Cerpen : Dendam Yang Terkulai

28 September 2016  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh: Zakuan Faizz

KEADAAN sekeliling rumah dengan tiupan angin yang sepoi-sepoi bahasa mebuatkan Affan terasa tenang apabila duduk di sebuah kerusi di halaman rumahnya. Surat khabar di tangannya membuatkannya lebih leka membaca berita-berita terbaru pada hari itu. Dia juga sedikit lega selepas melihat isterinya sudah pulang daripada hospital. Kini, mudahlah kerja-kerja di pejabat dan tidak perlu memikirkan tentang isterinya di hospital lagi. Ketika itu, Hanum sedang menghampiri Affan dengan pelbagai mimik muka. Apabila isterinya menyapa langsung tidak disahut oleh Affan kerana terlalu sibuk membaca. Entah bagaimana surat khabar itu menjadi teman rapatnya sewaktu masa lapang.

“Abang ni leka sangat baca surat khabar tu kenapa? Ada cerita yang best ke sampai saya panggil abang tak dengar? Penat saya panggil abang dari dapur sampailah ke ruang tamu, abang masih memekakkan telinga tanpa dengar panggilan saya,” soal isterinya sedikit bengis.

“Abang tengah baca ni jangan kacau. Berapa kali dah abang pesan jangan kacau abang bila baca surat khabar. Jangan ganggu mood membaca abang.”Hanum memuncungkan mulutnya. Wajahnya kelihatan sungguh masam. Perangainya sedikit merajuk. Memang buruk wajahnya apabila masam sepanjang masa. Ditambah lagi di saat dia sedang berbadan dua. Bertambah peliklah wajahnya itu.

“Ya saya tahu, abang mana nak layan saya dah. Ha lepas ni abang tidurlah dengan surat khabar tu. Diakan isteri abang. Macam orang tua baca surat khabar.”Hanum menyindir suaminya. Dia tidak mahu mengalah untuk mengutuk suaminya itu. Ketika itu, suaminya sedikit terkejut dengan kata-kata isterinya itu. Memang merajuk teruklah isterinya ketika itu sehingga sanggup memperkatakan perkara yang tidak sepatutnya kepada suaminya.

“Apa awak ni ke situ pula. Saya tak pernah anggap surat khabar ni isteri saya yang kedua. Dan saya tak pernah mengaku saya ada orang lain selain awak.”Affan cuba bertegas di selang-selikan dengan perangai romantiknya itu. Sedikit geli juga apabila terdengar kata-kata suaminya yang sedikit romantik itu. Namun, Hanum tetap tidak mengalah. Dia juga tetap tidak cair dengan kata-kata suaminya itu. Sedikit menjengkelkan apabila seorang lelaki menyebut perkataan itu di hadapannya.

“Abang ingat tak saya sedang buat apa?”

“Duduk.”Jawab Affan pendek. Kemudian, dia terus membaca surat khabar di tangannya. Kini, hasratnya untuk menghabiskan satu naskhah surat khabar tersebut. Kalau tidak sebelum ini dia mesti tidak akan pernah khatam membaca surat khabar di sebabkan ragam dan perangai Hanum yang tidak pernah ubah-ubah menganggunya ketika membaca surat khabar tersebut.

“Ish, apa abang ni. Janganlah main-main. Saya tanya ni bukan main-main. Abang berhentilah kejap daripada terus baca surat khabar tu. Isteri abang ni lagi penting.”Affan sudah mula menarik mukanya. Memang itu pun si isterinya sedang buat. Dan jawapan apa lagi yang dia mahukan? Affan menghembuskan nafasnya berkali-kali. Dia sudah mengalah dengan isterinya.

“Abang tengoklah perut saya ni. Abang.”Hanum cuba menarik-narik tangan suaminya. Memang menjengkelkan perbuatannya itu. Tidak pernah dia berkelakuan seperti itu sebelum ini. Kadang-kadang perangainya itu keterlaluan di mata suaminya. Terpaksa Affan menerima sahaja perangai isterinya dengan hati yang terbuka.

“Ya awak mengandung. Puas hati awak? Dah lepas ni jangan nak ganggu saya baca surat khabar ni lagi! Dekat hospital sehingga ke harini perangai awak tak berubah-ubah. Jururawat tu pun terkejut dengan awak yang menjerit tiba-tiba.”Affan pasrah dengan isterinya. Dia juga cuba mengingatkan isterinya beberapa kali.

“Bukan itulah. Ish saya hairan tengok abang ni. Dari tadi asyik baca surat khabar. Apa yang saya minta abang bukan nak ambil tahu. Apa yang saya mahu bukan abang nak dengar, abang dengarlah kejap. Kejap je. Yalah saya tahu saya ni pelik orangnya. Kalau bukan perbuatan abang yang dulu saya tak jadi macam tu.”Hanum cuba bertegas dengan tingkah-lakunya sedikit menggedik. Kemudian, Affan langsung melipat surat khabar yang belum habis dibaca sepenuhnya. Kini, hasratnya tidak tercapai juga untuk membaca keseluruhan isi kandungan surat khabar tersebut. Dia terpaksa meletakkan surat khabar itu di tepinya.

“Ya, awak nak apa sebenarnya ni? Cuba cakap pada saya. Penat betul saya melayan kerenah awak seperti ini.”Kata Affan dengan nada rendah. Keluhan panjang juga sempat dia hembuskan.

“Bila nak beli baju anak kita? Lama dah saya tunggu abang. Lama dah saya cakap dengan abang perkara ni. Tapi abang buat endah tak endah sahaja dengan permintaan saya ni,” soal Hanum tidak sabar.Affan sempat mengerling tajam wajah isterinya itu. Perempuan ni kalau tak membebel memang tak sah. Dia termangu seketika. Dia juga teringat sesuatu selepas mendengar kata-kata isterinya itu. Ada benarnya juga apa yang di katakan oleh isterinya itu. Satu persiapan belum dia buat. Patutlah isterinya naik berang terhadapnya ketika itu.

“Abang lupalah, sayang. Serius abang lupa sangat soal tu. Jangan marah abang ya.”

“Ish, abang ni asyik lupa je. Abang tahukan anak kita ni akan lahir tak lama je lagi. Saya risau kalau anak kita lahir nanti, dia tak ada baju pulak. Saya tak nak anggap anak kita ni macam orang asli yang tak ada baju dan pakaian. Lepas ni abang jangan lupa lagi eh.”Affan menganggukkan kepalanya. Dia benar-benar faham apa yang isterinya mahukan. Oleh sebab dia terlalu sayang akan isterinya, jawapan yang sedikit selamat diberikan kepada isterinya.

“Nanti abang beli semua ya. Lagipun anak kita tu lambat lagi nak lahir. Bukannya esok hari.”

