Novel : Arissya Karmila 10

22 January 2014  
Kategori: Novel

845 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : ANIZ ZAMANI

BAB 10

Matahari terbit dengan begitu indah sekali dan diterangi pelangi yang kelihatan samar-samar sedikit. Kelihatn ramai pelancong dan para pekerja di Hotel Marina kelihatan sibuk untuk menguruskan pendaftaran masuk ke Hotel Marina.

Karmila yang berada di pejabat sedang memantau perkembangan promosi yang dilakukan olehnya menerusi media baru dan perkembangannya amat membanggakan dan tersenyum sendiri. Kebetulan Fikri hendak masuk ke bilik Karmila hendak memberikan hadiah buat Iman yang menyambut hari jadinya semalam. Fikri mengetuk pintu bilik Karmila, “Masuk” kata Karmila sambil meneliti perkembangan ke hadiran pelancong di samping melihat komentar-komentar yang telah diberikan oleh para pelancong yang telah mengunjungi ke Hotel Marina. Dia kelihatan tersenyum sendiri. Fikri yang masuk ke bilik Karmila, “Gembira nampak, ada apa sebenarnya?” tanya Fikri sambil meletakkan hadiah yang dibelinya tadi di atas meja Karmila. “Saya sedang melihat peningkatan pelancong yang telah datang dan menginap di hotel ini dan mereka telah memberikan pendapat-pendapat yang memberansangkan dan mereka juga telah memberikan beberapa idea yang agak bernas juga untuk promosi yang akan datang” kata Karmila sambil tersenyum bangga. Fikri juga berasa sangat gembira dengan perkembangan itu. Karmila segera melihat apa yang telah diberikan oleh Fikri sebentar tadi.

“Apa ini?” tanya Karmila sambil melihat-lihat apa isi yang terkandung dalam beg kertas yang diberikan Fikri kepadanya. Fikri kelihatan hampir terlupa tentang hadiah yang ada di dalam beg kertas itu. “Oh, ya saya hampir terlupa dalam beg kertas itu ada hadiah buat anak awak Iman” kata Fikri. Karmila mengeluarkan isi yang ada di dalam beg kertas itu dan isinya adalah anak patung beruang. “Comelnya, mesti Iman suka, insyaallah nanti saya akan berikan kepada Iman tentu dia suka” kata Karmila sambil memasukkan kembali anak patung beruang itu ke dalam beg kertas. “Tidak mengapa. Iman sebenarnya suka membaca buku dan hampir setiap dua minggu sekali kami mesti ke kedai buku untuk membeli sekurang-kurangnya sebuah” kata Karmila sambil bangun di tempat duduknya lalu melihat jam di tangannya, dia sudah terlambat untuk ke bank untuk bertemu dengan pegawai bank untuk urusan pinjaman untuk projek seterusnya, “Maaf Fikri saya sudah terlambat untuk ke bank ada urusan sebentar” kata Karmila meminta diri untuk keluar sebentar.

**************************************************

Zulaikha, anak Puan Zuraidah yang baru pulang dari luar negara merupakan seorang yang cantik, baik dan seorang anak yang taat. “Mama, selamat pagi” ucap Zulaikha sambil bersalaman dengan ibunya. “Pagi sayang” ucap Zulaikha sambil bersalam dan mencium dengan ibunya. “Hari ini ada apa-apa rancangan tak?” tanya Puan Zuraidah sambil menyapukan mentega di atas ke atas roti lalu memberikannya kepada anak kesayanganya itu. “Rasanya, saya hendak keluar jalan-jalan untuk melihat kawasan sekitar Kuala Lumpur” kata Zulaikha. “Kalau begitu kau ikut mama sahajalah”ajak Puan Zuraidah. Zulaikha hanya mengangguk tanda setuju.

Karmila yang baru selesai urusannya dengan bank dia keluar dari bank dan terlanggar Melissa yang kebetulanan yang berada di situ yang ketika itu sedang mengambil sesuatu di dalam begnya. Ketika Karmila baru sahaja ingin membuka pintu, Melissa menemui kuncinya, dia segera meneruskan langkahnya untuk menuju ke keretanya, ketika m elewati bank, Karmila membuka pintu lalu tanpa sengaja telah terkena Melissa. “Aduh!” teriak Melissa sambil memegang dahinya. Karmila segera melihat siapa yang telah dilanggarnya ketika hendak keluar dari bank. “Masya Allah, maafkan saya” kata Karmila sambil membantu Melissa yang masih mengerang kesakitan dan menghantar Melissa ke hospital yang berdekatan.

Ketika sampai di hospital, Karmila menemani Melissa untuk dirawat dan ketika Karmila menemani Melissa untuk dirawat oleh doktor dan kebetulan doktor yang bertugas ketika itu ialah Dr. Adam, tunang Melissa sendiri. Ketika Dr. Adam ingin memasuki ke biliknya untuk memandang ke arah pesakit yang akan menerima rawatannya hari ini. Dia memandang setiap satu wajah setiap satu para pesakitnya yang akan dirawatnya nanti, dia seperti terlihat Melissa dan Karmila berada di kalangan pesakitnya yang ramai itu. Setelah memastikan itu adalah Melissa dan Karmila dia segera mendekati mereka berdua.

