Apa Itu Novel?

18 June 2013  
Kategori: Info Terkini, Tip Penulisan

DEFINISI NOVEL

Novel merupakan sebuah cerita panjang tentang manusia & peristiwa yang ditulis & diterbitkan dalam bentuk buku, tapi sekarang ini dah ada novel online pun.

Biasanya ia digarap dlm bentuk prosa, tapi ada jugak sesetengah penulis mengabungkan dengan penulisan lain seperti puisi, pantun, surat kiriman dsb. Adunan penulisan ni merupakan gaya persembahan seseorang penulis, kalau komik kita panggil stroke (gaya lukisan). Jadi, kena ada gaya tersendiri supaya tidak dibayangi oleh penulis lain.

PENCERITAAN

Macam kita berbual/ bercerita dekat kawan-kawan jugak kita kena nyatakan:

1. Apa peristiwa yg berlaku?

2. Bila ia berlaku?

3. Di mana ia berlaku?

4. Mengapa ia berlaku?

5. Bagaimana ia boleh berlaku?

6. Siapa yang terlibat dlm peristiwa tu?

Kita kena terangkan dengan jelas supaya kawan kita paham dengan sebaiknya. Persoalan tu tak perlu dijawab direct satu persatu, ia boleh diadun untuk dijawab secara berperingkat-peringkat. Yg penting semuanya terjawab di akhir penceritaan kita.

PERWATAKAN

Penulis perlu tahu tentang ‘watak’ dan ‘pelaku’. Watak adalah penggerak jalan cerita sesebuah novel, pelaku cuma berperanan sampingan dalam memenuhi sesuatu jalan cerita.

TEMA

Sebelum mula menulis kita kena pikir dulu tema apa untuk novel kita. Tema merupakan ‘dasar’ sebuah penceritaan. Contohnya:

  • REMAJA.
  • CINTA/DRAMA.
  • MISTERI.
  • KANAK-KANAK/FIKSYEN.
  • HUMOR/CINTA.
  • SEJARAH/PATRIOTISME.

SINOPSIS

Bila dah ada tema, kita tulis pulak sinopsisnya. Sinopsis adalah catatan ringkas dari keseluruhan novel. Ia boleh jadi panduan bila kita mula menulis nanti. Tulis lebih-kurang 1 page A4 sahaja cukuplah!

JUDUL

Judul kerja adalah tajuk persediaan untuk novel kita. Ia penting bila kita dah start menulis, contohnya bila kawan Tanya kau tulis novel apa? Cakaplah judul kerja tu dulu. Judul sebenar kita akan bagi bila dah siap keseluruhan novel tu, atau mungkin penerbit akan tukar kepada satu judul yang lebih bersesuaian. Jangan bantah kalau tidak ada alasan munasabah pasal diorang lebih pro dalam hal ni!

RANGKA CERITA & PLOT

Rangka cerita ini dalam penulisan skrip rasanya dipanggil scene. Rangka cerita terbahagi kepada beberapa bab (bahagian) yang mana bila digabungkan akan menjadi satu cerita lengkap.

Contoh:

Prolog:

Madihah menangis, ditangannya ada sepucuk surat. daripada pengirim misteri.

Bab 1:

Madihah cuba mencari siapa pengirim surat berkenaan, dia dibantu oleh rakannya Ainan.

Bab 2:

Ada seorang perempuan yang tak suka dengan pencarian tersebut  dan cuba mencari jalan menggagalkannya.

Bab 3:

Madihah dan Ainan balik kampung. Mencari kawan kepada datuknya untuk bertanyakan hal ibunya.

Bab 4:

perempuan yang tak suka mereka buat rancangan, pancitkan tayar kereta, putuskan wayar brek.

Bab 5:

Madihah telah mengalami sedikit kecederaan akibat keretanya berpusing. Ainan terselamat kerana berjaya melompat keluar daripada kereta. kereta terbakar.

Epilog:

Madihah berjumpa dengan pengirim misteri, pengirim itu ayahnya, mereka kembali baersatu. perempuan yang menganiaya mereka datang minta maaf.

