Cerpen : Cinta Dalam Diam

19 July 2013  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : NurA

Sesekali gitar di jari di petik. Kedengaran nyaring, kadang-kala kedengaran halus dan chord yang dimainkan kadang kala sedap didengar, kadang kala tak kena tune.

Wajah itu tersenyum melihat rakannya yang turut sama bermain. Kadang-kala diselikan dengan gitar miliknya.

“Weh, aku chow dulu. Marah Prof Idris. Kelas foundation die tough weh. Aku chow dulu. Tunggu kat tempat biasa malam ni.” Sahutnya. Disambut baik oleh beberapa rakannya yang berada di situ.

Kakinya laju meninggalkan ruang legar univerisiti. Tempat kebanyakan mereka bersantai. Ada yang membaca buku dan tidak kurang juga bermain alat muzik seperti gitar ataupun alat bertiup. Entah bagaimana dirinya boleh terjebak dengan mereka dari bidang muzik dirinya sendiri tidak pasti.

………………..

Hari sabtu yang mendamaikan. Kakinya laju melangkah meninggalkan hostel. Jam mula mampir ke angkat tujuh dua puluh enam minit pagi. Matahari mula malu-malu menonjolkan diri di balik bukit yang tinggi. Derap kaki menghentak lantai kedengaran kuat.

“Hoi Deen! Lambatnya kau sampai.” Suara orang melaung mula kedengaran kuat. Irisa tersengih membalas.

“Perghh, dak Suksis lambat datang. Tak malu ke?” tegur satu suara garau. Irisa menoleh. Kumpulan yang sememangnya suka mencari pasal.

“Tak masuk hutan ke minggu ni encik abang sekalian? Menyibuk je.” Kali ini geng suksis membalas.

“Setakat mike ni apa la sangat.” Kali ini suara Zul kedengaran.

“Hoi Senyap, sejak bila kau gune bahasa Perak plak ni? Dah dok melaka buat cara orang Melaka. Buat malu je la.” Suara KD melaung.

“Senyap jeles ada orang kacau dak suksis. Ye dak Ecah?” kali ini matanya mengerling ke arah gadis dari Kelantan itu. Aisyah sekadar tersengih membalas.

“Dah. Semua buat barisan bertiga-tiga dalam kiraan sepuluh, sekarang!” Laung Koperal Zul dari belakang. Masing-masing kelam kabut membuat barisan. Irisa tersenyum. Kakinya lama berdiri sebelum akhirnya kakinya melangkah masuk ke dalam barisan miliknya yang dikhaskan untuknya. Untuk orang yang tinggi sepertinya. Tidak belah kanan, belah kiri pun boleh. Hehe…

Dari jauh satu derap kaki melangkah gagah menyertai group di sebelah mereka.

“Baiklah semua. Kepada pelajar baru selamat datang. Kepada yang lama harap kali ini kamu semua akan lebih berdisiplin dan lebih bertenaga lagi. Kita akan membuat lebih banyak aktiviti berbanding dahulu. Tetapi jangan risau. Kami tidak akan mengambil lebih masa kamu sebagai seorang pelajar.” Suara komandan wataniah di sebelah kedengaran lebih kuat. Sesekali mereka mengerling ke arah tubuh-tubuh sasa yang sedang berdiri tegap. Walaupun dengan hanya berpakaian sukan.

“Weh, Deen, kau tak perasan ke?” kedengaran satu suara berbisik di kanannya.

“Hmm, perasan apa?” wajah Alia di pandangnya. Rakan sebiliknya memerangkap kawan baiknya menjadi singgahan matanya.

“Tu. Dak wataniah ada jurulatih baru la.” Matanya mengerling ke arah yang di tujukan muncung rakannya itu. Lama matanya mencari. Owh.

“So? Apa kaitan dengan kita?”

“Smart, tegap dan handsome.” Irisa mencebik. Ceh. Nak cuci mata rupanya. Ada pula aku kisah?

“Adrina Irisa, Alia Norfis. Boleh share apa yang kusyuk sangat dibincangkan di belakang sehinggakan saya panggil kamu pun tak dengar?” Laju mereka berdua menoleh semula ke hadapan.

“Tiada apa yang hendak di kongsi tuan. Hari pertama kepala ting tong sikit, tuan!” Balas Irisa. Masing-masing tersengih mendengar. Tuan Samad menggeleng kepala. Batch paling sempoi dan paling terbaik adalah batch kami! Huahuahua, bangga kejap. Jangan marah kami ya tuan!

………………..

Bulan tujuh yang mendamaikan. Sudah hampir sebulan dirinya tamat belajar. Cukup lapan semester, selama empat tahun. Gembira tidak terkata. Minggu depan dirinya akan dipanggil untuk menghadiri interview sebagai jurutera bangunan di salah sebuah syarikat di swasta. Harap ada la rezeki untuknya.

“Adrina, meh tolong ibu kat dapur ni.” Okay, benda biasa yang aku akan dengar bila cuti.

“Baik bu!” Laju kaki malasnya melangkah mendekati dapur. Haruman masakan ikan patin asam pedas mula memenuhi ruang dapur. Wah, juadah sebelum bulan puasa. Best sangat ni!

“Dah, dah. Jangan nak tengok lauk macam tak pernah makan. Tolong hidang kat atas. Kejap lagi ayah kau nak balik makan. Entah berapa lama nak terperuk dalam bilik itu pun tak tahu lah.” Irisa tersengih membalas.

“Yes mem!” Laju tangannya menyediakan keperluan yang patut disediakan.

………………..

Lagu raya berkumandang. Hari ni sudah masuk hari ke keenam raya aidilfitri. Suasana meriah masih terasa. Kawasan rumah jirannya penuh dengan kereta. Mungkin anak-anak sanak saudara datan balik untuk beraya. Kakinya laju menuju ke rumah sahabat lamanya yang hanya kurang dua ratus meter dari rumahnya. Ni kalau bonceng motor sedap juga merempit. Laju betul adiknya yang seorang tu menyambar motor tua ayahnya.

Sedang kusyuk dirinya memerhati pokok buah di kebun milik Tok Yang itu, kedengaran dari jauh bunyi hon yang agak membingitkan segala organ dalamannya. Irisa menoleh. Belum sempat dirinya menoleh terasa seseorang melanggar punggungnya dari belakang.

Hohoi, jatuh la aku!

“Weh, mata tu letak kat kepala lutut ka hang ni? Tak nampak jalan sikit punya besaq, bontot aku jugak yang hang nak lanyak!” bebelnya. Bengang betul dia. “Harap je naik kereta besar kedabak. Aku pun boleh bawak lori tanah tak pernah langgaq orang pun. Kuang ajaq sungguh.” Bebelnya lagi. Namun kereta yang terkena sumpahannya itu sudah lama menghilang.

“Kak, yang kau ni kenapa? Bebel sorang-sorang.” kepalanya pantas menoleh. Wajah adiknya dipandang seakan-akan superhero yang datang menyelamatkan dirinya.

“Ada orang kaya mana entah langgaq aku. Bawak akak balik Ijat. Cancel nak beraya umah Ina.” Sahutnya panjang. Perlahan duduk sopan di belakang adiknya.

“Dah belum?”

“Kejap la. Ingat senang ke nak naik motor guna kain ketat ya amat ni. Dah, jom.” Sebaik sahaja dia memegang erat tubuh adik bongsunya. Laju tubuhnya terenjut-enjut mengiku alunan motor yang di bawa adiknya. Sengaja di sendengkan motor itu ke kanan kerana dirinya duduk sopan di atas motor. Laju jarinya merayap mencubit perut adiknya. Bergema suara mereka bergelak ketawa di atas motor.

Seluruh kampung itu tahu betapa rapatnya budak berdua itu kerana jarak masing-masing yang agak jauh. Sejak abang sulung mereka meninggalkan mereka tiga tahun lalu, mereka semakin rapat. Irisa lebih rapat dengan abang sulungnya berbanding abang keduanya yang kini berkhidmat di Dubai. Kakaknya sudah lama berkahwin. Mengikut suaminya yang berkerja di Sabah. Jarang pulang. Kemudian muncul dirinya dan adiknya.

Matanya berteleku di hadapan mereka. Lama menyinggah sebelum menoleh ke arah adik lelakinya. Masing-masing terdiam.

“Weh, ni la kereta yang langgar aku tadi.” Sahutnya. Aizat memandang. Lama menoleh ke arah BMW 5 series di hadapan mereka.

“Kita ada kenalan orang kaya ke?” Laju kepalanya di geleng.

“Akak nak masuk ikut pintu belakang la. Tak kuasa nak jumpa orang kaya berlagak nak mampus ni.” Sahutnya. Aizat mengekor dari belakang sambil menolak motorsikal.

Langkahnya perlahan menuju ke pintu belakang. Sepi tidak berpenghuni. Sesekali kedengaran bunyi ayam sibuk mencatuk tanah. Mungkin sedang memberi anaknya yang baru lahir makan.

“Ijat, kau tolong intai diorang tengah buat apa?” Perlahan-lahan kaki Aizat mampir ke ruang tamu.

“Tak berapa nak dengar la kak. Jauh sangat. Ni sampai bila nak menyorok ni?”

“Entah. Kakak dah tak selesa pakai baju kotor ni. Redah je la.” Perlahan kakinya menaiki tangga rumah dari dapur. Bilik belah kiri, ruang tamu belah kanan. Agak-agak nampak tak? Redah je la.

Perlahan-lahan kakinya melangkah mendekati biliknya.

“Ya Allah, Adrina! Kamu ni kenapa? Kotornya baju. Kamu berkubang dalam lumpur lagi ke?” Bulat matanya di sergah ibunya. Tak patut betul. Ada ke aku yang cun melecun tahap dewa ni dikatanya aku berkubang. Tak patut, tak patut.

“Bukan la bu. Rina kena tibai dengan lembaga warna hitam tepi jalan tadi. Entah siapa punya entah. Lawa dah rasanya benda tu. Smart.” Sahutnya selamba. Berkerut muka orang yang mendengarnya. Biar padan dengan muka. Sendiri yang termakan cili, sendiri la rasa pedas.

“Apa la yang eko ngarutkan tuh. Dah poie bersihkan diri.”

“Baiklah bondaku, bondaku si ikan kaloiii~~~”

“Bertuah punya anak dara. Ikan kaloi di panggilnya ibu.” Irisa mengekek ketawa. Tetamu yang berada di dalam rumahnya diabaikan. Ada aku kisah.

………………..

Cengkerik bernyanyi riang. Sesekali berselang seli dengan bunyi kelawar bersahutan mungkin mencari rezeki. Berkumandang lagu raya yang rancak dari rumah hadapan.