“Eh, sayang kenapa dengan kepala awak ni?” tanya Dr. Adam. Karmila seakan sedikit terkejut apabila Dr. Adam mengenali perempuan yang telah dilanggarnya di hadapan bank. Dr. Adam cuba melihat perempuan yang berada di sebelah tunangnya itu. “Cik Mila, buata apa di sini?” tanya Dr. Adam. “Saya cuma tolong menghantarkan cik ini untuk mendapatkan rawatan. Dia dengan Dr. Adam siapa ya?” tanya Karmila sepertinya ragu-ragu mengenai hubungan Dr. Adam dengan Melissa. “Oh, perempuan yang Cik Mila bantu ini merupakan tunang saya, ini saya kenalkan Melissa tunang saya dan juga merupakan doktor di sini” kata Dr. Adam memperkenalkan Melissa sebagai tunangnya dan doktor di hospital itu. Apabila mendengar penjelasan daripada Dr. Adam itu Karmila berasa terkejut tetapi dalam masa yang sama berasa sangat gembira apabila melihat orang lain bahagia. “Saya Melissa” kata Melissa sambil bersalaman dengan Karmila walaupun kepalanya masih sakit. Karmila menyambut salaman dengan senang sekali. “Sekali lagi saya minta maaf kerana telah menyebabkan kepala Dr. Melissa bengkak” kata Karmila mengenai kepala yang bengkak yang telah disebabkan olehnya. Dr. Adam hampir terlupa tentang kesakitan yang dialami oleh tunangnya itu. “Ya Allah hampir terlupa tentang kepala awak” kata Dr. Adam sambil melihat benjolan di kepala Melissa. “Jom kita dapatkan rawatan” kata Dr. Adam sambil bangun dan memimpin Melissa untuk ke biliknya untuk merawat luka itu. Karmila turut bangun bagi meminta izin untuk pulang. “Dr. Adam, Dr. Lisa sekali lagi saya minta maaf di atas kejadian yang telah menimpa Dr. Melissa di bank tadi” kata Karmila dengan penuh kekesalan. “Tidak mengapalah, Kak Mila lagipun saya pun salah juga” kata Melissa. “Kalau begitu saya minta diri dulu saya ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan. Oh ya, ini kad saya kalau ada apa-apa boleh terus hubungi saya” kata Karmila sambil menghulurkan kad namanya kepada Melissa dan Karmila menuju ke pintu keluar. Apabila Karmila melangkah keluar, Melissa segera menuju ke bilik rawatan sambil ditemani Dr. Adam. Sambil berjalan menuju ke bilik rawatan Melissa melihat-lihat kad nama yang diberikan oleh Karmila. Apabila dia melihat nama syarikat yang tertera di kad itu dia segera menoleh ke arah pintu keluar untuk melihat sama ada Karmila masih berada berada di kawasan hospital atau tidak. Adam turut melihat-lihat apa yang dilihat oleh Melissa. “Apa yang dicarinya?” kata Dr. Adam di dalam hati. Setelah puas dicari akhirnya tidak ditemui, dia kembali bertemu Dr. Adam kerana kepalanya masih terasa sakit. “Memang kenapa? Sayang cari siapa?” tanya Dr. Adam. Melissa hanya mengeleng-gelelengkan kepalanya sebelum kembali semula ke bilik rawatan.

Puan Zuraidah dan Zulaikha berjalan-jalan di sekitar pusat membeli-belah sambil melihat-lihat barangan yang dijual di sana. Apabila Puan Zuraidah dan Zulaikha sampai di sebuah butik mereka segera masuk sambil Puan Zuraidah menyapa Puan Sri Marina yang sedang membelek-belek pakaian yang ada di butiknya. Puan Sri Marina menoleh ke belakang lalu melihat Puan Zuraidah datang bersama-sama seorang perempuan yang tinggi lampai dan memiliki rupa paras yang cantik. “Apa khabar?” kata Puan Sri Marina sambil berpelukan antara Puan Zuraidah. “Baik, ini aku kenalkan anak perempuan aku Zulaikha yang baru pulang dari Australia” kata Puan Zuraidah sambil memperkenalkan Zulaikha kepada Puan Sri Marina. Zulaikha bersalam dengan Puan Sri Marina. Puan Sri Marina dapat keikhlasan di sebalik perlakuan Zulaikha yang lemah lembut. “Cantik juga anak kamu ya, Zu” kata Puan Sri Marina apabila melihat rupa paras Zulaikha. Zulaikha hanya tersenyum apabila menerima pujian daripada Puan Sri Marina.

