Cerpen : Bahagia Sekadar Imiginasi???

27 September 2013  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : Jszaza zaiman

Seminggu selepas raya aku dan Aniq diraikan dalam majlis yang sangat meriah.Sungguh!,.aku amat bahagia bila diri ini diterima oleh keluarga berketurunan Syed ini.Siapa aku kalau nak dibandingkan dengan keluarga mereka walau pun darah yang mengalir dalam tubuh aku ini juga adalah darah golongan orang kenamaan.

Ahh,.apa ada pada darah dan darjat kebesaran, yang pastinya semuanya tetap akan mati.Aku pujuk hatiku dengan kata-kata ini setiap kali aku rasa rendah diri.

”Lia!!,.kenapa isteri abang ni? Hmm,.” Aniq datang dan memelukku dari belakang.Tadi selepas selesai solat Isyak berjemaah bersama dengan keluarga mertuaku yang di imamkan oleh suamiku sendiri aku masuk ke bilik dan bermenung seorang diri di balkoni bilik kami.

”Lia!,.abang tanya ni,.” Aniq meletakkan dagunya dibahuku.Lunak suaranya membisikkan kata ditelingaku.Aku hanya tersenyum sambil mengeleng.Sebak didada yang menyapa tiba-tiba menjadikan lidahku kelu untuk bersuara.

”Kenapa ni Lia? Abang ada buat salah apa-apa ke? Atau pun Efy atau kak Lydia ada kata apa-apa kat Lia or,..” aku berpusing dan mengadap Aniq.Jari telunjukku aku letakkan dibibirnya dan kepalaku gelengkan.Perlahan wajahku sembamkan ke dadanya.Terasa damai dan tenang.

”Lia,.tolong jangan buat abang tertanya-tanya macam ni!,.” Aniq angkat wajahku dan menyeka air mataku dengan jari-jari kasarnya.Aku pegang tangannya dan ku bawa ke bibirku sambil bibirku sendiri terus mengukirkan senyuman.

”Lia bahagia di sisi abang.Terima kasih kerana membahagiakan Lia.Abang jangan tinggalkan Lia ya! Lia sayang abang!” aku mengungkapkan kata-kata itu sambil mataku merenung tepat ke dalam mata Aniq.Perlahan Aniq menarik aku ke dalam pelukannya.

”In Sya Allah,.abang takkan tinggalkan Lia.Kenapa Lia tanya soalan ni kat abang? Lia tak percayakan abang ke?” sambil menyoalku Aniq melepaskan pelukannya dan memimpin aku ke arah sofa di dalam bilik kami.Aku didudukkan dan Aniq mengambil tempat disebelahku.

”Lia takut,.Lia takut pisang berbuah dua kali.Abang tahukan sejarah hidup Lia macam mana sebelum ni? Mana tahu abang akan rujuk balik dengan bekas isteri abang,.” aku berkata jujur dalam rasa takut.Takut Aniq akan tersentap dengan pengakuanku.Aku dengar Aniq menghela nafas perlahan dan menarik aku semakin rapat dengannya.

”Lia!,.kalau abang nak rujuk balik dengan Nisa, untuk apa abang kawen dengan Lia? Abang dengan Nisa dah tak ada apa-apa,.” Aniq bersuara sedikit keras.Ada ketegasan disebalik nada suaranya.Aku pula yang naik risau.

”Abang!,.Lia,.Lia minta maaf kalau abang terasa,.” aku bersuara perlahan.Memang terasa bersalah pun.Aku sendiri tak suka kalau kisah aku dan Faiz diungkit kembali.Semuanya akan menguriskan kembali parut yang sudah sembuh.

”Lia tentu nak tahukan kenapa abang berpisah dengan Nisa?” aku donggakkan wajah dan kepalaku jatuhkan berkali-kali.Memang ada niat juga untuk bertanya sebabnya, walau aku tak terdesak sangat untuk tahu.

”Sama jawapannya macam Efy putus tunang.Nisa asyik tuduh abang berlaku curang sedangkan semua perempuan yang abang jumpa tu client abang.Nisa siap pasang spy lagi sebab tak percayakan abang.Hai!,.inilah padahnya kalau dah dikurniakan dengan wajah yang handsome ni,.” aku terdengar Aniq tergelak diakhir bicaranya.Aku pula mencebik tanpa sedar.Perasan sudah Syed Luqman Aniq ni!,.

”Tak habis-habis nak ‘perahsantan’,.” Aniq mengerutkan keningnya.Aku muncungkan bibir.Aku tahulah wajah dia tu pan asian pun.Hidung tinggi,pakej lengkap.Huh!,.

”Sekejap! Perah santan? Bila masa pulak abang perah santan? Nak masak apa pulak malam-malam ni?” Huh!,.sekali lagi aku tarik muncung.Aku sangkakan Aniq sengaja buat-buat tak faham.

”Dahlah!,.malas nak layan abang,.” aku bangun dari sofa dan ingin menuju ke bilik air tapi langkahku dihalang Aniq.

”Lia,.apa maksud Lia dengan perah santan tu?” wajah Aniq serius.Aku pula terasa lucu melihat wajahnya.

”P.E.R.A.H.S.A.N.T.A.N,.cuba abang buang huruf H dengan TAN tu jadi perkataan apa?” aku eja perkataan ‘perahsantan’ tu dan menerangkan maksud sebenar aku sambil menonong melarikan diri ke bilik air.

”Lia cakap abang PERASAN!,.Eh,.abang memang HANDSOME la,.” aku dengar Aniq melaung sambil tergelak kuat.Betullah Syed Luqman Aniq ni memang perasan!!!,.Hiesyy!
…………………………………………..

Aniq berpindah balik ke Kuala Lumpur selepas majlis persandingan kami berlangsung.Rupanya Aniq memang sudah merancang untuk berpindah kalau aku menerima lamarannya.Menurut Aniq dia membawa diri ke Terengganu kerana kecewa selepas berpisah dengan Syarifah Khairunnisa Adelya.Tiga tahun dia mencuba memujuk Nisa untuk kembali bersamanya demi anak tunggal mereka Syed Khairul Haq Anaqi,tapi Nisa ternyata terlalu degil untuk termakan pujukan Aniq.

Aku juga pernah bertanya Aniq macam mana dia boleh jatuh hati dengan aku di kedai bunga dan jawapannya membuatkan aku tersenyum sendiri.Aku ingat lagi hari itu hari ‘mengelabah sedunia’ untuk aku.Entah kenapa sejak pagi hari tu dada aku ini dilanda debar lain macam hinggakan apa yang aku buat serba tak kena.

Awal pagi lagi sudah ada pelanggan yang datang ke kedai sedangkan ketika itu bos aku dan rakan sekerja lain belum datang lagi.Walau pun ketika itu aku sudah setahun lebih bekerja di kedai bunga itu tapi aku masih tak yakin untuk mengambil tempahan pelanggan.Aku ni pula cepat gabra bila berhadapan dengan pelanggan lelaki.Entahlah kenapa? Mungkin aku trauma dengan lelaki selepas berpisah dengan Faiz.Siapa tahu?

”Cik!,.boleh tolong buatkan gubahan yang paling cantik tak? Untuk ummi saya!” seorang pelanggan lelaki yang baru memasuki kedai membuat permintaan itu pada aku.Aku hanya memandang sekilas ke arahnya dan pura-pura sibuk mencari sesuatu.

”Sekejap ya encik!” dadaku dah kembali berombak.Aku langsung tak berani nak mengambil tempahan itu.Aku capai HP dan mendail nombor Hp Noreen rakan sekerjaku yang belum sampai.Dalam sibuk mendail bibir aku tak habis-habis membebel.Aku membelakangkan pelanggan tadi sambil tanganku cuba mencapai kerusi beroda yang berada berdekatan denganku.Entah macam mana kerusi roda itu berganjak sendiri dan aku terus jatuh terduduk di atas lantai.Uwawaaa!!,.malunya bila pelanggan lelaki tadi datang dan cuba membantu aku.

”Cik!,.awak okey ke?” dia menyoal aku.Aku langsung tak berani memandang wajahnya.Dahi aku sudah berpeluh walau penghawa dingin masih terpasang.

”Okey! Okey!,.encik tunggu sekejap ya.Nanti kawan saya datang.Encik boleh tempah kat dia.Saya,.saya tak mahir sangat kot!” aku mengaku sejujurnya.Aku dengar dia ketawa namun aku langsung tak berani mendonggak untuk memandang wajahnya.

”Saya bukan alien la awak! Yang awak takut sangat ni kenapa?? ” Hah! Alien? Itulah suamiku Syed Luqman Aniq.Aku gelengkan kepala berkali-kali.Patutlah dia selalu sebut perkataan alien tu supaya aku akan ingat pertemuan pertama kami.Kata Aniq lagi sikap mengelabah aku itulah yang membuatkan dia terpikat.Haih!,.macam tu pun ada ke???

”Isteri abang ni memang tak ada kerja lainkan? Asyik melamun ja 24 jam.Lia fikir apa? Tergeleng-geleng sorang-sorang ni?” aku disergah Aniq dari belakang.Ralit mengingati kisah lama sampai tak sedar Aniq sudah ada di tepiku.

”Tak ada apalah bang!,.Lia nak tanya sikit boleh?” sambil menjawab aku ajukan soalan untuk Aniq.Dalam minda aku sudah terencana satu soalan nakal.

”Kalau abang cakap tak boleh?” Aniq pula mempamerkan senyuman nakal untukku.Haih! melawan tokey nampak! Aku belum lagi ajukan soalan aku tu.

”Ingat Lia nak kesah,boleh ke tak? Lia tetap nak tanya jugak!,.” aku pura-pura nekad.Aniq sengaja menutup kedua belah telinganya dengan tangan.Memanglah dia ni.Suka menguji kesabaran aku.Okey! Fine!!! Aku berdialog di dalam hati seraya bangun dan ingin berlalu.

”Lia nak ke mana pulak tu?” Aniq kalut bertanya.Aku menoleh sekilas padanya sebelum menjawab.