“Bu, petang tadi tu siapa yang datang?”

“Kawan arwah along kau dulu. Saja mai melawat kubur arwah. Lepas tu datang jumpa ayah. Saja lawat. Pernah datang dulu, kau tak ingat ke?”

“Kawan along mana Rina nak ingat bu. Ingat-ingat lupa la bu. Mana pernah layan kawan along. Set-set skema semuanya.” Balasnya selamba. Terasa betisnya dicubit. Wajahnya berkerut. Hissss, sakit wooo.

“Dia ada bawa hajat sekali tadi.” Balas ibunya satu persatu. Iris membiarkan. Hajat ke jahat ke, ada aku kisah? Dah la sesedap rasa langgar. Lepas tu pandang je. Tak gentleman sungguh.

“Dia nak meminang kamu. Abah kata suruh bawa rombongan merisik minggu depan.” Gulp! Wah2 rupanya aku lah lembaga yang malang itu. Huaaaa.

Lama matanya membulat. Sebelum kembali menatap batang lemang dihadapannya. Ibunya sudah lama menghilang. Mungkin mengambil batang lemang dari abahnya atau mengambil beras yang sudah direndam santan untuk dimasukkan ke dalam batang lemang. Pagi esok mereka akan membakar lagi. Menyambut kedatangan kak langnya dari Sabah.

“Adrina, ayah ada benda nak beritahu.” Irisa akur. Memandang wajah tua ayahnya itu.

“Kalau boleh kamu terima ya nak, pinangan keluarga Dato Asyraf tu ya?” sahutnya tanpa mukadimah. Irisa telan liur. Lama matanya merenung wajah tua itu tanpa berkelip.

‘Jaga ibu dan ayah baik-baik.’

Suara itu seakan-akan terngiang-ngiang di pendengarannya.

“Apa pandangan ayah dengan mereka?” Terdapat senyuman pada bibir tua itu. Sesekali asap nipis berkepul-kepul keluar dari bibir tuanya.

“Ayah dah jumpa mereka. Ayah rasa dia anak yang baik. Mereka pun dah setuju hendak menikahkan kamu dengan anak lelaki mereka.”

“Iya? Siapa ayah?”

“Shahrul Nizam bin Asyraf Shahid. Kawan arwah along kamu. Dengarnya kerja sebagai tentera.” Alamak, tentera! Aku paling tak suka lelaki dalam tentera.

“Tapi ayah, tak awal sangat ke Rina nak kahwin. Rina pun baru ja setahun mula kerja. Tak boleh tunggu lagi setahun dua ke?” Dirinya cuba untuk memancing.

“Awal apanya dah nak masuk 25 tahun. Tua bangka dah.” Buk! Terkena juga kau. Aduuuui.

“Ala, ayah, Rina nak juga capai impian Rina.”

“Lepas kawin pun kamu boleh lagi.” Kepalanya mula digaru.

“Ayah…”

“Hmm…” sesekali hembusan rokok dilepaskan.

“Kalau Rina bagi alasan apa pun memang tak boleh pakai kan?” ayahnya ketawa perlahan.

“Tengok pada alasan apa yang kamu nak beri.” Balasnya. Sesekali nampak tangannya yang tua itu diusap. Iris menarik nafas dalam. Okay fine! Nak kata tengok aku nikah letuww sebelum dia di apa-apakan. Kalau tak berdrama melayu tak sah. Nasib baik la aku ni anak yang baik.

“Iyalah. Rina setuju.” Balas cepat. Kakinya berlalu meninggalkan serambi rumahnya. Dalam diam wajah tua itu tersenyum senang.

“Kenapa mama awak panggil awak Ijam? Klasiknya nama.” Balasnya sambil menahan ketawa.

“Saja. Rasa mesra sikit.”

“Oww. Camtu saya kena panggil awak Ijam la ya?”

“Tak boleh. Iris kena panggil abang ‘sayang’. Ada ngertik?” Irisa memuncung. Tak mahu! Titik!

“Awak…” Perlahan di jatuhkan sedikit surat khabar di tangannya. Keningnya diangkat.

“Hmm…” kemudian ditegakkan semula surat khabar ditangannya.

“Awak sibuk tak?”

“Abang sibukkkkk sangat.” Irisa mencebik. Baca paper pun sibuk ke?

“Awak, saya ada syarat kalau awak nak kahwin dengan saya.” Perkara minggu lepas di ungkitnya lagi. Ayahnya kata kalau dia berjaya membuatkan lelaki itu berubah fikiran, dia tak kisah. So sebab itu dia sedang berusaha membuatkan lelaki a.k.a tunangnya itu berubah fikiran di saat akhir.

“Iris ni tak serik-serik lagi kan?” Laju gadis itu menggeleng.

“Okay, abang beri masa 2 minit untuk Iris beritahu apa syaratnya.” Sahutnya selamba. Irisa telan liur. Sudah hampir tiga hari dirinya tinggal di rumah itu yang terletak di Kuala Lumpur. Katanya untuk memudahkan majlis di adakan di sini. Senang hendak membawanya ke spa atau tempat mengurut, memilih baju, mengukur saiz, memilih pelamin. Apa-apa je la kan. Keluarganya akan datang esok atau lusa dari Gombak. Majlis akan di adakan hujung minggu ni. Surat cuti sudah lama dihantar ke Balai Polis Setapak dan telah pun diluluskan.

“Macam tu biar saya tulis dulu.”

“Okay, abang beri masa seminit untuk Iris menulis syarat.” Irisa menjeling. Ni apa kehal? Shahrul masih membuat muka selamba. Sesekali surat khabar di tangan di selak.

Bola matanya mengerling ke arah lelaki itu. Lelaki yang hanya lapan tahun lebih tua darinya. Sebaya abangnya yang sulung. Lama dibiarkan. Suasana sepi. Yang kedengaran hanya bunyi air terjun buatan di hadapan mereka. Sesekali kocakan air kedengaran dari kolam ikan berhampiran. Dato’ Asyraf dan isterinya sudah lama keluar. Ada majlis jemputan oleh kawannya. Dan membiarkan mereka berdua di rumah bersama-sama kak Mah dan Kak Ros. Mereka berdua mungkin sudah masuk ke dalam bilik untuk berehat sebaik menghidangkan minum petang kepada mereka. Haihh…

Surat khabar di letak tepi. Air teh diteguk. Matanya menyinggah ke wajah bakal isterinya di kiri. Irisa membalas renungan bakal suaminya itu. Tegap dengan tangannya yang sasa. Mungkin aktivitinya sebagai tentera membuatkan tubuh itu nampak hebat pada pandangan matanya. Lengan kamejanya disinsing. Memerhati jam di pergelangan tangannya. Irisa terpana.

“Eh awak. Takkan sekarang?”

“Iris nak bila?” Kepalanya digaru. “Dua minit dari sekarang.” Hah?!

“Eh, ermm. Apa ya? Per…pertama, jangan ganggu kerja saya sebagai suka dan rela polis. Kedua, jangan ganggu minat saya nak main gitar, berjamming dan sebagainya. Ketiga, jangan cari pasal dengan kawan-kawan saya selagi mereka masih menghormati saya. Keempat, saya nak pindah rumah supaya kita boleh tidur berasingan. Kelima, suka hati saya nak masak apa pun, awak tak boleh nak complain. Keenam awak tak di benarkan sentuh saya tanpa keizinan saya. Ketujuh, ke mana function yang awak pergi, awak kena bawa saya sekali. Kelapan..erm….”

“Kelapan?” Irisa terdiam. Sesekali wajah lelaki itu dipandangnya. Parah. Apa lagi syarat yang nak di beri ni? Tu pun aku main tibai je. Apa lagi ni? Ermmm…

“tik tok tik tok…” Arghhh, jangan la kira. Aku paling benci kalau ada orang kira tahu tak!

“Kelapan, ja…jangan kawin dengan saya!” bulat mata Shahrul mendengarnya. Irisa menarik nafas laju. Serasa macam berlari pecut seratus meter lagaknya. Mulutnya dicekup. Apa yang aku mencarut tadi?

“Sorry, syarat terakhir tak boleh pakai. Masa dah tamat.” Sahutnya sambil mengetuk jam tangannya. Kakinya berlalu meninggalkan ruang hadapan.

“Dan Irisa…” Perlahan-lahan wajahnya menoleh. “Adrina Irisa tetap milik Shahrul Nizam.” Sahutnya sambil berlalu. Irisa terkedu. Renik peluh kelihatan. Jantungnya berdegup laju. Pa…Parah!

Tapak tangan kanan di garu perlahan. Orang tua kata kalau tapak tangan gatal bermakna ada rezeki nak masuk. Aih, dah nak kahwin ni rezeki apa pula yang nak masuk? Anak? Huarghh, tak nak!

Matanya menyinggah ke seluruh butik. Butik yang terletak di Jalan Genting Klang itu dipandangnya. Agak mewah namun hiasannya agak sempoi dan senang mata memandangnya.

“Cik, meh tengok bakal suami cik. Rasanya dah padan dah ni.” Pemilik butik itu menghampiri dirinya. Irisa bangun. Matanya tidak berkalih melihat cermin di hadapannya. Cermin yang memantulkan imej Shahrul yang segak berpakaian sut. Rambutnya yang sedikit panjang di cacakkan. Kulitnya yang sedikit cerah menambahkan lagi padanan pada sut itu. Perlahan-lahan berkalih melihat Shahrul di ruang persalinan. Bulat matanya memandang. Gulp!

Matanya lama menyinggah di situ. Untung la kau Irisa. Segak bergaya. Dah la tentera. Ketua tentera pula tu. Muda-muda dah dapat leftenan jeneral. Handsome. Kacak. Lengkap segala pakej. Apa lagi Irisa?

“So, macam mana cik?” soal pemilik itu.

“Hmm, ooookay la. Boleh tahan.” Balasnya. Sesekali jarinya diangkat dan dianyun menunjukkan so-so saja. Control Irisa, control. Jangan kau pie terkam pulak. Fuhh!

“Abang yang sikit punya kacak lagi tampan dan bergaya ni boleh tahan je dapat?” Irisa mengerling.

“Yup.” Balasnya selamba. Kau datang sini aku terkam! Kaki itu perlahan melangkah mendekati. Uih, jangan datang aku kata.

“Niz!” Laju wajah itu di tolehnya. Langkah Shahrul mati. Suara nyaring itu membingitkan. Iris memandang. Gadis berskirt pendek atas lutut itu dipandangnya. Siapa pulak si buntut tonggek ni?

“Wah, Niz. I tak sangka you segak bergaya pakai sut. Handsome. Still mengancam macam dulu. Anyway, tahniah la sebab dah nak kawin.”