Karmila yang baru pulang dari pejabat, segera masik sambil menahan kesakitan di pinggangnya yang ternyata telah mengerang kesakitan sejak dia memandu pulang dari pejabat. Kak Yati yang kebetulan baru selesai menyediakan minum petang buat Pak Fariz dan Iman yang akan pulang dari tadika tidak lama lagi. Apabila selesai menyediakan minum petang buat mereka, Kak Yati melihat Karmila seperti mengerang kesakitan lalu dia segera mengambil segelas air di dapur lalu segera memberikannya kepada Karmila. Karmila segera meminum air yang diberikan oleh Kak Yati. Setelah Karmila kelihatan lega sedikit, dia cuba untuk bangun tetpi dia hampir jatuh lalu disambut oleh Kak Yati, “Ya Allah, Mila kamu hendak ke mana?” tanya Kak Yati. “Saya hendak ke bilik” kata Karmila sambil dipapah oleh Kak Yati. Kak Yati hanya menuruti kata-kata Karmila untuk dihantar masuk ke biliknya. Apabila mereka sudah sampai di bilik Kak Yati segera memapah Karmila ke katilnya lalu menyelimutnya. Dia segera merasai dahi Karmila dan badannya agak panas, lalu dia segera turun ke bawah untuk mengambil air asam jawa dan sehelai tuala bersih di dapur.

“Assalamualaikum” jerit Iman yang kelihatan amat gembira apabila melihat kereta mamanya sudah berada di perkarangan rumah mereka. Kak Yati yang kebetulan baru sahaja hendak naik ke atas bersama air asam jawa meletaknya di atas meja dekat ruang tamu untuk membuka pintu. Iman segera mencari-cari keberadaan mamanya tetapi tidak ditemuinya. Pak Fariz yang baru sahaja hendak masuk ke dalam tetapi disekat dengan adanya Iman yang masih tercegat di hadapan pintu.

Kak Yati segera membawa mangkuk yang berisi air asam jawa dan sehelai tuala untuk naik ke atas untuk mengebahkan panas badan yang dialami oleh Karmila. Iman mencari Karmila di segenap ruang rumah itu tetapi tidak ditemui. Begitu juga dengan Pak Fariz. Kak Yati segera membawa air asam jawa dan tuala bersih ke bilik Karmila. Pak Fariz melihat keberadaan Kak Yati segera mengikutinya bersama-sama Iman.

Apabila Kak Yati masuk ke bilik Karmila mereka segera masuk juga ke dalam. Iman segera memeluk Karmila dan apabila dia terasa badan Karmila dia segera melepaskannya. “Kenapa Iman?” kata Pak Fariz yang kelihatan terkejut apabila melihat reaksi cucunya itu terhadap Karmila. “Badan mama panas” kata Kak Yati sambil menuamkan tuala yang telah dibasahkan dengan air asam jawa kepala Karmila. “Ada apa sebenarnya dengan Karmila ya?” kata Pak Fariz di dalam hatinya. Setelah selesai menuamkan kepala Karmila dengan air asam jawa, Kak Yati segera keluar dari biliknya dan diikuti Pak Fariz dan Iman.

Pak Fariz dan Iman segera menuju ke ruang makan dan Kak Yati terus menghidangkan minum petang kepada Pak Fariz dan Iman. “Yati, kenapa Karmila boleh sampai demam?” tanya Pak Fariz sambil memberikan sebiji karipap sardin yang menjadi kegemaran Iman. “Yati, kamu boleh duduk sebentar, ada perkara yang ingin saya bincangkan dengan kamu” kata Pak Fariz. Yati hanya menurut sahaja kata-kata Pak Fariz lalu duduk di kalangan mereka. “Sebenarnya, ada apa dengan Mila?” tanya Pak Fariz tentang apa yang telah terjadi kepada Karmila. “Sebenarnya, begini…”Kak Yati menceritakan apa yang berlaku kepada Karmila selepas dia pulang dari pejabat.

Selepas selesai menunaikan solat maghrib Pak Fariz segera melihat keadaan Karmila yang masih tertidur. Dia memerhatikan ubat-ubat yang berada dia tas meja yang berdekatan dengan katil Karmila dan melihat sebotol ubat yang pernah dilihatnya suatu ketika dahulu. “Ini ubat untuk penyakit buah pinggang takkanlah dia masih….” fikir Pak Fariz sambil meneliti botol ubat itu. Tiba-tiba dia seperti teringat akan sesuatu tentang peristiwa 10 tahun yang lampau ketika Karmila selesai melakukan pemindahan buah pinggang.

“You’re daughter are safe but make sure that she eat the medicine everyday on time and I ‘m afraid that it will affect another kidney” Pak Fariz tiba-tiba mengalirkan air mata. Karmila berada dalam keadaan separuh sedar dan melihat bapanya sedang mengalirkan air mata, “Papa, kenapa papa menangis?” tanya Karmila. “Mila, tak papa tak nangis cuma mata papa masuk habuk” kata Pak Fariz sambil membantu Karmila untuk duduk bersandar di kepala katil. Iman dan Yati mengetuk pintu bilik Karmila sambil membawa dulang yang berisi bubur dan susu strawberi untuk diberikan kepada Karmila yang belum makan malam untuk hari ini. “Mama” panggil Iman sambil berpelukan dengan Karmila. Karmila amat menyayangi Iman dan lebih menyayangi daripada dirinya sendiri.

