Cerpen : Cinta Di Kota Andalusia

28 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Atikah Ibrahim

Sejak bila dan entah bagaimana, perasaan ini mula hadir terhadapnya. Aku seolah-olah terjatuh dalam ruang hatinya, dan tergelam disitu sehingga tidak mampu mencari jalan keluar lagi. Aku rasakan pintu-pintu sekeliling hatinya telah memerangkap aku disitu. Dinding- dinding tebal hatinya sedikit pun tidak memberi peluang untuk aku meloloskan diri. Malah aku, tidak temui kunci untuk membuka pintu hatinya, agar aku boleh keluar dari dasar sana, dan seterusnya berhenti menjadi perindu yang tiada noktahnya. Jujur, aku rindukan si pemilik mata redup itu. Kerinduan itu semakin bertamu sejak aku kehilangan jejaknya.

Segalanya bermula sewaktu aku ditugas, melaporkan berita mengenai persidangan media dan komunikasi yang berlangsung di kota Andalusia dua tahun yang lalu. Sebenarnya tugas itu seharusnya digalas oleh teman seperjuanganku Gia. Namun disebabkan kesihatannya, tidak membenarkan dia ke Andalusia. Lalu aku diminta menggantikan tempatnya selaku wartawan penyiaran disana. Arahan itu, bagaikan memberi seribu warna pelangi terhadapku. Benar kota Andalusia merupakan salah satu tempat yang ingin kujejaki, terlalu banyak sejarahnya ingin aku terokai. Tanpa kusedari di kota itu bakal tercipta takdir yang merubah segalanya. Merubah hatiku.

Riuh, mula menghuni ruang sewaktu aku tiba di balai ketibaan Malaga. Kelihatan pusu-pusu penumpang dengan bagasi laju dan perlahan menghiasi kawasan. Pelbagai aksi dan tingkah dapat dilihat, dari sekecil-kecil anak hinggalah sebesar-besar dewasa. Sedang ralit berbola mataku memerhati suasana di balai ketibaan. Tiba-tiba pandangan ini jatuh kepada susuk tubuh seseorang dan entah mengapa semacam ada suatu perasaan yang sukar digambarkan. Mata redupnya, seperti terus-terusan mengunci mataku untuk terus memandangya.

Nah, lelaki bermata redup dengan jeans sedikit lusuh dan berjaket coklat muda itu, turut memandang ke arahku dengan senyuman. Sebelum dia, hilang dari pandangan mata bersama rasa hatiku seperti gederang yang mau perang. Bergetar hebat. Tuhan siapakah dia? Usai persidangan untuk hari pertama, aku mencuri sedikit masa dengan bersiar-siar di. Kota perlabuhan Malaga, melihat keindahan kota yang melahirkan pelukis terkenal picaso. Kota ini sungguh indah, indah dengan seninya. Aku masih ingat kata dari Gia sebelum aku berlepas ke Andalusia, sewaktu kami sama-sama menghirup kopi dalam ruang rehat pejabat.

“Nada mungkin disana kau akan jumpa si pemilik hati yang kau kunci. Si dia yang juga sukakan seni seperti dirimu”. Aku hanya tersenyum sewaktu mendengar bisikan kata dari Gia, yang kuanggap tidak lebih dari sebuah usikan.Ya, gadis bernama Gia, yang berlesung pipit di pipi itu, sangat suka mengusik diriku. Terutama berkaitan hati. Seringkali dia,dengan senyuman comel mengelarkan aku si gadis berhati dingin, kebal dengan panahan cinta katanya. Aku pula seperti biasa, hanya ketawa setiap kali dia memanggilku dengan gelaran itu, dan megusiknya kembali bahawa aku sedang menunggu seseorang sehebat Thariq bin

Ziyaad untuk meleburkan hatiku yang dingin. Setiap kali itulah Gia akan tersenyum mendengar jawapanku, sebelum menepuk lembut bahuku disulami kata “semoga kata-katamu menjadi doa sahabat. Semoga lelaki sehebat Thariq akan kau temui. Sehebat Thariq bin Ziyad pahlawan agung islam, yang mampu menakluki kota Andalusia dengan cahaya keimanan. Dan semoga Thariq yang kau cari mampu menakluki hatimu dengan kasih sayangnya” Luah Gia. Ikhlas.

