Cerpen : Cinta ‘One Two Juss’

29 January 2011  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : TinTa Biru

Alia melilau-lilau mencari novel yang ingin dibelinya. Dah habis rak kat MPH ni ditawafnya tapi masih belum jumpa novel “Sesuci Kasih Seorang Isteri” terbitan Kaki Novel yang ingin dimilikinya. Laris sungguh, tadi salesgirl tu cakap cuma tinggal satu je lagi. Ni yang sampai naik juling biji mata Alia mencarinya.

“Weii Lia, cepatlah. Perut aku dah gila lapar ni. Nanti-nantilah cari” Azie membebel-bebel.
“Ala, sabarlah. Dahlah novel tu tinggal satu je lagi. Kalau aku tak beli juga hari ini melepaslah” nak kena cepuk juga minah sorang ni. Membebel macam mak nenek.
“Hissh kau ni memang tak patut betullah. Pasal novel tu kau sanggup biarkan kawan kau yang comel ni kelaparan. Aku ada gastrik tau, nanti karang aku pengsan kat sini macam mana”
“Dah.. dah .. dah… Jangan banyak cakap lagi. Kau pergilah dulu dekat McD ke KFC ker, tunggu aku kat sana. Nanti aku datang. Kalau kau ada kat sini pun bukannya boleh tolong aku. Makin menyusahkan aku adalah. Karang aku pula yang pengsan dengar bebelan kau tu”
“Kau ni, brutal-brutal pun jiwang juga ekk. Oklah. Aku gi McD jer lah. Kau nak makan apa, aku orderkan”.
“Bagi aku Spicy Chicken McDeluxe dah ler. Emm burger tu kasi yang large punya tau. Air pun kasi yang besar sekali dengan kentang goreng pun besar juga yek” Alia dah terbayang-bayang kesedapan set hidangan kegemarannya. Dah lama tak makan ni. Nyum, nyum.
“Makk aiii, biar betul kau nie. Ada ker burger saiz besar. Setahu aku sama je saiznye”
“Ahhh.. belasah je la. Kalau tak de yang besar kau belilah 2. Macamlah tak faham-faham yang aku ni kuat makan” rungut Alia.
“Emmm iyelah labu. Weii, tapi kau jangan lama-lama sangat kat sini. Karang berasap pulak bontot aku menunggu kau kat sana sorang-sorang”
“Iyelah labi. Pergilah dulu, bising jer. Nak tersumbat dah telinga aku yang comel ni tau tak”
“Orait bebeh” Azie berjalan pantas menuju ke McD.

Alia masih mencari-cari novel tersebut.
Kemanakah gerangannya dirimu menghilang wahai si novel. Muncullah cepat supaya aku boleh memilikimu.
Sempat lagi Alia bermonolong. Sejenak dia tersenyum keseorangan bila teringatkan kata-kata Azie tadi. Brutal-brutal pun jiwang juga ekk. Bila masa pulalah si Alia ni membrutalkan dirinya. Setahu Alia dia pun seorang gadis remaja yang lemah lembut dan sentiasa ayu.. Ceehhh lemah lembutlah konon, padahal selalu bercakap kasar. Bercakap dengan orang kalau tak meninggikan suara memang tak sah. Dah tu, cara berpakaian punyalah sempoi gila. Cukuplah sekadar mengenakan jeans birunya tu dengan t-shirt dan berkasut sukan. Dah tu topi kesayangannya tak pernah lekang di kepalanya. All right lah tu apa.

“Yesss.. yess..” Alia menjerit kesukaan apabila terlihat sahaja novel yang dicari-carinya.
“Tak sia-sia aku berpenat-penat tadi, akhirnya jumpa juga. Hihi” lantas Alia mengambil novel yang terdapat di rak tersebut.
Tetapi serentak dengan itu juga terdapat tangan sasa yang turut igin mengambil novel berkenaan. Tatkala itu juga hujung jari mereka bersentuhan. Alia yang terasa seperti ada arus elektrik mengalir di badannya terus melepaskan novel tersebut. Begitu juga dengan lelaki itu. Apalagi novel itu pun jatuhlah ke lantai.
“Makk aiii, tangan dia ni. Ada cas-cas elektrik ke. Bahaya betullah” gumam Alia.
“Macam mana pula boleh terlepas ni” Faizul lantas memungut novel tersebut. Perempuan di depannya dipandang sinis.
“Eeehh, eehh, eehh, kejap kejap. Novel ni saya yang jumpa dulu so awak kena bagi kat saya, ok” lantas Alia mengambil novel tersebut dari tangan Faizul. Apa kes dia nak ambil pula, aku dah penat-penat mencari dari tadi.
“Mana pulak awak yang jumpa dulu. Saya rasa kita sama-sama jumpa novel ni kan. So kita kena buat ‘one two juss’ dulu”, Faizul memberi cadangan. Mana boleh nak bagi macam tu je. Dah merata kedai dia mencari novel tersebut. Akhirnya jumpa juga dekat MPH ni.
“Eeh, ehh, apa ke bengong mamat ni. Nak main ‘one two juss’ pula. Ingat aku ni budak-budak ke” bebel Alia perlahan.
“Apa awak cakap tadi” soal Faizul. Serasa telinganya dapat menangkap sesuatu yang tidak enak.
“Aaaa, tak ada apa-apa. Saya cakap budak-budak lari kena kejar Pak Ngong” Alia menjawab selamba.
“Aaaa, apa benda tu” Faizul buat muka pelik. Hairan pula dia melihat gelagat minah di depannya ni.
“Isshhh tak ada apa-apalah. Awak tak yah tau la. Macam nilah, awak kan lelaki, so awak kena beralah dengan kaum perempuan yang lemah ni. Barulah getleman. Jadi.. novel ni awak bagi kat saya je la. Ok”
Huhh.. apa barang minah ni. Gentle mentle konon. Orang suruh ‘one two juss’ ‘one two juss’ je lah.
“Macam nilah, kita main ‘one two juss’ jelah. Kalau awak menang saya bagi novel ni kat awak”
Ishh. isshh mamat ni, nak juga ber’one two juss’ tu. Sibuk sangat nak novel ni kenapa. Alia semakin meluat. Selalunya perempuan je yang gilakan novel, tangkap jiwang karat, tangkap leleh dengan novel.
Ni, lelaki dekat depan dia ni pula nak berebut novel dengannya. Alia melihat raut wajah Faizul dalam-dalam. Hmmm boleh tahan juga mamat ni. Dapat jadi pakwe aku pun best ni. Sempat lagi tu berangan.

