Cerpen : Fobia

24 April 2011  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : HIDAYATUSSOLEHAH

Cinta? Aku tidak akan memikirkannya lagi akan hal itu setelah apa yang aku lalui begitu sangat menyeksakan jiwa dan ragaku sendiri. Biarlah kali ini ia hadir secara semula jadi dalam hidupku tanpa aku undangnya lagi. Tidak akan kubiarkan titisan-titisan noda kelukaan menghuni diri ini lagi. Tidak akan. Itu yang aku pasti sekarang. Aku akan membina jalan kehidupan yang baru. Semuanya serba baru.

Aku sendiri tidak pasti akan kehadirannya untuk kali yang kedua ataupun tidak akan berkunjung tiba hingga ke hujung nyawaku. Aku pasrah segalanya. Mungkin aku menunggu keajaiban yang akan muncul untuk mencorakkan beraneka warna di setiap pelangi pada dunia cintaku yang sepi ini. Mungkinkah ianya akan berwarna ceria kembali seperti dahulu?

Bagi aku, tiada erti yang namanya ‘cinta’ itu kerana setahu aku ia hanyalah menyeksakan dan pemberi kecewa yang akan mengundang air mata untuk mencemarkan keceriaan di wajahku ini. Cukuplah ia pernah tercemar suatu ketika dahulu sehingga tidak menampakkan serinya lagi.

Semuanya kerana kau HAKIM MUDZAFFAR! Semuanya kerana kau yang telah membuatkan aku sentiasa ragu-ragu kepada setiap insan yang bernama lelaki, malah tahap kepercayaan aku pada kaum sejenismu juga sudah semakin lenyap. Kau mesti bertanggungjawab atas apa yang terjadi pada diriku ini. Dan kau mesti bertanggungjawab pada apa yang akan aku lakukan pada kaum kerabat sejenismu.

Walaupun telah ku buang segala yang pahit, tetapi kadang-kadang ia menyusup jua walau hanya sekejap cuma. Dan walaupun aku masih lagi keseorangan, ini tidak bermakna dirimu masih lagi bertakhta di hatiku kerana tiada lagi cinta suci untukmu lagi.

“Eh, kat mana aku ini?” katanya sambil melihat jam di pergelangan tangannya. “Aku singgah masjid sekejap la” asyik sangat aku mengelamun, rupanya aku sudah berdiri terpacak betul-betul di depan masjid. Aku berjalan masuk ke dalam masjid yang tersergam indah yang dibina di tengah-tengah kota metropolitan ini sambil menoleh ke kanan dan kiri untuk mencari tempat solat perempuan.

Selepas mengambil wuduk, aku kembali ke ruang solat untuk berjemaah dengan jemaah yang lain. Aku mula menyepah-nyepahkan telekung untuk mencari telekung yang sesuai dengan saiz aku yang comel ini. “Mana ni? Mana ni? Ha! Ini ok kot!” kata Bey seorang diri sambil melihat jemaah lain.

“Assalamualaikumwarahmatullah… Assalamualaikumwarahmatullah…” suara imam bergema memberi salam tanda selesai menunaikan solat Zohor. Selesai sahaja berdoa aku terus ke tandas tanpa bersalaman dengan jemaah perempuan yang lain. Aku kembali ke tempat solat semula setelah selesai ‘melabur’ untuk mengambil beg yang tertinggal. “Fuh!!! Lega” katanya sambil mengambil beg yang terletak di satu sudut tepi almari telekung.

“Eh, kenapa kau masuk sini? Sini tempat solat orang perempuanlah!” kata salah seorang makcik yang memandangku dari jauh. Sambil berbisik-bisik dengan makcik- makcik yang lain.

“Ah, sudah! Asal pulak makcik sorang ini, aku ni bukan perempuan ke? Sesuki hati dia je jerit-jerit. Aku sumbat dengan telekung ni karang baru tahu!” katanya geram.

Dari jauh aku nampak makcik-makcik tadi berjalan beramai-ramai datang ke arah aku dengan muka yang bermacam-macam jenis.

“Baik aku blah cepat sebelum diapa-apakan aku. Dah la badan aku ni comel nak lawan dengan makcik-makcik yang badan besar macam naga cerita magika tu” katanya sambil berjalan keluar dari ruang solat perempuan.

“Ha! Nak pergi mana? Dah buat salah nak lari pulak ya?” kata salah seorang makcik yang menghalang aku keluar dari ruang solat perempuan itu.