“Hai Lydia. Terima kasih. Ada masa datang la ke masjlis kami. Mari I kenalkan you pada bakal isteri I, Irisa.” Langkahnya mendekati tubuh yang masih terpana melihat adegan itu.

“Iris, ni Lydia. Kawan I sewaktu di London dulu. Lydia, ni Irisa. Tunang I.” Tangannya mula merayap ke dada Shahrul. Shahrul pantas menolak.

“Ala you ni. Dulu masa kita kat London you tak pernah berkasar pun dengan I. You kan dulu bekas I. Sampai hati you kenalkan I sebagai kawan saja? Kita lebih dari itu tau.” Balasnya manja. Aih, jadi sotong pula kau depan aku ni. Nak terkeluar tahi mata aku ni. Sesekali lidahnya di jelirkan tanda nak termuntah.

Namun hanya senyuman di beri. Sekali dengan jelingan pada Shahrul. Shahrul berlagak selamba. Boleh pula buat selamba dengan aku. Masih cuba untuk mengelak jari jemari Lydia yang tidak henti merayap.

“You buat apa di sini Lydia?”

“Ambil baju I. I ada tempah baju untuk function minggu hadapan.” Balasnya manja.

“Ok la macam tu. I nak tukar baju dulu. Turn Irisa pula nak try baju kahwin kami. Nanti mama bising pula kalau Iris tak try sama kan sayang?” sahutnya memandang Irisa. Irisa membuntang. Sayang la sangat. Geli gelaman la aku dengar. Namun hanya cebikan diberi.

“Owh by the way Iris. I saw it.” Irisa memandang pelik. Tangannya di tuju ke arah mata sebelum singgah ke dada. “You stunned for a while looking at me.” Bulat matanya mendengar kenyataan itu. Apakah? Kaki Shahrul pantas meninggalkan ruang utama kedai, kembali ke bilik persalinan.

“Tak sangka orang macam you juga yang dia pilih. Tak apa. I tak kisah pun dengan siapa dia pilih. You ambil pun dari bekas I. I pun tak berapa nak kisah.” Sahutnya. Sesekali matanya lama menatap tubuh Irisa yang hanya berseluar jeans, berjaket kulit. Gelang rantai penuh di leher. Irisa perlahan-lahan menoleh ke arah suara itu. Laa, sotong ni ada lagi rupanya. Ingatkan dah blah.

“Ok.” Balasnya pendek. Lydia tergamam. Hatinya panas. Geram mendengar jawapan pendek dan ringkas gadis itu.

“Apa istimewanya you dari I ni? Setakat perempuan kampung. Entah-entah kau bomohkan dia betul tak?” Irisa berdecit beberapa kali sambil mengangkat jari telunjuk.

“Tak perlu menggunakan kekerasan untuk mendapatkan sesuatu. Hanya iman, mata yang menggoda dan kecantikan yang semulajadi sudah cukup.” Sahutnya selamba. Lydia bengang.

“Kau…!”

“Ehem, kenapa ni? Lydia?” soal Shahrul.

“Niz, dia kata dia bomohkan you untuk dapatkan you. Ada ke patut. Patut la you berubah sangat sejak berjumpa dengan minah kampung ni. Pakaian dia tu entah apa-apa.”

“Owh ye ke? Betul ke Iris?” Irisa menoleh sambil tersenyum.

“Yup. Saya bomohkan awak. Siap main patung vodoo lagi. Rasa lepas ni nak cucuk kepala otak awak yang megong tuh. Tak pun guna minyak dagu untuk buat awak tunduk pada saya pula. Ow ow, nasi kangkang pun macam best juga.” Balasnya selamba. Okay, aku terlebih tengok tengok filem hantu melayu. Shahrul ketawa perlahan. Lydia hanya tercengang mendengar. Drama apa pula ni?

“Okay. Abang tak kisah pun. Dah pergi try baju.” Balasnya. Irisa mampir mendekati bilik persalinan.

“Kenapa you still dengan dia lagi? Mama you pilihkan ke?”

“I yang pilih dia. Tiada siapa yang tentukan dengan siapa I akan berkahwin. Even dengan you sekali pun I tak pernah berjanji.” Merah mukanya ditegur begitu. Dirinya mula memeluk tubuh.

“Cik Lydia Rose, baju cik dah kami siap packing.” Tegur pekerja di situ.

“Oklah Nizam. I pergi dulu. Kalau you berubah fikiran, you tahu mana nak cari I.”

“Insya Allah, I tak akan berubah fikiran. I yakin dengan pilihan I.” Balasnya. Muka Lydia kembali berubah. Sesekali membuat gaya ‘whatever’ pada shahrul.

“Tuan, cik Irisa dah siap.” Shahrul perlahan menoleh ke arah bilik persalinan yang menempatkan cermin besar. Kali ini, matanya pula membulat. Gaun putih melekap cantik pada tubuh ramping gadis itu. Untuk pertama kali. Selama ini hanya tshirt atau jaket yang tersarung padanya. Lansung tidak tersangka.

“Tuan…” Tegur pemilik kedai itu, tersenyum-senyum melihat dirinya yang tergamam melihat bakal isterinya yang masih memperagakan tubuhnya dihadapan cermin.

“Iris…” Irisa menoleh, namun hanya kepalanya memandang ke arah lelaki itu.

“Apa?”

“Pusing abang nak tengok.”

“Hah?! Tak nak. Baju ni ketat tahu tak. Dah la panas pakai baju ni. Jalan pun dah macam itik.” Shahrul telan liur. Degil pula bakal bini aku ni. “Mana bff awak tu?”

“BFF??”

“Best friends foreverrr awak tu.” Shahrul ketawa mendengar. Sejak bila la Lydia jadi BFF dia?

“Dah balik. Pusing la cepat. Abang nak tengok. Pusing ala-ala model.” Irisa mencerlung. Aish, dia ni. Belum kawin dah menggatal. Dah kawin macam mana la agaknya. Nama pun tentera kan. Orang kata tentera ni gatalnya meroyan sikit. Dah nasib aku.

Irisa membuat mata juling. Sengaja membakar hati lelaki itu. Shahrul tersengih. Tangannya di letakkan di dagu, ditampung oleh tangan kirinya. Matanya turun naik memerhati belakang Irias. Baru belakang Shahrul oiii, belum depan.

Kedengaran nyaring lagu Hanya Aku nyanyian Hyper Act memenuhi ruang kedai. Pantas Irisa mencapai telefon bimbitnya.

“Haa, ya tuan! Sekarang? Boleh. Tak ada masalah. Baik tuan. Lagi setengah jam saya sampai.”

“Awak, Iris kena pergi ke balai sekarang. Urgent. Awak hantarkan ya?” Sesekali tanggannya menarik-narik kain labuh menutupi kakinya. Susah pula nak berjalan. Shahrul memandang lama. “Ala, dah kawin nanti Iris goda awak. Jom la ya.”

“Okay deal!” Irisa terkaku. Choi!! Mulut kau tak reti nak diam.

“Awak, Iris…”

“Tak boleh tarik balik kata-kata.” Irisa terdiam. Mampus la akuuu….

………………..

“Awak…”

“Hmm…”

“Apa sebenarnya hubungan awak dengan Cik Lydia tu?” Suasana sepi seketika. Hanya bunyi jam berdenting di dinding menunjuk ke angka sepuluh malam.

“Kawan abang sewaktu di London.” Irisa mencembung. Jawapan sama yang didengarnya ketika di butik semalam. Lusa dah start majlis. Esok atau sekejap lagi dirinya akan dikuarintin daripada bertemu Shahrul. Jadi malam ini saja dia nak mengorek segala rahsia abadinya.

“Awak dah cakap semalam. Maksud saya betul ke Lydia tu pernah jadi kekasih awak?” Mata lelaki itu tidak lepas memandang buku di hadapannya. Suka betul lelaki ni dengan buku. Aku dengan buku bagaikan gigi dan bibir. Dekat tetapi jauh. Buku ada depan mata tapi tak pernah dicapai.

“Kenapa nak tahu?”

“Yela. Kena la tahu, soal siasat awak ni jenis macam mana. Lagipun umur kita jauh. Awak lebih makan garam daripada saya. Saya baru nak masuk darjah dua, awak dah dapat result PMR. Kalau ada baik dan buruk, nak tahu la jugak.” Shahrul mengela nafas.

“Dia pernah jadi kekasih abang di London dulu. Tapi tu cerita lama.”

“Kenapa tak kahwin dengan dia?”

“Abang pernah lamar dia dulu. Dia tolak. Katanya kerjayanya sebagai model lebih penting. Dan dia belum bersedia.”

“Owh, dah tu Iris ni dah bersedia ke?”

“Iris rasa?”

“Kalau Iris kata yang Iris ni belum bersedia, awak nak buat apa?” Matanya lama merenung gadis dihadapannya. Suasana ruang bacaan itu sepi. Hanya bertemankan lampu dinding dan meja.

“Abang tak akan lepaskan Iris pada sesiapa pun.”

“Kenapa? Kenapa mesti awak ikat Iris sampai macam tu sekali? Kita tak pernah kenal pun. Tak pernah berjumpa. Kalau ada pun mungkin ketika arwah along ada. Dan awak pegang Iris macam tak benarkan sesiapa pun ambil Iris dari awak. Kenapa ya?”

“Sebab abang sayang Iris.” Sahutnya perlahan.

“Okay.” Balasnya sambil berlalu. Shahrul terpana. Dia ni…”Iris dah dengar apa yang Iris nak dengar. Jumpa lagi dua hari.” Sambungnya lagi sambil tersenyum dengan mengenyitkan mata kanannya. Shahrul terdiam. Buku ditutup kemas sebelum di letak ke tepi meja. Dadanya berdegup kencang.

‘Kalau kau sudah mula rasa sayang pada adikku tu nanti, jangan kau biarkan dia terlepas pada orang lain. Dia mungkin agak panas baran dan kuat menangis bila marah. Tapi sebenarnya dia manja.’

‘Kenapa kau ceritakan semua ni pada aku, Rul?’

‘Entah. Aku dapat rasakan yang jodoh kau dengan adik aku tu kuat.’

‘Apa maksud kau Rul?’

‘Adik aku tu tak pernah berpunya. Dia selalu berkepit dengan aku. So, aku risau dia takkan mampu berenggang dengan aku kalau apa-apa jadi dengan aku.’

‘Jangan cakap begitu, Rul.’

