Cerpen : Benci + Rindu = Cinta !

24 April 2011  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : Ayumi Afiqah

Kring!!! Jam loceng yang berbunyi nyaring mengejutkan Fitriya daripada tidur. Tergesa-gesa dia melompat turun dari katil lalu berlari ke bilik air. Sesaat kemudian, dia keluar semula mencapai tuala dan kembali semula ke bilik air.

“Yaya! Dah bangun ke belum?” laung Puan Salima dari luar bilik.

“Dah! Tengah mandi ni!” sahut Fitriya. Lima belas minit kemudian, dia keluar dari bilik air. Skirt jingga separas lutut disarungkan ke tubuhnya bersama blaus jingga terang. Eyeshadow yang juga berwarna jingga dicalitkan di atas mata. Rambut panjangnya ditocang dua. Kemudian, dia memakai pula stokin panjang jingga, berbelang merah. Beg yang juga berwarna jingga digalas ke bahu. Sempat dia melemparkan flying kiss pada poster Miura Haruma yang tertampal elok di dinding.

“Morning, mama!” sapa Fitriya ceria. Pipi Puan Salima dikucup. Usai bersarapan, dia keluar dari rumah. Kasut tumit tinggi warna jingga dipakai. Tangan Puan Salima dikucup hormat sebelum bergegas memboloskan diri ke dalam Viva pink kesayangannya.
“Baik-baik jalan!” pesan Puan Salima. Fitriya sempat mengintai ke banglo mewah di sebelah rumahnya. BMW 320i sudah tiada di porch. Itu maknanya pemiliknya sudah keluar. Baguslah!

**********

Setelah memarkir Viva pink miliknya, Fitriya segera mengatur langkah ke dewan kuliah. Ramai pelajar lain yang tertoleh-toleh ke arahnya sambil tersengih-sengih. Tapi dia buat selamba sahaja. Dia membetulkan rambutnya sebelum melangkah masuk ke dewan kuliah. Syafiq yang sedang bersembang kosong dengan teman-temannya tersenyum lebar melihat kemunculan Fitriya.

“Weh, bunyikan muzik!” bisiknya di telinga Faiz. Faiz dan teman-teman yang lain mula menepuk meja mengikut irama masing-masing manakala Syafiq mula menyanyi.

“Dia datang…”

“Jeng! Jeng! Jeng!”

“…..dengan baju orennya….dia datang…”

“Jeng! Jeng! Jeng!”

“….dengan tocang duanya….dia datang…”

“Jeng! Jeng! Jeng!”

“….dengan stoking panjangnya…” Lima kawan itu ketawa serentak disambut gelak pelajar-pelajar lain. Fitriya mengetap bibir. Dia tahu lagu itu ditujukan buatnya lalu dia buat bodoh sahaja. Malas melayan tapi dia terkejut bila Faiz tiba-tiba duduk melutut disebelahnya.

“Wahai Fitriya, sudikah dikau menerima cinta Abang Syafiq?” Faiz bertanya penuh perasaan. Tangannya dikepal untuk dijadikan mikrofon. Fitriya rasakan wajahnya berbahang lebih-lebih lagi bila semua mata terhala ke arahnya. Mus pula datang menghampiri.

“Abang Syafiq, Fitriya sanggup terima!” Mus membuat gaya seolah-olah dialah Fitriya.

“Ya ke?” Faiz terus memeluk Mus. Sekali lagi dewan kuliah itu gamat dengan suara tawa pelajar-pelajar. Faiz dan Mus membuat ‘hi-fi’ sebelum terkekeh-kekeh ketawa. Fitriya geram. Dia bangun.

“Korang ni kan, kalau sehari tak kacau aku tak boleh ke?” marahnya kuat.

“Eh…eh…Fitriya marahlah! Abang Syafiq, macam mana ni?” Mus berpura-pura takut sambil bergerak menghampiri Syafiq. Gayanya persis lelaki lembut. Syafiq tersengih-sengih. Bertambah sakit hati Fitriya. Taulah awak tu hensem macam Miura Haruma!

“Kitaorang bukan kacau, usik je,” ujar Faiz dengan riak tak bersalahnya.

“Kan,Fiq?” Dia menoleh pada Syafiq. Syafiq mengangguk. Faiz,Mus, Azrol, dan Amir ketawa serentak. Fitriya merenung Syafiq tajam. Syafiq mengenyitkan matanya. Fitriya terkedu. Dewan kuliah jadi sunyi bila Prof.Ahmad muncul. Fitriya menghela nafas lega. Dia kembali duduk di tempatnya. Semua pelajar mula menumpukan perhatian pada bicara Prof. Ahmad. Ketika Prof. Ahmad berpaling ke papan putih, Syafiq membaling kertas yang sudah renyuk digumpal ke arah Fitriya. Tepat mengenai kepala gadis itu. Dia berpaling. Cepat-cepat lima sekawan itu memandang ke depan, pura-pura tekun belajar. Fitriya hanya mampu bersabar.

**********

Kelas tamat. Prof Ahmad sudahpun keluar dari kelas. Namun Fitriya masih ditempatnya. Asyik menulis sesuatu di buku nota. Tiba-tiba kotak pensilnya terjatuh dilanggar seseorang.

“Opps….sorry! Tak sengaja!” ucap Azrol seraya tergelak. Dengan selamba dia menonong ke depan. Fitriya menetap bibir. Dia tunduk, menguitp barang-barang yang berterabur tapi belum sempat dia mencapai pen parkernya, pen itu sudah melayang jauh! Dia mendongak.

“Alamak! Tersepaklah pulak!” ujar Amir pula.

