Cerpen : Bila Hati Berdetik

17 April 2012  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : Noraz Ikha

SEPERTI biasa, setiap hari aku akan membuka akaun facebook milik aku. Eh… ada notification yang menarik perhatian. Nampaknya ada seseorang yang ingin berkenalan. Siapa agaknya ya? Hmm… aku cepat-cepat menekan tetikus komputer bagi melihat profile orang itu. Mari sama-sama kita tengok siapakah dia.

“Hai… nama saya Ridzuan.

Saya tinggal kat sebelah kampung awak aje.

Dan saya nak berkenalan dengan awak.” – Ridzuan

Berkerut dahi aku membaca mesej yang ditinggalkan oleh lelaki bernama Ridzuan itu. Namun beberapa saat kemudian aku mula tersenyum manis. Alolo… sweetnya ayat dalam mesej dia. Walaupun gaya bahasanya skema seperti gaya budak sekolah ingin berkenalan, tapi aku suka!

Jari-jemariku mula menari di atas papan kekunci komputer, membalas mesej Ridzuan.

“Hai, nak berkenalan dengan saya? Tak ada masalah.

Saya boleh berkawan dengan sesiapa je.

Kalau awak tinggal kat sebelah kampung saya,

tentu saya kenal awak kan?” – Emalin

Ridzuan ini buat aku suspen sahajalah. Aku kenal dia ke? Memanglah dia baru hendak berkenalan, tapi manalah tahu kut-kut sebelum ni aku pernah terserempak dengan dia kan. Haa… apa susah, kita tengoklah gambar-gambar di album facebook dia. Hisy… itupun aku boleh lambat hendak fikir.

Satu per satu gambar aku klik. Sampai senget-senget kepala aku ini menengok gambar Ridzuan. Sah, memang aku tidak kenal dia. Macam mana dia boleh jumpa facebook aku pun aku tidak tahu.

Setelah diperhatikan, kacak rupanya si Redzuan ini. Kulitnya warna putih kekuningan, senang kata kuning langsatlah. Badannya tinggi dan tegap. Rambut pula stylo ala-ala mamat korea. Sudah macam buat kajian pula, semua tentang Redzuan aku hendak nilai. Tapi sekarang dia tidak online pula. Kalau tidak, boleh aku berbual dengan dia. Bukan aku hendak menggatal tahu. Jangan salah faham pula.

“Heh! Wahai adikku Cempaka Emalin, apa pasal senyum seorang-seorang kat depan skrin tu? Kongsilah sikit dengan akak. Akak pun nak senyum-senyum macam Emalin juga.” Teguran Kak Lily atau nama penuhnya Lily Harliana itu mengalihkan perhatian aku.

Huh… kacau daun sahajalah si Kak Lily ini. Tak boleh tengok aku senang sikit. Ada sahaja yang dia hendak masuk line. Ingatkan Kak Lily tengah tengok televisyen, dia tidak perasanlah yang aku tengah syok sendiri layan perasaan sambil tengok facebook Ridzuan. Perasan juga rupanya kakak aku nan seorang itu.

Aku lihat Kak Lily sudah mula bergerak mahu mendekati aku. Eh, mana boleh biarkan Kak Lily nampak facebook Ridzuan. Nanti mesti aku kena bantai gelak sebab orang dari kampung sebelah aje pun yang nak berkenalan dengan aku. Bukannya orang jauh. Aku cepat-cepat menutup tetingkap facebook sebelum Kak Lily sampai di sebelah aku.

“Aik, apa yang best sangat? Tengok wallpaper komputer pun boleh senyum-senyum?” soal Kak Lily kehairanan.

“Sibuk aje nak tau. Orang dah closed apa yang orang tengok tadi. Haha…” balas aku sambil ketawa.

“Kedekut!” ujar Kak Lily.

Aku mencebikkan bibir mendengar kata-kata Kak Lily. Ah, aku peduli apa. Kedekut pun kedekutlah. Janji kehadiran insan bernama Ridzuan itu tetap menjadi rahsia. Haha… biar Kak Lily tidak puas hati dengan aku. Nakal aku ini, kan?

Kak Lily tersenyum. Eh, pelik pula aku tengok reaksi Kak Lily. Senyum kenapa pula dia ini? Aku tidak sempat bertanya lanjut apabila Kak Lily sudah berlalu menuju ke dapur. Jeritan Kak Lily memanggil nama mama sempat aku dengar. Mama memang sedang berada di dapur pada waktu itu. Namun jelas butiran yang dibualkan antara Kak Lily dan mama tidak aku dengari. Biarkanlah mereka.

Kali ini aku malas hendak join Kak Lily dan mama. Ada sesuatu yang lebih best lagi berbanding mereka. Apa dia? Hehehe… ini dia… aku membuka tetingkap facebook kembali. Membaca semua yang ditulis oleh Ridzuan di dalam facebook. Ada sesuatu yang aku perasan. Ridzuan bukanlah seorang yang aktif berfacebook kerana statusnya yang terbaharu adalah pada setengah bulan yang lalu.

***

Ridzuan

Tiba-tiba aku menerima mesej Ridzuan di ruangan chatbox. Nampaknya kali ini dia onlinelah. Tetapi aku tidak terus membalas mesej tersebut. Biarkan dia tunggu lama-lama sikit. Haha… jahatnya aku.

Emalin

Sengaja aku membalas begitu. Aku ketawa sendiri. Mesti Ridzuan bengang kerana aku mengaitkan dirinya dengan pasar malam. Tapi tak mustahil, kan? Bosan dengan pasar malam di kampung sendiri, pergi pasar malam di kampung sebelah. Macam aku… selalu juga aku pergi pasar malam di sana.