”Nak cari Efy!,.bercakap dengan Efy lagi best daripada cakap dengan abang!” spontan tangan aku ditarik dengan kuat dan aku terus landing atas ribaan Aniq.Wajah Aniq mencuka.Aku cuba bangun tapi Aniq menghalang.

”Lia jangan cuba nak sakitkan hati abang? Lia nak tanya apa?” aku tahan tawaku melihat wajah Aniq saat ini.Sekali lagi aku cuba bangun dari ribaan Aniq tapi tidak berjaya kerana Aniq memaut pinggangku erat.Untuk menstabilkan kedudukanku aku memaut pula lehernya.Dadaku berdebar tiba-tiba dan jantungku berlari laju bila melihat renungan Aniq yang berterusan ke wajahku.

”Abang lepaskan Lia dulu.Kita bukan dalam bilik ni bang.Kalau abang tak perasan biar Lia bagitau.Kita ada kat depan rumah ni bang!” kata-kataku membuatkan Aniq tergelak kecil dan perlahan-lahan melonggarkan rangkulannya di pinggangku.Aku bangun dan kembali duduk di sebelah Aniq dan terus menyandar di kerusi batu sambil memeluk tubuh.

”Abang memang suka alien ke? Abang memang pernah bercinta dengan makhluk asing tu ke?” tak semena-mena soalan itu yang keluar dari bibirku sambil mendonggak memandang langit melihat bintang-bintang yang berkerlipan di atas sana.

”Lia!!!,.ada pulak soalan tu yang ditanya?” Aniq bersuara sedikit keras.Aku pula terus tergelak bila melihat wajah cemberutnya itu.So cute!!,.hihi

”Cuba abang ingat betul-betul.Sejak kali pertama kita jumpa lagi abang dah sebut perkataan alien tu kat Lia.’Saya bukan alien la awak.Yang awak takut sangat ni kenapa?” Aku cuba ingatkan Aniq dengan dialognya sendiri.Aniq tergelak sambil memaut bahuku.

”Lia tulah! Yang mengelabah sangat tu kenapa? Wajah abang yang handsome ni pun Lia langsung tak mau pandang.Lia ingat tak? Setiap kali abang pulang bila abang pergi kedai kak Lydia Lia buat tak tau ja kat abang.Lepas tu abang terus upah orang untuk pasang CCTV di kedai kak Lydia tu.Lia perasan tak? CCTV tu betul-betul mengadap ke arah meja Lia,.” aku dengar Aniq dah tergelak kecil sedangkan aku sudah terlopong mendengarnya.Sungguh!,.aku langsung tak tahu dengan kewujudan CCTV tu.

”Abang!!!,.abang tak tipukan??? Macam mana Lia langsung tak tahu pasal CCTV tu.Lagi pun untuk apa abang pasang CCTV tu? Apa motif abang?” soalan demi soalan terus aku ajukan.Syed Luqman Aniq ni memang banyak sangat kejutan.Aku pun tak pernah perasan pernah terserempak dengan dia di kedai kak Lydia.

”Motif abang cuma satu ja.Nak kenal dengan Nur Farhah Ilyia betul-betul sebelum melamar dia menjadi isteri,.” hidung aku di cuitnya.Aku tunjuk muka masam.Ini betul-betul tidak adil.Aku langsung tak kenal dia sebelum kami kawen.

”Abang jangan bagitau Lia,hal orang gaji sementara tu abang yang cadangkan nama Lia?” aku bertanya geram pada Aniq.Tiba-tiba aku terfikirkan hal itu.Aku pandang wajah Aniq.Aniq mengeleng.

”Ummi yang cadangkan nama Lia.Ummi cakap dia nak uji dulu bakal menantu dia.Ternyata Lia lulus ujian hari pertama Lia masuk ke rumah ini lagi.Efy pun bagi markah penuh untuk Lia hari pertama Lia masuk ke sini.Lia ingat tak malam Efy ajak Lia berbual tu tapi Lia lebih rela bagi no Hp Lia dengan nama FB Lia kat dia.Selepas Lia bagi pada Efy,Efy terus call abang.Siap puji-puji Lia lagi sampai abang pun naik jealous,.” aku terangguk-angguk mendengar penjelasan Aniq.Ini memang betul-betul komplot TERBESAR ni.

”Selain tu,ada lagi ke yang Lia tak tahu?” aku bertanya serius.Aniq mengangguk.Sekali lagi aku melopong.

”Tutup mulut tu Lia!,.abang kiss kang.Baru tahu!” Aniq tergelak.Cepat-cepat aku tutup mulutku dan membuntangkan mata padanya.

”Apa lagi yang Lia tak tahu?” Aniq pegang kedua belah tanganku dan mengelusnya perlahan.

”Mahadi tu kawan baik abang sejak sekolah.Tunang Amirah!,.” kali ini memang betul-betul buat aku terkejut besar.Encik Mahadi sengal tu tunang Amirah? Biar bebetul!!

”Encik Mahadi sengal tu??” aku tanya direct.Akibat terkejut tak sempat pula nak control soalan.

”Hiesyyy!!,.sedap ja cakap kawan baik abang tu sengal!,.” dalam marah Aniq tetap ukirkan senyuman.Aku mencebik sekejap sebelum turut tersenyum.

”Memang sengal pun.Patutlah abang pun terjangkit sama.SENGAL!!!” aku tergelak diakhir ayatku.Aniq tarik aku rapat kepadanya.Aku cuba meloloskan diri tapi tak berjaya.

”Oii pengantin baru!!,.kalau nak main peluk-peluk pergi masuk bilik ar!!” suara Efy kedengaran dari tingkat atas.Aniq dah tergelak kuat sambil melepaskan rangkulannya.Aku yang termalu dengan kata-kata Efy terus bangun dan masuk ke rumah.

”Kak Lia!!!,.bagi anak sedara cepat sikit!!” Efy melaung lagi.Wajah aku dah berbahang.Aniq yang mengikut di belakangku dah tergelak besar.Hiesyy!,.dua beradik ni memang nak kena la!,.aku ketap bibir geram.
……………………………………..

”Papa,.papa,.” bangun pagi tadi aku sudah terdengar suara seorang kanak-kanak di luar bilik.Awal lagi kot.Entah anak siapa.Pintu bilik terus diketuk dan suara kanak-kanak itu masih kedengaran.Aku tenyeh mata berkali-kali sambil memandang Aniq yang masih nyenyak tidur disebelahku.

”Abang!,.bangun bang!” aku kejutkan Aniq.Bahunya ku tepuk perlahan.

”Abangg!!,.” aku panggil Aniq lagi.Tulah semalam nak teman sangat aku online,kan dah tidur lewat.

”Kenapa Lia? Dah subuh ke? Abang mengantuklah sayang.Hari ni kan hari minggu?” Aniq bercakap perlahan sedangkan matanya masih terpejam.Ketukan dan suara yang memanggil ‘papa’ terhenti sekejap.

”Abang! Lia dengar ada suara budak panggil papa kat luar tu ha,.” kali ini bahu Aniq aku goyangkan kuat.Aniq melompat bangun dan aku turut bangun dan duduk bersila di sebelahnya.

”Suara budak?” spontan dengan soalan Aniq pintu bilik kami di ketuk lagi.Kami saling berpandangan.

”Papaaa!!!” semakin kuat dan nyaring.Aniq bangun dan menuju ke pintu bilik.Aku masih tergamam di atas katil.Anak Aniqkah? Bagaimana dengan bekas isterinya.Takkanlah seawal ini datang ke rumah kami.Aku pandang jam di atas meja solek.Baru pukul 5.30 pagi.

”Aqi!!,.maaf! Papa lupa Aqi nak datang pagi ni!” aku dengar Aniq bersuara dan dia terus menutup pintu bilik kami.Perasaan aku berdebar sangat.Terasa sebak dan dipinggirkan.Ahh,.kenapa harus ada perasaan ini.Cemburukah aku? Aku bertanya diri sendiri dan bangun dari katil.Aku menuju ke pintu bilik dan mengintai keluar.Aku terdengar suara Aniq berbual dengan seorang perempuan.

”Kak Nisa nak ke New York seminggu.Dia akan tinggalkan Aqi di sini.Abang Aniq tak beritahu kak Lia ke?” aku dengar suara seseorang disebelahku.Aku mendonggak.Efy dah tersengeh di sebelahku.

”Cantik rambut kak Lia? Buat rebonding ke?” Efy bersuara lagi.Barulah aku perasan bahawa aku hanya memakai baju tidur kain satin labuh dan yang pastinya tidak bertudung.Tanpa menjawab sepatah pun soalan Efy aku terus berlari masuk ke bilik semula.

Di dalam bilik aku memegang dadaku.Debaran akibat renungan Efy ke wajahku dan tanganku terus naik ke pipiku.Masih terasa bahangnya.Auratku yang ku jaga selama ini sudah dilihat oleh Efy.Tak sangka,awal pulak Efy bangun.

Bila difikirkan balik,kecil hatiku terhadap Aniq.Kalau Efy pun tahu kenapa aku tak diberitahu.Akukan isteri dia? Dalam keadaan hati yang sedang galau aku menuju ke balkoni.Langit pagi ku pandang.Perasaanku tiba-tiba rasa sepi yang teramat.Kenapa dengan aku ni? Cepat sangat terasa sekarang ni?

Bila mendengar suara seseorang sedang berbual di bawah aku lantas menuju ke hujung balkoni.Aniq sedang membuka pintu kereta tempat duduk belakang.Perempuan ayu bertudung di sebelahnya memeluk Aqi dan mencium kedua belah pipi Aqi,kemudian tangannya memegang lengan Aniq.Aku tergaman di situ bila melihat tiada tolakan dari Aniq.Aku bertambah terkejut bila perempuan itu mencium pipi Aniq sebelum meloloskan diri masuk ke dalam kereta.Drama apakah ini?? Aku tanya diri sendiri.Mereka rujuk semulakah? Kenapa Aniq tidak membantah? Aku menyoal bertalu-talu di dalam hati.Dadaku terasa sakit dan perit yang teramat.

