Novel : Stop Bully! My Love 5

3 October 2013  
Kategori: Novel

830 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : HUNLOVE R

Bab 5

Sesudah memberi denda atau dengan kata lain memberi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lewat, Wawa melangkah terus ke kelas 5-AMANAH. Puas hatinya bila mengenangkan pelajar-pelajar yang didendanya tadi, mengikut bulat-bulat apa yang diarah olehnya walaupun mereka melakukan perkara itu dalam keterpaksaan.

‘heh, lain kali datang lambat lagi ye. Aku ada seribu satu senarai denda yang terbaik dari ladang untuk korang semua’ gumam Wawa.

Sesampai sahaja di kelas, mata Wawa mula meliar mencari kelibat kedua sahabat dunia akhiratnya dan dalam masa yang sama dia juga mencari kelibat seseorang.

“Hoi! Kau cari siapa hah?” sergah Diana dari belakang diikuti Alya.

“kau ni tak reti nak bagi salam ke apa? Alya cuba ajar sikit si Diana ni bagi salam. Cubalah senonoh sikit! Buatnya aku ada masalah jantung macam mana?” marah Wawa sambil memegang dada menahan kejutan yang diberi oleh Diana. Alya hanya mampu menggeleng kepala melihat telatah mereka berdua.

“tengah senonoh la ni. Weh, kalau kau tengah cari partner esei kau tu, harap maaflah ye. Budak skema tu tak datang, demam katanya” Diana memaklumkan berita tentang Aiman demam tanpa dipinta oleh Wawa.

“hah, demam!” rasa nervous Wawa datang lagi!

“ala.. aku baru fikir nak komplot dengan korang hari ni, aku nak kenakan dia lagi. Rasa tak puas tengok dia kena gula-gula dengan kita” Wawa cuba menutup rasa bersalah.

‘tapi bukan ke semalam dia kata dia sihat je. Ni apa hal pulak dia nak tipu aku? Kalau sakit tu cubalah kata sakit, ini tidak. Sengaja nak buat jantung aku rosak! Nak bagi jantung aku ni berdebar memanjanglah tu’ mulut boleh tipu tapi hatinya terang-terangan rasa bersalah yang amat.

“weh.. korang tak rasa ke, kita ni macam tengah tengok cerita lawak? Macam manalah budak skema tu boleh sangkut dengan kau yang sikit punya kasar lagi tersasar ni? Harap muka kau je cantik tapi perangai macam hantu raya. Patutnya mamat skema tu suka dengan ustazah sebelah aku ni, baru ngam gitu” Diana meluah rasa lucu apabila Wawa berjaya membuktikan yang Aiman skema tu suka dengan dia.

“kesian Aiman kan? kau buat dia sampai demam. Macam tak berbaloi je dia suka dengan kau” Alya tidak puas hati dengan sikap kawan-kawannya yang suka mempermainkan perasaan orang lain.

“kau ingat ni iklan ‘memang berbaloi’ ke apa? Berbaloi-baloi ke, tak berbaloi ke, yang kau nak peduli sangat pasal mamat skema tu apasal? Ish apa la kau ni, Alya. Entah-entah, kau ni betul-betul syok dengan mamat skema tu kan?” Diana mula serkap jarang. Dengan jari telunjuknya mula di arahkan betul dihadapan wajah Alya.

“Hah! Ni sekor lagi ni, muka macam mati laki je, apasal? Kau rasa bersalah ek Wawa? aku tak tahu pulak ‘rasa bersalah’ ada dalam kamus hidup kau, Wawa. Jangan-jangan, ni mesti kes kau dah tangkap cintan dengan Aiman the skema tu kan? Ya Allah! Habis rosaklah sahabat-sahabat aku lepas ni. Drama berebut pak we skema akan berlaku dengan tragisnya di kelas kita. Aduhai”

Diana mengeluh sambil tangan kanannya memegang dahi dan sebelah kiri pula memegang dada. Kononnya risau yang amat dengan apa yang akan berlaku pada sahabat-sahabatnya nanti.

“astaghfirullahala’zim! Diana! Baik kau jangan nak buat gossip liar yang tak berdaftar dengan kementerian dengan mulut tenet kau tu. Sampai kat telinga abhi ngan umi aku, mati aku kena sembelih hidup-hidup. Tak pasal-pasal aku GOAL karang! Aku bercakap atas dasar saudara seislam, kita tak boleh menganiayai orang lain sebab ….” Belum sempat memulakan syarahan yang tak berdaftar, Wawa terus memotong.