Apahal lak minah ni. Tengok aku macam nak telan je. Dah kebulur tak makan agaknya.
“Cepatlah kita ‘one two juss’ ni”
“Emmm iye lah, ‘one two juss’ pun ‘one two juss’ lah” Alia dah malas nak melayan kerenah mamat tersebut. Ikut je lah kehendaknya.
“Ok, sedia, “one!!! two!!!juss!!!” Faizul memberi arahan.
“Yess, saya dah menang.. So awak tak boleh nak cakap apa lah. Novel ni saya yang punya” Faizul menjerit kegembiraan. Novel di tangan Alia diambil.
Alia terkebil-kebil kebingungan. Isshh, tak boleh jadi ni.
“Awakkk… tunggu kejap”
Faizul menoleh ke arah Alia. Apa lagi, dengan sepantas kilat Alia merampas novel di tangan Faizul dan membuat larian pecutnya. Gila laju. Faizul yang terkejut dengan tindakan Alia cuma memerhati saja. Tak sempat nak berbuat apa-apa.
“Hisshhh,, dasyat gila minah ni. Kurang asam betullah” Faizul melangkah keluar dari MPH dengan perasaan hampa.

Alia terbaring tergolek-golek di atas katil. Novel yang dibelinya sudah pun dikhatamkan. Bukannya sekali tapi dah berkali-kali. Seronok betul dia dapat memiliki novel tersebut. Sejenak dia terbayangkan wajah lelaki yang berebut novel dengannya beberapa bulan lalu.. Perasaan bersalah tiba-tiba menyelubungi dirinya.
“Hmmm kesian la pulak kat mamat tu. Tapi nak buat macam mana”

Serentak itu wajah Faizul bagaikan menari-nari di depan mata Alia. Kerap kali wajah tersebut seperti berlegar-legar di ruangan matanya. Alia sendiri berasa hairan, kenapa boleh jadi macam ini. Takkan dia sukakan lelaki itu. Tiba-tiba hatinya begitu memberontak untuk melihat wajah itu lagi. Tiba-tiba terasa seperti rindu untuk melihat wajah tersebut. Tapi di mana, di mana… Isshh biar betul ni. Inikah yang dinamakan cinta pandang pertama. Ntah macam mana dia rasa seperti ingin memiliki lelaki tersebut. Ingin menjadi miliknya yang sah. Isshhh ini dah kes naya ni. Alia ni dah diserang penyakit angau ni. Tolongggggg…

“Assalamualaikum”
“Waalaikummussalam” balas Alia sambil tersenyum kambing ke arah roomatenya Fifi.
“Tak de kelas ke hari ini” soal Fifi lembut apabila melihat Alia bukan main syok berbaring-baring santai di atas katil.
“Ada, petang nanti” Alia menjawab ala kadar.
Matanya dari tadi memerhatikan Fifi, seorang gadis ayu yang lemah lembut. Susun atur percakapannya amat bersopan santun. Kulitnya yang putih bersih menyerlahkan lagi kejelitaan wajahnya. Penampilan pakaiannya yang feminin dan susuk tubuhnya yang kecil molek membuatkan ramai lelaki terpikat padanya. Fifi turut mempunyai minat yang sama dengan Alia iaitu hantu novel.
“Hmmm, kalau aku jadi macam Fifi kan best.. Cantik, sopan santun, ayu. Hissh tapi bosanlah asyik nak pakai baju kurung, blaus, skirt labuh, dan mekap sebagainya. Biarlah aku macam ni, janji aku senang hati” Alia bercakap sendiri.
Jam di pergelangan tangan dilihat. Emm sempat lagi kalau nak tidur ni. Kelas mula pukul 4 petang. Alia terus menutup muka dengan bantal busuknya. Apa lagi, nak buat tahi mata lah tu.