Ya Allah! Ujian apakah lagi yang bakal kau turunkan untukku? Aku terlalu letih Ya Allah! Bagaimana kalau Aniq nak berbaik semula dengan bekas isterinya? Aku tak sanggup berkongsi Ya Allah.Aku tak rela .Aku tak ikhlas.

Aku terus memandang gelagat Aniq dan anaknya.Selepas kereta meluncur pergi mereka masih di situ merenung lama ke arah jalan.Air mataku sudah mula gugur ke pipi.Dalam kesamaran pandanganku aku dapat melihat Aniq mendonggakkan wajahnya ke atas.Kami saling merenung dari jauh.Aku tak berganjak dari balkoni.Biar Aniq tahu aku menyaksikan segala adegan romantik mereka.

Aniq memimpin tangan Aqi masuk ke rumah.Aku terus terduduk di balkoni.Aku paut kedua lututku dan meletakkan daguku di atas lutut.Air mata yang terus mencurah laju aku biarkan tanpa diseka.Mataku pejamkan sedangkan minda sudah berfikir yang bukan-bukan.Aku sudah tersedu di pintu balkoni.

Aku buka mata bila terasa ada seseorang yang menyentuh pipiku dan menyeka air mataku.Aniq sudah duduk mencangkung di depanku.Dia cuba merangkulku ke dalam pelukannya tapi aku menepis pantas.Terbayang lagi adegan tadi buat air mataku semakin galak menuruni pipiku.

”Lia!,.bukan salah abang pun!,.mana abang nak sangka Nisa nak buat macam tu!” aku mencebik mendengar Aniq yang cuba membela dirinya.Mana ada pesalah yang akan mengaku bersalah! Aku berdialog dalam hati.

”Lia!,.kenapa sensitif sangat ni?Lia sendiri tengokkan? Abang tak balas apa pun tadi.Abang pun tergamam Lia!” Aniq bersuara lagi.Aku bangun dan ingin membawa diri ke bilik air.Aniq memaut tanganku cuba menghalang aku melarikan diri darinya.Aku cuba merentap tanganku dari gengaman Aniq namun aku tak berdaya.

”Lia,.dengar dulu penjelasan abang.Jangan Lia nak menghukum abang tanpa sebab,.” aku kerutkan dahiku.Aku yang sakit hati menyaksikan kemesraan dia dengan bekas isteri dia,aku pula yang di tuduh menghukum dia.Apa kes??

”Siapa yang menghukum siapa sebenarnya ni? Lia yang menghukum abang atau abang yang menghukum Lia? Apa perasaan abang kalau ada lelaki lain buat kat Lia depan abang macam tadi? Abang suka? Dan lagi satu abang tak bagitau pun Lia pasal Aqi,pasal bekas isteri abang nak ke New York tu.Lia tak kisah pun kalau Aqi nak tinggal di sini.Di sini pun rumah keluarga dia jugak.Lia ni ja orang luar pun.Tapi apa hal pun bagitau la Lia dulu,.”

Aniq hanya diam bila aku bersuara.Perlahan tangan aku dilepaskan.Aniq meraup wajahnya.Wajah itu nampak sangat tegang.Air mataku sudah terhenti dengan sendirinya.Aku kesat kasar air mataku yang masih bersisa dengan tapak tangan.

”Abang minta maaf okey!!,.bukan abang tak nak bagitau Lia tapi abang terlupa,.Lia!,.jangan macam ni please!!” Aniq masih cuba memujukku.Aku tak tahu kenapa dengan perasaanku sekarang.Lebih-lebih lagi bila adegan tadi terus terbayang diruangan mataku.Argghhh,.kusut sangat fikiranku sekarang ni.

”Lia!!,.” Aniq memanggilku bila aku pula mendiamkan diri.Aku tak menoleh ke arahnya malahan aku terus menuju ke bilik air.Aku kuncikan pintu dari dalam.Aku berdiri di depan cermin dan memandang wajahku.Dalam bahagia aku menangis lagi.Aku menconggak dalam hati.Hari ini baru 20 syawal.Ini bermakna baru 24 hari kami bergelar suami isteri.

Ujian dan dugaan itu ada di mana-mana dan dengan siapa pun aku berkahwin dia tetap seorang manusia biasa yang takkan pernah sempurna.Aku juga tak pernah sempurna untuk terus menuding jari pada Aniq.Kalau jari telunjukku menuding pada Aniq lagi empat jari lagi menuding ke arah diriku sendiri.

Aku masih berperang dengan diri sendiri.Aku tak mahu mengingati lagi sesuatu yang menyakitkan hati.Aku cuba kenangkan saat-saat manisku bersama Aniq.Semalam juga saat manis kami bersama.Baru aku teringat aku perlu mandi wajib pagi ini lantas aku keluar semula dari bilik air untuk mengambil tuala.Buka saja pintu bilik air Aniq sudah terpacak depan pintu.

”Dah masuk waktu subuh Lia.Kita jemaah?” Aniq menyoalku perlahan,seolah tiada apa yang berlaku sebentar tadi.Aku hanya mengangguk sambil berlalu ke penyangkut khas untuk menyidai tuala.Tuala diambil dan almari turut aku buka untuk mengambil pakaianku.

”Tunggu abang! Kita mandi sekali!” Aniq menghalang aku dari menutup pintu bilik air.Aku membuntangkan mata.Aniq tergelak.

”Okey! Okey!,.Lia mandi dulu.Jangan lupa mandi junub!!” Aniq mengingatkan aku.Aku bengang dengan gelagat Aniq.Macam tau-tau ja aku dah maafkan dia.Inilah masalah aku yang terbesar sekali.Mudah merajuk tapi cepat pula lembut hati.

Usai solat subuh macam biasa,tangan Aniq ku gapai dan ku bawa ke bibirku.Lama ku cium tangannya.Aniq memaut tubuhku supaya hampir dengannya dan dahiku di kucup.Syahdu seketika suasana ini.Aniq pegang daguku selepas itu dan mengarahkan aku supaya mendonggak dan memandang wajahnya.Aku menurut.Kami saling merenung buat seketika.Ku renung dalam mata di hadapanku dan terus meresap getarannya hingga ke hati.

”Abang minta maaf dengan apa yang berlaku tadi tapi tolong jangan biarkan lelaki lain buat macam tu kat Lia depan abang walau pun dengan Efy!” aku kecilkan mata mendengar kata-kata Aniq.Banyak handsome! Tu namanya permintaan berat sebelah.Aku bermonolog dalam hati sambil bangun dan menanggalkan telekung.

”Lia maafkan abang ke tidak ni?” Aniq mengekori aku ke ampaian dan menyidai sejadah sambil menyoal.Sengaja menguji Aniq aku terus mendiamkan diri.

”Lia!!,.” Aniq terus memanggilku.

”Abang ni tak adil tau! Perempuan lain boleh pula pegang-pegang dan kiss abang depan Lia tapi dengan Lia,awal-awal lagi abang dah bagi warning!” aku kuatkan suaraku.Haih! baru sangat minta maaf.Cium tangan lagi.Sekarang buat hal lagi? Ini semua Aniq yang punya pasal!

”Lia lupa ke abang ni lelaki dan orang lelaki boleh kawen empat.Abang ni masih mampu tau dari segi zahir dan batin!” aku kebam bibir.Orang lelaki ni memang tak ada ayat lain yang mampu mereka ungkapkan.Memang spesis lidah tak bertulang macam nilah jadinya.Aku berdengus geram.Aniq dah tergelak di sebelahku.Hiesyy!,.aku merajuk kang,baru tauu!!!

”Dahlah! Jangan buat mulut muncung tu lagi.Geram abang tengok.Kan tak pasal-pasal ada orang kena kurung dalam bilik ni,.” hadoii!!,.yang namanya lelaki memang banyak sungguh umpan mereka untuk menyakat.Untuk hari ini terpaksalah aku mengalah dalam terpaksa.Dalam marah aku sayang sangat kat Syed Luqman Aniq ni.Inilah kelemahan aku cepat lembut hati dengan orang yang aku sayang.Nasib kaulah Lia!,.aku berbisik dalam hati.
………………………………………….

Syawal berlalu sudah.Aku meminta izin dari Aniq untuk bekerja di kedai bunga Datin Syaida semula.Selepas tahu Aniq memasang CCTV di kedai kak Lydia dan perihal komplot terbesar mereka,aku terus tawar hati untuk terus bekerja di butik DE’ LYDIA ANESSA.Kebetulan Datin Shaida juga menawarkan aku bekerja semula di kedai bunganya.Aku menerima perlawaan Datin Shaida dengan senang hati sambil mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi dengan keluarga kandungku.

Dato Mansor hanya empat beradik.Ibuku anak bongsu yang juga merupakan anak perempuan tunggal.Dato Mansor anak ketiga.Yang sulong dengar khabar masih menetap di London dan tak pernah pulang ke Malaysia selepas nenek dan datuk aku meninggal.Yang nombor dua ada di Malaysia dan hubungan mereka sedikit berantakan.Menurut Dato Mansor a.k.a bapa saudaraku itu mereka bergaduh sebab masalah keluarga.Entahlah masalah apa.Aku pun malas nak ambil tahu sangat.

Sedang aku asyik membelek bunga-bunga mawar perbagai warna yang baru tiba lagu ‘Padamu Ku Bersujud’ berkumandang.Ni hasil kerja Aniq yang sibuk menukar ring tone HP aku.Aku mencari HP aku di dalam beg tangan.Hp aku keluarkan dan aku tekan butang hijau.

”Assalammualaikum.Ya! Ada apa Efy?” selepas Efy menjawab salam, aku terus menyoal Efy.Efy tak pernah menelefon aku selepas aku kahwin ni.Kalau dia dah call aku mesti ada hal la tu.

