Cerpen : Derita Seorang Perempuan

15 January 2011  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : TinTa Biru

“Ziq.. Lisa pregnant”
“What!!!! camner lak leh pregnant nie?” soal Haziq kasar.
“Aku nak kau gugurkan kandungan tu”
“Tapi macam mana. Lisa takut laa” wajah Lisa pucat. Tak pernah terfikir yang dia akan mengandung hasil hubungannya dengan Haziq.
“Nanti lah aku tengok macam mana” balas Haziq ala kadar.

Lisa merenung alat penguji kehamilan di tangannya. Terdapat 2 garisan merah yang menandakan dia positif mengandung. Sejenak, perasaan menyesal bersarang di dada. Kalau dia tak berkawan dengan Haziq, mesti perkara macam ni tak kan terjadi. Kenapalah dirinya begitu lemah dan cepat mengalah di tangan Haziq. Sejenak dia teringat detik-detik perkenalannya dengan Haziq dahulu.

************

“Weii Nina, kau ni buat apa haa… Asyik duk kat depan laptop jer. Jom la temankan aku pergi makan” Lisa mengomel.. Geram dengan sahabat baiknya yang sorang ni. Menghadap laptop je dari tadi. Ntah apa yang dibuatnya pun tak tau. Siang malam mesti dengan laptop.

“Ala.. buat apa lagi. Aku tengah layan Farmville ni. Hihi”
“Farmville.. Apa tu. Aku tengok macam tak best jer. Tak boring ker?”
“Mana ada boring. Best apa.. Ehh, kau tak de Facebook ke. Kalau ada boleh aku add”
“Facebook.. apa ke jadahnya tu” Lisa memang agak ketinggalan dengan benda-benda macam tu. Tak celik IT la katakan.
“Kau ni, kampung betul la. Sekarang ni semua orang ada Facebook tau tak. Dari budak yang tadika tu sampai mak nenek pun ada. Kau pulak yang tak ada. Aku buatkan untuk kau, nak tak”

Sejak itu, Lisa pun mulalah berjinak-jinak dengan Facebook. Daripada tak tau apa-apa sampai dah jadi advance. Dah mengalahkan sifunya pula. Kalau Nina setakat gilakan permainan yang terdapat di Facebook, tapi Lisa pula gila dengan chatting. Habis semua mamat yang online tu dilayannya. Tapi yang add dia sebagai member je la. Daripada ramai-ramai kenalan chatting ni, dia terpikat dengan seseoarang yang bernama Haziq. Maklumlah Haziq ni jiwang karat. Kalau berchatting tu, ayat nya.. Fuhhh gila power. Hihi. Sejak itu, mereka pun bercintalah di alam maya.

“Haii.. Lisa ke ni” Haziq memulakan salam perkenalan. Pertemuan pertama mereka di depan kompleks membeli belah Sogo.
“Yea Lisa. Ni Haziq kan” soal Lisa. Dalam hatinya berbunga riang. Wah, gila hensem mamat ni. Tak sia-sia aku chatting dengan dia selama ni. Bertuah badan.
“Yea, saya Haziq. Nice to meet you. Tak sangka, Lisa ni cantik orangnya. Kat dalam gambar tu tak de la cantik sangat. Bila dah jumpa depan-depan. Fuhhh tergugat iman. Hihi.. Emm jom Haziq bawa Lisa jalan-jalan”
“Ok” tanpa banyak kerenah Lisa menurut. Mukanya dah sedia merah. Dalam hati bukan main kembang setaman. Yea la, dah dipuji si buah hati.

Sejak pertemuan pertama, Lisa dan Haziq kerap menghabiskan masa bersama ketika hujung minggu. Dah macam belangkas la pulak. Lisa sangat-sangat menyayangi Haziq kerana dia lah lelaki pertama yang telah mengetuk pintu hatinya. Seorang lelaki yang mengajarnya erti cinta, sayang dan rindu. Seorang lelaki yang telah membuatnya angau dan gila bayang.

“Nak buat apa kita datang sini Ziq”
“Tak de apa, saje je merehatkan badan. Yea la, dah penat ni kan” Haziq tersenyum nakal sambil membaringkan badannya di atas katil empuk.
“Lisa nak balik la” Lisa cemas. Tiba-tiba dia rasa takut dengan sebarang kemungkinan.
“Ala.. takkan dah nak balik sayang.. Meh la duduk kat sini dulu”
Walaupun dalam keadaan yang takut dan berdebar-debar tapi Lisa menurut kata-kata Haziq.
Haziq yang tersenyum kambing memandang Lisa dengan bernafsu sekali.
“Lisa sayang tak dekat Ziq” Haziq menduga.
“Mestilah sayang, takkan la Lisa tak sayang pula”
“Mana la tau, kot-kot Lisa ada orang lain selain Ziq”
“Sumpah, Lisa tak de orang lain tau tak. Lisa sayang sangat-sangat kat Ziq. Tiap-tiap malam Lisa rindu Ziq”
“Tiap-tiap malam jer, siang-siang hari tak rindu ker”
“Setiap masa, setiap saat Lisa rindukan Ziq”
“Yea ker, kalau macam tu buktikanlah. Buktikan yang Lisa sayangkan Ziq”
“Buktikan, nak bukti macam mana?” Lisa hairan.
Haziq tersenyum penuh makna. Sepantas kilat tangannya merangkul pinggang Lisa. Bibir Lisa yang mugil itu diratahnya.
“Janganlah buat Lisa macam ni” Lisa menolak keras. Perbuatan Haziq dah melampaui batas.
“Kalau Lisa tak sayangkan Ziq tak pe la. Lisa boleh balik” Haziq pura-pura merajuk.
Lisa menjadi serba salah. Dia memang teramat-amat sayangkan Haziq dengan sepenuh hatinya. Tapi dia tak tahu, patut kah dia bertindak sejauh itu.
“Janganlah macam tu sayang. Ziq tau kan yang Lisa sayangkan Ziq” Lisa berusaha memujuk Haziq.
“Betul Lisa sayangkan Ziq sangat-sangat ni”
“Betul la, sayang sangat-sangat”
Haziq tersenyum riang. Perempuan di depannya ini mudah sangat ditundukkan. Nampaknya kemenangan berpihak pada Haziq.
Haziq terus merangkul tubuh Lisa yang montok dan gebu itu. Lisa hanya pasrah dan berserah. Berserah kepada insan yang teramat-amat dicintai dan disayanginya melebihi dirinya sendiri.