Angin laut Mediterranean, perlahan-lahan menjamah lembut pipiku, sebelum mematian lautan lamunanku terhadap Gia. Semoga sahabatku si comel Gia kembali sihat seperti biasa. Semoga tuhan memberi kesihatan yang baik untuknya. Bunyi kicauan merdu burung-burung dilangit senja, sungguh memukau. Dihiasi pula warna mentari yang sudah mula malu memancarkan sinarnya. Cukup indah lukisan Tuhan.Dalam menghayati pemandangan yang ditemani, bau laut yang sungguh mempersonakan, disamping menikmati secawan coklat panas, sepotong kek dan beberapa keping roti keju. Tiba-tiba ada rasa hangat jatuh di jaket tebalku, diiringi bau cappuccino yang menebal. Sepantas itu juga, pandangan ini, tertumpu kepada susuk tubuh yang kelihatan gelabah mencapai napkin berwarna hijau susu di atas meja sebelum disuakan kepadaku.

“Maaf cik, saya tak sengaja”. Jelasnya dengan suara bergetar. Cawan putih dihiasi bunga kecil berwarna ungu yang masih berbaki setengah Cappuccino, dipegang kemas. Kali ini, debar didada aku pula bergetar hebat. Lelaki yang aku temui di balai berlepas Malaga petang kelmarin, sedang berdiri dihadapanku. Dia dan sepasang mata redupnya sedang memandang aku, dengan ucapan maaf. Takdir apakah ini tuhan? Teringat aku kepada, ucapan seorang sahabat, “setiap pertemuan itu jodoh”. Adakah ini jodoh tuhan? Aku tersenyum memandangnya, menutup getar di hati. Sebelum napkin berwarna hijau susu itu bertukar tangan.

“Ohh, tak mengapa. Saya tahu Encik tak sengaja.”Ucapku dengan suara teragak-agak. Dia mengangguk lega. Entah dari mana datangnya keberanian yang merasuk diri, aku menjemputnya duduk semeja. Sedikit kurang sopan aku kira, perempuan menjemput lelaki yang langsung tidak dikenali, makan semeja. Namun, aku biarkan rasa kurang sopan itu tertanam di ruang paling dalam, yang pasti aku tidak mahu kehilanganya lagi. Sebelum kukenal siapa dia. Dengan ramah, dia menarik kerusi. Duduk didepanku. Lewat senja itu, di tepi jendela kaca restoran yang menghadap laut Mediterranean , kami bertukar cerita. Arghh manis amat perasaan itu. Kata, si pemilik mata redup yang mempunyai sepasang senyuman manis itu. Kedatanganya ke Andalusia, bagi menghadiri seminar berkaitan seni bina anjuran persatuan arkitek Asean. Kali ini, pihak pengajur memilih kota seni Andalusia sebagai lokasi seminar. Mungin disini terlalu banyak monumen- monumen seni tinggalan sejarah untuk ditelaah. Jelasnya. Namun yang paling megejutkan aku, mengenai lelaki bermata redup ini, adalah namanya.Hampir – hampir saja, tersembur hirisan kek yang baru ku sua ke mulut, sewaktu dia memperkenalkan namanya.

“Saya Thariq Hijjas. Nada boleh panggil saya Thariq sahaja” . Lembut nada suranya memberitahu. Saat itu, hampir terhenti sejenak nadiku. Kebetulan yangseperti diatur oleh sang pencipta. Perbualan dengan Gia kembali menjelma di kotak kecil mindaku.