”Kak Lia,.Efy tengah on the way nak ambil kak Lia ni.Kita keluar lunch!” erkk,.aku tergamam.Dah buang tebiat ker hapa Efy ni.Dok tak dok nak ajak aku keluar lunch.

”Tak bolehlah Efy! Kak Lia dah janji dengan abang Aniq nak lunch dengan dia,.” aku berterus terang.Memang setiap hari Aniq akan datang ambil aku untuk makan tengahari.

”Abang Aniq ada disscussion dengan client sebab tu abang Aniq suruh Efy ambil kak Lia.Kebetulan Efy memang ada sekitar sini,.” aku dengar suara Efy ditalian.Macam serius saja.

”Efy dah sampai mana ni?” aku menyoal Efy sambil memandang jam ditangan kiriku.Patutlah! memang dah sampai time makan tengahari pun.

”Dah ada depan kedai pun.Kak Lia nak suruh Efy tunggu dalam kereta ke,nak suruh Efy jemput kak Lia?” ehh,.baik sangat pulak sampai nak berjemput bagai.Aku terus putuskan panggilan tanpa menjawab pertanyaan Efy.Aku berjalan ke arah Noreen dan Anis yang sedang mengubah bunga tempahan pelanggan untuk memberitahu mereka aku akan keluar makan.

”Noreen,Anis,.kak Lia keluar dulu ya.Ada nak pesan apa-apa tak?” Anis dan Noreen yang sedang rancak berbual terdiam dengan pertanyaanku.Selepas itu masing-masing mengukirkan senyuman.

” Ada! Kak Lia kirim salam kat abang kak Lia yang handsome tu sudahlah,.” Noreen bersuara sambil ketawa.Aku bulatkan mata.Tak habis-habis nak menyakat aku.

”Ishh,.tak da maknanya nak berkiim salam bagai! Dengan suami akak pulak tu!” aku membalas kata sambil memusingkan tubuh untuk melangkah menuju pintu.

”Ilyia sayang! Kenapa putuskan talian? Cemas abang Efy ni tau!!!” Efy tiba-tiba menerpa masuk.Aku terus kaku di tempat aku berdiri setelah mendengar ayat-ayat yang keluar dari bibir Efy.Takkanlah Efy ni betul-betul buang tabiat kot.Aku pandang wajah Efy yang selamba terus melangkah masuk ke dalam kedai.

”Oitt kak Lia! Sejak bila ada affair ni? Handsome pulak tu! Jangan tamak kak Lia.Past-pastlah kat kami yang masih single mingle ni,.” Anis bersuara perlahan.Aku terdengar Anis dan Noreen ketawa selepas itu.Efy pula masih tetap melangkah dengan selamba ke arahku.

”Kenapa ni Efy? Tunggu aje la dalam kereta tu.Kak Lia dah nak keluar pun ni,.” entah macam mana aku terkuatkan suaraku.Bengang jugak dengan si Efy ni.Tak pasal-pasal aku pula yang dikata ada affair dengan dia.

”Sayang tu la! Kenapa putuskan talian?” kenapa dengan Efy ni? Dah dua kali dia panggil aku sayang.Dia sedang menguji akukah? Mereka sedang berkomplot nak kenakan aku lagi ke? Aku berperang dengan hati sendiri.Pengalaman mengajar aku agar sentiasa berwaspada dengan dia.Mana tahu kalau-kalau dia dan Aniq berpakat lagi.

”Yalah tu Efy,.apa-apalah!,.” akhirnya hanya perkataan itu yang terkeluar dari bibir aku.Kalau korang nak berlakon sangat aku pun teringin juga nak join sekali.Jom kita tengok siapa yang bakal dapat award.Aku berbisik nakal di dalam hati.

”Jomlah abang Efy sayang! Kita nak lunch di mana ni? Di taman bunga ke restoran mewah yang ada orang gesek biola tu?” aku memulakan lakonanku sambil melangkah keluar dari kedai.Sempat lagi aku menjeling Anis dan Noreen yang sedang berbisik sesama mereka sambil ketawa.Efy hanya tersenyum mendengar kata-kataku.

”Kak Lia lagi advance rupanya?” hah! kan aku dah cakap! Memang dia nak kenakan aku pun.Pandai pula dia panggil aku kak Lia.

”Baru tau ke Efy??” aku bersuara geram.Dalam minda aku ligat berfikir entah agenda apa yang mereka rancang pula kali ini.

”Tak kenal maka tak cinta kak Lia.Efy dah lama kot kenal kak Lia and sudah jatuh cinta tapi nasib pula tak memihak pada Efy,.” hailah Efy! Apa yang kau dok mengarut sangat ni? Aku berdialog dalam hati.Lain yang aku tanya.Lain yang dibalasnya.Minda aku terus berfungsi untuk merangka dialog yang seterusnya.

”Samalah dengan kak Lia!,.” entah apa yang sama pun aku tak tahu.Aku main jawab jer.Otak aku dah blurr untuk buat ayat namun aku tak mahu terus mengaku kalah jadi apa saja yang terlintas dalam minda terus aku suarakan.

”Apa yang sama? Jangan beritahu Efy kita berkongsi perasaan yang sama.Kalau ya,. kenapa kak Lia terima abang Aniq?” Efy menghalang laluanku dan berdiri betul-betul di depanku.Aku bercekak pinggang.Aku bukan setakat benggang saja sekarang ni tapi dah nyaris nak meroyan dengan lakonan Efy ni.Berkongsi perasaan yang sama? Keterlaluan sangat kot! Adakah aku pun perlu turut berlakon atau hentikan saja lakonan Efy ni.Mahu saja aku sekeh kepala Efy ni biar biol 44 hari 44 malam.Huh!!!

”Dahlah Efy! Toksah dok kenakan kak Lia sangatlah! Kak Lia dah letihlah.Efy dengan abang Aniq ni memang melampau tau! Suka sangat nak mainkan perasaan kak Lia.Kak Lia ni bukannya patung bernyawa tau!!!” aku bersuara tegas.Efy dah tergelak besar sambil memicit alarm kereta.Aku sengaja membuka pintu belakang kereta sambil masuk dan duduk dengan selamba.

”Hai cik puan!,.sejak bila Efy ni jadi drebar tak berbayar pulak ni?” aku hanya diam sambil memeluk tubuh.Efy keluar dari kereta semula dan membuka pintu kereta belakang sebelah tempat dudukku.Aku buat tak peduli.

”Okey! Efy gurau je.Jom keluar,duduk depan.Sebelah Efy bukan belakang Efy.Efy tak sudi la nak jadi drebar ni,.” Efy tergelak dengan ayatnya sendiri.Aku mengalah juga dan menurut kemahuan Efy.Betullah tu.Sejak bila pula Efy ni jadi drebar akukan???
……………………………………..

Kami sampai di sebuah restoran seafood.Aku jalan beriringan dengan Efy.Ramai orang time ni.Rata-rata meja yang ada sudah penuh.Efy terus menuju ke kaunter depan dan bertanyakan sesuatu.Kami kemudiannya dibawa ke meja kosong yang agak tersorok tapi ketika melewati satu meja aku terkejut bila melihat satu pasangan bersama anak kecil begitu mesra melayan si kecil itu.

”Tadi Efy cakap abang Aniq jumpa clientkan?” sebaik saja punggungku mencecah kerusi restoran aku mula menyoal siasat Efy.

”Maafkan Efy!!,.Efy tipu kak Lia.Tadi Efy jumpa kak Nisa dia cakap dia nak lunch dengan abang Aniq di restoran ni.Efy tak percaya tapi rasa was-was tu ada jugak.Efy call abang Aniq tanya dia sendiri,..” Efy berhenti berbicara sambil merenung wajahku.Aku tak beriak,sambil tu aku jeling lagi pasangan yang berselang empat meja di hadapan kami.Aniq membelakangi aku dan sedang menyuap si kecil makan.Gelagat mereka seperti sebuah keluarga yang amat bahagia.

”Kak Lia!,.” Efy panggil aku.Nampak sangat raut cemas diwajahnya.Sesekali dia juga turut memandang ke arah Aniq dan bekas kakak iparnya.

”Kalau abang Aniq nak rujuk balik dengan kak Nisa,kak Lia rela bermadu?” bagaikan ada batu yang menghempap ke tubuhku dan bagaikan belati tajam yang menusuk jantungku mendengar soalan Efy.

”Tadi Efy tanya abang Aniq dia cakap apa? Dia mengaku tak dia nak keluar lunch dengan tu??” aku talakan jari telunjukku ke arah meja Aniq.Sengaja aku menukar topik dan berpura-pura tenang.Soalan Efy aku biarkan tergantung.Aku dah pernah cerita pada Efy aku minta cerai dari Faiz dulu kerana aku tak rela bermadu dan jawapan aku masih tetap sama walau dengan siapa pun aku kahwin.Sendiri mau taulah!! Takkan itu pun masih nak tanya lagi?

”Errr,.abang Aniq mana pernah berahsia dengan Efy.Kamikan macam isi dengan kuku,” Efy tersengeh.Aku angguk faham.Tapi apa motif Efy bawa aku ke sini? Kami berhenti berbual bila makanan tiba di meja kami.Aku pandang Efy dengan wajah yang hairan.Bila masa pula kami order?

”Efy dah call sebelum datang sini tadi.Efy dah siap tempah meja dan order makanan.Tak tau pulak nak dapat meja yang dekat dengan abang Aniq.Jomlah makan!” macam tau-tau saja apa yang aku fikir Efy menjawab semua persoalan yang bersarang di mindaku.Belum sempat aku memegang sudu,seorang perempuan yang anggun bergaya sudah berdiri tegak di tepi meja kami.

”Adriana!,.you buat apa di sini?” Efy bertanya kalut.Aku turut mendonggak memandang wajah perempuan yang sudah memerah yang sedang berdiri di sebelahku.Jawapan Efy tak dijawab tapi juice oren di depanku dicapai dan dicurahkan di atas kepalaku.