Kak Yati memberikan mangkuk yang berisi bubur kepada Pak Fariz untuk disuapkan kepada Karmila. Pak Fariz menyuapkan bubur ke mulut Karmila sambil membayangkan dia sedang menyuapkan Karmila ketika dia masih bayi. “Tok Wan, Iman nak juga tok wan suapkan Iman” kata Iman seperti hendak merengek dan minta untuk disuapkan juga. “Ala, anak mama ni manja” kata Karmila sambil mengambil susu strawberi lalu meminumnya. Setelah minum hampir setengah gelas lalu memberikannya kepada Iman untuk dihabiskan tetapi ditolak Iman, Karmila yang memang sudah mengetahuinya sengaja untuk menyakat anaknya itu, dan apabila mengetahui anaknya itu sedang merajuk dia segera menghulurkan kunci keretanya kepada Kak Yati, “Kak Yati, tolong Mila ambilkan barang-barang yang ada di belakang bonet kereta”. Yati hanya menurut kata Karmila lalu turun ke bawah dan segera menuju ke keluar rumah lalu segera menuju ke kereta Karmila dan mengambil barang-barang yang diminta oleh Karmila lalu segera mengunci kereta lalu masuk ke rumah dan membawa barang yang diminta Karmila lalu memberikan kepada Karmila di biliknya. Yati memberikan beg kertas yang diambilnya tadi kepada Karmila. Karmila menerimanya dengan senang hati sambil tersenyum walaupun mukanya kelihatan pucat. Dia segera mengeluarkan barang-barang yang dibelinya tadi. “Iman, lihat ini apa yang mama belikan untuk Iman sambil mengeluarkan beberapa buah buku untuk menarik perhatian anaknya yang masih merajuk dengannya. Iman hanya memandang dari ekor matanya dan kelihatannya dia memang teringin sangat unttuk mengambilnya kerana dia sudah tidak sabar membacanya kerana biasanya dia akan menghabiskan sebuah buku dalam masa tiga hari, Iman cuba menahan diri daripada melihat buku-buku tersebut.

Karmila mengambil sebuah lagi beg kertas dan mengeluarkan anak patung beruang yang telah diberiakan oleh Fikri sebagai hadiah hari jadi Iman yang tidak sempat diberikannya sempena hari jadi Iman kelmarin. “Iman, cuba lihat ini mama ada anak patung beruang” kata Karmila sambil membelai bulu anak patuang beruang yang berwarna putih. “Iman, anak beruang ini minta untuk dipeluk Iman” kata Karmila sambil memeluk anak patung itu. Iman semakin tidak tahan melihat anak beruang itu lalu mengambilnya sambil duduk di sebelah Karmila. “Iman, marah lagi tak dengan mama?” tanya Karmila sambil melihat Iman memeluk anak patung beruang yang sudah lama diinginkannya. Iman hanya menggelengkan kepalanya sebagai tanda dia tidak marah lagi dengan Karmila. Pak Fariz pun kelihatan gembira sekali melihat Karmila dan Iman sudah berbaik semula. “Aku bersyukur kepada-Mu, kerana telah menyatukan kembali keluarganya.

Malam kian larut, Iman tidur di bilik Karmila untuk menemani Karmila yang sedang sakit, “Mama, beli anak patung beruang ini di mana?” tanya Iman sambil memerhatikan anak beruang yang comel. “Mama beli di pusat beli-belah, memang kenapa Iman tanya Iman hendak bayar balik duit mama ke?” tanya Karmila dalam nada gurau senda. Iman cuba mencari tanda harga jika masih ada di anak patung beruang itu, tetapi tidak ada. “Tak ada pun, mama tipu” kata Iman. Karmila hanya ketawa sambil menutup mulutnya. “Okay, sebenarnya hadiah anak patung beruang itu telah dihadiahkan oleh kawan mama uncle Fikri” kata Karmila tentang hadiah anak patung yang dihadiahkan Fikri kepada anaknya, Iman.

Iman kelihatannya tidur lena sambil diteman dengan anak patung beruang pemberian Fikri dan ketika dia ingin mengambilnya tetapi tidak boleh kerana dipeluk Iman dengan begitu kuat sekali dan tidak mahu dilepaskan.

Ketika Karmila berada di pejabatnya, dia kelihatan gembira sekali apabila mengingat akan peristiwa kelmarin. Melihat Iman gembira kelmarin sudah cukup membahagiakan dirinya saat itu. Fikri yang berada di dalam biliknya melihat riak wajah Karmila kelihatan begitu ceria sekali hari ini.

