Novel : Stop Bully! My Love 4

2 October 2013  
Kategori: Novel

1,585 bacaan 1 ulasan

Oleh : HUNLOVE R

Bab 4

Dalam kereta BMW525i CKD M-sport milik mama Wawa yang dipandu oleh Pak Rahim, suami kepada Mak Esah merangkap pemandu keluarga Tuan Yusuf. Pak Rahim hairan melihat gelagat Wawa mengomel seorang diri seakan-akan tidak puas hati dengan seseorang tetapi dengan siapa ya? Wawa duduk disebelah kerusi pemandu setelah pintu kereta itu dihempas kuat. Pak Rahim tersenyum melihat perangai Wawa yang masih kebudak-budakan itu. Wawa dan Hashim telah di anggap macam anaknya sendiri.

“aik? Kenapa monyok je ni, nanti muka tu hilang seri baru tau. Kang belum umur cukup muka Wawa tu da berkedut pulak, kan tak pasal-pasal kurang duit hantaran” gurau Pak Rahim. Sememangnya Pak Rahim menyenangi perangai anak majikannya itu. Kedua beradik itu tidak sombong dan amat menghormati orang. Dia sendiri mengetahui Wawa mendapat jolokan DIVA P di sekolah, tetapi itu semua tidak menghalang Wawa untuk menghormati mereka-mereka yang lebih tua darinya.

“bukan apa ayah, abang Hashim tu haa, gedik sangat nak minta orang cium tangan dia. Dulu waktu orang nak cium tangan dia, dia kata dia belum tua lagi la, dia geli la, apa la, ini lah. Sekarang ni, gedik daun keladi nak minta orang orang cium tangan dia” tanpa segan silu Wawa meluahkan perasaan kepada Pak Rahim.

“maksudnya, abang Hashim kamu tu da berubah la. Berubah menjadi seorang yang matang, yelah masa dan pengalaman hidup mengajar seseorang itu menjadi dewasa dan matang. Nak tak nak, memang Wawa kena hormat dia. Lagipun ayah rasa abang Hashim kamu tu Wawa, rindu kan kamu sebenarnya” lembut je nasihat Pak Rahim sambil tangannya memulas stering kereta.

“matang? Macam mentah je Wawa tengok” tawa Wawa kedengaran, Pak Rahim pun turut ketawa. Senang dia melihat wajah tua di sebelahnya ini, Pak Rahim yang merupakan ayah angkat mereka dua beradik. Pak Rahim takda anak kerana Mak Esah disahkan oleh doktor tidak boleh mengandung lagi setelah keguguran anak pertama mereka. Kesian Pak Rahim.

“okey dah sampai! Wawa pergi dulu ye” ceria suara Wawa. Dicium tangan pak Rahim. Setelah kaki dia melangkah keluar dari kereta. Dia melambaikan kedua belah tangannya ke arah Pak Rahim seperti budak perempuan yang manja.

Setelah kereta itu hilang dari pandangan mata, laju saja kakinya melangkah menuju ke pintu pagar sekolah dengan muka yang bertukar dari ayu dan manja kepada bengis al-mangis. Matanya mengerling ke arah jam jenama Swatch yang elok di tangannya 7.18 pagi. Fuh, nasib baik sempat!

“woi, cepat la korang! Yang jalan tergedik-gedik ni kenapa? Korang fikir ni taman bunga ke apa! Tak payah nak bajet sangat la, ni bukan pentas catwalk ye. Ini sekolah! Korang faham tak, sekolah! Hei, ada yang aku hempuk ni karang!” Wawa melaung suara speaker kearah pelajar junior yang berada di jambatan hujung jalan sana.

Terkocoh-kocoh sekumpulan pelajar perempuan junior itu, dari elok berjalan lenggang kangkung kepada acara lumba jalan kaki 1000 meter. Siapa yang tak takut dengan Diva P sekolah, ditangannya terdapat buku yang telah digulungkan untuk mengetuk kepala pelajar yang lambat. Pergghh! Mengalahkan cikgu displin daa..

“Wawaku sayang! Pagi-pagi ni janganlah marah, da tak manis da muka engkau kalau buat macam tu” pujuk Hakim bin Dato’ Mahathir tapi bukan anak perdana menteri kita yang keempat tu ye, ni Dato’ Mahathir CEO syarikat hartanah kawasan Kuala Lumpur ni.

“kau ni da kena rasuk ke apa! Siapa kau punya sayang hah?! Cepat arhh masuk kelas, kang ada yang kena hempuk dengan buku aku ni hah! Kalau kau koma karang, jangan salahkan aku!” pantang dia tengok muka hidung belang Hakim, jumpa je panggil sayang. Takda panggilan lain ke? ‘Berbulu kaki mak mendengarnye haa’

“alala janganlah marah ye, sayang? tengok tu da naik kedut da muka kau tu. Macam mana nak jadi girlfriend aku ni? Jatuh air muka aku karang” dengan yakin Hakim berkata sambil mengenyitkan matanya kepada wajah putih yang mula memerah. Comel!