‘Semoga kau temui Thariq yang kau cari Nada”. Kata-kata Gia itu, seolah-olah memukul lembut ruang hatiku. Adakah dia tuhan? Teriak hati kecilku. Sebenarnya, ada kisah duka yang kusimpan, hingga menyebabkan hatiku mati kepada lelaki. Sejak alam persekolahan, alam perkuliahan sehinggalahlah aku melewati alam perkerjaan. Berkali-kali aku pesan kepada hati, jangan pernah terjatuh rasa cinta terhadap mereka yang bernama lelaki. Masih jelas, terbayang-bayang di benak fikiranku, seksanya ibu membesarkan aku adik beradik disamping lelaki bernama ayah yang langsung tidak bertanggungjawab. Bertapa terluka dan hibanya hatiku setiap kali aku lihat ibu dipukul dan diterajang oleh ayah tanpa belas kasihan.

Pernah sekali, ibu terlewat menyediakan makan malam untuk ayah kerana sibuk menguruskan adik yang demam dan tidak mahu langsung diletak, dan asyik merengek sahaja sepanjang hari. Akibatnya, segenap tubuh ibu dihiasi balunan tali pinggan dan kepala ibu menerima empat jahitan kerana dihantuk di dinding rumah oleh lelaki yang aku panggil ayah. Sadis bukan. Setiap malam ayah akan pulang terhuyung hayang dengan bau keras yang memualkan dari mulutnya. Cakapnya merapu dan penuh sumpah seranah, habis barang dalam rumah diseleraknya. Aku tahu, ayah mabuk lagi. Keadaan lebih teruk, jika hari itu, ayah turut kalah judi. Pasti ibu yang akan menjadi tempat ayah melepaskan rasa geramnya.

Jika aku adik beradik memerlukan pembayaran untuk acara sekolah mahupun kuliah, ibu jugalah yang berlari kesana kemari mencari wang, dan ayah hanyalah bergelar ayah pada namanya. Perit dan terhiris perasaan aku alami saat itu. Sejak itu, aku berjanji tidak akan sesekali membenarkan hati, terikat dengan mana-mana lelaki. Aku seolah-olah takut, perit yang dialami ibu, turut aku alami jika tersalah pilih dia yang bernama lelaki. Ayah telah membunuh rasaku kepada lelaki. Sehinggalah aku temui dia yang bernama Thariq. Entah mengapa wajahnya membawa aku kepada satu tempat yang amat selesa. Dia ibarat bintang yang memancarkan cahaya yang terang, sehinggakan melebur dingin hatiku. Bintang persis namanya Thariq yang bererti bintang. Tuhan semoga dia menjadi bintang hatiku. Doaku dalam diam.

“Nada, saya lihat awak sesuai menjadi seorang wartawan”. Ucap Thariq memecahkan lamunan aku yang panjang.

“Saya lihat, ada keberanian dalam diri awak, pantas dengan kerjaya seorang wartawan yang memerlukan keberanian dalam melaporkan kebenaran, meskipun pahit”. Luahnya bersahaja. Sesekali alunan muzik, dan putaran lagu Glen Hansard dan Marketa Irglova, berjudul Say It To Me Now yang dinyanyikan dalam filem Once. Memenuhi ruang legar restoran. Asyik dan merdu.

“Kehidupan mengajar saya untuk terus berani dalam menghadapi kemungkinan Thariq . Dunia wartawan sendiri, memerlukan keberanian. Tanpa keberanian, saya mungkin tertewas dengan golongan atasan yang sering mencari jalan menyogok kami pihak wartawan dengan longgokan ringgit yang tentera gambar pemerintah yang mulia”. Terang aku kepadanya.

“Golongan berduit yang mahu golongan wartawan seperti saya, menyiarkan berita yang senada dengan kehendaknya. Kejam bukan permainan dunia golongan berduit. Dan saya memerlukan keberanian, agar tidak menjadi wartawan yang tertewas. Saya tidak mahu menyantap wang haram, seterusnya gembira di atas kesengsaraan orang lain”.

