Cerpen : Bukan Yang Pertama

23 January 2011  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : Ayumi Afiqah

Aku menongkat dagu merenung skrin lap top. Masuk hari ini, sudah tiga minggu aku termangu-mangu tanpa satu idea pun. aku mengeluh entah untuk kali ke berapa.
“Alis! Buat apa?”
Aku tersentak mendengar teguran berupa jeritan tu. Aku menoleh ke pintu bilikku. Temanku, Ecah sedang tersengih dan berjalan menghampiriku.
“Kau buat apa tu? Serius semacam je,” tegur Ecah bernada hairan.
Daripada posisi meniarap, aku kini duduk bersandar di kepala katil. “Cari idea. Tapi tak dapat-dapat lagi. Tension betul!” keluhku.
Ecah tersengih. Dia duduk di atas katilku dan dengan selambanya meletakkan kepalanya di pahaku. “Kau tak bosan ke? Menulis, menulis, menulis! Kalau akulah, mahu lebam mata aku asyik mengadap lap top tu 24 jam,” ujarnya sambil bermain-main dengan hujung rambutnya.
“Agaknya, inilah keistimewaan yang Allah beri pada aku, yang tak ada pada orang lain,” balasku bangga. Aku melebarkan sengihan apabila Ecah menjelingku tajam.
Ecah tiba-tiba terbangun mendadak. “Alamak! Aku lupa aku ada date dengan Azim petang ni. Chow!” Dia melompat turun dari katilku dan berlari keluar menuju ke biliknya.
Aku hanya tergeleng-geleng melihat gelagatnya. Badan kurebahkan ke katil. Aku memejam mata, berharap lena datang menemuiku. Di saat aku mula nampak bayangan wajah seorang lelaki kacak sedang tersenyum padaku, mimpiku lebur dek jeritan nyaring Ecah. Ish! Mahu bergegar satu asrama.
“Alis! Aku ada hal nak cakap dengan kau. Tapi aku dah lambat sekarang. Balik nanti kita sambung. Daa!”
Aku sempat melihat dia melambai padaku sebelum hilang di sebalik daun pintu. Aku mengeluh dan kembali memejam mata.

*****

Aku berpaling ke arah pintu apabila terdengar ia terkuak. Tanpa mempedulikan Ecah, aku kembali menatap nota-nota yang bertaburan di atas meja studi. Ecah menghampiriku.
“Alis, aku ada hal nak cakap dengan kau ni,” beritahu Ecah.
Aku buat-buat tidak dengar. Tahu sangat apa yang mahu diperkatakannya. Topik sama berulang-ulang. Aku rimas!
Melihat aku yang tidak memberi respons, dia bertindak merampas nota di tanganku dan menarikku menuju ke katil.
“Sakitlah, minah! Aku boleh jalan sendiri,” marahku geram.
Dia buat muka, mengajuk kata-kataku. “Aku cakap baik-baik, kau buat-buat tak dengar. Terpaksalah guna cara kekerasan,” balasnya.
Aku menjeling. “Kalau soal tu kau nak cakap dengan aku, better tak payah. I’m not interested!” ujarku lantas bangun. Langkah kuatur ke luar bilik.
Ecah mengekoriku. “Alis, ini untuk kebaikan kau jugak. Sampai bila kau nak bersendiri macam ni? Habiskan masa dengan belajar dan menulis. Kau tak rasa sunyi ke?”
Aku melajukan langkah. Sampai di tandas, aku mengunci diri di dalamnya. Walaupun masih dapat mendengar suara Ecah, setidak-tidaknya aku tidak melihat wajahnya.
“Alis, kau masih sayangkan dia?”
Soalan Ecah itu membuat aku terkedu. Mujurlah kami tidak berhadapan saat ini. Aku menyandar di pintu tandas.
“Alis, kau tak cakap pun aku dah tahu. Dahlah tu Alis, forget him! Dia dah bahagia dengan perempuan lain sekarang. Kenapa kau nak seksa diri kau sendiri semata-mata kerana dia?”
Aku memejam mata. Terasa kolam mataku panas saat ini. aku sedar kebenaran kata-kata Ecah, tapi hati ini tak pernah mahu mengerti.
“Alis, kau dengar tak aku cakap ni?” teriak Ecah sambil mengetuk-ngetuk pintu tandas itu.
Aku mengesat mata. Cuba menenangkan diri sendiri. “Cah, aku dengar.”
Serta-merta ketukan kuat itu berhenti.
“Aku bukan sengaja, Cah. Tapi aku… tak boleh buang dia dari hidup aku. Aku tak boleh!” Air mata yang kutahan gugur juga.
Aku terdengar Ecah mengeluh. “Alis, aku faham perasaan kau. Dan sekarang ni, aku nak tolong kau!” katanya sungguh-sungguh.
Tolong? Mampukan Ecah menolongku membuang dia dari hidupku?