“Waasss up bro!!!!” bahu Hakim terasa ditampar kuat. Nasib baik tak tersembur nasi di dalam mulutnya. Serentak wajah yang menepuk bahunya tadi ditoleh. Hmmm, nasib baiklah adik kesayangannya, kalau orang lain dah lama kena dengan buku limanya ni.
“Ehh Lia, agak-agaklah. Nasib baik abang tak mati tercekik tau. Buat apa kat sini”
Alia tergelak kuat melihat muka kelat abangnya. Gila kelakar dirasakannya.
“Lia ambil subjek luar jabatan kat sini. Abang sorang jer ke?”
“Eiii, cakap pelan sikit laa. Abang belum pekak lagi ni. Abis tu, Lia ada nampak orang lain ke dengan abang ni. Dah tau lagi mau tanya”
“Hihihi, manalah tau kot-kot tengah tunggu makwe ke” Alia mengusik.
“Hmmm,memang tengah tunggu orang ni, tapi bukan makwe ye”
“Iye lah tu. Wahhh, sedap nampak. Makan tak ngajak”
“Kenapa, adik abang ni lapar ker. Pergilah beli makanan kat depan tu, abang belanja” lantas Hakim memberikan not merah kepada Alia.
“Thank you.. abang. Sayang abang.. muuuaaaahhhh”
Alia terus berjalan perlahan untuk membeli makanan. Makanan di kafeteria Fakulti Sains ni lebih sedap daripada fakultinya. Ni yang buat air liur dia meleleh lagi ni. Perutnya pula memang dari tadi dah menyanyi-nyanyi minta diisi.
“Kim, sorilah aku lambat. Ada hal sikit tadi” ujar Faizul sambil menyeka peluh-peluh kecil di dahinya dengan tangan.
“Tak pe, aku pun baru sampai sebenarnya. Kau dah makan ke belum. Kalau belum pergilah beli makanan dulu. Kita makan dulu, lepas tu barulah bertenaga sikit nak bincang fasal projek kelas tu”
“Tak pe lah, aku dah makan tadi. Kau makan je lah dulu”.

Alia terasa jantungnya bergerak pantas takkala melihatkan lelaki yang tengah asyik bersembang dengan abangnya. Akhirnya.. jumpa juga dia dengan jejaka yang telah berjaya mencuri hatinya dalam diam.
“Sori ganggu, boleh duduk sekali tak” Alia berbasa-basi. Saat ini pipinya dirasakan semerah buah delima. Kenapalah perasaan macam ini mengusik dirinya.
“Laaa, duduk je la. Nak ganggu apanya” Hakim membalas.
Eh, macam pernah jumpa je minah ni. Tapi kat mana yea. Faizul ligat memerah otak apabila terpandangkan wajah Alia.

Alia yang malu-malu kucing menyuapkan makanan dengan begitu berhati-hati sekali. Dah lah ambil lauk ayam goreng, jenuh jugalah dia menyiat-nyiat isi ayam tersebut dengan gaya bersopan santunnya. Nak cover lah konon. Kalau tidak, dah berlaga-laga sudu tu dengan pinggan dibuatnya. Ayam tu pun sure boleh hidup balik, dan terbang ke lantai agaknya. Huhu.
“Ehh lupa pula. Faizul ni adik aku, Alia. Lia ni kawan abang, Faizul”
“Haii, selamat berkenalan” sapa Alia lembut.. Cehhh lembutlah konon. Kalau tidak dah macam anak singa mengaum je.
“Selamat berkenalan. Rasa macam pernah tengok lah. Tapi kat mana ye”
Laaa mamat ni. Takkan tak ingat kot. Aku punyalah ingat gila-gila kat dia, sampai makan tak lena, tidur tak kenyang.. Ehh peribahasa mana pulak aku belajar ni.. Ahh belasah jer la, dia boleh tak ingat langsung kat aku.. Huhuhu gila sedih betullah. Gumam Alia di dalam hati.
“Aaaaa baru ingat ..’One two juss’ kannn” Faizul menjerit ceria selepas jenuh memerah otak.
Isshhh.. ishhh.. ishhh trademark ‘one two juss’ tu jugaklah yang diingatnya. Apalah Faizul ni. Macam budak sekolah jer.
“‘One two juss’ apa kebendanya tu. Tak faham aku” Hakim mencelah
“Emmm, saya minta maaf ye pasal hari itu. Kalau awak nak baca novel tu saya boleh bagi pinjam” Alia bermanis mulut.
“Tak pelah. Bukannya abang yang nak baca pun. Abang cuma tolong belikan untuk orang lain je” jelas Faizul.
“Ooo ye ker” Alia menjawab perlahan. Beli untuk orang lain. Untuk siapa pula, untuk makwe dia ke. Huhuhu. Tapi Alia suka bila Faizul membahasakan dirinya abang. Sweet sweet gitu.
“Weii. Apa benda yang korang merepek ni. Aku tak faham satu pun” Hakim yang terpinga-pinga dari tadi menyampuk.
“Tak ada apalah Hakim. Sebenarnya aku pernah jumpa adik kau ni dekat MPH dulu. Berebut novel. Hikhikhik”
Alahai dia gelak pula. Manisnya….. macam lolipop pulak. Rasa nak hisap-hisap. Hihihi.
“Ooo gitu, maknanya dah kenal lah ni” soal Hakim
“Tak juga. Sekarang ni baru berkenalan secara rasmi” Faizul tersenyum memandang Alia yang sedang menjamah makanan.
“Lia belajar kat sini juga ke?. Tak pernah nampak pun. Ambil course apa?” soal Faizul ingin tahu
“A’aaa, Lia ambil Perancangan Bandar” Alia menjawab ringkas. Malu pula dia nak bercakap lebih-lebih. Hairan, hairan. Kenapalah dia jadi tercover-cover pula kat depan Faizul ni.
“Ooo, first year ke?. Tinggal kat kolej berapa?”
Ishhhh, apahal lah banyak tanya pula dia ni.
“Emmm first year. Tinggal kat kolej lima” Alia menjawab lembut.
“Ooooo”
Hakim semakin tercengang-cengang dengan perubahan adiknya. Percakapannya macam dengar dengan tidak sahaja. Dah buang tabiat ke apa si Lia ni.
“Ok lah Lia. Abang dengan Faizul kena pergi dulu ni. Ada discussion”.
“Ye la Lia. Lain kali kita jumpa lagi ye. Baiii” Faizul melambai dan terus menghilangkan diri bersama abangnya.