Sambung aku lagi. Tegas . Thariq mengangguk perlahan, sebelum meneguk sisa air yang terakhir. Diam seketika. Perbualan dua jam antara aku dan dia, si pemilik mata redup diakhiri dengan pertukaran nombor telefon. Supaya pertemuan hari ini tidak terputus begitu sahaja. Dan yang penting, rasa yang kian perlahan-lahan menusuk hati ini juga, tidak berakhir begitu saja. Aku kembali ke hotel penginapan di Marbella, rasa ngatuk mula mengigit mata. Aku harap nyenyak malam ini, bakal ditemani mimpi-mimpi indah dari tuhan.

Subuh yang cukup dingin, mengejutkan aku dari lena yang panjang. Malas-malas aku bergerak mendapatkan tuala biru laut yang tersangkut di tepi jendela. Air hangat, yang meluncur keluar melalui pili berwarna keemasan, memberi rasa tenang dan segar di pagi hari. Sejak dahulu hingga kini,ibu sering melatih aku dan adik beradik yang lain, supaya sentiasa berpagi- pagian. Ibu sesekali tidak membenarkan kami tidur setelah menunaikan solat subuh. Kata ibu, “rezeki itu bermula dipagi hari”. Amalan itu,sudah menjadi kebiasaan bagi diriku. Jika dilanggar terasa seperti aku menderhaka kepada perintah ibu. Usai sahaja mandi, sejadah dibentang. Dalam sujud terakhir, aku pohon segala kebaikkan dari tuhan, dari sekecil-kecil hajat hinggalah sebesar-besar permohonan.Yakin segala doa akan dimakbulkan, cuma tempoh waktu yang menjadi penentu tuhan menjawab doa itu. Mentari pagi mula memacarkan sinarnya dan sesekali menembus masuk ke bilik hotel, melalui jendela yang dilitupi langsir berwarna merah saga. Setelah bersarapan dengan segelas susu panas dan sekeping pengkek epal yang harum baunya. Aku bergegas ke lokasi persidangan, untuk menjalankan tugas bagi hari kedua. Selesai urusan tugas untuk hari ini. Tiba-tiba telefon aku bergetar, menandakan ada panggilan masuk. Nama Thariq tentera di skrin. Dihujung talian, dia meminta aku menemaninya ke sesuatu tempat, katanya mahu melihat seni tinggalan islam. Entah mengapa, mudah sekali hati ini, mengatakan setuju.

Sepuluh minit kemudian, aku sudah berada dalam perut kereta yang dipandu oleh Thariq. Kami meluncur membelah, jalan menuju Cordoba. Perjalanan dua jam dari Marbella ke Cordoba dengan jarak sejauh 213 kilometer jaraknya, dihiasi indah dengan pemandangan cantik dari sudut kanan dan kiri jalan. Sesekali mata nakalku mencuri pandang ke arahnya. Dalam bungkusan T-shirt kuning cair yang dipadankan dengan jaket coklat muda. Dia kelihatan segak. Sepanjang perjalanan itu, tidak putus-putus dia bercerita tentang rasa hatinya yang ingin benar menjejaki kaki melihat Mezquita Cordoba, masjid agung yang saat ini dikenali sebagai Katedral Katolik Roma.

“Nada, serunya dengan lembut. Sebelum dia menyambung ayat seterusnya, “sadis bukan, kerana sedikit kesilapan masjid agung yang menjadi kebanggaan islam akhirnya jatuh ke tangan yang bukan hak. Hingga merubah solat dan kiblat. Tiada lagi azan dialunkan, yang kedegaran hanya loceng gereja dimainkan”. Terangnya lirih. Ada nada kecewa disitu. Jujur, hati ini semakin kagum dengan arkitek muda di depanku ini. Selain mampu mentafsir gabungan seni dan sains dia turut metelaah sejarah-sejarah Islam.

