Cerpen : Gadis Beku

19 July 2013  
Kategori: Cerpen

Penulisan2u

Oleh : iera sabri

“So, Iman Ariana, awak akan digandingkan dengan Irham untuk praktikal kali ni di Pertama Holding. Nak tak nak, awak perlu…no,no, awak wajib ikut arahan ni. Paham?” tegas kedengaran suara prof Tengku Kamal memberi arahan. Sememangnya , dia perlu bertegas. Dia sudah terlebih kenal dengan sikap pelajarnya yang seorang ini. Tak pernah mahu bekerjasama dengan orang bernama lelaki. Dia sendiri tak tahu kenapa Iman Ariana terlalu sensitive dengan makhluk bernama lelaki. Pernah juga, ditanya kepada rakan-rakan gadis bertudung labuh ini, namun mereka hanya menggeleng tidak tahu. Iman Ariana bukanlah seorang pendiam jika bersama pelajar perempuan tetapi, jika berhadapan dengan pelajar lelaki, mulutnya pasti terkunci. Berhadapan dengannya yang merangkap pensyarah dan boleh dikata berpangkat bapa ini pun, Iman Ariana kaku seperti ais. Akhirnya, dia nekad, Iman Ariana perlu berubah demi masa depan dia. Siapa lagi yang bertanggungjawab merubah jika bukan pendidik. Dia bukanlah nak Iman Ariana bersosial terlebih, tetapi cukuplah sekadar bersuara tanpa nada gagap ketika berhadapan dengan lelaki. Bagaimana jika suatu hari nanti, jika dia berhadapan dengan penemuduga spesies lelaki, bagaimana pula dia hendak menguruskan sesuatu projek yang memerlukan kerjasama kaum lelaki? Kerjayanya nanti bukan calang-calang kerja, dia bakal memegang jawatan jurutera. Ah, kusut kalau pelajarnya tidak berubah dari sekarang. Kesian masa depan dia.

Iman Ariana masih kaku dihadapan prof Tengku Kamal. Disebelahnya duduk Irham Hakimi. Pelajar kejuruteraan sama sepertinya.

“Iman, saya masih menanti awak bersuara.” Prof Tengku Kamal masih tidak berputus asa.

“Erm, prof, saya tak kisah, kalau prof nak tukarkan saya dengan pelajar perempuan. Saya bukan apa, saya takut ada pihak yang tak selesa nanti.” Perlahan Irham Hakimi bersuara. Dia sedar gadis disebelahnya dalam keadaan serba tak kena.

“Irham, awak tak perlu risau. Saya buat macam ni bersebab. Dan awak tau sebabnya Iman Ariana.” Prof Tengku Kamal masih merenung Iman Ariana. Dia kalau boleh tak nak pelajar cemerlang seperti Iman Ariana punyai keyakinan diri yang lemah.

Senyap seketika.

Iman Ariana yang menunduk mengangkat wajah. Dipandang wajah prof Tengku Kamal sekilas dan kembali menunduk. Perlahan bibirnya bersuara.

“Sa,sa…saya terima pr..prof.”

Prof Tengku Kamal tersenyum.

Ya Allah, Kau bantulah anak ini dalam mencari kayakinan dalam dirinya.

“Kalau macam tu, baiklah. Apa-apa maklumat tentang praktikal, awak boleh contact saya, tapi lagi senang awak ambil nombor fon Irham, kan kamu berdua satu tempat.”

Irham yang mendengar namanya disebut sudah teragak-agak mahu menulis nombor telefonnya di atas kertas kecil namun matanya tertancap pada tangan prof Tengku Kamal yang menunjuk tanda berhenti.

Iman Ariana yang tidak perasan keadaan itu, masih menunduk.

Irham faham, prof Tengku Kamal cuma ingin Iman Ariana membuka mulut sendiri untuk meminta nombor telefon Irham. Irham hanya tersegih. Dalam hatinya berbisik.’Kalau dia bersuara, esok jugak aku pinang minah ni.’

Mereka masih menunggu bicara dari bibir halus milik Iman Ariana, namun masing-masing perlu akur. Perkara yang dihajati mustahil akan berlaku. Akhirnya prof Tengku Kamal membenarkan juga Irham menulis sendiri nombor telefonya.

“Iman, awak boleh keluar.” Ringkas prof Tengku Kamal bersuara.

“Haisy, pening kepala saya, mintak nombor fon pun malu. Aduhai.”keluhnya lagi.