”Adriana Natasya!!!,.kenapa dengan you ni??” Efy bertanya kuat.Aku mencari tisu di dalam beg tangan.Entah gila meroyan apa betina ni.Tak pasal-pasal aku kena mandi dalam restoran ni.Semua mata memandang ke arah kami.Efy menolong aku mengelap air juice oren yang terkena wajahku.

”Siapa betina ni bie? Kerana dia ke you tinggalkan I bie?” perempuan yang di panggil Adriana Natasya di sebelahku mula bersuara.Betina dia panggil aku? Aku ingatkan dialah betina! Cehh!!,.kau tunggu betina ni pulak nak bersuara.

”Hei betina!,.tak boleh ke bagi salam dulu sebelum mengamuk hah!!!,.polis pun kalau nak tangkap orang pun siasat berbulan-bulan.Yang kau ni dah tak reti nak tanya dulu.Kau ingat aku ni apa ke? Mata kau dah buta untuk bezakan kekasih dengan kakak.Orang buta pun tahulah aku ni lagi tua dari Efy.Mata kau letak di mana? Letak di kepala lutut?” tu dia!,.entah apa aku dok melalut.Perempuan tu tercenggang dengar aku menjawab.Efy pula kebam bibir tahan senyum.Tak kena gaya sekali dengan Efy aku ketuk ni!

”Lia!,.Efy!,.buat apa di sini? Kenapa ni Lia?” entah bila Aniq sudah berdiri di sebelah aku.Dipandangnya aku dan Efy silih berganti.Efy angkat bahu.Aku mencebik.Eleh,.nak tunjuk prihatin la tu! Aku berbisik dalam hati.Almaklumlah hati aku sekarang ni sakit berganda-ganda.

”Buat apa lagi? Tengah cipta sejarah! Mandi air juice oren.Tak nampakkk???” aku lepaskan amarahku pada Aniq dan terus menolak Aniq ke tepi dan berlalu pergi.Hangat membara di jiwaku ni.Aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi.Panggilan daripada Aniq dan Efy yang silih berganti tidak aku hiraukan lagi.

Keluar dari restoran aku terus menuju jalan.Kebetulan ada teksi yang melewatiku.Terus aku tahan tanpa berfikir panjang lagi.Nasib baik teksi tersebut berhenti.Aku terus meloloskan diri ke dalam perut teksi walau aku langsung tidak tahu ke mana hala tujuku dalam keadaan baju dan tudungku yang sudah kotor.

”Nak ke mana cik?” aku disoal pemandu teksi.

”Err,.encik tau tak kedai baju yang ada dekat-dekat sini? Tolong bawa saya ke sana boleh?” aku tak menjawab soalan pemandu teksi tu,sebaliknya aku membuat permintaan tu pada dia.

”Rasanya 2 kilometer dari sini memang ada butik pakaian muslimah.Cik nak pergi ke?” aku hanya mengangguk dengan pertanyaan drebar teksi tersebut.Kalau ikutkan rasa sakit hati yang aku pendam ni ingin saja aku menangis sepuas hati tapi pengalaman hidup membuatkan hatiku terlalu keras dan ego untuk menunjukkan perasaan aku pada orang lain.

Selepas menyalin pakaian bersih di butik yang aku pergi, aku keluar mendapatkan teksi tadi.Memang aku meminta pada drebar teksi tadi agar menunggu aku.Sekejap saja aku masuk ke butik muslimah tu.Rembat saja baju pertama dan tudung yang aku berkenan.Bayar harganya dan terus menuju ke bilik mencuba baju yang disediakan.Destinasi aku sekarang ialah ke puduraya.Aku nak balik ke Johor sehelai sepinggang.Biarlah,.kalau Aniq nak cari aku satu Kuala Lumpur ni pun.Ada aku kesah.Aku nekad!

Sejak tadi lagu Padamu Aku Bersujud berbunyi.Langsung tak ku pedulikan.Entah macam mana,oleh kerana geram aku tukar kembali ring tonenya kepada lagu asal yang aku guna sejak dua tahun yang lalu.Doa perpisahan pula berkumandang.Aku hayati lirik lagunya,terasa air mataku seakan ingin mengalir namun ku tahan kuat perasaan sebak yang sudah bertandang.Akhirnya aku mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepada Aniq.

~assalammualaikum abang..izinkan lia untuk mencari ketenangan,.tolong jangan cari lia,.lia ingin sendirian,.abang buatlah keputusan muktamad ketika ketiadaan lia ini,.kalau abang nak rujuk balik bersama kak nisa pun lia izinkan tapi lia takkan sesekali berkongsi,.abang faham sendirilah apa kemahuan lia,.lia pasti lia mampu hidup tanpa abang,.MAAFKAN LIA!!~

Dalam jiwa yang masih tertekan aku send mesej tu.Sakit hati betul bila Aniq membelakangkan aku dalam semua hal.Kalau dia sudah tidak punya hubungan apa-apa dengan Syarifah Khairunnisa Adelya tu kenapa tak nak ajak aku sekali lunch bersama mereka? Kenapa perlu rahsiakan daripada aku? Hpku yang kembali berbunyi terus aku off.Ahh,.hati aku memang mudah lembut dan mudah terpujuk dengan orang yang aku sayang tapi andai ego ini hadir hati aku pasti keras melebihi kerikil.
…………………………………………….

Sudah seminggu aku berada di Teratak Cinta Kasih bertemankan anak-anak yatim di sini.Aniq langsung terus menyepi dan aku langsung tidak mahu mengambil tahu apa yang sudah berlaku di Kuala Lumpur.Apa yang menyedihkan aku ialah bila sampai saja di sini aku baru mendapat tahu aku sudah pregnant.Itu pun kebetulan kerana aku asyik muntah-muntah kerana perutku masuk angin akibat tidak berselera untuk makan.Sudah sembilan minggu usia kandunganku namun apalah ertinya.

Aku usap perlahan perutku yang belum berubah bentuk ini, walau pun aku sudah dapat merasakan kehadirannya di dalam perutku.Mungkin berita ini berita gembira untuk pasangan suami isteri yang lain.Aku juga gembira pada mulanya tapi bila memikirkan aku bakal kehilangan Aniq hatiku terus menjadi walang.Aku tak nak anakku nanti senasib dengan diriku.Atau pun senasib dengan abangnya Aqi.

”Lia!,.ada orang nak jumpa Lia kat luar,.” kak Lina datang padaku ketika aku sedang memikirkan masa depanku dan anakku.

”Siapa kak Lina? Lelaki ke perempuan?” aku tak segera bangun malahan aku terus bersoal jawab dengan kak Lina pula.Buat masa sekarang aku tiada mod untuk bertemu muka dengan sesiapa pun.Sejak aku sampai ke sini aku lebih banyak tidur dan bermenung.Mungkin pembawaan budak yang membuatkan aku terlalu letih untuk melakukan sebarang kerja atau beriadah.

”Perempuan! Cantik orangnya.Katanya ada hal mustahak nak jumpa Lia,.” aku mendengus perlahan.Entah siapa yang sudah menganggu ketenanganku ini.Aku bangun perlahan.Kakiku melangkah malas.

Sampai di ruang menunggu aku mengeluh lagi melihat gerangan orangnya yang menunggu aku di situ.Syarifah Khairunnisa Adelya,.macam mana dia boleh cari aku ke sini sedangkan Aniq pun belum pernah sampai ke sini.

”Kita keluar sebentar! Rasanya tak sesuai kalau kita berbual di sini.Bising!” selepas aku duduk di hadapannya itulah ayat yang keluar dari bibir wanita ayu di depan aku ni.Aku mengeluh lagi untuk ke sekian kalinya.Banyak songgeh sungguh!

”Ada hal apa sebenarnya ni.Macam mana boleh tau saya ada di sini.Rasanya Aniq pun tak tahu saya ada di sini,.” aku berkata yakin.Kalau Aniq tahu aku ada di sini takkan dia tergamak tak datang pujuk aku di sini kot?

”Kau silap!,. Kalau kau nak tahu Aniq yang hantar aku datang ke sini.Jomlah keluar dari sini.Kita berbincang di tempat lain.Aku rimas la kat tempat ni.Bising sangat! Bingit telinga aku ni!” kata-kata Syarifah Khairunnisa Adelya yang penuh dengan keangkuhan buat aku tersentap seketika.Inikah sikap bekas isteri Aniq yang sebenarnya? Memang jauh bezanya dengan sikap seluruh ahli keluarga mertuaku.

Mahu atau tidak aku sudah tidak mampu untuk menolak permintaan bekas isteri Aniq ni.Dia datang bersama drebarnya.Megah dia bersandar di tempat duduk belakang sedangkan aku disuruh duduk ditempat duduk depan di sebelah pemandu.Kami melayan perasaan masing-masing sepanjang perjalanan.

Kami tiba di tepi pantai.Aku turun dari kereta dengan langkah yang amat lemah.Memang sejak akhir-akhir ni aku terlalu letih dan kurang selera makan.Nisa membawa aku ke sebuah restoran di tepi pantai itu dan mencari meja yang agak jauh dari orang lain.Aku menurut saja tanpa banyak soal.Sebaik kami duduk Nisa mengeluarkan sekeping kertas dan sebatang pen lalu diletakkan di atas meja.Aku hanya memerhatikan gelagatnya.

”Aku nak kau sign surat ni.Aku dan Aniq nak bersatu semula.Aku tak mahu berkongsi suami dengan kau!” ayat-ayat yang Nisa tuturkan bagai halilintar kuat yang sedang memekakkan telingaku.Saat Nisa menolak kertas dan pen ke arahku terus aku terbayangkan peristiwa dua tahun lepas bila ibu Faiz menyuruh aku menandatangani surat keizinan untuk Faiz berkahwin dengan Nur Jannah.Bezanya sekarang aku dipaksa menandatangani surat cerai.Gila kau! Boleh percaya ke dengan semua adegan ini.Adakah semua ini hanya lakonan semata-mata? Aku memang langsung tak pernah ambil tahu perihal prosuder mahkamah syariah ni.Takkan semudah ini?