‘Kau dan aku sudah lama berkawan sejak di MRSM lagi. Kau pernah nampak bagaimana keadaannya bila aku bersama dengannya? Dia tak pernah berenggang dengan aku sejak kecil lagi. Dan aku takut dia tidak akan terima apa-apa. Aku berharap sangat yang kau lah orangnya yang mampu menjaga adik aku selepas aku tiada.’

‘Aku tak akan maafkan kau kalau kau cakap macam tu lagi. Kita putus kawan.’

‘Haha. Lagipun aku percaya yang kau boleh menjaga adik aku lebih baik daripada aku sendiri.’

Nafas berat dihembus perlahan. Mukanya diraup beberapa kali. Kenangan empat tahun lepas menetas ke memorinya. Saat lelaki itu mendapat tahu dirinya mendapat kanser tahap keempat.

‘Dari sekarang aku merisik kau Shahrul. Lepas dia habis belajar aku berharap sangat kau sudi menjadi suaminya.’

‘Kenapa aku pula?’

‘Aku yakin kau lelaki yang terbaik untuk adik aku. Aku dah lama kenal kau. Kau sahabat aku dan aku tahu kau macam mana. Kalau ketika itu kau masih belum berpunya dan hati kau masih single.’

‘Kalau sudah berpunya kau nak buat apa?’

‘Aku tak akan buat apa-apa. Kalau bukan rezeki aku nak beriparkan kau.’

Shahrul bangkit dari tempatnya, perlahan menuju ke arah serambi bilik bacaan itu. Dari jauh kedengaran suara riang gadis itu bertemu keluarganya. Mereka akan dipisahkan untuk sehari sebelum di akad. Gadis itu akan dibenarkan tinggal bersama keluarganya di hotel yang menempatkan keluarganya di sana. Dan segala majlis resepsi akan di adakan di hotel.

“Bye abang Ijam!” gadis itu melaung dengan senyuman di bibir. Shahrul hanya tersenyum membalas. Dah di beri amaran masih juga ingin memanggilnya Ijam. Saat itu dia yakin dengan pilihannya. Allah-huakhbar.

………………..

“Nizam, kiss her.” Suara-suara nakal mula kedengaran sebaik sahaja lafaz akad disahkan. Shahrul mengangkat tangan tanda sabar. Iris mencerlung. Mula dah perangainya. Yang pie ajak kawan-kawan dia ni apa hal la. Semua ni hantu belaka!

“Sayang, izinkan abang.” Shahrul meminta izin. Kedengaran suaranya melafazkan bismillah sebelum jarinya perlahan menyentuh jarinya untuk disarungkan cincin. Terasa sejuk air tangan suaminya meresap ke dalam dadanya. Jantungnya berdegup laju. Apa sudah jadi?

………………..

Dengkuran halus mula kedengaran memenuhi ruang bilik itu. Matanya mengerling ke kanannya. Suaminya tidur menghadap ke arah bertentangan dengan dirinya.

Lamanya mata merenung siling bilik yang hanya diterangai lampu luar. Sesekali jarinya melurut ke arah baju tidurnya yang terangkat menampakkan pehanya yang memutih. Sudah hampir lima bulan dia bersama dengan mat askar di sebelahnya. Dan selama itu jugalah, suaminya itu tidak pernah menyentuhnya tanpa keizinan daripadanya. Seperti yang mereka janjikan. Walaupun sebenarnya pada dasarnya, niatnya hanya untuk bermain-main.

Malah setiap malam, sebaik suaminya pulang, mereka akan makan bersama. Suaminya lansung tidak memberi pandangan atau pendapat tentang apa yang dimasak. Hanya duduk makan. Dan kadang kala berborak tentang isu semasa ataupun isu di tempat kerja masing-masing.

Kepalanya menerawang mengingatkan peristiwa di kampungnya dulu.

‘Mama kalau boleh nak Shahrul dengan Ija. Tapi nak buat macam mana. Dia yang pilih.’

Suara ibu mertuanya yang dicuri-curi dengar dua minggu lepas, terngiang-ngiang di telinganya. Memorinya singgah ke wajah alongnya pula. Entah kenapa wajah itu yang diingati. Selama ini, jika dirinya ditimpa masalah, dia akan mencari abangnya. Tidak kira dimana ceruk sekali pun. Tahun pertama di universiti, sekiranya dia ada masalah dengan kawan-kawan sekuliah, wajah pertama yang bermain di mindanya adalah alongnya. Sanggup dia menyewa kereta kawannya di universiti semata-mata ingin mencari abangnya. Pernah sekali dia terbang sama ke Sabah kerana mengikut abangnya yang bertugas di sana.

Perlahan-lahan tubuhnya mengensot. Merapat mendekati suaminya yang mungkin sedang enak bermimpi. Apalah yang awak mimpikan sangat tu sayang? Mesti seronok berada di dalam mimpi awak.

Tangannya merapat, memeluk erat tubuh suaminya dari belakang. Kini tiada siapa yang akan mengelap tangisan dan menyelamatkannya sekiranya dirinya di timpa masalah. Tiada siapa lagi yang akan meredakan kemarahannya sekiranya dia dalam keadaan marah. Tiada siapa lagi yang akan menemaninya sekiranya dirinya dalam kesedihan. Tiada siapa…

Lama mukanya di tekapkan ke belakang suaminya yang sedang enak dibuai mimpi. Terenjut-enjut tubuhnya menahan tangis.

“Irisa.” Tegur satu suara. Namun tidak diendahkan. Semakin erat pelukannya.

“Hey, sayang kenapa ni?” Tegurnya lagi. Sesekali menoleh ke arah belakangnya. Suara yang menenangkan fikirannya kini. Dia teramat rindu untuk mendengar suara itu walaupu setiap malam mereka bersua, bersuara, berbual mesra. Dia terlalu rindu. Rindunya kepada arwah along membuatkan dirinya semakin tenggelam dalam tangisannya.

“Ya Allah, sayang kenapa ni? Sayang sakit ke?” Sekali lagi Shahrul mencuba untuk berkalih namun semakin kejap tubuh itu memeluk, tidak membenarkan dirinya memandangnya.

“Iris tak apa-apa. Maaf sebab buat abang terjaga.”

“Meh abang tengok.”

“Tak. Jangan tengok Iris. Iris tak apa-apa. Biarkan Iris macam ni. Abang…tidur la.” Balasnya dengan suara yang masih serak.

Shahrul menarik nafas dalam. Perlahan ditariknya jari isterinya merapati bibirnya. Lama dikucupnya jari itu. Irisa mengensot semakin rapat ke belakang Shahrul. Tangannya di letak kemas pada dada bidang Shahrul seakan-akan tidak mahu lepaskannya.

Dengan sekali pulas, tangan isterinya dialihkan. Irisa yang tergamam tidak sempat membuat apa-apa. Terasa tubuhnya dikunci. Mulutnya dicekup. Lama sepasang mata memandangnya yang basah dengan air mata. Irisa masih teresak-esak. Tubuhnya terenjut-enjut tanpa suara.

Shahrul perlahan melepaskan cekupannya.

“Sayang kenapa ni? Ada orang kacau sayang ke?” Irisa menggeleng. Sesekali ibu jari Shahrul menyeka air yang mengalir. “Dah jangan nangis ya sayang.” Shahrul cuba memujuk. Irisa mengangguk. Tangannya di depakan minta dipeluk. Lama matanya itu menyinggah ke mata basah itu sebelum merangkul kemas pinggangnya.

“Iris rindu kat along.” Bisiknya perlahan, dalam dakapan suaminya. Shahrul terdiam. Mengusap lembut kepalanya.

‘Aku harap satu hari nanti dia sedar yang dia perlu berpisah juga dengan aku.’

“Abang pasti yang Khairul pun rindu pada Iris. Doakan dia ya sayang.” Irisa mengangguk perlahan. Ubun-ubunnya dikucup lembut. Wangi. Jantungnya mula berdegup kencang. Untuk pertama kali dia merasa sedekat itu. Jarinya mula menyentuh dagu isterinya. Di angkatnya wajah itu. Lama merenung wajah yang masih basah dengan air mata.

“Abang jangan la tengok Iris macam tu.” Sahutnya perlahan. Dilarikan pandangannya ke lain. Tidak sanggup memandang pandangan tajam daripada suaminya.

“Kenapa tak nak pandang abang, Irisa?” Suara itu mendebarkan. Jantungnya berdegup laju.

“Iris…” Kata-katanya mati di situ. Tangannya cuba dilonggarkan. Namun terasa ketat. Tubuhnya semakin di dakap erat. “Abang, Iris…” kata-katanya mati lagi. Sesekali tubuhnya cuba digerakkan. Cuba untuk melepaskan diri.

Perlahan-lahan pipinya digesel dengan pipi isterinya. Irisa terkedu. Bibirnya diketap menahan geli. Perlahan-lahan bibirnya menyentuh bibir merah itu. Lama dibiarkan bersatu. Irisa kaku. Lama-kelamaan dibiarkan sahaja. Terasa tenang dan mendamaikan. Sesekali tangan kirinya mengenggam erat jari isterinya.

Ya Allah, aku jatuh cinta.

………………..

“Mama, mama nampak Irisa tak?” Wajah ibunya yang baru tiba dari kampung menjadi singgahannya.

“Irisa? Dia bukan keluar ke tadi? Dia kata kamu tahu.”

“Handset Ijam rosak. Ma tahu dia ke mana?”

“Dia cuma cakap ke tempat biasa. Kamu nak ke mana pula tu? Ijam!”

Laungan itu diabaikan. Kunci CBR di ambil di tepi pintu. Berderum bunyi motor itu memenuhi ruang hadapan rumah. Sebelum menghilang ditelan kegelapan malam.

Semakin rancak tali gitar dipetik tanpa henti. Semakin kuat bunyi drum di ketuk drummer dengan drumstick di tangan. Lagu ‘Thorough My Window’ semakin nyaring kedengaran. Tiada lansung kesilapan pada not yang dimainkan.

Sesekali bergema suara pemain bass menyanyikan sama sebagai suara latar. Masing-masing bersorak gembira. Terkinja-kinja, melompat-lompat seperti orang hilang ingatan. Seakan-akan dunia itu milik mereka.

Dari jauh, sepasang mata memerhati tajam. Lama dirinya merenung sesusuk tubuh yang terkinja-kinja di atas pentas, mengikut lagu yang disampaikan. Nafasnya semakin hangat melihat tubuh itu melompat. Sesekali kakinya terangkat-angkat hampir menampakkan kakinya yang putih gebu.

Dia tahu gadis itu marah. Marah kerana tidak pulang ke rumah. Marah kerana tidak meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka pada malam itu. Kerana satu panggilan daripada orang yang dikenalinya. Dan kebetulan gadis itu berada di tempat yang sama dengan tempat dia bertemu dengan bekas kekasihnya itu. Dirinya tidak sempat untuk menceritakan perkara sebenarnya.