“prof, kenapa saya pulak yang prof gandingkan dengan dia?”Irham Hakimi bersuara perlahan. Nadanya persis tidak puas hati. Manakan tidak, teman-teman yang lain, semuanya dapat yang satu kepala. Dia? Dengan gadis kaku bermulut bisu. Argh, pusing kepala. Macam mana nak bekerjasama.

“Irham, saya percaya awak boleh bantu dia untuk belajar berani bercakap dengan kaum lelaki.”

“Saya?” nyata ,nadanya sangat terkejut.

“Iye, awak. Sebab awak orangnya penyabar, penyayang, lemah lembut dengan perempuan, tak bermulut manis macam lelaki gatal,bertolak ansur dan yang paling penting awak jaga batas agama.itu yang saya nak.” Memang tidak dinafikan, segala sifat yang disebutkan ada pada Irham Hakimi.

Irham Hakimi tertunduk malu. Terasa tidak layak dia menerima pujian seperti itu. Ternyata sudah yang dia memang rapat dengan profTengku Kamal sehingga lelaki itu lebih memahami dirinya berbanding dirinya sendiri.

“Saya taklah sampai macam tu. Prof ni dah terlalu memuji.”Irham Hakimi tersipu malu.

“dahlah, tak payah nak malu-malu kucing pulak. Mana tahu, alang-alang dah serasi kerja bersama, si Iman tu boleh cair dengan kamu, siapa tahu. Nah, kan dah dapat bini alim,cantik plus warak lagi tu.”prof Tengku Kamal sudah mencipta angan-angan mat jenin buat pelajarnya.

Irham Hakimi hanya mampu ketawa. Buat lawak aje pensyarahnya ini. Jauh panggang dari api, perkara itu akan berlaku. Siapalah dia dimata Iman Ariana yang sekeras ais itu.

“jawabnya saya ajelah yang bercakap sorang-sorang dekat rumah. Dia, senyap macam tunggul.” Irham berkata disisa tawanya.

“Eh, kamu jangan main-main soal jodoh. Semuanya kerja Allah.”

Irham Hakimi hanya mampu menggeleng.hisy, profnya yang sorang ini, tak habis-habis.

*******

Dikamar, Iman Ariana resah sendiri. Aduh, macam mana aku nak kerja kalau dengan lelaki ni? Argh, ya Allah, tolonglah aku.

Kenapalah sampai hati prof Kamal buat aku macam ni. Selama ini pun, bukan dia sengaja tak nak berbual secara normal dengan lelaki, tapi, dia tak boleh buat. Puas dicuba. Akhirnya dia pasrah. Mungkin ada hikmahnya. Siapa tahu perancangan-Nya kan.

*********

“Err, Iman, Irham, ni akak perkenalkan pekerja di unit ini.”

Hampir terbuntang mata Iman Ariana. Semuanya lelaki diunit itu. Dari kerani, sampai senior engineer. Cuma Kak Sya sahaja yang perempuan. Maklumlah setiusaha.

Aduh, kusut.kusut. sungguh jiwa Iman Ariana sangat kusut. Apa dah jadi ni? Semuanya lelaki. Prof Kamal ni nak bunuh aku ke hapa. Eh, Iman, takdenye orang mati sebab perlu berkomunikasi dengan orang lelaki. Logik sungguh pemikiran Iman Ariana ini.

Irham Hakimi sudah menyengih sampai ketelinga. Dalam hatinya dapat menduga perasaan kalut dijiwa Iman Ariana. Mana tidaknya, pergh, semua lelaki tuh. Haha. Kesian pulak aku tengok minah ni. Macam nak nangis pun ada.

“ok, jom akak bawak kamu berdua jumpa big boss.” Usai diperkenalkan dengan semua staf, diunit itu mereka berdua mula menjejak kaki ke bilik Tengku Zul Asraf. Bigboss yang dikatakan oleh kak Sya.

Jikalau tadi, ketika diperkenalkan kepada staf-staf diunit itu sahaja, Iman Ariana sudah menunduk gaya orang nak rukuk, entah apa gaya pulaklah minah ni nak buat masa jumpa big boss ni. Hati Irham Hakimi menggerutu.

“ok, silakan duduk.” Pelawa Tengku Zul Asraf.

Pada pandangan , Irham Hakimi, bigbossnya memang berkarisma. Dengan kot hitam kemas tersarung, dan rambut yang tersikat rapi, ditambah dengan wajah yang cukup memikat, fuh. Aku nak jadi protege dialah rasanya. Desis hatinya.

