-macamlah kau ni. Eh lupa pula aku nak tanya kau. Siapa punya idea tema kahwin warna krim dengan merah hati? Cantik kot tema ni.”

“Siapa lagi kalau bukan Nuh. Aku ni kan buta fashion. Ikutkan hati malas den nak melaram macam ratu cantik. Kang kau bising, mak bising and of course suami aku tu bising.”, Wawa membebel dalam loghat Melaka.

Aku tergelak. Aku tahu di dalam hatinya berasa gundah-gulana nak pakai make up dan juga baju pengantin. Wawa dah bagi warning awal-awal kat Nuh…NO HIGH HEELS! Lepas pung pang gaduh siang malam, akhirnya Nuh akur dengan keputusan Wawa. Macam-macam alasan yang diberikan, tinggi sangatlah…takut tergolek atas pelamin la…takut melecetlah…susah berdebat mulut dengan bekas pembahas sekolah.

Tak salah aku Layla Najwa suka berpakaian santai dan kalau terlampau sikit pun ala boyish sikit macam memakai topi dan berseluar pendek. Itu kadangkala Mak Long selalu bising kat sepupu aku tu.

Betul tekaanku! Kak Jihe sampai juga walaupun lewat 5 minit dari waktu dijanjikan. Aku segera menolongnya menggayakan shawl half moon yang sarat dengan manik. Veil di pakai kemas dan mahkota diletakkan di atas kepala. Selebihnya aku serahkan kepada pakar. Kesian juga melihat Kak Jihe yang berpeluh mungkin dia pun bergegas ke mari. Sebenarnya permintaan Wawa pada saat-saat terakhir untuk memakai shawl di majlis perkahwinan. Walaupun bakal suaminya tidak pernah memaksa dia bertudung, dia sudah bersedia untuk mengubah dirinya menjadi lebih baik. Alhamdullillah…syukur kepadaNya.

Dekorasi bilik pengantin menarik perhatian terutama sekali hiasan katil pengantin. Ada banyak kuntuman bunga ros merah di susun dan dibentukkan kepada bentuk hati. ‘Patutlah wangi masa masuk bilik tadi.’, getus hatiku.

Tengah kami rancak berbual Hani muncul menghampiri kami. Alasannya untuk melihat betapa cantiknya Wawa dibandingkan dengannya. Hani yang tak kurang cantiknya sudah siap berbaju kurung polos berwarna krim. Tapi…satu je aku tak berkenan. Solekan dia yang tebal sangat mengalahkan pengantin pulak aku tengok.

Sebelum mengiringi Wawa aku memakai terlebih dahulu wedges setinggi tiga inci. Barulah terasa tinggi sikit. Wawa juga sudah siap menyarungkan kasut flat berwarna krim dan dihiasi dengan butiran manik. Kami berdua kemudiannya berjalan ke arah Nuh berserta rombongan yang menunggu kami di selekoh sebelum memasuki perkarangan rumah.

Cuaca redup melancarkan lagi majlis persandingan mereka. Hadirin yang datang semakin ramai apabila rombongan pengantin lelaki sudah tiba. Apabila kami bertemu dengan Nuh dan pengapit lelaki kami berjalan bersama ke arah pelamin. Aku tidak memandang langsung ke arah pengapit lelaki. ‘Harap-haraplah bukan Bawal’, rungutku.

Apabila siap upacara menepung tawar, kami beralih tempat untuk menjamu selera. Kesian aku melihat Wawa kerana beberapa kali aku mendengar perutnya berkeroncong. Aku berbisik dan menyuruhnya bersabar. Lagu Selamat Pengantin baru nyanyian Zaleha Hamid menggamitkan suasana meriah di majlis perkahwinan anak sulung Mak Long. Aku melihat sanak-saudaraku dan keluarga Nuh sudah mengambil tempat duduk untuk menjamu selera.

Di saat inilah tiba-tiba mataku terpandang pada seseorang. Pertama aku dah tahu siapa pengapit lelaki iaitu Bawal. Err…geli pulak aku rasa dengan cara Bawal memandangku. Coverlah sikit inikan tempat ramai orang. Senget betul Bawal Masak Berlada tu. Aishhh!