“Lambat lagi apa bang? Lagi 3 bulan dia akan lahir. Pejam celik pejam celik dia akan ada di sisi saya ni.”
Hanum tetap tidak berpuas hati dengan suaminya itu. Ingin sahaja dia memicit tangan suaminya apabila tangan suaminya sudah dia genggam erat sebentar tadi.

“3 bulan sayang, bukan 3 hari lagi. Lagipun banyak masa lagi boleh kita cari untuk lunaskan segala permintaan awak tu, sayang.”

“Abang ni suka ambil keputusan tu dengan mudah. Ini bukan perkara main-main bang. Okay, kalau terjadi apa-apa dengan anak kita, abang yang salah. Kalau bukan kehendak abang saya tak mahu mengandung, kalau bukan kerana perbuatan jahat abang terhadap saya dahulu, saya juga tak ingin mengandung!”Hanum merajuk buat kali kedua. Kini, dia lebih beremosi. Dia terasa hati dengan suaminya itu. Sebelum ini dia tidak pernah seperti itu dan akan lebih ambil berat tentang isterinya.

“Baiklah, nanti kita pergi beli. Awak nak apa? Susu bayi? Baju, seluar, bakul, syampu, bedak, semuanya nanti abang akan beli. Awak nak apa lagi cakap sekarang?”Affan sengaja memutuskan kata-katanya seperti itu agar Hanum tidak mendesaknya lagi. Setelah itu Affan termenung seketika. Mungkin ada perkara yang masih terpendam di dalam hatinya ataupun fikirannya.

“Abang ni kenapa? Penat saya cakap dengan abang, abang terus diam dan membisu,” soal Hanum sedikit mendesak.

“Abang baru teringat, abang kena ambil mak di stesen bas. Harini mak nak datang. Mesti mak dah tunggu lama di sana.”
Hanum terkejut dengan kata-kata lelaki yang berada di hadapannya itu. Tidak sangka mak mertuanya iaitu mak Timah akan datang ke situ. Sebelum ini suaminya tidak pernah bercerita tentang mak mertuanya untuk datang ke situ.

“Kenapa mak datang? Abang suruh ya? Kalau nak ajak sesiapa datang ke sini bincanglah dengan saya dulu,” kata-kata Hanum seperti tidak suka dengan kehadiran mak mertuanya itu.

“Memang abang suruh mak datang ke sini untuk menjaga awak selepas bersalin nanti. Lagipun perkara seperti itu tidak perlu perbincangan kerana ia sangat penting. Dan bukan main-main.”Kata suaminya panjang. Tahu pula kewajipan suaminya terhadap isterinya sebelum bersalin untuk meminta bantuan daripada orang lain. Tetapi, kewajipan untuk membeli barang anaknya yang bakal lahir, langsung dia lupa. Perangai lelaki ini aneh sekali.

“Berapa lama mak duduk sini?”

“Sampai awak lahirkan cahaya mata pertama kita lah.”

“Ish, lamanya.” Hanum seloroh sendiri.

“Awak macam tak suka aja mak saya datang ke sini. Lagipun ada faedahnya mak nak datang.”

“Eh, mana ada. Bukan macam tu abang. Saya cuma tak nak susahkan mak apabila dia datang ke sini. Tak pasal-pasal dia penat menjaga saya dan juga baby kita nanti, bang.”Affan menganggukkan kepala. Nak buat macam mana. Kalau tiada siapa yang bantu susah Hanum selepas bersalin nanti. Sudahlah dia tidak ada kepakaran semasa mengandung dan selepas bersalin kerana baru sahaja ingin menimang cahaya mata pertama.

“Tak apalah abang, ikut suka abanglah. Baiklah, saya nak buat air untuk abang dulu.”Hanum terus berlalu pergi dari situ tanpa berkata-kata. Dia sudah mengalah dengan semua perkara. Sebenarnya dia tidak suka mak mertuanya datang ke rumahnya. Jika keberadaan mak mertuanya di rumah itu mesti suaminya akan melebihkan maknya daripada dirinya sendiri. Dia juga menganggap kasih sayang daripada suaminya makin pudar terhadap dirinya jika suaminya terlalu melebihkan maknya sendiri. Oleh itu, dia lebih suka duduk berjauhan tanpa ada pertolongan daripada sesiapa, tidak kiralah di dalam keadaan darurat mahupun kecemasan.

***
DARI dalam kereta mata Affan sudah meliar melihat kawasan stesen bas. Bunyi enjin bas membingitkan lagi keadaan.

‘Mak dah sampai ke belum ni? Batang hidung mak pun aku tak nampak lagi ni. Tadi mak telefon, kata dah sampai di stesen bas, tapi sekarang tak jumpa pun,’ bisik hatinya sedikit ragu.Tak lama kemudian, dia terus membuka pintu keretanya secara perlahan-lahan. Kakinya pula mula dijatuhkan ke tar jalan. Lalu, menujah badan ke langit biru. Memang panas terik sehingga menerangkan wajah Affan yang sedikit gelap itu. Matanya sudah dikecilkan sedikit kerana tidak mahu melihat cahaya matahari dengan bebola matanya. Kalau tidak memang sakit apabila melihat cahaya matahari yang sedang bersinar di atas kepalanya.

“Mak kata bas merah. Bas tu pun dah sampai. Tapi mana pulak pergi mak ni? Tak akanlah dah berjalan kaki sampai ke rumah aku pula,” kata Affan sendirian.Dia terpaksa menunggu maknya terlebih dahulu. Dia fikir maknya sudah tiba dan menunggunya di sebuah kerusi di hadapan gerai di stesen bas tersebut. Namun, tubuh maknya masih lagi tidak muncul di situ. Dia sempat melihat jam di tangannya, tepat pukul 1 tengah hari. Keadaan panas membuatkannya menjadi semakin baran dan tidak tentu arah.

“Affan!” Timah memanggil anaknya dengan nada yang agak kuat.
Terkejut juga Affan ketika itu. Ingin tercabut jantungnya apabila mendengar suara maknya yang sangat kuat itu. Lalu, dia mencari-cari suara yang memanggil namanya itu. Kini tubuh maknya telah muncul di belakangnya.

“Oh mak. Lambat mak sampai. Mak kata dah turun bas tadi. Tapi tak jumpa pun mak.” Affan terus menghampiri Timah yang dikelilingi dengan beg plastik di sekelilingnya.

“Banyak barang mak?”Soal Affan lagi. Belum sempat Timah menjawab soalan pertama yang ditanya, kini soalan kedua telah keluar daripada mulut Affan.

“Mak dah lama sampai. Cuma mak pergi tandas tadi, lama sangat mak tunggu kamu di sini. Sebab tu mak cari tandas dulu. Ni sahaja barang mak untuk duduk sana selama beberapa bulan.”

“Oh.”

“Isteri kamu macam mana?” soal Timah.

“Eh, Hanum okay mak. Tak ada apa-apa masalah pun. Dia pun tak sabar tunggu kedatangan mak. Yalah dia tu tak lama lagi nak bersalin.”