*****

Cinta.
Mereka yang merasai nikmat cinta pasti sentiasa hidup dalam keceriaan. Tapi, buat mereka yang terluka kerana cinta, pasti hidup dalam kepedihan setiap masa.
Aku pernah menyayangi seorang lelaki. Seluruh hatiku, aku serahkan padanya. Namun, begitu mudah dia mengingkari janji setia kami. Begitu mudah dia berpaling pada gadis lain. Aku terluka, benar-benar terluka. Luka itu amat dalam hingga mampu mengunci seluruh pintu hatiku. Dan luka itu masih tinggal parutnya. Kerana itulah aku mengunci hatiku seeratnya agar tiada sesiapa pun mampu menembusinya.
Mereka yang mengenaliku sebagai Alis Mysara, pasti tidak akan percaya bahawa aku pernah dilukai seteruk itu. Mereka juga pasti tidak percaya, kerana mereka aku ‘hidup’ semula. Aku bangkit dengan nama Alis Mysara. Minatku pada penulisan membuatkan aku lupa pada kisah lalu. Tapi, kesepian hati ini sering membuatkan aku rindu. Rindu pada dia…
Aku mengesat mataku apabila ternampak Ecah sedang menghampiriku. Di sisinya ada seorang lelaki. Lelaki itu tersenyum padaku.
“Alis! Sorang aje?” sapa Ecah ceria. Dia menarik kerusi dan duduk di depanku. Lelaki itu pula duduk di sisinya.
Aku pelik mendengar soalan Ecah itu. Isyarat mataku bertanya siapa lelaki di sisinya.
“Oh! Kenalkan ni Amar,” ujar Ecah sambil tersenyum manis.
Aku juga senyum pada Amar. Tapi senyumanku tidaklah menggula seperti senyuman Ecah.
“Hai,” sapa Amar mesra.
“Hai,” balasku cuba untuk mesra. Dalam otakku, aku mula mengerti maksud perkenalan ini. Bijak betul Ecah menggunakan peluang untuk memaksaku bertemu dengan Amar. Ish!
“Amar ni budak law,” cerita Ecah tanpa dipinta.
Aku mengangguk sahaja. Sekadar menunjukkan yang aku mendengar apa yang diberitahu Ecah.
Ecah tiba-tiba bangun. “Okeylah! Aku ada date dengan Azim. Nanti jumpa kat bilik ek,” sengihnya padaku. “Bye, Amar!” Dia melambai dan segera beredar.
Aku mengeluh sendiri.
“Awak buat apa tu? Menulis ek?” Teragak-agak Amar bertanya.
Aku mengalih anak mata ke arah skrin lap top di depanku.
“Saya tahu awak Alis Mysara. Saya minat karya-karya awak. Tiga-tiga novel awak saya dah baca. Memang best!” puji Amar melambung tinggi.
“Thanks,” ucapku perlahan. Hanya itu yang termampu.
“Awak menulis novel keempat ke sekarang?” tanya Amar lagi.
Ternyata, dia masih berusaha menarik minatku untuk berbual dengannya. Aku senyum lagi. Tiada hati untuk berbual mesra.
“Tentang apa? Boleh share?” pintanya pula.
Aku menahan perasaan. Aduh! Kasihan lelaki ini. Seolah-olah bercaap dengan patung. Tapi, apa yang mampu aku lakukan selain tersenyum dan terus tersenyum? Akhirnya aku memandang jam tangan.
“Saya ada kelas,” bohongku. “Pergi dulu ya?” Aku bangun dan memasukkan lap topku ke dalam beg.
Dia turut bangun. “Alis, boleh bagi nombor telefon awak?” pintanya sebelum sempat aku melangkah.
Aku menoleh padanya. Senyuman nipis terpahat di bibirku. “Sorry,” ucapku dan terus mengayun langkah.