****************

Lisa menjadi semakin resah. Apa yang dibuat semua tidak kena. Sudah naik lenguh jari-jemari halusnya mendail nombor Haziq. Sejak Haziq tahu dia mengandung, Haziq begitu sukar nak dihubungi. Sibuk memanjang, mengalahkan PM pula. Sekali lagi Lisa mendail tapi jawapannya hampa

“Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi”

“Arggghhhhhhhhh” macam nak runtuh siling rumah dengan jeritan Lisa. Gila kuat. Lisa dah terlalu tension tahap gaban dah ni. Memikirkan keadaan dirinya yang mengandung anak luar nikah, tambahan pula Haziq yang meninggalkannya terkontang-kanting seorang diri, Lisa jadi semakin buntu. Sejenak teringat ibu dan ayah di kampung. Lisa menjadi sebak, tiba-tiba dia mengongoi seperti anak-anak kecil.

“Mak….. maafkan Lisa mak…. Tolong Lisa mak.. huuhuhu” tangisan Lisa semakin kuat.

Hari berganti hari, bulan berganti bulan. Kandungan Lisa semakin membesar. Sesekali terasa tendangan kaki kecil dari dalam perutnya. Lisa menjadi semakin takut. Dah bermacam-macam cara dia gunakan untuk menggugurkan kandungan tersebut, tapi semuanya tak berhasil. Mungkin ini balasan Allah ke atas setiap dosa dan noda yang dilakukannya. Tapi kenapa dia seorang yang menanggungnya. Sesekali terasa seperti ingin membunuh diri. Ya Allah, ampunilah hamba mu ini.

Lisa menahan kesakitan yang amat sangat. Sudah tak tertahan dek badan. Dari pagi tadi perut dia sudah memulas-mulas. Selang lima minit, sakit itu datang semula. Beginikah sakit dan seksanya yang terpaksa dilalui oleh seorang perempuan bergelar ibu. Manik-manik kecil telah memenuhi dahinya. Ya Allah, tolonglah hambamu ini. Sudah puas Lisa meneran sehingga tenaganya semakin lemah, tapi bayi yang dikandungnya masih belum mahu menunjukkan muka. Sekali lagi Lisa mencuba, sehingga habis tenaganya.. Dan akhirnya segala penyeksaan telah berakhir. Sekujur tubuh kecil yang tidak bernyawa itu dilihatnya. Ya, bayi yang dikandungnya telah meninggal dunia dari dalam perut lagi. Ini semua gara-gara Lisa yang mengambil pelbagai jenis ubat untuk menggugurkan bayinya dahulu. Lisa semakin buntu, fikirannya kosong, akalnya mati. Apa yang perlu aku buat ni.

Lisa semakin hilang arah. Dengan keadaan yang masih lemah dan masih sakit, Lisa terus mencapai kain batik. Bayi yang sudah tidak bernyawa itu dibungkus ala kadar dan dimasukkan ke dalam beg plastik hitam. Dengan sedaya upaya Lisa berjalan perlahan. Mencari lokasi untuk menempatkan bayi malang itu. Sungguh menyayat hati, Lisa membuang bayi yang tidak berdosa itu di tong sampah besar berhampiran rumah. Sememangnya Lisa berasa amat bersalah dan berdosa, tapi dia tak mampu nak berbuat apa-apa.

“Mama… mama… kenapa mama buang saya.”
“Kenapa mama tak nak saya, kenapa mama buat saya macam ni, kenapa mama, kenapa”
“Mama tak sayang saya ke.. mama.. mamaaaa”

“Arrrrggghhhhh” Lisa terjaga dari tidur
Peluh dingin memercik di dahi. Nafas Lisa laju. Sudah 4 tahun peristiwa itu berlalu, namun sejak itu juga dia sering mengalami mimpi yang menakutkan. Anak kecil yang dibuangnya dulu selalu mengunjunginya dalam mimpi. Keadaan bayi kecil yang bekafan putih itu, amat menakutkannya. Bayi sekecil itu sudah pandai berkata-kata sambil menangis mengeluarkan air mata darah. Bayi kecil itu menyalahkan Lisa kerana membuangnya dulu, kerana menyebabkan kematiannya. Lisa rasa bersalah yang teramat sangat.

“Aku terima nikahnya Lisa Maisara bt Hakim dengan mas kahwinnya dua ratus ringgit tunai”
“Sah”
“Sah”
Dengan sekali lafaz Lisa telah menjadi isteri Danish yang sah. Majlis perkahwinan Lisa agak meriah memandangkan dia anak sulung, dan inilah kali pertama mak ayah Lisa menerima menantu. Lisa dan Danish disatukan atas pilihan keluarga. Lisa tidak pernah mengenali Danish dan begitu juga Danish. Kedua-duanya tidak pernah bercinta seperti pasangan-pasangan lain. Bagi Danish, isteri pilihan ibunya adalah yang terbaik untuknya. Sejak mereka bertunang Danish telah menyemaikan perasaan sayang kepada Lisa. Danish turut berjanji kepada dirinya sendiri akan menyayangi isterinya sepenuh hati dan sentiasa menjaga hati dan perasaan isterinya nanti.
Di bilik pengantin Lisa berdebar-debar menanti pengantin lelaki.

“Assalamualaikum sayang”
“Waalaikummussalam” Lisa menjawab lembut.
Danish melangkah masuk memandang isterinya yang sudah menunggu di atas katil. Tangan halus isterinya dibawa ke bibir dan dicium lembut. Lisa cuma memejam mata, menanti setiap tindakan Danish yang telah bergelar suaminya. Danish memandang wajah ayu Lisa, manis sekali. Wajah Lisa yang lembut membuatkan hati dan jiwa Danish cukup tenang sekali. Wangian yang dipakai Lisa membuatkan naluri lelakinya begitu bergelora sekali. Rambut Lisa yang lembut dibelai-belainya beberapa kali. Kemudian dahi Lisa dikucup lembut. Telinga Danish jelas menangkap degupan jantung Lisa yang berdegup pantas. Danish tersenyum, mana taknya, degupan jantung Danish pun turut sama bergerak pantas. Dengan lafaz Bismillah Danish memulakan peranannya sebagai suami yang sah.
Malam itu mereka melayari kehidupan yang bahagia sebagai pengantin baru.