Pada pandangan Iman Ariana pula..ops, dia tak pandang .

“Erm, Encik Irham, kawan awak ni ada masalah ke? Saya rasa saya bercakap dekat depan kamu berdua ni, bukan dekat lantai tu.” Tengku Zul Asraf aneh melihat gadis bertudung labuh dan berbaju kurung riau dihadapannya ini. Dari tadi memandang lantai. Apa wajahnya tak cukup hensem ke hendak dipandang?

“Iman, pandanglah depan.” Irham Hakimi berbisik. Namun, Iman Ariana masih menunduk.

“Err, takpelah, awak dah tahukan tempat masing-masing. Lagipun saya sibuk ni. Takpe, awak berdua boleh keluar, tapi apa yang saya nak ingatkan. Pastikan kamu berdua ikut peraturan syarikat. Ingat, markah kamu ditangan saya. By the way, All the best.” Senyuman manis diberi buat mereka berdua. Sungguh rugi Iman Ariana yang tidak memandang senyuman lelaki kacak itu. Tanpa menunggu. Iman Ariana dan Irham Hakimi masing-masing bangun dari duduk namun suara Tengku Zul Asraf mematikan tindakan mereka.

“Saya nak bercakap dengan awak sebentar, Iman Ariana.”

Iman Ariana kaku ditempatnya. Sekilas pandangannya bersabung dengan pandangan Irham Hakimi namun cepat-cepat dialihkan. Irham Hakimi tak mampu nak berbuat apa-apa untuk membantu rakan seperjuangannya ini. Apakan daya sudah terang dia disuruh keluar, takkanlah dia nak menyibuk lagi semata-mata nak tolong jawabkan soalan buat si Iman ni. Dengan langkah yang bersahaja, Irham Hakimi melangkah meninggalkan dua makhluk Tuhan itu. Iman Ariana pula kembali duduk dan menunduk. Tidak berani menikam pandangan bosnya yang dirasakanya dari tadi merenung tajam kearahnya.

“So, Iman, saya dah tau yang awak ni ada perangai pelik.” Tengku Zul Asraf memulakan bicara. Gadis dihadapan masih tunduk membisu. Aduh, tak sangka parah pulak penyakit budak ni.

“Eh, awak tak sakit tengkuk ke, asyik tunduk dari tadi, saya yang tengok ni pun rasa rimas tau.” Nadanya seperti perli. Namun tiada kesan pada tindakan gadis dihadapan. Masih menunduk.

“Iman,…….” Iman Ariana tetap membisu. Sekilas pun tidak dipandang wajah kacak dihadapan.

“Iman….”

“IMAN!!!!” Jerkahan Tengku Zul Asraf terdengar hingga ke luar kamar pejabatnya. Semua staf beralih pandang ke arah kamar itu sebelum masing-masing berkata. ‘hai, tak start kerja dah kena marah. Biar betul.’

Namun, hati Irham Hakimi berlagu risau. Dia cukup kenal sikap Iman Ariana. Paksalah macam mana pun, kalau dah dari mula dia sukar nak bercakap dengan lelaki itu, sampai kesudahlah dia takkan bercakap. Tiga tahun mengenali sikap pelik gadis itu dari rakan-rakan membuatkannya jadi arif dan lali dengan kepelikan Iman Ariana.

Dikamar Tengku Zul Asraf, Iman Ariana masih diam membisu. Tiada pandangan buat big bossnya, tiada air mata bertakung di tubir mata tanda hatinya terguris dengan tengkingan tadi. Yang ada hanya seorang lelaki yang perasaanya seperti mahu berguling-guling di lantai kerana stress bercakap sorang-sorang.

Peluh jantan merenik di dahi Tengku Zul Asraf. Gadis dihadapannya cukup menguji kesabaran. Tak pernah seumur hidupnya bertemu dengan gadis seperti ini.

‘Aduh, papa, kenapa hantar student macam ni dekat syarikat Zul.’ Keluhnya didalam hati.

“Dahlah,awak boleh keluar.” Akhirnya, Tengku Zul Asraf mengaku kalah.

Mencicit Iman Ariana keluar dan duduk di meja khas buatnya. Semua mata staf diunit itu tertumpu padanya. Malunya, mesti pasal kes kena tengking tadi. Irham Hakimi di sebelah mengerling Iman Ariana. Dia perasan, tangan gadis itu menggeletar. Hisy, takut betul dia.