“woi Akim! Sudah-sudahlah kau jual minyak tu! karang ‘Mummy’ Diva P ni datang sini kita gak susah weii” sergah jejaka yang tinggi lampai kepada mamat hidung belang yang berada di hadapan Wawa.

“ala kau ni kacau daun la, Nal. Aku baru nak bermanja dengan buah hati aku ni. Tak puas nak melepaskan rindu kot!” marah Hakim.

“kalau ye pun, dalam kelas nantilah kau sambung nak manja-manja bagai! Tak lari pun singa betina haa. Sekelas je kita, hari-hari kau dok mengadap muka dia ni. Dah lah, jom blah. Ada budak baru masuk tau, cun weii!” Zainal yang sudah masak dengan perangai Hakim yang suka menyakat perempuan tapi cara Hakim memandang Wawa tidak seperti dia memandang perempuan lain. Feel dia pun lain macam jugak.

‘feel tak feel, yang penting GELI aku nengoknye. Macam da takda perempuan lain je. Singa lepas beranak ni juga yang dia nak sauk!’ gumam Zainal.

“yelah-yelah! Kau tunggu jap. Aku nak bagi flying kiss kat buah hati aku ni dulu” Hakim terus memandang ke arah Wawa.

“Ok la sayang, abang Akim awak ni nak pergi dulu ye. Jumpa lagi nanti. Jangan nakal-nakal tau!” sambung Hakim dengan kata-kata yang lembut sambil tersenyum manis. Killer smile tu wei, bak kata budak-budak kat sekolah ni senyuman tu mampu mengoncang hati semua perempuan. Ada juga yang tak boleh tidur malam dek nengok killer smile Hakim kecuali hati Diva P yang berhati batu, pasir, tanah liat dan lain-lain yang sama waktu dengannya.

Wawa terpaksa mendongak ke atas untuk bertentang mata dengan lelaki yang berada hadapannya lalu mencebik.

“pegedaa.. tak jumpa terus pun tak pe! Tak luak pun. Pi main jauh-jauh, kau kat sini menyemak je!” sakit hati Wawa mendengar kata-kata Hakim!

‘ehh, pendek gak aku ni rupanya ye. Laa, aku tinggi bahu dia je kot! Aduyai! Tulah, dulu mama suruh kau minum susu kau tak mau, tengok Abang Hashim minum susu cap lembu sekarang da jadi zirafah da. Badan abang pun da serupa bluehippo!’ getus hatinya dan baru dia perasan akan keadaan fizikalnya. Anak matanya menghantar tubuh sasa Hakim berlalu masuk ke kelas.

“KRINGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!” lonceng berbunyi tandanya 7.30 pagi.

“Tutup pintu pagar tu! Make sure tak satu umat pun dapat masuk!” laung Wawa sambil tersenyum melihat pelajar yang lambat datang ke sekolah dengan tangan kanannya menunjukkan gaya mengerat leher.

‘heh! mati la korang! Hahahahaha’ besar ketawa Wawa, melihat mangsa-mangsa yang berada dihadapannya kini.

Pelajar-pelajar yang lambat sudah pun siap berbaris dihadapan Wawa. Mereka semua berada keadaan sedia, macam nak kawat pun ada. Ada pelajar yang tidak puas hati dengan ketegasan Wawa yang melebihi cikgu displin sekolah. Ada juga yang takut dengan peragai Wawa yang tak makan saman, sikit pun Wawa tak takut apabila diugut oleh pelajar-pelajar nakal sekolah. Ada juga yang fed up, menyampah, menyumpah, mencebik, dan segala ‘me’ lah.

Dah nama pun Wawa dia tak hadap pun dengan apa orang nak cakap pasal diri dia. Telinga dia da lali macam terlebih dos ubat bius je. Nama pun tugas, so Wawa kenalah buat betul-betul. Tak da soal pilih kasih or sayang, semasa dia menjalankan tugasnya. Tabik spring la Wawa!

“aku betul-betul tak fahamlah dengan peragai korang ni! Nak kata bodoh dalam erti kata lain kurang cerdik tidak jugak. Nak kata ba alif gang, bangang, tak jugak! Hari-hari aku bagi ceramah percuma kat korang. Tapi tak lekat juga kat otak korang tu, da berkarat ke apa? Ke telinga korang ni da lama tak servis?” perli Wawa sebelum menyambung.