“Duduk dulu, aku nak cakap sikit dengan kau”
Lisa menurut dan duduk berhadapan dengan Danish. Dadanya berdegup kencang, Lisa menjadi serba salah. Seolah-olah dia telah tahu apa yang akan diperkatakan oleh Danish. Selepas malam pengantin mereka, Danish terus menunjukkan sikap dingin kepada Lisa. Danish rasa seolah-olah tertipu apabila mengetahui siapa Lisa yang sebenarnya. Seorang gadis yang sudah tidak suci lagi. Kadang-kadang terbit rasa menyesal dalam dirinya kerana menyuruh ibunya mencarikan jodoh untuknya. Pada fikiran Danish calon yang dipilih oleh ibunya mestilah seorang yang lemah lembut, bersopan santun dan pandai menjaga maruah diri. Danish merasa amat-amat tertipu.

“Cakap kat aku, siapa yang telah rosakkan kau. Lelaki mana haa. Cakap” soal Danish kasar.
Lisa diam tak terkutik. Matanya hanya merenung lantai.
“Kau dah pekak ker, atau pun dah bisu sampai tak boleh nak cakap”
Lisa diam lagi. Perasaan takut semakin menjerut hati. Manik-manik jernih mula bergenang di kelopak matanya.
“Dah, dah.. tak payah nak menangis-nangis. Tak payah nak berlakon baik la. Kau nak cakap ke tak, aku tanya kau kan” Danish sudah hilang sabar. Pipi Lisa dicengkam kuat dengan tangan kasar Danish
“Tolong bang, jangan buat Lisa macam ni. Lisa minta maaf, tolonglah” rayu Lisa
“Oooo minta maaf.. Kau cakap kat aku, lelaki mana yang kau gilakan tu sampai bagi segalanya kat dia. Cakap, kau jangan bagi aku hilang sabar”
“Tolonglah bang, jangan buat Lisa macam ni. Tolonglah” tangis Lisa semakin kuat. Semacam anak kecil kehilangan ibu. Adalah mustahil untuk dia menceritakan segala kisah hitam yang telah berlaku.
“Kau nak cakap atau tak ni.. haaa” soal Danish kasar sambil melonggarkan ikatan tali pinggangnya.
Tangisan Lisa semakin kuat. Dia menjadi semakin takut melihat keadaan Danish.
“Tolong abang, jangan pukul Lisa bang” Lisa merayu-rayu selepas dilihatnya Danish melibas-libaskan tali pinggangnya.
“Lebih baik kau bagitau aku hal sebenar. Cakap” Danish semakin menyinga.
“Tolonglah bang, jangan paksa Lisa camni”
“Ooo tak nak bagitau yea. Rasakan ni” Danish melibaskan tali pinggangnya berkali-kali ke badan Lisa.
“Sakit bang, cukup bang. Sakit.. Tolong bang”
Sudah puas Lisa merayu-rayu namun tidak timbul sedikitpun perasaan belas kasihan Danish kepada Lisa.
“Sudahlah, aku jijik dengan kau. Kenapalah nasib aku malang sangat sebab kahwin dengan orang yang macam kau” Danish berlalu meninggalkan Lisa yang kesakitan keseorangan di ruang tamu.
Perasaan cinta dan sayang yang baru berputik untuk isteri tercinta terpaksa dikuburkan. Dia merasa amat-amat terhina dan tertipu.

Di dalam bilik Lisa menangis semahu-mahunya. Badannya terasa pedih akibat libasan tali pinggang Danish. Lisa berbaring mengiring di atas katil. Air mata yang dari tadi mengalir seakan-akan tidak mahu berhenti.
“Ya Allah Ya Tuhanku, begitu besar dugaan yang kau berikan kepada hambamu ini”
Lisa sendiri tidak pasti sampai bilakah keadaan ini akan berakhir. Matanya semakin membengkak kerana banyak menangis. Kalaulah masa ini boleh diputar kembali, Lisa tidak ingin mencipta perkenalan dengan Haziq. Kenapalah dalam dunia ini tidak ada Doraemon yang mempunyai pelbagai alat yang boleh membawanya ke zaman lampau. Kalau tidak bolehlah Lisa membetulkan segala kesilapan yang telah dilakukannya. Bagaimanakah dia perlu melalui hari-hari yang mendatang dengan suami yang teramat membenci dirinya. Lisa tidak tahu apakah cara untuk melembutkan hati Danish selain hanya berserah kepada yang Maha Esa.

Lisa merenung hidangan yang terhidang di meja makan. Sudah hampir pukul 9.00 malam tapi kelibat Danish masih tidak kelihatan. Perut Lisa semakin rancak berbunyi. Setiap hari Lisa tidak pernah melupakan tanggugjawabnya menyediakan makan minum untuk Danish walaupun tidak pernah sekalipun Danish menjamahnya. Lisa terus mengambil tudung saji. Makanan yang terhidang ditutup rapi. Perut yang lapar seakan-akan menjadi sebu, sudah hilang selera untuk makan. Lisa terus melangkah perlahan menuju ke biliknya yang terletak bersebelahan bilik Danish. Sejak berpindah ke rumah Danish, bilik tidur mereka turut terasing. Lisa begitu teringin dimanja dan dibelai oleh Danish, tapi Danish selalu bersikap dingin dengannya. Tuntutan batin Danish pula hanya akan dilakukan oleh Danish secara kasar, tidak ada kemesraan langsung. Kadang-kadang Lisa merasa badannya sakit-sakit dikerjakan oleh Danish. Lisa tahu Danish tidak dapat menerima dirinya. Lisa tahu dirinya bersalah kepada Danish. Jika tidak kerana mengikutkan nafsu, mesti dia sudah berbahagia dengan Danish sekarang. Perasaan menyesal, bersalah dan berdosa seringkali dirasai oleh Lisa. Namun apakan daya, “arang sudah menjadi abu” huhu. Segala yang pahit terpaksa ditelan jua. Tetapi Lisa sudah tidak sanggup lagi hidup dalam keadaan sebegini.