“Berapa usia kandungan isteri kamu tu?”

“Hampir 7 bulan mak. Lagi tiga bulan lahirlah anak saya tu. InsyaAllah. Tapi makin nak bersalin ni makin menjadi-jadi perangai merajuk dan mendesaknya tu, mak”

“Biasalah tu Affan. Orang mengandung ni menyimpan pelbagai perasaan di dalam lubuk hatinya. Oleh itu, kamu sebagai lelaki perlu terima kalau isteri kamu buat perangai.”Sempat mak berceramah pendek ketika itu. Affan hanya menganggukkan kepalanya.

“Ayah mana mak?”

“Apa kamu ni? Tiba-tiba tanya soal ayah kamu. Ayah kamu dah lama meninggal Affan.”

“Maafkan Affan mak. Affan lupa, banyak sangat benda yang Affan nak fikirkan. Sampai jadi lupa macam ni.”

“Belum tua lagi dah nyanyok? Teruk betul pelupa kamu ni,” seloroh Timah.Affan hanya ketawa dengan kata-kata maknya itu. Benar juga kata-kata Timah sebentar tadi. Ayahnya sendiri yang telah lama pergi di sebabkan sakit tua pun dia tidak ingat.

“Affan, sudah lah tu, tolong angkat beg mak ni. Tak akan biarkan mak duduk bawah panas ni. Sudahlah tunggu kamu lama di sini, kamu pula tak nak jemput mak naik kereta kamu.”

“Baiklah mak, saya lupa nak ajak mak naik kereta tadi.”

“Itulah kamu, macam-macam perangai. Makin tua makin menjadi-jadi pelupanya.” Timah menggelengkan kepalanya. Dia berasa sangat hairan dengan kelakuan anaknya itu yang makin pelupa. Affan hanya tersenyum apabila mendengar kata-kata maknya itu. Memang sedikit lucu, namun tidak sekali mahu mengajuk kata-kata maknya itu.

***
TIBA sahaja di hadapan rumah, Affan terus mematikan enjin keretanya. Hanum pula yang mendengar bunyi kereta suaminya terus meluru pergi ke pintu rumah.

“Ish, kenapalah orang tua ni sibuk datang ke sini?” Hanum masih tidak berpuas hati. Tangannya sudah mengenggam erat kain langsir berhampirannya selepas melihat kelibat mak mertunya di dalam kereta suaminya itu.

“Assalamualaikum,” Affan memberi salam. “Ha salam mak ni.”

“Waalaikummussalam. Mak salam. Masuklah mak,” Timah menghulurkan tangannya, lalu dia menganggukkan kepalanya.

“Mak nak minum dulu ke ataupun mak nak masuk terus ke bilik mak?” Belum sempat maknya masuk ke dalam, Hanum telah bersedia dengan soalan-soalan tersebut.

“Mana-manalah Hanum. Kalau nak hantar mak masuk ke bilik pun boleh.”Hanum menganggukkan kepalanya. Tangannya sudah pantas mencapai beg yang Timah bawa dari kampung. Berat juga beg-beg yang dibawa oleh mak mertunya itu. Wajah Hanum pun sedikit berkerut apabila mengangkat barang-barang Timah.

“Abang tolonglah angkat beg mak ni. Hanum nak bawa mak masuk ke bilik. Kesian mak penat. Biar mak rehat sekejap.

“Hanum, orang mengandung tak baik angkat beg berat-berat. Letakkan aja di situ biar mak dan Affan sahaja yang angkat beg ni ya.”

“Yalah-yalah.”Kemudian, Affan mengikut sahaja kata-kata maknya itu. Ada benarnya juga apa yang di katakan oleh Timah. Kalau tidak teruk kandungan Hanum ketika itu. Nasib baik, Timah sempat mematahkan semangat Hanum untuk mengangkat begnya masuk ke dalam bilik.

‘Barang dahlah banyak. Menyusahkan aku betul,’ marah Hanum dalam hatinya. Dia tetap tidak berpuas hati.

“Mak, nanti saya bawakan air ke bilik mak ya. Mak rehatlah dulu.”

“Tak usah susahkan badan. Hanum kan mengandung. Nanti kalau mak haus, mak akan ambil air sendiri.”Hanum tersenyum selepas mendengar kata-kata mak mertuanya itu. Sedikit beban telah terlepas daripada bahunya. Tak lama kemudian, Timah terus masuk ke dalam biliknya. Hanum pula tidak sabar-sabar menunggu Timah menutup pintu biliknya itu. Setelah itu dia terus mendekati suaminya.

“Abang, oh abang marilah sini kejap.”Jerit Hanum dengan nada sedikit rendah.

“Apa dia?” Affan meninggikan suara.

“Perlahanlah suara tu. Nanti mak dengar, susah. Saya nak tanya ni, Mak duduk sini sampai bila?”Soal Hanum ingin tahu. Dalam hatinya dia mahu jawapan ringkas tetapi padat dengan kemahuannya itu.

“Eh awak ni, mak baru je sampai, belum sempat mak panaskan punggungnya, awak dah tanya bila mak nak balik?”Affan menjeling tajam ke wajah isterinya itu. Soalan isterinya membuatkannya sedikit terkesan. Kemudian, kakinya sudah tidak sabar untuk beredar dari situ. Belum sempat kakinya melangkah, Hanum mengajukan soalan lain kepada suaminya.

“Tak adalah bang, saya cuma nak tahu je bila mak nak balik. Lagipun saya bukan nak susahkan mak duduk sini lama-lama. Kesian mak jaga saya. Mak tu dahlah tua, tulang pun dah tak kuat, nanti sakit siapa yang susah?”

“Kan abang dah kata, sampai awak bersalinlah duduk sini. Tak apa, nanti abang akan jaga mak, awak jangan risau.”
Jawapan yang sama suaminya berikan. Tiada jawapan yang lain keluar daripada mulut Affan.

‘Geramnya aku, lamanya oang tua tu duduk sini.’Kata Hanum dalam hatinya. Ketika itu, tangannya sudah mula menarik-narik bajunya dengan kuat. Mungkin dia tidak berpuas hati dengan keberadaan mak mertuanya di situ. Mungkin juga segala aktiviti di rumah itu akan dikekang oleh mak mertuanya.

***
SEJAK pagi lagi Timah sudah bangun. Menyiapkan segala persiapan anaknya, Affan ke pejabat. Dia juga sudah siapkan sarapan pagi untuk Affan dan juga Hanum.

“Hanum, mari makan.”Panggil Timah sewaktu melihat tubuh Hanum yang sedang menuruni tangga.

“Hmm,” Hanum hanya mendengus nafas.

“Affan mana? Affan tak turun lagi ke? Mak dah siapkan sarapan pagi untuk dia.”