“Wooo!” beberapa orang mula turut sama menjerit sebaik sahaja mendengar suara gadis itu menjerit.

Semakin lama hatinya semakin panas meilhat aksi menghairahkan dirinya. Tangannya digenggam. Perlahan mampir menuju ke pintu belakang.

“Encik tak boleh masuk sini!” namun amaran itu lansung tidak diendahkan. Kakinya melangkah tegap menaiki pentas mengikut tangga belakang. Beberapa mata mula memerhatikannya.

Zack dan Ilham terhenti dari bermain. Begitu juga dengan Chad. Iris menoleh. Matanya membulat. Tidak tersangka orang itu akan datang.

Kaki Shahrul mendekat. Matanya tidak lepas memandang gadis yang mati kutu di hadapannya. Terkejut melihat dirinya. Nafasnya turun naik. Mungkin kerana terlalu teruja dengan muzik yang dimainkannya tadi.

“Deen!” Irisa terpana. Gitar bass nya dirampas.

“Awak jangan!” laungnya. Namun Shahrul mengabaikan laungan itu. Laju gitar itu dihempas ke lantai dengan sekali hayunan. Irisa terkedu. Suasana menyepi. Orang di sekeliling memerhati. Mula berbisik-bisik sesama mereka.

Irisa tergamam. Bola matanya memandang lama pada gitarnya yang hancur berkecai. Manik jernih mula menuruni ke pipi. Kakinya terlutut mengadap gitarnya yang terbelah dua. Perlahan-lahan jarinya mengutip serpihan yang ada.

“Balik sekarang!” suaranya mengarah.

“Weh der, kau jangan buat macam ni.”

“Kau siapa?”

“Aku member dia je bro.”

“Aku suami dia. Kau ada masalah?” Ilham terdiam. Tangannya diangkat tanda menyerah.

“Iris, balik sekarang.” Kali ini suaranya direndahkan. Irisa masih menyepi. Tidak mahu berganjak.

“Berambus.” Sahutnya perlahan.
“Abang nak Iris balik sekarang juga.”

“Kau berambus dari sini. Aku tak mahu jumpa dengan kau lagi.” Bisiknya lagi antara dengar dengan tidak.

“Iris nak suruh saya berambus pun, saya nak Iris berambus dengan saya sekali.” Sahutnya. Perlahan di tariknya lengan isterinya. Irisa pantas menyentap lengannya semula.

“Kau nak balik, balik sendiri la. Aku tak mahu berjumpa dengan kau lagi.” Matanya menjeling tajam. Air hangat mula bertakung pada kolam matanya.

“Then, saya tunggu di sini.”

Matanya menjeling ke arah pemuda di hadapannya. Kakinya melangkah meninggalkan kelab itu. Melangkah jauh. Meninggalkan perkara yang menyakitkan. Tangannya menyeka air mata yang tidak berhenti mengalir.

Langkahnya semakin lama semakin laju. Kakinya yang tadi berjalan mula berlari. Tidak tahu ke mana yang ingin di tuju. Hanya mengikut langkah yang di bawa.

Lama dibiarkan saja kaki itu membawa ke mana sahaja. Kadang kala terasa kereta menyuluh lampu tinggi ke arahnya. Namun dibiarkan. Dirinya ingin membawa jauh hatinya yang lara.

Irisa meneruskan langkah. Bandaraya Kuala Lumpur tidak pernah tidur. Sentiasa hidup di mana-mana sahaja. Di ceruk mana sekali pun.

Nafasnya di tarik dalam. Rumput dihadapan di tatap. Padang itu sunyi sepi. Tiada manusia yang melepak. Tiada juga perlawanan persahabatan yang diadakan setiap minggu seperti kebiasaan. Hanya padang menghijau yang kosong. Irisa duduk melutut di atas rumput basah itu. Sesekali cahaya daripada sport light memancar terang. Kepalannya diletakkan diatas rumput. Seakan-akan sedang bersujud lagaknya. Rumput di tangan digenggam.

Tubuhnya terenjut-enjut. Dibiarkan air mata mengalir tanpa di pinta.

Dari jauh, shahrul memandang sayu. Dirinya terpaksa membuat keputusan itu walau bukan itu yang dipintanya.

‘Shahrul, kalau di takdirkan yang kau bernikah dengan adik aku, kau pecahkan gitar hadiah yang aku beri padanya.’

‘Kenapa pula? Itukan hadiah kau yang beri?’

‘Aku tak sanggup tengok dia lupa diri bila gitar di tangan. Dirinya seakan-akan dirasuk sebaik sahaja jarinya memetik gitar itu. Kadang-kadang dirinya lupa pada waktu dankeadaan sekelilingnya bila jarinya mula bermain.’

‘Dah tu kenapa kau belikan dulu?’

‘Untuk memudahkan dia fokus kepada sesuatu dan memberi pengajaran padanya.’

Masih terbayang bagaimana gadis itu seakan-akan dirasuk sebaik sahaja jarinya memetik tali gitar. Seakan-akan dirinya jauh dari duniannya. Suara orang bersiul riang melihat gelekan yang dihadiahkan membuatkan dirinya semakin panas. Mahu sahaja di terajangnya seorang demi seorang yang bersiul tadi. Namun dia tahu, semua itu berpunca daripada pemain gitar bass itu.

Kakinya perlahan mendekat. Suasana Dataran Merdeka itu sepi. Hanya bertemankan deruman enjin yang kadang kala melalui kawasan mahkamah berdekatan.

“Iris…” tegurnya lembut. Namun tiada reaksi yang kelihatan. “Adrina Irisa.” Kali ini nama penuh gadis itu disebut.

“Saya tak mahu jumpa awak lagi.” Sahutnya perlahan. Antara dengar dan tidak.

“Iris tak nak tetapi abang nak.” Sahutnya.

“Awak nak apa lagi?”

“Abang nak Iris abang yang dulu.” Irisa hanya terkaku memandang rumput di hadapannya. “Abang nak Irisa yang dulu, yang manja bila abang di sisi. Abang nak Irisa yang marah bila kehendaknya tidak dituruti. Abang nak Irisa yang cemburu melihat abang bersama orang lain. Abang nak Irisa yang menggoda bila memakai gaun daripada memakai seluar. Abang nak Irisa yang dulu, Irisa yang terpegun setiap kali melihat abang memakai pakaian seragam bila ke tempat kerja. Yang tersenyum bila nampak abang pulang ke rumah. Yang rajin melayan karenah abang. Abang cuma nak Irisa yang itu. Abang tak nak Irisa tunjukkan kepada orang ramai. Irisa hanya untuk abang seorang sahaja.” Irisa masih berteleku menghadap rumput di hadapannya.

“Abang tak sayang Iris.”

“Abang sayang Iris.”

“Kalau abang sayang Iris, abang tak akan pecahkan barang yang Iris suka!” laungnya kuat.

“Bukan abang yang pinta tapi Arwah Khairul yang minta. Sebelum Khairul pergi dia ada pesan kepada abang.” Sahutnya. Tangannya perlahan menarik gadis itu ke arahnya.

“Abang tipu. Sampai hati abang pecahkan gitar tu. Abang tak sayang Iris.” Irisa menggogoi menangis. Semakin erat tubuh itu didakapnya. Lama. Irisa menyembam mukanya ke dada suaminya, melingkar erat tubuh suaminya.

Shahrul menolak wajah isterinya. Membuatkan gadis itu menoleh ke arahnya. Perlahan diusapnya air mata yang membasahi pipi gebu itu. Tapak tangannya memegang kejap pipi tembam itu. Mengelap air mata yang tumpah menggunakan ibu jarinya.

Perlahan-lahan bibirnya merapat ke bibir merah itu. Lama terkatup. Iris menutup mata. Esakan semakin perlahan. Dirinya terbuai dengan elusan lembut daripada suaminya.

“Abang tak sayang Iris…” bisiknya.

“Abang sayang Iris sangat-sangat. Jangan tinggalkan abang ya sayang. Selamat hari ulang tahun perkahwinan kita yang pertama.”

“Ayam..”
“hoi, hoi. Kau ni dah kenapa? Aku dah cakap jangan panggil aku dengan nama tu bila kau nangis.” Sahutnya kaget. Jantungnya berdegup laju. Terkesan dengan suara serak gadis itu memanggil namanya. Lama wajah polos itu dipandangnya. Dulu sewaktu abangnya meninggal, keadaan seperti itu juga yang berlaku. Dirinya tidak sanggup melihat wajah itu menangis.

Irisa perlahan-lahan menekup mukanya ke lutut. Badannya terenjut-enjut. Menangis tanpa suara. Ilham duduk setia di atas tebing di sisinya. Kakinya dibiarkan berjuntai di atas bangunan. Sesekali angin menyapa lembut wajah mereka.

“Dah ok?” soalnya setelah beberapa ketika. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah kanannya.

“Kau ni tak ada perasaan lansung kan Ayam. Menyampah gila aku dengan kau.” Balasnya perlahan. Ilham ketawa perlahan.

“Kalau aku ada perasaan, dah lama aku kawin dengan kau, bukan mat askar tu.” Sahutnya selamba. Irisa tersenyum membalas. Senang berbual dengan rakannya yang dulu juga kaki jamming sepertinya.

“Kau tak apa-apa ke ni?”

“Aku tak apa-apa pun. Cuma aku frust.”

“Pasal gitar lapuk tu ke?” satu tamparan singgah pada belakang Ilham. Ilham ketawa membalas.

“Gitar lapuk pun tu juga yang kau guna untuk cari duit kan?” perlinya. Ilham tersengih.

“Kenapa dengan gitar tu?” soalnya.

“Arwah along hadiahkan pada aku masa aku habis SPM dulu. Hadiah aku dapat masuk matrikulasi.”

“No wonder kau mengamuk sakan dulu.” Iris menyepi. Matanya lama menyinggah ke depannya. Cahaya dari bumi Kuala Lumpur yang menenangkan.

“Dah tu sekarang ni, apa kau nak buat?” soalnya semula.

“Entah. Aku tak terfikir lagi. Satu-satunya kenangan aku dan arwah along dah musnah. Walaupun dulu pernah juga Along nak pecahkan gitar tu kerana result aku tuk first year teruk. Kemudian along tak sanggup. Dia serahkan semula pada aku dengan syarat jangan terlalu fokus pada muzik.” Terangnya panjang. Sesuatu yang tidak pernah di ketahui sejak dia mengenali gadis itu dulu. First time mereka bertemu, gadis itu yang menegur mereka ketika mereka sedang melepak di times square.