“Mama.. kenapa mama… kenapa mama tinggalkan saya”
“Kenapa mama tak sayangkan saya.. kenapa”

“Arrgghhh” Lisa menjerit sekuat hati.
Lisa menangis semahunya. Sudah tak tertahan dugaan yang ditanggungnya. Dah la hubungan dia dengan Danish tak ubah seperti orang asing, mimpi yang sering mengganggunya setiap malam pula hampir membuatkan dia menjadi gila. Dia sudah tidak tahan lagi.

Danish tersentak dari tidur yang lena. Hampir setiap malam dia mendengar jeritan Lisa dari bilik sebelah. Kadang-kadang dia berasa begitu kasihan melihat keadaan Lisa. Dia terlalu sayangkan Lisa namun ego dan perasaan marah yang menguasai dirinya menyebabkan dia sering berlaku kasar kepada Lisa. Kenapalah hal-hal sebegini berlaku dalam rumahtangganya. Kebahagiaan yang diharapkan tetapi lain pula jadinya.

“Abang, kalau abang dah rasa jijik dengan Lisa, kalau abang bencikan Lisa dan tak suka sangat dengan Lisa, Lisa minta abang tolong lepaskan Lisa. Lisa dah tak sanggup lagi hidup macam ni”
Danish memandang Lisa tajam. Sudah hampir 6 bulan mereka bergelar suami isteri, tapi hubungan mereka masih lagi dingin.
“Lepaskan kau. Hahaha. Kau ingat aku senang-senang nak lepaskan kau. Dah la duit aku banyak habis sebab kahwin dengan kau, pastu nak lepaskan kau cam tu je”
“Kalau macam tu, abang tolonglah layan Lisa seperti seorang isteri. Janganlah buat Lisa macam ni”
“Isteri, kau nak aku layan kau macam isteri. Pada aku kau tu tak ubah macam pelacur jer. Tau tak. Kau tu tak layak nak dilayan sebagai seorang isteri. Faham”
Danish terus menarik kasar tangan Lisa menuju ke bilik Lisa. Malam itu sekali lagi Lisa menjadi mangsa nafsu rakusnya.
“Abang, tolonglah jangan buat Lisa macam ni. Tolonglah”
Air mata Lisa mulai deras mengalir. Tubuh Danish yang berat itu tidak berdaya ditolaknya dengan tangan halusnya itu. Tanpa perasaan belas kasihan Danish memperlakukan isterinya dengan kasar.
“Hmmm.. baru puas hati aku. Jangan harap aku nak ceraikan kau” Danish berlalu meninggalkan Lisa yang terbaring kelemahan di atas katil.

“Woii Danish, takkan tak balik lagi. Dah pukul berapa dah ni” Hisyam pelik melihat Danish yang masih menghadap komputer.
Sejak bergelar suami orang ni Danish dilihatnya lebih kerap pulang lewat berbanding sebelum waktu bujang dahulu. Sepatutnya kalau dah berkahwin ni mestilah pulang awal sebab isteri sudah menanti di rumah. Semakin hairan Hisyam memikirkannya.
“Kau ada masalah ke. Aku tengok selalu sangat balik lambat”
“Tak de apa la” Danish meraup wajahnya yang kusut
“Kalau kau ada masalah, ceritalah kat aku. Kalau aku tak boleh tolong pun, sekurang-kurangnya kau akan rasa lega sebab dah luahkan masalah kau”
Danish memandang Hisyam dengan hati yang berat. Memang dia rasa cukup terbeban dengan masalah yang ditanggung selama ini. Tapi untuk menceritakan kepada Hisyam adalah mustahil kerana ia melibatkan masalah rumahtangganya.
“Kau jangan risau, cerita je kat aku. Aku akan simpan rahsia kau. Percayalah” Hisyam seakan-akan dapat membaca fikiran Danish
“Ntah la, susah aku nak cakap”
“Cakap je. Apa yang nak disusahkan. Macam la selama ini kau tak pernah berkongsi masalah dengan aku”
Setelah termenung sejenak Danish memulakan bicara.
“Sebenarnya macam ni. Aku sekarang ni serba salah. Lisa isteri aku tu, aku sayang sangat kat dia. Tapi, aku tak boleh terima keadaan dia. Dia curang pada aku”
“Iye ke. Kau kenal ke lelaki tu. Kau dengan dia kan baru kahwin, takkan dia boleh cari lelaki lain pula”
“Aku tak kenal lelaki tu. Kalau aku kenal, memang dah mati aku kerjakan dia. Yang aku tak boleh terima, dia dengan lelaki tu dah pernah terlanjur. Ni yang buat aku rasa sesak nafas ni”
“Ya Allah, betul ke ni. Kalau macam tu ni dah kira nusyuz ni, sebab dia tu isteri orang”
“Tapi benda-benda tu semua jadi sebelum dia kenal aku. Kiranya masa aku kahwin dengan dia, dia dah tak suci lagi. Kau pun tentu paham kan”
“Ok, maknanya benda-benda tu jadi sebelum dia kenal kau”
Danish mengangguk perlahan.
“Lisa tau tak yang kau tau dia tu pernah terlanjur:
“Takkan tak tau, dah banyak kali aku tanya dia. Dia diam jer. Aku selalu pukul dia, nak bagi dia buka mulut. Tapi dia asyik diam jer. Aku dah buntu sekarang ni. Pening kepala aku memikirkannya”
“Kau pukul dia Danish. Tak baik la kau buat dia sampai cam tu. Cubalah bincang baik-baik. Kau sayang dia ke tak”
“Mestilah aku sayang. Walaupun aku tak pernah bercinta dengan Lisa tapi aku sayang kat dia. Dia tu isteri aku. Tapi bila aku teringat pasal dia dengan orang lain aku jadi cemburu, aku jadi marah”
“Manusia ni memang tak boleh lari dari sifat marah Danish. Cuba kau bagi peluang pada diri kau sendiri dan Lisa. Cuba kau buang ego kau tu jauh-jauh. Jadilah seorang yang pemaaf Danish. Apa yang penting kau kena terima keadaan Lisa seadanya. Mungkin dia ada sebab kenapa tak nak cerita dekat kau. Kau fikir balik la, mesti tak mudah untuk dia cerita benda-benda macam tu pada kau. Kau tu suami dia, dia pun mesti nak jaga hati kau. Kau cuba bagi peluang kat dia, ye Danish”
“Tapi, susah aku nak buat semua tu Syam”
“Susah macam mana pun, kau kena cuba Danish. Sampai bila kau nak hidup macam ni. Aku rasa Lisa pun mesti menyesal dengan apa yang dah terjadi dulu. Manusia, kalau terlalu mengikutkan nafsu, macam tu la jadinya. Aku rasa lebih baik kau ambil cuti panjang, pergi bercuti dekat mana-mana, cuba lapang dan tenangkan fikiran kau tu. Masa kau bercuti tu, kau fikir masak-masak perasaan kau pada Lisa. Kalau kau rasa sayang lagi pada dia, kau kena memaafkan dia dan cuba bagi dia peluang. Tapi kalau kau rasa benci pada dia, kau terpaksalah lepaskan dia dengan cara baik”
“Tapi aku tak nak ceraikan dia”
“Habis tu, kalau kau dah tak suka dan benci pada dia lebih baik la kau ceraikan dia. Jangan kau seksa dia sampai macam tu, kesian dia. Hati kau pun takkan tenang”
Danish termenung panjang mendengar nasihat dari Hisyam. Kepalanya menjadi semakin berat.
Tak mungkin dia akan melepaskan Lisa sebab dia teramat sayangkan Lisa. Untuk dia memaafkan Lisa juga tidak mungkin kerana hati dan perasaannya cukup terluka dengan perbuatan Lisa.
“Tak pe la, kau fikirlah baik-baik nanti. Jom lah balik, dah lewat ni. Kau tak kesian ke dekat Lisa sorang-sorang kat rumah tu. Bahaya dia tinggal sorang-sorang malam-malam ni”
“Ok la” .