”Tunggu apa lagi? Sign sajalah!” Nisa mendesak aku.Aku hanya memandang kertas di depan aku tanpa ada keinginan untuk menyentuhnya.Otak aku masih memikirkan tentang surat di hadapanku.Rasa macam tak logik sangat.Aku keluarkan HPku dari beg tanganku dan terus aku on.Bertalu-talu mesej yang masuk ke inbox tidak aku peduli.Aku mula mendail no Aniq dan bangun dari kerusi menuju ke pintu keluar restoran.

”Encik Syed Luqman Aniq!!,.apa semua ni?” aku mula menyoal Aniq setelah mendengar suara Aniq menjawab dihujung talian.Sambil tu kakiku terus melangkah ke pantai.Aku tak peduli lagi dengan Nisa.Aku hanya perlukan jawapan dari Aniq.

”Itu yang Lia nak kan? Kenapa tak sign surat tu?” terasa sangat dekat suara itu.Bukan pula di talian.Aku menoleh ke sebelah kiriku.Aniq sedang berdiri di sebelahku sambil merenung dalam ke mataku.

”Abang tanya Lia.Kenapa Lia tak sign? Liakan mampu hidup tanpa abang? Lia ingat dengan melarikan diri macam ni masalah kita akan selesai? Apa salah abang dengan Lia? Lia tinggalkan abang macam tu ja,lepas tu Lia off pulak HP Lia.Nasib baik kelmarin Dato Mansor pulang dari London.Kalau tidak sampai ke hari ini abang masih tak tahu Lia ada di mana,..” aku tergamam dengan leteran Aniq yang tiba-tiba.Aku masih kaku di depan Aniq.Dalam tak sedar aku sudah berada dalam pelukan Aniq.Apakah ini?

”Abang rindu Lia! Jangan tinggalkan abang lagi!” Aniq melepaskan pelukannya dan memegang kedua-dua bahuku.Mataku pula dengan tak semena-mena terasa berpinar.Suara Aniq sudah tengelam timbul di pendengaranku.Wajah Aniq kian lama kian berbalam di penglihatanku.Kepalaku kian memberat dan selepas itu aku sudah tak tahu apa yang terjadi.
…………………………………….

”Maafkan abang Lia! Abang terpaksa lepaskan Lia demi Aqi.Nisa tak nak berkongsi abang dengan Lia.Abang tak ada pilihan.SELAMAT TINGGAL LIA!” selepas berkata begitu padaku Aniq terus berdiri dan meninggalkan aku termanggu seorang diri di dalam bilik di Teratak Cinta Sayang.Aku hanya memerhatikan saja langkah Aniq yang kian menjauh dariku.Bila Aniq sudah hilang dari pandangan barulah aku terasa kehilangan yang teramat.Aku terus bangun dan keluar dari bilik pantas berlari mengejar Aniq sambil melaung.

”Abang! Jangan tinggalkan Lia.Lia mengandung bang.Anak Lia perlukan abang.Lia tipu bang! Lia takkan mampu hidup tanpa abang,.” aku terus meraung sambil air mataku bercucuran laju mengalir ke pipi.

”Kasihani Lia abang! Tolong jangan buat Lia macam ni,.” aku terus mengejar Aniq yang kian laju melangkah.Di depan sana Aqi dan Nisa sudah sedia menunggu Aniq di tepi kereta.

”Abangg!! Jangan tinggalkan Lia!!,.” semakin kuat aku melaung bila melihat Aniq sudah menghilang di dalam perut kereta dan kereta terus meluncur laju.

”Abangg!!!,..” aku jatuh terduduk dan menangis tersedu-sedu.Sakit rasa hati ini melihat Aniq pergi meninggalkan aku.Tidak layakkah aku untuk mengecap bahagia itu? Kenapa bahagia yang datang hanya sekejap saja?
………………………………..

”Lia!,.Lia dah sedar ke? Lia,.Lia,.bangun sayang!,.Lia,.” terasa dahiku di sentuh sesuatu.Hangat!,.terus ke pipi,hidung dan akhirnya berhenti dibibirku.

”Lia!,.bangun Lia!,.jangan buat abang macam ni!” suara itu bergema lagi,terasa sangat dekat.Kali ini tangan aku pula terasa di pegang seseorang.Aku gagahkan diri untuk membuka mata,namun tubuhku terasa sangat lemah dan kepalaku begitu berat.

”Lia!,.buka mata Lia! Demi anak kita!” kali ini perut aku pula disentuh dan diusap perlahan.Siapakah yang begitu berani menyentuh aku sesuka hati? Aku cuba menepis namun kudratku langsung tiada.

”Lia!,.bangun Lia!,.Lia kena kuat demi anak kita.Lia kena sedar.Ibu cakap dah banyak hari Lia abaikan makan.Kenapa Lia nak hukum anak kita kalau Lia marahkan abang? Anak kita tak bersalah Lia!” dahiku disentuh lagi.Lembut dan hangat.Kali ini begitu lama.Aku cuba melawan.Mataku buka perlahan-lahan.Aku tolak tubuh yang berada di sebelahku.

”Lia!,.Lia dah sedar!,.jangan tinggalkan abang lagi Lia.Jangan dera abang macam ni lagi Lia,.” aku kerutkan dahi merenung wajah di depanku.Bukankah Aniq dah pergi tinggalkan aku tadi? Aku ada di mana sekarang ni? Aku perhatikan sekelilingku.Semuanya serba putih.Di hospitalkah??

”Kenapa Lia ada di sini?” aku bertanya perlahan.

”Lia pengsan tadi sayang! Di pantai siang tadi.Lia dah lupa?” aku cuba mengimbas kembali apa yang berlaku.Maknanya tadi aku hanya bermimpi Aniq tinggalkan aku.Aku renung wajah Aniq yang berada di depanku,hampir dengan wajahku.Sekali lagi bibirnya melekap ke dahiku.

”Abang tak tinggalkan Lia kan???” bila soalan itu ku ajukan dapat ku lihat dahi Aniq yang berkerut seribu.

”Bila masa pulak abang tinggalkan Lia? Lia tu yang tergamak tinggalkan abang!” ada nada rajuk di situ.Aku terus tersenyum dan merangkul Aniq erat.Rangkulan aku berbalas.

”Oii,.sudah-sudahlah tu! Ya Allah! dalam wad pun nak bikin drama ke? Baru seminggu tak jumpa dah macam bertahun.Gedik bebenor ehh??” aku pantas menolak Aniq jauh dariku.Tak guna punya adik ipar! Boleh pula dia masuk senyap-senyap ke bilik ni dan sergah kami.Aniq hanya tergelak kecil.Aku menjeling geram keduanya.

”Kak Lia! Tolonglah jangan lari dari rumah lagi! Tak lalu Efy nak tengok wajah monyok abang Aniq tu,.” Efy bersuara lagi sambil tergelak.Aniq masih belum mahu berenggang denganku.

”Kahwinlah dulu! Baru tahu macam mana seksanya berpisah dengan isteri,.” aku mencebik mendengar Aniq berkata begitu.Boleh percaya ke? Terseksa la sangat!

”Yalah tu terseksa! Jangan-jangan abang bersorak gembira bila Lia tak ada?” aku suarakan juga apa yang ku fikir.Aniq merenung tajam ke arahku.Efy mengosok perlahan bahu Aniq sambil tergelak kecil.

”Betul sangat tu kak Lia! Abang Aniq memang bersorak sakan pun.Hari-hari abang Aniq ronda KL.Sampai siap buat laporan polis lagi,.” aku tak terkata apa lagi.Tangan Aniq terus ku capai lalu ku bawa ke bibirku.Lama tangan itu ku kucup.

”Maafkan Lia!,.” Aniq mengangguk seraya mengelus perlahan kepalaku.Baru aku terperasan.Aku tak bertudung.Alamak!,.ada Efy lagi.

”Mana tudung Lia?” aku bertanya kalut.Malu pada Efy.Sudah dua kali dia berjaya melihat rambutku.

”Kantoi sudah!!!” Efy bersuara ceria.Aniq bangun dan membuka almari di sebelah katilku lalu mengeluarkan tudung yang aku pakai ketika pergi ke pantai siang tadi.Aku menyarungkan ke kepalaku dengan pantas.Sempat aku menjeling Efy yang masih tersenyum memandangku.
……………………………………………………
7 Bulan kemudian.

Hari ini rumah kami meriah dengan saudara mara dan sahabat handal.Efy,adik ipar kesayangan aku ni bakal melangsungkan perkahwinannya dengan bekas tunangnya Adriana Natasya.Selepas insiden aku bermandikan juice oren di restoran seafood hari tu Adriana datang berjumpaku dan memohon maaf.Selepas itu dia dan Efy berbaik semula.Terungkap lagi satu rahsia.Rupanya Adriana ada pertalian darah denganku.Dia anak bongsu kepada abang ibuku yang no dua.Tan Sri Mustakim pun sudah berbaik semula dengan Dato Mansor.Punca mereka bergaduh kerana aku rupanya.

Alkisahnya Tan Sri Mustakim marah sangat dengan Dato Mansor bila mendapat tahu Dato Mansor mengambil berat tentang kebajikanku.Aku yang di anggap sebagai anak tak sah taraf dan penyebab kematian adik perempuan tunggal mereka.Hmm,.aku mengeluh bila mengetahui kisah ini.Sebijak-bijak manusia mereka tetap tak mengunakan akal yang Allah kurniakan.Inikan kehendak takdir.Kenapa pula aku yang tak tahu apa-apa ni yang harus dipersalahkan? Tapi apa pun sekarang aku bersyukur sangat kerana keluarga ibuku kini kembali bersatu.Aku juga baru mendapat tahu bahawa lelaki yang memperkosa ibuku sudah lama dijatuhkan hukuman dan sudah dihantar pulang ke negara asal iaitu ke Bangladesh.Nahi khabi nahi!,.anak banglakah aku ini???