Fikri menjadi tertanya-tanya apakah yang telah membuatkan Karmila kelihatan begitu ceria sekali. Dia segera mengetuk pintu bilik Karmila untuk bertanya soal itu. “Masuk!” kata Karmila sambil membetulkan kedudukannya. Fikri pun masuk. Kelihatannya Karmila sedang mengambil sesuatu. “Ada apa, Fikri” tanya Karmila sambil pura-pura mengemas mejanya yang kelihatan tidak perlu dikemas lagi kerana kosong. “Tak ada apa-apa cuma kamu kelihatan begitu gembira sekali. Ada apa?” tanya Fikri. “Oh, memang hari ini saya sangat gembira kerana semalam saya telah membuat anak saya gembira dan ini semua atas bantuan awak juga” kata Karmila sambil duduk secara berhadapan dengan Karmila. “Bantuan saya? Apa yang telah saya lakukan?” kata Fikri seperti tidak mengetahui apa yang dilakukan olehnya. Karmila hanya tersenyum sambil mengelengkan kepalamya.

Sementara itu, Zulaikha tiba di ibu pejabat Hotel Marina dan dia segera menuju ke kaunter pertanyaan. “Maaf cik, di mana saya boleh berjumpa dengan Encik Fikri Harris?” tanya Zulaikha. “Sebentar ya,” kata pekerja yang bertugas di kaunter pertanyaan itu. Dia segera mengangkat telefon dan menekan butang dail. “Kak Lin ada orang hendak berjumpa dengan Encik Fikri, nama dia cik Zulaikha” kata pegawai yang bertugas itu. Apabila mendapat perkhabaran dari kaunter pertanyaan itu dia segera mengetuk pintu bilik Fikri. “Masuk!” kata Fikri dalam nada yang tegas. Azlin masuk ke bilik Fikri. “Encik Fikri ada orang hendak berjumpa” “Siapa Kak Lin?” tanya Fikri sambil meneruskan perbincangan dengan Karmila untuk projek hotel mereka. “Siapa dia?” tanya Fikri. “Kata pegawai di kaunter pertanyaan tadi, namanya Cik Zulaikha” kata Azlin. “Zulaikha? tak mengapa suruh dia masuk” arah Fikri. Apabila mendengar kata-kata Fikri itu, Azlin keluar dari bilik majikannya itu. “Zulaikha? Siapa Zulaikha? Takkanlah anak kawan Umi” detik hati Fikri sambil duduk di meja kerjanya. Karmila hanya memerhatikan sahaja.

Tidak lama kemudian, Azlin masuk ke bilik Fikri bersama seorang perempuan yang bernama Zulaikha itu. Apabila Zulaikha masuk ke bilik Fikri, Karmila kelihatan sedikit terkedu apabila melihat Zulaikha, dia lalu meminta diri untuk kembali ke biliknya untuk meneruskan tugasannya.

Karmila kembali semula ke biliknya. Tiba-tiba terbit perasaan cemburu di hati Karmila apabila melihat kehadiran Zulaikha di bilik Fikri. “Kenapa dengan aku ni, ya Allah? Tak mungkin aku cemburu? lagipun aku dan Fikri tidak mempunyai apa-apa dengannya” detik hati Karmila. Ketika Karmila sedang melakukan kerjanya, dia kelihatan tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian kerana seperti ada yang menganggu fikirannya. Azlin yang sibuk menaip sesuatu di komputernya sesekali mengerling ke bilik Karmila dan dia melihat Karmila seperti sedang mengalami kekusutan dan dia baru teringat bahawa di bilik Fikri sekarang sedang mempunyai tetamu dan dia segera ke pantry untuk membancuh minuman untuk tetamu majikannya itu. Ketika dia baru sahaja hendak bangun dari tenpat duduknya telefon telah berbunyi. “Yes, Tan Sri?” “Azlin tolong panggilkan Fikri dan Karmila masuk ke bilik saya sekarang” kedengaran suara Tan Sri Hisham dalam nada yang agak tegas. “Tapi Tan Sri, Encik Fikri sedang ada tetamu sekarang” kata Azlin. “Kalau begitu, panggilkan Cik Karmila masuk ke bilik saya sekarang” kata Tan Sri Hisham. “Baik Tan Sri” kata Azlin lagi. Kebetulan Karmila keluar dari biliknya untuk ke bahagian IT untuk bertemu dengan Encik Yusuf. “Cik Mila, Tan Sri Hisham hendak berjumpa dengan cik sekarang” kata Azlin menyampaikan pesanan dari Tan Sri Hisham. Karmila hanya mengangguk faham dan segera berjalan ke arah yang berlawanan dengan arah yang dia lalui tadi.