‘Ish sibuk jelah orang tua ni. Banyak pula soalan dia. Aku pun boleh buat apa yang kau buatlah,’ kata Hanum dalam hati

“Kejap lagi abang turun,” Timah menganggukkan kepalanya. Lalu, mencapai senduk di dalam mangkuk berisi nasi goreng itu.

“Hanum nak nasi goreng?”Hanum mendiamkan diri. Dia hanya memandang sahaja makanan yang berada di atas meja di hadapannya itu. Baunya memang sedap, tapi langsung tidak selera baginya. Tak lama kemudian, kelibat suaminya telah muncul di anak tangga rumahnya itu.

“Affan, mari makan sekali,” ajak Timah dengan bersahaja. Ketika itu, Affan seperti tergesa-gesa. Entah apa yang dikejarknya pun tidak tahu.

“Tak apalah mak. Affan dah lambat sangat ni. Affan rasa dah tak sempat nak makan bersama mak.”

“Jamahlah sikit nasi tu. Penat mak masak.” Hanum menarik mukanya. Dia tidak berpuas hati apabila mak mertunya mahu menagih simpati daripada anak kandungnya itu. Affan terus menghampiri meja makan. Sempat dia mengambil sudu dan menyuap nasi goreng ke mulutnya. Dia tidak mahu melihat maknya merajuk. Walaupun sesuap nasi, janji dia menjamah masakan maknya pada pagi itu.

“Baiklah mak, Affan pergi dulu. Sedap nasi goreng yang mak buat.” Sebelum dia bersalam dengan maknya. Dia meneguk air teh-o buatan Timah. Kemudian, berdiri di sebelah Timah sambil bersalaman.

“Mak, Affan pergi dulu, dah lambat sangat ni. Kalau sempat tengah hari nanti Affan akan balik makan tengah hari.”

“Baiklah. Kalau kamu lapar mak siapkan bekal untuk kamu nak? Kamu tunggu sekejap je.”

“Eh tak apalah mak, kat pejabat Affan ada café. Nanti kalau tak sibuk Affan singgahlah ke café tu cari makanan. Mak jangan risau ya.”Affan tersenyum. Hanum pula membuat muka geli. Mungkin dia tidak suka dengan layanan mak mertuanya terhadap suaminya ketika itu. Dia sempat juga bersalaman dengan suaminya sebelum suaminya beredar pergi dari situ.

“Abang hati-hati.”Pesan Hanum pendek. Affan menganggukkan kepalanya sahaja. Tak lama kemudian, dia terus berjalan keluar menghampiri kereta. Dengan tergesa-gesa dia memakai stoking yang terletak di dalam kasut kulitnya.

“Bawa kereta tu hati-hati Affan. Jangan laju-laju,” sempat juga Timah memesan sesuatu kepada anak lelakinya itu.Affan hanya tersenyum menghampiri kereta Viosnya. Tak lama kemudian, tayar kereta Affan sudah mula bergolek. Hanum pula sudah beredar pergi dari situ.

“Hanum, mari makan dengan mak. Mak tak sempat habiskan nasi tadi. Lagipun tak baik membazir.”Ajak Timah dengan nada lembut. Hanum sudah mula menjeling. Entah kenapa Timah mengajaknya ketika itu pun dia tidak tahu. Sebelum ini dia tidak pernah di ajak oleh mak mertuanya.

“Tak nak lah. Saya dah kenyang,” jawab Hanum pendek yang masih lagi boleh bersabar.

“Janganlah macam tu. Kamu pun belum makan lagikan. Tak baik tinggalkan perut tu dengan perut kosong. Kasihan anak dalam kandungan tu.”Tak sangka pagi-pagi lagi Hanum mendapat ceramah pendek daripada mak mertuanya. Tambah berang dia ketika itu.

“Aku kata tak nak, tak naklah. Kau tak faham bahasa ke? Aku bukan makan masakan kampung macam tu. Aku cuma makan spagethi. Bukan yang macam ni. Geli aku tengok air tangan kau tu.”Tak sengaja Hanum meninggikan suara pada Timah. Timah terkejut dengan kata-kata Hanum yang tidak bertapis itu. Dia juga sedikit terkesan dengan kata-kata Hanum. Apa yang salah pun dia tidak tahu.

“Lagi satu. Aku nak pesan. Kalau nak duduk rumah ni, kau jangan nak berlagak baik dengan suami aku. Ei, gelilah aku tengok perangai kau yang pura-pura baik tu.”Lagi sekali Hanum memberi amaran. Tertunduk-tunduk kepala Timah mendengar suara kuat yang Hanum lemparkan ke mukanya.

“Faham ke tidak?”Kini, kepala mak mertunya diangkat melihat tubuh Hanum. Dan dia berasa sedikit takut dengan menantunya itu. Entah kenapa tiba-tiba menantunya garang seperti harimau.

“Faham, faham Hanum.”Hanya kata-kata pendek sahaja yang dapat disebut ketika itu. Tak lama kemudian, Hanum berlalu pergi dari situ. Setelah itu, Timah juga turut sama melangkah masuk ke dalam dapur. Pergerakannya begitu perlahan. Mungkin mengenangkan saat Hanum memarahinya sebentar tadi. Air matanya juga mula bergenang di kelopak matanya. Hampir jatuh mengena pipinya, namun sempat dia kesat sebelum semuanya jatuh membasahi pipi. Tak lama kemudian, dia terus melangkah masuk ke dalam dapur.

***
WAKTU malam Hanum tidak dapat duduk diam. Matanya pula tidak henti-henti memerhati jam pada dinding bilik tidurnya. Memang perasaannya gundah gulana mengenangkan suaminya yang pulang lewat ketika itu.

“Ei, mana laki aku ni. Dah lewat malam tak balik-balik juga lagi. Selalunya taklah lewat sampai macam malam ni. Isk, jangan kau dengan betina lain, sudah. Kalau aku dapat tau, haa, siap kau Affan memang aku ganyang kau habis-habis. Dah lah aku seorang di rumah ni dengan orang tua tu. Hei, memang menyirap darah akulah kalau macam ni. Nasib baik orang tua tu tak buat hal. Kalau tidak dah lama tangan aku ni melayang mengena pipinya.”Panas juga hatinya ketika itu apabila dapat tahu suaminya pulang lewat. Dalam fikirannya hanya perkara negatif, tak pernah psoitif. Tiba-tiba dia mengadu sakit.

“Aduh, kenapa sakit pula kaki aku ni? ”Mungkin di sebabkan terlalu banyak berjalan menyebabkan kakinya lenguh dan terasa kejang.

“Mak, oh mak,” teriak Hanum dengan kuat dari dalam biliknya. Timah langsung tidak menyahut panggilan Hanum. Lagi sekali dia menjerit memanggil nama Timah tanpa henti.

“Mak, cepat lah datang sini.”Hanum telah menumbuk-numbuk tangannya. Mungkin dia berasa sakit hati apabila mak mertuanya lambat datang ke situ.