“Lisa, aku nak cakap sikit dengan kau”
Lisa memandang Danish dengan seribu persoalan. Beg pakaian yang dibawa Danish membuatkan hatinya semakin resah.
“Danish nak ceraikan aku ke, atau dia nak kahwin lain, atau dia nak tinggalkan aku” bermacam-macam persoalan bermain di minda Lisa.
“Aku nak bercuti selama 2 minggu. Aku nak kau jaga diri kau baik-baik. Dalam tempoh tu, kau jangan cari aku. Faham.”
“Faham, tapi abang nak pergi mana?”
“Itu kau tak perlu tau”
Danish terus mengatur langkah menuju ke kereta. Beg pakaiannya diletakkan di bonet belakang. Anak mata Lisa dari tadi memerhati tingkah laku Danish. Sebelum ini dia tidak pernah berjauhan dari Danish.
“Abang” Lisa menghampiri Danish yang sudah mahu masuk ke dalam kereta.
“Ada apa”
“Lisa minta maaf kalau selama ini banyak menyinggung perasaan abang. Ampunkan Lisa. Halalkan makan minum Lisa selama ini” tanpa segan Lisa terus menyalami Danish dan mengucup tangannya.
Arrgghh, biarlah dia nak kata apa pun.
“Emm ok la, aku pergi dulu”
Danish terus memecut laju Lancer GTInya meninggalkan Lisa keseorangan.

Lisa terkebil-kebil memandang siling. Berkali-kali dia memejam mata tapi tidak juga mahu tidur, padahal mengantuk yang amat sangat dah tu. Lisa mengalihkan badan ke kiri dan ke kanan. Kesunyian malam menyebabkan dia menjadi bertambah rindu kepada Danish. Apa khabar agaknya Danish sekarang. Kat mana dia berada sekarang ni. Album perkahwinan yang berada di atas laci diambil. Satu persatu album tersebut diselak. Matanya terarah kepada gambar Danish yang segak berbaju melayu kuning cair. Cukup kacak, bertambah manis dengan lesung pipit yang terpahat di kedua-dua belah pipi. Sudah lama Lisa tidak melihat lesung pipit tersebut. Mana taknya, dah Danish asyik masam mencuka jer, lesung pipit tu pun takut nak keluar. Gambar Danish dikucup berkali-kali. Terasa teramat-amat rindu kepada suami tercinta. Walaupun Danish sering mangasarinya namun perasaan sayang dan cintanya kepada Danish sudah tidak dapat dibendung lagi.

Danish meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Sejadah yang terhampar dilipat kemas. Jiwa dan hati Danish menjadi semakin tenang. Danish menjadi yakin dengan keputusan yang akan diambil. Perasaan yang dialaminya pada ketika dan saat ini membuatkan dia bertambah nekad dengan keputusan yang akan diambilnya nanti. Sudah jenuh juga Danish melakukan sembahyang istikarah untuk mendapatkan petunjuk dari yang Maha Esa. Beg pakaian dikemaskan ala kadar. Perhitungan terakhir perlu dilakukannya.

Lisa merenung alat penguji kehamilan di tangan. Positif, dia mengandungkan anak Danish. Sukar untuk Lisa menggambarkan perasaannya saat ini. Gembira, sedih dan kecewa semuanya ada. Sudah pastinya Lisa berasa gembira kerana anak yang dikandungkannya ini adalah anak dari hubungannya yang halal. Dalam masa yang sama dia berasa kecewa. Kecewa jika Danish tidak mahu dia melahirkan anak tersebut. Sudahlah hubungan Lisa dengan Danish dingin, mana mungkin Danish mahu menerima anak ini. Fikiran Lisa semakin buntu. Hari ini sudah genap 2 minggu Danish pergi meninggalkannya, sudah sampai masa untuk Danish pulang semula. Lisa terfikir-fikir apakah ayat yang terbaik untuk memberitahu Danish tentang kandungannya ini. Lisa semakin resah. Fikirannya menjadi semakin berat dan buntu. Tiba-tiba…

“Aduhh.. Ya Allah” Lisa menjerit kuat. Badannya tergolek-golek menuruni anak tangga rumahnya. Tak cukup dengan itu, kepalanya pula terhantuk dengan pasu bunga yang terdapat di bucu tangga. Sejenak perutnya dirasakan amat pedih sekali. Darah yang pekat mengalir melalui pahanya.
“Ya Allah, tolonglah hambamu ini. Abang, tolong Lisa bang”
Lisa mengensot perlahan-lahan menuju ke arah telefon yang terdapat di ruang tamu. Nombor telefon Danish didail berkali-kali, tapi jawapannya hamba.
“Abang, tolong Lisa..abanggg”

Danish berlari-lari anak menuju ke pintu rumah. Sudah tidak sabar-sabar dia hendak berjumpa dengan Lisa. Perasaan rindunya kepada Lisa sudah tidak dapat dibendung lagi. Cukuplah selama 2 minggu dia berjauhan dengan Lisa. Selama 2 minggu juga dia sudah memikir sedalam-dalamnya hubungan dia dengan Lisa. Danish bertekad menerima apa jua keadaan Lisa dengan redha. Danish turut bertekad untuk menyayangi Lisa sepenuh hati dan tidak akan menyakiti dan mengasari Lisa lagi.