*****

“Rusdi kau tolak. Luqman kau tolak. Sekarang, Amar pun kau tolak?” Ecah menyoalku dengan mata mencerlang.
Aku menekup mukaku ke bantal. Penat jiwaku dengan ini semua.
“Alis, i’m talking to you!” tempik Ecah.
Aku bangkit dan duduk menyandar di kepala katil. “Ecah, stop matchmaking me! Aku tak nak siapa-siapa. Aku tak minat siapa-siapa. Kau faham tak?” Kali ini suaraku meninggi.
Ecah merenungku tajam.
“Tolonglah jangan paksa aku. Aku tak boleh terima siapa-siapa pun buat masa ni…”
“Sebab hati kau masih pada Amran! Aku tahu tu,” tekan Ecah.
Aku rasa mahu menangis mendengar nama itu disebut. Aku baring membelakangi Ecah. Tidak mahu dia melihat mataku yang mulai basah. “Ecah, please… jangan paksa aku buat apa yang aku tak suka…” Suaraku separuh merayu. Air mata merembes keluar. Allah… peritnya perasaan ini…
Ecah mengeluh. Aku tidak tahu berapa lama dia berdiri di situ sehingga akhirnya aku terdengar bunyi pintu ditutup. Aku teresak pilu.

*****

Aku melayari Facebook. Sememangnya, aku jarang melayari laman sosial ini. Tetapi malam ini, aku perlukan teman untuk berborak. Aku mendapat permintaan menjadi rakan daripada Amar. Ya, aku yakin dia. Rupanya biasa-biasa sahaja, malah jauh sekali jika dibandingkan dengan raut kacak Amran.
Segera kuusir nama itu dari ingatan.

Amar : Hye :)
Amar menegurku di ruangan sembang. Aku mengambil masa untuk membalas.
Alis : Hye
Amar : Buat apa?
Alis : Duduk depan lap top
Amar : Ohh… haha 😀

Aku tersenyum sendiri.

Amar : Tak menulis malam ni?
Alis : Tak ada idea
Amar : Nak saya tolong?
Alis : Awak nak tolong apa?
Amar : Tolong bagi idea kat awaklah
Alis : Oh… no needlah…
Amar : Tak sudi ke?
Alis : Bukan. Cuma tak nak susahkan awak
Amar : Tak susah. Saya ikhlas tolong awak :)

Aku serba salah.

Alis : Tak apa. Tak perlu. Anyway, thanks :)
Amar : Okey 😉

Perbualan kami berlanjutan kepada hal-hal yang lebih menarik. Tanpa sedar, aku sendiri yang merapatkan jurang antara kami.

*****

Aku tidak memberikan nombor telefonku pada Amar. Hanya Facebook menjadi perantara kami. Bukan tidak pernah dia meminta, malah berkali-kali, Cuma aku yang tidak mahu memberi. Pun begitu aku sedar, Amar kini menjadi penghiburku. Aku kini lebih kerap menghabiskan masa di Facebook. Dia membuatkan hariku bertambah ceria. Cuma… setakat itu sahaja. Perasaanku tidak pernah berubah dari awal perkenalan kami. Dan aku yakin dia tahu hal itu.
Walaupun kami sering bersembang di alam maya, tapi aku sering mengelak daripada menemuinya. Bermacam-macam alasan kuberikan. Mujur dia tidak mendesak. Dan itu membuatkan aku lebih menyenangiya.
Alunan lagu Cinta Terlarang nyanyian Mahkota Band mengejutkan aku. Melihat nombor di skrin, aku terpaku. Walaupun nombor itu tidak lagi kusimpan, tapi aku tetap ingat nombor itu. Aku pasti aku tidak silap.
“Helo,” sapaku perlahan.
“Helo, Alis…”
Aku menahan sebak. Rindunya aku pada suara itu.
“I miss you…”
Seakan mahu luruh jantungku mendengar ucapan rindu itu. Amran rinduku padaku! Benarkah?
“Am call ni sebab… Am nak mintak maaf pada Alis. Am sedar yang Am dah lukakan hati Alis. Maafkan Am…”
Air mataku menitis akhirnya. Tahukah dia, aku terlalu mengharapkan kata-kata itu daripadanya? Apakah masih ada peluang kedua buat cinta kami?
“Boleh Am jumpa Alis? Am nak betulkan apa yang salah antara kita. Percayalah… Am masih sayangkan Alis,” ujar Amran lagi. Nadanya kedengaran sayu.
Aku mematikan talian. Aku belum bersedia untuk ini semua. Perlukah aku memberi peluang pada insan yang telah merobek-robek hatiku?
“Alis?”
Aku menoleh ke arah pintu. Ecah meluru mendapatkanku. “Alis? Kenapa ni? Kenapa kau nangis?” tanyanya bertalu-talu.
Aku terus memeluknya, menghamburkan tangisanku di bahu Ecah.

*****

Amar menemani malamku di Facebook.

Amar : Awak tengah sedih ke?

Mungkin dia bertanya begitu kerana membaca statusku yang memang menggambarkan kesedihanku kini.

Alis : Tak adalah… hehe 😀
Amar : Kalau awak ada masalah, awak boleh cerita pada saya. Saya sudi dengar.