‘Mana pula perginya orang tua ni. Aku perlukan kau ni,’ kata Hanum dalam hati.

“Mak cepatlah!”

“Ya, ya mak datang.”Timah menjawab panggilan Hanum dengan tersekat-sekat. Mungkin penat agaknya berlari mengejar panggilan Hanum sebentar tadi.

“Mana mak pergi? Dari tadi saya panggil mak, Mak langsung tak nyahut. Cuba nyahut panggilan saya, tak adalah saya terpanggil-panggil macam orang gila ni.”

“Maafkan mak, Hanum. Tadi mak tengah solat.”

“Dah, dah tolong picit kaki aku. Lenguh sangat ni. Picit tu biar terasa jangan jadi macam orang yang tak cukup makan.”Tangan Timah mula meletakkan kain telekung yang tersidai di bahunya ke atas lantai. Kemudian, dia pula melabuhkan punggungnya di atas lantai untuk terus memicit kaki Hanum.

“Lain kali, orang mengandung macam Hanum ni tak boleh banyak bergerak dan berjalan. Nanti sakit kaki ni makin teruk dan merebak. Mak tengok pun kaki Hanum ni dah bengkak. Nanti mak letak ubat ya.”Timah memberi ceramah percuma kepada Hanum. Bertambah baranlah Hanum terhadap Timah ketika itu.

“Dahlah diam, mak picit aja kaki aku ni. Tak usah nak mebebel. Sakit telinga aku ni dengar suara mak tu.”

“Mak bukan nak khutbahkan kamu, tapi mak nak pesan pada kamu agar jaga kesihatan ketika mengandung. Biar anak kamu tu dapat lahir dengan sihat dan sempurna.”

“Dahlah, cukup, aku tak nak dengar lagi. Sebenarnya mak datang sini kenapa? Nak hancurkan rumah tangga kami berdua?” Tiba-tiba saha perkara seperti itu di soal oleh Hanum. Entah kenapa soalan yang tidak munasabah itu keluar daripada mulutnya.

“Astaghfirullah, Hanum, Mak tak berniat maca tu pun. Mak cuma mahu bantu kamu di sini.”Timah terkejut dengan kata-kata Hanum. Dia terkesan dengan kata-kata menantunya sebentar tadi. Tidak terlintas sedikit pun dalam hatinya untuk membuat perkara buruk terhadap menantu dan anaknya itu.

“Mak cuma nak jaga kamu semasa kamu mengandung ni Hanum. Tak lebih dari tu. Lagipun mak sayangkan kamu dan juga Affan. Anak yang kamu kandung itu pun cucu mak. Jadi, biarlah mak jaga kamu di sini.”

“Ah, sudahlah. Aku memang pelik dengan kau. Sejak kau datang sini. Dan aku tak tahu kenapa kau nak duduk sini sampai aku bersalin?”
Tak henti-henti soalan yang menyakitkan hati Timah itu dilemparkan oleh Hanum walaupun soalan itu telah temui jawapannya daripada mulut Timah sendiri.

“Mak cuma nak jaga kau, mak tak ada niat lain daripada itu,” jawapan yang sama Timah beri kepada soalan Hanum sebentar tadi.

“Dahlah, bosan aku dengan jawapan kau. Dah berhenti daripada picit kaki aku. Lagi sakit aku rasa. Lebih baik aku pergi Spa untuk dapatkan rawatan kaki. Menyusahkan orang betul! Pergi keluar, aku nak tidur.”Tengking Hanum di hadapan Timah. Kemudian, dia menolak badan Timah hingga rebah ke lantai.

“Maafkan mak, ya Hanum. Mak tak ada niat jahat.”Timah tak henti-henti memohon ampun daripada Hanum. Entah salah apa yang dia lakukan sehingga dia terpaksa memohon ampun daripada menantunya itu.

“Kau keluar sekarang. Lepas tu tutup pintu semula. Aku nak tidur. Jangan nak ganggu aku lagi.”Kata Hanum dengan nada meninggi.

“Baiklah Hanum.” Timah terus berjalan keluar. Dia mengikut sahaja kata-kata menantunya itu. Sungguh hiba perasaannya ketika itu. Sampai hati Hanum menuduhnya sehingga macam tu sekali walaupun niatnya bukan begitu.

“Ya Allah, ampun kan dosaku Ya Allah, ampunkan dosa menantuku ya Allah.”
Timah menadahkan tangan ke langit. Dia tidak henti-henti memohon keampunan daripada maha Esa dan memohon hidayah daraipada tuhan agar Hanum sedar dengan kesilapannya sendiri.

***
HARI ini hari minggu. Dapat juga Affan berkumpul bersama ahli keluarganya ketika itu. Kalau tidak hanya menyibukkan diri di tempat kerja.

“Mak tak bosan ke duduk rumah?” soal Affan secara tiba-tiba.Timah yang sedang duduk menonton televisyen terpinga-pinga dengan pertanyaan anaknya itu. Entah kenapa tiba-tiba Affan mempersoalkan perkara itu. Mungkin, Affan melihat wajah maknya yang sedikit bosan duduk di rumah.

“Tak adalah, Affan. Mak dah biasa duduk di rumah sahaja. Mak tak bosanlah.”

“Betul ke ni mak tak bosan duduk rumah? Kalau saya dah lama bosan jadi mak yang duduk terperuk dalam rumah 24 jam. Mak cubalah bergerak keluar menghirup udara segar di halaman rumah tu. Saya tengok mak ni duduk dalam rumah tanpa menjengah ke luar.”Kata Affan dengan pernyataannya. Lalu, Timah menganggukkan kepalanya menandakan jawapannya sama seperti tadi.

“Betul, Affan.”

“Mak tak rasa rugi ke saya nak bawa mak keluar pergi jalan-jalan, berkelah ke, bercuti ke mana-mana, tapi mak menolak dengan mentah-mentah? Mak tak rasa sayang ke ajakan saya tu mak tolak? Bukan senang saya nak ajak orang pergi keluar bercuti.”Timah tersenyum dengan kata-kata anak lelakinya itu. Mulutnya terkumat-kamit ingin memperkatakan sesuatu.

“Kalau kamu bawa mak pun, mak dah tak larat. Mak tak kuat macam dulu lagi. Lagipun umur mak dah makin tua Affan, dah 49 tahun. Tak boleh berdiri lamalah, tak boleh berjalan lamalah. Sakit tu nanti datang secara tiba-tiba. Lagi susah kamu nanti.”

“Yalah, mak. Affan cuma nak hiburkan mak aja. Kalau mak tak larat, Affan tak boleh buat apa-apalah. Affan terpaksalah dengar kata-kata mak tu.”Perbualan mereka makin panjang. Mujur Hanum tidak berada di situ ketika itu. Mungkin dia sedang sibuk di biliknya. Kalau tidak, mahu dia membantah ajakan suaminya itu.