“Makcik yang baik hati, tolong beri saya keluar. Saya ada urusan negara yang penting nak diselesaikan” kataku sambil buat muka suci.

“Tok imam, tengok budak lelaki ni dah menceroboh tempat solat perempuan lepas tu nak lari pulak” sambil tanganku ditarik oleh makcik-makcik tadi sampailah aku dibawa ke ruang solat lelaki.

Budak lelaki? Makcik ni buta ke ape? Aku punya comel macam ni dia kata aku budak lelaki? Memang tak boleh terima betul. Dah macam dalam mahkamah la pulak, berdiri dalam kandang. Tok imam pulak, gaya macam hakim dalam mahkamah. Pegang tongkat segala bagai. Tension pulak aku. Hatinya memberontak geram.

Dari jauh aku nampak seorang lelaki yang agak pelik kelakuannya datang menghampiri persidangan mahkamah yang baru sahaja hendak bermula.

“Makcik, tok imam…saya…”

“Saya Daniel, saya abang dia. Adik saya ni memang macam ni, ikut suka dia je masuk kawasan solat bukan sejantina dia. Biasalah budak-budak makcik, nakal. Maaf ya, tok imam dan makcik-makcik sekalian. Kalau tak ada apa-apa dah, saya dan adik saya minta diri dululah ya. Kami kena cepat, sebab malam ni di rumah ada buat kenduri doa selamat. Jemputlah datang ya, tok imam dan makcik-makcik semua” kata lelaki itu yang memperkenalkan dirinya tadi dengan nama Daniel.

“Cepat minta maaf dik, akak dah call abang ni suruh balik” kata lelaki itu lagi.

“Sejak bi…”

“Sejak kematian kucing dia, dia memang macam ni. Tak dapat terima kenyataan lagi, jadi sebab tu dia jadi tak tentu arah sikit. Minta maaflah ya, tok imam, makcik-makcik. Budak-budak memang macam ni, degil. Bukan nak dengar kata. Tak pelah kalau macam tu, saya mintak maaf bagi pihak adik saya. Kami minta diri dulu lah ya. Assalamualaikum.” Kata lelaki itu sambil menarik lengan aku ke arah keretanya. BMW! Perghh! Macam kereta papa lah. Teringat kat papa.

“Kau ni degil kan? Bukan nak mintak maaf dengan orang-orang tadi tu. Ha! One more thing, yang kau pergi redah masuk tempat solat perempuan kenapa? Dah bosan, solat kat tempat solat lelaki? Hei, budak ni. Nasib baik aku ada. Kalau tak mesti kau kena belasah teruk dengan orang-orang tadi ke atau kau dah kena heret segala bagai dah. Ha! kau diam ni kenapa? Dah jadi bisu pulak?” katanya lagi macam bertih jagung.

“Dah habis membebel? Lain kali aku cakap jangan potong boleh? Sejak bila aku jadi adik kau? Bila masa pulak kita jadi adik-beradik? And bila masa pulak aku ada kucing? Dah tak reti cakap pulak dah? Ke nak aku tolong keluarkan anak tekak kau pergi baiki kat kedai motor depan tu?” katanya geram.

“Firstly, I’m Daniel. Apa kata kau ucapkan ribuan terima kasih pada aku sebab dah selamatkan kau dari makcik-makcik tadi yang macam beruang nak makan kau yang kecil macam tikus keding ini. Ini tak, marah aku balik. Memang tak berbudi bahasa betul budak kecil ini” kata lelaki itu lagi sambil membebel sendirian.

Aku pergi tanpa memberitahu pada lelaki itu yang sedang membebel dengan mulutnya yang bagai bertih jagung tidak berhenti bercakap berseorangan. Tapi sebenarnya bukan salah aku pun. Dia yang nak sangat tolong aku, lepas itu ungkit. Baik tak payah tolong. Aku menoleh kearahnya. “Hahaha! Padan muka, bebel lah kau sorang-sorang sampai esok” gelaknya puas dengan melihat dari jauh lelaki sengal itu bercakap berseorangan.

“Assalamualaikum, kak. Ini rumah Datuk Tengku Danish ke?” kata Bey kepada seorang pembantu rumah banglo yang tersergam indah di tengah-tengah kota Damansara itu. “Iya pak” kata pembantu rumah itu sambil tangannya menekan punat IN untuk membukakan pintu pagar elektrik itu.

‘Pak’ dia panggil aku? Memang hari ini hari memulau sedunia aku kot. Kata Bey dalam hatinya. Aku terus melangkah masuk ke rumah itu, terasa macam rumah sendiri pulak. Aura rumah ini mengingatkan aku pada mama dan papa. Arghh..kisah lama.

