Cerpen : Diari Seorang Lelaki

15 November 2009  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Nama Pena : Ayumi Afiqah

Ayumi AfiqahNama aku Kamal. Tapi, kawan-kawan biasa panggil aku Kame je. Tau kenapa? Sebab diorang kata muka aku ni macam Kamenashi Kazuya, artis Jepun yang hot tu! Aku bukanlah nak perasan tapi kalau orang dah cakap macam tu… takkan aku nak nafikan, ya tak? Aku selalu cakap macam ni kat dorang, “Mungkin aku hensem lebih sikit kot dari dia…” Tau dorang balas apa? “Lebih sikit, kurang banyak!” Hmm… hampeh betul!
Aku ni sebenarnya ramai peminat kat kolej. Bukan nak bangga ke apa tapi hakikatnya memang macam tu. Boleh dikatakan, sume awek cun kat kolej aku tu minat kat aku. Yang tak cun pun ada juga. Tapi, aku tak pernah layan pun. Walaupun aku ni dilahirkan untuk menjadi lelaki yang hensem, aku tak pernah bangga diri. Aku tak pernah layan awek-awek gedik tu sume. Dorang je yang selalu kacau aku. Kadang-kadang tu kan… rimaslah juga. Tapi apa nak buat? Dah hensem…
Aku sebenarnya ada minat satu group ni. Nama group tu… KAT-TUN. Kamenashi tu juga ahli group ni. Aku pun tak tau kenapa aku suke sangat group ni. Mungkin sebab dorang rock and cool! Walaupun ada sesetengah orang anggap dorang ni pondan. Kat manalah pondan tu ya? Aku tak nampak pun. Nak buat macam manakan… hati dah suka. Sumenye elok ajelah…
Masa aku duduk kat kafe hari tu, Lina datang dekat aku. “Kamal… jomlah pergi rumah I. Kita tengok movie terbaru Kamenashi. Mesti You sukakan?” Dengan gaya gediknya, Lina menyoal. Aku senyum je dan cakap, “Sorry… I ada hal. Next timelah, ya?”
“Alah… You ni! Selalu ngelak dari I. You tak suka I ke?”
Memang tak suka pun! Terus terang aku cakap yang aku tak minat minah gedik macam ni. Tapi kalau aku cakap nantikan, dia kecik hati pula!
“Bukan tak suka. Tapi I memang ada hal penting ni. Next timelah ya?” Lepas tu, aku cepat-cepat blah!
Petang tu, aku main gitar sambil nyanyi lagu My Angel, You Are Angel kat halaman rumah aku. Lagu sape lagi kalau bukan lagu KAT-TUN! Tiba-tiba sorang lagi peminat istimewa aku datang kacau. Nama dia ni, Amira. Kalau tak silap aku, budak ni baru form 3. Isy… peminat cilik pun aku ada? Hebat betul!
“Abang Kamal buat apa tu?”
“Masak nasi! Nak join ke?” Amira dah muncung. “Abang Kamal ni teruklah!”
Yang teruk ni jugalah yang kau suka kan? “Abang nyanyilah lagu untuk Mira. Suara abang bestlah! Kalah Kamenashi tu tau!”
Mak… dia dah tunjuk gedik dialah! Aku tau suara aku memang lagi best daripada ‘abang kembar’ aku tu! Tapi, tak naklah bangga kan? “Sorrylah Mira. Abang Kamal ada hal ni. Next time ya?” Aku terus lari masuk rumah. Hmm… itulah aku. Asyik lari je dari perempuan…
Hari minggu macam biasa aku akan lepak kat shopping complex ngan member-member aku. Ijad, Pian dan Mat memang kawan sejati aku. Ke mana je pasti berempat. Cewah… kira macam friends forever la ni…
Masa aku tengah jalan-jalan tu kan, aku terlanggarlah sorang awek ni. Nasib baiklah tak tersungkur. Kalau tak, hilang macho aku! Tapi, ada benda lain pula yang tersungkur. Tau apa? Hati aku! Mak… aku dah jatuh cinta ke? Awek tu… memang cun! Tak kelip mata aku tengok dia. Tapi, dia jeling aku macam nak telan! Apasal? Aku ni tak hensem ke di mata dia? Hisy… mustahil tu! Aku kan memang jejaka hensem? Awek tu blah macam tu je! Frust betul!
Esoknya pula, aku pergi kedai CD. Aku ingat nak beli DVD KAT-TUN live in concert. Sekali ternampak awk cun tu lah! Dia tengah jaga kedai. Kedai dia ke? Tak pernah nampak pun! Ceh… macamlah aku selalu datang sini…
“Dik, DVD KAT-TUN live in concert ada?” Dengan machonya aku bertanya pada awek tu. Awek tu pun bagi pada aku DVD yang aku nak. Lepas bayar, aku terus blah. Isy… apasallah aku tak usha dia? Bodoh betullah! Macho konon!
Malam tu, aku duk termenung sambil dengar lagu KAT-TUN, On My Mind. Aku asyik teringat-ingat je kat awek tu. Hisy… apa dah jadi kat aku ni? Takkan aku dah sangkut kot? Baru jumpa dua kali dah tangkap cintan? Mustahil! Tapi, kalau bukan cinta, apa yang sedang melanda aku ni, ya? Love? Kan maksudnya sama je dengan cinta? Arghhh!!!!!
Balik dari kolej, aku terus mainkan DVD yang aku baru beli tu. Masa aku tengah layan lagu Gold, mama beritahu aku, “Kamal, anak Datin Senah kirim salam!” Hah? Aku memang terkejut tahap maksimalah! Anak Datin Senah yang playgirl tu kirim salam kat aku? Apa kes?!