“Yalah mak, kalau mak bosan, nanti cakap pada Affan. Nanti Affan akan bawa mak berjalan. Ya.”
Timah hanya tersenyum. Ketika itu, Hanum sudah melangkah keluar dari biliknya. Dia menuruni tangga sambil memerhati suami dan mak mertuanya. Kelibatnya langsung tidak disedari oleh suami dan mak mertunya itu.

“Amboi, berbual bagai nak rak. Langsung tak ingat aku,” kata Hanum sendirian. Kemudian, Hanum terus menghampiri mereka dengan lagak bongkak.

“Yalah, nanti mak beritahu kamu.”

‘Apa yang mereka bualkan?’ kata Hanum dalam hati.

“Awak, nanti kalau nampak muka mak bosan bagi tahu saya. Nanti saya bawa mak berjalan.”Kali ini, perasan juga Affan pada isterinya yang sedang menghampirinya itu.

“Amboi, kalau pasal mak tak kisah. Sebelum ni abang tak pernah cakap pada saya macam tu pun. Tak pernah nak ajak saya keluar makan angin dengan abang. Kalau mak, abang laju je ajak.”Terlepas juga kata-kata yang sinis daripada mulut Hanum. Wajah suaminya sedikit marah. Mungkin sakit hati dengan kata-kata Hanum sebentar tadi.

“Tak akanlah nak cakap depan mak macam tu. Tolonglah jaga perasaan mak. Mak pun ada perasaan tahu!”
Affan bertegas. Namun, Hanum langsung tidak hiraukan amarah suaminya itu. Dia membuat muka bengis di hadapan suaminya itu. Matanya sempat mengerling wajah Timah yang sedang memerhatikan mereka berdua di atas sofa di ruang tamu.

“Tak apalah, Affan. Mak faham. Nanti kamu ajaklah isteri kamu pergi bercuti.”Tak lama kemudian, Hanum terus duduk berhampiran suaminya. Dia cuba mengusap-ngusap tangan suaminya. Mungkin ingin memujuk suaminya agar mengikut sahaja kehendaknya.

“Ya sayang, nanti kita pergi.” Timah senyum dengan kelatah mereka berdua. Bukan main manja lagi Hanum apabila bersama suaminya.

‘Kalau aku tak buat macam ni, mesti aku diabaikan di sebabkan orang tua ni,’ ujar hati kecil Hanum sambil mengerling tajam wajah Timah.

***

LANGIT makin gelap. Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Affan pula sudah pun tiba di hadapan rumah. Di tangannya terdapat beg plastik berjenama mahal. Entah apa yang dibawanya pun tidak tahu. Entah apa isinya pun menjadi tanda tanya kepada semua yang melihatnya ketika itu.

“Mak, mak, mari sini,” teriak Affan dengan lantang. Dia terus masuk ke dalam rumah tanpa memberi salam, lalu menjerit memanggil nama maknya.

“Ya, sekejap mak datang.”Timah menyahut panggilan Affan dari arah dapur dengan nada rendah. Kini, kakinya mengatur langkah laju menghampiri ruang tamu rumah. Wajah pelik sudah mengusai mukanya.

“Kenapa kamu ni pandang mak macam tu sekali. Ni lagi satu mak nak pesan, masuk rumah beri salam, bukan jadi orang yang tak beragama. Tahu?”
Affan menganggukkan kepalanya dengan laju. Dia faham benar dengan kata-kata maknya itu.

“Mak cubalah baju yang saya belikan khas untuk mak ni.”Affan terus menghulurkan baju kurung yang telah dikeluarkan daripada beg plastik yang berjenama mahal itu. Timah terus mencapai baju tersebut tanpa sebarang kata-kata yang keluar daripada mulutnya.

“Cantiknya, Affan. Berapa harganya ni? Mak tengok macam mahal sangat harga baju ni,” soal Timah serba salah.

“Mak pakai dulu. Saya nak tengok mak pakai. Mesti mak cantik apabila pakai baju ni.”

“Kalau mahal, lebih baik kamu pulangkan semula kepada tauke kedai. Mak tak mahu mahal-mahal macam ni.”Kata-kata maknya sangat kampung. Dia ketawa dengan kata-kata maknya itu.

“Tak mahal manalah mak. Murah je. Seratus lima puluh. Lagipun setahun sekali saya nak bagi pada mak ni. Mak terima ajalah. Ya.” Timah terkejut dengan harga yang diberitahu oleh anak lelakinya itu. Tidak pernah dia membeli baju kurang yang semahal itu. Sebelum ini hanya membeli baju dengan harga yang agak murah. Paling tidak, Timah langsung tidak membeli baju. Apa yang ada di dalam almarinya itu yang dia akan pakai sehinggalah ia betul-betul rosak dan tidak boleh dipakai lagi.

“Kenapa mahal sangat ni?” soal Timah sekali lagi.
Ketika itu, Hanum datang menghampiri mereka. Mungkin dia terdengar perbualan yang sangat rancak daripada suami dan mertuanya ketika itu.

“Abang, cantiknya baju ni. Abang beli untuk Hanum ke?”Soal Hanum dengan gembira selepas melihat baju kurung di tangannya mak mertuanya itu. Lalu, dia merampas kain yang dipegang oleh Timah tadi.

“Abang beli untuk mak. Hadiah untuk mak. Kasihan mak tak ada baju baru. Jadi apasalahnya abang beri pada mak.”

“Habis Hanum punya mana? Hanum pun nak juga baju kurung macam ni,” soal Hanum dengan nada sedikit merajuk.Dia terus memberi semula kain itu kepada mak mertuanya dengan muka marah. Tak sangka suaminya sanggup mengabaikan isterinya.

“Kan abang dah beli hari tu. Baju itu pun awak belum pakai lagi. Lagipun tak elok nak membazir ni.”

“Itu lain bang, yang ini lain.”Hanum terus memotong kata-kata suaminya. Dia mahu dirinya betul ketika itu.

“Buat apa beri pada mak. Bukannya mak suka pun pakai baju macam tu. Entah sesuai ataupun tidak.”Hanum sengaja menuturkan kata-kata yang mampu menyinggung perasaan mak mertuanya itu.

“Apa ni cakap macam tu depan mak. Tak elok tahu tak?”

“Habis, yang abang mainkan perasaan saya sampai abang sendiri abaikan saya ni abang tak kisah pulak?”

“Sudahlah tu Affan, Hanum.”Dengan pantas Timah mematahkan pergaduhan mereka berdua. Tak lama kemudian, Hanum terus beredar dari situ. Mungkin terasa hati dengan perangai suaminya yang sedikit kejam terhadapnya ketika itu. Apabila sampai sahaja di dalam bilik, Hanum menghempaskan pintu bilik dengan kuat. Terkejut Timah dan Affan ketika itu.