“So Cik Zulaikha, apa yang saya boleh awak?” tanya Fikri. “Tak ada apa, cuma saya datang sini pun kerana emak awak yang suruh” kata Zulaikha dengan lemah lembut. Apabila mendengar nama emaknya disebut terdetik di hatinya “Apalah yang Umi hendak aku buat dengan Zulaikha?” Zulaikha masih menanti reaksi Fikri yang seterusnya. Tiba-tiba telefon bimbitnya telah berbunyi, “Assaalamualaikum Umi, ada apa?” tamya Fikri seperti sudah mengagak apa yang ibunya sedang lakukan kepadanya. “Tak ada apa, saja Umi telefon Fikri ini hanya hendak bertanyakan sesuatu, ada seorang perempuan datang berjumpa kamu di pejabat.” Apabila mendengar pertanyaan dari ibunya itu, dia segera beralih ke arah penjuru biliknya sambil memandang ke arah tirai dan membukanya untuk melihat Karmila di biliknya tetapi Karmila tiada dibiliknya. “Ada, namanya Cik Zulaikha” kata Fikri sambil memerhatikan Zulaikha yang sedang membaca sesuatu bagi mengisi masa lapangnya sementara Fikri sedang menjawab telefon. “Kalau boleh umi hendak Fikri ajak makan tengah hai bersama” kata Puan Sri Marina bagi merapatkan hubungan Fikri dan Zulaikha.

Karmila baru sahaja selesai berbincang dengan Tan Sri Hisham serta beberapa pemegang saham Hotel Marina di bilik Tan Sri Hisham dan dalam masa yang sama, Fikri dan Zulaikha pun turut keluar dari bilik Fikri dan berjalan menuju dari arah yang sama. Apabila melihat Fikri berjalan berdampingan di samping Zulaikha dan akhirnya mereka bertembung di pintu hadapan. “Abah, ini kenalkan Zulaikha, anak kawan umi” kata Fikri sambil memperkenalkan Zulaikha kepada Tan Sri Hisham. “Apa khabar pak cik” kata Zulaikha sambil bersalaman dengan Tan Sri Hisham. Karmila kelihatan cemburu sekali, ini dapat dillihat melalui cara Karmila memandang dia dan Zulaikha.

Ketika waktu makan tengah hari, Karmila tidak keluar pejabat untuk makan tengah hari sebaliknya menyiapkan segala tugasannya yang kian banyak dan dia harus melakukannya sendirian kerana tiada pembantu. Azlin yang kebetulan baru sahaja hendak keluar makan tengah hari mengetuk pintu bilik Karmila. “Masuk!” kata Karmila sambil menyiapkan tugasannya. “Cik Mila, tak keluar untuk makan tengah hari?” tanya Azlin. “Rasanya, tidak” kata Karmila sambil mata dan tangannya memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjanya. “Cik Mila, ada mahu pesan apa-apa tak?” tanya Azlin jika Karmila ingin memesan apa-apa untuk dimakan untuk tengah hari. “Tolong belikan saya susu segar perisa strawberi” kata Karmila sambil wang di dalam dompetnya. “Baiklah, kalau begitu saya keluar makan dulu” kata Azlin kemudian keluar dari bilik Karmila.

Fikri baru sahaja selesai makan tengah hari bersama beberapa orang pekerja dan ingin pulang ke pejabat. “Terima kasihlah Encik Fikri kerana sudi belanja kami” kata salah seorang pekerja bagi mewakili rakan-rakan meeka yang lain. “Tak mengapalah, lagipun bukannya selalu. Jomlah, kita balik ke pejabat ada banyak lagi tugasan yang perlu diselesaikan untuk projek hotel kita” kata Fikri sambil berjalan ke arah lif untuk kembali ke pejabat. Azlin kelihatan berjalan laju sambil tangannya membawa beg plastik yang berisi buah betik dan dua kotak susu berperisa strawberi apabila melihat lif sudah ingin tertutup. “Tunggu, tunggu!” kata Azlin sambil berlari untuk masuk ke dalam lif sebelum ianya ditutup. Azlin kelihatan termengah-mengah segera menarik nafas sambil mengesat peluh di dahinya. Fikri yang berada di sebelahnya memerhatikan apa yang dibawa oleh Azlin di dalam beg plastik yang dipegangnya. “Banyaknya, beli kamu belum kenyang lagi ke?” tanya Fikri apabila melihat Azlin membawa plastik berisi buah dan air kotak yang dibeli di kedai yang berdekatan. “Oh, ini untuk Cik Karmila” kata Azlin sambil mengangkat plastik yang dibelinya sebentar tadi. Setelah pintu lif terbuka semua pekerja kembali semula ke tempat kerja masing-masing.

Azlin membawa barang yang dipesan oleh Karmila. Dia segera mengetuk pintu bilik Karmila dan apabila kedengaran suara Karmila menyuruhnya masuk dia pun masuk sambil membawa barangan yang diminta oleh Karmila sebentar tadi. Karmila masih lagi meneruskaan tugasannya walaupun mukanya kelihat amat pucat sekali. “Ini dia barang yang diminta Cik Mila” kata Azlin sambil meletakkan semua barang yang dibelinya tadi di atas meja Karmila. Karmila mengangkat mukanya yang sudah kelihatan pucat sekali. “Terima kasih dengan suara yang agak lemah sebelum pengsan di atas meja kerjanya. Azlin kelihatan cemas apabila melihat keadaan Karmila dia segera cuba untuk menyedarkan Karmila tetapi gagal.