“Sorry ya?” ucap Faiz yang berjalan di belakang Amir. Kemudian mereka sama-sama ketawa. Mus pula berlalu sambil tersengih-sengih. Syafiq yang berjalan paling belakang mengutip pen yang melayang jauh itu dihulurkan pada Fitriya. Fitriya terkaku tapi tangannya masih sempat menyambut huluran itu.

“You’re welcome,” ucap Syafiq sebelum berlalu keluar.

**********

Dalila terkekeh-kekeh ketawa mendengar cerita Fitriya. Pecah perutnya mendengar cerita yang baginya amat lucu itu. Wajah Fitriya sudah masam-masam kelat.

“Dahlah tu! Janganlah gelak lagi!” marah Fitirya geram. Dalila menekup mulutnya, cuba sedaya-upaya untuk tidak ketawa.

“Sorry! Sorry!”

“Aku benci mamat tu! Bukan dia je, kawan-kawan dia sekali. Nak pula, si Faiz tu! Eii…..bencinya!” jerit Fitriya geram. Dalila ketawa lagi.

“Aku rasakan, dia suka kaulah! Sebab itu dia selalu kacau kau! Tak gitu?” dia tersengih nakal. Fitriya menjeling. Tiba-tiba matanya menangkap kelibat lima orang lelaki sedang berjalan masuk ke kafe.

“Alamak! Dioranglah…” Fitriya kalut.
“Sape?” soal Dalila.

“Lima hantu tu!” jawab Fitriya spontan. Pecah ketawa Dalila dan tawa kuatnya itu menarik perhatian kelima-lima sahabat itu. Dada Fitriya mula berdebar-debar. Faiz menghampirinya sambil menyanyi.

“Aku…..adalah lelaki yang tak pernah lelah memikat wanita, aku adalah lelaki yang pantang menyerah mencari wanita….” dia berhenti di sebelah Fitriya lalu menghulurkan dua batang pen, merah dan biru kepada Fitriya. Mus pula mendekati mereka sambil bernyanyi riang.
“Pen merah, pen biru, Fitriya marah…..”

“Syafiq love you…!” sambung Faiz kemudian mereka ketawa. Merah padam muka Fitriya bila semua orang memandang ke arahnya. Faiz dan Mus beredar ke meja lain. Azrol dan Amir menghampiri mereka sementara Syafiq berhenti di sebelah Fitriya.

“Nice hair!” dia mencuit sedikit rambut Fitriya sebelum berlalu.

**********

Malang nasib Fitriya apabila dia terpaksa memarkir kereta di sebelah kereta BMW 320i milik Syafiq. Kebetulan pula ketika itu, Syafiq baru sahaja keluar dari kereta. Lebih parah, Faiz juga ada sama! Fitriya nekad untuk menunggu kedua-duanya beredar dahulu. Sepuluh minit berlalu tetapi Syafiq dan Faiz masih elok berbual di tepi kereta. Mahu tak mahu, terpaksalah Fitriya keluar juga.

“Fuyooo! Matahari dekatlah. Silaunya!” jerit Faiz tiba-tiba. Fitriya pujuk dirinya supaya bersabar. Dia tahu maksud kata-kata itu kerana hari itu dia berpakaian serba kuning.

“Semalam ada gerhana ke?” soal Faiz pada Syafiq.

“Ya ke? Alamak….terlepas aku nak solat gerhana,” jawab Syafiq selamba. Tawa Faiz pecah. Dia menepuk-nepuk atap kereta Syafiq.

“Woi, kereta akulah!” jerkah Syafiq.

“Opps…sorry!” Faiz tersengih-sengih. Setelah mengunci kereta, Fitriya terus menghayun langkah. Tiba-tiba bahunya dilanggar dari arah bertentangan. Spek berbingkai pink yang dipakai terjatuh lalu pecah dipijak lelaki itu.

“Aaaa….” Fitriya menghentak kaki ke jalan tar. Spek aku!
“Maaf, maaf….saya tak sengaja,” ucap lelaki itu takut-takut. Fitriya menoleh ke arah lelaki itu. Terus lenyap amarahnya sebaik sahaja anak matanya menjamah wajah lelaki itu. Kacaknya!

“Tak apa…tak apa….” ujar Fitriya sambil tersenyum manis. Tangan kanannya dihulur.

“Saya Irwan,” balas Irwan.

“Sorry, saya dah lambat. Pergi dulu, ya?” ujar Irwan lalu terus beredar.

**********

Kelas sunyi. Semua pelajar khusyuk mendengar penerangan daripada Prof Akma. Tiba-tiba telefon bimbit Prof Akma berbunyi.

“Sekejap, ya?” dia terus berjalan keluar dari dewan kuliah. Syafiq mencapai sehelai kertas lalu dibuat jet. Jet itu diterbangkan ke arah Fitriya. Tepat jatuh di atas buku gadis itu. Fitriya berang. Dia bangun, mencapai jet kertas itu lalu dibaling semula ke arah Syafiq and the geng tapi terkena pada orang lain. Alamak!

“Woi, apa ni?” marah lelaki yang terkena itu. Fitriya gugup.
“So….sorry!” ujar Fitriya. Syafiq and the gang ketawa terkekeh-kekeh. Prof Akma masuk. Cepat-cepat Fitriya duduk semula.

“I have a task for all of you,” ujar Prof Akma. Dia mengedarkan sehelai kertas pada setiap pelajar.