“Mama rasakan, dia syok kat kamulah…” kata mama. Aku geleng kepala. “Mama tok sah nak ngarut!”
“Ngarut apa pula? Kamu tak suka dia ke?”
“Langsung tak! Bukan taste Kamal lah seksi macam tu! Gedik pula tu!”
“Dah tu… Kamal suka yang macam mana?”
Yang macam awek cun tu! Walaupun cun, tapi tak gedik. Cuma… sombong sikit!
Esoknya pula, aku pergi makan kat gerai mamak ngan member sejati aku tu. Tiba-tiba awek cun tu melintas depan aku. Aku pun terus kejang. Tak bergerak langsung. Member sejati aku dah gelak-gelak. Ijad cabar aku, “Pergilah usha awek tu!”
“Jangan cabar aku! Aku usha betul-betul karang!”
“Baguslah!” balas Ijad selamba. Pula dah? Aku tak naklah dipandang rendah oleh member sejati aku tu. Lalu, aku dengan gaya machonya pergi dekat dengan awek tu.
“Hai… sorang je?” Ayat standard bila nak ngurat awek. Awek tu jeling aku macam nak telan.
“Taklah. Sepuluh orang! Tak nampak yang bertanduk kat sebelah awak tu?”
Hui… ayat! Memang bisa! Tak pasal-pasal aku kena ‘ceramah’! lupa yang kat sebelah aku ni ada ‘makhluk’ yang tengah menghasut. Kantoi! Awek tu terus blah macam tu je. Member sejati aku dah pecah perut kat meja sana. Hisy… malu betul! Kalau loghat Terengganu, konyong giler!
Aku dapat tahu yang awek cun tu sebenarnya belajar kat oversea. Ni dia balik cuti semester. Sume ni berkat usaha member sejati aku yang siasat. Dorang cabar aku usha awek tu. Aku ni sebenarnya pemalu. Yalah… walaupun muka hensem, aku tetap mengekalkan adat timur. Tak gitu?
So, sebagai langkah pertama, aku tulis surat cinta untuk dia. Member sejati aku pula jadi spy, intip reaksi dia bila baca surat tu. Tau tak, dia boleh koyak surat tu kemudian campak dalam tong sampah! Sedihnya! Sampai nak tercabut otak aku nak siapkan surat tu, elok aje dia buang! Kurang asam betul!
Langkah kedua, aku hantar bunga. Dia bersin pula. Rupanya, dia alah dengan bunga. Isy! Langkah ketiga, aku bagi coklat. Dia dengan selambanya bagi kat orang lain. Alasannya, “Saya tak suka makan coklat. Manis!”
Adui… sedihnya hati aku ni! Nak nangis pun ada. Mana taknya, selama ni aku aje yang tolak awek. Sekarang ni awek pula tolak aku. Rasa macam nak sorok je muka aku ni kat dalam almari…
Pagi tu, aku bawa motor aku pergi kedai CD tu. Tapi aku tengok dari jauh je la… Alangkah terkejutnya aku tengok awek cun tu duk berpeluk ngan sorang mamat tu! Hui… daring betul! Bukan setakat peluk, diciumnya pula mamat hitam tu! Kalau nak banding ngan aku, aku seribu kali lagi hensemlah! Nyampah betul! Minat aku pada dia, terus merudum seratus-peratus! Rasa menyesal pun ada. Yalah… dah banyak duit aku habis untuk awek yang dah tak cun tu! Rupanya, perangai dia lagi teruk dari Lina, Farah, Amira, Aimi, Atiqah, Sarah dan lain-lain…. Walaupun dorang gedik, tak adalah sampai berpeluk, bercumbu!
Sejak hari tu, aku dah stop ‘operasi’ aku nak ngurat dia. Buang karan aje! Baik aku teruskan hidup aku tanpa minat pada siapa-siapa pun. Baik aku sorang-sorang je. Tak rugi apapun! Iman pun terjamin! Tak gitu? Hmm… inilah diari aku. Diari seorang lelaki……
(p/s: percubaan pertama jadi ‘lelaki’)


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

544 ulasan untuk “Cerpen : Diari Seorang Lelaki”

Trackbacks

Check out what others are saying about this post...
  1. prediksi bola

    […]usually posts some quite intriguing stuff like this. If you are new to this site[…]

  2. دوربین دنده عقب

    I’m actually taking pleasure in the style and format of your site. It’s a quite straightforward on the eyes which tends to make it significantly more enjoyable for me to appear here and pay a visit to a lot more often. Did you employ out a developer to…

  3. دوربین مدار بسته آنالوگ

    Greetings from Colorado! I’m bored to dying at work so I made the decision to search your web site on my apple iphone throughout lunch break. I truly like the information you supply listed here and simply cannot wait around to consider a seem when I ge…

  4. sex beads says:

    sex beads

    […]here are some hyperlinks to sites that we link to due to the fact we believe they may be worth visiting[…]



Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.