“Sedih aku tengok perangai buruk korang ni! Dah tau diri tu susah nak bangun tidur, pergilah beli jam loceng sepuluh bijik, tak pun beli bom! Biar telinga tu terus pekak” dengan panjang lebar Wawa memberi ceramah percuma seperti hari-hari sebelumnya. Eleh, Wawa cakap orang lain payah nak bangun tidur. Diri sendiri tu pun sama daa. Sesudah Wawa menelan air liur yang tak berapa nak sedap tu, Wawa menyambung lagi kata-katanya.

“sekarang ni aku nak korang, buat senaman aerobik! Sebagai denda untuk korang hari ini. Kalau tak aku tulis nama korang dalam buku rekod salah laku!” tersenyum Wawa dengan aktiviti yang bakal dilakukan oleh pelajar-pelajar dihadapannya ini. Begitulah rutin Wawa, setiap hari ada saja denda jahat yang dirancang oleh otak jahatnya.

“tak da musik la Kak Wawa” seorang pelajar junior tingkatan tiga bersuara apabila mendengar denda yang tak masuk dek akal itu. Masakan pagi-pagilah nak suruh orang bersenam, da tak betul apa Diva P ni?

‘aku tau badan aku ni banyak lemak, ni tak lain dan tak bukan nak perli aku lah tu!’ guman pelajar itu.

“music ye? Hurmmm, jangan risau semuanya aku da sediakan! Korang just perlu buat senaman aerobik! Ada faham?” Wawa panas!

“ala, Kak Wawa… kita kutip sampah jelah” seorang lagi pelajar junior cuba mengelak dari bersenam.

“ha’ah la Wawa, dari bersenam baik kita kutip sampah biar cantik sikit sekolah kita ni” kali ini kawan kelas Wawa pula member cadangan. Dia malas sebenarnya.

‘hei, banyak bunyik pulak budak-budak ni! Elok je aku bagi denda yang paling ringan dalam senarai denda aku. Tak bersyukur langsung langau-langau yang tak bertauliah ni!’

“kalau korang tak nak, tak apa. Korang boleh masuk kelas sekarang. Kejap lagi aku nak masukkan nama korang dalam buku salah laku pelajar? Lepas tu markah korang kena demerit, then tak pasal-pasal pulak korang kena gantung sekolah! Hurmm, aku no hal. Silakan masuk” ugut Wawa sambil tersenyum.

“Kak Wawa jangan la macam ni. Okey-okey kami buat” pujuk seorang lagi pelajar yang didenda. Wawa tersenyum puas. Lagu Sha La La, mula kedengaran. Seramai 28 pelajar mula melakukan gerakan aerobik. Pelajar-pelajar itu, dengan hati yang berat dan perasaan malu yang menebal melakukan gerakan senaman aerobik itu. Gerakan yang tak payah mana pun, chicken dance je. Memang tak matching langsung lagu dan gerakan, tapi apa Wawa peduli! Yang penting budak-bidak tu ikut kata dia.

Sudah mula kedengaran tepukan yang gemuruh dari kelas-kelas yang berdekatan dengan pagar sekolah. Mereka berasa geli hati melihat gelagat pelajar-pelajar yang didenda oleh Diva P itu. Pelajar-pelajar yang berada didalam kelas melihat lagak mereka macam buat persembahan je.

Pelajar-pelajar yang didenda itu pula, pada mulanya melakukan gerakan dengan sambil lewa. Tetapi apabila melihat mata Wawa yang mula membesar, mereka terus melakukan gerakan aerobik dengan serius.

Wawa sangat berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan oleh pelajar-pelajar itu. Syabas Wawa, you are the best!!

Hakim melepaskan keluhan apabila dia terdengar suara Wawa yang begitu kuat mengalahkan guntur di langit bro. Tidak dinafikan Wawa adalah pembuli merangkap pengawas yang garang. Namun hatinya begitu gembira apabila dapat memulakan hari-harinya dengan melihat wajah Wawa. Setiap hari dia bersemangat ke sekolah, untuk melihat wajah Wawa selain dari menimba ilmu yang perlu diisi didada.

Walaupun wajah itu sentiasa kelihatan bengis al-mangis dan masam mengalahkan mangga muda, tetapi wajah itulah yang sentiasa mengisi mimpi indahnya setiap hari.

‘Phew, nasib baik aku tak lewat tadi. Tak sanggup aku kena raging dengan perempuan tu. Jatuh air muka aku yang macho ni wei. Tak best lah kalau buah hati sendiri yang bagi hukuman pada diri ku yang macho tapi tak hancur ni kan? Wawa my love, janganlah garang-garang masa kita da kahwin nanti okey? Hehe. Kahwin? Yahoo! Bestnya, tak sabar aku!’ dengan panjang lebar Hakim berbual bersama hatinya. Siap nak kahwin bagai! SPM pun tak lepas lagi, ada hati nak nikah. Gatai!