Fikri yang baru selesai mencari fail maklumat pelanggannya dia segera kembali ke mejanya sambil membelek-belek maklumat yang dicari. Sesekali dia merenung ke arah bilik Karmila di sebalik tirai dari biliknya. Fikri melihat seperti ada sesuatu yang telah berlaku di bilik Karmila. Dia segera masuk ke bilik Karmila untuk melihat apa yang telah terjadi.

Fikri masuk ke bilik Karmila lalu terkejut apabila melihat keadaan Karmila yang jatuh pengsan secara tiba-tiba. Fikri segera mengangkat Karmila untuk dibaringkan di atas sofa. “Lin, tolong ambilkan air kosong dan minyak angin” arah Fikri. Azlin yang kelihatan cemas segera menurut perintah majikannya itu. Melihat gelagat Azlin yang kelihatan cemas menuju ke pantry untuk mencari peti kecemasan dana segelas air kosong, semua pekerja mula bercakap-cakap soal kejadian yang berlaku di bilik Karmila, “Eh, sebenarnya apa yang terjadi dalam bilik pegawai baru kita ya” kata seorang kakitangan. Semua kaitangan hanya mampu melihat menjungkit bahu dan hanya terus melihat babak yang berlaku di pejabat mereka.

Melissa yang kebetulan singgah ke pejabat, segera memasuki pejabat untuk melihat apa yang kecoh-kecoh di pejabat. “Apa yang terjadi di pejabat ini?” kata Melissa dalam hati. Pekerja-pekerja yang dari tadinya berkumpul di hadapan pintu bilik Karmila segera bersurai apabila melihat Dr. Melissa berdiri di belakang mereka.”Apa yang berlaku sebenarnya?” tanya Dr. Melissa. Belum sempat salah seorang kakitangan di pejabat itu menjawab, Azlin keluar dari bilik Karmila. “Kak Lin, sebenarnya apa yang telah berlaku?” tanya Dr. Melissa apabila melihat Azlin baru sahaja keluar dari bilik Karmila. “Cik Karmila pengsan” kata Azlin sambil berjalan menuju ke pantry kembali untuk mengambil segelas minuman untuk menenangkan dirinya sendiri.

Melissa segera masuk ke bilik Karmila dan melihat abangnya berada di ssamping Karmila. “Abang, kenapa ni?” kata Melissa apabila melihat Karmila terbaring di atas sofa di dalam pejabatnya. Melissa segera memeriksa keadaan Karmila. Sementara itu, Fikri dan Melissa mula berbicara “Lisa buat apa di sini? Tak ada apa-apa, kebetulan Lisa lalu dekat sini itu yang singgah sekejap dan kebetulan pula, adik memang hendak berjumpa dengan Cik Karmila untuk mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan adik tempoh hari” kata Melissa tentang tujuannya selain daripada datang melawat syarikat milik keluarganya itu. Dan tidak berapa lama kemudian Karmila mula sedar dari pengsan. Fikri dan Melissa segera melihat keadaan Karmila. Fikri segera mengambil air kotak yang berada di atas meja kerja Karmila lalu membukanya dan memberi Karmila minum.

Sementara itu, Pak Fariz sedang berbicara dengan seseorang di telefon. “Baiklah, kalau begitu nanti pak cik akan sampaikan kepada Karmila” kata Pak Fariz sebelum meletak ganggang telefon. Setelah selesai menjawab panggilan telefon, dia mengangkat kembali ganggang telefon dan segera mendail nombor telefon Karmila untuk memberitahu khabar yang dia dapat dari keluarga angkat mereka di kampung, tetapi tidak dapat dihubungi tetapi dia mencuba beberapa kali tetapi jawapannya tetap sama ini menyebabkan hati pak Fariz menjadi tidak sedap hati. “Ya Allah, kenapa aku tak dapat menghubungi Mila?” kata Pak Fariz dalam hati sambil terus menekan-nekan nombor telefon anaknya tetapi tetap gagal.

Karmila segera menyedut minuman kesukaannya sehingga habis, dan ketika melihat Karmila minum susu strawberi yang sememangnya menjadi kegemaran Arissya pada suatu ketika dahulu. “Ya Allah, kenapa setiap kali aku melihat Karmila minum susu strawberi, aku akan terbayang Arissya yang sedang meminumnya” kata Fikri dalam hatinya. Karmila yang menyedari Fikri sedang memandangnya kelihatan tersipu-sipu malu. Melissa yang menyedari cara pandangan Fikri terhadap Karmila. “Jangan-jangan abang aku suka dengan Kak Mila, ish takkanlah setahu aku abang setia pada yang satu” kata Melissa dalam hatinya. Melissa segera mencubit paha abangya. “Sakitlah!” Fikri terjerit kecil sambil berbisik. Karmila memandang ke arah Fikri dan Melissa. “Dr. Lisa, buat apa di sini? Memang Dr. Lisa kenal dengan Fikri?” tanya Karmila. “Ya, kami berdua adik beradik” kata Melissa manakala Fikri pula hanya mengangguk sebagai tanda yang kata-kata adiknya itu benar.