Setibanya kami di cordoba matahari sudah mundur kebelakang. Benar, masjid agung itu sangat indah, seindah gambaran yang diberi Thariq. Pada jantung masjid ini terdapat mihrab tempat dimana imam memimpin solat yang berbentuk cekungan langit-langit yang diukir dari blok marmar dan kedua sisinya dihiasi dengan mozek indah dari emas. Manakala disekeliling mihrab terukir dengan tinta emas dan biru, 99 nama-nama asma Allah S.W.T. Cukup indah. Sayu terasa hati, bila memikirkan monumen yang paling hebat sejak Dinasti Umayyah, sewaktu ibu kota Al-Andalusia berada di Cordoba kini bukan lagi milik islam. Dari hati kecil, aku berdoa semoga azan kembali berkumandang disini, di masjid ini. Thariq membawa aku, berjalan-jalan mengelilingi Mezquita Codoba, sebelum kami bertolak pulang. Sesekali angin senja meniup lembut seledang ungu bercorak abstrak yang kupakai.

Entah Mengapa setiap kali berada bersama Thariq, aku rasa aman dan selamat, seolah-olah dia pelindung yang diutus tuhan untukku. Dengan bola mata redupnya aku lihat Thariq menjelajahi sengenap ukiran di setiap ruang Mezquita.

“Suatu hari nanti, saya mahu membina masjid persis Mezquita di negara kita Nada. Saya mahu Mezquita kembali berkumandang dengan azan, walau bukan di cardova biarlah di Malaysia”. Luahnya dengan nada yang sayu. Aku senyum memandangnya.

“Semoga harapan mulia itu menjadi nyata Thariq”, ujarku pula. Sebelum pulang, kami sempat singgah menjamu selera. Kawasan yang dikelilingi cahaya lampu menjadi pilihan Thariq dan aku kali ini. Dalam suasana yang sedikit romatik, si mata redup itu membuka cerita pahit, jatuh bangun dirinya, sepanjang bergelar arkitek.

Menurut Thariq plan lukisannnya pernah dicuri. Idea dan plan seni binanya selama tiga bulan memakan masa untuk disiapkan sewenang-wenangnya diambil orang lain dan diakui sebagai haknya. Dan yang lebih perit, pelaku durjana itu merupakan sahabat karibnya.

“Kenapa tidak diadu saja kepada pihak atasan”? Tanyaku. Jawapan yang diberi Thariq, sesungguhnya menyentak hebat tangkai hati ini. “Saya rasa biarlah tuhan yang menghukumnya”. Jelasnya dengan tenang. Sambil tangannya ligat memusing kunci kereta di atas meja.

“Andai maaf masih mampu diberi, tidak salah bukan jika kita memilih memberi maaf. Luahnya bersahaja. Tiba-tiba mindaku teringat tentang kisah Thariq bin ziyad yang pernah dibaca dalam majalah beberapa lama dahulu. Bertapa pemaafnya panglima islam bernama Thariq bin Ziyad, sewaktu berhadapan dengan orang bawahannya yang pernah meminta untuk meniduri anak-anak perempuan yang ditawan oleh pasukannya. Orang bawahan yang berasal daripada pihak musuh yang memilih untuk mengikut perjuangan Thariq bin ziyad. Cara yang digunakan panglima, perang itu dalam menyelesaikan masalah, cukup mudah hanya dengan mengajukan soalan.

“Bagaimana perasaan mereka, jika anak-anak perempuan mereka ditiduri oleh pihak musuh”. Dengan serta merta orang bawahannya menangis dan memohon maaf. Selaku ketua yang hebat, Thariq masih mampu memberi maaf kepada orang bawahnnya dikala bisa menghukum. Mendegar cerita Thariq tadi. Aku akui, ada secebis sifat Thariq bin Ziyad dalam diri Thariq bin Hijjas. Semakin menebal rasa hati hati terhadap lelaki bermata redup itu. Malah ungkapan maaf itu juga, turut mengembalikan kenangan aku kepada ayah. Bertapa berdosanya aku selama ini, menanam sifat benci kepada dia yang membawa aku melihat dunia ini. Tuhan ampunkan dosaku.

