Cerpen : Cinta Bukit Broga

23 June 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh:Sarah Almira

Siti Maisarah Binta Tajuddin – smaisaraah12@yahoo.com – 011-23026625

CINTA BUKIT BROGA by SARAH ALMIRA

Tanpa matikan alarm yang tengah sedap menjerit lagu Pencuri Hati dari Ayda Jebat, aku biarkan. Terus aku tukar posisi tidur sambil sengih-sengih. Kengkonon nak ambil mood orang-orang dalam drama dekat TV tu.

Depakan kalau permulaan cerita harus la tersengih sambil lagu berkumandang.
“ ANGAHHHHHH !!!”

Terus tersedak air liur sediri dengar Balong menjerit dekat muka pintu.

“ Kau nikan, aku yang jantan pun bangun lagi awal dari kau !! Cepat la Angah woi ! Mau petang nanti kita sampai kalau tunggu kau ni bangkit daripada tiduq !”

Balong ni nama je lelaki sado, tapi membebel kalah mak-mak.

“ Semuanya ada ada pada dirimu, membuat aku ku aku jatuh cinta….” Aku bangun terus menyanyi ikut lagu yang masih berkumandang sambil pandang Balong dekat muka pintu.

“ CEPAT !!” Lepas dia kuatkan suara bagi gegar satu rumah, terus dia masuk balik bilik dia yang berada di sebelah bilik aku.

“ Ikaaa !” Kali ni aku pulak menjerit biar satu rumah bergegar sambil matikan alarm. Baru pukul 5 pagi dah terjerit-jerit rumah pakcik Hassan ni. Moga jiran-jiran tabah dengan perangai kami sekeluarga ni. Hehe.

“Ika !!” Lagi sekali aku jerit. Mana la budak ni. Dah la selimut sendiri tak reti-reti nak lipat. Apa dia ingat kita orang berdua kongsi bilik ni, jadi aku sering berbaik hati nak kemas barang-barang dia. Kirim salam sayang la wei !

“ Kau ni memekak je la… Suara dah la macam radio karat !!” Muncul-mucul je dekat pintu masuk terus aku di keji.

Sabar Nana, sabar. Sabar itu separah daripada iman. Sabaq !
“ Kau kemas katil ni, malas ye kau !”

Lepas aku bagi arahan dengan mudah lagi senang yang bermaksud ‘ kemas tempat aku jugak’ terus aku tarik tuala dan masuk bilik air nak cuci muka dengan gosok gigi. Tak payah mandi. Senang kerja aku pepagi buta ni.

“ Nasib baik sempat !!” Balong membebel buat kesekian kalinya pagi ni. Aku tak tau la masa mak mengandung Balong dulu, mak mengidam apa. Membebel je mulut Balong ni !

“ Kalau tak sempat, kau balik jalan kaki Ngah !” Tengah tak cukup nafas ni pun dia nak membebel, tak paham betul aku dengan manusia bernama Muhammad Zaim ni la.

Aku terus jalan pergi port yang takde orang. Aku duduk sambil menikmati matahari yang baru nak terbit.

“ Subhanallah. Indah ciptaan mu ya Allah.”

Sambil aku menikmati keindahan ciptaan yang Maha Besar, aku terus keluarkan botol air dari dalam beg. Sambil tu sempat aku melilau pandang Balong, Ika dengan si Zafuan dok berposing-posing.

Aku rileks je dekat sini, satgi depa amik la gambaq cheq tu. Gila takmo amik. Mau kena panjat lagi bukit ni semata-mata sebab depa tak ambik gambaq cheq. Ahaks !

Itu sebenarnya memori masa first time aku memanjat bukit ni. Pada waktu itu adalah menjadi sejarah dalam hidup sebab dengan secara rasminya aku mengikuti cadangan Zafuan untuk membuat aktiviti panjat bukit segala ini. Dah la aku manusia paling benci pada aktiviti peluh melampau ni.

Nak di jadikan cerita, setelah berjaya memnajat bukit ini pada hari tu, aku merasakan sangat la penat sampai terasa nak muntah hijau. Jadi aku sekadar duduk sendirian sepanjang adik-beradik aku yang lagi tiga tu bersuka-ria ambil gambar segala. Bila nak turun kebawah, aku baru tersedar aku takde gambar nak masukkan dalam Instagram walaupun aku dah berjaya menawan bukit ini. Jadi aku ajak mereka kembali naik semata-mata demi beberapa keping gambar.

