Novel : Pimpin Aku Ke Syurga 2

13 February 2014  
Kategori: Novel

400 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : manjalela

Bab 2

Aufa Khayla.

Dia sedang asyik membaca novel kegemarannya, The alchemist karya Paolo Coelho, seorang penulis British. Dalam dua minggu lagi dia bakal pulang ke Malaysia. Pengajiannya sudah tamat. Hanya sekadar berlama sedikit di bumi empat musim itu kerana mungkin dia tidak alam kembali ke tanah Inggeris itu lagi. Semalam dia ke Hyde Park di London bersama Sean, sengaja menghabiskan waktu-waktu bermaknanya di bumi ekuinoks itu. Walaupun sekarang musim panas sangat cantik memukau, namun hati dan jiwanya sudah tidak di situ. Dia rindu mahu bertemu seseorang di Malaysia.

Tet.

Aufa Khayla menoleh ke arah laptop Toshiba di atas meja.

Aufa Khayla menyambung bacaan. Sekadar melengah-lengahkan

Tet.

Pasti ada hal penting. Fikir Aufa Khayla.

Aufa Khayla menarik kerusi ke arah meja belajar dan membuka pesanan mesej peribadinya di facebook.
Kak Zahraa!

Zahraa Khayla: Assalamua’laikum Aufa. Buat apa tu? Akak ganggu kah?

Aufa The Panda: Hi kak! Taklah. Tengah layan novel tadi.

Wa.. I miss u damn so much.!!!

Zahraa Khayla: hehe. Ada-ada ja kamu dik. Akak nak bagitau sesuatu ni.

A surprise for you.

Aufa The Panda: Apa tu? I’m gonna get abang ipar ke?hahahahahhaha ?

Zahraa Khayla: SubhanAllah! Pandainya adik akak teka.

Aufa The Panda: What????!!!

Tak cayalah!
Dengan siapa!

Let me guess!

Zahraa Khayla: wait! Wait! Siapa yang nak kahwin ni. Hehe. Excitednya Aufa!.

Aufa The Panda: Of courselah! kembar adik nak kahwin. Siapa tak gembira! Oh my God! Is it our cuzzy? Or your new one.

Zahraa Khayla: Taklah ?

Aufa The Panda: Fendi?

Zahra Khayla: Fendi mana pulak? Hehe

Aufa The Panda: Aqwaa Daawiiy?

Sejenak Zahraa Khayla mendiam.

Aufa Khayla tidak sabar menunggu jawapan.

Aufa The Panda: Kak? Hello? Missing?

Zahraa Khayla: Masih kat sini.

Aufa The Panda: cakaplah kak. Tak boleh teka dah. Otak tepu.

Zahraa Khayla: Adam Haziq. It’s him.

Aufa The Panda: What? But you said dia main kayu tiga? Betulkah ni?

Zahraa Khayla: Betul. I give him a chance. Anyway, akak tak sabar nak tunggu adik balikk..

Aufa The Panda: Jap, jap. Akak kahwin bila?

Zahraa Khayla: 2 minggu lagi inshaaAllah.

AufaThe Panda: What? Why such in hurry. Ada apa-apakah?

Zahraa Khayla: rahsia. Hehe. Kan Aufa pun balik kan. Akak tak sabar nak jumpa Aufa. Anyway. Akak doakan result
adik cemerlang inshaaAllah. Adik pasti akan membanggakan kami.

Aufa pula diam. Tidak lekas membalas.
Takkan pernah. Mungkin hanya Kak Zahraa yang berharap. Hanya mimpi, fikirnya.

AufaThe Panda: Eh jap. Bakal abang tau tak akak ada twin?

Zahraa Khayla: tak tau.ok lah dik. Can’t wait to see you soon. As salam.

Aufa The Panda: great! Can be a mega surprise for him. Take care. Love you ma sista!

………

Aufa Khayla merebahkan tubuhnya ke tilam. Fikirannya menerawang. Adam Haziq? Tapi Kak Zahraa kata lelaki itu tak boleh dipercayai. Habis kahwin buat apa?

Mungkin Kak Zahraa dah fikir masak-masak. Biarlah, janji dia bahagia dengan pilihannya. Eh, bukan Kak Zahraa suka dengan Aqwa Dawiiy? Minat sejak zaman sekolah lagi. Sejak kami kecil lagi.
Ah biarlah.