Tiba, waktu tengahari, semua staf sibuk nak memenuhkan perut. Begitu juga dengan Irham Hakimi. Irham mula megemas mejanya. Tanpa dipinta, matanya terpandang Iman Ariana yang masih khusyuk menulis sesuatu di laptopnya. Eh, tak lapar ke minah ni. Dahlah hati kering, kena tengking, tetap cool, tapi takkanlah perut pun kering kot.

Lalu dengan langkah gentlemannya Irham Hakimi mendekati si gadis beku.

“Err, Iman, jom makan?” Sumpah, aku dah buang tebiat, tak pernah-pernah aku ajak minah ni makan, tiba-tiba hari ni, aku mencemar duli. Fuh, terbaik kau Irham.

Namun, jawapan hampa diterima Irham. Gelengan dari si gadis sudah cukup membuatkan Irham berlalu dengan hati yang hiba.T_T.

Iman Ariana yang bersendirian mula memikirkan kata-kata Irham Hakimi tadi. Dia ajak aku makan? Buang tebiat agaknya.

Iman meneruskan kerjanya. Terasa perut masih belum lapar. Tanpa dia sedari, ada sepasang kaki yang sedang mendekati.

“Cik, Iman Ariana, dah waktu tengahari pun, takkan diet kot.” Suara big bossnya menyapa cuping telinga. Iman Ariana jadi tak tentu arah. Butang keyboard laptop juga ditekan tak kena. Aduh, dahlah tadi, memalukan aku, sekarang ni, tak payahlah nak sibuk-sibuk hal aku. Taulah aku nak makan ke tak. Desisnya .

Tengku Zul Asraf masih berdiri tegak dihadapan meja kerjanya.

‘haisy, susah sangat nak bercakap’

“Dah, bangun. Teman saya lunch.” Arahan.

Iman Ariana kaku. Terhenti segala kerjanya. Makan dengan big boss? Aduh. Mati aku kali ni.

“Awak dengar atau buat-buat tak dengar? Saya kata bangun. Teman saya lunch.” Sekali lagi arahan yang membuatkan jantung Iman Ariana terasa berhenti berdegup.

Dengan debar didada, Iman Ariana akur. Dia bangun juga demi markah praktikalnya yang masih ditangan lelaki itu.

Huh, ikut pun dia. Ini baru first day, papa. Zul dah janji papa, Zul takkan sesekali mungkir.Selagi upaya Zul penuhi, Zul akan cuba.

“Hah, orderlah.” Mereka sudah duduk berhadapan di sebuah restaurant.

Iman Ariana masih membeku. Tak pernah dia mengalami keadaan seperti ini. Duduk berduaan dengan lelaki yang tidak dikenali. Makan berdua. Hanya mereka. Fuh, sungguh ini boleh direkod dalam buku sejarah form 5.

Suasana yang cukup hening diantara mereka membuatkan Tengku Zul Asraf seakan mendengar bunyi cengkerik mendendangkan lagu-lagu berentak balada.

Mengalah. Aku perlu bersuara.

“Iman, saya tau awak tak selesa saya buat awak macam ni. Tapi, awak tak boleh diam macam ni kalau nak bekerja lama di syarikat saya. Awak perlu bersuara. Mana keyakinan dalam diri awak ni? Awak kan seorang pelajar. Selalu buat presentation, takkan ini hasilnya? Saya perlukan seorang pekerja bukan patung cendana.” Tegas ayatnya membuatkan jantung Iman Ariana tersentap laju. Aduh, apa aku nak jawab ni.

Iman Ariana menggaru kepala yang tidak gatal. Memikirkan sebarang bentuk jawapan juga.

Akhirnya Tengku Zul Asraf mengeluh. Soalan yang tiada jawapan.sungguh kesabarannya teruji dengan pekerja yang seorang ini.

Dalam menanti jawapan, fikiran Tengku Zul Asraf, kembali kepada perbualannya dengan papanya minggu lepas.

“papa akan hantar student praktikal ke syarikat Zul macam biasa. Tapi, kali ni, orangnya luar biasa.” Jelas Tengku Kamal.

“Luar biasa?” Hairan menyelubungi fikiran. Apa yang luar biasanya.

“Hah, luar biasanya, sorang student papa ni, orangnya tak berani nak bercakap dengan lelaki. Kalau dengan perempuan ok aje.”

“Haih, ade orang macam tu pa? macam tak percaya pulak Zul dengar.”Tengku Zul Asraf ketawa perlahan.

“Ada sebab kenapa papa hantar dia ke syarikat Zul.” Sambung Tengku Kamal serius.