Alia menyumpah seranah dirinya sendiri. Kenapalah tiba-tiba aku jadi malu-malu miau pula ni. Padahal banyak soalan yang nak ditanya kepada jejaka yang membuatkan tidurnya tak lena itu. Heee,
geram-geram. Makanan yang masih belum luak di pinggannya dijamah. Kali ini kedengaran bunyi sudu dan garpu berlaga-laga di pinggan. Tak ada maknanya nak cover-cover weiii. Perut dah gila lapar ni. Tapi mungkinkah ada pertemuan lagi selepas ini. Alia amat-amat berharap.

MPH Bookstore di MidValley sekali lagi menerima kehadiran Alia. Tetapi kali ini Alia cuma keseorangan tidak ditemani oleh rakan karibnya Azie. Alia berjalan perlahan menuju ke rak di bahagian novel. Hasrat di hatinya ingin melihat-lihat koleksi novel di ruangan tersebut. Jika ada yang menarik perhatiannya mungkin akan dibelinya. Sedang Alia menuju ke arah bahagian tersebut matanya menangkap sesusuk tubuh yang amat dirinduinya. Faizul yang hanya mengenakan t-shirt putih dan berjeans biru kelihatan cukup kacak di mata Alia. Sejak pertemuannya dengan Faizul di Fakulti Sains hari itu hampir dua bulan dia tidak pernah terserempak dengan Faizul. Perasaan rindunya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Langkah kaki diatur menuju ke arah Faizul yang jaraknya hanya 10 meter dari Alia. Alia nekad untuk berterus-terang dengan Faizul. Biarlah dia dikatakan perigi mencari timba ker, muka tak malu, pipi tersorong-sorong ker, Alia tidak peduli. Tidak semestinya perkara yang melibatkan hati dan perasaan ini hanya lelaki yang memulakannya. Wahhh… bukan main bernekad sungguh Alia ni. Bagus bagus bagus, chaiyokkk.. Namun perasaan dan semangat yang begitu membara tadi bagaikan termati di situ. Kelibat seseorang yang mendekati Faizul membuatkan langkahnya kaku. Kemesraan mereka membuatkan hatinya bagaikan dicarik-carik, dirobek-robek dengan pisau yang tajam. Kenapa di saat dia mahu mencipta kebahagiaan, kedukaan terlebih awal datang bertamu. Alia pasrah dan berasa amat terluka. Langkah kaki diatur untuk pulang. Tidak sanggup dia melihat kemesraan mereka berdua. Hatinya cukup terluka, terluka…

Alia merebahkan badan gebunya di atas katil. Tidak dapat digambarkan perasaannya di kala ini. Perasaan sedih dan kecewa begitu mencengkam lubuk hatinya. Ternyata dia hanya bertepuk sebelah tangan. Yea la, orang yang sekasar Alia ni siapalah yang mahu. Mukapun tak secantik mana jika dibandingkan dengan gadis yang bersama dengan Faizul di MPH tadi. Apa yang membuatkan hati Alia semakin membengkak ialah gadis tersebut amat-amat dikenalinya. Kenapa mesti dia, kalau orang lain mungkin Alia masih boleh menerima kenyataan. Ini.. ahhh Alia jadi tidak keruan mengenangkannya. Bagaimana dia ingin meniti hari-hari yang dilaluinya. Tidak….

“Assalamualaikum” Fifi menjengukkan muka di muka pintu.
“Waalaikummussalam” jawab Alia ala kadar. Sejenak perasaan cemburu mencengkam dirinya. Masih lagi terbayang-bayang kemesraan Fifi dengan Faizul di MPH tengahari tadi.
“Tak pergi mana-mana ke hari ni” ujar Fifi lagi. Selalunya kalau hari-hari minggu macam ini mesti Alia menghabiskan masa bersama teman baiknya.
“Tak.. malas” Alia menjawab sepatah. Rasa tak betah nak berbicara lebih lanjut dengan Fifi.
“Tadi kan Fifi pergi MPH. Ada novel baru tau. Best… Lia nak tengok” Fifi lantas ingin mengeluarkan novel yang baru dibelinya.
“Tak pe la.. Lia nak ambil angin kat luar sekejap” Alia bingkas bangun, topi di bucu katil diambil dan disarungkan di atas kepala. Rambutnya yang panjang paras bahu dibiarkan terlepas.
Fifi bungkam. Hairan melihat perubahan mendadak Alia. Selalunya kalau cakap pasal novel, bukan main suka. Ini tidak , terus keluar pula. Hairan, hairan.