“Bey! Kenapa tak call dulu nak datang? Jom! Akak siapkan Bey. Dah lambat ni!” jerit Tengku Dania dari tingkat atas dan berlari anak menuruni tangga. Pantas tanganku ditarik oleh Tengku Dania agar mengikutnya naik ke bilik, tanpa sempat aku duduk di kerusi buatan kayu dari Bali itu, kalau tidak silap dari pengalaman aku sejak mengambil alih syarikat papa mengimport dan syarikat mama mengeskport barang dari luar negara dan tempatan. Aku banyak belajar pelbagai perkara sejak pemergian mereka. Hasil usaha papa dan mama mengusahakan sebuah syarikat gergasi yang digabungkan sejak beberapa tahun dahulu. Akhirnya, syarikat itu berkembang maju di setiap pelosok negara. Nama syarikat yang digabungkan oleh dua insan ini, kini menjadi sebutan di kalangan usahawan yang berjaya dan syarikat gergasi yang lainnya. Syarikat ZZ-Quha, itulah nama yang digabungkan oleh papa Datuk Tengku Zaquan dan mama Datin Tengku Zulaikha. Mereka bertemu jodoh dengan satu pertemuan jamuan makan malam besar-besaran antara gabungan syarikat-syarikat besar. Perkahwinan mereka atas dasar cinta dan direstui oleh kedua ibu bapa mereka, genap sebulan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata yang diberi nama Tengku Balqis Syaquza. Satu-satunya puteri tunggal dan pewaris tunggal.

“Ok! Siap pun. Jom turun, kejap lagi mereka sampai!” kata kak Dania padaku sambil tersenyum manis. “Akak, malu lah Bey pakai baju kurung. Mana cap Bey, Bey tak selesa lah kak kalau tak da cap” kataku sambil sengaja buat muka simpati.

“Dah tak payah buat muka macam tempe hangus, jom turun” Tengku Dania lantas menarik tangan aku dan sekali lagi mengikutinya menuruni tangga pula. Dari atas aku melihat ramai tetamu yang sudah memenuhi ruang utama. “Wah! Ramainya orang. Dah lama tak join something function” kataku jujur.

“Papa dan mama dah sampai, jom!” kata kak Dania sambil menarik lembut tanganku. “Papa mama, selamat pulang ke Malaysia. Pa, kenal tak siapa ini? Ma, ingat lagi tak?” kata kak Dania sambil mencium tangan mereka dan tersenyum memandangku.

“If papa tak silap, ini…”

“Mama tahu, Tengku Balqis Syaquza kan? Apa tak ingat pulak, satu-satunya puteri tunggal adik mama Allahyarham Datuk Tengku Zaquan” kata Datin Tengku Durani merangkap Mak Long aku.

Aku perasan antara nama-nama pasangan keluarga masing-masing macam merancang pulak. Macam nama mama dan papa, Zaquan Zulaikha sama hurufnya. Pak Long dan Mak Long pun sama, mungkin jodoh yang sudah menetapkan begitu. Tiada siapa yang boleh menyangkalnya lagi. Mungkin aku pun begitu nanti, siapa tahu. “Ah, merepek!” kataku sendiri.

“Ya, Balqis?”

“Ha? Tak, tak ada apa-apa Datin. Eh, Mak Long.”

“Hah! baru betul. Ada pulak bahasakan Mak Long, Datin” kata Datin Tengku Durani kepadaku membuatkan aku tersenyum malu.

“Apa ma yang betulnya? Kenapa bibik kata mama cari Danny? satu suara yang datang dari arah belakang.

“Tak nak jumpa mama ya? Papa dan mama baru pulang dari umrah ini bukan nak sambut, budak bertuah ini” kata Datin Tengku Durani pada lelaki itu yang sedang tersengih-sengih sambil menggaru kepalanya.

“Eh, kau bukan lelaki sengal yang aku jumpa kat masjid tadi tu ke? Yang merepek pasal kucing and adik kau bagai tu”

“Eh? Dah berubah jantina? Patutlah aku macam pernah tengok muka kau, kalau tak silap aku kau anak perempuan tunggal Allahyarham Datuk Tengku Zaquan. Tengku Dania Syaquza kan? Anak Pak Su kan?