Tengku Zul Asraf mengangkat kening.

“Papa nak Zul cuba bantu dia.papa ada hantarkan seorang lagi student lelaki untuk bantu Zul. Baik budaknya.”

“Maksud papa?”Tengku Zul Asraf masih kurang jelas.

“Bantu dia supaya belajar berani berhadapan dengan semua orang terutama spesies lelaki macam kita ni.”

“Orang macam tu pa, kita kahwin kan aje, lagi senang husband dia aje yang ajarkan. Tak gitu?” cadang Tengku Zul Asraf.

“Hah, kalau macam tu, Zul ajelah yang kahwin dengan dia.” Cadang Tengku Kamal pula membuatkan anaknya hampir terkena heart attack.

Aku pulak yang terkena.

“Pa, takkanlah Zul nak kahwin dengan orang yang langsung Zul tak kenal. Dahlah dengan pakej, perangai pelik. Hisy, taknaklah Zul.” Komen Tengku Zul Asraf.

“Hei, kamu belum jumpa orangnya. Cantik, Zul. Apa salahnya kamu kahwin dengan dia. Student papa jugak. Lagi pun kamu bukan ada girlfriend lagikan. Umur dah nak masuk 28, tak pernah sekali pun bawak girlfriend jumpa papa, kamu ni gay ke apa.” Lagi sekali peluru berpandu menikam dada si anak.

“amboi pa, tak ingat dunia eh, cakap anak sendiri gay.” Tengku Kamal hanya ketawa mendengar anak tunggalnya berjauh hati.

Lamunan terhenti saat terdengar bunyi sudu dan garfu berlaga. Mata Tengku Zul Asraf tertancap pada wajah putih bersih dihadapan. Dia tidak nafikan Iman Ariana memang cantik. Berhadapan dengan gadis ini membuatkan dia berada dalam dwipersonaliti. Satu Tengku Zul Asraf yang berdebar, satu Tengku Zul Asraf yang bersabar. Hah, kusut betul.

“Dahlah, jom balik.” Iman Ariana akur . pelik dengan angin bosnya yang tak tentu arah.

Sebenarnya, Tengku Zul Asraf bosan kerana dia seperti berbicara seorang diri. Tak pun adelah mana-mana batu dinding yang sudi mendengar.

Aku kena buat sesuatu. Tekad nya.

********

Irham Hakimi tersenyum sendirian. Dia puas hati. Sepanjang dua minggu dia memenuhi jadual praktikalnya di Pertama Holding, selama itu jugalah Iman Ariana cuba untuk berbicara dengannya. Habis kalau bukan dengan dia, dengan siapa lagi gadis itu betah berkata-kata. Hanya dia yang gadis itu kenali dalam jangka waktu yang cukup lama. Setakat ini Iman Ariana sudah mampu berbual lancar dengannya tanpa sedikit pun nada gagap. Namun untuk diajak bergurau mesra, rasanya perkara itu takkan pernah terjadi antara mereka. Iman Ariana cukup menjaga batas pergaulan dengan lelaki ajnabi.

Namun senyuman Irham Hakimi mati saat ingatannya teringatkan wajah tampan big bossnya.Bukan dia tidak perasan, Tengku Zul Asraf sentiasa mencari ruang untuk bersama Iman Ariana. Sekejap suruh gadis itu temankan dia bertemu klien atas alasan biar gadis itu belajar perkara baru. Habis, dia juga orang baru, kenapa dia tidak diajak. Pernah juga dia melihat wajah keterpaksaan Iman Ariana menemani big bossnya makan tengahari. Tapi, terpaksa ke Iman Ariana jika yang ingin bersamanya itu merupakan seorang lelaki muda yang kacak ditambah dengan harta bertimbun. Plus pulak, Tengku Zul Asraf bukanlah seorang yang kaki perempuan. Solat dijaga, batas pergaulan juga turut dijaga. Akhirnya Irham Hakimi meraut wajahnya. Dia sedar, mungkin dia bukan siapa-siapa di mata Iman Ariana. Tiada apa yang istimewa pada dirinya.

Berbeza situasinya di bango milik Tengku Kamal.

Tengku Zul Asraf mengeluh sendirian.

Tengku Kamal yang melihatkan keadaan itu pun mampir mendekati anak tunggalnya .

“Hai, Zul tak baik mengeluh.” Tengku Kamal memulakan bicara.