Ridzuan

Wah, cepat Ridzuan balas mesej aku. Seperti tadi, aku tidak terus menjawab. Aku sempat menonton video klip lagu Kisah Hati dendangan penyanyi Alya. Juga sempat membaca dua buah cerpen yang disiarkan di laman sesawang penulisan2u.my. Cerpen yang panjang pula itu. Mahu setengah jam lebih jugalah aku tinggalkan Ridzuan.

Baru sahaja aku mahu membalas mesej Ridzuan, lelaki itu terlebih dahulu menghantar mesej yang lain.

Ridzuan

Upss! Nampaknya Ridzuan mula tidak senang dengan kelewatan aku membalas mesej-mesejnya.

Kau ni mahu berkawan dengan dia ke tidak? Kalau mahu janganlah buat dia macam ni! Kesian dia, tahu tak? Aku seperti terdengar teguran dari suara hati sendiri.

Emalin

Aku menipu Ridzuan. Sengaja memberitahu bahawa aku sedang sibuk. Sedangkan hakikatnya aku sengaja mengenakan dia. Tentang nombor telefon bimbit yang Ridzuan minta itu, aku tidak tahu sama ada mahu memberikannya atau tidak. Jadi, aku biarkan permintaan itu tergantung. Lagipun, bukan ke aku dan dia boleh bersembang di facebook, buat apa hendak nombor telefon lagi? Tak payah bagi laaa…

Ridzuan

Hah! Ridzuan di cyber cafe ke? Laa…. kenapa dia tak bagitahu awal-awal. Kalau aku tahu dia ada di sana, tak ada la aku sengaja lambat-lambat balas mesej dia. Huhu… rasa bersalah la pula!

Ridzuan

Emalin

Aku masih tidak mahu memberikan nombor telefon bimbit. Mana boleh senang-senang sahaja memberikan maklumat peribadi kepada orang yang tidak dikenali.

Ridzuan

Hah?! Terlopong mulutku membaca mesej Ridzuan. Kali ini aku cepat-cepat membalas.

Emalin

Aku sengaja mahu menguji. Sudah mula teruja untuk berbual dengan Ridzuan.

Ridzuan

Emalin

Ridzuan

Aku tersenyum. Menarik juga Ridzuan ini.

Emalin

Hahaha…. mesti Ridzuan tergelak baca mesej aku tadi. Hendak bagi nombor telefon pun kena bersedia dulu ke? Ah.. suka hati akulah.

Ridzuan

Belum sempat aku membalas, Ridzuan sudah menunjukkan status offline. Huhu…. maafkan aku Ridzuan. Kalau aku bukan sengaja membiarkan mesej dia tak berbalas lama-lama tadi, tentu aku boleh berbual lebih lama dengan dia.

Kak Lily! Mana kau, kak? Nanti kau!

***

“Kak! Cakap la… siapa Ridzuan tu?” soal aku kepada Kak Lily buat ke sekian kali.

“Akak tak kenal dia la,” jawab Kak Lily juga buat ke sekian kali.

Aku jadi tidak puas hati dengan jawapan Kak Lily. Mustahil Kak Lily tak kenal Ridzuan. Macam mana pula Ridzuan boleh kenal Kak Lily? Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Nanti lama-lama boleh botak kepala aku kerana asyik kena garu sahaja.

“Pinjam handphone akak,” pinta aku kemudian.

“Nak buat apa?” Kak Lily rasa ragu-ragu terhadap aku.

“Nak hantar SMS kat kawan. Kredit orang dah habis,” ujar aku.

Kelihatan Kak Lily masih memandang aku dengan riak was-was. Matanya dikecilkan sehabis boleh. Lain macam sahaja riak wajah Kak Lily. Buruk! Haha…. sungguhlah aku ini seorang adik yang teruk.

“Jangan nak mengada-ada. Bukan akak tak tahu yang Emalin nak check nombor handphone Ridzuan, kan?”

Huhu…. Kak Lily ni tahu sahajalah niat dalam hati aku. Aku mencebik.

“Dah… dah… keluar dari bilik akak. Akak nak mandi,” usir Kak Lily. Sekali lagi aku mencebik.

“Pergilah mandi. Orang nak baring-baring kejap,” balas aku. Siap berguling-guling lagi di atas katil empuk Kak Lily.

Kak Lily sudah memandang aku semacam. Aku buat-buat tidak faham. Lantak kau…. siapa suruh tak mahu beritahu siapa Ridzuan. Aku tidak percaya langsung yang dia tidak kenal lelaki itu. Tapi aku tidak boleh simpulkan apa-apa kerana Kak Lily tidak mahu mengaku.

“Cempaka Emalin!”

Aku dengar Kak Lily menyebut nama penuh aku. Aku buat-buat tidak dengar. Mataku pejam rapat-rapat. Konon-konon sudah tertidur.

“Okey. Akak mandi dulu,” suara Kak Lily.

Aku membuka mata saat Kak Lily mahu memasuki bilik air. Adeh… punah harapan aku melihat apa yang ada di tangan Kak Lily.

“Kak! Takkan nak mandi pun bawa handphone?” laung aku pantas.

Kak Lily berpaling. Memandang aku yang sudah duduk tegak di atas katil.

“Akak tak bodoh la nak tinggal handphone kat dalam bilik. Dah Emalin tak mahu keluar, akak bawa la. Akak tau sangat niat Emalin tu,” bebel Kak Lily.

Aku hanya mampu melihat telefon bimbit Kak Lily di bawa masuk sekali ke dalam bilik air. Akhirnya…. aku juga yang terlopong di atas katil. Malang sungguh aku ini.

***

“Assalamualaikum. Saya Emalin”. – Emalin

Aku menghantar pesanan ringkas ke telefon bimbit Ridzuan. Beberapa saat kemudian telefon bimbit aku berbunyi. Wah, cepatnya dia balas.