Dah mereka pun berhuhu sekali dengan aku kerana buat pekerjaan sia-sia. Jadi untuk kali kedua kita orang datang sini, dia orang telah belajar daripada kesilapan. Dia orang pun telah mengambil gambar aku dulu sebelum mereka berselfie. Indah sungguh hidup aku. Hahahaha.

Jadi ini adalah kali ketiga aku menawan bukit ini lagi. Nampaknya, kalau orang tanya apakah hobi mahupun apakah kegiatan yang aku suka buat ketika cuti, aku boleh la menjawab dengan penuh yakin iaitu, MEMANJAT BUKIT BROGA !

Tengah sedap-sedap aku melayan kepala sendiri di atas bukit ini dengan angin yang sepoi-sepoi, mata aku terpandang mamat yang sama. Kenapa yang sama ya adik-adik?

Okey ! Cenggini cerita dia. Masa first time hakak sampai sini, mamat ni mencuri tumpuan hakak yang nak termuntah tu. Mana tak mencuri tumpuannya. Elok-elok rasa nak muntah terus muntah hakak keluar terus. Terima kasih la, sebab tolong hakak rasa okey sedikit.

Untuk kali kedua aku mendaki bukit ni pun dia ada jugak. Cuma kali kedua tu aku tak terasa nak muntah pun. Nasib baik la. Sebab kalau muntah juga, mahu aku cop dia sebagai punca pada aku muntah. Mahu jugak kalau terjumpa seribu kali, sampai seribu kali hakak muntah. Tidak hati ini sanggup.

“ ANGAH !!” Kali ni aku tersedar dari dunia khayalan.

Aku terus buat muka, lepas pandang muka Balong yang tengah jalan kearah aku dengan bala-bala tentera dia. Dah la panggil aku macam jarak aku dengan dia seratus ribu batu. Hangin pulak aku !
“ Balong ni memekak la.” Kan.. Tak pasal-pasal kena marah dengan aku. Dasar.

“ Nak roti…” Tanpa rasa bersalah dia terus duduk sebelah aku samibu. Jangan tinggalkan jadi tinggalan sejarah pulak…’

Ni adalah kelaurga yang bahagia dengan penuh sarkastik. Ahaks !

“ Apasal tak sedap roti ni ?” Zafuan mula nak bakar line Ika. Ika yang buat roti sardin ni. Budak berdua ni memang pantang berjumpa ada je benda tak kena.

Dan mula la sesi bergaduh di atas bukit ini. Aku dengan Balong hanya gelengkan kepala.

Masa tengah tunggu budak berdua ni diam, mata aku dengan mata mamat tu bertemu. Terus rasa macam ada renjatan dekat muka ni.

“ Apa hal kau ni ?” Balong siku lengan aku.
“ Takde pape…” Aku jawab gugup. Dah kenapa aku ni ?

“ Macam baru nampak…..” Dia besarkan mata dia.

“ Diam la kau.” Terus aku sumbat roti dalam mulut dia.

Tengah sedap-sedap aku makan pop corn sambil tengok iklan dekat skrin, ada dua orang lelaki duduk sebelah aku. Tak tahu bila dia lalu.

Aku terus toleh pandang sebelah untuk memastikan aku tak berkhayal.

Toleh-toleh terus rasa macam susah nak bernafas. Terus pandang skrin balik.
Sah memang dia. Tiga kali jumpa kot. Walaupun jumpa dalam jarak jauh, tetap aku boleh ingat muka dia ni.
Ya Allah. Banyak lagi tempat kosong dalam wayang ni. Banyak lagi cerita yang tengah tayang. Banyak lagi shopping mall dalam Malaysia ni, mamat Broga ni boleh duduk sebelah aku !
“ Ika…. Tukar tempat.” Aku bisik dekat telinga adik aku.

“ Tak hingin aku.” Dia terus tengok skrin balik.

Apa nak buat ni ?

Layan je la.

Duduk diam-diam. Enjoy your movie. Keluar. Tamat semuanya.

Setengah jam filem ni di tayangkan dekat skrin. Mata aku dah mula berat. Si Ika ni la nak sangat tengok cerita ni. Aku suruh tengok cerita kartun takmo.

Aku rasa aku sorang je yang rasa mengantuk dalam wayang ni, sebab semua orang penuh dengan khusyuk memandang skrin. Yang sebelah aku, aku tak tahu la. Sebab tiada keberanian aku nak tengok dia. Dan aku lebih condong ke arah Ika.

Lepas aku tak tahu apa yang perlu aku buat, aku duduk tegak dan terus pejamkan mata. Mengantuk punya pasal. Kalau tak memikirkan aku nak belanja Ika hari ni, dah lama aku qada tidur aku dekat rumah.