“Entahlah pa, Zul dah buntu dengan student papa tu.” Tengku Zul Asraf mengurut tengkuknya yang terasa letih. Ada bini best ni, tolong urut. Tiba-tiba ingatannya tertumpu kepada Iman Ariana. Namun, ingatan itu berakhir dengan keluhan berat.

“Zul dah mengalah?” Sinis bunyinya pada pendengaran Tengku Zul Asraf.

“Zul dah buat keputusan.” Soalan dari papanya tidak dijawab namun satu kanyataan diberikan. Tengku Kamal melihat riak serius di wajah anaknya.

“Zul akan lamar Iman Ariana.” Nekad. Terbuntang mata Tengku Kamal. Manakan tidak, mengenali Iman Ariana sahaja baru dua minggu, namun anaknya sudah nekad ingin melamar gadis itu. Semacam tidak percaya pun ada.

“Zul serius ke ni? Tak menyesal?” Tengku Kamal menduga.

“Pa, papa tengok muka Zul ni main-main ke? “

Tengku Kamal merenung wajah putih anaknya. Bukan dia tidak setuju tapi dia tahu akan ada satu pihak yang terluka nanti. Bukan dia tidak tahu, Irham Hakimi turut memendam perasaan terhadap gadis beku itu. Aduh, kalut macam ni, antara pelajar kesayangan dan anaknya sendiri. Nampaknya pilihan Iman Arianalah yang tidak akan melukakan jiwa sesiapa.

“Esok Zul akan melamar dia.”

“Zul buatlah apa yang patut asalkan tak melanggar hukum agama.” Tengku Kamal tak boleh menolak takdir andai jodoh Iman Ariana memang dengan anaknya. Dia juga bertambah suka dapat bermenantukan gadis sebaik Iman itu walaupun kaku aje budaknya. Mungkin ada yang lebih baik buat Irham Hakimi.

********

Tengku Zul Asraf merenung cincin berlian dihadapanya. Cantik. Secantik tuan yang akan memilikinya. Kaku. Sekaku gadis yang bertahta di hatinya kini. Biarpun disetiap pertemuan mereka, Iman Ariana hanya kaku membisu, namun tetap ada aura dari gadis itu yang menghambat jiwanya ke lembah cinta.

Dengan langkah penuh yakin yang Iman Ariana akan menerima lamarannya, Tengku Zul Asraf melangkah mendekati meja gadis itu.

Iman Ariana yang terkejut mengangkat muka seketika kemudian menunduk menekur meja kembali.

Apa lagi agaknya yang bosnya hendakkan ni. Rasanya masih awal pagi jika dia nak ajak aku jumpa klien. Baru pukul 8.30 pagi. Rungut hati kecil Iman Ariana.

“Ehem, err Iman ikut saya sebentar. Urgent.” Arahan yang membuatkan Irham Hakimi disebelah turut berpaling ke arah dua makhluk Tuhan ini.

Ada keluhan hadir di bibir Irham Hakimi. Pasrah. Itu aje yang dia mampu lakukan. Saban hari menahan perasaan melihat gadis idaman hati keluar bersama bos yang cukup dihormati membuatkan hatinya sebal. Bukan dia tak pernah mempelawa gadis itu keluar, tapi ibarat belum pun mulut bersuara, jawapan ‘tak’ sudah diterima dek kerana setiap kali dia berniat untuk keluar bersama Iman Ariana, pasti Tengku Zul Asraf akan mencelah. Dari situ, dia mula perasan mungkin bossnya menaruh hati pada Iman. Sudahnya, Irham hanya berdiam diri, mungkin itu yang terbaik buat semua.

Matanya menangkap jasad Iman Ariana yang berjalan dibelakang Tengku Zul Asraf. Hati Irham Hakimi menjadi sakit tiba-tiba. Mengapa Iman Ariana tak pernah menolak pelawaan Tengku Zul Asraf. Mengapa perlu diturut segala arahan lelaki itu. Astaghfirullah, Irham Hakimi beristighfar. Jangan biarkan syaitan membisikkan kata nista di hati. Takut kelak makin hitam hati jadinya.

Biarlah, mungkin Iman Ariana tidak tercipta untuknya.

Hampir setengah jam Irham Hakimi menyibukkan diri di meja kerjanya, telinganya menangkap bunyi derap kaki Iman Ariana kembali ke meja kerja. Cuba diperhati wajah gadis itu. Tiada tanda terlalu gembira, tiada tanda berduka. Hanya wajah yang bersahaja menyambung tugas yang terbengkalai tadi.