“I want you to write something on the paper. And then, pass up to me,” tambah Prof Akma. Syafiq dan teman-teman berbisik sesama sendiri kemudian tergelak. Setelah menulis sesuatu di atas kertas, masing-masing menyerahkan kertas itu pada Prof Akma. Setelah membalik-balikkan kertas itu, dia mengedarkan semula kertas-kertas itu pada para pelajar. Semua mata terbeliak memandang perkataan yang tertulis atas kertas yang diperolehi. Lebih-lebih lagi Fitriya. FART? (kentut)

“Got your word? Okey now, I want you to talk about the word.”

“For example?” tanya seorang pelajar.

“About ….anything! But remember, must about the word that you got just now,” terang Prof Akma.

“Okey, starting from you, Fitriya!” ujar Prof Akma.

Fitriya tersentak. Menggeletar dia seketika.

“What is your word?” soal Prof Akma.

“Fart….” ujar Fitirya!”

“Kah! Kah! Kah!” lima ‘hantu’ di belakang ketawa terbahak-bahak. Mereka bertepuk tangan sesama sendiri.

“Silent please!” arah Prof Akma tegas. Kesemua mereka pantas menekup mulut tapi Fitriya masih dapat mendengar suara tawa halus mereka.

“Fitriya….” Prof Akma mengarahkan Fitriya ke depan. Mahu tidak mahu terpaksalah Fitriya menurut. Sesaat dua berlalu namun Fitriya masih tercegat di depan dewan kuliah yang besar itu tanpa berkata apa-apa. Matanya tajam merenung Syafiq yang sedang tersengih-sengih ke arahnya. Dia pasti, ini angkara lelaki itu. Ada ke patut dia disuruh bercakap tentang kentut? Gila!

“Fitriya?” panggil Prof Akma.

“What’s wrong?”

“Err….nothing, Prof!”

“Okey….we’re waiting,” ujar Prof Akma. Fitriya menarik nafas dalam-dalam sebelum mula bersuara.

“Fart is….” dia menggigit bibir bawahnya. Apa nak cakap ni? Argh….hentam ajelah!”

“Fart is something that has bad smell…” kata Fitriya.

Syafiq dan teman-teman tidak dapat menahan tawa. Pelajar-pelajar lain pula tersenyum-senyum. Hanya Tuhan yang tahu perasaan Fitriya ketika itu. Malu sungguh!

“Usually, people had a stomachache before they fart….”.

Kali ini, seluruh dewan kuliah itu gamat dengan tawa para pelajar. Prof Akma ikut tersenyum. Fitriya menunduk malu. Rasa mahu menangis pun ada. Aku benci kau, Syafiq!

“Enough, Fitriya! Back to your seat,” arah Prof Akma. Kesian pula melihat Fitriya jadi bahan ketawa. Fitriya mengeluh lega.

“Thanks, Prof.” Sempat dia mengerling maut pada Syafiq sebelum duduk ditempatnya.

“Now, you Syafiq!” Syafiq bangun dengan penuh bergaya. Kemeja yang dipakai dibetulkan oleh Mus dan Faiz. Rambutnya dirapikan lalu dia melangkah penuh kasual kedepan kelas.

“Love…” dia memulakan.

“Love is universal. We can love our parents, siblings, nature, country, and God.” Dia berdehem beberapa kali.

“But, humans always think that love is only for their girlfriends or boyfriends. Like…” tidak sempat Syafiq menghabiskan ayatnya bila tiba-tiba Faiz menyampuk.

“Like Syafiq’s love for Fitriya….” semua yang mendengar tergelak-gelak sementara Fitriya tertunduk malu. Ingatkan dah habis cakap hilanglah malu aku, rupanya lagi malu! Prof Akma mengering ke arah Fitriya. Di bibirnya terukit senyuman nipis. Dengan wajah selamba, Syafiq menyambung bicaranya.

“I have love. Love for someone special…..”

“May I know who?” sampuk satu suara. Syafiq tersenyum penuh makna.

“Secret!” dia menyambung lagi..

“I hope, she will has the same feeling as me. Thats all, thank you,” ucapnya kemudian menunduk sedikit. Dia mengenyitkan matanya pada Fitriya sebelum berlalu ke tempatnya.

**********

Terkumat-kamit mulut Fitirya membebel-bebel. Geramnya pada Syafiq and the geng sudah sampai ke tahap maksima. Lelaki itu selalu mengatakan suka padanya tetapi Fitriya yakin itu sekadar gurauan. Mustahil lelaki kacak sepertinya sukakan aku yang entah apa-apa ini. Fitriya mengeluh. Dia tersentak apabila seorang lelaki duduk di depannya.

“Hai!” sapa Irwan ceria.

“Hai!” Fitriya tersenyu,. Gugup dia seketika.

“Sorang je?” soal Irwan.

“Ha’ah.” Fitriya mengangguk.

“Daripada tadi saya tengok awak macam ada masalah je. Kenapa?” soal Irwan. Fitriya tersengih, cuba menunjukkan dia sedang bergembira.

Tiba-tiba dia ternampak Syafiq. Lelaki itu lalu disebelahnya dengan wajah serius. Sekilas sahaja dia memandang Fitriya kemudian terus berlalu. Apasal tu? Macam nak makan orang je…

**********

Hubungan Irwan dan Fitriya bertambah rapat. Mereka sering menghabiskan masa bersama-sama. Layanan dan perhatian yang Irwan berikan amat menggembirakan Fitriya. Namun, dia perasan satu perubahan ketara. Syafiq tidak lagi mengusiknya di kelas. Hanya teman-temannya yang masih kekal mengganggu Fitriya. Setiap kali mereka cuba mengenenkan Syafiq dan Fitriya, Syafiq pasti tayang muka serius. Seolah-olah tidak lagi berminat untuk ‘bermain’.