“Waalaikumussalam. Terima kasih sebab sudi SMS saya. Dah lama saya tunggu. Saya ingatkan awak tak sudi.” – Ridzuan

“Eh, sudi je. Sorry la kalau lambat. Erm… akak saya kata, dia tak kenal awk pun?” – Emalin

“Ya ke? Dia tipu la tu. Awak sihat?” – Ridzuan

“Saya sihat. Awak sengaja nak tukar topik ek?” – Emalin

“Tak ada la. Awak pun macam kakak awak jugak ye. Suka fikir yang bukan-bukan.” – Ridzuan.

“Eh… eh… suka-suka hati nampak awak menyamakan saya dengan dia. Dia ialah dia. Saya ialah saya. Tak sama,” – Emalin

“Haa… memang sebiji sama. Macam perangai fotostat hehe…” – Ridzuan

“Awak ni… sebenarnya siapa?” – Emalin

“Orang la, manusia lelaki.” – Ridzuan

“Memang la… tak ada siapa pun kata awak tu alien. – Emalin

“Habis tu, kenapa tanya lagi?” – Ridzuan

“Hisy… buat-buat tak faham pulak. Atau pun awak nak saya guna bahasa alien?” – Emalin

“Pandai ke? Guna la, boleh saya belajar bahasa alien. Best tu.” – Ridzuan

“Ooo… loyar buruk ye. Malas layann!!” – Emalin.

“Sorry J.” – Ridzuan

“Tak mau balas SMS dah! L.” – Emalin

“Tuu… balas tu J.” Ridzuan.

Hisy.. geram betullah layan si Ridzuan ini. Lama-lama layan boleh sewel otak aku. Sebelum aku masuk Tanjung Rambutan, lebih baik aku hentikan SMS ini. Hai Kak Lily… Kak Lily… tak sangka kau ada kawan macam Ridzuan. Patutlah perangai kau pun sama macam lelaki itu. Suka buat aku bengang. Tak pernahnya hendak bagi aku kesenangan hati sikit. Huh!

***

TELEFON bimbit aku berbunyi. Aku lihat nama si pemanggil. Ridzuan Misteri. Haha… memang sengaja aku tambah nama Misteri di hujung namanya. Memang betul pun dia itu misteri. Sudahlah aku tidak kenal dia. Suka-suka hati pula dia kata kenal Kak Lily. Tapi Kak Lily kata, tidak kenal dia pun. Entah siapa yang menipu pun aku tidak tahu.

Selalu Ridzuan cuma hantar SMS sahaja. Kenapa tiba-tiba hari ini dia hendak telefon pula. Ini pertama kali Ridzuan telefon. Huhu…. berdebar pula rasanya hendak jawab telefon.

“Helo, assalamualaikum,” terdengar suara seorang lelaki di hujung talian.

Debaran di dada semakin pantas. Terasa sukar untuk aku bernafas apabila mendengar suara yang menggetarkan jiwa. Suara itu sangat sedap pada pendengaran aku. Dan memang suara itu sesuai sungguh apabila aku padankan dengan wajah pemiliknya yang aku lihat di laman facebook.

“Helo….”

Aku tersentak. Haha… sempat rupanya aku berkhayal. Mesti Ridzuan berasa pelik kerana tiada respon dari aku.

“Helo… err… wa.. waalaikumussalam,” jawab aku tergagap-gagap.

Ternyata aku masih belum mampu menenangkan diri. Wahai Cempaka Emalin, kenapa dengan kau? Tegur hati aku.

“Ingatkan tak ada orang tadi. Awak sihat?”

“Sihat.”

“Dah makan?”

“Dah.”

“Tengah ingat kat saya ke?”

“Ha’a.”

“Awak sihat tak?”

“Tak”

“Kak Lily ada tak?”

“Tak ada.”

“Awak ada tak?”

“Tak ada.”

“Memang sah awak tak sihat walaupun mula-mula tadi awak kata awak sihat. Kalau awak tak ada, sekarang ni saya bercakap dengan siapa la agaknya ya?”

“Hah?!”

“Hahaha….” Kedengaran ketawa Ridzuan yang sangat panjang.

Aku masih terpinga-pinga. Apa yang berlaku? Kenapa aku tak ingat apa yang aku cakap dengan Ridzuan tadi? Punya sakan Ridzuan ketawakan aku. Tentu ada yang dia kenakan aku. Tak boleh jadi. Aku kena fokus.

Fokus Cempaka Emalin… jangan biarkan Ridzuan kenakan kau lagi. Sekali lagi hati aku bersuara.

“Petang ni awak free tak?” soal Ridzuan setelah ketawanya reda.

“Erm… free. Kenapa?” aku bertanya kembali.

Kali ini aku memberi sepenuh perhatian terhadap perbualan aku bersama Ridzuan. Tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Kalau awak sudi, kita jumpa petang ni boleh?” usul Ridzuan.

Biji mata aku sudah terbeliak. Mimpi ke si Ridzuan ini? Tak pernah-pernah ajak jumpa.

“Nak jumpa buat apa?” Sengaja aku bermain tarik tali.

Mana boleh terus setuju. Kenalah jual mahal sebab aku ini memang tidak murah. Dan semua manusia pun punya nilai yang sangat tinggi hingga tidak ternilai harganya walau ditukar dengan segunung emas sekalipun. Jadi… sayangilah diri sendiri dan orang lain.

“Saya baru balik dari kampung. Ada beli ole-ole sikit untuk awak,” kata Ridzuan.

“Aik, awak bukan memang duduk kampung ke?” soal aku hairan.

“Oh, saya bukan asal kampung ni. Saya cuma duduk sini untuk bekerja aje.” Jawab Ridzuan.

“Dah berapa lama awak duduk kat sebelah kampung saya?”

“Dalam 3 tahun lebih macam tu.”