Alia berjalan seorang diri tanpa arah tujuan. Tidak tahu ke mana yang harus ditujunya. Tetapi hendak duduk di dalam bilik, tiba-tiba dia berasa kekok. Dia tahu dia tidak sepatutnya berbuat demikian terhadap Fifi. Fifi tidak bersalah. Tetapi hati yang telah dilanda perasaan cemburu ini sukar untuk ditafsirkan tindakannya. Alia berjalan tunduk mengikut arah langkah kakinya. Batu-batu kecil di depan Kompleks D disepak perlahan.

“Aduh…”
Alia mendongak apabila terdengar suara mengaduh di depannya. Batu kecil yang disepaknya tadi telah mengenai seseorang. Apa yang membuatkan hatinya bertambah rawan ialah batu tersebut mengenai Faizul. Ahhhh.. kenapa di saat-saat begini pula dia muncul.
Alia memusingkan badan dan berjalan laju meninggalkan Faizul.
“Lia.. Lia.. tunggulah” Faizul mengejar Alia dari belakang.
Alia melajukan pecutannya apabila melihat Faizul semakin menghampirinya. Entah macam mana kaki Alia tersadung menyebabkannya jatuh tersungkur. Malu tak tau nak cakaplah apabila sekumpulan siswa yang berada di situ menyorak kuat ke arahnya. Kedua-dua tapak tangan Alia terasa perit yang amat sangat.
“Macam mana boleh jatuh ni. Tu la.. abang panggil tapi Lia lari pula. Kalau tak mesti tak jatuh macam ni” ujar Faizul cemas sambil menghulurkan tangannya ke arah Alia untuk membantu Alia bangun.
Alia yang malu dan geram tidak menyambut huluran tangan Faizul.
“Huh.. kalau aku tak jumpa kau, mesti aku tak lari. Kalau aku tak lari, mesti aku tak jatuh.. Huhuhu. Ni semua kau punya fasal” gomel Alia di dalam hati.

Kedua-dua tapak tangan yang terasa perit dilihat. Kelihatan darah-darah merah mula terbit dari kedua-dua tapak tangannya. Sakit, memang sakit. Berdenyut-denyut dirasakannya. Kalau dia tidak menahan dengan kedua-dua tapak tangannya tadi, sudah pasti mukanya yang bolehlah dikatakan comel itu yang mencium tar tersebut. Huhuhu.

“Haaa… Kan dah berdarah. Ya Allah teruknya. Mari sini abang tengok” Faizul menawarkan bantuan.
Pada mulanya Alia ingin menolak, tetapi disebabkan sakit yang melampau dia membenarkan Faizul membantunya. Tambahan pula sekejap tadi Alia terasa seperti hendak pitam melihat darah di tapak tangannya. Dia memang tidak boleh melihat darah, pasti akan rasa pening kepala.

“Lia duduk sini dulu. Abang nak pergi beli barang sekejap ye” Faizul kelihatan berlari-lari anak menuju ke sebuah kedai yang terdapat di situ.
“Ahhh, kenapalah time ni pula kau nak buat baik dengan aku. Huhuhu. Sayang betul kau dah berpunya. Huhuhu”Alia merintih lagi.

Sepuluh minit kemudian Faizul datang semula dengan membawa barang-barang yang dibelinya tadi.
“Bagi tangan tu abang tengok” Faizul memberi arahan.
Alia yang tidak banyak membantah menghulurkan kedua-dua tapak tangannya yang semakin banyak mengeluarkan darah merah yang pekat.
Faizul menguis-nguis pasir-pasir halus yang melekat di tapak tangan Alia dengan sapu tangan kecil yang dibelinya tadi. Sesekali dia meniup lembut kedua-dua tapak tangan Alia apabila dilihatnya Alia mengerang kesakitan. Kemudian tutup botol air mineral yang dibelinya tadi dibuka.
“Tahan sikit ye Lia.. Pedih ni” lantas Faizul mencurahkan air tersebut bagi membasuh luka di kedua-dua tapak tangannya.
Alia cuma mengaduh perlahan. Tak semena-mena air matanya mengalir di pipi. Alia menangis kesakitan, tetapi apa yang membuatkannya lebih menangis adalah kerana hatinya yang sakit. Hatinya yang pedih dan merintih kerana insan di depannya ini bukan miliknya tetapi milik Fifi.
“Sakit ke.. sabar sikit ye” Faizul memujuk. Saat ini Alia berasa amat-amat bahagia. Tapi apa kan daya… hati Faizul sudah dimiliki. Huhuhu..
“Ok..siap” Faizul melihat Alia sambil tersenyum manis.
Kedua-dua tapak tangan Alia telah dibalut kemas dengan sapu tangan kecil yang dibelinya tadi.
“Jom abang hantar Lia balik kolej dulu” Faizul mempelawa. Berharap sangat agar Alia sudi menerima pelawaannya.
“Tak pe la, Lia jalan kaki je” Alia menolak lembut.
Mana mungkin dia mahu Faizul menghantarnya pulang. Nanti kalau terserempak dengan Fifi kan susah. Alia melangkah perlahan meninggalkan Faizul yang agak terpinga-pinga dengan tingkah laku Alia.