Hari itu Fitriya memakai seluar ungu berbintik-bintik putih. Dikenakan pula dengan blaus bersama ungu cerah. Getah rambut juga berwarna ungu. Dia masuk ke kelas sambil menyanyi-nyanyi kecil. Ketika melangkah masuk, dia melihat Faiz, Azrol, Mus, dan Amir sedang berdiri di depan kelas sambil berbual. Mana Syafiq? Fitriya menoleh ke belakang. Wajah lelaki persis pelakon Jepun, Miura Haruma itu sedang khusyuk menatap buku. Pelik…..biasanya pasti Syafiq ada bersama-sama mereka. Kenapa hari ini dia bagaikan menyendiri?

“Hai Fitriya! Cantik hari ni,” tegur Faiz sambil tersengih-sengih. Fitriya buat-buat tidak dengar.

“Uihh….sombongnya! Maklumlah dah ada boyfriend!” sindir Mus pula. Fitriya mengalih pandang ke arah mereka. Mereka taukah yang dia ada kekasih?

“Boyfriend? Sape?” soal Amir pura-pura tidak tahu.

“Tanyalah Cik Fitriya kita tu,” sampuk Azrol pula.

Amir pantas menghampiri Fitriya lalu duduk di sebelah gadis itu.
“Kau dah ada boyfriend ke? Cakaplah sape….” dia menarik-narik lengan baju Fitriya. Fitriya tersentak.

“Eh, apa ni?” marah Fitriya sambil menepis tangan Amir.

“Janganlah marah! Aku tanya je…” Amir menjuih. Fitriya menjeling. Amir mencapai beg Fitriya lalu dibaling ke arah Mus. Fitriya terkejut. Dia mahu mengambil begnya semula tapi Mus sudah melemparnya ke arah Azrol.

“Nak beg ni?” soal Azrol seakan mengejek. Baru sahaja Fitriya menghampirinya,beg itu sudah dibaling pula ke arah Amir. Fitriya geram.

“Bagilah balik beg aku….” dia terasa mahu menangis. Kakinya
dihentak ke lantai kelas. Empat ‘hantu’ itu tersenyum mengejek.

“Woi! Korang boleh diam tak? Bisinglah!” jerkah Syafiq tiba-tiba.

Masing-masing terkedu melihat wajah serius Syafiq itu. Fitriya juga terkejut. Gerun dia melihat wajah serius lelaki itu. Amir melempar beg itu ke arah Fitriya lalu mereka berempat beredar ke tempat masing-masing. Fitriya mengeluh lega.

**********

Para pelajar sudah beransur keluar. Hanya Fitriya dan lima sahabat itu masih ada di kelas. Fitriya menulis sesuatu di dalam buku notanya. Syafiq, Azrol, Mus, Faiz dan Amir bersiap sedia untuk beredar. Sampai di meja Fitriya, Azrol dengan sengaja melanggar kotak pensel Fitriya. Kotak pensel itu jatuh ke lantai lalu terburai segala isi perutnya. Dengan wajah selamba dia terus menonong keluar diikuti teman-teman lain.

Fitriya tunduk mengutip barang-barangnya namun belum sempat pen parkernya dicapai, pen itu dipijak! Dia mengangkat muka. Syafiq! Lelaki itu berjalan tanpa langsung riak bersalah. Fitriya mencapai pennya. Hujung badan pen itu retak sedikit. Wajahnya berubah monyok. Kenapa Syafiq begitu? Selama ini, tidak pernah pula dia bersikap begitu. Walaupun selama ini dia nakal dan sering mengusik Fitriya, tapi dia tidak pernah berbuat jahat pada gadis itu. Tiba-tiba Fitriya rasa kehilangan……

**********

Sudah dua minggu Syafiq tidak menegur Fitriya. Dan keadaan itu amat meresahkan Fitriya. Entah kenapa dia dapat rasakan Syafiq seolah-olah sengaja meminggirkan dirinya. Tapi dia tidak tahu kenapa dia berperasaan begitu. Sedangkan dia dan Syafiq tidak punya sebarang hubungan melainkan hubungan jiran sebelah rumah. Tambahan pula, diakan sudah punya Irwan? Seharusnya perasaan Irwanlah yang harus diambil kira. Argh…..kenapa payah sekali mencari jawapan?

Fitriya nekad menunggu sehingga teman-teman beredar dahulu kerana biasanya, Syafiq akan berjalan paling belakang. Sebaik sahaja Syafiq melintasinya, dia segera bangun.

“Syafiq!” panggilnya kuat. Langkah Syafiq mati tapi dia tidak berpaling.

“Saya ada sesuatu nak tanya awak,” ujar Fitriya. Syafiq diam.

“Kenapa sekarang ini awak selalu elakkan diri daripada saya? Macam saya ni ada buat salah kat awak,” sambung Fitriya. Syafiq berpaling. Wajahnya serius.

“Bukan itu ke yang kau nak selama ini?” soal Syafiq serius. Fitriya tidak mengerti.

“Kau kan tak suka aku kacau kau,” ujar Syafiq lagi. Fitriya agak terkejut. Sebenarnya selama ini dia tidak pernah berkomunikasi secara terus dengan Syafiq. Tidak disangka pula Syafiq akan membahasakan dirinya ‘aku’ sedangkan dia , ‘saya’.

“Saya tak faham maksud awak….”

“Maksud aku, aku dah tak berminat nak kacau kau lagi. Cuma kawan-kawan aku tu je yang lebih!” Syafiq berpaling ke arah pintu.

“Syafiq, saya ada buat salah kat awak ke? Kenapa awak benci sangat kat saya?” soal Fitriya. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia mengajukan soalan itu. Yang pasti, dia mahukan jawapan daripada Syafiq.