Kedua aku terpandang photographer yang mengambil gambar majlis perkahwinan Wawa dan Nuh. ‘Siapa pula photographer ni? Tak pernah tengok pun’, soalku di dalam hati. Itu pertama kali aku melihat lelaki tersebut.

———————————————–

Hari semakin lewat petang. Badan aku pun dah kehabisan tenaga dan kelopak mata terasa terlalu berat untuk di buka. Lauk ayam merah masak berlada, ikan sembilang salai masak gulai lemak cili api, kacang panjang goreng hati masak kicap dan juga buah tembikai semuanya kehabisan. Ada penduduk kampung dan sanak-saudara yang mengisi lebihan makanan di dalam bungkusan plastik dan untuk di bawa pulang ke rumah.

Aku hanya makan nasi sedikit kerana tidak begitu berselera. Saat-saat begini aku lebih suka berehat dari makan. Malam ini ada jamuan ringkas antara sanak-saudara dengan keluarga pengantin. Sudah menjadi tradisi dalam keluarga kami membuat jamuan sebegini untuk merapatkan hubungan antara keluarga menantu dengan saudara sebelah isteri pada malam pengantin.

Selesai saja solat Maghrib aku bergegas keluar bilik untuk menolong Mak Long menyediakan air sirap oren dan juga teh panas. Kemudiannya Hani dan aku menghidangkan tiga jenis kuih seperti kuih tepung pelita, puding jagung dan kuih seri muka yang di buat oleh saudara sebelah Pak Long di atas tikar mengkuang yang sedia terbentang luas di tengah ruang tamu. Apabila semua siap dihidangkan barulah kami duduk beramai-ramai di atas tikar dalam bentuk bulatan. Ahli keluarga Nuh turut ada sama. Mereka akan pulang esok ke Selangor dan akan bermalam di rumah motel di pekan.

Aku terlihat photographer itu lagi. Dia tengah berbual sesuatu dengan Nuh dan kembali melakukan tugasnya. Ingin saja aku bertanyakan Nuh siapa gerangan lelaki tersebut tetapi berasa segan pula kerana tiada hal penting yang ingin dicakapkan. Dia nampak ramah dengan semua orang termasuklah dengan abang As yang merupakan abang Hani. Aku yang asyik memerhati perasan akan sesuatu. Dia seperti sudah lama kenal dengan abang As. ‘Ah, perasan je kot’. Aku juga perasan Hani asyik memerhati lelaki berdada bidang dan berambut sedikit perang. Lelaki tersebut hanya buat acuh tak acuh apabila Hani menegurnya. ‘Rupa dia macam cina. Cina ke?’, soalku.

Majlis dimulakan apabila kedua-kedua pengantin membuka hadiah dihadapan kami semua. Aku cuba tidak memandang prince photographer itu. Ada satu saat itu dia berjalan dan berdiri dibelakangku. Semerbak bau minyak wangi yang dipakainya menusuk ke rongga hidung. Jantung mula berdegup kencang. Perasaan yang sama ketika aku bercinta semasa zaman persekolahan dahulu. Ishh…apa aku mengarut ni?

Aku mengawal kembali sepasang mata anugerah Tuhan. Cuba buat endah tak endah. Aku menarik nafas dan menghembus perlahan. Aku cuba masuk ke dalam perbualan mereka. Sesekali gelak ketawa mereka bergema di ruang tamu apabila sudah rancak bercerita itu ini. Aku tidak banyak bercakap. Bila ada yang bertanya aku jawab sepatah. Selebihnya aku banyak mendiamkan diri dan menyuapkan puding jagung ke dalam mulut. Aku sangat suka puding jagung. Nyum…nyum.

Pelbagai saiz hadiah di terima oleh mereka walaupun semuanya di balut dengan kertas hadiah. Saterika, periuk nasi, set pinggan mangkuk pun ada. Aku menghadiahkan Wawa set alat solek Lancome manakala Nuh pula mendapat tali pinggang Crocodile dari abang As. Aku tersenyum apabila mereka sangat gembira dengan hadiah yang di terima. Aku tidak pasti apa hadiah yang Mak Cu sekeluarga berikan yang pasti hadiah yang diberikan oleh Auntie Anna paling mahal antara semua iaitu dua tiket kapal terbang ke Istanbul, Turki empat hari tiga malam. Melopong juga kami yang mendengar hadiah tersebut. Auntie Anna tersenyum bangga apabila melihat reaksi kami.