“ Angah !” Suara Ika kejutkan aku.

Aku sekadar buka mata perlahan-lahan. Mata aku pandang skrin. Masih lagi cerita di tayangkan. Apa hal budak ni kejut aku ?

Jap. Aku terus duduk tegak. Tiba-tiba rasa malu.
“ Angah nak pergi toilet….” Aku terus bangun.

Malunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…….

Sampai-sampai dalam toilet aku pandang muka aku.

Malunya Nana oiii… Yang kau sedap landing atas bahu orang tu apa hal ?

Berkali-kali aku ketuk kepala aku dengan tangan. Kalau la hantuk kepala tu tak sakit dah aku hantuk kepala aku dekat sinki ni.

Yang mamat tu pun, dah tahu aku condong sebelah dia dan dah tahu aku sedap letak kepala dekat bahu dia, tolak la kepala aku. Yang mulia sangat biarkan je wat mende !

Lepas dah betulkan tudung sambil ketap gigi kuat-kuat, aku terus keluar walaupun hati terasa berat. Dengan langkah yang longlai aku masuk jugak dalam wayang. Rasa nak duduk tempat lain. Apa lama lagi ke cerita ni ?

Masuk-masuk tengok cerita dekat skrin menujukkan cerita dah sampai ke penghujung. Jadi aku berdiri je la dekat tangga. Rasa lega yang teramat sangat.

Lepas seminit, para penonton mula tinggalkan tempat duduk dia orang. Aku terus jalan pergi dekat Ika.

“ Jom…” Aku ajak Ika. Terus aku jalan. Belum sempat nak buka langkah lagi, aku terus patah balik. Ni namanya buang tebiat ye adik-adik.

“ Emmm. Awak…” Aku berdiri pandang mamat Broga.

Dia senyum pandang aku. Makin seram sejuk satu badan ni.

“ Saya minta maaf sebab tadi. Tak sengaja sangat. Sorry tau.. Sorry….” Dengan penuh muka seposen aku minta maaf dekat dia.

“ Tak de pape pun tadi. Tak kena badan saya pun..” Eh ! Tadi macam empuk semacam tu hape ?
“ Sorry…” Aku terus jalan tanpa toleh belakang.
Malu bakhang !

“ Ika… cakap la !” Untuk kali seratus lima puluh juta kali aku tanya budak ni apa yang terjadi tadi.

“ Kan dia cakap takde apa-apa jadi, takde apa-apa la.” Dengan penuh rileks dia cakap.
“ Habis tu apasal kau tiba-tiba kejut aku padahal cerita tu tak habis lagi.”
“ Dah kau berdengkur.”

“ WHAT !!” Penuh drama aku tuturkan.
Ika sekadar gelak. Tiba-tiba rasa menyesal pulak belanja dia hari ni. Rasa menyesal pulak hari tu aku tanya dia bila balik sebab aku nak belanja dia. Bonus dah dapat buat kebajikan la sedikit dekat budak jauh di utara ni.

“ Serius la ?!?!?!”

“ Tak la !! Aku kesian tengok orang tu. Setiap saat pandang kau. Kejap-kejap pandang. Takut kepala kau jatuh atas dia ke hape. Tak fokus dia nak tengok cerita tadi tau dak ! Kesian aku tengok dia…”
“ Seriuskan aku tak dengkur ke letak kepala atas bahu dia?”

“ Serius la. Kau kena berterima kasih dengan aku sebab selamatkan kau. Kalau seminit lambat tak memasal kau kena kahwin dengan dia sebab dah bermesra dengan orang tu di tempat gelap. Aiyokkk !” Budak ni baru nak masuk 19 dah imiginasi berlebihan.

“Kepala engkau !!!” Aku terus pukul kepala dia dengan bantal. Apa hal la si Ika ni cakap benda-benda menakutkan ni.
“ Seriuskan ?”

“ Serius la makcik gila oi. Diam la kau aku nak tidur.” Dia terus selubung badan dia dengan selimut.

Fuhhh. Nasib baik nak oi. Alhamdulillah.

“ Waktu macam ni kau nak rosakkan. Waktu aku lalu depan bengkel kereta, tak nak pulak kau rosak. Waktu-waktu ada sang lelaki tak nak pulak kau buat hal !”

Dah berkali-kali aku memaki kereta turun temurun ni. Kereta yang ayah hadiahkan pada Balong dan Balong pass baton pada aku. Aku rasa belum sempat aku nak pass dekat Zafuan dah masuk besi buruk kereta ni.

Mana Balong ni !!!!!!!!!!!!!!!