Dan pada sangkaan, gadis itu merupakan pelajar jurusan muzik. Bila dia menyatakan dirinya pelajar dalam bidang kejuruteraan awam. Tergelak guling-guling mendengar pengakuan tak berasas itu.

Namun diabaikan sahaja teguran yang diberi. Gadis itu tetap meneruskan kehidupan. Cuma kadang-kadang sahaja dia akan muncul untuk menyertai kumpulan itu sekiranya mereka mengadakan persembahan di mana-mana kelab.

Tiada lansung waktu untuk berlatih bersama. Hanya melalui pesanan ringkas lagu apa yang akan dimainkan dan di mana, gadis itu akan beritahu sama ada dirinya boleh datang ataupun tidak, dan adakah lagu itu sesuai atau tidak.

Kerana kekangan masa membuatkan gadis itu jarang menyertai mereka. Dalam satu semester itu kemungkinan hanya tiga empat kali sahaja mereka bersua. Kerana dirinya terlibat dengan aktviti Suksis di universiti. Cuma baru-baru ini sahaja, sejak dia di tauliahkan, barulah kelibatnya untuk bermain dengan mereka ada. Sebulan dalam tiga kali sahaja sudah memadai.

“Dah tu macam mana sekarang?”

“Dia kata arwah along yang arahkan dia pecahkan gitar tu kalau aku masih berdegil.”

“Dan kau percaya?”

“Aku kenal along aku. Dia pernah ugut nak pecahkan kalau aku masih berdegil. Selalunya aku berubah kalau diugut begitu. Sekejap je pun berubahnya. Cuma kali ini entah la. Angin aku lain macam.”

“Kau sayang dia?” Irisa terdiam. Perlahan-lahan menoleh ke arah kawan di sebelahnya.

“Ahahahaha….takkan lah kan?” balasnya sambil menampar belakang Ilham. Ilham memandang lama wajah bujur sirih itu. Aih, takkan dia ni serius pula.

“Kau cinta dia?” soalnya lagi. Tawa Irisa mati. Perlahan matanya menoleh ke arah pemandangan kuala lumpur di hadapannya. Sesekali asap nipis muncul di celah bibirnya.

“Sejak bila?” matanya memandang semula muka Ilham yang hanya dua tahun lebih tua darinya itu.

“Entah. Mungkin sejak dia menjadi suami aku.” Balasnya. Ilham mengangguk.

“Dia tahu?” perlahan gelengan diberi.

“Cinta dalam diam.” Bisiknya perlahan.

………………..

“Sayang.” Perlahan wajah itu menoleh. Tangannya terhenti dari melipat baju. Matanya singgah pada sekujur tubuh yang masih segak memakai uniform tentera itu. Kacak. Hanya itu yang bermain di hati.

“Abang dah balik? Abang nak makan dulu atau mandi dulu?”

“Abang nak mandi dulu. Lepas tu makan, then nak lepas rindu pada sayang.” Bulat matanya memandang Shahrul. Shahrul tersenyum. Pantas dia memalingkan semula wajahnya ke arah lain.

“Esok tak kerja ke?”

“Tak. Esok abang off sampai Ahad. Sayang pun EL juga ya.”

“Eh, kenapa pula?”

“Malam ni malam jumaat.” Bulat matanya mendengar ayat itu.

“Eii, tak malu! Tak senonoh.” Laju tangannya menggapai bantal di sofa lalu mencampakkan ke arah suaminya. Shahrul tergelak. Suka dirinya menyakat gadis itu. Wajah yang mula kemerahan menahan malu. “Pie mandi sana. Iris nak pergi siapkan makanan.” Sahutnya, menghentikan kerja sebelum melangkah ke dapur.

Shahrul tersenyum. Sesekali menahan tawa yang masih bersisa.

………………..

“Sayang, pagi esok kita balik kampung boleh?” Irisa mendiamkan diri. Pagi Jumaat yang mendamaikan. Lama dibiarkan soalan tadi tidak berjawab. Sebenarnya dirinya masih menahan malu. Apatah lagi dengan peristiwa malam tadi. “Irisa, dengar tak apa yang abang tanya ni?”

“Hah?! Apa dia bang?”

“Mengelamun pula dia. Best sangat ke semalam sampai abang cakap pun tak dengar?” perlinya. Irisa mendiam, menunduk memandang roti yang bersapu marjerin. Wajahnya semakin merah. Shahrul menahan tawa.

“Awal pagi esok kita balik kampung abang. Ada kenduri sedikit. Kita tidur sana. Bawa sehelai dua pakaian dalam beg sandang je. Senang.” Sahutnya selamba. Irisa mengerling. Mana muat kalau setakat bawa beg sandang je. Kemudian matanya teralih ke luar pintu. Kemudian menyinggah ke wajah selamba Shahrul. Shahrul tersenyum. Sesekali menyuakan roti bakar ke dalam mulutnya.

“CBR?” Perlahan kening Shahrul di angkat, kemudian mengangguk.

“Wah! Okay. Saya menurut perintah.” Balasnya sambil tersenyum. Dengan tangan tegak di kepala, memberi tabik.

“Hamboi. Dengan motor abang ja dia excited. Suka betul dia. Kahwin dengan motor tu kang.” Sahutnya. Irisa menjelir lidah.

………………..

“Pandai Ija masak. Sedap pula tu.” Tegur datin Rokiah. Sesekali di jeling suaminya. Irisa menunduk. Perlahan menyua sedikit makanan ke dalam mulutnya. Hai, Irisa. Dulu bukan main punya bangkang. Sekarang kenapa kau diam pula?

“Iris nak ke mana tu?”

“Iris dah kenyang.” Balasnya perlahan. Kakinya laju menuju ke dapur. Lama di biarkan paip air tu mengalir tanpa henti.

“Kamu nak ke mana Ijam?” Tegur Datin Rokiah. Shahrul menoleh ke arah mamanya yang masih duduk menatap santapan di hadapan matanya. Petang tadi baru selesai kenduri kecil-kecilan yang dia adakan di surau berdekatan rumahnya selepas asar. Dan malamnya mereka berkumpul di rumah untuk menyambut kehadiran Shahrul. Tak sangka Hadzirah ada di situ, membantu mamanya melakukan kerja rumah.

“Ijam nak teman Iris kejap ma.”

“Kamu jangan nak mengada. Ni Ija ada di sini. Takkan kamu nak biarkan dia tak berteman pula makan.” Shahrul terkedu. Lama matanya menyinggah ke dapur sebelum duduk semula ke atas kerusi.

“Ehem, dah makan dulu. Kamu Ija lepas ni balik. Tak elok lama-lama di sini.” Tegur Datok Asyraf mula bersuara. Ija mengangguk perlahan. Sesekali matanya menyinggah ke wajah datin di sisinya.

………………..

“Tok wan.” Tok wan menoleh. Sesekali sirih di tangan di sua ke mulut. Lama mata tua itu menyinggah ke menantu cucunya itu.

“Malam ni, Iris nak tidur sini boleh?”

“Dah kamu ni mimpi apa malam-malam. Ijam tahu kamu ke sini?” Irisa terdiam. Teraga-agak untuk menjawab. Apa nak goreng ni?

“Ermm, ta…tahu…kowt.” Balasnya perlahan. Kali ini hembusan asap di hembus dari bibir tua itu. Asap dari rokok buatan sendiri itu perlahan menghilang ditiup angin gunung.

“Baik kamu pulang sekarang Iris. Karang ada yang kecoh satu kampung ni.” Irisa tersenyum. Tahu makna di sebalik ayat yang disampaikan. Suaminya memang kecoh kalau tahu dia tidak dijumpai.

“Tak pa la tok wan. Dia tahu Iris kat mana. Dia kan askar terlatih. Kejap lagi dia mai la tu.” Balasnya selamba. Menggeleng wajah tua itu melihat karenah cucunya.

“Mama kamu buat hal lagi ka?” irisa membisu.

“Tak ada lah. Mama ok je.”

“Dah tu? Kamu mai ke sini mesti bersebab.”

“Saja. Ambil udara kampung. Dah puas hidu asap kat KL nuh.” Sahutnya.

“Dak Ija tu ada lagi ka tadi?” Iris menghela nafas berat.

“Tok wan kenai ka Ija tu?”

“Apa pulak tak kenainya. Dok saing sekali dengan Shahrul masa kecik dulu. Shahrul tu dulu suka layan dak Ija macam adik sendiri. Sampai ke besaq la ni dok berkepit. Satu kampung ni kenai depa nuh.” Irisa terdiam. Matanya tidak lepas memandang bendang di hadapan. Sesekali muncul objek hitam berjalan di dalam petak sawah itu. Mungkin kerbau yang ingin mencari posisi yang sesuai untuk tidur.

“Cuma sekarang ni nampak la kurang sikit sejak dia kahwin dengan kamu. Tapi tak sangka pula yang dia masih datang lagi ke rumah tu.” Banyak pula scandal suami aku ni rupanya. Fuuu…

“Tak pa la Tok Wan. Iris dok sini ja malam ni. Malas dah nak jalan sana sini.”

“Kampung kamu kat mana?”

“Kat Tampin, negeri sembilan. Dah lama tak balik. Tak ada sesiapa dah pun. Arwah atuk ngan wan dah lama tak ada. Adik-beradik jarang balik. Kadang-kadang rumah tak terurus. Balik raya semata-mata nak jenguk kubur ja. Lain-lain buat hal masing-masing.” Balasnya sayu.

“Kadang-kadang rindu zaman kecik-kecik dulu. Berlari-lari bawah rumah, main dengan kambing, kejar ayam nak dibuat sembelih, bakar lemang sampai ke subuh. Balik solat raya tidur semula. Petang baru beraya. Tidur ramai-ramai depan tv semata-mata nak layan hindustan. Mandi sungai, merempit motor ramai-ramai. Iris rindu dengan suasana macam tu. Dulu masa arwah along Iris ada, Iris mesti nak ikut dia. Ke mana saja. Tak boleh nak berenggang. Sekarang ni semua benda seakan-akan menghilang daripada Iris.”

“Tak baik kamu cakap begitu. Semua itu Allah yang tentukan. Jangan salahkan takdir yang ditakdirkan untuk kamu.”

“Iris tak salahkan takdir. Cuma mungkin kadang-kadang terkilan dengan sesuatu. Macam petang tadi. Kadang-kadang terfikir juga kenapa Iris yang kawin dengan abang Ijam bukan gadis yang tolong mama tadi? Dia lagi tua dari Iris, cantik, ada rupa orang kampung sikit. Sopan. Manis je bila senyum. Boleh buat semua benda. Lagi lama kenal dari Iris ni. Tak padan dengan Iris ni. Ganas. Kat rumah pun nak pakai seluar. Mana reti nak pakai kain batik ni. Panas baran lagi.” Sambungnya lagi. Nafas berat di lepaskan. Rasa lega setelah apa yang dipendam berjaya diluahkan.