************************************************

Liyana sedang mengemas barang-barang sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk menyambung pelajarannya di sana dan untuk sementara waktu dia akan tinggal dengan Karmila kerana keluarga Liyana sudah dianggap seperti keluarganya sendiri kerana keluarga Liyana telah banyak membantu Karmila dan Pak Fariz untuk menguruskan Iman ketika masih kecil.

“Yana, barang-barang kamu sudah siap dikemas?” tanya Pak Luqman ketika masuk ke bilik anaknya itu. “Ada sikit lagi, pak” kata Liyana sambil melipat pakaian yang hendak dibawanya. Pak Luqman duduk di sisi katil Liyana. “Yana”, panggil Pak Luqman dengan suara yang sayu. Liyana juga memandang bapamya itu dengan pandangan yang cukup sayu. “Pak, ada apa?” tanya Liyana. Pak Luqman memegang tangan Liyana, “Yana, ingat pesan bapak, kalau kamu sudah berada di sana jaga kelakuan kamu, jaga nama baik keluaga kita, belajar rajin-rajin” nasihat Pak Luqman. Liyana hanya mengangguk faham dan dia segera memeluk bapanya sambil mengalir air mata.

Karmila baru sahaja selesai mandi, dia segera mengambil telefon bimbitnya yang sudah kehabisan bateri. Apabila dia selesai mengecas bateri telefon bimbitnya dia memeriksa panggilan yang tidak dijawabnya untuk sepanjang hari ini. “Ya Allah, banyaknya panggilan yang tidak dijawab” kata Karmila sambil memerhatikan nama-nama yang menelefonnya pada hari itu.

Pak Fariz yang baru pulang dari surau yang berdekatan, “Assaalamualaikum” ucap Pak Fariz sambil menutup pintu rumahnya. Apabila mendengar suara bapanya itu, dia segera berdiri untuk keluar dari biliknya tetapi tiba-tiba pinggang Karmila terasa sakit, Dia terduduk sambil tangan kanannya mencapai laci dan membukanya lalu mengambil ubat yang berada di dalamnya. Dia segera makan ubat tersebut lalu minum air dan duduk sebentar untuk berehat sebentar, apabila dia sudah kelihatan agak lega sedikit dia segera keluar dari biliknya dan cuba berlagak tidak apa-apa berlaku ke atas dirinya di hadapan Pak Fariz.

Pak Fariz sedang sibuk melayan Iman yang sedang menonton televisyen, Karmila duduk di sebelah Pak Fariz. “Mila, petang tadi kamu ke mana? puas papa telefon kamu tapi tak dapat” kata Pak Fariz mengenai hal petang tadi sambil melihat muka anaknya itu. Oh, petang tadi Mila ada meeting lagipun telefon bimbit sudah kehabisan bateri. Ada apa papa menelefon Mila petang tadi?” tanya Karmila kepada Pak Fariz. “Begini petang tadi, Pak Luqman telefon, katanya Liyana akan mendaftar masuk universiti minggu depan jadi dia bercadang untuk Liyana tinggal bersama-sama dengan kita, jadi bagaimana pendapat kamu?” tanya Pak Fariz. “Mila setuju sahaja, lagipun rumah kita ini sudah lama tidak menerima tetamu” kata Karmila.

“Jadi ke Umar dan Aida hendak ke mari?” tanya Tan Sri Hisham kepada isterinya. “Jadi kata Aida dalam dua hari lagi si Umar hendak mendaftar masuk universiti dalam dua hari lagi” kata Puan Sri Marina. “Apa yang dua hari lagi tu, abah, Umi? tanya Fikri sambil duduk bersebelahan dengan Melissa. “Mak Su kamu dan Umar akan datang ke mari untuk mendaftar masuk ke universiti dan melawat kita sekali. Fikri nanti kamu kemas sikit bilik kamu itu nanti Umar akan tidur di bilik kamu” pesan Puan Sri Marina. “Rasanya, sudah lama Mak su dan Umar tidak datang ke rumah kita semenjak Pak su Hazri meninggal akibat paru-paru berair dan setengah tahun kemudian Mak Su Aida dan Umar berpindah ke Johor Bharu kerana Umar mendapat tawaran di sana, mak su terpaksa ikut kerana tidak sanggup untuk berjauhan dengan Umar sejak ketiadaan pak su.

Malam semakin larut, mata Fikri masih belum mahu tidur sebaliknya dia masih terkenang akan peristiwa yang berlaku di pejabat pada petang tadi. Dia masih teringat sewaktu dia memberikan susu Strawberi kepada Karmila apabila dia sedar dari pengsan, Fikri seakan tersedar seperti ada persamaan di antara Karmila dan Arissya tetapi dia masih tidak pasti lagi sama ada apa yang dilihatnya sama dengan apa yang dia rasakan selama ini.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"