Hari ini sudah tiga hari Alia duduk di rumah. Tiga hari juga kuliahnya ditinggalkan. Tiga hari juga roomatenya ditinggalkan keseorangan. Biarlah mungkin ini yang terbaik bagi mengubat luka di hatinya. Bagi mententeramkan jiwanya yang hancur luluh. Kedua-dua tapak tangannya yang luka hari itu dilihat. Luka yang dialami telahpun kering tapi sakitnya masih lagi terasa. Sejenak ingatannya teringat kepada Faizul. Ahhh, di saat dia cuba melupakan, semakin sering pula wajah itu menjelma.

“Lia nak makan. Nanti boleh mama siapkan” ujar Puan Mastura.
Alia cuma menggelengkan kepala.
“Kenapa ni sayang. Sejak balik hari itu, mama tengok Lia asyik diam je. Ada masalah ke” soal Puan Mastura yang bimbang dengan keadaan Alia. Sudah pastilah dia bimbang memandangkan Alia seoranglah anak perempuannya. Dulu Puan Mastura berkeras tidak membenarkan Alia tinggal di kolej kerana rumah mereka tidaklah jauh sangat dari tempat Alia belajar, namun Alia memberikan alasan ingin berdikari.

Sekali lagi Alia menggelengkan kepala sambil mengukir senyuman. Apa yang ingin diberitahu kepada ibunya. Takkan nak cakap yang dia putus cinta sedangkan bercinta pun tidak melainkan hanya bertepuk sebelah tangan saja, hanya syok sendiri. Uhhh pedihnya perasaan apabila cinta tidak dibalas. Betulkah tidak berbalas sedangkan Faizul tidak mengetahui yang Alia mencintainya. Tapi apa bezanya, dia sudahpun berpunya.

“Assalamualaikum” kedengaran suara Hakim memberi salam.
“Waalaikummussalam” jawab Puan Mastura dan Alia serentak.
Hakim terjengul di muka pintu sambil tersengih-sengih. Bersama-samanya turut kelihatan Faizul dan Fifi.
“Mama.. ni kawan Hakim. Faizul dan ini Fifi” Hakim memperkenalkan.
“Apa khabar makcik” ujar Fifi sambil menyalami Puan Mastura.
“Lia apa khabar, sihat?” soal Fifi kepada Alia pula. Namun tiada jawapan.

Alia yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati menjadi tidak betah duduk. Nafasnya terasa sesak. Kenapalah abangnya suka-suka membawa tetamu yang tak diundang ke rumah. Sakit betul rasa hatinya. Ingin lari dari segala kekalutan dan kekusutan tapi segala-galanya seolah-olah mengejar dirinya. Ekor matanya dapat melihat Faizul yang dari tadi memerhatikannya. Huhh geram, sudah ada buah hati di sebelah pun masih nak mengada-ngada. Nak menunjuk-nunjuk ke. Menyampahnya.

“Ehh, takkan berdiri je. Marilah duduk. Nanti makcik buatkan air” pelawa Puan Mastura.
Alia yang masih duduk tiba-tiba terus bangun mahu menjauhkan diri. Lebih baik duduk di taman di luar rumahnya.

“Lia macam mana?. Dah ok ke tangan tu?” soal Faizul apabila melihat Alia bangun untuk pergi.
“Tak payah nak ambil tahulah” jawab Alia keras. Langkah kaki diatur laju menuju ke luar rumah.
“Lia, kenapa cakap macam tu. Tak baik” nasihat Puan Mastura. Hairan dia melihat gelagat anak gadisnya yang seorang ini.
“Tak pe lah makcik. Saya tak ambil hati pun” ujar Faizul bagi menjaga riak muka Puan Mastura yang kelihatan malu dengan sikap Alia.
“Tak taulah makcik kenapa dengan dia. Sejak balik hari itu dia lebih banyak mendiamkan diri. Tak macam sebelum ini. Banyak mulut, ada je yang nak diceritakan. Kamu tahu ke, kenapa adik kamu jadi macam tu Hakim” soal Puan Mastura yang susah hati dengan perubahan Alia.
“Rasa-rasa macam tau” ujar Hakim perlahan.

Dia seakan-akan dapat meneka perubahan adiknya. Beberapa bulan yang lalu Alia pernah merisik-risik tentang Faizul darinya. Dari situ Hakim dapat merasakan yang Alia ada menyimpan hati terhadap Faizul. Sebelum ini tidak pernah pula Alia bercerita tentang mana-mana lelaki kepadanya. Hanya Faizullah lelaki pertama yang disebutnya. Sebab itulah Hakim beria-ia mengajak Faizul datang ke rumah untuk melawat Alia. Hakim beranggapan yang Alia mungkin rindukan Faizul. Tambahan pula dulu Faizul juga pernah bertanyakan tentang Alia darinya. Hakim dapat mengagak yang sahabat baiknya dan adiknya suka sama suka, namun masing-masing menyembunyikan perasaan terpendam. Tapi Hakim turut berasa hairan dengan tingkah laku Alia terhadap Faizul. Semakin hairan apabila dilihatnya Alia seakan-akan menjauhkan diri dari Faizul.