“Kau merepek apa ni?” soal Syafiq keras.

Fitriya terkedu. Dia tidak tahu mahu menjawab apa. Aku salah tanya soalan ke?

“Aku yang benci kau ke, kau yang benci aku?” soal Syafiq lagi.
Dahi Fitriya berkerut-kerut, tidak mengerti.

“Aku tau kau tak pernah suka aku. Kau bencikan aku sebab aku selalu kacau kau. Aku tak macam pakwe kau tu! Kau tak payah risaulah. Mulai hari ini, aku akan pastikan, aku dan kawan-kawan aku takkan kacau kau lagi. Kau tak payah malu lagi, tak payah marah lagi dan…. tak payah benci aku lagi!” ujar Syafiq lalu terus beredar dari situ.

**********

Hari-hari Fitriya tidak lagi seperti dulu. Syafiq sudah pun mengotakan janjinya. Dia dan teman-temannya tidak lagi mengganggu Fitriya seolah-olah gadis itu tidak wujud di kelas itu. Setiap kali berselisih, mereka akan berpura-pura tidak mengenali Fitriya.

Fitriya sedih. Dia tidak tahu kenapa dia harus sedih tapi itulah yang dirasainya. Hidupnya sunyi tanpa usikan dan gurauan daripada Syafiq dan teman-teman. Mahu mengadu pada Dalila mereka jarang berjumpa kerana berlainan fakulti. Irwan pula, pasti tidak suka jika dia menceritakan perihal Syafiq.
…………………………………………………………….
Daripada tadi, Syafiq asyik memerhatikan gelagat sepasang kekasih yang asyik bergurau-senda. Matanya tajam merenung si lelaki itu. Hingga dia tidak mendengar soalan yang diajukan Mus.
“Bro, apasal kau ni?” Mus menepuk bahu Syafiq. Syafiq tidak menjawab. Mus, Azrol, Faiz, dan Amir mula berasa pelik. Mereka perasan perubahan ketara yang berlaku pada Syafiq sejak akhir-akhir ini. Lelaki itu berubah menjadi pendiam secara tiba-tiba, paling mengejutkan, mereka diberi amaran supaya tidak mengganggu Fitriya lagi.
“Fiq, kau dah tak minat Fitriya tu ke?” soal Faiz. Dalam ramai-ramai, dia yang paling rapat dengan Syafiq. Syafiq mengeluh.
“Dia kan dah ada BF. Malaslah aku nak kacau!” jawabnya leweh.
“Alah…baru couple, belum nikah lagi! Anytime boleh break! Kau ada can lagi, come on…tak kan dah menyerah kot Bro….” ujar Azrol pula, cuba memberi semangat.
“Apa-apa jelah…. Yang penting aku nak korang tau, bukan stail aku rebut awek orang ni ok!” ujar Syafiq.

**********

Fitriya baring di katil sambil merenung kosong ke arah poster Miura Haruma yang tertampal kemas di dinding bilik. Pelakon Jepun itu amat diminati. Entah apa kebetulannya, wajah Syafiq ada iras-iras pelakon itu. Dan, lelaki itu amat dibenci! Tapi, betulke aku benci? Hanya Tuhan saja yang tahu…..

Dia terbangun apabila terdengar bunyi petikan gitar dari halaman rumah sebelah. Bergegas dia menuju ke tingkap. Langsir diselak. Dibawah sana, Syafiq sedang duduk di atas pagar batu sambil bermain gitar. Bukan itu sahaja, dia juga sedang menyanyi!

“Masaku teringat akan dirimu, ada sesuatu begitu mengganggu, diam-diam aku menyukaimu , bermimpi bila kau jadi milikku, jauh…..di dasar hatiku ingin ku teriak, aku cinta kamu… sayang….sayang…sayang…kamu dah berpunya, tertutup sudah bagiku kesempatan, dan bukan gayaku..rebut pacar orang, meski hati tulus, cerita berakhir tak senang…aku tau akan sulit bagiku mencari-cari pengganti dirimu….”

Syafiq berhenti. Dia perasan ada mata sedang memerhatinya. Dia mendongak.

Saat itu juga, Fitriya rasa wajahnya memerah. Malu! Tak sangka dia perasan aku tengah tengok dia!

Syafiq melompat turun dari atas pagar. Gitar dipikul di bahu lalu dia terus menonong ke dalam rumah. Fitriya duduk di birai katil.

Bait-bait lirik lagu ‘Sayang-sayang’ nyanyian asal Aliff Aziz itu seolah-olah terngiang-ngiang di telinga. Bukan tidak pernah dia mendengar lagu itu sebelum ini. Sudah acap kali! Tapi kali ini, lagu itu jadi lebih istimewa. Dia tahu, Syafiq menujukan lagu itu buat seseorang. Tapi siapa? Mungkinkah……..

**********

Masuk sahaja ke kawasan rumah, Fitriya lihat Syafiq sedang berbual-bual dengan maknya. Dia segera keluar dari Viva pinknya itu.

“Aunty, Fiq balik dulu, ya? Assalamualaikum.” Syafiq tunduk menyalami tangan Puan Salima sebelum berlalu. Fitriya menoleh pada mamanya.
“Dia buat apa kat sini, ma?”

“Ini ha…hantar lauk. Sempat borak-borak kejap,” jawab Puan Salima.
“Oh…” Itu sahaja respon Fitriya.

**********

Fitriya tidak percaya dengan apa yang sedang dilihat di depan mata. Irwan dan perempuan lain! Mereka sedang berpelukan tanpa berlangsung rasa segan silu pada orang sekeliling! Laju langkahnya dihayun ke arah pasangan yang sedang asyik berpelukan itu. Satu tamparan hinggap di pipi Irwan. Irwan terpana!

