Novel : I Hate You… 3

20 November 2013  
Kategori: Novel

3,346 bacaan 2 ulasan

Oleh : Aleeya Saaid

BAB 3

Rakan sekelas aku, Bazli di depan mengetuk ngetuk meja aku menggunakan tangannya. Aduh jauh juga aku mengelamun. Tak perasan langsung. Aku kalau dah start mengelamun sampai ke langit 7!Itu kata papa! Sampai tak sedar Bazli dah badannya separuh mengadap muka aku sambil tangannya mengetuk meja entah ke berape kali dah. Mukanya memberi isyarat. Aku paham sangat dah isyarat nya. Aku terus memandang ke hadapan. Ish…ape lagi dia ni nak? Tak habis-habis ke nak memalukan aku dalam kelas ni.

“Pelambat!!!awak concentrate ke tak apa saya cakap kat depan ni..”

Aku menundukkan wajah. Malas aku melayan. Tak sudah-sudah panggil aku ni pelambat!Kau tahu tak gelaran kau tu Psiko!!!Hambikkkk…tapi sayang dia tak mendengar..sekadar suara hatiku yang menjerit!Dia ni kalau dah aim aku..memang sampai habis kelas aku jugak yang kena. Ku keluarkan buku subjek yang diajarnya. Ku letak atas meja. Beg kuliah ku letak di bawah.

“Shahrul!awak bangun..tukar tempat dengan pelambat!”

Aku membulatkan mata. Whattt?!!! Kemudian ku menoleh ke arah Sofea di sebelah kananku. Muka ku masih dalam keadaan terkejut beruk kot!Kawan aku si Sofea di meja sebelah pun turut membulatkan matanya. Dia macam tekejut tapir! Aku kaku dan keras di tempat. Hanya mata saja meliar. Kaki rasa kena gam!Ku lihat Shahrul sudah mengemas mejanya dan dengan macho nya sudah datang menuju ke arah aku memegang bukunya. Dia juga memberi isyarat matanya untuk aku bangun.

“Bangunlah Rania..ikut je apa Encik Rayyan cakap tu..” Shahrul membisik dan masih menunggu di tepi aku.

Aku memberontak kali ini. Biasa kalau aku lambat dia tak pernah pun suruh aku tukar tempat kali ni kenapa mesti tukar tempat pulak?Dah tak sabar dengan aku la tu!Baru mengajar 2 bulan dah tak tahan dengan karenah aku ..ish ish ish..kalau setahun aku bajet dia yang tak masuk kelas sebab takut nak mengajar aku haha..sempat lagi aku mengelamun wehhhhh…

“Rania..bangunlah…”

Kali ini suara sofea. Rakan-rakan lain enggan masuk campur. Mereka semua takut dengan Encik Rayyan ni. Maklumlah..pensyarah yang tegas! Mengikut kata budak senior di UiTM Melaka dulu dia ni sangat garang, serius, baran..dan kedekut markah..so jangan lah cari pasal dengan dia…bak kata budak-budak di sana..pensyarah yang tak boleh bawak berunding..Siapa student yang belajar main-main wassalammm la jawabnya. Shahrul bagitahu aku sebab sepupunya pernah berada di tahun akhir bersama Encik Rayyan ini..! matilah aku semester ini tapi what to do! Redho ajelah!!!

Eh tapi aku tetap nak tambah.. …plus pensyarah yang susah sangat nak senyum dengan berlagak dan menyombongnya!Macamlah boleh luak ketampanan dia kalau melemparkan senyumannya itu. Oh tampan ke?Tampan kalau jenis serius macam tu lansung tak menarik minat aku…bosannnnnnnnnnnn..Umur dah 28 tahun!Tapi kelihatan seperti kami-kami aje di sini …ok tampan la tu…tu sebab nampak muda dari usia!Tapi aku pelik dia ni..molek-molek duk Melaka ..kenapa nak berpindah ke Pahang?Kenapa Pahang?or girlfriend orang Pahang?Ahh lantak dialah..buat apa fikir pasal dia..aku ni?kenapa berada di sini?Tidak ke aku patutnya berada di Kota London..haihhhhh..nasib-nasib…

Aku masih keras di tempat..sedar-sedar sahaja..Encik Rayyan sudah berada di sebelah kiri aku membelakangi Sofea. Tu la banyak sangat mengelamun. Tak sedar ketibaannya di sisi. Entah bila dia sampai entah..tak perasan!Memang aku kuat mengelamun!Bak kata papa aku lagi..kalau di didukung aku yang tengah mengelamun letak di dalam sampan dan hanyutkan kat sungai pun aku tak sedar hahaha. Dasyat imaginasi papa ku..sama seperti anaknya..Well like father like daughter!I love you Papa!Ku angkat wajah ku perlahan merenung matanya. Sakit hati dulu punya kisah berbalam lagi..ni tambah lagi sakit hati yang baru..kumpul-kumpul mahu cukup dah 7 bakul ..dah boleh pinang puteri gunung ledang untuk lecturer psiko neh!