“Alya, sebelum kau mula berlayar dengan syarahan tak berdaftar kau tu, lebih baik kau teman aku pergi taman kebun kat belakang sekolah tu, sekarang” Wawa terus menghentikan ceramah percuma Alya.

Alya mengembung pipi sebagai tanda protes! Tapi apapun dia telah berjaya menyampai amaran keras kepada Diana, the mamarazzi sekolah yang terkenal dengan mulut gossipnya! Alya teringat akan peristiwa lalu….

Diana mempunyai rasa ingin tahu yang amatlah tinggi, rasa-rasanya lebih tinggi dari Gunung Kinabalu. Pernah sekali, sekolah mereka dikecohkan dengan kes Mat Bangla bercinta dengan pelajar perempuan tingkatan tiga.

Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak dalam dirinya, dia mahu membusy body kan dirinya dengan masalah-masalah yang tiada kaitan dengan dirinya sendiri. Diana begitu hairan mengapa budak itu memilih Mat Bangla sedangkan banyak lagi student lelaki kat sekolah ni. Apa yang istimewanya Mat Bangla tu? Sepatutnya budak ni study hard untuk PMR yang akan menjelang tak lama, tapi dok sibuk bercinta dengan Mat Bangla tu. Pelik-pelik! Dan ternyata terdapat pelbagai lagi persoalan yang bermain di dalam kepala otak Diana sebenarnya.

Dengan itu, Diana tanpa segan silu terus bertanya kepada empunya badan, dan apa yang Diana diperolehi hanyalah jeling tajam dan dikatakan kepada Diana ‘jangan menyibuk!’. Tapi Diana ni tak putus asa. Satu hari tu kan, lepas je waktu sekolah Diana buat kerja giler pi ikut budak tu jumpa pak we Bangla dia dengan senyap-senyap. Siap bawak kamera bagai. Dengan pakaian sekolah, tudung labuh dan yang paling penting spek mata hitam ‘wajib’ ada!

Kemana sahaja dua sejoli tu pergi, dia dok ikut. Pelbagai jenis posing yang dua sejoli itu lakukan dia berjaya snapkan. Sebagai bukti katanya. Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi, keesokkan harinya Diana terus menampalkan maklumat yang diperolehinya di papan kenyataan sekolah. Kembang kempis kot, hidung Diana masa tu. Hasil kerjanya dipuji oleh pelajar-pelajar dan guru di sekolah itu.

Budak tu apalagi malu punya pasal, terus transfer sekolah lain. Secara tak langsung Diana mendapat gelaran Mamarazzi selain dari jolokan Fasionista.

Alya terkejut dari lamunan panjangnya, apabila tangannya ditarik oleh Wawa yang mula melangkah tetapi ditahan oleh Diana.

‘lama betul aku melamun’ desis hati Alya, ustazah pilihan dulu, kini, dan selamanya.

“cop-cop, kau nak pergi taman kebun belakang sekolah tu ke? Nak buat apa? Ooo.. Kau nak dating dengan ‘abang’ Hakim kau tu ek?” duga Diana dengan tekaan yang merapu tahap melangit.

“ha’ah la Wawa, buat apa pergi kebun tu”Alya yang baru tersedar turut merasa hairan dengan ajakan Wawa.

“aku nak pergi petik cili padi kat kebun tulah. Aku nak cabai mulut longkang si Diana ni. Biar dia sedar sikit. Alya, nanti tolong gilingkan cili tu ye? Senang sikit nak tonyoh kat mulut dia ni. Jom Alya! Kalau kau nak ikutlah..” muka Wawa yang bertukar merah, paling pantang dia dikaitkan dengan mana-mana lelaki, lebih-lebih lagi Hakim yang berdahi licin mengalahkan gris tu.

Tawa Alya meletus, namun pantas di kawal dan ditutup dengan mulut.

‘hei, perempuan mana boleh ketawa kuat sangat, hilang keayuan muslimah sejati nanti’ gumam Alya.

“jom! Aku pun nak ambil jugak. Kalau boleh sebaldi aku nak bagi kat Diana ni! Setakat cili giling tu, no hal la Wawa” tambah Alya.