Hati aku menjerit-jerit. Dah dekat setengah jam aku tunggu Balong, bayang pun tak nampak. Ni yang nak mogok dengan tunang akak Syifa ni !
BALONG OIIIII !!!

Dalam hati je la boleh jerit. Kalau jerit dekat parkir kereta ni, mau di tuduh gila karang !
“ Assalamualaikum…” Satu suara dari belakang bagi salam dekat aku.

“ Waalaikumsalam.” Aku toleh sambil pandang siapakah gerangan si dia yang memberi salam. Toleh-toleh terasa macam darah tak sampai ke muka.

Kenapa la dia ni selalu muncul depan muka aku sejak kebelakangan ni. Hari tu dekat wayang lepas tu dekat Giant kawasan rumah aku. Ada sekali tu dekat Jakel pun ternampak dia ni.
Nasib baik rupa molek, sejuk sikit mata memandang.

Woi Nana ! Waktu-waktu genting cenggini pun kau nak mengatal !!

“ Boleh saya tolong apa-apa. Saya lalu tadi nampak awak berdiri sorang-sorang dekat sini.”
“ Tak tahu la apa kena dengan kereta ni. Penat dah tunggu dia tak mogok !” Yang aku ni, apa hal berborak dengan dia ni macam kenal.

“ Kenapa mogok pulak ?” Dia tersenyum nipis.

“ Sebab nak beli kereta baru kot…” Aku sengih macam kerang busuk. Tak tau nak buat ekspresi apa.
“ Patut la dia merajuk..” Dia turut sengih sebelum sambung, “ Biar saya tengokkan…” Dengan baik hatinya dia check apa yang patut.

Tengah syok tenung muka suci dia, iPhone aku berbunyi.

“ Balong mana ? Angah dah lama tunggu ni…” Tak memasal kena marah lepas berbalas salam.
“ Balong busy la. Angah, kau balik la sendiri. Balong dah call member Balong, bawak kereta kau pergi bengkel. Kejap dia sampai..”

“ Habis tu, Angah macam mana ?”

“ Kau ni dah besar panjang pun malas nak balik sendiri. Tahan la teksi ke ? Bas ke ? Mana-mana kereta ke. Tumpang la….” Sesedap rasa dia bercakap.

“ Balong ni jahat la.” Dah la kereta aku rosak. Ada abang pun tak nak tolong adik. Nak minta tolong Ika, dia jauh nun di Perak. Nak suruh si Zafuan, budak tu mesti tengah main bola petang-petang ni. Nak suruh Ayah, kesian la pulak. Ayah dah la baru balik kerja.
Tiba-tiba air mata bertakung.

“ Eh, kenapa ni ?”

Aku macam baru tersedar, yang ada makhluk lain dekat sini.
“ Takde apa-apa la.”

“ Siapa yang call tu ?”

“ Abang… Dia cakap kawan dia datang bawak pergi bengkel kejap lagi.”
“Awak ikut pergi workshop ke ?”

“ Tak kot… Dah nak maghrib ni…” Terus aku cebikkan mulut. Semua Balong punya pasal !
“ Kalau macam tu awak balik dengan saya. Saya hantar awak.” Baiknya la dia ni.

“ Eh ! Eh ! Takpe.. Saya balik naik teksi je…” Itu pun kalau ada teksi lalu-lalang dekat sini.
“ Takpe la. Saya pun bukan nak pergi mana-mana ni. Lagi pun saya rasa kita duduk dekat je. Saya pernah nampak awak dekat pasar rumah saya….” Lancar ayat ni keluar dari mulut dia.

“ Ha ?” Ini bukan terkejut buat-buat. Serius terkejut. Bukan main banyak kali lagi aku jumpa dia ni ha !

“ Jom la….. Tak baik anak dara balik malam-malam.” Dia sengih. Aku pun sengih jugak. Takkan la aku nak menari-nari pulak.

“ Boleh ke tumpang ni ?”

“ Boleh je… Jangan risau, saya tak buat apa-apa dekat awak.”

“ Bukan la macam tu… Takut awak sebenarnya nak pergi mana-mana ke ?”
“ Takde la… Jangan risau.”
“ Thanks…”

“ Balong ni kejamkan. Macam jual adik sendiri je !!”

“ Apa benda kau. Masuk-masuk bilik Balong terus menuduh balong tanpa usul periksa. Dah la hati Balong ni cepat rapuh. Dah la… Merajuk..”

“ Jangan nak mengada la Balong. Apa Balong dengan Azim rancang sebenarnya ni !!” Air mata aku mula bertakung.

“ Siapa Azim ?”