“Kim rasa mungkin Faizul boleh tolong selesaikan masalah ini” ujar Hakim kepada ibunya.
“Faizul…. kenapa pula” soal Puan Mastura hairan.
“Sebenarnya, Lia tu sukakan Faizul ma. Tapi tak tahulah kenapa tiba-tiba jadi macam ni” jawab Hakim lagi.
“Ehh.. iye ke” Fifi dan Puan Mastura berkata serentak.
Terkejut beruk Puan Mastura bila mendapat tahu perkara tersebut. Tak sangka anak gadisnya sekarang sudah pandai bermain-main cinta.
“Betul ke kamu bercinta dengan anak makcik ni” Puan Mastura inginkan kepastian. Kalau nak diikutkan dia memang tidak menyokong dan tidak suka anak-anaknya bercinta.
“Kami tak declaire lagi makcik. Tapi saya memang sukakan Alia” terang Faizul dengan gaya geltlemannya.
Teringat dia dengan kata-kata Alia dulu “awak kan lelaki, so awak kenalah beralah dengan kaum perempuan yang lemah ni. Barulah gentleman”. Hmmm, hari ini aku dah buktikan yang aku ni gentleman. Hihihi.

“Betul kamu suka dengan anak makcik ni” soal Puan Mastura lagi.
Faizul mengangguk macho.
“Kalau macam tu, kamu jangan nak main-mainkan anak makcik. Dia seorang je anak perempuan makcik, kamu tahu. Bercinta tu pun ada batasnya tau tak. Jangan ingat bila dah bercinta kamu boleh buat suka-suka hati dengan anak makcik. Kalau jadi apa-apa kat dia, sampai ke lubang cacing makcik cari kamu tau. Lagi satu pelajaran tu jangan diabaikan” nasihat Puan Mastura panjang lebar.
“Saya tau makcik” balas Faizul kepada bakal mak mertuanya.. Perghh.. bakal mak mertua tu. Sampai ke lubang cacing nak dicari. Makk aiii muat ke nak masuk lubang cacing tu. Hihihi.

Alia merenung-renung ikan koi dengan begitu asyik sekali. Sejenak perasaaan yang berkecamuk di kepalanya dilontar jauh.
“Assalamualaikum” sapa Faizul dari arah belakang.
Alia menoleh sekilas. Kelihatan Faizul yang tersenyum lebar datang menghampirinya. Tiba-tiba dadanya dirasakan semakin sesak. Buat apa pula mamat ni datang sini. Tak habis-habis nak mengganggu. Alia menarik muka kelat.
“Kalau tak jawab berdosa tau”
Eleh macam lah aku tak tau. Aku jawab dalam hatilah. Bebel Alia sendiri.
“Assalamualaikum” Faizul memberi salam kali kedua.
“Eeeee waalaikumussalam lah” jawab Alia kasar. Geram, geram dia dengan tingkah laku Faizul.
“Hihihihi..macam tu lah. Kena jawab salam tu. Tapi lain kali kena jawab dengan lemah lembut, baru sedap sikit telinga ni nak mendengarnya”
Hmmmm banyaklah kau punya lemah lembut. Bagi penumbuk kang baru tau.
Faizul tersenyum-senyum memandang Alia. Ingin mencari permasalahan yang melanda gadis yang telah bertakhta di dalam hatinya tanpa pengetahuan Alia sendiri.
“Kenapa abang tengok Lia macam lain je sekarang ni. Macam menjauhkan diri dari abang je”
Macam mana tak menjauhkan diri. Takkanlah nak tergedik-gedik pula dengan pakwe orang lain. Sibuk nak tau kenapa.
“Lia jawablah. Abang tunggu ni” Faizul menanti penuh pengharapan.
Alia masih diam seribu bahasa.
“Lia cepatlah cakap. Lia ada masalah ker?” soal Faizul lagi.
“Tak payahlah sibuk-sibuk nak tau. Lebih baik pergi jaga buah hati yang kat dalam tu” jawab Alia kasar. Alamak kenapalah emo.. sangat ni. Tak fasal-fasal… nanti termalu sendiri baru tau.
Faizul mengerutkan kening menandakan kehairanan yang amat sangat. Buah hati… buah hati apa pula yang dimaksudkan si Lia ni.
“Buah hati apanya ni. Abang tak faham lah”
“Alaa, dah gaharu cendana pula, sudah tahu lagi mau tanya. Tak payahlah nak buat-buat tak tahu pula”
Aiikk, berpantun pantun pulak dah. Pening Faizul memikirkannya. Siapa yang dimaksudkan Alia dengan buah hati tu. Fifi ke?.. Tapi kenapa pula?.. Haii, pening… pening… Ni mesti kes salah faham ni.
“Anak monyet petik kelapa, abang memang tak tahu apa-apa” haa ambil. Pantun tiga suku dah keluar.
“Kepala pening banyak masalah, kalau tak tahu boleh blah”
Aiii, ni dah main kasar ni. Siap nak halau-halau pula ni. Tak boleh jadi ni. Lebih baik berterus-terang je lah.
“Budak-budak bermain kayu, just nak cakap I love U” ungkap Faizul dengan bersemangat sekali.