“Sayang, abang dah balik ni”
Sunyi tiada jawapan. Danish tercari-cari Lisa di dapur, tetapi tidak ada.
“Kat bilik kot” Danish berjalan pantas untuk ke tingkat atas.
“Ya Allah, kenapa ni. Lisa.. Lisa..”
Danish menjadi begitu panik. Tompokan darah di kaki tangga membuatkan hati Danish semakin gelisah. Mata Danish melilau mencari kelibat Lisa.
“Lisa. Lisa. Bangun sayang. Kenapa ni”
Tubuh Lisa yang terbaring lemah diangkatnya. Lisa diletakkan di tempat duduk belakang. Sepantas kilat Danish memecut ke Pusat Perubatan Universiti Malaya. Dalam hatinya berdoa semoga Lisa selamat.

Danish berjalan mundar mandir. Serba tidak kena dibuatnya. Sekejap dia berdiri, sekejap dia berjalan , sekejap dia duduk. Haiii, bukan setakat Danish yang pening kepala, orang yang tengok dia pun boleh pening. Timbul penyesalan yang menggunung dalam diri Danish. Kalau dia tidak terlalu mengikutkan perasaan tentu Lisa tak kan jadi macam ni.
“Doktor, bagaimana dengan isteri saya doktor”
“Encik Danish jangan risau. Isteri encik selamat cuma keadaan dia terlalu lemah sebab banyak kehilangan darah. Dia juga mengalami keguguran”
“Keguguran, tapi isteri saya tak mengandung”
“Betul Encik Danish. Isteri encik mengalami keguguran. Kandungannya baru berusia 4 minggu”
“Ya Allah. Boleh saya tengok isteri saya doktor”
“Boleh, tapi kalau boleh jangan ganggu dia ye. Keadaan dia masih lagi lemah”

Danish memandang Lisa dengan hati yang rawan. Tangan Lisa dipegang lembut dan diciumnya. Danish tidak menyangka yang Lisa mengandung dan keguguran. Semuanya salah Danish.

“Mama.. mari sini mama”
“Mama.. mari temankan saya di sini mama”
“Saya sunyi mama, marilah.. marilah mama”

“Tidakkkkk..”
Nafas Lisa turun naik. Mimpi yang dialaminya benar-benar membuatkan hatinya bercelaru.
“Kenapa sayang. Sayang ok tak”
Danish lantas memeluk Lisa yang kelihatan seperti orang kebingungan.
“Syukurlah sayang dah sedar, abang minta maaf banyak-banyak. Sebab abanglah Lisa jadi camni”
“Pergi!!!..jangan dekat Lisa. Lisa kotor, Lisa jijik. Lisa jahat. Lisa tak layak untuk abang. Tinggalkan Lisa sorang-sorang” Lisa menangis teresak-esak.
“Kenapa ni sayang, janganlah macam ni. Abang tau abang yang salah. Abang minta maaf ye” Danish tidak putus asa memujuk Lisa.
“Pergi..pergi..Lisa tak nak tengok muka abang. Pergiiiiii”
“Lisa, janganlah macam ni Lisa”
“Encik Danish, saya rasa lebih baik Encik Danish pulang dulu. Keadaan Puan Lisa lemah lagi ni” seorang jururawat yang bergegas ke katil Lisa apabila terdengar jeritannya tadi menasihatkan Danish.
“Tapi nurse… isteri saya..”
“Tak de tapi-tapinya Encik Danish. Encik Danish kena faham situasi sekarang. Encik Danish kena bagi Puan Lisa masa untuk berehat. Lebih baik Encik Danish balik dulu”.
“Kalau macam tu, baiklah saya balik dulu. Tapi nurse, tolong jaga isteri saya baik-baik. Kalau ada apa-apa yang tak kena cepat-cepat bagitau saya”
“Jangan risau, kami akan menjaga isteri encik”
“Terima kasih nurse”
Danish memandang Lisa dengan perasaan sayu. Lisa dilihatnya berselubung dengan selimut seperti orang ketakutan.
“Sayang, abang pulang dulu ye. Jaga diri baik-baik”
“Pergiiiiiii, jangan dekat. Pergiiiii” jerit Lisa sekuat hati
Danish menjadi semakin serba salah. Walaupun dengan hati yang berat Danish terpaksa meninggalkan Lisa di hospital sendirian.

Lisa termenung sendirian. Fikirannya menjadi semakin bercelaru. Dia seperti seorang yang telah hilang arah tujuan. Sekejap dia menangis, sekejap dia ketawa. Kadang-kadang dia merasa sangat gembira kerana Danish telah mula melayannya dengan baik. Kadang-kadang dia berasa sangat sedih kerana telah kehilangan kandungannya. Kadang-kadang dia berasa benci dan teramat takut dengan Danish yang sering memukul dan mengasarinya. Kadang-kadang dia terasa amat berdosa kerana telah membunuh bayi yang dikandungkan satu masa dulu.