Tersentuh hatiku. Amar memang sering membuatku tersenyum.

Alis : Awak baik, Amar
Amar : Yes, I am… :p

Aku ketawa.

Alis : Werkkk :p
Amar : Hahaha… 😀

Aku tersenyum lagi. Ya, Amar memang baik. Aku sedar itu.

Amar : Bila nak bagi nombor telefon awak?
Alis : Nantilah…
Amar : Nanti tu bila? Alis, saya boleh mintak dengan Ecah. Saya boleh paksa dia kalau saya betul-betul nak. Tapi saya tak nak macam tu. Saya nak awak sendiri ikhlas nak bagi.

Sekali lagi hatiku tersentuh.

Alis : Siapa saya pada awak?
Amar : A special one.
Alis : Really?
Amar : Definitely!

Aku termangu sendiri. Benarkah kata-kata Amar itu? Atau propa semata? Sungguh, aku takut dikecewakan lagi
.
Amar : Bagi saya peluang, Alis
Alis : Andai ada jaminan yang awak takkan tinggalkan saya.
Amar : Saya tak boleh janji. Tapi saya janji yang saya akan cuba beri yang terbaik untuk awak

Tanpa sedar, kolam mataku bergenang. Ya Allah… bantulah aku, rintihku.

*****

Sudah seminggu aku tidak melayari Facebook. Panggilan dan SMS daripada Amran langsung tak kuhiraukan. Aku perlukan masa untuk berfikir.
“Aku tak nak campur. Cuma apa yang aku boleh cakap, kau fikirlah sebaik-baiknya. Amran dah lukakan hati kau. Dia selalu buat kau menangis. Amar pula, baru lagi kau kenal. Tapi selalu buat kau happy. So, semua keputusan di tangan kau!” ujar Ecah sebelum meninggalkan aku di bilik.
Benar kata Ecah. Sudah banyak air mataku tumpah kerana Amran. Tapi Amar sering menghadiahkan senyuman dalam hidupku. Aku perlu membuat keputusan yang bijak.
Kata orang, menerima orang yang mencintai kita adalah lebih baik daripada memilih orang yang kita cintai. Aku bangun menuju ke meja studiku. Aku mahu menulis semula!

*****

Aku mengintai di sebalik sebuah rak buku. Dia sedang asyik menelaah pelajaran. Aku menanti dengan penuh sabar.
Tiba-tiba dia bangkit dan berjalan menuju ke sebuah rak buku. Mencari buku barangkali. Aku pantas menghampiri meja yang ditinggalkan tadi. Kertas dalam peganganku aku selitkan di celah-celah bukunya. Kemudian cepat-cepat aku kembali ke ‘tempat persembunyian’ku tadi.
Dia kembali ke meja. Riak wajahnya jelas menunjukkan yang dia terkejut melihat sehelai kertas terselit di celah-celah bukunya. Dia mengambil kertas itu dan membuka lipatannya. Sesaat kemudian, bibirnya mengukir senyuman paling manis.
Aku bergegas keluar dari perpustakaan itu. Baru beberapa langkah, telefon bimbitku bergetar menandakan satu SMS masuk. Aku terus membaca SMS itu.

‘thanks. I love you –AMAR’

Jiwaku berbunga bahagia. Aku yakin keputusanku tidak silap. Selamat tinggal, Amran, bisik hatiku.

‘Welcome :) -ALIS’

Aku tersenyum membaca balasanku itu. Bahagia!

-TAMAT-


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

20 ulasan untuk “Cerpen : Bukan Yang Pertama”
  1. Ainun says:

    jalan cerita boleh dikembangkan lagi…..jalinan cerita menarik….!!=)

  2. isha says:

    laaaaa…….cm tue je….

  3. lyna says:

    tak nak samb0ng ke?

  4. nur medina says:

    idea dah ada tapi kalau dikembangkan lagi jalan cerita mungkin lagi menarik..teruskan usaha lagi..good luck..

  5. sarah_93 says:

    ok.tp terlalu pndek..huhu 😆

  6. yun uyun says:

    pendek.. bru nk layan…

    urm..btol kate2 pembaca len, kalau dikembangkan lagi, pasti lg menarik…

    urm..wat sambungan lah… huhuhu…

    tahniah… like ur story…

  7. HAHA says:

    JLN CERITA MENARIK..TP MCM TRGANTUNG LA…SMBUNG LAH LG..

  8. lily says:

    simple nyer…tp mnrik :smile:

  9. vyen says:

    la.. tu je..
    baru nak layan, tapi dah biz pla..
    tak de sambungan ke????? 😉

  10. fara says:

    menarik.. tahniah.. lg best lau de sambungan..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.