GAYA BAHASA

Gaya bahasa biasanya mengikut tema cerita atau pembaca sasarannya. Kalau untuk hadiah sastera kenalah guna metafora sikit. Tapi kebanyakan novel biasanya guna sastera pop atau bahasa harian yang senang difahami & dihayati. Penggunaan bahasa yang terlalu bombastic sehingga memaksa pembaca membuka kamus akan membunuh minat membaca. Bahasa pasar (dah, tak, pasal, aje, etc) atau bahasa asing (I, you, best, so? etc) hanya digunakan dalam dialog. Pleaseeeelah jangan guna bahasa ciptaan sendiri macam cambestz, peningz, celakez, kipas-susah-hidup etc kalau tak nak kena campak melalui tingkap oleh penerbit.

Ayat pendek lebih berpengaruh dan disukai pembaca. Sekiranya satu ayat terlalu panjang, jadikan dua ayat. Kepanjangan ayat yang baik, adalah 16 patah perkataan dalam satu ayat. Kita juga boleh gunakan kata sendi untuk ayat yang panjang.

Contoh kata sendi,

  • Namun begitu
  • Walau bagaimanapun
  • Agar
  • Dan

Cara bercerita biasanya menggunakan teknik AKUAN (pandangan orang pertama) & DIAAN (pandangan orang ketiga). Teknik akuan menggunakan gantinama ‘aku’ dalam  naratif cerita. Keseluruhan cerita dilihat dari sudut pandangan ‘aku’. Macam novel grafik Blues Untuk Aku. Teknik ini agak terbatas kerana ‘aku’ hanya boleh bercerita tentang apa yang ‘aku’ nampak, dengar, rasa dll. Teknik diaan lebih bebas kerana penulis boleh garap semua hal dalam cerita. Adakalanya kedua teknik ini boleh digabungkan!

Jadi, menghasilkan sebuah penulisan bukan satu perkara yang susah sekiranya kita membuat rangka terlebih dahulu. Langkah-langkah yang telah dirang haruslah dituruti agar penghasilan sesebuah karya akan menjadi lebih mudah.

KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN

  • Epilog diletakkan diawal cerita dan prolog diletakkan diakhir cerita. Yang betulnya Prolog diawal cerita manakala epilog di akhir cerita.
  • Tidak meletakkan perkataan TAMAT diakhir cerita.
  • Kesalahan teknik iaitu : penggunaan kata petik (” “).
  • Kata petik sepatutnya berada di luar tanda baca, seperti tanda noktah (.) tanda koma (,) seru(!) tanda soal (?) 
    • Contohnya : “Aman, tolong ambilkan air”. (tanda noktah diluar tanda petik) sepatutnya: “Aman, tolong ambilkan air.”(tanda noktah di dalam tanda petik) 
  • Kesalahan teknik : Ada jarak yang dibuat sebelum tanda petik dan selepas tanda baca yang lain.
    • Contoh: ” Aman , tolong ambilkan air . “ sepatutnya : “Aman, Tolong ambilkan air.

Sumber : http://pergh.com/forum/writer’s-corner/panduan-menulis-novel/


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Apa Itu Novel?”
  1. ansizzul says:

    Hello, saya memang minat baca novel. Sometimes, saya sendiri akan berimaginasi buat cerita sendiri. Saya teeingin nak buat cerpen sebagai permulaan, tapi saya takut cerpen tu takkan diterima. Sebab? To much imagination. Saya paling suka Crystal Anabella. Novel dia woww! Saya pernah menangis baca hampir keseluruhan novel dia. *lari tajuk, but thats me. So, ada tak apa2 cara yang boleh buat saya mengarang dengan baik?

  2. alya syazwani says:

    helo, saya nak tanya.hobi utama saya saya adalah membaca novel. tapi saya di peringkat remaja ni layakkah untuk menjadi penulis novel? dan bagaimana saya nak siarkan hasil karya saya?

  3. mimie says:

    Bagaimana nak mula menulis? sebab saya bru jer berjinak-jinak dalam bidang penulisan….Walaupun saya da ada idea tuk menulis yer….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.