“Kalau kamu nak tahu, si Ija tu ibarat adik buat dik Ijam tu. Tak lebih pun dari itu. Tapi mama kamu tu beria nak nikahkan si Ija dengan Ijam. Tapi masa tu Ijam study luar negara. Dia bawak balik model mana entah. Kami memang tak berkenan lansung dengan pilihan dia tu. Kami reject dia awai-awai lagi.” Amboi tok wan. Sebut reject tak leh nak nahan.

“Si Acap buat syarat, kalau dia tak cari pasangan untuk dikahwinkan dua bulan selepas raya, mereka akan lansungkan perkhwinan dia dengan dak Ija tu.” Pergh, tok wan panggil papa, Acap. Gila comel. Owh, patut beria-ria lepas raya datang rumah aku. Cis, memang aku dah agak. Ada tahi gigi di celah gigi. Mesti ada sesuatu yang tak kena.

“Dan dia datang dengan bawa gambar kamu. Kebetulan kamu dah habis belajaq, kami set suruh pie minang kamu cepat-cepat. Tak mahu di lambatkan. Umur dia pun dah masuk 30 an. Tok wan pun teringin juga nak bercicit sebelum apa-apa jadi.” Iris menunduk. Tinggi sungguh harapan tok ni. Tak terjangkau dek akal fikiran.

“Tapi tok wan, kalau ditakdirkan yang mama suruh juga abang kahwin dengan ija tu, mungkin Iris akan bersetuju.”

“Kalau mama kamu yang suruh. Kalau Ijam tak mahu?”

“Dia tak akan berani lawan cakap mama punya kan? Kan syurga ibu di bawah tapak kakinya. Macam mana saya nak dapat syurga kalau dia tak dapat syurga ibu.” Balasnya selamba. Semakin laju hembusan asap nipis keluar dari bibirnya.

“Iris meh sini dok sebelah tok ni kejap.” Perlahan gadis itu mengensot ke sebelah tok wan. Perlahan tok wan mengelus lembut pipi gadis itu. Irisa duduk menyepi. Membiarkan Tok Wan membelek mukanya. Kemudian jarinya teralih ke pergelangan tangannya.

“Kenapa tok wan?”

“Ada something wrong la dengan kamu nih.” Irisa ketawa perlahan. Hebat tok wan speaking.

“Dah berapa lama kamu tak datang bulan Iris?” Irisa memandang pelik. Tak pernah orang tanya aku datang bulan bila. Matanya menaik ke atas seakan-akan sedang mengira.

“Erm, hari ni dah 21. Sepatutnya minggu lepas lagi. Entah la. Baru-baru ni rasa stress ja. Mungkin lambat sikit kowt. Kenapa tok wan?” soalnya pelik. Tok wan menyengih. Menampakkan gigi depannya yang berkarat. Lama wajah itu di pandangnya. Perlahan-lahan wajah bujur sirih itu berubah. Laju tangannya mengusap perutnya. Tok wan mengangguk. Gulp! Tak akan la.

“Baik kamu balik sekarang Iris. Ijam, bawak bini hang ni balik!” laungnya. Irisa terpana. Pantas menoleh ke belakangnya. Muncul sesusuk tubuh sasa dari dalam gelap di luar rumah itu. Bulat matanya memandang wajah itu. Dah berapa lama dia ada di situ?

“Jom sayang, kita balik.” Sahutnya. Tangannya di hala ke arahnya.

“Tak mahu. Iris tak mahu balik.” Sahutnya sambil memeluk tubuh.

“Balik Iris. Sini bukan tempat kamu. Tanah ni penuh dengan perkara yang tak diingini. Lepas ni jangan jalan sendirian dalam gelap. Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku kalau kamu sendirian.” Balas tok wan. Irisa telan liur. Dah tu tadi aku jalan relex ja. “nasib baik Ijam ada sepanjang kamu jalan ke sini. Bukan dekat sini dengan rumah rokiah tuh.” Sambungnya lagi seakan-akan memahami apa yang difikirkan. Irisa menunduk.

“Tok wan jangan la halau Iris. Biar la Iris dok sini lama sikit.” Kali ni dia merayu.

“Abang duduk sini juga kalau Iris berdegil.” Laju dia menoleh.

“Kalau Ijam dah kata macam tu, tok wan tak kisah. Nanti jangan lupa bawa bini kamu ni pergi check.” Irisa terpana. Menunduk. Lansung tidak berani memandang wajah Shahrul di belakangnya. “Nanti lagi mengarut dia bercakap. Kamu jangan tinggalkan dia Ijam. Mula-mula ni dia memang macam ni. Pembawakan budak.”

………………..

“Sayang, bangun. Jom balik. Lepas subuh di sini kita gerak balik. Nanti dah nak balik KL.” Suara Shahrul terngiang-ngiang. Sesekali di usapnya lembut perut isterinya. Satu kucupan singgah pada perut isterinya. Iris mengeliat. Laju di ditariknya t-shirt yang tersarung pada isterinya. “Bangun ya sayang. Kita nak excersice sikit ni.”

Irisa bingkas duduk. Berpisat matanya menahan ngantuk.

“Dah pukul berapa ni?”

“Baru jam 6. Kita solat dulu. Nanti kita berjalan. Tengok matahari terbit.” Irisa mengangguk sebelum bangun menuju ke perigi di luar rumah.

“Arrgghhhh, sejukkkkk!!!!” Shahrul menggeleng mendengar suara isterinya. Tok wan sudah lama ke surau berdekatan. Sesekali dirinya tersenyum bahagia.

“Abang, turunkan Iris. Iris boleh jalan la.”

“Muka serabai, boleh jalan apa gitu.” Sesekali tubuh di belakangnya diangkat untuk membetulkan kedudukannya. Irisa memegang erat tengkuk suaminya. Sesekali tersenguk-senguk menahan ngantuk. Tubuhnya di rapatkan di belakang suaminya. Tenang dan hangat. Seakan-akan dapat mendengar degupan jantung suaminya bersatu dengannya. Namun dalam diam hatinya di rintih sayu.

“Abang suka dengan Ija tu?” Lama soalan itu dibiarkan berlalu.

“Abang tak akan setuju dengan apa yang Iris buat sekalipun. Iris seorang isteri abang. Sampai bila-bila.”

“Tapi ramai orang nak abang dengan Ija tu.” Bisiknya perlahan di tengkuk Shahrul.
“Siapa?”

“Abang tahu siapa.” Sambungnya lagi. Sesekali angin bukit menderu menampar wajahnya. Matahari sedang malu-malu menonjolkan dirinya di kaku bukit. Suasana bendang yang sunyi. Terasa nyaman. Tidak perlu membuka penghawa dingin untuk merasai kesejukan alam semula jadi.

“Abang tak pernah terniat pun nak memperisterikan si Ija tu.”

“Tapi mama macam beria-ria nak bermenantukan Ija.”

“Tapi abang pilih Iris juga kan.”

“Hmm.” Balasnya pendek.

“Iris sayang abang tak?” perlahan kepalanya diangkat.

“Sayang.” Jawabnya pendek. Shahrul tersenyum. Perlahan meniti batas sawah yang luas. Menikmati panorama yang mendamaikan. Lagi sembilan bulan mereka akan meraikan keluarga baru. Semua itu perlukan persediaan minda dan diri. Dan dia perlu menyokong segala apa yang isterinya lakukan.

………………..

“Ijam, nanti ada masa balik la lagi. Jangan mai naik moto dah. Jaga Iris elok-elok. Hari ni ja pelepasan.” Balas datin Rokiah tenang. Rumah banglo 3 tingkat itu menjadi tatapan mereka. Sejak suaminya pencen, mereka mula berpindah ke Kuala Perlis sambil menjalankan perniagaan mereka di sana. Lebih menenangkan. Syarikat utama di Kuala Lumpur telah lama diserahkan kepada abang sulung Shahrul iaitu Muhamad Akil.

Irisa bersalam dengan mertuanya. Datin rokiah mencium lembut pipi gadis itu. Berbeza benar perwatakannya semalam dan hari ni. Dan nampaknya kelibat Ija lansung tidak kelihatan. Mungkin berita mengenai dirinya mula tersebar. Boleh la relex sikit kan.

Owh, tadi bukan main lagi. Bukan dirinya yang menghadapi morning sickness tetapi Shahrul. Suaminya yang muntah-muntah sehingga hilang selera makan. Membuatkan Datin Rokiah tersenyum gembira. Dirinya sudah dapat mengagak sesuatu yang baik akan muncul.

“Baik ma, pa. Ijam balik dulu. Nanti Ijam cuti kami datang lagi.” Balasnya sambil mencium ubun-ubun ibunya sebelum teralih ke arah pipi ayahnya.

Berderum bunyi moto menghilang dari pandangan mereka.

“Puas hati awak sekarang?”

“Puas sangat. Tak sabarnya nak dapat cucu. Nanti kita turun KL ya bang.” Dato Asyraf tersenyum. Siapa tak kenal muslihat isterinya. Sudah lama mereka menunggu berita gembira itu.

Sementara itu, suasana di lebuh raya utara selatan lengang. Mungkin belum musim cuti sekolah atau perayaan penting membuatkan lebuh raya itu lebih selesa.

“Kenapa abang bawa slow sangat ni?” Laung Iris dari belakang.

“Iris kan mengandung. Mana boleh bawa laju-laju.”

“dah tu sampai bila nak sampai macam ni?”

“Okay. Peluk abang kuat-kuat tau.” Laju jarinya memeluk erat tubuh suaminya sebelum motor itu meluncur laju di atas lebuh raya utara selatan itu.

“Iris.”
“Ya?”

“nak dengar satu cerita tak?”

“Ni cerita seram ke apa ni?”

“Tak seram pun. Abang nak buat pengakuan.” Kecut perutnya mendengar perkataan itu. Apakah?

“Sebenarnya, dah lama abang perhatikan Iris.” Fuhh, pengakuan tu rupanya. Irisa tercengang. Laju wajahnya menoleh. Lama? Apa maksudnya?

“Apa maksud abang dengan lama?”

“Sejak Iris di universiti lagi.” Sekali lagi dia menoleh. Oih, oih. Dia skodeng aku sampai aku di universiti.

“Bila masa? Iris tak kenal pun.” Sahutnya. Mukanya memandang pelik. Shahrul ketawa perlahan. Dicubitnya hidung merah itu. Geram melihatnya. Mengelus lembut gadis itu. Irisa terbuai. Menahan geli yang teramat di elus begitu.