“Lelaki tak guna!” jerit Fitriya geram. Irwan terkedu. Tidak berkelip matanya memandang Fitriya.

“Sayang, siapa ni?” tanya gadia di sisinya yang gedik itu.

“Tak tahu! Orang gila mana entah!” jawab Irwan sambil memegang pipinya yang terasa pijar.

Mata Fitriya terbuntang luas. “Tak kenal? Apa maksud awak? Saya kan girlfriend awak?” soal Fitriya

“Girlfriend?” Irwan ketawa sinis. “Sejak bila pula aku ada girlfriend macam kau ni? Tak sedar diri betul! Cuba cerminkan diri tu dulu. Pakaian macam badut, ada hati nak jadi girlfriend aku?” dia ketawa lagi.

Fitriya mengepal penumbuknya. Kata-kata Irwan memang melampau! Aku dikatakan badut? “Ulang sekali lagi,” pintanya perlahan.

“Oh…tak dengar, ek? Aku kata engkau tu macam badut! Ada hati nak jadi awek aku!” kata Irwan sinis.

Bukk!!! Satu tumbukan tepat mengenai muka Irwan. Dia terdororng ke belakang. Gadis di sebelahnya panik.

“Apa you ni? You ni siapa sebenarnya. Tiba-tiba datang kacau orang!” ujar gadis gedik itu.

Fitriya berpaling pada gadis itu.

“Aku nak pesan sikit kat kau. Jangan ingat jantan ni baik sangat! Kau tengoklah apa yang dia akan buat pada kaunanti!” ujar Fitriya lalu berlalu pergi dari situ.

**********

Azrol dan Amir yang berjalan paling depan, asyik bersembang. Begitu juga Mus dan Faiz di belakang mereka. Seperti biasa, Syafiq akan berjalan paling belakang. Walaupun dia ketua dalam kumpulan F’s Penta itu, dia tidak suka terlalu menonjolkan diri. Ketika melintasi tangga, dia melihat seseorang sedang duduk disitu. Dia berhenti melangkah. Faiz yang perasan tingkah pelik Syafiq terus berpaling.

“Apahal?” soal Faiz.

“Err…aku rasa aku tertinggal somethinglah kat dalam kereta. Korang pergi dulu, eh?” jawab Syafiq.

“Okey!” Faiz terus beredar bersama teman yang lain.

Syafiq berundur beberapa tapak. Dia menoleh ke kiri. Seorang gadis sedang duduk di tangga sambil teresak kecil. Dia menghayun langkah medekati gadis itu. Fitriya perasan ada seseorang sedang berdiri di depannya. Dia mendongak. Sebaik sahaja terpandangkan Syafiq, dia kembali menunduk. Syafiq duduk di sebelah Fitriya. Sapu tangan dikeluarkan dari poket jeansnya lalu dihulurkan tanpa memandang Fitriya. Teragak-agak gadis itu menyambut.

“Awak dah tau?” soal Syafiq tanpa memandang Fitriya. Fitriya tersentak. Bukan kerana soalan Syafiq tapi kerana bahasa yang lelaki itu gunakan. Awak?

“Tau apa?”

“Emmm….pasal…BF awak tu,” jawab Syafiq.

Fitriya menunduk. Air mata di pipi disapu dengan sapu tangan yang Syafiq berikan.

“Awak tau ke dia memang ada affair dengan perempuan lain di belakang saya?” soal Fitriya.

Syafiq diam.

“Kenapa tak bagitau saya?”

“Kalau saya bagitau, awak percaya ke?”

“Kenapa tak?”

“Awakkan benci saya. Nanti kalau saya cakap benda tak elok pasal BF awak tu, mesti awak marahkan?” balas Syafiq. Dia masih tidak menoleh pada Fitriya.

“Tapi saya lagi marah sekarang ni. Sedih sangat….”

“Baguslah, biar kita sama-sama sedih.”

“Apa dia?” Fitriya terkejut.

Syafiq mengeluh. “Fitriya, bukan awak aje yang sedih. Saya lagi sedih!”

Muka Fitriya berkerut-kerut. Bicara Syafiq mengelirukannya. Syafiq bangun. Dia berdiri membelakangi Fitriya.

“Awak tak faham ke, Fitirya? Dah banyak hints yang saya bagi.” Fitriya ikut bangun.

“Hints apa? saya tak fa…..”

“Saya sukakan awak!” baru kali ni Syafiq berani merenung wajah Fitriya. Renungannya penuh mengharap agar Fitriya mengerti isi isi hatinya.

Fitriya terkedu. Tidak berkelip dia memandang Syafiq. Suka? Syafiq sukakan aku? Betul ke ni? Aku bermimpi ke? Syafiq kembali berpaling. Diam Fitriya menggusarkan hatinya. Terasa dirinya telah kalah sebelum berjuang.

“Tak apalah. Lupakan aje!” dia mula melangkah.

“No wait!” halang Fitriya. Syafiq tidak jadi melangkah.

“Awak nak pergi macam tu je? Lepas awak cakap awak sukakan saya, awak nak blah macam tu je?” soal Fitriya.

“Habis tu awak nak saya buat apa? Tunggu kat sini sampai awak cakap yang awak tak suka saya?” balas Syafiq tanpa berpaling.

“Kenapa awak tak pernah cakap awak suka saya?” soal Fitriya lagi. Hatinya berbunga bila mendengar pengakuan Syafiq. Dan kini, dia mahu tahu dengan lebih lanjut lagi.

“Dah banyak kali saya cakap.”