Hari ini, merupakan hari terakhir aku dibumi Andalusia. Terasa hiba hati. Langkah kaki seolah-olah berat untuk meninggalkan bumi Andalusia. Terlalu banyak kenangan aku yang dicipta disini. Kenangan bersama si mata redup. Tibanya di balai berlepas, Thariq menyerahkan sekeping surat bersampul coklat dan satu kotak berbungkus pembalut berwarna merah jambu. Pesannya, hanya buka bungkusan dan sampul itu, setelah tiba di Malaysia. Aku akur. Kami berpisah di balai berlepas. Thariq masih ada seminar yang masih berbaki dua hari.

Dua tahun sudah berlalu, dan hingga kini aku masih tidak ketemui lelaki bermata redup yang berjaya menakluki hati ini. Setibanya, di Malaysia aku kehilangan jejak Thariq. Akibat kecuaian diri sendiri, aku tercicir telefon yang satu-satunya mengandungi nombor telefon Thariq. Ya, alat yang menjadi penghubung kami. Sengenap ruang aku cari namun tidak diketemui telefon itu. Berbulan lamanya tawaku mati bersama kehilangan Thariq. Sebelum sahabatku Gia, datang memberi semangat.

Dengan cermat dia bersuara “Nada, kau harus terima ketentuan tuhan, mungkin ini ujian darinya untuk melihat kekuatan cinta kau terhadap Thariq. “Kau harus redha dengan takdir tuhan, kita tidak mampu menyingkap takbir tuhan Nada. Kalau kau yakin dia jodoh kau, sejauh mana kau dan dia terpisah. Cinta pasti akan membawanya kembali. Sambung Gia lagi. Sejak itu aku kembali belajar menerima kehilangan Thariq. Kembali mengukir senyum,walau tidak seindah dulu.

Hari ini, aku beranikan diri membuka sampul surat coklat dan bungkusan merah jambu pemberian terakhir Tariq. Bait-bait ayat dalam surat bersampul coklat itu . Tanpa segan silu telah menggugurkan air mata yang telah lama aku tahan.

“Nada, kali pertama saya terpandang wajah lembut awak. Entah mengapa hati ini, yakin mengatakan awak jodoh saya.Benar, setibanya saya di Malaysia nanti, pasti awak saya sunting menjadi suri hidup ini”.Ringkas sahaja coretannya, namun mampu menjelaskan segala-galanya. Aku redha denganketentuanmu tuhan. Kali ini, bungkusan merah jambu pula aku buka dengan teliti. Sepasang jubah ungu bersulam tangan kelihatan. Indah, cukup indah. Seindah hati pemberi jubah ini. Sepi seketika.

Malas mengharungi ,jalan yang berpusu-pusu dengan lautan kereta, usai pulang dari kerja. Aku memutuskan, singgah sahaja di masjid putrajaya untuk melangsaikan hutangku dengan Tuhan. Setelah mengadu segala sebak didada, dan rasa rindu terhadap Thariq kepada pencipta, dalam doa asar yang sedikit panjang. Terasa tenang menyelubungi diri. Tenang setelah berbicara dengan tuhan di rumahnya. Aku melangkah menuruni anak tangga masjid dengan lambat-lambat. Terdengar seseorang memanggilku dari arah belakang. Suara yang cukup aku kenal. Suara yang ingin lagi aku dengar. Pantas aku memusingkan badan. Terasa air hangat membasahi pipi, sewaktu wajahnya muncul didepan mata. Tariq Hijjas. teriakku. Dia tersenyum, dengan anggukan. Si mata redup yang aku rindui kini kembali. Memecahkan penantianku selama dua tahun. Aku rasa, seolah-olah tuhan menjawab doaku lewat asar tadi.

“Andai kau takdirkan dia untukku tuhan, temuilah aku dengan Thariq. Namun jika, dia bukan milikku kau gantilah dia dengan yang lebih baik”. Masih jelas bait-bait doa yang kupohon tadi. Terima kasih Tuhan. Tidak aku sangka secepat ini, kau jawab doaku. Semoga jejaknya, tidak lagi hilang.


RUANGAN IKLANEKA



Comments are closed.