“Ooo…. so, kat mana awak nak jumpa saya?” Aku mengubah tajuk perbualan.

“Kat rumah awak boleh tak?”

“Hah?!”

“Haha…. gurau saja la. Comel la perangai awak ni.” usik Ridzuan.

Sudah merah-merah muka aku mendengar kata-kata Ridzuan. Nasib baiklah kami cuma bercakap melalui telefon. Kalau berhadapan, tak tahulah di mana aku hendak letak muka yang dia kata comel ini. Dia kata, bukan aku kata. Hehe…

“Apa kata awak cadangkan tempat,” usul Ridzuan kemudian.

“Erm… kita jumpa kat bus stop depan kampung ni aje la. Sekejap aje, kan.” cadang aku.

“Hah? Bus stop?” Kedengaran suara Ridzuan yang terkejut.

Kenapa? Pelik sangat ke cadangan aku itu?

“Kenapa bus stop?” tanya Ridzuan kemudian.

“Habis tu… awak ada cadangan lain ke?” aku bertanya kembali.

Haha… memang sikap aku agaknya. Suka menjawab soalan dengan soalan juga. Entah-entah dia mahu jumpa aku di kedai makan. Boleh berbual-bual sambil makan-makan plus luangkan masa berdua. Ah, tak mungkin aku akan mencadangkan tempat itu. Lainlah kalau ada Kak Lily.

“Okey… okey… kita jumpa kat bus stop. Sekejap aje, cuma nak bagi ole-ole ni,” ujar Ridzuan kemudian. Menerima cadangan aku.

Aku tersenyum sendiri.

“Okey. Kita jumpa pukul 5.30 petang nanti. Bye… assalamualaikum,” putus aku.

“Eh.. nanti dulu. Cepat aje awak nak letak telefon. Petang ni, awak tak payahlah nak keluar cepat-cepat sangat,” kata Ridzuan.

Dahi aku berkerut. Siapa yang hendak keluar cepat-cepat? Apa dia ingat aku sudah tidak sabar sangat hendak jumpa dengan dia ke? Yakk! Hendak muntah aku. Haha… perasannya dia, kalau benar dia ada fikiran macam itu.

“Tak faham,” balas aku. Sengaja berkata begitu.

“Ya la… saya tak nak awak keluar cepat-cepat sebab saya tak nak awak sampai dulu daripada saya. Saya kan lelaki, mestilah saya kena sampai dulu. Kalau awak yang sampai dulu, macam tak best pulak kan. Nanti awak cari kereta warna merah,” terang Ridzuan.

Ooo…. begitu al-kisahnya? Ini kali pertama aku jumpa orang yang ada fikiran macam Ridzuan. Berterus-terang pula itu. Tak ada selindung-selindung. Bagus! Aku suka!

“Okey. Kalau macam tu, kita jumpa petang nanti. Bye… assalamualaikum.” Sekali lagi aku ingin memutuskan talian.

“Okey. Bye… waalaikumussalam,” balas Ridzuan.

***

PERASAAN aku semakin tidak keruan. Aku juga tidak dapat memastikan apa yang sedang aku rasakan pada ketika ini. Rasa teruja ingin berjumpa, tapi dalam masa yang sama ada rasa takut. Manalah tahu Ridzuan itu cuma watak lakonan dalam facebook sahaja. Zaman sekarang ini bukannya boleh percaya sangat. Lagi-lagi dunia maya. Huh… seram pula.

Aku memberhentikan kereta di tepi jalan. Dari jauh, aku sudah dapat melihat sebuah kereta berwarna merah di hadapan bus stop. Itu ke dia? Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Pantas sahaja aku mencapai telefon bimbit. Aku harus menelefon seseorang dan harus membuang rasa was-was aku dengan segera.

“Helo, Kak Lily. Cakap la betul-betul, Kak Lily kenal ke tidak dengan lelaki nama Ridzuan tu?” desak aku.

Kalau benarlah Kak Lily memang tak kenal lelaki itu, sumpah aku tidak akan berjumpa dengan dia. Ini bukan perkara main-main. Aku akan paksa Kak Lily bercakap benar.

“Kan Kak Lily dah cakap hari tu. Kak Lily tak kenal dia la,” tegas Kak Lily. Masih lagi menafikan.

“Betul Kak Lily tak tipu?” soal aku lagi.

“Betul, wahai adikku Cempaka Emalin,” jawab Kak Lily bersungguh-sungguh.

“Okey. Kalau macam tu, orang tak jadi jumpa dia la. Orang nak patah balik dah ni. Mana la tau kut Ridzuan tu orang jahat. Penjenayah pemerdagangan orang ke. Nanti tak pasal-pasal aje orang kena bawa lari ke luar negara. Huh, menyeramkan. Lepas tu, heboh satu Malaysia dengan berita kehilangan seorang perempuan bernama Cempaka Emalin. Bahaya kan, kak?” luah aku panjang lebar.

Sengaja sebenarnya aku berkata macam itu. Nak tengok macam mana reaksi Kak Lily. Entah kenapa perasaan aku kuat mengatakan yang Kak Lily dan Ridzuan memang saling mengenali. Kalau tidak, macam mana Ridzuan boleh kenal benar dengan Kak Lily? Siap sudah faham dengan perangai Kak Lily lagi. Musykil!

“Eh… eh… eh… nanti dulu! Okey… okey… akak minta maaf. Kenapa tak cakap awal-awal yang dia nak jumpa Emalin? Si Ridzuan tu pun satu. Suka buat keputusan sendiri la… hisy!” bebel Kak Lily.

Haaa…. cuba dengar apa yang Kak Lily cakap itu? Maksudnya, memang benarlah Kak Lily kenal Ridzuan. Ohh… kau orang hendak main-mainkan aku ya! Jaga!