Aufa Khayla mencapai semula novel The Alchemist, hasrat untuk menyambung bacaan. Baharu dibuka muka surat untuk disambung, dia sudah rasa tidak senang. Tindakannya mati. Fikirannya dibiarkan menerawang memikirkan hari persandingan saudara kembarnya.

Aufa mencapai telefon bimbit dan mendail nombor.

“Hello beb! My sister gonna get married!” Aufa meneriak. Mujur rakan sebiliknya sudah pulang ke kampung di
desanya. Wanita berkulit putih. Bukan watak penting.

Terdengar suara lelaki di hujung talian, “Really?! Glad to hear it. You balik minggu depan kan? “

“ Nope. Two weeks. Oh, God I can’t wait.”

“Okey I’ll see you soon. Mana tau nak bagi farewell kiss.”

“Yuks.”

“Joke…”

“Okey then. I nak gi mandi dulu..”

“okey Honey. Muaah. “

“Please. Stop that! Annoyinglah Sean.”

“Yalah. Gurau aje. Takkan nak marah. “ pujuk Sean. Teman rapatnya, lelaki pan asia. Kacukan melayu british itu.

Ya, kacak handsome.

“It really is.”

Aufa Khayla menekan terus punat gagang merah.

Sean cuba mendail semula nombor telefon Aufa Khayla. Gadis tu kalau merajuk susah nak pujuk. Lagi-lagi benda yang dia tak suka. Semalam pun luahan hatinya dibiarkan terkapai-kapai, seolah dia tidak punya hati perasaan!

Ya, salah aku jugak. Memandai-mandai bagi farewell kiss konon. Kan dah merajuk, fikir Sean. Kepalanya berbantalkan tangannya yang disilangkan.

Ah, sekejap lagi baiklah tu. Hatinya membujuk.

Tak boleh jadi ni!

Tapi aku betul-betul sukakan dia. Dia saja buat-buat tak faham.

We are friend. We are dude. Ah!

Telefon bimbitnya bercahaya. Satu khidmat pesanan ringkas terpapar di skrin setelah disentuh.

Temankan I esok.

Yes! She’s not mad at all. Thank God!
…………………..

Barangkali kerana rasa terlalu gembira, mood Aufa Khayla luar dari kebiasaan. Mulutnya tidak lekang tersenyum. Seolah mencapai darjah gembira yang luar biasa!

“ You masih marah dekat I?” Tanya Sean memecah suasana. Dia berani bertanya kerana tahu Aufa Khayla sedang
dilanda ombak senang hati.

“For what?”

“Semalam..dan jugak semalam..” Sean menggaru kepala. Tidak gatal.

“Oh, tentang tu. Dahlah. Aku tak nak cerita. Tutup kes, tutup mulut.”

“Okey. Great..” Sean mengurut dada lega. “Nak pergi mana ni?”

“Cari bunga.”

“Untuk apa?”

“Sebab Kak Zahraa suka bunga. She loves orchid. Ingatkan nak cari benih roses untuk dia. Or other flowers. Lupa nak beli masa keluar di Hyde Park.”

Aufa Khayla kelihatan anggun dengan pink pastel dress potongan lengan pendek. Rambut panjang dibiarkan mengurai, jatuh ke bahu setiap kali dia tunduk menghidu bau bunga. Manakala Sean, kelihatan segak tampan dengan seluar jeans denim dan t-shirt putih berkolar.

“Tak sangka You dah nak balik. You won’t see Buckingham Castle and the massive cathedral anymore.”
Aufa Khayla hanya mengangguk.

“I tak balik cuti ni. Nak spend my summer on summer camp. Macam selalu kita buat dulu-dulu.” Sean seolah-olah cuba mengingatkan kenangan manisnya bersama Aufa Khayla, benar sukar sekali hidup bersandarkan kenangan.

“Ini kali terakhir kita bersama di sini Aufa . Im gonna miss you…”

“Eh, kenapa emosi sangat ni? Cheerlah.” Aufa menepuk bahu Sean dengan telapak tangan.

“Yalah, aku masih ada satu sem lagi. Kalau aku tak failed satu paper sem lepas. Huh. Kalau tak aku dah pusing satu benua antartika!”

“Tak payah mengeluhlah.”

Aufa Khayla mendekatkan hidungnya, mencium dan membau bunga. Wajahnya comel.

Cantik.

“You gembira Aufa ? I’m glad. Kan bagus kalau you selalu macam ni”

“Macam apa?”

“Senyum. Riang. Tak marah-marah”

“Yea right. Nak I senyum macam ni selalu?” Aufa Khayla melebarkan senyumannya. Sehingga terlihat jelas gusi atas
dan bawahnya.