“Doktor, kenapa dengan isteri saya tu” soal Danish yang keresahan.
Hari ini sudah 3 hari Lisa ditempatkan di wad. Sepatutnya Lisa sudah boleh discharge tapi bila Danish ingin membawanya pulang dia menjerit-jerit.
“Puan Lisa tu mengalami masalah kemurungan. Ia berkemungkinan disebabkan tekanan perasaan yang melampau yang dialaminya. Emosi dia buat masa ini tak berapa stabil. Saya rasa mesti Encik Danish sendiri tahu apa puncanya” duga doktor Megat.
Danish tunduk merenung lantai. Mungkinkah perbuatannya yang mengasari Lisa serta kata-kata kesat yang dilemparkan menyebabkan keadaannya berubah seperti sekarang.
“Semuanya berpunca daripada saya ke doktor”
“Macam ni lah. Apa kata Encik Danish bawa orang yang rapat dengan Puan Lisa datang ke sini untuk memujuk Lisa dan menenangkannya. Mungkin dengan cara itu akan membuatkan Puan Lisa berasa selesa”
“Kalau macam tu tak pe lah. Nanti saya akan bawa mak mertua saya datang ke sini”
“Itulah yang sebaiknya”

“Maaakkk” jerit Lisa setelah melihat ibunya muncul di pintu bilik
“Lisaaa.” Puan Mariam terus merangkul tubuh anak sulungnya.
Semakin susut tubuh anaknya itu dirasakan. Puan Mariam berasa amat sedih melihat keadaan anaknya.
Walaupun sesedih dan sepilu mana yang dirasakannya namun Puan Mariam perlu kelihatan tabah. Dia kena memberikan semangat kepada Lisa. Sudah berbuih mulutnya memarahi Danish tadi kerana tidak memberitahu keadaan Lisa awal-awal.
“Lisa dah makan. Ni mak ada bawakan bubur nasi dan sup ayam. Lisa makan dulu ye”
Lisa mengangguk-angguk. Sememangnya perut dia kosong dari tadi. Tapi melihatkan hidangan yang disediakan oleh pihak hospital membuatkan seleranya terbantut.
Danish cuma memerhati tingkah laku Lisa dari jauh. Tidak mahu mengganggu keadaan yang sudah agak tenang sedikit. Telinga Danish agak pedih juga mendengar leteran ibu mertuanya tadi. Kalau diikutkan hati sememangnya dia tidak mahu memberitahu keadaan Lisa kepada mertuanya kerana tidak mahu merisaukannya. Oleh kerana mertuanya akan tinggal sementara di rumah Danish, Danish awal-awal lagi telah mengemaskan bilik Lisa. Barang-barang dan pakaian Lisa semuanya telah diletakkan di bilik Danish. Ye la, mertua nak datang rumah ni, takkan nak tidur asing-asing pula dengan Lisa. Nanti apa pula yang diorang akan fikir. Tapi Danish risau dengan keadaan Lisa nanti. Sepanjang perkahwinan Lisa tidak pernah sekalipun masuk ke bilik Danish. Danish melarang keras Lisa menjejakkan kaki ke biliknya. Jika Danish pergi bekerja, pintu biliknya akan dikunci.

“Lisa tidur dulu ye. Rehatkan badan. Mesti letih kan baru balik dari hospital tadi”
Lisa mengangguk kecil kepada ibunya.
“Eh, nak pergi mana tu. Kat sini la” Puan Mariam memimpin tangan Lisa menuju ke bilik Danish.
“Ni bukan bilik Lisa. Bilik Lisa yang sebelah ni”
“Betul la ni. Ni bilik Lisa la. Yang sebelah tu mak dengan abah duduk”
“Tapii.. bilik Lisa memang yang tu”
“Dah la tu, mari sini” Puan Mariam dah memikir perkara yang bukan-bukan.
Tak bahagiakah perkahwinan anaknya. Tangan Lisa dipimpin juga menuju ke katil di bilik Danish. Puan Mariam dapat melihat ketidakpuasan hati anaknya. Puan Mariam dapat melihat Lisa seakan-akan terkebil-kebil melihat keadaan di bilik tersebut. Biar betul anak aku ni. Macam tak pernah masuk bilik ni je.

“Danish, abah ada hal nak cakap dengan Danish” Encik Ismail berbasa-basi dengan menantunya.
Nak cakap salah, tak cakap pun salah. Tadi isterinya sudah bising-bising menyuruhnya menasihati Danish dan merisik-risik masalah rumahtangga mereka. Isterinya mengesyaki Lisa dan Danish tidak tidur sebilik.
Danish duduk menghadap mertuanya. Aduh, nak kena laser lagi ker. Terbakarlah telinga dia yang comel tu.
“Hidup dalam berumahtangga ni kena saling faham-memahami, saling bertolak-ansur dan saling maaf-memaafkan. Seberat manapun masalah yang melanda kita kena cuba untuk berbincang dan mencari jalan untuk menyelesaikannya. Emm. Kamu bergaduh dengan Lisa ke Danish. Abah bukanlah nak masuk campur urusan rumahtangga kamu, tapi Lisa tu anak abah. Tambah pula dengan keadaan dia sekarang ini”
“Biasalah abah, masalah kecil jer. Tapi abah jangan risau la. Danish akan cuba selesaikan dengan baik”
“Ye la, suami isteri ni kalau tak bergaduh tu tak sah pulak kan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hidup berumahtangga ni. Cuma abah nak nasihatkan kamu, setiap masalah yang kamu berdua hadapi tu cubalah selesaikan dengan cara yang baik. Kamu tu sebagai ketua keluarga. Kalau Lisa tu ada buat salah kamu nasihatkan dia. Kamu pimpin dia ke jalan yang betul. Jangan kamu menghukum dia tak tentu fasal pula. Abah cuma nak rumahtangga kamu bahagia je”
“Ye la abah. Danish tau. Danish pun mahukan yang terbaik untuk rumahtangga Danish. Terima kasih abah”

Danish melihat Lisa yang sedang tidur mengiring begitu lena dibuai mimpi. Wajah Lisa memang lembut dan ayu. Tak sangka wajah seayu ini yang telah dikasari dan disakiti hatinya. Danish tahu selama ini dia banyak melukakan dan mengguris hati Lisa. Bukan setakat mengasarinya dengan perbuatan tapi dengan kata-kata yang kesat yang tidak sepatutnya dituturkan. Danish mengeluh kecil. Wajah Lisa diusap lembut dengan tangannya. Rambut Lisa yang halus dibelai perlahan. Dahi Lisa dikucup lembut. Danish menarik selimut menutupi tubuh Lisa. Danish turut melabuhkan badannya di sebelah Lisa. Matanya turut memberat meminta untuk direhatkan. Danish turut mengiringkan badannya menghadap Lisa. Tangannya didaratkan melingkari pinggang Lisa. Matanya semakin memberat dan akhirnya dia terlena di samping isteri tersayang.