Pak Long aku iaitu abang sulung ibuku pun sudah kembali menetap di Malaysia setelah dipujuk oleh Dato Mansor.Dato Misran seorang yang tegas tapi tetap peramah.Itu kesimpulan yang aku buat setelah diperkenalkan oleh Dato Mansor dengannya.Siapa sangkakan,aku yang dibesarkan di rumah anak-anak yatim sejak lahir rupanya mempunyai keluarga dari golongan orang kenamaan.Ahh,.apa ada pada darah? Walau apa jenis pun darah kita dan dari golongan mana pun kita datang darah itu tetap najis kalau kena pada pakaian untuk bersolat.Tetap tak sah solatnya.

”Lia!,.bermenung jauh nampak? Lia ingatkan apa ni?” aku tersenyum pada Dato Mansor yang harus aku panggil pak lang tapi tak.Pertama kali aku mula kenal dia aku panggil dia uncle sampai ke hari ini.

”Tak ada apalah uncle.Badan Lia dah letih sangat.Asyik berehat jer,.” aku berbasa-basi.Baby dalam perut aku ni tunggu hari saja nak keluar.Sebab itu aku dilarang melakukan sebarang kerja.

”Elok sangatlah tu Lia.Sarat benar pak lang tengok.Dah berapa bulan?” Dato Mansor bertanya sambil duduk di sebelahku.Sejak tadi aku menyendiri disudut ini sambil menyaksikan gelagat orang ramai termasuk keluarga dikedua belah pihak lelaki dan perempuan.

”Dah cukup hari pun uncle.Tunggu masa ja ni,.” aku ukirkan senyuman lagi.Dari jauh aku nampak Datin Shaida dan ahli keluargaku yang lain sedang melangkah ke arah kami.

Semua ahli keluarga pengantin perempuan datang ke sini.Keluarga pengantin perempuan bermakna keluargaku juga.Pak long suami isteri serta tiga orang anak mereka serta tiga orang menantu dan lima orang cucu.Anak pak long yang sulung abang Zarif Farhan isterinya seorang warga Pakistan,mempunyai dua orang anak.Kak Zura Aida berkahwin dengan seorang doktor pakar anak kedua pak long Misran bersama tiga orang anaknya.Anak ketiga pak long juga sudah berkahwin setahun yang lalu tapi masih belum dikurniakan anak.Abang Zul Fahmi.Aku suka dia,lagi pun kami sama umur dan dia sangat baik denganku.Isterinya pun sangat baik denganku.Seorang pensyarah di UUM.

Anak-anak pak ngah iaitu bapak mertua Efy cuma dua orang.Abang Adrian Syah dengan Adriana Natasya.Anak Dato Mansor atau pak lang aku ni paling ramai anak.Enam orang semuanya.Kak Maisarah anak yang sulung.Kak Mastura,abang Shuhaimi,abang Salehuddin,abang Sharif dan kak Masrini sama nama dengan nama ibuku dan dia lahir setahun selepas ibuku meninggal.Ini bermakna usia kak Masrini muda setahun dariku.Menantu dan cucu usah diperkenalkan.Bak kata orang,kalau berkumpul memang pecah rumah dibuatnya.Ramai sangatlah tu!

”Lia!,.Lia okey ke ni? Aunty tengok Lia pucat je ni?” Datin Shaida pula mengambil tempat di sebelah kananku.Yang lain pun sama sudah datang mengelilingiku.Aniq hanya memerhatikan aku dari jauh sambil melemparkan senyuman.Mungkin dia ingin memberi peluang untuk aku beramah mesra dengan ahli keluargaku.Aku bahagia sangat hari ini.Ibu dan kak Lina juga turut hadir malahan seluruh penghuni Teratak Cinta Sayang turut diundang memeriahkan majlis.Dua buah bas telah disewa oleh walid untuk menjemput mereka dari Johor ke sini.

”Lia!,.kenapa ni?” Datin Shaida bertanya cemas.Aku hanya mengeleng sambil tersenyum.Aku tegakkan badan sambil mengusap pinggang yang terasa sakit tiba-tiba.Datin Shaida turut memberi respon yang sama,mengusap perlahan pinggangku.

”Semacam ja kak Sarah tengok perut Lia tu.Dah rasa nak bersalin ke Lia?” sambil bertanya kak Maisarah menghampiriku dan merasa denyut nadiku.Haih!,.pakar sakit puan ni.Malu pula aku bila semua orang memberi perhatian padaku.Aniq yang memerhati dari jauh terus menapak cemas ke arah kami.

”Kenapa ni Lia? Sakit ke?” soalan pertama yang ditanya Aniq sebaik menghampiri kami.Aku mengeleng sambil menjawab.

”Sakit sikit ja.Abang janganlah risau!” dan jawapan aku tu membuatkan semua orang memberi reaksi yang diluar jangkaanku.

”Liaaaa!!!” serentak mereka menyebut namaku.Tak kurang juga yang tergelak dan menepuk dahi.Datin Shaida dan Dato Mansor menyuruh aku bangun manakala Aniq sudah memegang lenganku.

”Kita ke hospital sekarang!,.” sebaik Aniq berkata begitu mencurah air yang keluar dari celah kelangkangku.Aku panik,saat ini baru aku terasa sakit dibawah ari-ariku.Aku pernah rasa kesakitan seperti ini dulu.Ketika aku keguguran.Ya! lima kali aku keguguran sakit inilah yang aku rasa disertai tumpahan darah yang banyak.Bezanya kali ini aku tak tumpah darah tapi perutku yang semakin kejang.Aku mula menyeringai sakit.Aku pegang lengan Aniq kuat.

”Ya Allah!,.sakitnya bang!” keadaan menjadi cemas seketika.Ummi,walid,kak Lydia serta pengantin baru turut menerpa ke arah kami.Ibu dan kak Lina serta kawan-kawan sekerjaku turut cemas melihat keadaanku.Macam inikah rasanya sakit nak bersalin? Aku dah tak nampak atau menghiraukan orang sekeliling lagi.Yang aku tahu pinggang aku dah macam nak patah.Kaki aku dah tak boleh nak melangkah.Mengeletar menahan sakit.Akhirnya Aniq terus mencempung aku hingga ke kereta.Aku ditempatkan ditempat duduk belakang.Kak Maisarah ikut bersama kami di dalam kereta.Kak Lydia juga turut bersama dan menjadi pemandu.

”Kak Sarah!!,.baby dah nak keluar! Lia dapat rasa kak!” aku menjerit cemas bila merasa gesaannya semakin kerap.Kalut!,.sedangkan hospital yang dituju jauh lagi.Masing-masing saling memandang diantara satu sama lain.

”Kak!,.baby dah nak keluar!!!” lantang jeritanku.Tanpa membuang masa terus aku meneran.Kak Maisarah yang berpengalaman terus menjalankan tugasnya tanpa disuruh.Kak Lydia menghentikan kereta dibahu jalan.Aniq disebelah kananku merebahkan kepalaku dan keluar dari kereta memberikan keselesaan untuk kak Maisarah menjalankan tugasnya.

”Alhamdullillah!,.anak perempuan Lia!” dalam keletihan yang teramat,aku dengar kak Maisarah bersuara.Aniq menghulurkan tuala pada kak Maisarah untuk membalut baby kami.Kuat sungguh suaranya melalak selepas melihat dunia.Dahlah terberanak dalam kereta.Tak menyempat-nyempat nak keluar.Haih!,.anak aku ni macam walid dia jugak.Sebelum ni walid dia yang tak menyempat-nyempat nak menikah.Dah tu,melamar pun di meja makan.Tak romantik langsung!

Kereta kembali bergerak selepas aku selamat melahirkan.Kak Maisarah mengambil tempat duduk depan dan memberi peluang Aniq menemaniku di tempat duduk belakang.Baby diletakkan di atasku kerana tali pusat belum dipotong.Ada pakar sakit puan tapi tiada pula kelengkapan menyambut bayi.Kesian anak ummi! Aku duduk menyandar di bahu Aniq dengan keletihan yang masih bersisa.Bukan senang nak bergelar seorang ibu ni tapi bila melihat wajah si kecil kesakitan melahirkannya akan hilang serta merta.
……………………………………………

Bilik wad aku riuh rendah dengan gelak tawa dan usik mengusik.Rupanya tadi ada lima buah kereta lagi yang mengikut kami dari belakang.Kereta pak long anak beranak dan kereta pak lang anak beranak.Ibu dan kak Lina ikut menaiki kereta pak lang a.ka Dato Mansor dan Datin Shaida.

Tak perlu diberitahu semua sudah tahu aku melahirkan Syarifah Farhannah Aqilah di dalam kereta kerana mereka turut sama berhenti dan menjadi saksi dari jauh.Ummi dan walid sudah diberitahu tapi mereka tidak dapat turut serta menyambut cucu baru mereka ini.Efy juga turut melahirkan rasa kecewanya kerana tidak dapat datang kerana sibuk melayan tetamu.Dia siap marah aku lagi kerana aku tak menyempat-nyempat nak bersalin.Haha,.entah sejak bila Efy ni menjadi sengal.Agaknya berjangkit dengan encik Mahadi yang turut hadir memeriahkan majlis.Dia tu yang tak menyempat nak jadi suami orang tak nak mengaku.Hehe,.

”Alahai anak papa ni.Anak papa dah cipta sejarah ya? Lahir dalam kereta.Tak menyempat-nyempat nak tengok dunia ya?” Aniq mengacah-ngacah baby kami sambil mengangkat dan menghulur padaku.

”Bukan papalah!,.Walid!” aku membantah sambil menatap wajah anakku.Respon Aniq aku buat-buat tak nampak.Yang lain sudah tersengeh-sengeh menyaksikan gelagat kami.

”Aqi kan panggil papa.Lagi pun walid tu abang rasa macam abang ni dah tua sangatlah!” Aniq turut membantah sarananku.Kak Lydia yang berada di sebelah katilku sudah mengelengkan kepala.