“Mak, maafkan isteri saya. Jangan ambil hati dengan apa yang isteri saya cakapkan tadi.”Timah hanya tersenyum.

“Tak apalah, mungkin pembawakan budak dalam kandungan dia agaknya.”Timah seperti sudah faham dengan keadaan Hanum. Maklumlah dia juga pernah mengandung. Dan dia tahu macam mana perasaan orang mengandung ketika itu. Kalau tak merajuk tak sah.

***
HARI ini Hanum ingin membalas dendam. Hatinya sangat sakit apabila mengenangkan kejadian malam semalam. Kini, bukan lagi keganasan rumah tangga yang sering dilihat di kaca tv terhadap pergolakan yang berlaku terhadap suami isteri, malah keganasan terhadap ibu mertua menjadi paksi kepada dirinya. Dia tidak menghiraukan sesiapa lagi. Baik dia ibu mertua atau ibu kandung. Asalkan balas dendam itu tertunai di matanya.

“Di sebabkan kau, suami aku tak layan aku. Di sebabkan kehadiran kau ke rumah ni, suami aku jadi berubah dengan serta-merta. Aku
memang tak puas hati dengan kau. Aku nak sangat kau pergi dari rumah ni dan tinggalkan aku dengan suami aku sahaja di sini.”
Ke hulu dan ke hilir kakinya melangkah, Hanum seperti sedang memikirkan sesuatu untuk menjatuhkan Timah. Tidak henti-henti dia memicitkan kepalanya untuk mencari pelbagai idea agar Timah tidak menganggunya lagi.

“Mak, oh mak!”Tanpa berfikir panjang, Hanum berteriak memanggil mertunya. Entah apa kali ini dia mahu lakukan terhadap mak mertunya itu.

“Ya Hanum sekejap, mak datang.”

“Kenapa kau lambat sangat? Berapa kali aku cakap, bila aku panggil kau perlu segara datang ke bilik aku.” Kaki Hanum tidak henti berjalan ke hulu dan ke hilir. Tangannya pula sudah digengam erat seperti ingin menumbuk sesuatu. Dia sudah tidak tahan. Darahnya mahu meletus daripada otaknya.

“Cepatlah!” jerit Hanum sekali lagi.

“Sekejap Hanum mak tengah naik tangga ni. Sabar ya nak.”

“Kenapa kau lambat sangat?”

“Maafkan mak Hanum. Tadi mak di dapur sedang cuci pinggan. Lagipun mak dari sana hendak ke bilik kamu ni jauh. Kaki mak pula sudah tak tahan naik tangga yang tinggi ni.”Timah memberi alasan yang sangat klise. Hanum masih tidak ada simpati terhadap mak mertunya itu walaupun mak mertuanya meraih simpati.

“Aku penat panggil kau, kau langsung tak nyahut panggilan aku. Cuba kau jawab panggilan aku sebelum naik ke atas.”

“Maafkan mak Hanum.”Timah menundukkan kepalanya apabila berdiri di hadapan Hanum. Dia sangat bersalah ketika itu. Ingin sahaja dia sujud di kaki menantunya itu untuk menghapuskan kesalahan yang telah di lakukan sebelum ini.

“Kalau dah pekak tu memang tak akan pernah dengar panggilan aku. Lebih baik kau kerat telinga kau. Buang jauh-jauh. Tak usah guna telinga. Baru aku puas hati dengan kau.”Kata-kata Hanum memang kasar. Kata-katanya juga membuatkan Timah berkecil hati. Dia juga menyesal duduk menetap di rumah itu. Dia juga serba salah untuk menidakkan ajakan daripada anak lelakinya, Affan. Kalau dia kata tak mahu, pasti anak kandungnya merajuk tidak mahu pulang ke kampung kemudian hari. Oleh itu, dia terpaksa mengiyakan sahaja permintaan anaknya itu.

“Maafkan mak nak. Mak tak sengaja.”Kini, air mata maknya sudah mula terlihat di bawah kelopak mata. Tinggal jatuh ke pipi sahaja.

“Kau bukan mak aku. Kau cuma mak mertua aku. Dan kau tak ada hak menjadi ibu aku.” Lagi sekali, kata-kata Hanum memeritkan hatinya. Hatinya bagai disiat-siat ketika itu.

“Aku memang dah hilang sabar dengan kau. Sejak kau datang sini, semuanya berubah. Suami aku berubah. Langsung tak ingat janji-janji dia pada aku. Barang atau pakaian baby jugak dia tak beli sebab melayan perangai kau dekat rumah ni. Sepatutnya dia menitikberatkan aku dan bukannya kau. Tapi kali ini terbalik. Dia lebihkan kau daripada aku. Aku dah muak tengok perangai kau. Aku nak minta satu perkara daripada kau. Tolong keluar daripada rumah aku se-ka-rang!”Hanum melepaskan segala isi hatinya yang terbuku lama sejak kedatangan mak mertuanya di rumah itu. Mujur sahaja suaminya tidak ada ketika itu. Kalau tidak, habis dia ditampar oleh suaminya kerana kekejaman dan kezalimannya terhadap mak mertuanya itu.

“Sebelum aku jejak tangga ni, aku tahu kau keluar daripada bilik aku dan terus kemas barang kau. Aku tak mahu melihat muka kau duduk di rumah aku lagi. Aku dah tak mahu menanggung sakit melihat kau bersuka ria dengan suami aku. Biarpun dia tu anak kandung kau.” Kata Hanum sambil menuding jarinya ke arah luar bilik. Timah hanya menundukkan kepalanya dari tadi. Mungkin dia takut jika melihat wajah menantunya ketika itu. Air matanya tadi sudah mula berderai ke pipi. Tidak henti-henti mengalir dan ligat mengesat air matanya itu.

“Faham tak?” jerit Hanum di telinga Timah.Terkejut Timah ketika itu. Badannya sedikit bergerak apabila mendengar suara Hanum menerjah masuk ke telinganya. Ingin gugur jantungnya ketika itu. Berderau juga darahnya.

“Faham, Hanum. Mak faham.”

“Kalau dah faham tu, keluarlah daripada bilik aku. Buat apa lagi tercegat di situ?”Mak mertunya menganggukkan kepala menandakan dia faham dengan arahan Hanum sebentar tadi. Selepas itu, Hanum terus berjalan keluar daripada bilik.

“Hanum, hati-hati turun daripada tangga tu. Eh tangga tu ada plastik. Hati-hati Hanum nanti terjatuh!”Sempat juga Timah memesan kepada Hanum tentang keselamatan Hanum walaupun suaranya tersekat-sekat di sebabkan tangisan yang menyelubunginya ketika itu. Tanpa di duga Hanum terpijak plastik oren yang terletak di atas tangga tersebut. Agak bersepah keadaan rumah ketika itu. Mungkin Hanum tidak larat untuk mengemas biliknya ketika itu. Timah juga tidak larat turun naik ke tingkat atas untuk mengemas.
Hanum menjerit kesakitan. Dia menggelongsor di atas beberapa anak tangga. Timah menjerit dengan kuat memanggil menantunya.