“Yup! Exactly” kata Datin Tengku Durani dengan muka yang bersinar-sinar

“Kau siapa? Aku tak kenal kau pun, macam mana pulak kau boleh kenal aku? Jangan cakap aku ada saudara sengal macam kau” tanyaku hairan sambil mengerut dahi pada lelaki pelik yang aku nampak di masjid tadi dan tanpa sengaja menolong aku dengan tak ikhlas.

“Balqis, ini anak kedua Mak Long. Lelaki sulung dalam keluarga ini, perkenalkan…”

“Tengku Daniel Datuk Tengku Danish” kata lelaki itu dalam nada bersungguh-sungguh.

“Kamu dulu pernah ke sini sekali sebelum kamu sekeluarga berpindah ke London, tapi masa itu kamu baru berusia 18 tahun. Daniel pulak baru berusia 20 tahun. Kamu tinggal di sana lebih 9 tahun. Tetiba, Mak Long dapat berita kedua-dua adik Mak Long meninggal dunia di sana akibat batuk yang terlampau sebab keadaan cuaca di sana yang tidak menentu. Kami dapat berita lagi kamu tinggal seorang diri di sana dengan menguruskan syarikat peninggalan arwah itu bersendirian. Jadi kami upah orang untuk cari kamu di sana dan sampaikan pesanan kami kepada kamu. Kami berharap kamu sudi datang dan tinggal bersama kami. Sebab papa kamu pernah mewasiatkan pada Mak Long untuk menjaga kamu jika terjadi apa-apa pada dirinya dan juga pada Ika, mama kamu. Mak Long bersyukur sangat kamu ada di sini. Dan sekarang kedua-duanya sudah besar dan meningkat remaja. Dan tak lama lagi nak mendirikan rumah tangga. Tak gitu pa?” kata Datin Tengku Durani sambil matanya melirik memandang anaknya, Daniel.

“Papa dan mama kamu ada juga pernah berjanji akan mengikat tali perkahwinan jika jangka hidup mereka tidak lama. So, kamu sudikan jadi sebahagian dari keluarga ini?”

“Saya…saya..”

“Dia setuju itu ma…” kata Daniel sambil tersengih-sengih seperti kerang busuk.

“Alhamdulillah. Baguslah kalau macam itu, majlis pertunangan dan majlis akad nikah akan berlangsung secepat yang mungkin dalam minggu ini juga. Benda baik jangan dilengahkan-lengahkan” kata Datuk Tengku Danish, dengan penuh berharap.

Selesai kenduri doa selamat dan jamuan makan kecil-kecilan yang dibuat sempena menyambut Datuk Tengku Danish dan Datin Tengku Durani yang baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah selamat sampai ke Malaysia dalam keadaan yang baik.

Malam itu hatiku resah, bila mengenangkan perbincangan yang secara mengejut tentang perkahwinan yang berkaitan dengan masa depan hidupku. Keputusan ini akan menentukan segalanya. “Lelaki petang tadi baru jumpa tu nanti akan jadi bakal suami aku? Tak masuk akal betul. Apa aku nak buat ni? Hah! Lari dari sini? Macam dalam drama lah pulak, lari-lari bagai. Aku dah lah ada asma, adush! Apa nak buat? Apa nak buat?” katanya sendirian sambil berjalan ke hulu ke hilir.

“Hah! Solat istikharah lah”

“Aku terima nikahnya Tengku Balqis Syaquza binti Datuk Tengku Zaquan dengan mas kahwin RM 15, 900.00 tunai!” dengan sekali lafaz Tengku Daniel bin Datuk Tengku Danish sah menjadi suami kepada Tengku Balqis Syaquza.

“Alhamdulillah, tenangnya wahai hati ini”

“Terima kasih kerana sudi membina masjid bersama-sama”

Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu Dia hanya berkata kepadanya, “Jadilah!” Maka jadilah sesuatu itu. Surah Yasin ayat 82.

TAMAT


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

25 ulasan untuk “Cerpen : Fobia”
  1. fanatik says:

    nice try,,,,cuma citer ni xpress sgt,,,x smpt nk feeling2,,,,

  2. Butter says:

    Huhu…100% the tittle is not related with the story u wrote it…keliru dan it seems rushing!…perbaiki lagi yer!

  3. ana says:

    knpe cite ni mcm dlm novel bini aku tomboy nye?

  4. HIDAYATUSSOLEHAH says:

    TERIMA KASIH SEMUA PEMBACA KERANA MEMBERI KOMEN..SAYA MASIH BELAJAR MENGARANG UNTUK MENJADI YANG TERBAIK LAGI..

  5. Mohd Yusof AR says:

    Hahaha… buat susah org baca je…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.