“Kak Lily cakap apa tadi? Telinga orang tak berapa dengar la. Orang dah lama tak korek telinga,” ujar aku, ingin Kak Lily mengulangi apa yang baru diucapkannya.

“Ya la… ya la… Kak Lily minta maaf sebab sembunyikan perkara ni. Memang Kak Lily kenal Ridzuan,” bongkar Kak Lily…. akhirnya.

“Kak Lily rekomen orang kat dia ke? Sampai hati akak. Orang belum gatal nak kahwin lagi la. Orang masih nak enjoy-enjoy lagi,” luah aku.

Sebenarnya aku rasa kecil hati dengan Kak Lily. Sampai hati dia mengenakan aku. Dahulu, waktu Kak Lily nampak aku tersenyum seorang-seorang di hadapan skrin, pasti Kak Lily sudah tahu sebabnya. Patutlah dia pun ikut sama senyum-senyum. Lepas itu Kak Lily pergi ke dapur dan entah-entah bercerita dengan mama.

Jadi, mama pun tahulah yang Ridzuan berkenalan dengan aku? Ah, malunya aku dengan Kak Lily dan mama! Otak aku mula berfikir semakin jauh.

“Disebabkan Kak Lily tak jujur dengan orang, orang nak balik sekarang. Orang tak nak jumpa kawan baik Kak Lily a.k.a Ridzuan tu. Biar dia tunggu orang sampai malam,” putus aku.

Kenapa aku hendak menghukum Ridzuan? Sedangkan dia langsung tidak bersalah. Memang dari awal lagi dia sudah berterus terang. Cuma Kak Lily sahaja yang tidak mahu mengaku awal-awal. Ah! Peduli apa aku?

Kenapa Ridzuan tidak paksa Kak Lily mengaku? Bukan dia tidak tahu yang Kak Lily tidak mahu mengaku. Aku sudah bercakap dengan dia pun pasal itu. Tapi kenapa Ridzuan tidak mengambil sesuatu tindakan? Sengaja hendak siksa hati aku. Ridzuan pun sama juga macam Kak Lily. Suka permainkan aku.

“Alah… jangan la macam tu, Emalin. Akak janji, lepas ni akak takkan sembunyikan apa-apa lagi. Pergilah jumpa dia. Kesian dia tunggu tu,” pujuk Kak Lily.

Aku mencebik. Bukannya Kak Lily tidak tahu yang aku ini tidak makan pujuk. Tiba-tiba muncul satu idea dalam otak aku.

“Okey… orang akan jumpa dengan dia. Tapi ini kali pertama dan terakhir orang jumpa dengan dia. Lepas ni, orang tak nak contact langsung dengan mamat tu. Noktah. Bye,” putus aku lalu terus mematikan talian.

Aku tersenyum puas sambil merenung skrin telefon bimbit. Kemudian aku menghala pandangan ke hadapan. Melihat seorang lelaki berbaju merah sedang bersandar pada badan kereta vios.

“Mesti dia suka warna merah. Baju dengan kereta pun sama warna. Kalau aku rabun, tentu aku tak dapat pastikan yang mana satu kereta dan mana satu orang. Haha..” Sempat aku membebel sendirian.

Aku mula memandu kereta menghampiri kereta Ridzuan.

“Assalamualaikum,” perlahan aku mengucap salam.

“Waalaikumussalam,” balas Ridzuan sambil berpaling ke arah aku.

Zupp! Hati aku seperti terkena renjatan elektrik. Jelas aku rasakan ada suatu perasaan yang sedang mengalir di dalam setiap pembuluh darah. Ada sesuatu juga yang sedang berdetik di dalam hati aku. Tetapi aku masih samar dengan butir bicara hati sendiri. Mata aku terus terpaku di wajah Ridzuan. Mungkin pada waktu ini mulut aku sudah terlopong.

Kenapa macam itu sekali reaksi aku? Tentu ada yang mengandaikan bahawa aku mengenali Ridzuan sebelum ini, kan? Haha… tidak… tidak… andaian itu salah seratus peratus.

“Kenapa terkejut? Muka saya nampak macam hantu ke?” tegur Ridzuan. Kemudian dia membelek wajah pada cermin tingkap keretanya.

Aku mula sedar. Cepat-cepat aku menggeleng. Aku tidak dapat menjawab soalan Ridzuan kerana aku sendiri tidak tahu apa yang aku rasakan. Mungkin ke ini yang dinamakan cinta pandang pertama? Oh, tidak! Ini kali pertama dan terakhir aku berjumpa dengannya. Dan aku tidak boleh… langsung tidak boleh ada apa-apa pertalian hati dengan dia. Jangan biarkan hati aku jatuh di sini, kerana aku belum mahu menjatuhkannya kepada sesiapa lagi.

“Hehe… sudah-sudah la belek muka tu. Tak nampak macam hantu pun,” tegur aku kemudian sambil ketawa.

“Habis tu, kenapa awak nampak terkejut tadi?” tanya Ridzuan, masih mahu tahu.

“Tak ada apa-apa. Hobi saya memang terkejut dan blur,” jawab aku.

Macam tak logik sahaja jawapan aku itu, kan? Haha… biarlah.

“Ini ole-ole dari saya… untuk awak,” ucap Ridzuan sambil menghulurkan satu bungkusan.

Aku menyambut huluran Ridzuan.

“Apa ni?” suara aku sambil membelek isi bungkusan tersebut.

“Buah jambu batu je,” balas Ridzuan.

Aku tersenyum. Hah? Jambu batu? Haha…. sweetnya la Ridzuan ini. Kalau pergi ke mana-mana pun, aku tidak pernah terfikir hendak bagi jambu batu sebagai ole-ole. Sebab di kampung aku sendiri pun ada banyak pokok jambu batu. Berderet di tepi jalan. Petik sahaja buahnya, mana-mana suka.