“Hahaha.. padan dengan muka kau. Nasib kau memang malang Lisa. Memang malang. Hahaha” kelihatan Haziq mentertawakn Lisa.
Kemudian wajah Haziq hilang ditelan asap kelabu. Muncul pula bayi kecil yang berkafan putih.
“Mama… mari sini mama.. Saya rindu mama”
“Mama.. kenapa mama jahat. Kenapa mama buang saya. Kenapa”, bayi kecil itu menangis teresak-esak. Air matanya yang mengalir laju bertukar menjadi warna kemerahan.
“Sampai hati mama buat saya macam ni”
“Sampai hati mama” bayi tadi menangis lagi dan semakin kuat.
Tiba-tiba tangisannya bertukar menjadi hilaian yang amat nyaring sekali.
Hihihiihihiiiiiiiiiiiiiiiiiii

“Tidakkkkkkkkkk” Lisa menjerit sekuat hati.
Mimpi yang dialaminya tadi mebuatkan nafasnya turun naik. Dia berasa amat takut sekali.
“Sayang.. kenapa ni” Danish pelik melihat keadaan isterinya. Mesti Lisa mimpi ngeri lagi. Manik-manik kecil kelihatan menghiasi dahi isterinya.
“Abangg.. Lisa takut”
Danish terus merangkul Lisa dan dipeluk kuat tubuh Lisa. Dia ingin membuat Lisa berasa tenang dan aman dalam pelukannya.Tangannya mengelus-elus rambut Lisa yang lebat.
Lisa berasa selesa berada dalam pelukan Danish. Pelukan Danish turut dibalas mesra. Jiwanya terasa lapang. Takut yang dialaminya sebentar tadi dirasakan sudah hilang menjauh. Dia berasa amat-amat bahagia.
“Abang, lemas lah”
Danish tergelak kecil. Pelukannya yang kemas tadi dilonggarkan.
“Kenapa abang peluk Lisa. Lisa kan kotor, jijik. Lisa ni..”
“Shhhh” Danish menutup mulut Lisa dengan jari telunjuknya. Tidak sanggup dia membenarkan Lisa meneruskan kata-kata yang akan mengguris perasaan Lisa sendiri. Wajah Lisa ditenung dalam-dalam.
“Abang minta maaf sayang. Abang tahu abang dah banyak lukakan hati Lisa, abang dah banyak sakitkan hati Lisa. Abang dera perasaan Lisa. Tubuh Lisa abang kasari. Abang minta maaf banyak-banyak sebab terlalu mengikutkan perasaan. Maafkan abang sayang”
Air mata Lisa mula bergenang di kelopak matanya. Tak sangka penantiannya selama ini untuk hidup bahagia dengan Danish, suami tercinta akhirnya muncul juga.
“Tapi abang tahu kan, Lisa dah tak suci semasa berkahwin dengan abang”
“Sudahlah, jangan diungkit lagi perkara yang lepas. Abang akan terima Lisa dengan redha. Terima setiap baik buruk Lisa dengan seadanya. Terima setiap kebaikan dan keburukan yang Lisa miliki. Mulai hari ini kita akan mulakan hidup baru” Danish menyeka air mata Lisa yang mula mengalir laju dipipinya.
“Tapi Lisa takut nanti abang akan mengungkit balik. Lisa tak nak perkara macam ni jadi lagi. Lisa tak nak.. Kalau jadi macam tu lagi, lebih baik kita berpisah je”
“Jangan cakap macam, tu sayang. Abang janji, abang tak akan ungkit perkara tu lagi. Abang janji”
“Kalau abang tipu macam mana?”
“Kalau abang tipu, abang akan dipanah petir”
“Jangan cakap macam tu, Lisa sayang abang. Lisa tak nak kehilangan abang. Cukuplah abang pergi dari hidup Lisa selama 2 minggu hari tu. Jangan pernah fikir nak tinggalkan Lisa lagi”
“Abang pun sayangkan Lisa. Masa tengok Lisa pengsan hari tu abang rasa nyawa abang macam dah terbang melayang. Lisa pun jangan pernah fikir nak tinggalkan abang tau”
Lisa mengangguk kecil. Tapi tiba-tiba hatinya terasa amat sayu.
“Kenapa ni, sedih lagi abang tengok”
“Tapi… anak kita dah tak ada” Lisa mengongoi lagi.
“Tak pe la Lisa. Mungkin itu bukan rezeki kita. Kita kena redha ye. Mungkin next time kita akan ada peluang lagi” Danish memujuk Lisa yang kelihatan semakin sayu. Dalam hati Danish terdetik rasa bersalah yang teramat sangat.
Lisa cuma mengangguk kecil. Pelukannya semkin dirapatkan. Lemas pun lemaslah. Janji dia bahagia.

“Abang, sakit bang” sabar Lisa. Mengucap banyak-banyak. Ingat Allah.
Danish cuba menenangkan Lisa yang masih bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.
“Sikit lagi Puan. Dah nak nampak kepala dia tu.1, 2, 3 . Push”
Lisa dengan sedaya upaya meneran. Akhirnya keluarlah bayi lelaki yang comel. Nurse yang lain mengambil bayi tersebut dan membersihkannya.
“Okey Puan sedia. Tarik nafas. Sekali lagi ye. Push..”
Sekali lagi Lisa mengumpul tenaga yang ada. Sehingga habis tenaganya digunakan untuk melahirkan kembar tidak seiras yang begitu comel. Seorang lelaki dan seorang perempuan.
“Terima kasih sayang” Danish mengucup lembut dahi Lisa yang kelihatan begitu lemah.
Lisa tersenyum manja. Inilah kebahagiaan yang diharap-harapkan selama ini.

Tamat.

Cerpen ini rekaan semata-mata. Tidak bertujuan untuk mengajar ke jalan yang tidak elok. Yang baik dijadikan tauladan dan yang buruk dijadikan sempadan. Selamat membaca.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

65 ulasan untuk “Cerpen : Derita Seorang Perempuan”
  1. 1234 says:

    Okay lah tu..

  2. khairiahkhaizu says:

    menarik

  3. khairiahkhaizu says:

    best

  4. aku says:

    Xbest

  5. jay_laxy says:

    Dasar lelaki keparat betul si haziq tu..btw, feeling hampir seratus peratus..plot ceRita yg special skit..sbb watak yg digunakan tdklah ‘sesempurna’mana..Namun hasil Dan mutu penulisan agak menarik.thumbs up!!tingkatkan lagI usaha anda, cik penulis!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.