Tika jam menunjukkan pukul 12.00 tengahari, Iman Ariana sudah terpacak di hadapan meja Irham Hakimi. Sungguhlah lelaki itu terkejut. Tidak menjangka gadis itu akan berdiri tegak di hadapannya.

“Ke,kenapa?” Irham Hakimi bertanya saat melihat Iman Ariana menunjukkan jam ditangannya.

“Lunch.” Ringkas. Tiada nada gagap. Mungkin kerana sudah biasa bertanya itu dan ini berkaitan tugasan kepada Irham Hakimi.

Mak aii, hampir nak gugur jantung Irham Hakimi. Iman Ariana ajak dia lunch?? Pergh, sungguh ini akan menjadi sejarah terulung dalam hidupnya.

Dengan semangat waja, Irham Hakimi bangun. Senyuman tak mati sedari Iman Ariana berkata ‘lunch’ tadi. Sungguh gatal rupanya Irham Hakimi ini.

Tanpa mereka sedari, ada mata yang melihat. Ada hati yang terguris luka.

Sampai sahaja di restaurant Hajah Fatimah, mereka berdua duduk bertentangan dan masing-masing ralit memesan makanan.

Makanan sudah pun terhidang, jamah pun sudah. Namun butir bicara masih kaku di bibir masing-masing seolah-olah mereka berada di perpustakaan yang ada papan tanda bertulis ‘dilarang bising’.

Irham Hakimi tak tahu bagai mana nak mulakan bicara. Sementelah ini pertama kali dia berada di luar situasi formal bersama gadis itu. Selama ini, jika berbicara, hanyalah perihal urusan pejabat sahaja.

Tanpa diduga, Iman Ariana memulakan bicara.

“Kalau awak nakkan saya, hantar rombongan esok. Kalau tak, saya terima lamaran Tengku Zul Asraf. Ok, Assalamualaikum.” Terus, gadis itu pergi.

Irham Hakimi pula yang kaku. APA DAH BERLAKU NI??

Aku dilamar?

Aku terlamar?
Argh, Irham Hakimi mencubit pipinya. Dia tersenyum sendirian. Sungguhlah Iman Ariana bukan sahaja beku tapi, gadis itu memang coollah. Dia meraup wajahnya dengan kedua-dua belah tangan mengucap syukur tak terhingga. Rupanya dia bertepuk dua belah tangan selama ini. Ya Allah, terima kasih. Engkau memang mengerti hamba-Mu.

********

Sekeping warkah direnung dengan hati yang hiba. Pengirimnya, Iman Ariana binti Iman Arman.

Wajah diraup beberapa kali. Aku perlu redha. Dia bukan untukku. Masih segar diingatan, bagaimana dia melihat dari tirai kamar pejabatnya tindakan berani Iman Ariana mengajak Irham Hakimi keluar makan. Sedangkan bila bersamanya gadis itu seakan patung cendana. Jika bersuara pun, nada gagap tak pernah hilang seakan dirinya hantu sahaja. Semasa melamar pun, gadis itu tetap tunduk membisu. Sudahnya, tiba sekeping warkah dari si beku pagi ini.

Warkah itu direnung lagi.

Assalamualaikum,

Maafkan saya terlebih dahulu atas kata-kata yang mungkin mengguris perasaan tuan. Saya tidak mungkin dapat berbicara lancar dengan tuan, jadi cukuplah warkah ini menjadi pembawa berita tentang hati dan perasaan saya. Maafkan saya kerana tidak dapat menerima lamaran tuan. Anggaplah tiada jodoh diantara kita. Saya cuma berharap tuan akan bertemu dengan gadis yang lebih baik dari saya. Yang tidak punya kelemahan seperti saya. Tuan layak, kerana tuan miliki banyak kelebihan. Akhirnya, saya berdoa moga tuan bertemu dengan gadis idaman hati. Doakan juga kebahagiaan saya. Assalamualaikum.

Ikhlas, Iman Ariana Iman Arman.

Tidakkah, engkau tahu Iman, kelemahan itu sebenarnya kelebihan buatmu. Sungguh beruntung siapa yang bergelar suamimu. Kelunakan suaramu hanya buat dirinya.

Mungkin ada yang terbaik untukku. Jika diberi gadis beku seperti Iman Ariana pun aku sanggup terima.

*******

Sah. Sudah sah kini Iman Ariana binti Iman Arman bergelar isteri buat Irham Hakimi.