“Itu jambu batu special. Made in kampung saya. Tak sama macam yang ada kat sini,” Ridzuan bersuara lagi.

Aku memandang Ridzuan. Dia ini macam tahu-tahu sahaja apa yang ada dalam fikiran aku. Bahaya ini, tidak boleh fikir yang bukan-bukan lagi. Nanti kalau kantoi, aku juga yang malu sekampung.

“Terima kasih. Saya balik dulu,” ucap aku, tak mahu berlama-lama lagi di situ.

“Eh, cepatnya,” halang Ridzuan.

“Saya ada hal lain. Sorry ya,” balas aku, sengaja memberi alasan.

Sebenarnya aku semakin tidak selesa berada di situ. Ada beberapa pasang mata yang sudah mula mencuri pandang ke arah kami. Orang lain semua buat janji temu di tempat yang best-best. Aku sahaja yang memilih perhentian bas. Jangan tanya kenapa aku pilih perhentian bas. Sebabnya, aku akan jawab, aku punya sukalah hendak jumpa di mana. Haha…

“Okey. Tak apa la kalau awak ada hal. Nanti bila makan jambu batu tu, ingat-ingat la muka saya. Mesti akan rasa lagi sedap,” usik Ridzuan.

Aku tergelak. Kelakarlah Ridzuan. Huhu…. sayangnya aku tidak akan menghubungi Ridzuan lagi selepas ini. Lagipun sudah terlanjur aku berkata begitu kepada Kak Lily. Mana boleh cakap tidak serupa bikin. Bukan janji sahaja yang harus ditepati, tetapi kata juga harus dikota. Itu prinsip aku.

“Saya balik dulu. Terima kasih sekali lagi. Assalamualaikum,” ucap aku tanpa memberi ulasan terhadap usikan Ridzuan.

“Waalaikumussalam. Drive kereta elok-elok,” sempat Ridzuan meninggalkan pesanan. Aku hanya tersenyum.

Baiknya Ridzuan, hati aku berdetik. Dah macam mama, papa dan Kak Lily sahaja yang selalu memberi pesanan serupa itu kepada aku. Berat kaki melangkah, namun tetap juga aku gagahkan diri meninggalkan Ridzuan. Selamat tinggal, Ridzuan.

***

“Hai… kenapa tak balas mesej saya?” – Ridzuan

Aku hanya memandang sepi kepada pesanan ringkas daripada Ridzuan. Seketika aku menoleh ke arah Kak Lily yang masih duduk di atas katil aku.

“Emalin, maafkanlah akak. Akak janji, akak tak akan tipu Emalin lagi. Percayalah…” rayu Kak Lily.

Aku masih buat-buat tidak dengar. Masih marah.

“Balas la mesej Ridzuan tu. Teruk akak kena marah dengan dia. Emalin pun nak marahkan akak juga. Emalin tak kesian kat akak ke?” rayu Kak Lily lagi.

Aku masih mendiamkan diri.

“Emalin tak sukakan Ridzuan ke? Tak apa la…. akak minta maaf banyak-banyak. Akak janji, lepas ni, Ridzuan takkan kacau hidup Emalin lagi. Akak akan suruh dia jauhkan diri daripada Emalin. Tapi please… maafkan akak ya, Emalin,” suara Kak Lily lagi.

Sepantas kilat aku menoleh ke arah Kak Lily. Kali ini ada sesuatu pada kata-kata Kak Lily yang menarik perhatian aku.

“Err… err…” Aku tidak dapat meneruskan kata-kata.

Sebenarnya aku berasa malu untuk menghalang Kak Lily daripada meneruskan niatnya. Bukan itu yang aku mahu. Aku tidak mahu Ridzuan menjauhkan diri daripada aku. Tapi, kenapa aku tidak membalas pesanan ringkas daripada Ridzuan? Jawapannya…. aku hanya mahu memberi pengajaran kepada Kak Lily yang seperti sudah mempermain-mainkan aku. Kasihan Ridzuan, disebabkan kesalahan Kak Lily, dia yang terkena tempiasnya. Kejamkah aku? Huhu…

Sungguh… kini aku terlalu rindukan celoteh Ridzuan. Rindu dengan loyar buruknya. Rindu dengan gurauannya. Dan… rindu dengan wajahnya. Oh… oh… angaukah aku? Aku tidak akan biarkan Ridzuan hilang dari dalam hidup aku. Senang-senang dia masuk ke dalam hati aku, mana boleh suka-suka hati aku keluarkan dia. Hati aku ini bukannya hotel yang boleh suka-suka orang keluar masuk. Sedap sahaja Kak Lily hendak menghalau Ridzuan, sedangkan dia yang telah menjemput lelaki itu.

Kini aku pasti. Aku akan mengalah, demi hati aku yang tidaklah sekuat mana untuk melawan perasaan yang semakin kuat.

“Okey, kali ni orang maafkan. Tapi lain kali, kalau akak buat lagi, orang takkan maafkan,” putus aku kemudian.

Kelihatan Kak Lily tersenyum.

“Terima kasih, adik akak yang cantik manis. Lepas ni tak ada sesiapa lagi yang akak nak kenalkan pada Emalin. Ridzuan tu dah cukup baik dah. Emalin jangan lepaskan dia, tau,” kata Kak Lily.

Aku mencebik.

“Siapa yang nakkan Ridzuan tu? Orang tak nak pun,” usik aku.

Berani aku berkata begitu. Parahlah kalau sekali lagi Kak Lily mahu menjauhkan aku daripada Ridzuan. Makan hati berulam jantunglah aku nanti.

“Betul ni tak nak?” duga Kak Lily.