“ Azim dah cerita semuanya la Balong.” Jangan sampai aku bergusti dengan dia ni.
“ Malas la nak cerita pasal ni lagi !!”

“ Balong jahat !!!” Sekuat hati aku jerit.

Aku terus lari masuk bilik.

Yang aku ni buat drama ni apa hal ni ! Haishhh..

“ Nana…” Suara pertama yang panggil nama aku sejak aku berkurung dalam bilik ni.
“ Nana !” Lagi sekali nama aku dipanggil sambil pintu di ketuk.
Aku terus capai telefon.

Kau ni suka hati je bawak lelaki masuk dalam rumah. Dah la ada anak dara dalam rumah. Dasar penipu, tali barut !!

Aku terus send dekat Balong.

“ Budak tu mogok la tu, Im oi !” Suara Balong buatkan aku rasa nak knee kick je mamat tu !
“ Nana…. Sorry… Boleh kita cakap sekejap.”

Suruh dia balik la. Mak dengan Ayah balik nanti bukan kau kena marah. Aku ni jugak !!!
Sakit pulak hati aku dengan balong ni.

Pandai-pandai la selesaikan.

Itu je Balong mampu balas. Kuangjak !

Terus aku tukar baju lengan panjang. Pakai tudung. Malas aku dengar si Azim ketuk pintu aku tak henti-henti.
“ Nak apa ?” Buka-buka pintu, terus kena marah. Nasib la labi.
“ Sorry okay.”

“ Saya penat la Im. Saya tak kesah la, apa awak nak cakap. Awak dengan balong tu boleh terjun masuk perigi. Korang ni kejam tahu tak !”

Terus aku melangkah turun bawah.

“ Kau ni kenapa ? Datang bulan.” Sesedap mulut Balong mencaci aku setibanya aku dekat bawah.

“ Kau diam ye. Kau tu punca utama tau tak ! Sesedap rasa kau je suruh kawan kau tu ngorat aku.
Sesedap rasa kau je suruh dia ikut aku lepas tu konon-konon dia tu malaikat yang selalu ada dekat mana-mana aku pergi. Puas hidup kau tengok aku macam orang bodoh !!”

Jangan kejut harimau yang sedang tidur.

“ Nana…. Balong nak tolong awak je. Nak ada orang jaga awak.”
Azim menyampuk tiba-tiba.

“ Balong ! Kau memang selalu nampak aku ni macam loserkan. Macam aku ni tak boleh nak jaga diri sendiri. Kau tak payah sibuk la pasal hidup aku. Kau tu pun bukan betul pun !”

Ini adalah berpunca dari Balong yang suruh Azim jadi manusia yang boleh jaga aku. Alasan kukuh tak nak tengok aku di kecewakan lagi dengan cinta lelaki durjana. Apakah ?
“ Demi Allah, Nana. Saya nak jadi yang halal buat awak….”
“ Mimpi la Azim.”

Pantas betul masa berjalan. Tak sangka hari ni aku panjat lagi Bukit Broga ni.
Kali ni bukan sebab aktiviti adik-beradik ke hape. Kali ni adalah di sebabkan nak bergambar untuk Post Wedding.

Masalah yang suami aku nak bergambar bagai dekat bukit segala ni buat apa ?
Banyak lagi tempat menarik kot dekat Malaysia ni.

‘ Sayang, ni kan tempat pertama kita bertentang mata.’
Tu je dia mampu jawab.

Nasib baik la aku tak cucuk mata dia. Dah la setiap kali aku fikir pasal macam mana kita orang boleh kenal rasa macam nak cubit-cubit dia.

‘ Memang Balong yang rancang nak temukan kita. Tapi rancangan Allah tu lebih besar.’
Tu jawapan dia setiap kali aku nak mula sesi ceramah tentang rancangan ‘ Projek Memikat Nana’. Penulis skripnya adalah Balong. Dia la yang suruh pelakon utama iaitu suami aku pi pikat aku sampai aku kahwin.

Ini semua di sebabkan dia tak nak aku menyusahkan dia lagi. Dia cakap biar ada orang lain yang lebih layak memegang tugas tersebut. Kuangasam betui Balong tu !!

Jadi akhirnya aku bersetuju kahwin dengan Muhammad Azim di sebabkan dia seorang yang sabar dalam menangani Nurul Zuliana. Lagipun dah dia sorang je nak aku, aku terima lah. Kahkah !
Jadi sabar je la kena berphotoshoot bagai di Bukit Broga ni. Jangan dia buat hal nak dating ni setiap tahun untuk mengingati anniversary kita orang. Ahaks !


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.