Aku mengetahui kerja Auntie Anna sebagai Pegawai Pemasaran di Hotel Amethyst daripada Wawa. Abang As turut bekerja di hotel tersebut. Dikatakan sikap workholic Auntie Anna menjadikan dia seorang andartu. Selain itu, Wawa juga menceritakan hubungan mesra Auntie Anna dengan anak-anak Mak Cu yang menganggap Hani dan abang As seperti anaknya dia sendiri.

Tepat jam 10.30 malam selesailah sudah majlis perkenalan dengan sanak-saudara. Aku sudah siap mengangkat pinggan kemudiannya bersedia untuk membasuh pinggan. Tiba-tiba Mak Long menghalang aku. Dia menyuruhku berehat dan menyuruh Safi, adik Wawa dan Hani membasuh pinggan. Sudah tentu Nurin mengadu terlebih dahulu kepada ibunya. Akan tetapi siapalah yang boleh lawan dengan arahan Mak Long. Mak Cu pula tidak mengendahkan rungutan anak manjanya itu dan menyuruhnya akur saja dengan arahan Mak Long.

Aku menarik nafas lega lantas segera menuju ke dalam bilik. Dah tak sabar nak tidur selena-lenanya! Baru saja aku hendak masuk ke dalam bilik tiba-tiba kedengaran suara garau di depan pintu rumah memberi salam beberapa kali. Rupa-rupanya…photographer tersebut!

“Err…Nuh ada?”

“Dia ada dalam bilik pengantin. Segan pulak saya nak ketuk bilik pengantin.”, jawabku jujur.

Kang kalau aku bukak pintu ternampak Nuh beraksi…opss! Ayunara Balqishah…berhenti berfikir benda bukan-bukan. Stop di situ! Stop di situ!

“Awak ok ke? Kenapa awak tampar pipi beberapa kali?”

“Hah? Er…tak ada apa-apa. Awak nak apa jumpa dengan Nuh?”, kataku dalam nada cover malu padahal muka merona kemerahan.

“Oh…tak apalah. Saya cuma nak cakap dengan dia yang saya dah nak balik.”

Mataku mula melirik ke seluruh wajahnya. Mata berwarna hazel begitu memikat sehingga aku teringin hendak pandang lama-lama. Kulit mukanya putih bersih seperti pelakon kegemaranku bernama Daniel Henney. Hensem…hensem…hensem. Tiga patah perkataan yang sesuai untuk lelaki muka Cina tersebut.

“Ok..nanti saya cakap dengan dia.”

Lelaki itu tersenyum padaku dan aku membalas senyumannya dengan penuh debaran. Dia kemudiannya dia berlalu pergi. Tak sampai dua tiga langkah dia berpatah balik ke tempat dia berdiri tadi iaitu di hujung tangga.

“Boleh saya tahu nama awak?”, dia menyoalku.

“Err…nama saya Yuna. Ayunara Balqishah.”, jawabku sambil tersenyum malu.

“Oh…ok. Err…saya balik dulu. Assalamualaikum.”, katanya sambil memberi senyuman nakal sebelum melangkah pergi.

Aku mengangguk dan menjawab salamnya di dalam hati kerana lidah terasa kelu untuk berkata. Aku cepat nervous depan lelaki sehensem seperti Daniel Henney! Harap-harap kami ditakdirkan bertemu lagi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

7 ulasan untuk “Novel : Comelnya Awak! 4”
  1. siti says:

    best giler…..x sbr tnggu smbungannn

  2. eiya says:

    to writer:
    menarik..saya suka sangat..kalau de blog bagi tau laa pe nama blog =)

  3. sanisah abu bakar says:

    best la,,,tak sabar nak baca lagi..harap penulisnya sambung lagi

  4. najwa anuar says:

    hi, baca ye:) eijatabdullah.blogspot.com

  5. najwa anuar says:

    silap link pulak dah! semangatuntukku.blogspot.com x)

  6. jejari ketot says:

    sangat best..x sabar nk tggu sambungan nyer..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"