Aku tidak menjawab. Sebaliknya aku hanya menekup mulut untuk menandakan yang aku telah tersilap kata.

Kak Lily tersenyum. Kemudian dia menadah kedua-dua belah tangan seperti orang mahu berdoa. Dahi aku sudah berkerut melihat gelagat Kak Lily.

“Semoga jalinan persahabatan Cempaka Emalin dan Ridzuan Zaharie akan bertukar menjadi jalinan percintaan. Dan seteruskan akan berkekalan selama-lamanya melalui ikatan perkahwinan yang sah. Amin!” doa Kak Lily.

Mulut aku terlopong. Terkedu.

“Apa ni, Kak Lily? Akak kan belum kahwin lagi. Orang tunggu akak kahwin dulu, baru la orang akan fikir tentang kahwin-kahwin ni,” suara aku pantas.

“Akak doakan aje. Tak salah, kan? Ridzuan tu baik sangat orangnya,” balas Kak Lily.

“Dah sepuluh kali Kak Lily cakap dia tu baik. Ya la… ya la.. dia baik,” ujar aku, mengalah.

“Nanti, Emalin sampaikan salam akak pada dia ya,” pinta Kak Lily.

Sekai lagi dahi aku berkerut seribu.

“Akak ni dah kenapa? Akak kan boleh call dia bila-bila masa je. Gatal nak suruh orang sampaikan salam pula,” ucap aku.

“Emalin belum balas mesej dia kan? Ha.. apa salahnya sampaikan salam akak sekali. Banyak soal betullah Emalin ni,” rungut Kak Lily.

Mulutku sudah muncung. Ada-ada sahajalah Kak Lily kesayangan aku ini. Namun Kak Lilylah yang menambah seri dan menceriakan kehidupan di rumah ini. Aku sayang sangat pada dia!

***

“Mama, papa… mana Kak Lily? Dari pagi tadi orang tak nampak dia,” tanya aku kepada mereka yang sedang menikmati minuman petang di meja makan.

“Kak Lily tak bagitahu Emalin ke? Di pergi Cameron dengan kawan-kawan dia,” beritahu mama.

Eh, mana ada Kak Lily bagitahu? Hisy… hendak kena nampaknya Kak Lily ini. Kalau aku tahu Kak Lily mahu ke sana, bolehlah aku ikut sekali. Boleh juga berjalan-jalan sambil cuci mata di sana.

Kring… kring… kring…

Bunyi deringan telefon mengejutkan kami. Pantas aku mendapatkan telefon yang berada tidak jauh daripada meja makan.

“Helo… ya, saya adiknya bercakap. Hah?! Tak mungkin!” Aku terkedu.

Telefon di tangan sudah terlepas. Lemah seluruh badan aku apabila menerima berita yang langsung tidak pernah terlintas di dalam fikiran aku selama ini.

“Emalin, siapa telefon tu?” Mama sudah mendekati aku. Panik.

“Kak Lily, mama… papa… Kak Lily… accident… maut..” suara aku tersekat-sekat. Cuba mengatur nafas setenang yang mungkin.

“Apa?!” Serentak mama dan papa terjerit.

Mama pengsan. Papa jadi bertambah panik. Aku sudah tidak mampu bergerak. Ya Allah, kuatkanlah hati kami untuk menempuh dugaan-Mu yang sangat berat ini.

***

“Emalin, sudahlah tu. Tak baik menangis teruk sangat kat kubur. Kalau Kak Lily nampak keadaan Emalin teruk macam ni, mesti dia pun sedih. Tentu dia pun akan turut menangis. Emalin tak mahu kan Kak Lily sedih?” Terdengar suara Ridzuan yang masih setia berada di sisi aku.

Aku menoleh ke arah Ridzuan. Keluarga aku yang lain sudah pulang ke rumah. Hanya aku sahaja yang masih belum mahu pulang. Aku juga sudah berkali-kali menyuruh Ridzuan pulang. Namun dia tetap mahu menemani aku. Biarkanlah.

“Awak…. macam mana Kak Lily boleh accident? Awak ikut sama ke Cameron, kan?” soal aku.

Air mata aku semakin bercucuran seperti paip pecah. Sungguh… aku rindukan Kak Lily. Walau kehilangan Kak Lily baru beberapa jam, tetapi aku sudah berasa rindu separuh mati. Kak Lily…. kenapa cepat sangat akak pergi. Macam mimpi…

“Kak Lily jatuh. Dia tergelincir dari atas bukit. Kepalanya terhantuk kuat pada batu besar. Dia kehilangan darah yang sangat banyak dan tak sempat diselamatkan. Emalin… sabar ya… tabahkan hati. Saya pun sedih sangat,” luah Ridzuan.

“Kak Lily…..”

Aku terus menangis semahu-mahunya. Biarlah mata aku bengkak atau akan terkeluar air mata darah sekali pun. Aku tidak peduli lagi. Yang aku tahu… aku hanya mahu menangis.

Aku buka surah Yassin yang berada di tangan. Perlahan-lahan suara aku mula kedengaran sayu, mengalunkan ayat suci al-Quran berselang-seli dengan bunyi esakan tangisku yang masih belum mampu dihentikan.

Aku menghentikan bacaan seketika. Menoleh ke arah Ridzuan yang kelihatan sedang khusyuk memandang aku. Ada air mata yang turut mengalir di pipi lelaki itu. Kemudian aku meneruskan bacaan dan aku perasan ada suara Ridzuan turut mengiringi bacaanku. Semoga Kak Lily akan tenang di sana. Amin.

Dalam perjalanan ke kereta, aku dan Ridzuan hanya berdiam. Masing-masing melayan perasaan. Apabila sampai di kereta Ridzuan, lelaki itu menahan aku.

“Ada sesuatu yang Kak Lily tinggalkan untuk awak,” ucap Ridzuan sambil menuju ke tempat meletak barang di kereta.