”Biarlah Syed Khairul Haq Anaqi tu panggil papa tapi Syarifah Farhannah Aqilah ni akan panggil walid.Kan sayang?” aku masih berkeras sambil berinteraksi dengan anakku.Kedua pipinya ku cium.Tak puas menatap wajah kecil di hadapanku ini.Wajahnya lebih mirip Aniq,terutama hidung dan bibirnya.

”Dah ada nama ke Lia?” kak Lydia menyoal.Aku mengangguk sambil melebarkan senyuman.Aniq menjungkitkan keningnya padaku.Aku tahu,mesti dia tengah confused tu.

”Ada!,.dapat idea masa dalam kereta tadi.Okey tak abang nama ni? Syarifah Farhannah Aqilah?” aku menjawab soalan kak Lydia sambil menyoal Aniq.Mataku turut tertumpu pada wajah Aniq.Anakku sudah digendong ibu dan berpindah dari satu ke satu tangan.Merengek si kecil bila pipinya terus menjadi sasaran dicium bertubi-tubi.

”Abang ingatkan Lia nak namakan dengan nama yang unik dah tadi.Macam Siti or Nor Jalani ke?” Aniq belum sempat bersuara abang Zul Fahmi dah menyampuk.Riuh rendah bilik dengan gelak tawa mendengar kata-kata abang Zul Fahmi.

”Uihh,.abang Zul.Biar betul? Nasib baik abang Zul tak cadang nama Siti Kereta,.” sekali lagi bilik menjadi gamat hinggalah nurse datang dan meminta semua orang keluar kerana waktu melawat sudah habis.

Mereka semua meminta diri untuk keluar dan bersalaman denganku.Aniq orang terakhir yang meninggalkan aku.

”Sayang take care okey! Abang nak balik kejap.Mandi,salin baju dulu.Melekit sangat ni,.” Aniq mengucup dahiku sebelum beralih mencium kedua pipi bayi kami.Aku hanya merenung wajahnya tanpa sebarang kata kerana ketika ini hanya hatiku yang rancak berkata-kata.Aku sayang kau Syed Luqman Aniq.Sayang sangat-sangat dengan sepenuh hatiku.
…………………………………………

Kenduri lagi.Kali ini kenduri kesyukuran menyambut si kecil Syarifah Farhannah Aqilah.Ternyata semua orang bersetuju dengan nama yang aku beri ini.Aniq pun langsung tak membantah.

Berkumpul lagi sekali dan aku cukup berbahagia sekarang.Lebih-lebih lagi bila aku mendapat tahu Aqi bakal mendapat papa baru.Syarifah Khairunnisa Adelya akan berkahwin dengan spynya sendiri.Tiada apa yang lebih membahagiakan aku bila pesaing yang paling aku ragui sudah mendapat penganti.

Kaum keluargaku pula sudah dapat menerima diriku seadanya tanpa mengungkit status aku sebagai anak luar nikah.Menolak aku bermakna mereka menolak ketentuan Allah.Walau mereka tak mahu mengaku aku sekali pun,darah aku dan darah mereka tetap sama.

Mungkin betul BAHAGIA HANYA SEKADAR IMAGINASI pada sesetengah orang tapi dalam ceritaku ini aku sudah memiliki bahagia itu.Bukan kerana telah berjumpa dengan ahli keluarga yang kaya raya.Bukan juga kerana mendapat suami yang punya segalanya tapi bahagia itu hadir bila semua orang dapat menerima aku seadanya.Kekayaan bagiku bukanlah segalanya.Harta di dunia hanya untuk dunia yang sementara,takkan mampu membantu kita di akhirat kelak.

Mungkin kisah aku akan tammat setakat ini tapi aku pasti selagi Nur Farhah Ilyia binti Abdullah ini masih bernyawa ,bahagia yang aku kecapi sekarang ini pasti akan tergugat juga kerana HIDUP takkan pernah habis dengan rintangan.
…………………………………..

DIALOG YANG HANYA TERSIMPAN DIHATI 😀
Syed Luqman Aniq ~Nur Farhah Ilyia,.gelagat dan sikap mengelabahnya begitu mencuit hati.Cintaku padanya melebihi cintaku pada Nisa.Dia istimewa dan tersendiri.Penuh dengan keikhlasan dan kejujuran.Mudah merajuk tapi mudah juga dipujuk.Bersikap matang dan tabah tapi amat manja bila bersama denganku.Aku sayang dia!

Syed Lutfy Adry~Kak Lia,.kalaulah dia tahu aku juga pernah jatuh cinta pada dia apa agaknya tanggapan dia terhadapku? Saat kali pertama melihat dia ketika masih bertelekung dengan wajah ori tanpa sebarang make up hatiku sudah bergetar.Tapi memandangkan dia milik abang Aniq aku cuba buang perasaan aku itu.Apatah lagi selepas abang Aniq melamarnya melalui telefon yang disangkanya aku,aku jadi resah.Kak Lia tak mahu menegur aku lagi kerana lamaran itu.Aku sakit hati sangat.Aku terkejut bila dengan mudahnya kak Lia menerima lamaran abang Aniq.Nampaknya jodoh mereka cukup kuat.Kak Lia,.dalam marah dia masih mampu buat aku tersenyum.Aku sayang dia melebihi sayangku pada Adriana tapi dia tetap kakak iparku,milik abang Aniq.Hurmm,..

Dato Mansor~Setiap kali aku lihat Lia seolah aku melihat Masrini hidup semula.Wajahnya mirip Masrini cuma hidungnya lebih mancung dan keningnya lebih lebat berbanding Masrini.Aku sayang dia macam anak aku sendiri.

Nur Farhah Ilyia~Kisah aku akan berakhir di sini.Biar apa pun tanggapan orang terhadapku dan apa pun perasaan mereka,aku tak mahu ambil tahu.Sama ada Bahagia hanya sekadar imaginasi atau pun tidak.Biarlah!!,.yang penting siapa aku di sisi Allah? Aku pernah menderita di dunia yang sementara ini.Harap-harap aku tak rebah dan tersungkur di akhirat sana.

**TAMAT**

Dialog Tambahan yang tertinggal.

Lia: Efy!,.dah lama kak Lia nak tanya Efy tapi kak Lia selalu ja terlupa.Apa motif Efy bawa kak Lia ke restoran seafood hari tu kalau Efy tahu abang Aniq ada di situ dengan ex-wife dia?

Aniq: Ha’ah,.abang pun teringin jugak nak tahu.Sampai merajuk wife abang ni,siap lari dari rumah lagi.(sambil tergelak)

Efy: Errr,.saja jer Efy nak test abang Aniq ni,nak jealous ke tak.Kalau dia boleh keluar dengan kak Nisa apa salahnya kalau kak Lia keluar dengan jejaka terhandsome semalaya ni(terus lebarkan senyuman)

Lia: Ermm,.salah tu memang la tak.Sekadar nak ajak kakak ipar makan ja kan tapi tulah belum sempat makan lagi,tak pasal-pasal kena mandi dalam restoran tu(sambil menjeling Adriana)

Adriana: Sorry sangat!!!,.bie ni la.Semua dia nak berahsia.Sebab tulah Rina selalu curiga dengan dia,.

Lia: Okey! Boleh dimaafkan tapi,…(Lia bayar cash.Siram balik juice oren atas kepala Adriana.Efy dan Aniq terkunci bibir.Tak sangka Lia yang pemaaf akan balas dendam).Oppss,..sorry!!,.kak Lia TERsengaja(sambil senyum nakal)

Adriana: Kak Liaaa!!!!,.bie,.tengoklah kakak ipar awak ni!!

Efy: Bie tak masuk campur! Hal orang pompuan!!!!,..

Aniq: Abang tak nampak apa-apa,kan Hannah? Walid nampak anak kesayangan walid ni ja.Ala cayang-cayang bucuk walid ni(sambil mengacah Syarifah Farhannah Aqilah)

Szaza Zaiman: Seronoknya berimaginasi sambil melakarkan apa yang kita bayangkan dan dikongsi bersama semua.Lagi seronok kalau apa yang saya kongsi ini boleh memberi senyuman dan kebahagiaan pada orang lain.Tolong ya sesiapa yang membaca hasil imaginasi saya ini dan tak puas hati berilah kritikan yang membina untuk saya terus berkarya,.TERIMA KASIH kepada yang sudi singgah dan baca… :):):),.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

30 ulasan untuk “Cerpen : Bahagia Sekadar Imiginasi???”
  1. Misz Anaati says:

    best lah~ tapi dlm cerpen ni watak Encik Mahadi x de.. rindu bahasa manglish dia.. keh keh keh

  2. szaza zaiman says:

    Jom,. baca cerpen terbaru saya yang diadun antara reality dan imaginasi!,.

    http://szaza.blogspot.com/2013/10/inilah-nasibku.html

  3. tengku aisyah says:

    Xkering gusi bc crite ni..best sgt..syg nk habiskn,buat novel msti best huhu

  4. l.joe says:

    Ohh cerpen sequel ke? Patut la saya tak faham sangat . Btw good job writer :)

  5. pembaca tegar says:

    cerpen nie sambungan ke?? ape cerpen first?

  6. cahaya says:

    xsangka Syed Lutfy Adry aka efy tu suka lia gak.
    btw, best ! =D

  7. put3isabella says:

    mule bace mcm blur jap..(mcm pernh bace jer) bile smbung bc blik bru dpt tgkp cite nie time (wtk efy gn kak iparnye)hehehe.. mmg best bc cite nie, feel nyer sme jer mcm bc cerpen sblm nie.. tp kli yg jd double best special cikit coz ade dialog tmbh di akhir cerita nie..hehee.. luv ur cerpen szaza zaiman coz complate xd tinggal tanda tnye pn!!.. teruskn brkarya..

  8. put3isabella says:

    ehh ade satu pertanyaan..hehehe.. ape jd gn bekas isteri aniq.. si nisa tue?? Xkn dia xmoroyan lg kot??

  9. 1234 says:

    best ap..

  10. siti says:

    still the best!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.