Mata ku lirik padanya. Fuhh seramnya. Melihat pandangannya yang lain macam menaikkan bulu roma aku. Tolonglah jangan renung aku camtu..kan aku dah kata aku ni lemah dengan pandangan mata lelaki. Lebih-lebih lagi lelaki yang bermata cantik, berambut panjang di depan dan janggut sejemput sepertinya!Okay have to admit matanya…seakan ada percikan api dalam matanya. Marah sangatlah tu!Aku terus berdiri. Dia berdiri di sebelah kanan aku. Dia bersuara perlahan di sebelah aku. Yang aku pasti Sofea dan Shahrul pun tidak mendengar butir bicaranya dengan jelas. Terlalu hampir dia mendekatkan dirinya padaku. Mungkin dia juga tidak mahu mereka atau siapa-siapa sahaja di dalam kelas akan mendengar dengan jelas butir bicaranya.

Jarak kami hanya sejengkal je kot. Bau minyak wanginya menusuk terus ke hidungku. Ku cuba menahan. Hidungku tiba-tiba rasa tersumbat. Berapa kati lah minyak wangi dia balun ni! Di masih di tepi kanan ku. Terus menutup pandangan Sofea ke arahku. Kemudian dia bergerak ke belakang aku sedikit. Semakin hampir rasanya dia di bahu kananku. Dia menundukkan sedikit kepala. Bibirnya menghampir ke telingaku kananku.

“Awak jangan melawan saya lagi…kalau awak tak tukar tempat sekarang..awak tahu lah akibatnya” bisiknya.

Telingaku berdesing!Ku keras kaku di situ. Yang lain sekadar memerhati. Aduhh dia ni berani mengugut pulak. ye lah aku tetap menjaga aib..dia kan lecturer aku..kalau aku buat peel gila-gila aku..aku maki hamun dia….bukan aje dia..aku pun turut malu!Jatuh maruah sebagai top student kat sini..huhhhh.

Aku terus menjelingnya di sebelah. mencapai beg kuliah di bawah meja dan ku sandang di bahu kanan. Buku di atas meja ku tutup dan sempat ku hempas!!Berani sungguh aku!Sakit hati..perkara tidak lah seserius mana tapi dia ni masih berdendam dengan aku, ni kira balas dendam kan..tapi bukan ke kau dah balas dendam dengan aku masa pertemuan kita yang terakhir dulu???Ku tepis badan Shahrul dan aku dengan pantas berjalan bagaikan berkawad mengambil alih tempat duduk di hadapan betul-betul mengadap meja Encik Rayyan. Uwaaaaaaaaaaaa. Benciknya. Why me? Kenapa perlu aku menerima dugaan ini ….Encik Rayyan berjalan perlahan ke depan. Dia duduk di mejanya menyambung kembali pembelajaran di kelasnya. Sebelum itu dia bermukadimah.

“Kelas….jangan buat saya ni macam kawan-kawan awak..jangan kurang ajar dan tolong hormat saya sebagai pensyarah awak semua..” Matanya mengerling aku!Wajahnya selamba. Haihhhh macam aku sorang je lah dalam dunia ni yang kurang ajar kan. Aku terus membuka buku dan terus tekun menghadap buku. Mengangkat wajahku walau seinci pun aku tak hingin!Kalau muka kau tu handsome cam Johnny Depp ke Bradd pitt pun kalau dah perangai macam psiko dan hobi suka mengamuk-ngamuk…sorrrryyyyy to sayyyyy..boleh jalannn lahh!Aku kena kuatkan semangat..jgn terpukau lagi dengan renungan mata, rambut dan janggut sejemputnya!Tolonglah…potong rambut..pakai lense lain or buang janggut wahai lecturer psiko!I’m begging you..huhhh!!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : I Hate You… 3”
  1. zakirah785 says:

    best ada blog x.

  2. Atinza says:

    ada.. nuratinza.blogspot.com tapi menggunakan tajuk I Hate You but I Love You..feel free to visit my blog ya…TQ

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"