Hakim teringat pada hari pertama minggu orentasi sekolah pada empat tahun yang lalu…

“wei, kau ni kenapa? Aku da kata sorry tu dah lah! Kau nak apa lagi? Ke tepilah sikit! Aku sepak kang” sakit hati Wawa apabila lelaki yang berada dihadapannya ini tak makan insurance MAA!

‘bengong! Aku tau aku salah, tak perlulah nak pandang aku macam aku buat salah besar. Alah tak luak pun kena langgar dengan aku ni. Tak patah pun tangan dia tu!’

“eh.. sorry saa..yaa.. eh, aa..kuu.. eh.. saa..ya..” Hakim mula gagap, apabila dia tersedar lamunannya. Gadis yang berada dihadapannya ini kelihatan sungguh comel. Tapi sayang sejuta kali sayang! Gadis ni brutal sangat! Walaupun brutal, muka comel dia ni yang membuatkan senior lelaki syok kat budak ni.

‘yes! Mangsa aku!’ Hakim suka akan perempuan yang comel-comel ni termasuklah Wawa yang berada dihadapannya kini. ‘eh, member-member dia pun comel jugaklah, tapi buat masa sekarang Wawa the singa betina ni jadi pilihan hati aku’

“pulak daa. Gagap rupa-rupanya. Oi, sengal! Kalau nak tunggu kau habis cakap sampai tahun depan pun tak habis lagi. Aku dah say sorry, so aku nak blah dulu! Adios!” malas Wawa nak berlama situ. Mata lelaki tu macam nak terkeluar je, SERAM oi!

“Wawa, tak baik kau cakap macam tu tau. Tu kan anugerah Allah buat dia ni. Kesian kat dia” Alya tak sangka Wawa dengan mudahnya melafaz kata-kata yang kurang garam dan asam itu.

“beb, agak-agak lah. Budak ni sakit kot! Aa..aa..wak.. jaa..jaa..ngan.. maa..maa..rahh yee..? kaaa..kaa..wan saa..saa..yaa nii.. bi..bi..aa..dap sii..kit ooo..rang..nyaa” Diana pun turut belas melihat wajah kelat Hakim dan tak pasal-pasal Diana terpaksa bercakap bahasa gagap sekali dengan gaya macam bercakap dengan orang bisu je. Rosak, rosak!

“Astaghfirulladzhim. Diana, kau pun sama jugak! Sampai hati kau cakap macam tu, dalam islam, kita sepatutnya bersyukur dengan anugerah dan jangan persendakan seseorang yang macam ni dia. Sebab apa? Kita ni hanya..” belum sempat menghabiskan Alya ceramahnya, Hakim terus memotong.

“ehh, korang dah salah faham ni. Aku normallah macam korang jugak. Aku just terkejut bila tengok singa betina yang langgar aku. Last week, aku dengar dia ni yang mengamuk sakan kat kantin kan? Siap main tarik- tarik kolar baju bagai.” Terang Hakim lalu menyambung kata-katanya

“Tak sangka pulak, aku muka dia ni comel sangat. Tu pasallah aku tergagap. Hehe. Sorry ye awak?” Hakim tersengih-sengih macam kera dapat burger!

“laa.. normal!” kuat giler ketiga-tiga gadis itu bersuara. Al-maklumlah terkejut dengan kenormallan Hakim.

“kenapa tak awal-awal? Buat penat aku je cakap bahasa gagap dengan kau!” Diana sikit punya kecewa daa..

“boleh tak saya nak berkenalan dengan awak?” Hakim terus menyampaikan hajat di hatinya. Siap bersaya berawak la pulak!

“comel, perut engkau! Aku cepuk kau kang haa, seminggu kot kau koma! Ntah-ntah terus GOAL! Jangan nak mengatal dengan akulah! Kau da salah orang!’ geram hati Wawa dengan lelaki yang cuba mengoda hatinya yang keras itu. Aik? Bukan ke Wawa kata cari lelaki macho kat sekolah ni kenapa tolak salam perkenalan dari Hakim? Wawa, Wawa. First time, tengok kucing tolak friskies.

Mereka bertiga terus berlalu meninggalkan Hakim yang tersengih-sengih macam kerang basi tu. Macam orang miang pun ada jugak tapi bukan orang minyak sebab Hakim ni sawo matang orangnya. Sejak dari insiden itu, Hakim sentiasa ingin mendapatkan perhatian Wawa. Dia nekad untuk mendapatkan hati Wawa. Walaupun dia memang ada banyak kekasih gelap disampingnya tetapi hatinya betul-betul telah dicuri dan tertarik dengan gaya jual mahal Wawa.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Stop Bully! My Love 4”
  1. Adibah Tham says:

    Yeah!!! Org pertama yg bagi komen… Huhuhu… Bestla kak citernya… Teruskan berusaha tau kak… Saya akan sokong akak…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"