“Hahaha funny. Macam clown.”acuh Sean.

“Aku bukan badut okey.” Aufa membantah.

“Can I ask you something?”

“What?”

“Tapi janji jangan marah?”

“Kau begitahu dulu, lepas itu baru aku janji.”

“It doesn’t fair.”

“Adakah yang fair kat dunia ni?”

“ Okey, kau jangan marah tau. Penampilan kau cantik dah, jurusan fesyen ternyata sudah menepati. Tapi kenap…”

“Kenapa apa?” pintas Zalif.

“Biar aku habis dululah.”

“As you wish.” Aufa Khayla menjungkut bahu.Mencebik bibir.

“Kenapa kau lekas naik angin. Garang. Maaf kalau aku salah tanya.” Sean bimbang kalau-kalau soalannya adalah kategori salah tekan butang, yakni butang amarah si Aufa Khayla. Bukan dia tidak tahu, mood Aufa boleh berubah bila-bila masa saja. Dan entah kenapa dia berani bertanyakan soalan cepumas itu kepada Aufa Khayla, setelah lama mereka bersahabat mesra. Tapi dia makin suka kalau melihat wajah Aufa Khayla merah padam kerana marah.
Kenapa? Dia hanya suka. Tidak ada penjelasan untuk kecintaannya pada Aufa Khayla.
Aufa ketawa. Dia menutup mulutnya dengan kura tangan.

Sean hairan. Benarlah emosi Aufa sangat baik hari ini. Tidak seperti selalu. Dia tak cepat melatah.

“ I pun tak tau. Kalau nak dikatakan ikut ayah, rasanya he’s quite a humble man. Dia tenang. Cuma sekali sekala dia naik angin, atau tertekan lepas deal dengan masalah student di sekolah. Dari situ aku belajar bersikap professional. Tak campur adukkan masalah kerja dengan peribadi.”

Sean mengangguk, “ means you still adoring him.”

“ Kagum? Taklah. Sekadar respect maybe yes. Nevertheless, he’s my father. Lagipun, memang kadang-kadang kita perlu
tegas kalau nak tegakkan sesuatu.”

“Tapi itu ayah you, bukan you. Atau kau macam apa tu… ha..ayah borek anak rintik.”

“Pleaselah, no way! My father berbeza dengan I kalau dengan kak Zahraa, probably.” Gembiranya tidak bertahan lama. Wajahnya mulai bercuka.

“Your mom pulak?” tanya Sean cuba mengalih emosi Aufa.

“Mak gentle. Penyayang. Macam kak Zahra. Indeed, dia anak emas dalam keluarga.intan payung.”

“Kenapa nak compare dengan dia. You adalah you. You cemburu dengan kakak sendiri?

Aufa Khayla menggeleng.

“Atau you dengki. ?” tebak Sean.

“Takde makna! stop making accusation. Kakak I baik. Dia sayangkan I. Takde sebab untuk I benci pada dia. Dia lain dari orang lain.”

“ I tak kata you benci. Cuma you ada conflict dengan keluarga you sendiri. I tak suka tengok you bersedih.”

“ I cuma tak rasa kasih sayang mereka. Itu saja. Ayah dan mak macam tak anggap I anak dia. Semuanya tentang Kak
Zahraa. Tapi I tak benci kak Zahraa.” Aufa Khayla memperjelas keadaan. “Dahlah Sean kita ubah topik. I taknak mood I hilang sebab kes cinta kasihlah. Ah, nonsense!”

Sean tiba-tiba menyambar tangan Aufa Khayla, “ tapi I sayangkan you. I boleh bagi kasih sayang yang you hilang dari your parents.”

Aufa Khayla merentap tangannya daripada Sean. “Please. Stop it. I’ve told you before. Berapa kali I nak ulang? Bencilah aku macam ni!” marah Aufa Khayla .

Aku peliklah, sekejap kau baik. Sekejap kau tak. Aku ni siapa pada kau Aufa?

Hanya disimpan diam keluhan hatinya, dia tidak mahu Aufa mendengar rungutannya lalu merosakkan hari indah mereka.

“Kau gembira sebab kakak kau nak kahwin atau ada sebab lain Aufa ?”

“Yup.” Jawab Aufa pendek.

“Atau ada orang tunggu kau di kampung?”

Tiba-tiba wajah tampan Aqwa Dawiiy bermain di matanya.

“Kalau ada pun kenapa?”

“Aku tak nak orang rampas kau dari aku Aufa!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"