“Abang, Iman buatkan susu dengan madu ni. Minumlah.” Sungguh lunak merdu suaranya. Tak pernah Irham Hakimi mendengar suara Iman Ariana dilunakkan seperti ini. Jika dahulu bertanya soal kerja pun, nadanya hanya mendatar. Terasa sangat bertuah dirinya dapat memiliki gadis itu.

“Sayang, boleh abang tanya sesuatu.” Gelas minum yang sudah kosong isinya diletakkan di meja sebelah katil. Ditarik tangan isterinya yang sedari tadi berdiri dihadapannya duduk disebelah. Tangannya melingkari pinggang gadis itu. Iman Ariana hanya tertunduk malu.

“Apa dia bang?” perlahan nadanya.

“mana pergi gagap sayang selama ni eh? Siap boleh manja-manja lagi ni dengan abang. Ke sayang buat-buat gagap je selama ni?” ada nada mengusik disitu.
Iman Ariana memandang tepat ke mata suaminya. Tak sangka lelaki itu menuduhnya menipu pula.

“Abang tuduh Iman menipu ke?” merajuk bunyinya. Iman Ariana mula menjarakkan diri dari Irham.

“Alahai, merajuklah pulak sayang abang ni.” Irham Hakimi kembali memeluk pinggang isterinya. Ditarik lembut hidung gadis itu. Sudah, merah padam pulak wajahnya. Hanya ketawa girang sisuami mengisi ruang kamar raja sehari itu. Iman Ariana masih dengan rajuknya.

“Mana ada abang tuduh. Abang tanya kan?” lembut berbisik ditelinga si isteri membuatkan Iman tersenyum . geli diperlakukan sebegitu.

“Memang Iman semulajadi macam tu bang. Iman tak tahu kenapa. Dengan orang lelaki ajnabi, memang Iman akan gagap. Tapi, bila Iman dah biasa kerja dengan abang, Iman rasa Iman memang tak kekok nak bercakap dengan lelaki. Tapi, lelaki tu abang sorang ajelah.” Manja bunyinya membuatkan Irham Hakimi tersenyum.

“Mungkin ini anugerah Allah untuk abang. Suara lunak Iman hanya untuk suami yang Iman cintai aje. Indahkan setiap yang Dia tentukan.” Jujur dari si isteri.

Memang indah. Irham Hakimi bermain dengan jari jemari runcing isterinya.

“Tapikan sayang tau tak abang cemburu sangat tengok sayang ikut aje arahan dari boss kita tu.”

“Abang, setiap kali kami keluar, mesti kak Sya ada sekali. Cuma dua kali aje yang kami keluar berdua. Itupun dekat restaurant yang Iman lamar abang hari tu.” Jelas Iman Ariana. Tak sangka kuat cemburu jugak suaminya ini.

“tapikan, kenapa sayang tolak lamaran boss kita tu?”

“sebab dia pernah tengking Iman, abang tau apa prinsip Iman. Iman perlukan seorang lelaki yang sanggup bersabar dengan penyakit Iman ni. Abang lain, abang tak pernah sikit pun marah Iman walaupun Iman selalu uji kesabaran abang masa mintak abang tolong Iman buat kerja.” Iman Ariana memeluk pinggang suaminya. Kasihnya tumpah di situ. Irham Hakimi tersenyum senang. Persoalan selama ini sudah punya jawapannya.Sudahlah. Irham Hakimi malas bertanya kisah lalu. Biarlah ianya menjadi penutup kisah bujang mereka.

“Sayang, janji setia dengan abang, suara lunak merdu sayang ni, hanya untuk abang aje tau.” Irham Hakimi memegang dagu isterinya.

“InsyaAllah. Bang, abang pun janji akan jadi suami yang didik sayang sampai ke jannah Allah eh?”

“InsyaAllah sayang, abang janji.” Tulus hati si suami. Semoga jodoh kami sampai pada keredhaan Mu ya Allah.

Terima kasih ya Allah. Terima kasih prof Tengku Kamal kerana mengatur bibit pertemuan rapat kami berdua. Doa hati kecil Irham Hakimi. Kini, bersaksi Tuhan pencipta alam, gadis beku menjadi miliknya.

Assalamualaikum, ini merupakan cerpen pertama saya. menulis sekadar hobi. jika ada kekurangan, komenlah secara membina.


RUANGAN IKLANEKA



Komen dan ulasan karya

93 ulasan untuk “Cerpen : Gadis Beku”
  1. nur suhailah says:

    good story . good job

  2. mrs.kawaii says:

    Best!????

  3. bina says:

    lawakla iman ni. hehehe

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

You must be logged in to post a comment.