Diana kaget dengan rancangan Wawa yang ingin mencili mulut kesayangannya. Tak pasal-pasal dia kena jadi kembar Angelina Jolie nanti, boleh bergegar sekolah ni karang. Terus peristiwa dahulu tersingkap…

Pada malam yang dingin itu, dengan penuh kesabaran Wawa duduk bersila dengan penuh gaya ayunya disebelah kolam ikan yang berada betul-betul disebelah kanan rumahnya. Botol mineral 1.5 liter itu diisi dengan air lumut yang agak berbau. Jenuh jugak Wawa, mencedok air kolam ikan koi ke dalam botol yang telah dikosongnya sewaktu pulang dari sekolah tengahari tadi.

Mak Esah hendak membasahkan tekaknya dengan langkah longlai dia menuju ke dapur. Tetapi langkahnya terbantut apabila dia melihat kelibat seorang gadis berambut panjang duduk disebelah kolam ikan. Mak Esah mula berasa seram sejuk. Bulu romanya turut meremang, dia mahu menjerit tapi dia takut hantu tu terkejut dan terus menerpa ke arahnya. Puas Mak Esah membaca ayat kursi dan ditiup-tiupkan bacaan itu ke arah pintu gelongsor rumah yang terbuka agak terngaga.

Dengan beraninya Mak Esah mengeluarkan jampi serapah yang agak mengarut lagi karut dek terlalu banyak menonton cerita hantu. Mulutnya mula terkumat-kumit, dahinya dikerutkan seribu, matanya pula dipejam dengan kejap dan tangannya digayakan seperti membuat jutsu naruto.

“hoi mambang kolam, mambang malam! Pulanglah, kembalilah ke tempat asalmu! Fuhhh” dengan penuh gaya Mak Esah cuba menghalau hantu yang berada dihadapannya kini. Rupa Mak Esah macam nak taekwando je. Siap pasang kekuda.

Tetapi malangnya tiada respon dari hantu itu.

‘aik? Hantu jenis apa ni? Kebal sungguh! Patutnya dulu aku belajar menurun dengan arwah mak aku, tengok sekarang ni kan dah susah. Siapa nak tolong aku ni?’ Mak Esah cuba bertahan walaupun jantungnya sudah berdetak laju dari kadar biasa. Ni sudah pasti kesan dari rembesan hormone adrenalin dalam tubuhnya kini.

Wawa terkejut beruk mendengar jeritan yang agak kuat yang datang dari arah belakangnya, botol dalam tangannya terlepas. Air kolam terpecik mengenai wajah dan baju tidurnya. Dengan pantas dia memaling mukanya ke arah suara sumbang yang menganggu konsentrasinya itu. Dia terkejut melihat lembaga hitam sedang memasang kekuda seperti hendak membawanya berlawan.

Perasaan takut mula menjalar ke seluruh tubuhnya. Tetapi Wawa dengan cepat menangkis perasaan takut itu. Dia turut memasang kekuda sebagai tanda dia tidak mahu mengalah dengan lembaga itu. Tidak semena-mena dia juga turut membuat jutsu naruto, dengan niat nak menghalau lembaga hitam itu dari terus menganggu kerjanya. Tetapi malang tak berbau, belum sempat dia menghembus jampi serapah. Badannya hilang keseimbangan dan terus jatuh ke dalam kolam ikan.

“aaaargggghhh” jerit Wawa dengan kuat. ‘tak guna betullah lembaga bengong ni’ sempat Wawa menyumpah.

Mak Esah terkejut melihat wajah hodoh dihadapannya itu, terus tersedar apabila terdengar suara jeritan yang amat dikenalinya selama ini.

‘eh.. hantu ni suara dia macam Wawaaa…’ gumam Mak Esah

“Ya Allah! Wawa, anak aku!” dengan secepat mungkin Mak Esah mendapatkan anak angkatnya itu.

Mengingati bau air kolam yang semerbak ditubuhnya malam tadi, membuatkan hatinya makin nekad! Botol ditangannya dipegang dengan kejap, langkahnya laju mencari kelibat seseorang. Wawa menuju ke arah kelas aliran sastera yang tidak jauh dari kelasnya. Dia berdiri betul-betul dihadapan perempuan yang tak sedar diri itu. Hati Wawa mendidih apabila dia dituduh merampas pak we orang.

‘kalau muka tu elok sangat, tak pe lah jugak ni muka macam tenuk mati bini. Harap maaf jelah! Sebelah mata pun aku tak pandang’ cebik Wawa.