“abang ni orang tanya la. Jangan la main dengan rambut Iris. Geli tau.”

“Abang geram tengok Iris. Manja sangat.”

“ala, manja dengan suami dapat pahala. Cepat la abang.”

“Deen.” Sahutnya pendek. Irisa terpana. Bola matanya membulat. Cuba mentafsir apa yang cuba disampaikan.

“Kenapa dengan Deen?” dia tahu Deen adalah nama gelaran yang diberi oleh rakan-rakan suksisnya. Lebih macho daripada Rina atau Iris. Saja kasi kaw-kaw.

“Tahun ketiga, semester keenam, hari pertama. Deen datang lambat ke tapak kawad.” Lama matanya merenung mata jernih suaminya. Okay dia ingat, dia terlambat datang walaupun roomatenya sudah bangunkannya entah keberapa ratus kali. Gara-gara dia baru balik dari jamming di Kuantan sehingga jam tiga pagi. Dan sampai di hostel jam lima pagi.

Cop! Kejap. Macam mana dia boleh tahu? Time tu bukan hanya group suksis dan budak…

“abang jurulatih PALAPES yang baru dulu ya!” laungnya kuat. Ingatannya kembali menerjah waktu terakhir mereka mereka bertemu. Selalunya untuk pertemuan kali pertama, hanya aktiviti perjumpaan yang di adakan di kawasan univerisiti sahaja. Pantas dicekupnya mulut isterinya sambil ketawa. Irisa segera menarik semula tangannya suaminya agar menjauh.

“Abang jahat. Dah la siap perli Iris lagi. Malu tahu tak. Dah la depan-depan member lelaki SUKSIS pulak tu. Janganlah kamu semua tidak berdisiplin seperti sesetengah orang. Kalau ada orang macam ni dalam kumpulan kamu, tinggalkan sahaja dia daripada menyebabkan kamu mati di medan pertempuran.” Ajuknya. Memerli ayat yang disampaikan kepadanya sewaktu mereka sedang berehat jam sepuluh pagi. Rasa nak serang je kalau bukan titlenya ketua jurulatih dan di tahan oleh beberapa rakan suksisnya. Tak pasal-pasal pulak nanti dirinya dikenakan tindakan tatatertib. Tangannya laju menggaru lengan suaminya yang melingkari tubuhnya.

Wajah Shahrul memerah menahan ketawa. Tak sangka isterinya masih ingat dengan apa yang disampaikannya dahulu.

“Abang jurulatih sementara ja sebelum ditukar. Siapa suruh lambat.”

“Ala Iris lepak dengan dak-dak jamming lepas tu. Tak sangka sampai pagi. Iris ingat tak nak datang. Dah alang-alang terjaga, tak boleh tidur, lebih baik Iris pergi. Tak sangka boleh pula lupa yang hari tu perjumpaan dengan perlajar baru.” Sahutnya sambil memeluk tubuh. Wajahnya panas mengingatkan adegan yang tak patut di tayangkan semula itu.

Perlahan-lahan Shahrul mampirkan wajahnya ke muka Irisa. Irisa tergamam. Tangannya laju memegang kameja yang masih tersarung pada tubuhnya.

“Abang, Iris..umphh..” Matanya terkebil-kebil memandang wajahnya. Perlahan-lahan Shahrul menampung tubuh Irisa, menariknya agar mendekat. Terasa kulitnya bersentuhan dengan tubuhnya. Terasa mendamaikan. Lama bibirnya di jamah. Dibiarkan tubuhnya di peluk erat.

“Abang…”

“Hmm…” Tangannya sesekali mengelus lembut pipi isterinya. Sekali lagi Irisa menahan geli.

“Tak malu.” Shahrul tersenyum.

“Nak malu buat apa. Bukannya ada orang. Kata nak dapat pahala.” Irisa tersenyum malu. Terkena balik aku.

“Bukan di universiti lagi. Sebelum tu lagi abang dah perhatikan Iris.”

“Iya? Aish, kenapa Iris boleh tak tahu ni.” Sahutnya. Sesekali dagunya di garu tanda berfikir. Shahrul tersenyum. Hidung gadis itu menjadi singgahan bibirnya.

“Abang dah lama kenal Iris. Kan Khairul kawan abang. Sebenarnya, Khairul yang merisik abang dulu sebelum Iris masuk univeristi lagi. Waktu tu abang baru mendapat tawaran sertai tentera.” Irisa terdiam. Okay, ni pertama kali dengar. Tak pernah tahu pun.

“Lepas tu abang terima tak?” Sekali lagi hidung mancung itu menjadi singgahan ketam Shahrul.

“Apa la sayang ni? Dah tu abang kawin dengan siapa?” Irisa ketawa.

“Bukan la. Maksud Iris, waktu tu.”

“Abang tak beri respon apa pun mulanya. Baru tahun lepas, sebaik sahaja mama cakap yang dia nak merisik Ija, terus abang teringatkan Iris. Kebetulan pula, selepas Khairul pergi, abang tak tersangka sebenarnya yang kita akan bertemu lagi di universiti dulu. Saat itu abang mula terasa sesuatu dalam diri abang.”

“Rasa apa tu?” Sekali lagi di tonyohnya hidung mancung itu.

“Abang ni, orang tanya betul-betul la.”

“Iya. Tapi abang geram tengok Iris. Betul kata Khairul, Iris ni manja sangat.” Irisa tersenyum.

“Cepat cerita.”

“Ehemm…Ok, abang rasa lain sangat bila tengok Iris waktu tu. Dah hampir lima tahun tak jumpa. Dak kecik ni dah besar rupanya. Dah jadi seorang wanita. Seminggu selepas abang bertemu Iris, abang terus buat solat istikharah.”

“Apa yang abang jumpa?” Soalnya inginkan kepastian. Dah macam cerita mencari cinta dah rasanya. Tapi best!

“Abang mimpikan sayang. Tiga kali. Dan abang yakin, Iris jodoh abang yang sebenar. Abang pun apa lagi la. Terus datang merisik Iris.”

“Datang merisik sampai terlanggar bontot Iris yang seksi ni.” Terenjut-enjut menahan tawa. Terasa dada suaminya berombak kencang.

“Serius abang tak sengaja waktu. Dah Iris berangan kuat sangat. Abang hon tak dengar. Dan abang tak sangka yang Iris tak elak. Sekali zupp, terlanggar juga. Segan abang waktu tu terus tinggalkan Iris yang dok menjampi serapah apa kat abang.” Semakin kuat tawa mereka.

“Arghh, palsu semua itu. Abang sengaja langgar Iris.” Shahrul menahan ketawa. Pipi gebu itu di kucupnya. Tercungap-cungap mereka berdua bercerita. Bahagia sungguh terasa.

“Sayang…”

“Hmm…”

“Mainkan abang satu lagu.” Di halakan gitar hadiah pemberian arwah abangnya itu ke arahnya. Iris tersenyum kelat. Bila masa dia ni pie betulkan gitar ni?

“Mana abang repair gitar ni?”

“Abang beli baru. Designnya abang minta kawan sayang yang tunjuk gambarnya. Maaf pasal kejadian hari tu.”

“Salah Iris juga. Memang betul kata Along. Sepatutnya dia pecahkan saja gitar ni dulu. Kenapa abang beli yang baru pula?”

“Abang tak sanggup lihat minat Iris hilang begitu saja.” Sahutnya.

“Tak mahu la. Kalau Iris meroyan nanti macam mana?”

“Abang ada. Iris meroyan je malam ni jadi malam pertama kita. Setiap kali Iris meroyan abang buat tiap-tiap malam jadi malam pertama kita.” Gulp! Lagi laju di tolaknya tepi gitar itu. Shahrul menahan tawa.

“Abang ni jahat. Suka buli Iris tau.”

“dah dia tu innocent sangat.” Balasnya selamba. “Mainkan satu lagu untuk abang ya sayang.” Irisa mengeluh perlahan. Boleh fengsan dengar dia cakap macam tu hari-hari.

“Tapi abang janji abang ngaji untuk Iris malam ni boleh?” Shahrul mencuit hidung isterinya. Iris merengek.

“Boleh. Untuk sayang. Sebelum tidur kita ngaji sama-sama.” Irisa tersenyum. Kembali membetulkan situasi duduknya. Sesekali jarinya membetulkan chord pada gitar itu. Tangan Shahrul masih kejap melekat ke perutnya yang mula menampakkan rupa. Mengusapnya lembut.

I can’t imagine, any greater fear,
Than waking up, without you here,
And tough the sun, would still shine on,
My whole world, would all be gone
But not for long.

If I had to run, if I had to crawl,
If I had to swin a hundred rivers
Just to climb a thousand walls.
Always know that i would find a way
To get to where you are
There’s no place that far.

Westlife – No place that far.

Shahrul laju menyinggah ke ubun-ubun isterinya. Irisa menunduk malu. Menarik tangan suaminya ke dada. Dikucupnya belakang tangan suaminya. Biarkan malam bersuara, biarkan angin yang berbicara. Bersaksikan yang maha Esa. Allah, menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pedengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur), tetapi amatlah sedikit kamu bersyukur. Ya Allah, aku bersyukur dengan apa yang Engkau kurniakan kepadaku. Tiada satu pun dugaan yang Engkau bebankan tidak mampu ditanggung oleh mereka kecuali mereka yang mudah berputus asa.

“Abang…”

“Hmm?”

“Iris dah jatuh cinta.”

“Hah, dengan siapa?”

“Dengan abang la.”

P/S: Tinta ini hanya rekaan semata-mata. Saya gila motor besar, dan saya suka nama Iris. Hehehe..selamat berimaginasi dan selamat berbuka bagi yang berpuasa. – Love NurA


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

45 ulasan untuk “Cerpen : Cinta Dalam Diam”
  1. yanty says:

    baca ni memang dibayangi tulisan melur jelita…nama iris, suksis, motor besar…apapun terhibur gak…saya minat scrambler jer..xde le beso sgt.he2

  2. Nabila Farhana says:

    Salam,
    Not bad.

  3. put3isabella says:

    cite nie seronok.. tp kadang2 cnfius part cite smaada tgh brlaku atau imbas kembli.. next time wat perengan yg dpt mmbezekn yer.. gud luck..

  4. rohayu says:

    agak menarik..sbb sy pon ade pengalaman jd ahli suksis…cerpen ni mmbuatkan sy mengimbas kembali kenangan smsa menjadi anggota….ape pun gud lux !!

  5. ayam says:

    ayam suka scrambler jugak … warna OREN tau … Ekzos AHM 😛

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.