“Bila?” potong Fitriya.

“Awak tak ingat ke, kawan-kawan saya selalu usik awak. Diorang cakap saya sukakan awak. Takkan awak tak faham lagi?”

Fitriya diam. Mindanya mula mengingati kejadian-kejadian lepas. Memang betul, teman-teman Syafiq sering mengusiknya dengan mengatakan bahawa Syafiq sukakannya. Tapi dia hanya menganggapnya satu gurauan. Mustahil lelaki sekacak Miura Haruma dan punya ramai peminat itu sukakan dirinya yang macam…..badut?

“Tapi tu kawan-kawan awak yang cakap. Bukan awak!”

Syafiq pantas berpaling. “Saya pernah cakap sekali,”

“Bila?”

“Masa…masa saya bercakap pasal…love. saya ada cakap yang saya cintakan seseorang….”

“Tapi awak tak cakap sape! Mana saya nak tahu orang yang awak maksudkan itu….saya” ujar Fitriya, masih tidak mahu mengalah.

Syafiq terdiam. Habis modal untuk melawan kata-kata Fitriya.
“Saya takut awak tolak saya. Awakkan tak suka saya…”

“Siapa kata saya tak suka awak?” begitu pantas Fitriya mencantas kata-kata Syafiq.

“Awakkan dah ada BF…”

“Tak semestinya kalau saya dah ada BF. Saya tak sukakan awak.”

“Awak tak sayang ke BF awak tu?”

“Tak!” spontan Fitriya menjawab buatkan Syafiq terkejut.

“Kalau tak, kenapa awak nangis bila tahu dia curang belakang awak?” soal Syafiq.

“Saya nangis bukan sebab dia curang belakang saya. Saya nangis sebab…sebab saya rasa bodoh sangat! Mengharap pada yang tak sudi!” kata-kata Fitriya mengandungi maksud mendalam.

Terkebil-kebil Syafiq merenungnya.

“Awak tau tak, sejak awak elakkan diri daripada saya, hidup saya jadi sunyi sangat. Tak ada orang yang nak usik saya, kacau saya macam awak dengan kawan-kawan awak selalu buat,” ujar Fitriya lagi. Dia amat berharap Syafiq mengerti maksud tersirat disebalik kata-katanya itu. Namun, reaksi Syafiq masih sama. Diam dan terus merenungnya tanpa bersuara.

“Saya rindukan awak, Syafiq!” luah Fitriya tiba-tiba. Dia menunduk, tidak berani menentang pandangan Syafiq. Syafiq tergamam tidak percaya dengan apa yang didengarinya tadi. Fitriya rindu? Rindukan aku?

“Setiap malam, saya asyik tenung poster Miura Haruma tu je. Bercakap seorang diri dengan dia!” cerita Fitriya tanpa disuruh.

“Apa dia?” Syafiq pelik.

“Awak tak tahu ke?”

“Tahu apa?”

“Muka awak tu, macam muka Miura Haruma. Pelakon Jepun yang saya minat sangat!” terang Fitriya.

“Ya ke?” Syafiq terkejut. Selama ini, tidak ada orang yang menegur rupanya ada iras-iras pelakon Jepun.

“Habis tu, kenapa awak couple dengan mamat tu?” soal Syafiq
“Saya….saya tak nak awak pandang rendah pada saya. Saya nak tunjukkan yang saya ni laku juga….”

“Fitriya, saya tak pernah pandang rendah pada awak”.

“Tapi awak selalu ejek saya!”

“Tak! Saya cuma usik awak. Saya buat macam tu sebab saya ingat awak faham. Rupanya tak…” semakin perlahan suara Syafiq.

Fitriya diam menekur lantai simen.

“Sekarang ni macam mana?” soal Syafiq kemudiannya.

“Macam mana apa?”

“Kitalah. Awak tak nak terima saya?” soal Syafiq perlahan. Jauh di sudut hati, dia takut kiranya Fitriya menolak.

Fitriya tiba-tiba memandang jam tangannya. “Eh, dah lambatlah! Kelas dah nak start. Lain kalilah saya bagi jawapan,ya?” Fitriya segera berlari meninggalkan Syafiq.

*********

Sepanjang kelas berlangsung, Syafiq tidak menoleh ke arah Fitriya. Dia sebenarnya kecewa dengan jawapan Fitriya tadi. Faiz menyenggol lengan Syafiq yang bagaikan sedang berkhayal.

“Apasal kau ni?”

Syafiq menggeleng-geleng. “Nothing!”
“Now, I have a task for all of you.” Suara Prof Akma mengembalikan tumpuan Syafiq dengan Faiz.

“I want all of you to talk about something that you love the most.”
“Such as?” sampuk Mus tiba-tiba.

“Anything!” jawab Prof Akma. Dia menoleh pada Fitriya. “Starting from you, Fitriya!”

Dah agak dah! Detik hati Fitriya. Dia terus melangkah ke hadapan dewan kuliah. Prof Akma bergerak ke tepi memberi ruang. Fitriya berdehem beberapa kali.

“I want to talk about the Miura Haruma’s poster.” Dia mulakan.

“Who’s that?” soal satu suara.

“My favourite Japan actor!” jawab Fitriya. “I patch the poster on my bedroom wall. Every night, I will stare at the poster and said, I love you Miura Haruma!” Fitriya tersengih.

Tiba-tiba Syafiq mendapat idea. Inilah masanya untuk dia membalas rasa geramnya. “May I know if there’s someone who looks just like him?”soal Syafiq.

Fitriya terkaku. Rakan-rakan yang lain tercengang. Setahu mereka, Syafiq sudah lama tidak menegur gadis itu. Apa sudah jadi?