“oii, sengal! Mulut kau ni bau bangkai tau tak! Puikk!” Wawa terus memuntahkan lavanya. Wawa tidak dapat menahan hatinya yang tengah panas!

“kau pehal? Datang kelas aku, pastu nak buat kecoh pulak! Dasar perempuan tak tahu malu!” gadis itu tidak mahu mengaku kalah. Dia tahu apa sebab Wawa the Diva datang ke kelasnya hari ini.

“woi, kenapa kau cakap aku rampas pak we muka tenuk kau tu hah! Dasar mulut bangkai! Hei, aku tak selera arr dengan muka tenuk tu” balas Wawa dengan penuh kebencian.

“mulut tu jaga sikit! Sesuka hati kau je cakap pak we aku macam tu. Kalau kau tak terhegeh-hegeh dengan pak we aku, pak we aku tak akan kata nak putus dengan aku ni tau tak! Hairan betul aku tengok lelaki kat sekolah ni, perempuan berperangai jantan macam kau ni jugak yang dorang dok suka. Pelik aku! Ubat apa ntah kau guna!” balas gadis itu dengan sinis.

“kau bagilah seribu lelaki macam tenuk kau tu, aku langsung tak hadap la weii! Aku rasa ada satu benda je yang dapat ajar mulut bangkai kau ni. Kau Nampak apa yang aku pegang ni?” Wawa sengaja mengoyang-goyangkan botol itu, dihadapan musuh barunya itu.

Gadis itu memandang botol yang dipegang oleh Wawa dengan wajah yang kelat. Dia seolah-olah tahu akan nasib yang akan menimpa dirinya hari ini. Dia sepatutnya mendengar nasihat rakan sekelasnya. Ini tidak, dia terlalu mengikut kata hati yang tengah panas. Lalu di canang cerita bukan-bukan tentang Wawa. Air liur ditekaknya agak payah untuk ditelan. Peluh dingin mula terbit di dahinya.

“aku rasa benda ni je yang dapat cuci mulut kau tu! Aku lupa nak bawa berus tandas tadi, kalau ada berus tu senang sikit nak sental mulut kau ni” gertak Wawa. Tangannya mula membuka penutup botol air itu.

“Wawa, aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak sengaja cakap macam tu. Tolonglah jangan macam ni” rayu gadis itu.

“eceh! Dah terlambat! Maaf kau tak dapat diterima lagi, kaunter dah ditutup! Wei, kau fikir kau siapa hah! Suka-suka hati kau je, pi canang benda yang bukan-bukan pasal aku! And you are so dead today! Sekarang ni, aku nak kau minum air khas yang aku bawa ni!”

‘heh, tau takut! Jangan nak main api dengan aku!’ Wawa tahu kemenangan berada dalam gengamannya kini.

Diana yang automatik teringat akan peristiwa Wawa yang memaksa pelajar perempuan aliran sastera minum air kolam ikan yang didatangkan khas dari rumahnya. Diva P ni orangnya berfikiran singkat, apa yang difikirnya terus dibuat takda tapis-tapis macam filter air. Lantas Diana meneguk air liurnya sendiri. Seram!

“ala Wawa, aku gurau je la. Takkan itu pun nak marah? Senyumlah senyumlah alahai cik dik molek, Senyumlah senyumlah alahai cik dik molek” Diana mula memujuk dengan bakat menyanyinya.

Melihat kedua sahabatnya masih diam seribu bahasa. Makin galak pula, Diana menyanyi. Kalau suara tu ada bunyi macam Kak Siti kita, tak pa jugak. Ini mengalahkan katak panggil hujan. Wawa dan Alya mengalah.

“bising la kau. Yelah. Maaf kau diterima! So, sekarang berhentilah menyanyi! Sumbang betul la, tersumbat telinga aku dengar kau nyanyi” senyum Wawa mula terbit.

“wei, mana ada sumbang. Suara aku macam kak Ziana Zain kot”

“ha’ah lah sekali dengar memang sebijik Kak Ziana Zain tapi dua kali dengar macam suara Kak ziana zain accident daa.. ahahhaha” Alya menungkas.

Namun, rasa bersalah Wawa yang terkubur tadi bangkit kembali. ‘Tak guna betul mamat skema, boleh kau buat aku rasa bersalah! Kenapalah kau tak cakap perkara yang sebenar dengan aku?’getus hati Wawa.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"