Alia terkulat-kulat mendengar perkataan yang baru dilafazkan tadi. I Love U. Betul ke apa yang didengarnya tadi. Rasa-rasa telinga ni masih belum pekak lagi. Alia mencubit kuat lengannya.. Ouuchhh sakit, memang betullah ni, bukannya mimpi.
“Tak payah nak cakaplah love.. love.. ni. Tu buah hati kat dalam tu nak letak mana?” soal Alia kasar. Geram, terasa perasaannya seperti dipermainkan.
“Buah hati lagi. Buah hati apanya ni”
“Tu Fifi kat dalam tu apa dia. Buat-buat tak tahu pula. Ingat Lia tak nampak ke abang bukan main mesra lagi dengan dia masa kat MPH dulu” Alia meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Baru puas dan lega rasa hatinya.
Faizul tergelak besar mendengar kata-kata Alia. Patutlah, memang dah kes salah faham ni. Hmmm cemburu juga si Alia ni, tapi cemburu tak bertempat.
“Fifi tu sepupu abang lah. Dulu abang temankan dia pergi cari novel kat MPH” jelas Faizul. Hairan Faizul, bila masa pula Alia nampak dia kat MPH tu. Tak perasan pula dia kelibat Alia waktu tu.
Eh, iye ker.. Alamak malu gila. Macam mana pula boleh emosi sangat ni. Muka Alia dirasakan sudah setebal 3 inci disebabkan malu yang amat sangat. Tu lah tak pandai langsung nak kawal perasaan marah.
“Soo, Lia macam mana?” soal Faizul inginkan kepastian
“Macam mana apanya” balas Alia yang berpura-pura tidak tahu.
“Ala Lia ni. Lia suka kat abang ke tak ni. Jawablah cepat” Faizul seakan-akan tidak sabar mendengar jawapan Alia.
Alia cuma diam membisu. Mengiyakan tidak, menidakkannya pun tidak.
Kata orang tua-tua, diam tu tandanya setuju…

“Buat apa tu sayang” sapa Faizul apabila melihat isteri kesayangannya begitu asyik merenung-renung ikan koi yang berenang-renang. Tubuh Alia dipeluknya dari arah belakang. Alia cuma membiarkan saja. Terasa amat-amat bahagia apabila dapat berkongsi kasih dengan orang yang amat disayanginya.
“Teringatkan kisah 4 tahun yang lepas” balas Alia manja. Badannya dipusingkan untuk berhadapan dengan suami tercinta. Mukanya yang separuh comel itu didaratkan di dada bidang Faizul.
Peristiwa 4 tahun lepas. Faizul tersenyum mengenangkannya. Peristiwa di mana Alia yang dibakar dengan api cemburu yang melampau dan terlalu mengikutkan perasaan. Nampak sangat yang Alia masih belum matang lagi waktu itu.
“Sekarang ni kerja abang banyak berurusan dengan perempuan tau. Jangan Lia cemburu membuta tuli sudah” Faizul mengusik.
“Kalau fasal kerja tak pe lah, tapi kalau abang memang menggatal dengan perempuan lain. Siaplah abang. Sampai ke lubang cacing Lia cari tau”
“Iye… sama macam mama. ‘Mak borek anak rintik’. Muat ke nak masuk lubang cacing tu sayang oii” Faizul memperli sambil tergelak-gelak kecil.
” Muat tak muat itu lain cerita. Tapi kalau abang buat hal.. nahaslah. Kalau tak masuk lubang cacing pun, hingga ke hujung dunia Lia cari tau”
“Uiisshhhh, takutnya abang dengar. Hihihi”
“Iye lah, siapa yang tak sayangkan suami. Lia tak sanggup tau abang jadi milik orang lain”
“Ye, abang tau. Abang pun sayangkan Lia” lantas satu kucupan lembut dihadiahkan di dahi isteri tercinta.
“Hmmm abang Lia dahagalah pula. Tolong ambilkan air boleh tak” Alia merayu manja.
“Ala.. abang pun kering tekak juga ni. Lia lah pergi ambilkan.. boleh”
“Boleh…. boleh blah..” ujar Alia sambil memusingkan badan membelakangkan Faizul. Berpura-pura merajuklah konon.
“Ok… apa kata kita main ‘one two juss’. Siapa kalah dia kena ambil air” cadang Faizul lagi.
“Haaaa.. ‘one two juss’ lagi. Abang ni memang mengada-ngadalah” lantas Alia mencubit halus pinggang Faizul.
“Aduuiii mak.. sakitnya.. tolong… Ada ketam sesat kat sini” Faizul berpura-pura menahan kesakitan yang amat sangat sambil tergelak-gelak.
Alia buat muka kelat. Ye la, nak disuruh main ‘one two juss’ pulak. Mestilah dia kalah punya.
“Ok lah, abang pergi ambil ye sayang. Cakap je apa sayang nak, semua abang akan lakukan sebab abang sayang kan sayang sangat-sangat” lalu tubuh Alia dipeluk mesra.
Alia membalas lembut pelukan suami tersayang. Bahagia teramat dirasakan. Semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tamat.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

53 ulasan untuk “Cerpen : Cinta ‘One Two Juss’”
  1. esya says:

    kihkih.. romantik n sweet!
    gelak sesorg dlm ofis ni..

  2. lurvea says:

    sgt2 sweet…
    comel jer citer ni…

  3. Miz Lonely says:

    Jer…..ker…..ler…..baru nak mula baca,dah jumpa perkataan cam tu,terus hilang mood nak baca..hmmm..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.