“Err…yes!” tergagap-gagap Fitriya menjawab.

“Who?” soal Syafiq lagi.

“Secret!” jawapan selamat Fitriya berikan.

“You like him?” soal Syafiq lagi.

“Ermm….”

“You said you love Miura Haruma so much. And I’m sure that you love that boy also. Am I right?” soal Syafiq lagi. Tajam matanya merenung Fitriya.

“Prof, I think the question is out of topic,” ujar Fitriya pada Prof Akma. Belum sempat Prof Akma menjawab, Syafiq sudah pun menyampuk.

“Sorry Prof. Let me change my question.”

Azrol, Mus, Faiz, dan Amir saling berpandangan. Masing-masing tidak mengerti dengan perubahan sikap Syafiq.

“Okay, go on…” sahut Prof Akma. Syafiq tersenyum. Cemas Fitriya jadinya.

“What do you like about that actor?” soal Syafiq.

“Hmmm..his cute face, cool hair and his sexy eyes!” Fitriya beranikan diri untuk menjawab.

“Did that boy has the same characteristic? Or….better than that?” Fitriya gugup untuk menjawab.

Faiz menepuk bahu Syafiq. “Fiq, kau tanya apa ni? Out of topiclah!”

Syafiq buat-buat tak dengar. Prof Akma memandang kedua-duanya silih berganti. Dapat dirasakan ketegangan yang sedang berlaku antara kedua-duanya.

“Do you love that boy?” makin galak Syafiq bertanya.

“Enough Syafiq!” tegas Prof Akma.

Fitriya mengeluh lega.

“Don’t drag your personal matter into my class!”

“Sorry Prof! I’m just asking,” balas Syafiq.

“Fitriya, back to your seat!

“Thanks, Prof.”

**********

“Fitriya, tunggu!” panggil Syafiq. Fitriya tidak jadi melangkah. Dia berhenti di depan pintu dewan kuliah. Sudah seminggu dia tidak bercakap dengan Syafiq. Kenapa lelaki itu memanggilnya hari ini? Syafiq menghayun langkah mendekati Fitriya. Empat rakan dibelakang terkebil-kebil memerhati.

“Fitriya, bila awak nak bagi saya jawapan? Dah seminggu saya tunggu,” ujar Syafiq. Fitriya menoleh ke arahnya.

“Jangan pandang saya macam tu. Saya nak jawapan awak,” tambah Syafiq lagi.

“Bukan saya tak nak bagi jawapan tapi awak tu yang….” Fitriya berhenti. Tidak mahu berkata apa lagi.

“Saya apa?” soal Syafiq menagih jawapan. Fitriya mengeluh.

“Syafiq, awak tak faham apa yang saya nak?” dahi Syafiq berkerut, masih kabur.

“Saya nak awak mengaku yang awak sayangkan saya. Saya tak nak dengar daripada mulut kawan-kawan awak tu. Saya nak dengar daripada mulut awak! Faham tak?” ujar Fitirya.

Oh….jadi itu yang Fitriya mahukan. “Okey, sekarang saya nak bagitahu awak yang saya sayangkan awak sepenuh hati saya,” luah Syafiq tanpa silu lagi. Fitriya terpaku buat beberapa saat. Kemudian, bibirnya mengukir senyuman.

“Kan bagus kalau dari dulu lagi awak cakap macam tu pada saya. Saya pun takkan buang masa couple dengan Irwan tu!” ujar Fitriya. Syafiq terkebil-kebil memandangnya.

“Maknanya….?”

Fitriya senyum meleret. Lengan Syafiq dipautnya. “Okey, saya terima!”
“Betul ni?”

Fitriya mengangguk. Syafiq menjerit kesukaan. Kalau boleh, mahu dipeluknya gadis itu seerat-eratnya, tapi disabarkan hatinya.

Tiba-tiba terdengar tepukan kuat daripada arah belakang. Faiz, Amir, Azrol dan Mus menghampiri mereka sambil bertepuk tangan. Faiz memeluk bahu Syafiq sambil menyanyi.

“Kekasih yang dulu hilang, kini dia telah kembali pulang….akanku bawa dia terbang damai bersama bintang…..” dia ketawa kuat kemudiannya.

“Tak sesuai lagu tu! Lagu ni lagi jiwang!” sampuk Mus. Dia berdehem beberapa kali. “Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku pada mu….” Azrol menepuk kepalanya.

“Sumbang mahram!”

Fitriya tergelak melihat gelagat lima sahabat itu.

“Fitriya, saya ada sesuatu untuk awak,” ujar Syafiq tiba-tiba.
“Apa dia?” soal Fitriya.

Syafiq mengeluarkan sesuatu dari beg sandangnya. Sebuah DVD drama Jepun yang berjudul ‘Gokusen 3’.

“Kenal siapa ni?” Syafiq menunjukkan wajah seseorang di kulit depan DVD itu. Melihatkan wajah itu, bibir Fitriya terus melebar.

“Miura Haruma!!”…

~end


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

48 ulasan untuk “Cerpen : Benci + Rindu = Cinta !”
  1. Lyn_iana says:

    Sweetnye citer nie…..

  2. Nara Isabella says:

    best!….

  3. rabiatul adawiyah says:

    romantiknyerr citer ni..

  4. inuya says:

    s0 sweet,,teringin nk bf mcm 2..

  5. arni says:

    sye trse sye yg brde di situ .. sweett sngt2

  6. ana says:

    best…

  7. arfayuna says:

    besye cite ni.. suka 1000x

  8. arfayuna says:

    besye cite ni.. jalan cite menarik .suka 1000x

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.