Aku hanya menanti. Seketika kemudian Ridzuan kembali sambil membawa sebiji bantal strawberry.

“Kak Lily kata, dia nak bagi bantal ni kat awak. Saya ada sekali masa dia beli,” terang Ridzuan sambil menghulurkan bantal yang pastinya akan menyimpan seribu memori antara aku dan Kak Lily.

“Terima kasih, Ridzuan. Sebab sampaikan barang tinggalan Kak Lily ni,” ucap aku sambil mengambil bantal strawberry itu.

Tatkala memandang bantal tersebut, air mata aku kembali mengalir.

“Ini… pemberian dari saya. Harap awak sudi terima,” suara Ridzuan sambil menghulurkan sesuatu.

Sebuah kotak kecil. Aku menyambutnya dan terus membuka kotak tersebut. Mata aku terpaku melihat sebentuk cincin. Untuk apakah? Aku memandang tajam ke arah Ridzuan, memohon penjelasan.

“Anggaplah cincin itu sebagai tanda persahabatan kita. Saya nak jadi kawan yang setia kepada awak. Izinkan saya terus berada di samping awak. Bila awak sedih, ingatlah saya. Saya sentiasa ada untuk awak meluahkan apa sahaja. Trust me,” kata Ridzuan bersungguh-sungguh.

Kata-kata Ridzuan itu mengingatkan aku kepada kata-kata Kak Lily pada suatu ketika dahulu.

‘Semoga jalinan persahabatan Cempaka Emalin dan Ridzuan Zaharie akan bertukar menjadi jalinan percintaan. Dan seteruskan akan berkekalan selama-lamanya melalui ikatan perkahwinan yang sah. Amin!’

Aku mengulangi doa yang pernah diucapkan oleh Kak Lily di dalam hati….. Dan air mata aku semakin laju menuruni pipi.

‘Nanti, Emalin sampaikan salam akak pada dia ya.’

Satu lagi ayat Kak Lily muncul di dalam fikiran aku. Kak Lily macam tahu-tahu sahaja yang dia mahu meninggalkan aku dan Ridzuan. Hingga kini aku masih belum menyampaikan salam tersebut kepada Ridzuan. Mungkin sekaranglah masanya.

Aku memandang Ridzuan.

“Kak Lily kirim salam kat awak,” ucap aku sebak.

“Hah?” Ternyata Ridzuan tidak faham.

Aku lihat Ridzuan memandang penuh hairan ke arah aku. Jangan risaulah, aku ini belum gila lagi. Masih waras.

“Dah lama Kak Lily minta saya sampaikan salam pada awak. Tapi saya terlupa,” tambah aku.

Aku cuba tersenyum sebagai menutup kesilapan aku. Sebenarnya dahulu memang aku sengaja tidak mahu menyampaikan salam daripada Kak Lily. Tetapi bukankah berdosa jika tidak menyampaikan salam yang dikirim itu…. insaf!

“Oo… waalaikumussalam. Awak ni buat saya suspen aje tadi,” balas Ridzuan.

Aku tersenyum lagi. Ridzuan juga turut tersenyum memandang aku.

“Saya minta diri dulu. Terima kasih sekali lagi, sebab bagi cincin ni. Cantik,” ucap aku sambil menyarungkan cincin itu ke jari manis aku.

“Assalamualaikum,” suara aku lagi.

“Waalaikumussalam. Jaga diri,” balas Ridzuan. Tidak lupa pesanan diberikan kepada aku.

Kemudian, kami masing-masing masuk ke kereta sendiri. Pulang ke rumah.

Ah, Ridzuan memang baik. Bila hati aku berdetik begitu sambil diiringi perasaan yang semakin bercambah, mungkinkah pilihan Kak Lily adalah yang terbaik buat aku? Apa yang pasti, aku memang sukakan Ridzuan. Semoga doa Kak Lily pada suatu ketika dahulu akan menjadi kenyataan. Amin!

-TAMAT-


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Cerpen : Bila Hati Berdetik”
  1. fatyn zahid says:

    best..tp sdih sbb kak lily mninggal..good job writter:)

  2. Noraz Ikha says:

    Utk makluman, terdapat petikan perbualan yang hilang dalam cerpen di atas. Mungkin kerana kesilapan teknikal semasa proses upload.

    Jemput baca cerpen ini versi lengkap di blog saya. sila klik nama saya untuk ke blog.

    Terima kasih kepada semua yang sudi membaca.

  3. Eina Capricorn says:

    assalamualaikum..cter mnarik tp mcm x abis je..smbung la lagi..nak jgak tau kesudahnnya..trgntung ke cter nie…

  4. Noraz Ikha says:

    Insya-Allah, atas permintaan pembaca, saya akan menyambungnya bila ada kelapangan nanti. tunggu ya.

  5. syaz says:

    best larh cite nie…
    ..tpi sdih ckit larh….
    …sweet larh…berjumpa kali pertama bgi jambu batu jak….

    …parh2 pown..
    ..good job writer…

  6. jue says:

    suke sgt2 jln cite ni… bila nak smbung cite ni????
    :)

  7. idaz says:

    TERUSKAN USAHA>>>CERITA MENARIK

  8. Noraz Ikha says:

    Terima kasih semua, nanti saya sambung ya. Kepada pembaca yang baru nak baca, jangan lupa masuk ke blog saya untuk versi lengkap cerpen ini. Hanya klik pada nama saya di atas komen ini utk masuk ke blog. <3

  9. mutjen says:

    ntah…no feeling..
    btw keep it up!!!

  10. master mind says:

    good job!!!
    boleh diolahkn lg
    xpe sy akn ke blog awk,norazz..
    perlu…perlu diperbaiki
    cite nie best and…
    terbaikkk

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.