“Ya Allah. Hanum. Apa perlu mak buat ni?”Mujur Hanum tidak pengsan ketika itu. Cuma darah sahaja yang banyak keluar hingga mengalir di kakinya. Timah sudah tidak tentu arah. Dalam fikiran Timah, pasti menantunya telah gugur. Tanpa berfikir panjang, Timah terus mendapatkan gagangan telefon di ruang tamu rumah. Dia terus mendail nombor yang tertera di atas buku telefon. Nasib Hanum baik ketika itu kerana ada mak mertuanya yang mampu menyelamatkan Hanum.

***
KEADAAN di dalam hospital itu sangat sunyi. Sejambak Bunga Carnation berwarna putih diletakkan oleh Affan di atas meja sebelah katil Hanum sama seperti awal kahwin dahulu. Hanya ada beberapa orang pesakit dan juga jururawat ketika itu, termasuk Hanum dan juga suaminya yang sedang melawat Hanum.

“Apa sudah jadi sayang? Abang di beritahu oleh mak awak jatuh tangga. Tapi macam mana boleh jadi macam tu?” Affan terus mengajukan beberapa soalan kepada isterinya seraya isterinya membuka mata. Suaminya sangat bercelaru dan sangat cemas ketika itu. Tak lama kemudian, Hanum terus mengalirkan air mata. Entah kenapa tiba-tiba perasaannya bertukar sedih ketika itu.

“Kenapa sayang?” belum sempat Hanum menjawab pertanyaan suaminya sebentar tadi, Affan terus bertanya dengan soalan yang lain.

“Abang, baby kita mana?”Hanum terkejut selepas memegang perutnya yang sudah kempis. Tercari-cari juga tingkah-lakunya ketika itu. Ada juga seperti disampuk oleh syaitan selepas melihat perutnya yang sudah kempis ketika itu.

“Baby kita selamat, sayang. Ada dalam inkubator. Sayang jangan risau. Tapi, sayang boleh bagi tahu abang apa yang terjadi sebenarnya? Macam mana boleh jatuh tangga?” Affan tidak putus-putus menanyakan soalan yang sama kepada isterinya. Nasib baik, isterinya tidak panas baran ketika itu, kalau tidak pasti isterinya sudah naik angin terhadap dirinya.

“Nasib baik mak ada ketika itu. Kalau tidak, Hanum dengan baby kita dah mati.”Affan terkejut dengan kata-kata isterinya. Jari telunjuknya terus diletakkan di atas mulut Hanum. Kini, Hanum tidak dapat berseloroh dengan perkara buruk yang tidak akan berlaku itu lagi.

“Abang, mak mana?” soal Hanum dengan sebak.

“Mak ada dekat luar. Kejap lagi mak nak balik. Mak dah siap dengan beg yang telah dia kemas. Kenapa mak nak balik sayang?”
Hanum terus menangis tanpa henti. Tak sangka mak mertuanya masih mahu menuruti kata-kata Hanum sewaktu di rumah sebelum masuk ke hospital itu.

“Abang tolonglah jangan suruh mak balik. Hanum nak minta maaf pada mak. Hanum janji tak akan lukakan hati mak lagi. Hanum janji, Hanum akan sayangkan mak seperti mak kandung Hanum. Abang, Hanum dah banyak salah pada mak. Kalau bukan ikutkan hati Hanum yang ingin membalas dendam terhadap abang tetapi tempiasnya pada mak, ini semua tak akan pernah berlaku.”Hanum serba salah dengan perbuatannya yang lepas. Dia seperti sudah bertaubat untuk tidak mengulangi perbuatannya itu lagi. Air matanya tidak henti mengalir. Entah ke berapa kali air matanya jatuh ke pipi.

“Abang, bawalah mak masuk. Hanum nak sangat jumpa mak. Hanum nak mohon ampun pada mak.”
Pinta Hanum dengan nada lembut. Tak lama kemudian, Affan terus keluar dari wad tersebut. Tangannya perlahan-lahan menarik tangan maknya masuk ke dalam wad Hanum.

“Mak!”Hanum terasa sebak selepas melihat tubuh maknya di hadapan pintu. Badannya digerakkan sedikit untuk memudahkan dia bertemu dengan mak mertuanya itu.

“Mak, Hanum nak minta maaf. Baru Hanum tahu, mak baik, bukan seperti apa yang Hanum sangkakan sebelum ini terhadap mak. Maafkan Hanum mak. Maafkan Hanum. Hanum sedar kesilapan Hanum sebelum ni mak. Hanum sedar. Hanum banyak berdosa dengan mak. Mak jangan ambil hati dengan sikap Hanum sebelum ni mak.”Timah terus menghampiri menantunya. Kemudian, tangan Hanum terus dicapai. Timah menggenggam erat tangan Hanum sambil menangis melihat wajah Hanum yang sedikit pucat itu.

“Mak maafkan kamu, nak. Mak tak akan ambil hati dengan kamu. Mak faham kamu inginkan kasih sayang daripada seorang suami. Tapi mak aja yang cuba meleraikan ikatan kasih dan sayang kamu dengan suami kamu. Mak juga mahu minta maaf pada kamu.”

“Terima kasih mak. Hanum maafkan mak. Lagipun Hanum faham, kasih sayang seorang anak terhadap ibunya tidak pernah luntur dan pudar dengan serta-merta. Dan Hanum rasa sedikit cemburu apabila melihat mak dengan abang Affan terlalu rapat. Hanum tak ada siapa dekat muka bumi ni, mak dan ayah Hanum dah lama meninggal. Mak, Hanum sayangkan mak. Mak, Hanum harap, mak tak akan tinggalkan kami berdua di sini. Hanum nak mak duduk dengan kami berdua. Mak lupakan aja apa yang Hanum katakan di rumah tadi.”Timah menganggukkan kepalanya. Affan pula hanya memerhatikan drama yang berlaku di hadapannya ketika itu. Sedikit sebak di dalam hatinya makin terasa. Tak sangka ketika dia tiada di rumah, ada perkara yang aneh dan perkara buruk yang telah berlaku.

“Mak, Hanum harap, ikatan kita bersama makin erat selepas ini dengan cahaya mata pertama yang kami perolehi, ya mak.”

“Baiklah Hanum, mak pun harap begitu.”Timah kemudiannya tersenyum dengan kata-kata Hanum. Dia seperti sangat bahagia apabila berada di sisi menantunya yang sudah mula mahu menirimanya di dalam keluarga itu. Affan terus mengesat air mata Hanum yang tidak henti berjurai di pipinya. Kini, barulah dia faham dengan kehendak isterinya. Mungkin selepas ini kasih dan sayang akan lebih diberikan kepada isterinya.


RUANGAN IKLANEKA



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.